The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdsaifulosman, 2019-12-11 00:58:32

BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2020

TESTING

Keywords: SMKAKL

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 1

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 2

KATA ALU-ALUAN

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah,syukur kehadrat illahi,selawat dan salam untuk
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,para sahabat tabi’en dan ta’bi
tabien.Tahun 2019 telah membawa banyak kejayaan oleh guru dan pelajar
sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini adalah bukti komitmen
guru-guru untuk menjadikan SMK Agama Kuala Lumpur sebagai sebuah sekolah yang
cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri bersesuaian dengan slogan
Excellent, Quranis and Virtuous. Tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua warga
SMKASR yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.
Namun begitu pada tahun 2020 akan menjadi cabaran kepada kita terutamanya
untuk mengekalkan kecemerlangan seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan, bukan
sahaja di peringkat kebangsaan bahkan kita perlu bersedia merancang dan berusaha
bersungguh- sungguh untuk kejayaan di peringkat antarabangsa. Saya percaya dan yakin
dengan kesungguhan semua warga SMKAKL, Insha Allah kita pasti berjaya.
Seperkara lagi yang perlu di beri perhatian untuk terus kekal cemerlang, kita
seharusnya berusaha untuk meningkatkan kualiti diri dengan cara menambahkan ilmu
pengetahuan, kemahiran diri di samping menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab,
amanah, menepati masa, dedikasi dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Semoga usaha kita
untuk melahirkan pelajar cemerlang, berpengetahuan dan berakhlak mulia menjadi
kenyataan.
Akhir kata, saya berharap Buku Pengurusan ini menjadi panduan dan rujukan
seterusnya dapat membantu semua warga SMK Agama Kuala Lumpur dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sepanjang 2019. Sabda Rasulullah s.a.w.
“Sebaik- baik manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain”. Jadikan
hari ini lebih baik dari hari semalam, Insha Allah bahagia.

EXCELLENT, QURANIC, VIRTUOUS

Sekian, terima kasih, wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah.

(AZMAN BIN YUSOF) 3
Pengetua SMK Agama Kuala Lumpur

Buku Pengurusan SMKAKL 2020

PROFIL SEKOLAH

Nama sekolah : SMK AGAMA KUALA LUMPUR
Kod sekolah : WRA0004
Alamat sekolah : SMK AGAMA KUALA LUMPUR,
BANDAR MENJALARA, KEPONG
No. Tel / Faks 52200 KUALA LUMPUR
e-mel : 03-62758923 / 03-62723269
JPN :[email protected]
PPD : JPN WP KUALA LUMPUR
Jenis sekolah : PPD SENTUL
Peringkat : TMUA
Jenis murid : Tingkatan 1 - 5
Sesi : Lelaki dan PeremPn.
Lokasi : Pagi sahaja
Gred : BANDAR
Jenis bantuan :A
Bilangan pelajar : Sekolah Kerajaan
Jumlah pelajar : L ( 188 ) P ( 331 )
Bilangan guru : 519
Bilangan staf :
Bilangan kelas : 15 ORANG
: 25 KELAS

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 4

SENARAI ISI KANDUNGAN

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 5

SENARAI ISI KANDUNGAN

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 6

PENGENALAN

MISI PENDIDIKAN NEGARA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia

BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.

Undang-Undang Malaysia,(Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur.)

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah kebaikan di dunia dan kesejahteraan
abadi di akhirat.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti untuk membangunkan Pontesi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 7

LATAR BELAKANG SMKA

LATAR BELAKANG SMKA

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan
pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 59 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran
ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini
memang menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar
akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-
sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses
penambaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan
semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan
oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan
kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama,
kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, Kementerian Pelajaran
pada masa itu telah berunding dengan kerajaan- kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar
sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah
harian.

Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab
sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah
Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena
ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik
makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam
pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyarakat semasa.

MATLAMAT SMKA

 Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
 Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
 Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
 Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu

dalam dan luar Negara

OBJEKTIF SMKA

 Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum
 Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
 Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
 Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang

bercanggah dengan nilai-nilai Islam
 Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi

keperluan Negara dan ummah

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 8

FALSAFAH SMKA
“Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh
serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang
berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab
untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat
kepada agama, diri, ummah dan Negara.

MISI SMKA

Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan
komited
 Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan
penghayatan Al- Quran dan Al-Sunnah
 Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
 Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisyen dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
 Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum,
hal ehwal murid dan kokurikulum
 Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim dini
 Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi
luar

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 9

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
[2013-2025]

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020.
KUALITI – Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
EKUITI – 50% pengurangan dalam jurang pencapaian ( Bandar-luar Bandar, sosioekonomi,
gender) menjelang 2020
PERPADUAN – Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
KECEKAPAN – Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

ENAM ASPIRASI UNTUK SETIAP MURID

1. Pengetahuan
2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran memimpin
4. Kemahiran dwibahasa
5. Etika dan kerohanian
6. Identiti nasional.

Bidang 1 : SEMBILAN (9) BIDANG KEUTAMAAN
Bidang 2 :
Bidang 3 : Memartabatkan profesion keguruan.
Bidang 4 : Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
Bidang 5 : Meningkatkan kualiti sekolah.
Bidang 6 : Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
Bidang 7 : Mengukuhkan pelibatan ibubapa, sektor swasta dan masyarakat rakan
kongsi dalam pendidikan.
Bidang 8 : Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam
Bidang 9 : pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan
Membina kemampuan serta keupayaan sisitem penyampaian
pendidikan.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 10

Anjakan 1 : 11 ANJAKAN

Anjakan 2 : Menyediakan kesamaratan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf
Antarabangsa.
Anjakan 3 : Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Anjakan 4 : Inggeris.
Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Anjakan 5 : Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai
Anjakan 6 : profesion pilihan.
Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Anjakan 7 : Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
Anjakan 8 : berasaskan keperluan.
Memanfaatkan ( ICT ) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
Anjakan 9 : Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian
Pelajaran.
Anjakan 10 : Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti, dan sector
Anjakan 11 : swasta.
Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

JANGKA MASA DAN SASARAN DITETAPKAN

Gelombang Pertama Tahun 2013 – 2015

Peningkatan kemahiran guru, kualiti pengajaran dan keupayaan pegawai di peringkat negeri dan
daerah dan mutu kepimpinan sekolah.

Gelombang Kedua Tahun 2016 hingga 2020

Berlaku perubahan sistem pendidikan Negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000
pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baharu.

Gelombang Ketiga Tahun 2021 hingga 2025

Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard
minimum

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 11

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA
SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI

NEGARA

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 12

VISI DAN MISI GURU

MOTTO

IKHLAS BEKERJA SENYUMAN

VISI

KELAB GURU DAN KAKITANGAN
SMK AGAMA KUALA LUMPUR CEMERLANG

MISI

MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA, MENJALIN SILATURRAHIM
SERTA MENJAGA KEBAJIKAN AHLI DENGAN CEKAP DAN CEPAT

MENGURUSKAN AKTIVITI KELAB DENGAN PENUH
TANGGUNGJAWAB DAN TAHAN KERENAH

MEWUJUDKAN SUASANA BILIK GURU YANG KONDUSIF DAN CERIA

MEMBANTU MENINGKATKAN KEMESRAAN DAN MENYEDIAKAN
SALURAN KOMUNIKASI ANTARA GURU-GURU SERTA KAKITANGAN

SEKOLAH

MEMBUAT KUTIPAN YURAN AHLI DENGAN SERATUS PERATUS
BAYARAN

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 13

LAGU SEKOLAH

SEKOLAHKU TERCINTA

SMK AGAMA KUALA LUMPUR
MERCU TANDA JAYA ANAK BANGSA
PUNYA WAWASAN TINGGI DAN MULIA

ILMU BERAMAL DAN BERJASA

SMK AGAMA KUALA LUMPUR
BUDAYA CEMERLANG AKHLAK GEMILANG

GURU TERCINTA TELADAN MULIA
PELAJAR GIGIH DAN BERJAYA

SEKOLAHKU KAULAH PELITA
PENYULUH KEGELAPAN DUNIA
SEKOLAHKU KAU AMAT BERJASA
MELAHIRKAN PEJUANG AGAMA SATRIA NEGARA

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 14

PAKEJ MATA PELAJARAN TAHUN 2020

MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1,2 & 3)

BIL MATA PELAJARAN BIL WAKTU CATATAN
SEMINGGU
1 Bahasa Melayu Teras
2 Bahasa Inggeris 6 Teras
3 Bahasa Arab 5 Wajib
4 Matematik 5 Teras
5 Sains 5 Teras
6 Pendidikan Islam 5 Teras
7 Sejarah 6 Teras
8 Geografi 3 Teras
9 Reka Bentuk & Teknologi 3 Teras
10 Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan 2 Wajib
11 Pendidikan Seni Visual 3 Wajib
12 Hifz Al Quran 2
13 Maharat Al Quran

MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)

BIL MATA PELAJARAN KELAS YANG MENAWARKAN BIL WAKTU
1 Bahasa Melayu SEMINGGU
2 Bahasa Inggeris SEMUA
3 Bahasa Arab SEMUA 6
4 Sejarah SEMUA 5
5 SEMUA 6
6 SEMUA 3
7 Matematik SEMUA 4
8 Matematik Tambahan SEMUA 4
9 Sains SEMUA(kecuali pakej Agama Ikhtisas II) 5
10 Biologi Pakej Agama Ikhtisas I & II 4
11 Fizik Pakej STEM 5
12 Kimia Pakej STEM 4
13 Ekonomi Pakej STEM 4
14 Prinsip Perakaunan Pakej Agama Ikhtisas I & II 4
15 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pakej Agama Ikhtisas I 5
16 Pendidikan Syariah Islamiah SEMUA 5
17 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Pakej Agama Ikhtisas 2
Pakej Agama Ikhtisas 5
5

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 15

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
1 HARI MINGGU
2 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN 19
20 11
02.01.2020 31.01.2020 10
49 1
01.02.2020 29.02.2020 9
9
01.03.2020 13.03.2020 7 2
22 7
JUMLAH HARI 11
40 1
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 16
16
14.03.2020 22.03.2020 17
18
23.03.2020 31.03.2020 35

01.04.2020 30.04.2020 9
19
01.05.2020 22.05.2020 21
21
JUMLAH HARI 13
74
CUTI PERTENGAHAN TAHUN

23.05.2020 07.06.2020

08.06.2020 30.06.2020

01.07.2020 24.07.2020

JUMLAH HARI

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

25.07.2020 02.08.2020

03.08.2020 31.08.2020

01.09.2020 30.09.2020

01.10.2020 31.10.2020

01.11.2020 20.11.2020

JUMLAH HARI

CUTI AKHIR TAHUN

21.11.2020 31.12.2020 41 6

JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN TERMASUK CUTI UMUM
JUMLAH HARI CUTI PENGGAL

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 16

HARI KELEPASAN AM WPKL TAHUN 2020

BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI JUMLAH
HARI
1 Tahun Baru 01.01.2020 Rabu 1
2 Hari Thaipusam 08.02.2020 Sabtu 1
3 Tahun Baru Cina 25 - 26.01.2020 Sabtu & Ahad 2
4 Hari Wilayah Persekutuan 01.02.2020 Sabtu 1
5 Hari Pekerja 01.05.2020 Jumaat 1
6 Hari Wesak 07.05.2020 Khamis 1
7 Hari Keputeraan SPB 06.06.2020 Sabtu 1

Yang Di-Pertuan Agong 10.05.2020 Ahad 1
8 Nuzul Al-Quran 24 - 25.05.2020 Ahad & Isnin 2
9 Hari Raya Puasa Jumaat & Sabtu 2
10 Hari Raya Qurban 31.07.2020 -
01.08.2020 Isnin 1
11 Hari Kebangsaan 31.08.2020 Khamis 1
12 Awal Muharam 20.08.2020 Rabu 1
13 Hari Malaysia 16.09.2020 Sabtu 1
14 Hari Deepavali 14.11.2020 Khamis 1
15 Maulidur Rasul 29.10.2020 Jumaat 1
16 Hari Krismas 25.12.2020

*Tertakluk kepada perubahan

Peringatan :

1. Sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Sabtu & Ahad) secara
berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan hari esoknya (satu hari sahaja) dan jika
kemudiannya pula sedia menjadi hari kelepasan am, maka hari yang berikutnya dijadikan hari
kelepasan am.

2. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada hari pertama kelepasan mingguan (Sabtu), tidak ada
cuti gantian bagi hari kelepasan am tersebut, kecuali hari kedua (Ahad) maka hari berikutnya
adalah hari cuti gantian.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 17

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2020

TINGKATAN PEPERIKSAAN TARIKH
Tingkatan 1-2 Ujian Dalaman 1 09.03.2020 – 13.03.2020
Lisan HAQ & MAQ: 14.05.2020 – 20.05.2020
Tingkatan 3 Pertengahan Tahun Bertulis : 08.06.2020 – 12.06.2020
Bertulis : 12.10.2020 – 16.10.2020
Akhir Tahun Lisan HAQ & MAQ : 19.10.2020 – 23.10.2020
09.03.2020 – 13.03.2020
Ujian Dalaman 1 Lisan HAQ & MAQ: 14.05.2020 – 20.05.2020
Bertulis : 08.06.2020 – 12.06.2020
Pertengahan Tahun
*03.05.2020 – 23.05.2020
Ujian Pelbagai Instrumen –
PT3( Sejarah ) *06.07.2020 – 24.07.2020
Ujian Pelbagai Instrumen –
PT3( Geografi ) *Bahasa Melayu : 24.08.2020 – 28.08.2020
*Bahasa Inggeris : 31.08.2020 – 04.09.2020
Ujian Lisan Bertutur – PT3
*Bahasa Melayu : 21.09.2020
Ujian Lisan Mendengar – *Bahasa Inggeris : 22.09.2020
PT3

Tingkatan 4 Lisan Maharat Al-Quran & *14.09.2020 – 18.09.2020
Tingkatan 5 Hifz Al-Quran (KBT) – PT3
Ujian Bertulis – PT3 *28.09.2020 – 07.10.2019
Ujian Dalaman 1 09.03.2020 – 13.03.2020
Lisan HAQ & MAQ: 14.05.2020 – 20.05.2020
Pertengahan Tahun Bertulis : 08.06.2020 – 26.06.2020
Bertulis : 05.10.2020 – 23.10.2020
Akhir Tahun Lisan HAQ & MAQ : 26.10.2020 – 30.10.2020
09.03.2020 – 13.03.2020
Ujian Dalaman 1 Lisan HAQ & MAQ: 14.05.2020 – 20.05.2020
Bertulis : 08.06.2020 – 26.06.2020
Pertengahan Tahun
*29.06.2020
Ujian Hafazan ( PQS ) *29.06.2020 – 03.07.2020
Ujian Lisan Bahasa Arab *24.08.2020 – 18.09.2020
Percubaan ( SPM )
Ujian Maharat Al-Quran & *11.09.2020 – 18.09.2020
Hifz Al-Quran– SPM
Fasa 1 : 12.10.2020 -17.10.2020
Peperiksaan SPM Fasa 2 : 2.11.2020 – 26.11.2020

Tingkatan 1-5 DELF Bertulis :*01.09.2020
Lisan : *16.09.2020

*Tertakluk pada pindaan LPM

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 18

PANDUAN AM

1 Asas Pengurusan Sekolah
1.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah
Pendidikan Islam, Falsafah SMKA dan Nilai-Nilai Teras Sekolah Menengah

1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.

1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif
Sekolah

1.4 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan

1.5 Semua guru adalah guru disiplin

1.6 Semua guru adalah guru kaunseling

1.7 Mewujudkan Budaya Kerja Cemerlang

1.8 Mengamalkan budaya kerja sepasukan dan kebersamaan

2 Kedatangan

2.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan

2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya jam 7.15
pagi (Hari Isnin & Jumaat) dan 7.25 pagi (Selasa, Rabu dan khamis) sebelum waktu
persekolahan dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu
balik sekolah, waktu perhimpunan dan waktu bacaan yasin.

2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak pentadbir sekolah secepat mungkin,
sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi
kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam kecemasan dan tidak terlalu kerap.

2.5 Waktu bekerja staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang
sedang berkuatkuasa.

2.6 Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-
peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas
bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada masa dan tempat di mana
pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau
terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Pegawai
yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan
Peraturan 24, Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993,[P.U.(A)395/1993] dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman
sehingga dibuang kerja.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 19

3 Keluar Waktu Bertugas
3.1 Pada waktu persekolahan / waktu kerja guru dan staf sokongan ( AKP ) tidak
dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu yang tidak
dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan
Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Gabungan Daerah dengan syarat mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengetua / Penolong Kanan

3.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis
dalam Buku Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua / Guru Penolong
Kanan sebagai tanda kebenaran sebelum keluar.


3.3 Guru dan staf sokongan hendaklah merekodkan waktu keluar dan masuk semula.

3.4 Kerja bertulis dan terancang hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum
meninggalkan kelas/sekolah seperti berkursus, mesyuarat, mengiring murid dan
lain-lain.

4 Melakukan Kerja Luar
4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan
mematuhi Perintah Am Bab ’D’ seperti berikut
4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
4.1.2 Dibenarkan dengan syarat;
4.1.2.1 tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
4.1.2.2 tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam
4.1.2.3 tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah
dengan kepentingan jabatan.

5 Cuti Cuti Rehat / Cuti Penggal
5.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak
melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-
tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

5.2 Cuti Rehat Khas
5.2.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas
sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar; dan
5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang
Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan
Guru kontrak
5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh
perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah
Am 1(ix) Bab C)

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 20

5.3 Cuti Sakit

5.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari
berturut-turut
5.3.2 hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
5.3.3 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14
hari dalan setahun
Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

5.4 Cuti Keluar Negara
5.4.1 Semua guru yang bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan. Sila
isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya
4 minggu sebelum tarikh bercuti.

5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin
5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua cuti rehat dan
kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.

5.6 Cuti Tanpa Rekod
5.6.1 Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih
masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah
tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki
peperiksaan, mesyuarat persatuan iktisas,, mengambil bahagian sukan,
tugas khas perubatan [Rujuk Perintah Am 39,41, 42, 43, 44, 45 dan 46 ”Bab
C”]

5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga
(3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli Keluarga yang diambil kira ialah: suami
atau isteri, anak- anak, ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mertua.
Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.

5.8 Cuti Kuarantin
5.8.1 Diberikan maksimum lima (5) hari bagi setiap kes kepada anggota
perkhidmatan awam cuti kuarantin untuk menjaga anak yang sakit dengan
syarat anak yang dikuarantin berumur di bawah 18 tahun atau jika masih
belajar di bawah 21 tahun atau tidak kira umur untuk anak yang cacat otak
atau hilang upaya secara kekal: dengan syarat anak itu hilang upaya secara
kekal sebelum mencapai umur 21 tahun.
5.8.1 Senarai penyakit berjangkit yang dibenarkan ialah Penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut (HFMD), Demam Denggi dan Demam denggi Berdarah, Campak,
Chickenpox, Difteria dan Malaria.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 21

6 Pakaian

6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan penjawat
awam dengan mematuhi pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.2/1985,Bil.1/2006 dan
Bil.1/2008.

6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak
dibenarkan bagi guru peremPn..

6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai mengikut peraturan penjawat awam.

6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru peremPn. juga
dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi. Rujuk pekeliling SPI Bil.2/1981

6.5 Semua guru dan AKP dikehendaki memakai pakaian batik malaysia pada setiap hari
Khamis

6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:
6.6.1 Guru PeremPn. : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T,
kemeja sukan, baju, trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit
6.6.2 Guru lelaki : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, kemeja
sukan, baju, trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit

6.7 Guru lelaki dikehendaki memakai pakaian Kebangsaan berbaju Melayu, seluar dan
bersongkok sepenuhnya pada hari jumaat. Guru tidak dibenarkan memakai pakaian
kebangsaan sebahagian sahaja cth baju melayu sahaja.

6.8 Perhimpunan rasmi( hari Isnin ) guru diminta memakai pakaian lengkap sama ada
memakai pakaian kebangsaan lengkap atau berkemeja bertali leher.

7 Buku Rekod Mengajar

7.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini
hendaklah diserahkan kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan setiap hujung minggu
( pada hari jumaat ) mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.

7.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan, untuk urusan guru pengganti.

7.3 Setiap akhir persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke Pejabat
Sekolah.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 22

8 Jadual Waktu Mengajar

8.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.

8.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.

8.3 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.

8.4 Guru masuk ke kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan segera.

9 Keselamatan Harta Benda Sekolah

9.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja
atau tidak hendaklah dimaklum kepada Guru Penolong Kanan HEM.

9.2 Guru Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel
dll. Demi keselamatan harta benda sekolah, guru-guru bertanggungjawab terhadap
kunci-kunci atau bilik khas dengan tidak menyerahkan kepada pelajar.

10 Kebersihan

10.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing.
Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan
dengan baik.

10.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik
khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal bahasa dan lain-
lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-
masing.

10.3 Semua guru, staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap
kebersihan kawasan sekolah.

10.4 Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula guru mata pelajaran hendaklah
memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur.

10.5 Pastikan setiap pelajar yang bertugas telah melaksanakan tanggungjawabnya
dengan sempurna.

10.6 Kerjasama semua guru dipohon memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan
ceria. Jika terdapat sampah mohon kerjasama pelajar mengutip dan membuang ke
dalam tongsampah.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 23

11 Surat Menyurat.

11.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani
oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.

11.2 Semua surat rasmi berkaitan dengan tugas hendaklah melalui dan salinan kepada
pengetua.

12 Surat yang diterima.

12.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
surat-surat tersebut.

12.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan
salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.

12.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah :
12.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat,
jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan dapat
disimpan dalam fail di pejabat.
12.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam
borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan
setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup/iringan (covering)
yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang
berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup
(covering) dari sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan. Satu
salinan borang berkenaan dan surat litup (covering) hendaklah disimpan
dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan biladiperlukan.

13 Urusan Dengan JPN/PPD

13.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat
demikian

14 Pelawat/Jurujual

14.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua/wakilnya

14.2 Pelawat hanya dibenarkan berurusan setelah mendapat kebenaran bertulis
daripada pengarah.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 24

15 Pembelian Barang

15.1 Setiap pembelian barang mesti mematuhi peraturan kewangan dengan mendapat
kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan borang pesanan dalaman (Nota
Minta) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Pembelian hanya dibuat selepas LO
dikeluarkan.

15.2 Setiap pesanan yang dibuat hendaklah diserta dokumen lengkap seperti sebutharga,
lesen kewangan, penyata bank bagi tujuan mematuhi prosedur kewangan.

15.3 Nota Pinta hendaklah dibuat (2) dua minggu dari tarikh pembelian dan mendapat
kelulusan pengetua.

15.4 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru
Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

15.5 Pembantu tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan
Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO).

15.6 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima borang, rekodkan no.
daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima
hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.

16 Kegiatan Kokurikulum

16.1 Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan
dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.

16.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku
kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.

16.3 Guru-guru bertanggungjawab sepenuh memastikan perjalanan kegiatan
kokurikulum dan keselamatan pelajar dalam melaksanakan aktiviti dan kegiatan.

16.4 Sebarang aktiviti atau perjumpaan kokurikulum wajib dihadiri oleh guru penasihat
kelab dan persatuan. Menjadi satu kesalahan jika aktiviti dijalankan tanpa kehadiran
guru penasihat.

16.5 Guru-guru bertanggungjawab menyediakan laporan kegiatan aktiviti kokurikulum
masing-masing seperti kehadiran, aktiviti/program, dan rekod pencapaian. Laporan
ini hendaklah diserahkan kepada PK Korikulum sebelum penggal persekolahan
berakhir.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 25

17 Perhimpunan Rasmi Sekolah

17.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan
hari yang ditetapkan. Kerjasama guru dipohon untuk menepati masa supaya
perhimpunan dapat berjalan lancar.

17.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali
leher( Suit) ketika menghadiri perhimpunan rasmi.

17.3 Guru akan bersama-sama pelajar menasyidkan Asmaul Husna, menyanyikan Lagu
Negaraku, Lagu Negeri, dan Lagu Sekolah.

17.4 Guru Bertugas dipohon memastikan bahawa segala persediaan berkaitan
perhimpunan berjalan lancar.

17.5 Sebarang pengumuman yang hendaklah disampaikan hendaklah diserahkan kepada
guru bertugas untuk dibuat pengumuman.

17.6 Guru bertugas hendaklah mencatat laporan dan ucapan yang berlaku semasa di
Perhimpunan Rasmi di dalam Buku Catatan Perhimpunan Rasmi.

17.7 Guru bertugas hendaklah mencatat ucapan pengetua dan wakil pengetua serta
didokumentasikan.

18 Mesyuarat Guru

18.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan
guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.

18.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong
Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.

18.3 Pakaian semasa mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja-T, seluar trek,
selipar tidak dibenarkan.

18.4 Guru yang tidak hadir dipohon mengemukakan surat tunjuksebab secara bertulis.
Kegagalan mengemukakan surat tunjuk sebab dianggap ingkar perintah.

19 Acara/Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Kursus Dalaman

19.1 Semua guru DIWAJIBKAN hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga
kursus dalaman.

19.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.

19.3 Kehadiran ke majlis rasmi sekolah menunjukkan semangat kerjasama dan
kesepakatan dalam kalangan guru.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 26

20 Perhubungan Sesama Rakan Sejawat

20.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional
yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud
perasaan kekitaan dalam organisasi.

20.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar sekolah
ini.

20.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
di sekolah.

21 Keahlian KELAB GURU & KAKITANGAN / PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

21.1 Semua guru dan staf sokongan secara automatik menjadi ahli kelab staf dan semua
guru dan ibu bapa /penjaga menjadi ahli PIBG sekolah.

22 Arahan dan Pekeliling

22.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

22.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.

23 Penggunaan Alat - Alat

23.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.

23.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.

23.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
berkeadaan baik.

23.4 Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.

24 Telefon

24.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf
sokongan tidak dibenar menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.

24.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan
semasa mesyuarat.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 27

25 Kunci

25.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah
mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat.

25.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat
kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di
pejabat sekolah.

26 Buku Stok / Inventori

26.1 Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori
dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap
dan sentiasa dikemaskini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta merta).

26.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok
inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun
untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan/Pengetua.

27 Komputer Riba / LCD Projektor

27.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projektor hendaklah mematuhi
peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebarang
penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.

27.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana
objektif penggunaannya.

28 Bilik-Bilik Khas

28.1 Guru-guru yang menjaga bilik-bilik khas hendaklah memastikan bilik tersebut kemas,
bersih, ceria dan kondusif.

28.2 Kunci-kunci bilik-bilik khas hendaklah dijaga dengan baik dan satu salinan disimpan
di pejabat.

28.3 Guru tidak dibenarkan menyerahkan kunci kepada pelajar untuk tujuan
keselamatan.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 28

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1 PENGETUA
Bidang Tugas :
1. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
2. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum
serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan
Malaysia.
3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 tahun 1982 (pindaan)

Senarai Tugas :

1. Pengurusan dan pentadbiran

1.1 Bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan perjawatan dan

perkhidmatan guru dan staf sokongan di sekolah seperti berikut:

1.1.1 menjalankan prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan

guru dan staf sokongan.

1.1.2 menjalankan prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi.

1.1.3 menjalankan prosedur menamatkan perkhidmatan,

perletakan jawatan, penggantungan jawatan dan persaraan.

1.1.4 memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan

perkhidmatan dan kursus dalam perkhidmatan.

1.1.5 mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubungan dengan

cuti.

1.1.6 mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan

pembahagian kerja dan tugas guru dan staf sokongan sekolah dan

pejabat.

1.1.7 menyediakan senarai tugas guru dan staf sokongan.

1.1.8 menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan

staf sokongan.

1.1.9 menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan / berkala dan

Laporan Sulit Khas

/ Laporan Nilaian Prestasi Khas.

1.1.10 menentukan sistem penyelenggaraan fail yang teratur.

1.1.11 meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan

lain yang terdapat di sekolah.

1.1.12 merancang dan menentukan pelaksanaan Takwim sekolah.

1.1.13 menentukan data maklumat disediakan mengikut jadual.

1.1.14 menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

1.1.15 menjadi Penasihat PIBG.

1.1.16 mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat tertentu di peringkat

sekolah.

1.1.17 menghadiri mesyuarat-mesyuarat di Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan

Gabungan/Daerah dan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 29

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

2 Kewangan
2.1 Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.2 Menguruskan tuntutan pembayaran per kapita dan lain-lain geran.
2.3 Menentukan segala kutipan (yuran dan sewa) dan lain-lain sumber
pendapatan dibuat dengan sempurna.
2.4 Merancang dan menguruskan segala perbelanjaan dan pendapatan: PTJ,
akaun Kerajaan, SUWA dan asrama.
2.5 Mengurus dan menyempurnakan urusan pembayaran gaji
2.6 Mengurus dan menyelenggarakan Buku Tunai untuk Akaun Kerajaan, SUWA
dan asrama.
2.7 Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah
2.8 Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar
2.9 Menjadi Pengerusi Lembaga Tender / Sebutharga sekolah
2.10 Menentukan Buku Stok diselenggarakan dengan kemaskini
2.11 Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa,
wang runcit dan lain-lain.
2.12 Menentukan tatacara hapuskira stok dibuat dengan sempurna.
2.13 Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Sekolah.

3 Fizikal dan Pembangunan Sekolah
3.1 Menjalankan pengawasan fizikal sekolah.
3.2 Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan dan kawasan
sekolah.
3.3 Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan
kecil.
3.4 Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu.

4 Perkembangan Staf
4.1 Merancang dan melaksanakan program atau kursus bagi pemajuan guru dan
staf sokongan, sama ada kursus dalaman atau mengadakan / menghadiri
kursus di luar.

5 Kurikulum
5.1 Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
5.2 Menentukan pelaksanaan Sukatan Pelajaran yang ditentukan atau
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.3 Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum di sekolah berjalan
dengan sempurna
5.4 Menentukan mata pelajaran elektif
5.5 Menubuhkan Panitia Mata Pelajaran, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan
lain-lain yang difikirkan perlu.
5.6 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.
5.7 Menentukan wujud pusat sumber dan merancang perkembangannya.
5.8 Malaksanakan satu Perancangan Strategik Sekolah.
5.9 Menyemak buku persediaan mengajar PK, PK HEM, PK Kokurikulum, Guru
Kanan dan GBK.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 30

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

5.10 Mengkaji Laporan Jemaah Nazir untuk diambil tindakan.

6 Kokurikulum
6.1 Menentukan penubuhan Persatuan dan Kelab, Sukan dan Permainan dan
Unit Pakaian Seragam.
6.2 Menentukan unit-unit kokurikulum berjalan dengan aktif, baik dan
sempurna.
6.3 Menentukan perkembangan potensi pelajar dalam bidang-bidang di atas.

7 Hal Ehwal Murid
7.1 Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar.
7.2 Menetapkan satu Peraturan Sekolah.
7.3 Menubuhkan Lembaga Pengawas Sekolah.
7.4 Menentukan perjalanan 7.1, 7.2 dan 7.3 di atas dilaksanakan dengan dengan
baik dan sempurna serta adil.
7.5 Bagi keselesaan dan kebajikan pelajar-pelajar, perkhidmatan-perkhidmatan
seperti di bawah ini perlu wujud dan dilaksanakan dengan baik:
7.5.1 Bimbingan dan Kaunseling
7.5.2 Kesihatan
7.5.3 Biasiswa / Dermasiswa
7.5.4 Keselamatan
7.5.5 Rekreasi

8 Pengawasan dan Penyeliaan

8.1 Menjadi tugas Pengetua membuat penyeliaan terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

8.2 Mengawasi perkara-perkara yang telah disebutkan di atas (no 1 – 7)
8.3 Bertanggungjawab membimbing Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM

dan Penolong Kanan Kokurikulum dalam tugas-tugas mereka serta guru-
guru dan staf sokongan dalam tugas-tugas dan pengajaran mereka.
8.4 Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk tujuan penilaian prestasi
mereka pada hujung tahun.

9 Pengawasan Asrama
9.1 Melantik warden dan Ketua warden.
9.2 Menentukan sistem penempatan pelajar.
9.3 Memastikan menu seimbang disediakan.
9.4 Menentukan adanya langkah-langkah kawalan keselamatan penghuni
asrama.
9.5 Mengadakan kemudahan rekreasi.
9.6 Mengadakan kemudahan tempat sembahyang.
9.7 Menyediakan peraturan-peraturan asrama.
9.8 Mengawasi penggunaan air / api.
9.9 Meluluskan perlantikan AJK asrama / pengawas asrama.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 31

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

9.10 Menentukan pekerja-pekerja asrama, kakitangan dapur dan dewan makan
menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa.

9.11 Merancang dan menentukan aktiviti kerohanian dijalankan dengan baik
9.12 Mengkaji laporan penggal yang dibuat oleh warden, pegawai kesihatan,

jemaah nazir dan lain-lain untuk diambil tindakan

10 Pembangunan Kendiri

10.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

10.2 Menjalankan Kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D).

10.3 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.

10.4 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.

10.5 Memberikan sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan

kepada yang memerlukannya.

10.6 Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Sekolah.

10.7 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM / JPN

/ PPD dan agensi-agensi luar

10.8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan

Profesion Keguruan.

2 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

Senarai Tugas :
1. Kurikulum

1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian dan tahunan.
1.2 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber,

makmal dan bengkel.
1.4 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber

pendidikan.
1.5 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih,

guru baru dan guru sandaran tidak terlatih dalam memjalankan tugas harian
mereka.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 32

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan
penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.

1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan.

1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan.

1.10 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku
bacaan.

1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu
ganti.

2 Pengurusan
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk
guru dan staf sokongan.
2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat.
2.4 Membantu merancang dan menyelia takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
2.6 Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
2.8 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10 Menjadi Penandatangan kedua-dua cek sekolah.
2.11 Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.
2.12 Mengurus, menilai prestasi tahunan guru dan staf sokongan

3 Pembangunan Diri Pelajar
3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah; keceriaan /
keindahan dan kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran peringkat
sekolah.
3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

4 Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibubapa /
masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

5 Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 33

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.

5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
profesion keguruan

6 Tugas-tugas lain
6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa.

3 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong

Kanan.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan

kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa, perayaan
sekolah, kantin sekolah, kebersihan, keceriaan serta penyeliaan asrama.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara 3 di atas.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas :
1 Pembangunan Diri Pelajar

1.1 Disiplin

1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
1.1.3 Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah/MPP.
1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang
melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan
murid.
1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa /
penjaga.

1.2 Bimbingan dan kaunseling

1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan
Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling
murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.
1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran murid.
1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-
murid baru.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 34

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.3 Program Perlindungan Murid

1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan
1.3.2 dadah dan program lain di peringkat sekolah.
Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di
sekolah dilaksanakan.

1.4 Kesihatan

1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
1.4.2 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan
sempurna.
1.4.3 Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

1.5 Skim Pinjaman Buku Teks

1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira
1.5.2 buku teks.
1.5.3 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku
SPBT.
Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman
buku teks.

1.6 Biasiswa dan Bantuan
1.6.1 Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
1.6.2 Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
1.6.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah
1.7.1 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi
kebersihan,keceriaan dan keindahan sekolah.

2 Pengurusan

2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid.
2.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Mengurus dan menyelia data-data APDM/SSDM/KWAMP/eKASIH
2.3 Menguruskan pertukaran murid.
2.4 Menyemak buku kehadiran harian murid.
2.5 Menguruskan surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran sijil

berhenti sekolah.
2.6 Menyemak Slip Keputusan Peperiksaan.
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.8 Membantu merancang takwim sekolah.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 35

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

3 Pengawasan Asrama

3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden asrama.
3.3 Menyelaras hal ehwal pembelajaran dan menentukan langkah keselamatan

murid.
3.4 Menyeliakan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
3.5 Menyelia hal makanan dan dapur serta dewan makan.
3.6 Menyelia hal-hal kesihatan penghuni asrama.
3.7 Membantu urusan tender / sebutharga makanan asrama.
3.8 Mempastikan kemudahan / penyertaan asrama dalam aktiviti riadah dan

kokurikulum.
3.9 Menyelaraskan segala jenis pungutan yang berkaitan dengan asrama.
3.10 Ketua Penasihat Badan Kepimpinan Asrama (BKA).

4 Pembangunan Organisasi

4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa /
masyarakat.

4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

5 Pembangunan Kendiri (Self Developement)

5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang

memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan

profesion keguruan.

6 Tugas-tugas lain
6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 36

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

4 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Bidang Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.P.Kanan dan PK

HEM.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti, kokurikulum iaitu sukan

/ permainan, kelab / persatuan dan unit beruniform, aktiviti koperasi sekolah,
penerbitan, percetakan majalah sekolah.
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
6. Memantau dan menyelia pelaksanaan dan pentaksiran PAJSK pelajar.

Senarai Tugas :
1. Kokurikulum

1.1 Sukan dan Permainan

1.1.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan
dan permainan di semua peringkat.
1.1.2 Membantu, merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
1.1.3 Mengurus pemilihan peserta sukan bagi mewakili sekolah.
1.1.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya
mencapai matlamatnya.

1.2 Kelab / Persatuan

1.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan yang
1.2.2 bercorak akademik.
Memastikan pelaksanaan program kelab dan persatuan berjalan
mengikut jadual.

1.3 Unit Beruniform
1.3.1 Merancang strategi penglibatan unit beruniform.
1.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
1.3.3 Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan
mengikut jadual.

1.4 Koperasi Sekolah
1.4.1 Menyelaras kegiatan koperasi sekolah.

1.5 Penerbitan dan Percetakan Majalah Sekolah

1.5.1 Membantu dan mengurus segala hal yang berkaitan dengan
penerbitandan percetakan majalah sekolah.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 37

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

2. Pengurusan

2.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap bidang aktiviti kokurikulum.
2.4 Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan / rumah dan

meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
2.5 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
2.6 Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
2.7 Mengenalpasti guru / murid yang berpotensi untuk maju dan mengadakan

program khas untuk mereka.
3. Persembahan Sekolah

3.1 Mengenalpasti jenis / aktiviti persembahan sekolah.
3.2 Memantau perjalanan aktiviti sekolah.
3.3 Memastikan pelaksanaan program persembahan sekolah.
3.4 Memastikan kualiti persembahan sekolah.

4. Melaksanakan Majlis-Majlis Penghargaan / Aktiviti Sekolah

4.1 Hari Kokurikulum
4.2 Majlis Anugerah Kokurikulum
4.3 Hari Koperasi Sekolah
4.4 Hari Pelanggan (Unit Beruniform) bersama PIBG
4.5 Malam Kebudayaan / Kesenian Islam Sekolah

5. Melaksanakan Program Sukarelawan

5.1 Merancang aktiviti program sukarelawan.
5.2 Menyelia pelaksanaan aktiviti program sukarelawan.
5.3 Menilai pelaksanaan aktiviti program sukarelawan.
5.4 Melaksanakan program pengantarabangsaan.
5.5 Mengurus keperluan passport/visa/tiket penerbangan/pengangkutan

peserta program.
5.6 Menyeliakan pelaksanaan aktiviti program pengantarabangsaan.
5.7 Menilai program aktiviti program pengantarabangsaan.

6. Aktiviti Tambahan Kokurikulum

6.1 Menilai setiap sukan / permainan berdasarkan skema penilaian aktiviti
kokurikulum (untuk individu) dan penilai kokurikulum mengikut SKPM
supaya mencapai matlamatnya.

7. Pembangunan Organisasi
7.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa /
masyarakat.
7.2 Mengadakan kursus / latihan untuk guru dan staf sokongan.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 38

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

8. Pembangunan Kendiri

8.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
8.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
8.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
8.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
8.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang

memerlukannya.
8.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan

profesion keguruan.

9. Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kokurikulum

9.1 Mempengerusi Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kokurikulum dan
Permainan.

10. Tugas-tugas lain
10.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa
10.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa

5 GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
Bidang Tugas :
1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan
bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pelaksanaan SKPMg2.
5. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
pelajar.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang yang berkaitan dengan bidangnya.
7. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan pihak luar
seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-
guru pelatih / maktab

/ universiti dan seumpamanya.
8. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

Senarai Tugas :
1. Kurikulum

1.1 Memimpin guru menentu dan merancang Rancangan Pelajaran Harian /
Tahunan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.

1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di
bawah kawalannya.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 39

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Membimbing guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalam

menjalankan tugas-tugas mereka.
1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara

dengan berkesan.
1.6 Mengjkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta

mengambil tindakan sewajarnya.
1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan,

pemulihan dan pengkayaan.
1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan

(kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan.
1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang
dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan lain-lain jawatankuasa
yang diarahkan oleh Pengetua.
1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staf.
1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan
dan pendekatan- pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada guru.
1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-
amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi
kurikulum.
1.14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah
untuk mengatasinya.

2. Kokurikulum

2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum
yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan
kecemerlangan akademik pelajar.

2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.

3. Pengurusan

3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata
pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.

3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk
guru.

3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat
dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.4 Membantu merancang takwim sekolah.
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyediakan anggaran belanjawan/ ABM tahunan sekolah dan

mengawal perbelanjaannya.
3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit

tahunan.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 40

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau
bahan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.9 Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku
di bilik darjah dan sekolah

3.10 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik
darjah dan menjaga keceriaannya.

3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar dan program Penilaian Kendalian
Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

4. Tugas-tugas Lain

4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber
Pelajaran Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh
didapati untuk membantu sekolah dan guru.

4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang
berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi
memantapkan keupayaan dan pengetahuan.

4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data dan maklumat mengenai
semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.

4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan
sekolah.

4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.

4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

6 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Senarai Tugas:
1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada
semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan
tunjukajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
individu secara professional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan
keperluan IPT.
9. Merancang,melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok, alcohol dan HIV/AIDS.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 41

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

10. Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk
menyelia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di
institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program serta aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling kerjaya
dan pendidikan pencegahan dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrument dan pendekatan secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar yang memerlukan.
18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang

berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan
Lembaga/Badan Pengawas Sekolah.

21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program Jati Diri.
23. Menjadi penyelaras dalam program pengembangan pelajar seperti kolokium,

motivasi, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.
24. Menghadiri kursus, bengkel atau seminar apabila diarahkan berbuat demikian dan

melaksanakan apa yang dipelajari.
25. Mengendalikan Kelab Bimbingan dan Kaunseling / Kerjaya dan menentukan ianya

bergerak dengan aktif.
26. Menyediakan laporan tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
27. Mengurus dan melaksanakan Ujian Psikometrik
28. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke

semasa.

7 GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER (GURU MEDIA)
Senarai Tugas:
1. Mengurus segala yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber termasuk
anggaran perbelanjaan, alatan yang diperlukan dan perkara lain yang difikirkan
perlu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan
kemaskini.
4. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan
Pusat Sumber yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 42

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.

6. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program
latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

7. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
8. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

berasaskan sumber.
9. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri / PKG /

Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber
Sekolah.
10. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
11. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
12. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
13. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
14. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah
Peringkat Negeri.
15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat
Sumber Sekolah.
16. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan,
program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
17. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah.
18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa
ke semasa.

8 GURU PENYELARAS BESTARI
Senarai Tugas:
1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Sebagai penghubung tunggal (single point contact bagi pihak sekolah)
2.1 Menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklum balas
kepadasemua perisian yang dibekalkan.
3. Mengurus dan menyelenggara kemudahan IT dan perisian-perisian aplikasi yang
dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
3.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada
pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik
setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router,
hub dan sebagainya.
3.4 Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
3.5 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik
kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.
4. Menyediakan keperluan peralatan IT untuk guru dan membantu serta membimbing
mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang
diperlukan oleh pihak pengguna.
4.2 Menyediakan keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga
sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu
menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti Sekolah Bestari.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 43

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru
seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan
sebagainya.

5. Melatih guru menggunakan kemudahan IT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti bahan Pengajaran dan
Pembelajaran.
5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan IT dijalankan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan tersebut.
5.3 Memastikan penggunaan bahab-bahan Pengajaran dan Pembelajaran
dalam PdPc.

6. Melatih staf menggunakan kemudahan IT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran kepada pengguna-pengguna dengan sistem komputer dan
aplikasi perisian.
6.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan
kakitangan. sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari dan bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
6.3 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School
Management System) untuk pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.

7. Sebagai pengurus e-mel.
7.1 Menguruskan akaun pengguna dan e-mel.

8. Memastikan integriti dan keselamatan data
8.1 Memastikan ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti
yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
8.2 Memastikan lemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-langkah
seperti berikut:
8.2.1 memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan
banyak komputer.
8.2.2 memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang
diberikuasa sahaja.
8.2.3 memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan
baik.
8.2.4 memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan
berada ditempat- tempat yang telah dikenalpasti.
8.3 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:
8.3.1 memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.
8.3.2 memastikan komputer bebas virus.
8.3.3 membuat back up dan replikasi maklumat.

9. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource) person IT sekolah dan sentiasa
mengikuti perkembangan IT semasa.
9.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang
menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan
perisian-perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mel, Internet, printer
dan lain-lain lagi.
9.2 Memberi latihan IT dalaman kepada masyarakat sekolah.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 44

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

9.3 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan
perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian
seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-
Pembelajaran dan menyelesaikan masalah- masalah yang dihadapi.

9.4 Menentukan kelancaran perjalanan Sistem Rangkaian secara keseluruhan
dan sentiasa memastikan bahawa pengguna dapat menggunakan sistem dan
aplikasi secara optimum

10. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada
pihak yang berkenaan.

11. Mempertingkatkan budaya IT di sekolah.
11.1 Menyediakan garis panduan / peraturan / tatacara penggunaan kemudahan
infrastruktur teknologi.
11.2 Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan laman web sekolah.

12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa
ke semasa.

9 GURU DATA/GURU ICT
Senarai Tugas:
1. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 12 waktu dalam seminggu
2. Bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan
data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
3. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang
ditetapkan oleh Pengetua.
4. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah seperti
yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.
4.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data bagi aplikasi EMIS iaitu
melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran,
pelaporan, pembekalan dan

penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan
jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
4.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar
4.1.2 Murid seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain
4.1.3 Staf bukan guru
4.1.4 Profil Sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah
4.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa
4.2 Bertanggungjawab sebagai Admin VLE sekolah dan membuat perancangan
pelaksanaan aktiviti dan program frog VLE di sekolah.
4.3 Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan,
penyimpanan, pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran
data dan pendidikan seperti Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan JK
SKPMg2.
4.4 Membantu dalam penyelenggaraan komputer, namun bagi
Sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT.
4.5 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemaskini data dan maklumat
peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat
peringkat sekolah
6 Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 45

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari
semasa kesemasa.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data;
1. Mengemaskini data EMIS Online
2. Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
3. Memastikan Data disemak dan disahkan.
4. Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi

turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentukan sah oleh GPK Kurikulum dan
Pentadbiran selaku pengurusan Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke
PPD/JPN/KPM.
5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS
Online. Disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD.
6. Menyimpan dengan baik segala dokumen ( bahan bercetak atau elektronik)
berkaiatn pengurusan data EMIS Online.

7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat
sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah
dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data
tidak terganggu.

8. Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan
menyimpan data dengan baik.

 Jika berlaku kerosakan komputer/talian internet segala urusan kemaskini hendaklah
dilakukan disekolah berhampiran PPD/JPN/KPM.

9. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan ditempat yang selamat
kerana ia merupakan bahan terkawal dan sulit.

TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA
PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan setelah
disemak dan ditentukan sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti,
sahih dan menepati masa.

2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah ( pengantara ) dalam
rangkaian maklumat Sekolah, PPD, JPN, dan KPM.

3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.
4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari, April, Jun dan

Oktober (kutipan Perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh
PPD/JPN/KPM.

10 GURU MATA PELAJARAN
Senarai Tugas :
1. Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan.
2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan
pelajaran dan huraian sukatan yang berkenaan.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 46

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus
dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di
akhir setiap PdPc bagi setiap tingkatan.

4. Mempunyai Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Pengetua atau wakilnya pada masa yang ditetapkan.

5. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian bagi mata pelajaran yang
diajar dengan lengkap dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan
Pelajaran yang disediakan.

6. Rancangan Harian perlu disediakan sekurang-kurangnya sehari sebelum PdPc
tersebut dijalankan.

7. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
murid dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerah / menunjukkan buku
latihan murid kepada Pengetua atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.

8. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Rekodkan soalan-soalan
dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

9. Mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran yang diajar dan menjalankan
kelas pemulihan / bimbingan untuk mencapai visi sekolah.

10. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

11. Guru mata pelajaran hendaklah menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah.

12. Memastikan keselamatan murid di makmal sains / bengkel KH / bilik ERT / makmal
Bahasa / makmal komputer dan bilik-bilik khas yang lain serta mengawasi
penggunaan peralatan.

13. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama
ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Menyampaikan semula kepada guru lain
yang mengajar mata pelajaran yang sama di sekolah.

14. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi
mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam PdPc.

15. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah PdPc untuk
tindakan selanjutnya.

16. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan ,
memastikan ABM digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam
menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

17. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
18. Membantu menguruskan Koleksi Soalan dan Bank Soalan.
19. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
20. Bekerja sebagai “Team Player”.
21. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke
semasa.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 47

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

11 GURU PENYELARAS TINGKATAN

Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah

jagaannya. Persetujuan Penolong Kanan HEM perlu diminta terlebih dahulu
2. Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut keputusan

peperiksaan dan minat / aliran bagi murid Tingkatan 4 dan 5.
3. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku SPBT.
4. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk

diberi bantuan / biasiswa.
5. Memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan tentang jumlah pelajar dalam

setiap kelas dari semasa ke semasa.
6. Penyelaras Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bertindak membantu penyelaras

peperiksaan PT3 dan SPM.
7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar

masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur.
8. Bekerjasama dengan guru tingkatan dalam memastikan dokumen-dokumen berikut

dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid.
a Buku Laporan Prestasi Akademik Murid (SAPS)
b Buku Rekod Kokurikulum (PAJSK & SEGAK)
c Borang Pinjaman Buku Teks (SPBT G)
d Sijil Berhenti Sekolah
e Dokumen berkaitan PBS
f Profil Pelajar APDM

9. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid, dan memastikan fail tersebut
disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Pejabat diperlukan.

10. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid dan membantu guru tingkatan satu
untuk mengagih murid.

11. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan
memasukkan butiran- butiran murid dalam buku pendaftaran.

12. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia kemaskini.
13. Bertanggungjawab menjaga Buku Pendaftaran dan memastikan buku tersebut

disimpan di pejabat
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari

semasa ke semasa.
12 GURU TINGKATAN

Senarai Tugas :
1. Pengurusan Bilik Darjah

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong
ketua kelas, setiausaha dan ahli jawatankuasa kelas.

1.2 Mengadakan mesyuarat kelas dari semasa ke semasa.
1.3 Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria.

1.3.1 Bidang Tugas Kebersihan
a membersihkan papan tulis
b menyapulantai
c mengelap cermin
d menyusun kerusi meja
e membuang sampah

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 48

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.3.2 Tugas Keceriaan
a mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa
ke semasa
b menyediakan alas meja, langsir dan bunga untuk kelas

1.4 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada dalam kelas
a Nama Pengetua
b Nama PK1, PK HEM dan PK kokurikulum
c Nama Guru Kanan Mata Pelajaran
d Nama Guru Tingkatan
e Nama Guru Mata Pelajaran f Jadual Waktu
g AJK Kelas dan Jadual Bertugas Murid
h Jumlah perabot dalam kelas (kerusi meja murid, meja guru dan
papan tulis
i Misi dan Visi Sekolah
j Moto Kelas
k Inventori kelas (Kew PA 7).

1.5 Memastikan pelajar membuat jadual tugasan dan menjalankan tugas
masing-masing.

1.6 Memastikan perabot, peralatan dan keadaan fizikal kelas dalam keadaan
selamat.

1.7 Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan
melaporkannya kepada pihak pengurusan [PKHEM].

1.8 Memaparkan dengan jelas segala peraturan berkaitan dengan kelas di
papan kenyataan kelas.

1.9 Menentukan disiplin murid di dalam kelas terkawal.
1.10 Memastikan papan kenyataan kelas diuruskan teratur dan dapat

memanfaatkan murid.
1.11 Menentukan wayar elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan selamat

digunakan.
1.12 Memastikan segala peralatan elektrik dimatikan oleh ketua/penolong ketua

tingkatan sebelum meninggalkan kelas.
1.13 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
1.14 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya yang terpulang kepada budi

bicara murid.
Tabung ini digunakan untuk
a Keceriaan kelas
b Kebajikan murid
c Membeli peralatan kelas

2. Jadual Kedatangan Murid

2.1 Merekod dan memasukkan semua butiran murid ke dalam Jadual
Kedatanganmengikut ruangan yang ditetapkan.

2.2 Menandakan kedatangan murid setiap hari sebelum masa pertama.
2.3 Menghantar Jadual Kedatangan murid ke pejabat am sekolah sebelum

bermula waktu ketiga pada setiap hari persekolahan.
2.4 Menutup Jadual Kedatangan pada akhir tiap-tiap bulan, mengisi borang

retan bulanan dan menyerahkannya kepada PK HEM.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 49

SENARAI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

2.5 Memastikan murid yang tidak hadir membawa surat ibu bapa / penjaga /
2.6 doktor jika tidak dapat hadir ke sekolah.
2.7 Memaklumkan ketidakhadiran murid ke sekolah yang melebihi tiga (3) hari
kepada PK HEM dan ibu bapa / penjaga.
- Mengambil tindakan tentang pertukaran pelajar
-
mencatatkannya ke dalam Jadual Kedatangan
2.8
2.9 menyediakan dokumen pertukaran seperti Sijil Berhenti Sekolah,
Laporan Keputusan Peperiksaan, Butiran Biasiswa, Markah Ujian Lisan,
Kerja-kerja Kursus, Rekod Kesihatan Murid dan perkara-perkara lain
yang berkaitan dan menyerahkannya ke pejabat am sekolah.
Warna dakwat yang digunakan dalam jadual kedatangan hendaklah serupa
dari awal hingga akhir.
Pemadam cecair tidak boleh digunakan untuk memadam apa-apa catatan
dalam jadual kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja
dengan menggunakan dakwat yang serupa dan tandatangan ringkas.

3 Pungutan Wang
3.1 Mengutip bayaran persekolahan, peperiksaan, PIBG dan lain-lain yuran yang
diarahkan.
3.2 Mengeluarkan resit bayaran yuran dan rekod dalam Jadual Kedatangan.
3.3 Menghantar wang kutipan kepada kerani kewangan di pejabat sekolah dan
bendahari PIBG pada hari diterima.
3.4 Memasukkan butir bayaran ke dalam Jadual Kedatangan kelas.
3.5 Mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan peringatan terhadap
murid yang masih belum menyelesaikan bayaran.

4 Membantu Jawatankuasa SPBT serta Bantuan dan Biasiswa
4.1 Mengedarkan borang berkenaan kepada murid-murid.
4.2 Mencadangkan murid-murid yang sesuai untuk menerima bantuan dengan
mematuhi syarat yang ditetapkan.
4.3 Membantu murid mengisi borang permohonan.
4.4 Menguruskan penyerahan, pengambilan serta pemulangan buku-buku SPBT
mengikut jadual yang ditetapkan.

5 Akademik
5.1 Mengumpul semua markah ujian/peperiksaan daripada guru mata
pelajaran.
5.2 Mengisi markah ujian / peperiksaan ke dalam komputer.
5.3 Memproses dan menganalisis data.
5.4 Mengisi markah ujian / peperiksaan murid ke dalam Buku Laporan Prestasi
murid.
5.5 Menulis dan memberikan ulasan sewajarnya serta menandatangani Buku
Rekod Prestasi Murid.
5.6 Menghantar Buku Rekod Prestasi Murid kepada Pengetua / Penolong Kanan
untuk ditandatangani.
5.7 Mengenal pasti murid-murid yang lemah dalam pelajaran dan mengambil
langkah tertentu mengatasinya.

Buku Pengurusan SMKAKL 2020 50


Click to View FlipBook Version