UULLUUMM
AALL--
HHAADDIITTHH
KLASIFIKASI
HADITH
3.3 AKHIR SANAD
HHAADDIITTHH
MMAARRFFUU''
1.TAKRIFKAN HADIS MARFU'
BESERTA CONTOHNYA. [4] 2014
(5A)
Hadis marfu' dari segi bahasa ialah
mengangkat manakala dari segi istilah pula
ialah hadith yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad SAW daripada perkataan ,
perbuatan , pengakuan dan sifatnya sama ada
sanadnya bersambung atau terputus .
Contoh hadis marfu' ialah:
قال رسول الله صلى الله عليه: عن عائشة رضي الله عنها قالت
إن من أكمل المؤمنين إيماًنا أحسنهم خلقا وألطفهم بأهله: وسلم
2.jelaskan hukum beramal
dengan hadis marfu'. [8] 2014 (5b)
Mengikut pendapat ulama, hadis marfu' boleh
berhujah dan beramal dengannya. Hadis marfu
ada tiga kategori iaitu sahih, hasan, dhaif.
Oleh itu tentang hukum beramal dan berhujah
dengan melihat taraf hadis sekira sahih dan
hasan boleh beramal dan boleh buat hujjah
-wajib beramal dan beriman dan menolak kafir
sebab ia bartRAF MUTAWATIR/DALIL QATIE
Selain itu, Sekiranya hadis marfu itu bertaraf
dhaif hukum beramal dengannya terbahagi
kepada dua .Antaranya ialah, kiranya dhaif
tidak keterlaluan, ia tidak boleh dibuat hujah
tetapi boleh beramal dalam perkara perkara
fada’il dengan syarat syarat tertentu.
Akhir sekali, kiranya dhaif yang keterlaluan,
ia tidak boleh digunakan untuk berhujah juga
3. huraikan bahagian hadis
marfu' besertakan contoh [8]
Hadis marfu' terbahagi kepada dua bahagian. Pertama,
marfu' soreh ialah hadith perkataan, perbuatan, dan
pengakuan yang disandarkan kepada nabi Muhammad
SAW secara terang-terangan.
Selain itu,Ianya terbahagi kepada empat iaitu
marfu' qawli , marfu' fi'liy, marfu' taqrir dan marfu' sifat
secara sarih. Contoh marfu' soreh ialah "Rasulullah SAW
itu adalah yang paling baik akhlaknya."
Kedua ialah marfu' hukmiy ialah hadith yang tidak
disandarkan kepada nabi Muhammad SAW oleh para
sahabat atau tidak diungkapkan secara terang- terangan
dengan mengatakan Rasulullah SAW bersabda atau
Rasulullah SAW melakukan atau dilakukan di sisi
baginda.
Contoh marfu' hukmiy ialah
()كنا نأكل لحوم الخيل على عهد رسول الله صلى الله تعالى وسلم
maksudnya: ''Dahulu, pada zaman nabi SAW kami makan
daging kuda."
5.bezakan HAdis marfu ' dengan
mawquf beserta contohnya [8] 2014
(5C)
Pertama dari segi pengertian hadis. Hadis
marfu' bermaksud hadis yang disandarkan
kepada nabi sama ada dari segi perkataan,
perbuatan, pengakuan sama ada sahabat yang
menyandarkannya atau tabiin atau selain
mereka dan sama ada sanadnya bersambung
atau terputus. Manakala hadis mawquf pula
bermaksud hadis yang disandarkan kepada
sahabat sama ada dari segi perkataan,
perbuatan, pengakuan sama ada sanadnya
bersambung atau terputus.
Selain itu, dari segi pembahagian hadis. Hadis
marfu' terdapat Marfu fe’li, qauli, taqriri dan
wasfi. Manakala hadis mawquf pula terdapat
Mawquf fe’li, qauli dan taqriri.
Seterusnya dari segi hukum beramal. Bagi
hadis marfu' hukum beramal dan berhujah
dengannya adalah berdasarkan kedudukan
dan hujahnya. Manakala Sudut asalnya hadis
mawquf itu dapat dijadikan hujah. Hal ini
kerana, ia adalah ucapan dan perbuatan
sahabat.
Akhir sekali, Contoh bagi hadis marfu' ialah
daripada Aishah RA bahwa rasulullah
sentiasa berdoa dalam solat “Ya Allah, Aku
Memohon Perlindunganmu Daripada Dosa
Dan Hutang” (Imam Bukhari) . Manakala
contoh bagi hadis mawquf pula ialah
daripada ibnu umar RA berkata “Apabila
kamu berada pada waktu petang, janganlah
menunggu sampai pagi, apabila kamu berada
pada waktu pagi pula, janganlah dituggu
sampai petang. Gunakanlah masa silammu
untuk masa sihatmu dan masa hidupmu
untuk masa matimu”. (imam bukhari)
6. Jelaskan pengertian hadis marfu'
dan hadis mawquf [4] u2018 (5A)
Hadis marfu' dari segi bahasa ialah
mengangkat manakala dari segi istilah
pula ialah hadith yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad SAW daripada
perkataan , perbuatan , pengakuan dan
sifatnya sama ada sanadnya
bersambung atau terputus .
Selain itu , Hadis mawquf dari segi
bahasa ialah dilarang melepasi suatu
had yang tertentu manakala dari segi
istilah pula hadith yang disandarkan
kepada sahabat Rasulullah SAW sama
ada dalam perkataan, perbuatan atau
persetujuan mereka sama ada
sanadnya bersambung atau terputus.
HHAADDIITTHH
MMAAWWQQUUFF
1.TAKRIFKAN hadis mawquf
BESERTAKAN CONTOH [4] u2018
Hadis mawquf dari segi bahasa ialah
dilarang melepasi suatu had yang tertentu
manakala dari segi istilah pula hadith yang
disandarkan kepada sahabat Rasulullah
SAW sama ada dalam perkataan, perbuatan
atau persetujuan mereka sama ada
sanadnya bersambung atau terputus.
Contoh hadis mawquf ialah
كل الطلاق جائز إلا طلاق المعتوه:قل على رضي الله عنه
Maksudnya: Ali ra, berkata: Semua jenis
talak adalah harus (sah) kecuali talak yang
dilafazkan oleh orang yang kurang akal
(terencat akal. gila atau mabuk)
(Hadis riwayat al-Bukhari)
2.jelaskan bahagian hadis mawquf
besertakan contoh [6]
Bahagian Hadis mawquf pertama ialah
mawquf qawli iaitu perkataan Imam Ali r.a.
:''Ceritakakanlah kepada manusia apa yang
mereka ketahui. Adakah kalian mahu
mendustakan Allah dan RasulNya.
Selain itu, Mawquf fi'li ialah perkataan
al-Bukhari :adapun Ibn Abbas maka dia juga
bertayamum.
Akhir sekali, Mawquf taqriri iaitu
perkataan salah seorang tabiin: " Aku telah
melakukan hal ini di hadapan salah seorang
sahabat namun dia tidak mengingkari
perbuatannya.
3. Jelaskan hukum beramal
dengan hadis mawquf [8]
Hadis mawquf terdapat tiga kategori iaitu sahih,
hasan dan dhaif.
Selain itu,beramal dan berhujah dengan hadis
mawquf adalah berdasarkan kedudukannya.
Di samping itu, bertaraf sahih dan hasan, boleh
dibuat hujah dan beramal.
Seeterusnya, bertaraf dhaif terbahagi kepada dua
iaitu dhaif tidak keterlaluan , tidak boleh dibuat
hujah tetapi boleh beramal dalam perkara- perkara
fada'il dengan syarat-syarat tertentu. Dhaif
keterlaluan tidak boleh digunakan untuk berhujah
dan juga tidak boleh beramal dengannya.
4.sebutkan tiga karya hadis
]mawquf [3
الموطأ( للإمام مالك(
)المصنف ( ابو بكر
التفسير( ،ابن أبي حاتم ( ،عبد الرحمن بن محمد الرازي(
5.bezakan hadis mawquf dengan
hadis maqtu' [8] u2018 (5c)
Pertama dari segi pengertian. Hadis mawquf
bermaksud hadis yang disandarkan kepada sahabat
sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan
sama ada sanadnya bersambung atau terputus.
Manakala Hadis maqtu' bermaksud hadis yang
disandarkan kepada tabiin atau tabi tabiin sahaja
sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan, atau
sifat sama ada sanadnya bersambung atau terputus.
Selain itu, dari segi hukum beramal. Sudut
asalnya hadis mawquf itu dapat dijadikan hujah. Hal
ini kerana, ia adalah ucapan dan perbuatan sahabat.
Manakala hadis maqtu' pula Sudut beramal atau
berhujah adalah melihat kepada syarat syarat
penerimaan atau penolakannya.
Di samping itu, dari segi pembahagian
hadis . Bagi hadis mawquf terdapat Mauquf
qauli, fe’li, taqriri. Manakala bagi hadis
maqtu' pula terdapat Maqtu qauli, fe’li.
Akhir sekali, Contoh bagi hadis mawquf
ialah daripada ibnu umar RA berkata “apabila
kamu berada pada waktu petang, janganlah
menunggu sampai pagi, apabila kamu berada
pada waktu pagi pula, janganlah dituggu
sampai petang. Gunakanlah masa silammu
untuk masa sihatmu dan masa hidupmu untuk
masa matimu”. (imam bukhari) . Manakala
contoh bagi hadis maqtu' pula ialah kata kata
mujahid (tabiin) apabila mengucapkan
selamat tinggal kepada sahabat sahabatnya
“takutlah kepada allah, sebarkan ilmu ini dan
janganlah sembunyikannya”
HHAADDIITTHH
MMAAQQTTUU''
1.Takrifkan hadis maqtu' besertakan
contoh [4]
Hadis maqtu' dari segi bahasa ialah
memutuskan manakala dari segi istilah pula
hadith yang disandarkan kepada tabiin atau
generasi selepasnya sama ada daripada
sanandnya bersambung atau terputus.
Contoh bagi hadis maqtu' ialah
اتقوا الله وانشروا هذا العلم: قول مجاهد (التابعي) إذا ودع أصحابه
وعلموه ولا تكتموه
Maksudnya: Kata-kata Mujahid (Tabi'in) apabila
mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat-
sahabatnya: Takutlah kepada Allah, sebarkanlah
ilmu ini, ajarlah dan jangan sembunyikannya.
2. jelaskan hukum beramal dengan
hadis maqtu' 6M
Hukum beramal bagi hadis maqtu' sama juga
seperti hadis marfu' dan hadis mawquf iaitu ada
yang sahih, hasan dan dhaif.
Selain itu, Hadith maqtu' tidak boleh dijadikan
hujah pada hukum syarak meskipun benar
penisbahannya kepada orang yang berkata. Hal ini
kerana ia hanya percakapan dan perbuatan salah
seorang islam.
Akhir sekali, sudut beramal atau berhujah
adalah melihat kepada syarat - syarat penerimaan
hadis atau penolakannya.
3.sebutkan tiga karya hadis
]maqtu' [3
.1المصنف (لأبي بكر عبد الرزاق بن همام بن
نافع الحميري اليماني) الصنعاني )
ا .2لأثر (لأبي يوسف يعقوب بن إبراهيم بن حبيب بن
سعد بن الأنصاري
.3الأثر (للإمام الحافظ أبي عبد الله محمد بن الحسن
)السيباني)
4.bezakan hadis maqtu' dengan hadis
marfu' [8]
Pertama dari segi pengertian. Hadis maqtu'
Hadis maqtu bermaksud hadis yang disandarkan
kepada tabiin atau tabi tabiin sahaja sama ada
perkataan, perbuatan, pengakuan, atau sifat sama
ada sanadnya bersambung atau terputus.
Manakala hadis marfu' pula bermaksud hadis yang
disandarkan kepada nabi sama ada dari segi
perkataan, perbuatan, pengakuan sama ada
sahabat yang menyandarkannya atau tabiin atau
selain mereka dan sama ada sanadnya
bersambung atau terputus.
Selain itu, dari segi hukum beramal. Hadis
maqtu' Sudut beramal atau berhujah adalah
melihat kepada syarat-syarat penerimaan atau
penolakannya. Manakala bagi hadis marfu' pula
hukum beramal dan berhujah dengannya adalah
berdasarkan kedudukan dan hujahnya.
Di samping itu dari segi pembahagian hadis. .
Hadis maqtu' terdapat Maqtu qauli, fe’li. Manakala
bagi hadis marfu' pula terdapat Marfu fe’li, qauli,
taqriri dan wasfi.
Akhir sekali, contoh bagi hadis maqtu' ialah
kata kata mujahid (tabiin) apabila mengucapkan
selamat tinggal kepada sahabat sahabatnya
“takutlah kepada allah, sebarkan ilmu ini dan
janganlah sembunyikannya”. Manakala contoh
bagi hadis marfu' pula ialah daripada Aishah RA
bahwa rasulullah sentiasa berdoa dalam solat “Ya
Allah, Aku Memohon Perlindunganmu Daripada
Dosa Dan Hutang” (Imam Bukhari).