The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4. MUKHTALAF AL HADITH-MUSYKIL AL HADITH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by udja68, 2022-07-17 23:24:00

4. MUKHTALAF AL HADITH-MUSYKIL AL HADITH

4. MUKHTALAF AL HADITH-MUSYKIL AL HADITH

4.0 MUKHTALAF AL HADITH / MUSYKIL AL HADITH

4.1 Takrif Dan Kepentingan Ilmu Mukhtalaf Hadith / Musykil Al Hadith

Bahasa isim maf’ul daripada perkataan ikhtalafa yang bererti perselisihan antara dua perkara ataupun
Istilah ketidaksesuaian antara dua perkara.

keberadaan dua hadis yang pada zahirnya saling bertentangan pada makna, lalu diharmonikan ke
duanya sehingga hilang pertentangan dan kerumitan tersebut.

Konsep :
Satu sudut prinsip hadis yang tidak mungkin bertentangan dengan dalil lain, sama ada sesama hadis atau dalil al-quran.
Hal ini disebabkan kebenaran tidak akan bertentangan dengan kebenaran. Seandainya ada pertentangan ianya hanyalah
daripada sudut zahir atau luaran sahaja.

Skop: Hanya mengarah kepada hadis-hadis yang saling berlawanan untuk dikompromikan kandungannya dengan
 jalan membatasi atau taqyid kemutlakannya dan seterusnya.
Tidak dapat dipraktik atau dikesan kecuali oleh orang yang menguasai hadis dan fiqh.
 Merupakan suatu ilmu yang disusun berkaitan dengan kaedah juga metod dalam mengkompromikan hadis-
 hadis yang secara zahirnya dilihat ada percanggahan atau bertentangan.

Kepentingan :
 Menghilangkan pertentangan antara hadis.
 Menghilangkan kemusykilan hadis.
 Menemukan hakikat dari kandungan hadis yang menjadi pertentangan.

Faktor-Faktor Terbentuk Mukhtalaf Al Hadith :

Faktor dalaman
 Iaitu berkaitan dengan makna drpd hadis.
 Kebiasaannya terdapat ilah atau kecacatan di dalam hadis yg mnyebabkan kdudukan hadis tersebut mnjd daif.
 Ditolak ketika ia berlawan dengan hadis sahih.

Faktor luaran
Konteks penyampainya drpd rasul. Dimana yg mnjd ruang lgkup dlm hal ini adalah suasana, waktu dan tempat nab
yang menyampaikan.

 Pemansuhan hukum
- Para ulama menerima berlakunya pemansuhan hokum melalui hadis sebegaimana pemansuhan hokum

melalui al-quran.

Antara faktor-faktor yg boleh mengiktiraf sesuatu hadis sama ada nasikh atau mansukh ialah :
1. Penjelasan rasulullah sendiri
2. Penjelasan sahabat
3. Factor wurud al-hadis

4. Ijmak ulama
 Perbezaan suasana

- Faktor lain yg menyebabkan percanggahan hadis ialah persoalan perbezaan situasi. Iaitu kegagalan dalam
meletakkan maksud situasi yang sebenar.

Faktor metodologi
Cara dan proses seseorang memahami hadis tersebut.

 Kurang ilmu
- Pertentangan mutlak atau hakiki tidak mungkin terjadi antaradalil syarak. Justeru, penentangan merupakan

tanda kelemahan dan kekurangan ilmu manusia biasa.

Dimana ia berasas kepada beberapa kemungkinan, iaitu :
1. Ketidaktahuan terhadap sebab wurud atau masa datangnya dua dalil yang sering bertentangan tersebut.
2. Kesilapan mereka dalam memahami maksud dan tujuan dall-dalil tersebut.
3. Ketidaktahuan mereka terhadap cara-cara tarjih dan menyelaras dalil-dalil yang saling bertentangan

tersebut.

 Kekeliruan sudut perharusan
- Harus secara umumnya merupakan perbuatan diizinkan oleh syarak yang bersifat ikhtiar.

 Kekeliruan sudut am dan khas
- Hadis sebagaimana al-quran, sebahagiannya berbentuk umum yang ada kalanya mempunyai riwayat lain

yang berperanan mentakhsiskannya.

4.2 Penyelarasan Hadith Mukhtalaf :

4 manhaj yang diambil oleh Ulama dalam menyelesaikan hadith-hadith yang saling bercanggah, penyelesaian perlu
mengikut tertib :

i. Al Jam’u (Menyatukan dan mengharmoni)
ii. Al Naskh
iii. At Tarjih
iv. Al Tawaqquf

AL JAM’U

- Mengharmonikan dua hadith yang saling bercanggah dengan mengkaji beberapa aspek

- Kerana beramal dengan kedua-dua dalil adalah lebih utama daripada mengabaikan salah satu dari kedua-

duanya

- Seperti salah satunya bersifat umum dan yang lain bersifat khusus atau satu bersifat mutlaq dan satu lagi

bersifat muqayyad

- Contoh :

Hadis pertama

‫ل عدى و ل طيرة‬
‘Tidak ada penyakit menular dan tidak ada thiyarah’

Hadis kedua

‫فر من ألمجزوم فرأرك من ألسد‬
‘Larilah dari orang yang berpenyakit kusta sebagaimana larimu dari singa’

- Pada zahirnya, kedua-dua hadith bercanggah antara satu sama lain
- Hadis pertama mengatakan bahwa tiada penyakit yang menular
- Sedangkan hadis kedua sebaliknya
- Ulama menyatukan kedua-dua hadith dengan mengatakan bahwa pada asasnya penyakit-penyakit ini tidak

menular tanpa izin Allah SWT, namun Allah menjadikan percampuran antara orang yang sakit dengan orang
yang sihat sebagai sebab berlakunya penularan

AL NASKH

- Jika kedua-dua hadith tidak dapat diharmonikan, maka perlu kepada manhaj al Naskh
- Mengguna pakai hadis yang datang terkemudian dengan meninggalkan hadis yang datang sebelumnya
- Contoh:

Kefarduan puasa Asyura sebelum kefarduan Ramadhan yang membatalkan hukum kefarduan puasa Asyura
atau dimansuhkan

Daripada Aisyah R.a berkata (terjemahan):
Asyura merupakan satu hari di mana orang jahiliah berpuasa di dalamnya. Tatkala Rasulullah SAW berhijrah ke
Madinah baginda berpuasa dan memerintahkan kepada manusia untuk berpuasa. Ketika bulan Ramadhan
difardukan maka yang fardu hanyalah Ramadhan dan meninggalkan (kefarduan) puasa Asyura, namun sesiapa yang
mahu berpuasa maka diperbolehhkan (sebagai puasa sunat) dan sesiapa yang mahu meninggalkannya pun
diperbolehkan

AL TARJIH

- Jika kedua-dua hadis tidak dapat diharmonikan, maka perlu kepada pentarjihan
- Caranya mentarjihkan hadith kerana perawinya yang ramai, atau sanadnya tinggi atau memalui kefakihan

seorang perawi dan sebagainya.
- Tujuh cara pentarjihan :

i. Mentarjih berdasarkan keadaan perawi seperti mendahulukan hadith yang diriwayatkan oleh
perawi yang ramai, sedikit perantarannya atau tinggi sanadnya, mendahulukan perawi yang fakih
dan sebagainya.

ii. Mentarjih berdasarkan tahammul (mengambil hadith dari seorang guru dengan cara tertentu)
seseorang perawi seperti mentarjih sesiapa yang menerima hadith selepas baligh berbanding
sebelum baligh

iii. Mentarjih berdasarkan cara periwayatan seperti mendahulukan hadith yang diterima dengan lafaz
berbanding dengan makna

iv. Mentarjih berdasarkan tempat hadith tersebut disampaikan seperti mendahulukan hadith
Madaniyah berbanding Hadith Makkiyaah atau daripada sesuatu yang diterima selepas Islam
berbanding sebelum Islam

v. Mentarjih berdasarkan lafaz khabar seperti mentarjih yang khusus berbanding yang umum
vi. Mentarjih berdasarkan hukumnya seperti mendahulukan sesuatu yang menunjukan keharamannya

berbanding yang harus
vii. Mentarjih berdasarkan perkara yang ada di luar seperti mendahulukan amalan Khulafa Rasyidin

TAWAQUF

- Apabila kesemua cara tidak dapat mengahrmonikan kedua-dua hadith
- Maka wajib berhenti sementara (tawaquf) beramal dengan kedua-duanya
- Terserlah oleh pengkaji dari sudut penyatuan dan pentarjihan atau mengambil keputusan agar kedua-dua

dalil itu digugurkan

Karya Ilmu Mukhtalaf Hadis :

Ramai kalangan ulamak yang menyusun karya dalam bidang ilmu mukhtalaf al-Hadis ini. Di mana ada antaranya yang
mencakupi hadis-hadis yang kelihatan bertentangan secara keseluruhan. Apa yang akan dikemukakan di sini berkaitan
dengan ilmu Mukhtalaf hadis, antaranya ialah:

1. Kitab Ikhtilaf al-Hadith, karya Muhammad ibn Idris al Syafi’ (150-204H).
- merupakan karya paling awal dalam ini dan merupakn kitab terulung dan masih dijadikan pegangan sampai ke
hari ini.
- kitab ini menyebut sebahagiannya sahaja dan menjelaskan seluruh sanad nya agar dijadikan sebagai model
dan ikutan ulamak lain.

2. Kitab Ta’wil Mukhatalif al-hadis, karya Abdullah ibn Muslim ibn Qutaibah al-dainuri (213-276H).

- kitab ini menyusli kitab al-Syafi’I, antara yang masyhur
- ibn Qutaibah menyusunnya untuk menyanggah atau musuh-musuh hadis seperti: Muktazilah dan

Musyabbihah ynag melancarkan beberapa tuduhan kepada ahli hadis.
- kitab ini mampu membendung daripada kekacauan kerana ibnu Qutaibah telah menjelaskan secara ilmiah

hadis-hadis yang para musuh islam nyatakan saling bercanggah dan sengaja memberikan tanggapan serong
terhadap hadis-hadis Baginda SAW.
- ibn Qutaibah menjelaskan: hadis kedua itu tidak bertentangan dengan hadis pertama.
- hal itu juga kerana kebiasaanya air yang ada di perigi ataupun kolam jumlahnya banyak, sehingga pernyataan
Baginda tersebut menjurus kepada pengertian khusus. Di mana kemudiannya Baginda menjelaskan ukuran air
dua qullah, iaitu suatu ukuran yang tidak boleh dinajiskan ynag antara lain air yang dikira banyak.
- hakikatnya perkara ini sama dengan ungkapan sebagaimana orang berkata: Banjir tidak dapat dihindar oleh
sesuatau pun. Pada hal ada kalanya banjir terhindar atau tehalang oleh banteng atau tembok. Iaitu apa yang
dimaksudkan ialah banjir besar atau Tsunami, bukan banjir kecil.

3. Kitab Musykil al-Athar, karya Abu Ja’afar Ahmad ibn Muhammad al-Tahawi (239-321H).
- kitab ini dikalangan yang termasyhur dan menjadi rujukan.
- terdiri daripada empat jilid dan dicetak di India pada tahun 1333H.

4. Kitab Musykil al-Hadith wa Bayanuh, karya Abu Bakar Muhammad ibn al-Hasan(ibn al-Furak) al-Ansari al-
Asbahani(m. 406 H).

- Beliau menyusun kitab tersebut berkenaan hadis-hadis secara zahir dianggap bercanggah, mengandungi
tasybih dan tajsim.


Click to View FlipBook Version