The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husmie, 2023-04-01 11:59:49

BULETIN SMK SYED SAFFI 2022-2023

BULETIN SMKSSF 2022-2023

Keywords: buletin smk syed saffi,smk syed saffi,buletin saffi,syed saffi

1


2 3 Kata alu-aluan pengetua 4 Aktiviti Mac 2022 5 Aktiviti April 2022 12 Aktiviti Mei 2022 17 Aktiviti Jun 2022 23 Aktiviti Julai 2022 31 Aktiviti Ogos 2022 43 Aktiviti September 2022 50 Aktiviti Oktober 2022 55 Aktiviti November 2022 64 Aktiviti Disember 2022 66 Aktiviti Januari 2023 71 Aktiviti Februari 2023 78 Kejayaan Sekolah 78 Kejayaan Murid ISI KANDUNGAN


3 KATA ALU-ALUAN PENGETUA Penerbitan buletin sekolah ini buat julung kalinya dapat memaparkan aktiviti-aktiviti warga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi kepada umum dan sudah tentu ianya akan menjadi bahan rujukan sejarah sekolah dan kenangan manis masa tua. Saya mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru, pekerja dan murid sekolah yang penuh dedikasi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2022/2023. Saya juga mengucapkan sekalung tahniah kepada para guru dan murid atas penyertaan dan kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, zon, negeri atau kebangsaan. Kepada semua warga pendidik SMK Syed Saffi, saya berharap kita akan dapat terus membantu murid-murid melakar kejayaan dan melahirkan generasi berkualiti demi kecemerlangan mereka di masa hadapan. Mohd Sukor bin Yaacob Pengetua SMK Syed Saffi Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa


4 PLC anjuran Panitia Reka Bentuk dan Teknologi ini diadakan di Studio Reka Bentuk SMK Syed Saffi bagi memberi pendedahan kepada tenaga pengajar tentang teknik rendering menggunakan pen marker graphic. Semua guru mata pelajaran RBT terlibat dalam program ini. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi. Moderator ialah Cikgu Saiful Azzam bin Shahidan. Aktiviti dimulakan dengan penerangan alat dan bahan yang digunakan diikuti sesi demonstrasi oleh moderator. Guru kemudiannya mencuba teknik yang ditunjukkan. Sesi apresiasi dilakukan pada akhir program. Oleh: Saiful Azzam bin Shahidan (Guru mata pelajaran RBT) PLC REKA BENTUK TEKNOLOGI: SHADING DAN RENDERING KURIKULUM 24 Mac 2022 AKTIVITI MAC 2022


5 Anugerah ini adalah untuk menghargai murid yang aktif dalam PDPR. Seramai 20 murid terpilih untuk anugerah ini dan diberikan hadiah kerana hadir sesi PDPR terbanyak. Impaknya murid lebih bermotivasi dan rasa dihargai. Oleh: Nurul Wahida binti Abd Halim (GBKSM) ANUGERAH AKTIF PDPR 2022 KURIKULUM 21 Mac-1 April 2022 AKTIVITI APRIL 2022 Taklimat ini adalah taklimat yang diadakan setiap tahun bagi memperkenalkan fungsi Unit Pusat Sumber dan Bilik Rangkaian Berinformasi serta prosedur untuk menggunakan perpustakaan. Taklimat yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah itu berlangsung selama setengah jam bermula 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Bagi memulakan taklimat, Cikgu Husna mempromosikan perjawatan Pengawas Pusat Sumber bagi para pelajar yang berpengalaman dan yang berminat. Borang permohonan akan dikeluarkan bermula bulan Ogos 2022. Seterusnya Cikgu Husna memperkenalkan Unit Pusat Sumber dan bilik-bilik rangkaian berinformasi. Kemudian Cikgu Husna menayangkan video pengenalan perpustakaan sambil memberi penerangan tentang prosedur penggunaan perpustakaan. Oleh: Pn. Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) TAKLIMAT PUSAT SUMBER SEMPENA ORIENTASI TINGKATAN 1 KURIKULUM 4 April 2022


6 Pelaksanaan program ini bermula di pintu pagar utama di mana para guru mengalu-alukan kedatangan murid setiap hari seawal jam 7.00 pagi. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menyediakan hadiah kepada murid yang hadir awal. Melalui program ini, murid merasa lebih dihargai. Oleh: Nurul Wahida binti Abd Halim (GBKSM) AMALAN GURU PENYAYANG HAL EHWAL MURID 4 April 2022 Program tahunan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini bermula seawal pukul 8.30 pagi bertempat di dewan terbuka. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan murid tingkatan 1 kepada suasana di sekolah menengah. Impaknya, murid akan lebih mengenali sekolah dan dapat menyesuaikan diri dengan baik. Program ini tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Oleh: Nurul Wahida binti Abdul Halim (GBKSM) PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 HAL EHWAL MURID 4 & 5 April 2022


7 Program ini diadakan bermula pada 7.45 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di Dewan Besar sekolah. Program ini bertujuan mendedahkan bentuk soalan kertas 2 BM SPM dan teknik menjawab yang tepat mengikut format SPM kepada semua murid tingkatan 5 di samping meningkatkan keyakinan murid menjawab soalan peperiksaan pertengahan tahun. Seramai 86 orang murid telah menghadirkan diri. Dalam program ini, Guru Kanan Bahasa, En. Mat Nizam bin Hj Pin telah menyampaikan teknik menjawab kertas 2 BM SPM meliputi soalan 6 hingga soalan 8 di samping penerangan ringkas tentang ujian bertutur. Oleh: Pn. Masitah binti Ismail (Ketua Panitia Bahasa Melayu) TUNTUTAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 (MENGGAPAI KEJORA BAKA 5) KURIKULUM 6 April 2022 UJIAN DIAGNOSTIK TINGKATAN 1 KURIKULUM Lokasi: Kelas 5 April 2022 PENYERAHAN BANTUAN MPSM (PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH) HAL-EHWAL MURID Lokasi: Pejabat Sekolah 5 April 2022


8 Dalam mesyuarat ini, para Pengawas pusat sumber memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian undian untuk AJK Tertinggi sesi 2022/2023 dimulakan. Selepas pengundian selesai, Cikgu Husna membincangkan perancangan aktiviti bagi tahun semasa, pembentangan jadual bertugas dan huraian tugasan. Objektif mesyuarat ini adalah untuk menyampaikan maklumat terkini, melantik JK baru, membincangkan masalah berbangkit serta mengeratkan ukhwah sesama pengawas pusat sumber. Seramai 16 daripada 22 orang pengawas pusat sumber hadir ke sesi ini. Mesyuarat tamat sekitar jam 8.30 pagi. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) MESYUARAT AGUNG PENGAWAS PUSAT SUMBER KURIKULUM 8 April 2022 Program ini diadakan di Dewan Terbuka SMK Syed Saffi bertujuan untuk membantu murid tingkatan 4 memahami haluan kerjaya masingmasing. Antara pengisiannya adalah pengenalan kepada subjek tingkatan 4. Melalui program ini, murid lebih yakin untuk memilih pakej mata pelajaran mengikut minat mereka. Oleh: Nurul Wahida binti Abd Halim (GBKSM) HALUAN KERJAYA TINGKATAN 4 HAL EHWAL MURID 6 April 2022 PENYERAHAN KAIN TELEKUNG DAN BAJU MELAYU KEPADA MURID ASNAF & B40 HAL-EHWAL MURID Sumbangan dari Komuniti Mahasiswa Perlis dan Toko Ar Rayyan Arau 12 April 2022


9 Program pemilihan ini dilaksanakan untuk memilih calon Tokoh NILAM bagi mewakili Zon Selatan 1 ke peringkat Negeri Perlis. Ia dilakukan secara rakaman bertempat di Bilik Tayangan SMK Syed Saffi. Peserta dikehendaki membuat ulasan ringkas 4 buah buku dan ulasan terperinci 1 buah buku kesukaan mereka. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat murid dalam bidang pembacaan dan komunikasi, malah turut menambah pengetahuan dan keyakinan murid. Murid yang terlibat adalah Putri Iffah Nabilla binti Mohd Zawawi (5 Adil) bagi Tokoh NILAM Bahasa Melayu manakala Auni Nafisah binti Ghazali (5 Adil) menjadi calon Tokoh NILAM Bahasa Inggeris. Kedua-dua calon menerima RM50 daripada Unit Pusat Sumber sebagai saguhati penyertaan. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) PEMILIHAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT ZON SELATAN 1 KURIKULUM 20 April 2022 Program peringkat negeri ini adalah anjuran PPIM Perhubungan Negeri Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Ia diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan diadakan secara dalam talian (Google Meet) di Perpustakaan Pendeta Za’aba, SMK Syed Saffi. Objektif program ini adalah untuk memastikan murid celik al-Quran dan berketrampilan serta melatih murid berani menjadi ketua dalam bacaan al-Quran. Seramai 7 orang pelajar Puteri Islam iaitu Puteri Iffah Nabila, Annur Nasyirah, Alif Khalida, Nur Hasliyana, Siti Erika, Nor Ain, Zetty Alysa dan 3 orang guru penasihat PPIM sekolah terlibat dalam program ini. Aktiviti yang diadakan adalah sesi tadarus bersama guru penasihat bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi dan diteruskan dengan Google Meet e-khatam (surah al-Qadr dan al-Baiyinah) sehingga jam 12.00 tengah hari. Perasmian penutup dilaksanakan oleh Puan Iswani binti Ismail (Pen. Pengarah Unit Bakat Murid, JPN Perlis). Oleh: Ustazah Nabilah binti Abdul Halim (Ketua Guru Penasihat PPIM) TADARUS DAN E-KHATAM AL-QUR’AN PPIM PERLIS KO-KURIKULUM 21 April 2022


10 Program tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini diadakan untuk menyemarakkan budaya membaca. Program ini dimulakan dengan pengumuman daripada Pn. Nurul Sazlina binti Maarof, AJK Unit Pusat Sumber pada pukul 10.45 pagi. Beliau memberikan penerangan ringkas tentang program ini. Tepat jam 11.00 pagi, aktiviti membaca dimulakan. Guru-guru yang berada bersama pelajar telah diminta untuk mengambil gambar aktiviti tersebut sebagai bukti pembacaan. Aktiviti ditamatkan pada pukul 11.10 pagi. Kebanyakan warga sekolah memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi masa membaca. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) JOM BACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT SEKOLAH KURIKULUM 21 April 2022 PENYERAHAN SUMBANGAN “BACK TO SCHOOL 2022” HAL-EHWAL MURID Sumbangan Yayasan Petronas 22 April 2022 PROGRAM BAKA 5 (SESI 1) KURIKULUM Lokasi: Dewan Terbuka SMK Syed Saffi 25 April 2022


11 Aktiviti yang diadakan sempena Ihya’ Ramadan ini antaranya adalah ceramah, tadarus al-Qur’an, solat tarawih di asrama, iftar perdana, solat sunat Dhuha, Pertandingan Kad Ucapan Hari Raya, Pertandingan Kuiz Ihya’ Ramadan dan kutipan sumbangan Infaq Ramadan. Aktiviti ini bertujuan melatih murid menghayati bulan Ramadan dan mengaplikasikan ibadah dalam kehidupan. Ia adalah salah satu program utama tahunan sekolah. Namun oleh kerana jumlah sumbangan untuk anak-anak asnaf yang agak terhad, JK program berusaha mencari sumbangan luar bagi menampung sumbangan tersebut. Oleh: Mas Azurein Arosdiee (Ketua Panitia Pendidikan Islam) IHYA’ RAMADAN 1443 H HAL EHWAL MURID 3-29 April 2022 Kuiz Ramadan Solat Dhuha Tadarus Solat Tarawih Iftar Perdana Majlis Penutup Penyerahan Duit Raya Pertandingan Fotografi Raya


12 Program ini diadakan bertujuan untuk memilih peserta untuk mewakili sekolah ke peringkat zon. Seramai 5 peserta dipilih bagi setiap kategori pertandingan. Antara ujian saringan yang dilakukan adalah tilawah, hafazan, sajak, syair, tazkirah, nyanyian solo kerohanian dan tulisan khat. Selesai saringan, kesemua peserta menjalani proses rakaman video untuk dihantar kepada penilai. Oleh: Mas Azurein bt Arosdiee (Ketua Panitia Pendidikan Islam) MAHRAJAN PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI PERINGKAT SEKOLAH KOKURIKULUM April-Mei 2022 AKTIVITI MEI 2022 PENYERAHAN BANTUAN ASNAF HAL-EHWAL MURID Lokasi: Dewan Tertutup SMK Syed Saffi 12 Mei 2022 MENERIMA SUMBANGAN DARI YAYASAN KUOK HAL-EHWAL MURID Lokasi: Bilik Bunga Emas SMK Syed Saffi 18 Mei 2022


13 Seminar yang bertempat di Hotel Putra Regency ini melibatkan semua murid tingkatan 5 SMK Syed Saffi dan berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran murid untuk belajar. Seminar ini disampaikan oleh konsultan luar. Oleh: Pn. Nurul Wahida binti Abd Halim (GBKSM) SEMINAR ZERO TO SUPERHERO TINGKATAN 5 HAL EHWAL MURID 11 & 12 Mei 2022 Seminar ini diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang di Nelayan Homes, Kuala Perlis. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan kesedaran murid untuk belajar. Oleh: Pn. Nurul Wahida binti Abd Halim (GBKSM) SEMINAR ZERO TO SUPERHERO TINGKATAN DUA HAL EHWAL MURID 18 & 19 Mei 2022


14 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI HAL-EHWAL MURID Lokasi: Dewan Terbuka SMK Syed Saffi 20 Mei 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Sambutan Hari Raya”


15 Seminar ini diadakan bertempat di Nelayan Homes, Kuala Perlis bermula 7.40 pagi hingga 2.30 petang. Program ini bertujuan untuk menerapkan kemahiran mencatat nota, pengurusan masa dan Teknik belajar dengan berkesan. Secara tidak langsung, program ini dapat meningkatkan kesedaran murid dalam pembelajaran. Oleh: Pn. Nurul Wahida binti Abd Halim (GBKSM) SEMINAR ZERO TO SUPERHERO TINGKATAN TIGA HAL EHWAL MURID 25-26 Mei 2022 Pertandingan anjuran Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Utara ini diadakan secara rakaman bertempat di Perpustakaan Pendeta Za’ba SMK Syed Saffi. Seramai 5 murid terlibat iaitu Muhammad Shaiful Hakimi, Muhammad Syarqawi, Nur Soffiyah Aisya, Annur Nasyirah dan Putri Iffah Nabilla. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Naimah dan Cikgu Zamzuriyati. Forum yang disampaikan bertajuk ‘Bahaya HFMD’, singkatan kepada Hand, Foot and Mouth Disease. Pasukan ini berjaya merangkul tempat keenam dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300 manakala Nur Soffiyah Aisya dinobatkan sebagai moderator terbaik dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200. Oleh: Naimah binti Che Ahmad (Guru Bahasa Melayu) PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT NEGERI KO-KURIKULUM 27 Mei 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Bahaya HFMD”


16 Kejohanan tahunan ini diadakan bertujuan meningkatkan kecergasan murid dan memenuhi takwim persekolahan sesi 2022. Semua guru dan murid terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan sesi memanaskan badan. Seterusnya, para peserta dilepaskan oleh pengetua, YDP PIBG dan barisan pentadbir mengikut kategori. Impak daripada aktiviti seperti ini adalah dapat melahirkan murid yang sihat dan kompetitif selain memupuk semangat juang yang tinggi. Aktiviti ini mendapat sokongan dan kerjasama dari seluruh warga sekolah dan diharapkan dapat melibatkan komuniti setempat seperti ibu bapa dan masyarakat sekitar pada masa hadapan. Oleh: Saiful Azzam bin Shahidan (Guru Penolong) KEJOHANAN MERENTAS DESA KO-KURIKULUM 27 Mei 2022 MAJLIS PERSARAAN USTAZ HADZRI UMUM Lokasi: Dewan Tertutup SMK Syed Saffi 31 Mei 2022


17 Kru TV PSS SMK Syed Saffi telah diberikan peluang keemasan oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Perlis apabila dijemput menyertai Kru TV PSS Perlis ke PBAKL 2022 bersama Kru TV PSS SK Tambun Tulang. Peluang ini diberikan bagi meraikan kejayaan Kru TV PSS SMK Syed Saffi sebagai Johan Video TV PSS Terbaik Sekolah Menengah 2021. 2 orang kru telah terpilih iaitu Putri Iffah Nabilla binti Mohd Zawawi dan Zetty Allysa binti Aminordin kedua-duanya dari kelas 5 Adil. Pesta ini berlangsung di Dewan Pameran World Trade Centre Kuala Lumpur. Dalam pesta ini, para kru dikehendaki menemuramah pengunjung, pempamer, individu terkenal serta mengacarakan berita secara langsung di reruai 001 yang disediakan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM. Antara pengalaman berharga adalah apabila kru dapat menemubual Tan Sri Noh Omar pada hari akhir pesta. Walaupun diuji dengan tekanan emosi dan jadual yang padat, ternyata ia adalah pengalaman yang sangat berharga buat para kru TV PSS Perlis. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) DUTA KRU TV PSS PERLIS KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR KALI KE-39 (PBAKL 2022) KURIKULUM 9-13 Jun 2022 AKTIVITI JUN 2022 PROGRAM ZERO TO SUPER HERO TINGKATAN 4 HAL-EHWAL MURID Lokasi: Nelayan Home Chalet Kuala Perlis 1 Jun 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video-video liputan di PBAKL 2022


18 Bagi memupuk minat murid dalam hafazan dan penyampaian tazkirah, Unit Asrama telah menghantar penyertaan dalam Pertandingan Hafazan secara bersemuka dan E-Tazkirah yang dirakam dan dihantar untuk penilaian. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid asrama sekolah harian. Murid mendapat tempat terbaik dalam penyertaan. Oleh: Siti Zainon bt Hussain (Warden Asrama) E-MAHRAJAN ASRAMA HAL EHWAL MURID 13-16 Jun 2022 Pertandingan ini diadakan di Makmal Komputer, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Perlis. Pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan diadakan secara dalam talian melalui Google Meet. SMK Syed Saffi diwakili oleh Johan Tokoh NILAM Zon Selatan 1, Putri Iffah Nabilla binti Mohd Zawawi dari kelas 5 Adil. Dalam pertandingan ini, sesi latihan diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi sementara menunggu giliran untuk dinilai melalui Google Meet. Peranti juga dipastikan berfungsi dalam keadaan baik sebelum penilaian bermula. Namun semasa penilaian, berlaku masalah teknikal pada peranti Putri Iffah menyebabkan beliau tidak dapat mendengar soalan spontan yang diberikan oleh panel. Ini mengakibatkan beliau tidak dapat memberi respon kepada soalan tersebut dengan baik. Secara umumnya, pertandingan seperti ini memberikan impak yang besar kepada murid kerana ia bukan sahaja menguji kecaknaan murid dalam menguasai isu semasa malah turut meningkatkan keyakinan murid dalam berkomunikasi dan bergaul dengan murid-murid dari sekolah lain. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) PERTANDINGAN TOKOH NILAM BERKUMPULAN BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN KURIKULUM 14 Jun 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Bersama Tokoh NILAM SMBM Negeri Perlis”


19 PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2021 KURIKULUM Lokasi: Dewan Tertutup SMK Syed Saffi 16 Jun 2022 PROGRAM WADAH ILMU PANITIA PERNIAGAAN KURIKULUM Oleh: Naimah binti Che Ahmad 17 Jun 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Tips Belajar dari Ku Kian Xiang” Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Tips Mengurus Aktiviti oleh Amirah Nukhman”


20 MESYUARAT AGUNG PIBG UMUM Oleh: Faridatul Husna binti Edris (AJK Fotografi & Dokumentasi) 18 Jun 2022 Acara sukan tahunan sekolah ini bertujuan untuk memupuk budaya bersukan di kalangan murid di samping mencungkil bakat-bakat muda untuk diketengahkan. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya lempar cakera, lompat jauh, 100 meter dan 4x100 meter. Hampir semua warga sekolah memberikan kerjasama penuh dan bersemangat walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Semoga pada tahun akan datang ada penambahbaikan pada padang sekolah bagi merancakkan lagi acara tahunan ini. Oleh: Tarmizi bin Shukeri (Setiausaha Sukan) KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH KO-KURIKULUM 20-24 Jun 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan dan Olahraga” Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40”


21 Acara tahunan ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Seramai 40 murid dan 3 guru daripada SMK Syed Saffi teleh hadir bagi memeriahkan suasana. Objektif program ini adalah untuk memberi sokongan kepada penerbit buku tempatan di samping memberi peluang kepada murid untuk membeli bahan bacaan dan menyertai aktiviti yang disediakan. Dalam program ini juga kru TV PSS telah mengambil peluang untuk menemuramah En. Mohd Tarmizi bin Wahab, Ketua Bahagian Pengurusan dan Rangkaian Perpustakaan. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PESTA BUKU DAN KARNIVAL PEMBACA PERLIS KURIKULUM 29 Jun 2022 Klinik Kesihatan Simpang Empat telah menganjurkan Ceramah Talasemia kepada semua murid tingkatan 4 SMK Syed Saffi. Seramai 77 murid hadir dalam ceramah ini yang bertempat di Dewan Tertutup SMK Syed Saffi bermula jam 9.00 pagi. Ceramah ini bertujuan mendedahkan murid tentang pentingnya membuat saringan Talasemia. Penceramah turut memberi pendedahan tentang pesakit dan pembawa Talasemia. Ceramah tamat pada jam 10.00 .pagi. Oleh: Nor Athirah binti Ghazali (Ketua Guru Kesihatan Sekolah) CERAMAH TALASEMIA HAL EHWAL MURID 27 Jun 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca”


22 LATIHAN KEBAKARAN (FIRE-DRILL) HAL-EHWAL MURID Lokasi: Dewan Terbuka SMK Syed Saffi 30 Jun 2022 Pertandingan bola keranjang ini melibatkan 4 pasukan perempuan dan 6 pasukan lelaki dari seluruh Perlis. SMK Syed Saffi diwakili oleh 12 murid dan 2 guru pengiring. Dalam kejohanan ini, murid dapat menunjukkan kemahiran bermain bola keranjang yang baik. Pasukan perempuan berjaya meraih tempat ke-2 manakala pasukan lelaki berjaya mendapat tempat ke-3. Kejohanan ini berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Taman Perlis, Kangar bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang. Oleh: Siti Suhada binti Dol (Pengurus Pasukan Bola Keranjang) KEJOHANAN 3 ON 3 BOLA KERANJANG BAWAH 18 MSSPS KO-KURIKULUM 28-30 Jun 2022 Seramai 14 murid telah dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat zon dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Kesemua murid menjalani latihan intensif dan pertandingan adalah secara rakaman video. Oleh: Mas Azurein Arosdiee (Ketua Panitia Pendidikan Islam) MAHRAJAN PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB & NILAI PERINGKAT ZON SELATAN KO-KURIKULUM Sepanjang Jun 2022


23 Seramai 10 penerima Anugerah Peminjam Buku Terbanyak, 4 penerima Anugerah Perekodan NILAM Terbanyak, 1 tokoh NILAM Bahasa Melayu dan 1 tokoh NILAM Bahasa Inggeris diraikan dalam majlis ini. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis iaitu Zetty Allysa binti Aminordin dan Shaiful Hakimi Shaiful Ridzuan. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah untuk perekodan NILAM terbaik fasa Mei-Jun, peminjam buku terbanyak fasa Mei-Jun dan anugerah khas untuk Tokoh NILAM BM iaitu Putri Iffah Nabilla binti Mohd Zawawi dan dan Tokoh NILAM BI iaitu Auni Nafisah binti Ghazali. Hadiah disampaikan oleh En. Nasser, Penolong Kanan Pentadbiran. Kerjasama yang baik daripada JK PSS iaitu Cikgu Syuhairah, Cikgu Nurul Sazlina dan para pengawas pusat sumber membantu melancarkan majlis. Majlis diadakan di tapak perhimpunan bermula jam 8.15 pagi hingga 8.30 pagi. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) ANUGERAH PROGRAM GALAKAN MEMBACA KURIKULUM 4 Julai 2022 Bengkel ini dianjurkan oleh Panitia Sains SMK Syed Saffi bertujuan untuk mendedahkan murid dengan teknik yang betul untuk menjawab soalan Sains Kertas 2 SPM bertempat di Dewan SMK Syed Saffi bermula jam 11.00 pagi. Bengkel ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif. Peserta telah dibekalkan dengan bahan/modul yang mesra calon dan mudah difahami untuk digunakan sepanjang bengkel berlangsung. Kerjasama baik telah diberikan oleh peserta serta rakan guru dalam Panitia Sains sepanjang program berlangsung. Calon-calon SPM yang hadir seramai 70 daripada 104 calon mendapat input yang baru berkaitan teknik menjawab dan dapat membuka minda mereka untuk lebih fokus semasa menduduki peperiksaan SPM kelak. Bengkel tamat pada 1.30 petang. Oleh: Azril bin Abu Bakar (GMP Sains T5) BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS “FACT” (MENGGAPAI KEJORA BAKA 5) KURIKULUM 4 Julai 2022 AKTIVITI JULAI 2022


24 Ceramah ini diadakan di Bilik Seroja SMK Syed Saffi bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi dan melibatkan 38 murid berisiko. Objektif utama adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka terhadap kesan salah laku. Slot ceramah yang pertama disampaikan oleh En. Iezaidee Matun Sulaiman bin Ibrahim dari AADK Perlis manakala slot kedua disampaikan oleh En. Khairul Zakuan bin Fadzil dari Pusat Koreksional Perlis. Oleh: Cik Raja Nurul Farhana binti Raja Muhammad Putra (Guru Praktikal, Unit Bimbingan dan Kaunseling) CERAMAH “JANGAN PILIH JALAN HITAM” HAL EHWAL MURID 5 Julai 2022 Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Program yang diadakan di Dewan Wawasan Kangar ini dianjurkan oleh JPN Perlis dan melibatkan kesemua 45 orang PRS, seorang GBKSM dan 2 orang guru praktikal. Program yang bermula pada jam 12.00 tengah hari ini dimuatkan dengan taklimat dan pameran sehingga jam 3.30 petang. Oleh: Nor Hazma binti Ahmad (GBKSM) PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN LUAR BANDAR (MARA) KURIKULUM 6 Julai 2022 PENYERAHAN KUTIPAN SUMBANGAN MURID KEMATIAN WARIS HAL-EHWAL MURID Oleh: Unit Kebajikan 5 Julai 2022


25 Seramai 24 pemain dan 3 guru terlibat dalam kejohanan ini yang berlangsung di SMK Tengku Suleiman, Perlis. Ia melibatkan murid lelaki dan perempuan di bawah 18 tahun. Dalam kejohanan ini, pasukan lelaki SMK Syed Saffi berjaya mendapat tempat kedua dengan menggondol 2 anugerah. Kekuatan pasukan ini adalah kerana majoriti pemain sudah mula bermain dari sekolah rendah. Oleh: Tarmizi bin Shukeri (Setiausaha Sukan) KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPS KO-KURIKULUM 4-7 Julai 2022 Perlawanan ini melibatkan pasukan bola jaring B15 dan B18 seramai 24 orang murid dan 3 orang guru. Ia diadakan di Gelanggang Bola Jaring SMK Sanglang, Perlis bermula jam 4.00 petang hingga 5.30 petang. Kemenangan berpihak kepada pasukan lawan. Oleh: Mahani binti Ahmad (Pengurus Pasukan Bola Jaring) PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING DENGAN SMK SANGLANG PERLIS KO-KURIKULUM 15 Julai 2022 Perlawanan ini melibatkan pasukan bola jaring B15 dan B18 seramai 24 orang murid dan 3 orang guru. Ia diadakan di Gelanggang Bola Jaring SMK Kuala Perlis bermula jam 4.00 petang hingga 5.30 petang. Kemenangan berpihak kepada pasukan SMK Syed Saffi. Oleh: Mahani binti Ahmad (Pengurus Pasukan Bola Jaring) PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING DENGAN SMK KUALA PERLIS KO-KURIKULUM 7 Julai 2022


26 Perlawanan ini melibatkan pasukan bola baling bawah 18 tahun. Ia diadakan di Dewan Terbuka SMK Syed Saffi bermula jam 5.00 petang. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi memantapkan lagi kemahiran asas bola baling para pemain. SMK Syed Saffi berjaya menumpaskan pihak lawan dengan keputusan 6-3. Oleh: Nor Aini binti Abu Bakar (Pengurus Pasukan Bola Baling) PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING DENGAN SMK GUAR NANGKA KO-KURIKULUM 15 Julai 2022 Aktiviti ini diadakan secara atas talian di mana rakaman diadakan di Studio Emas, SMK Syed Saffi. 5 orang murid terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan dan memberi keyakinan kepada murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Oleh: Siti Nur Adibah bt M Anuar (Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris) PUBLIC SPEAKING KO-KURIKULUM 17 Julai 2022 Aktiviti anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini diadakan di Gelanggang Petanque, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar. 3 orang guru dan 6 orang murid yang terdiri daripada Anggota Koperasi Sekolah telah terlibat dalam aktiviti ini. Ia diadakan untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi. Oleh: Zamzuriyati binti Othman (Setiausaha Koperasi Sekolah) KEJOHANAN PETANQUE NEGERI PERLIS KO-KURIKULUM 16 Julai 2022


27 Dalam kejohanan ini telah diadakan perlawanan dalam kumpulan sekolah-sekolah menengah Negeri Perlis bawah 15 dan bawah 18. Kejohanan berlangsung di Gelanggang SMK Syed Alwi bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Semua murid perempuan yang berkebolehan sebagai pemain bola jaring telah terlibat. Walaupun ramai murid yang berkebolehan, namun tiada kepakaran dalam undangundang dan kejurulatihan bola jaring maka guru-guru harus belajar tentang undang-undang permainan sebagai langkah penambahbaikan. Oleh: Mahani binti Ahmad (Pengurus Pasukan Bola Jaring) KEJOHANAN BOLA JARING MSSPS KO-KURIKULUM 18-21 Julai 2022 Bengkel selama 3 hari ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengendalikan sesi pengacaraan, wawancara, pembinaan skrip dan pembikinan video serta mewujudkan kerjasama yang erat dalam pasukan. 4 orang murid telah terlibat iaitu Muhammad Azzim Imran, Muhammad Hazim, Nur Nasuha Syafiqah dan Alya Qaiyisah Qazrina bertempat di SSTP JPN Perlis. Bengkel ini turut melibatkan beberapa sekolah terpilih dari seluruh negeri Perlis. Pada 19 Julai para peserta disajikan dengan perkongsian pengalaman dari Putri Iffah Nabilla, Kru TV PSS SMK Syed Saffi yang menjadi Duta TV PSS Perlis ke PBAKL 2022. Seterusnya, peserta disajikan dengan slot videografi dan fotografi oleh Unit ICT, SSTP. Pada 20 Julai, pengisian diteruskan dengan bengkel pengacaraan, bengkel penulisan skrip oleh Cikgu Shaharom binti Saad. Kru kemudiannya diberi tugasan untuk menemuramah Pengarah JPN Perlis, EN. Naharudeen bin Othman. Pada hari terakhir iaitu 21 Julai, para peserta mengaplikasikan ilmu yang diperoleh melalui pertandingan fotografi dan pembinaan bahan video dalam kumpulan. Pasukan SMK Syed Saffi Berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan fotografi. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) BENGKEL KRU TV PUSAT SUMBER (TV PSS) PERLIS KURIKULUM 19-21 Julai 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Bengkel TV PSS Perlis” Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Temubual Bersama Pengarah JPN Perlis”


28 Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh SPMu JPN Perlis ini, SMK Syed Saffi telah menghantar 2 penyertaan daripada 2 orang murid Tingkatan 5 iaitu Putri Iffah Nabilla dan Annur Nasyirah. Murid menghantar esei bertemakan Aspirasi Keluarga Malaysia untuk dibuat penilaian juri dan berjaya mendapat tempat saguhati. Pertandingan ini bertujuan meningkatkan ketrampilan berbahasa murid disamping memupuk minat menulis dan kreativiti dalam kalangan murid. Oleh: Mat Nizam bin Pin (Guru Pembimbing) PERTANDINGAN ESEI MENENGAH ATAS E-KARNIVAL BAHASA MELAYU NEGERI PERLIS KO-KURIKULUM 22 Julai 2022 Pertandingan ini diadakan secara rakaman. Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mendeklamasikan sajak bertemakan ‘Patriotisme’. Guru pembimbing adalah Cikgu Raja Nurul Farhana binti Raja Muhammad Putra, seorang penyajak berpengalaman dan berkemahiran yang juga merupakan guru praktikal di SMK Syed Saffi. Pertandingan ini dapat mengasah bakat murid dan meningkatkan keyakinan mereka. Oleh: Masitah binti Ismail (Ketua Panitia Bahasa Melayu) PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK E-KARNIVAL BAHASA MELAYU NEGERI PERLIS KO-KURIKULUM 22 Julai 2022 KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSPS KO-KURIKULUM Oleh: Nurul Sazlina bte Maarof (Guru Pengiring) 23 Julai 2022 Kejohanan ini diadakan di SK Seberang Ramai. Seramai 13 murid dan 4 orang guru pengiring terlibat dalam kejohanan ini. Dalam kejohanan ini, murid bukan sahaja didedahkan dengan kejohanan peringkat negeri malah memperoleh pengalaman bertanding bersama atlet dari sekolah lain.


29 Perlawanan ini melibatkan pasukan bola baling yang mewakili SMK Syed Saffi. Ia diadakan di Dewan Terbuka SMK Syed Saffi bermula jam 4.30 hingga 6.30 petang. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi memantapkan lagi kemahiran bola baling para pemain. Dalam perlawanan ini, kemenangan berpihak kepada SMK Syed Saffi dengan keputusan 4-3. Oleh: Nor Aini binti Abu Bakar (Pengurus Pasukan Bola Baling) PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING DENGAN MRSM BESERI KO-KURIKULUM 25 Julai 2022 Taklimat ini diadakan kepada semua guru bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu dan membudayakan kemahiran lisan Bahasa Melayu standard kepada semua murid. Seramai 60 daripada 75 orang guru hadir ke sesi taklimat ini. 2 orang Jurulatih Utama (JU) telah dijemput dan dilaksanakan di Bilik Seroja SMK Syed Saffi bermula pukul 2.30 hingga 4.30 petang. Dalam taklimat ini, JU telah memberi penerangan terperinci tentang latar belakang, objektif, kedah pelaksanaan, proses pelaksanaan dan pengurusan dokumen. Mereka juga turut membincangkan aktiviti PIKeBM yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti Kelab dan Persatuan seperti sorak berentap dan goreng pisang berdasarkan modul PIKeBM yang dikeluarkan. Oleh: Norhayati binti Hashim (Penolong Kanan Ko-Kurikulum) PENATARAN PIKeBM PERINGKAT SEKOLAH KO-KURIKULUM 27 Julai 2022 Ujian ini bertujuan melihat kecenderungan dan minat murid terhadap kerjaya. Semua murid tingkatan 1 dan 3 terlibat dalam ujian ini yang diadakan di Bilik Seroja bermua 8.00 pagi hingga 12.45 tengah hari. Seramai 316 orang murid berjaya menjalani ujian di mana mereka dikehendaki menjawab 180 soalan IMK. Oleh: Nor Hazma binti Ahmad (GBKSM) UJIAN PSIKOMETRIK INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK) HAL EHWAL MURID 27-28 Julai 2022


30 Perlawanan ini melibatkan pasukan bola bola baling bawah 18 tahun seramai 10 orang murid. Ia diadakan di Dewan Terbuka SMK Syed Saffi bermula jam 8.30 pagi. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi memantapkan kemahiran para pemain dan mengenalpasti teknik permainan pihak lawan. Perlawanan berpihak kepada SMK Syed Saffi dengan keputusan 5-3. Oleh: Nor Aini binti Abu Bakar (Pengurus Pasukan Bola Baling) PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING DENGAN SMK SYED AHMAD KO-KURIKULUM 30 Julai 2022 Program ini diadakan untuk memilih peserta ke peringkat kebangsaan daripada 8 peserta yang layak di peringkat negeri. Para peserta yang terpilih menjalani latihan intensif dan rakaman di Taman Sains, SMK Syed Saffi. Oleh: Mas Azurein Arosdiee (Ketua Panitia Pendidikan Islam) MAHRAJAN PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB & NILAI PERINGKAT NEGERI PERLIS KO-KURIKULUM Sepanjang Julai 2022 Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang cara pengurusan jenazah yang betul dalam Islam. Murid yang terlibat adalah 98 murid tingkatan 3 dan 131 murid tingkatan 2. Pengisian bermula pada jam 7.45 pagi dengan slot teori pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Shahrolnizam bin Zaaba dari JPN Perlis dan kemudiannya disambung dengan slot praktikal cara mandian, mengkafan dan solat jenazah. Program ini berakhir pada 12.45 tengah hari. Oleh: Mas Azurein Arosdiee (Ketua Panitia Pendidikan Islam) KEM PENGURUSAN JENAZAH KURIKULUM 28 Julai 2022


31 AKTIVITI OGOS 2022 KEJOHANAN BOLA SEPAK B15 KO-KURIKULUM Oleh: Khairi bin Adani 2 Ogos 2022 Kejohanan ini diadakan di Arena Futsal, Kangar bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta. Pasukan bola baling lelaki SMK Syed Saffi berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini. Kejohanan diadakan selama 3 hari bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Oleh: Nor Aini Abu Bakar (Pengurus Pasukan) KEJOHANAN SUKAN BOLA BALING MSSPS KO-KURIKULUM 2-4 Ogos 2022 KEJOHANAN BOLA SEPAK B15 SUKU AKHIR KO-KURIKULUM Oleh: Khairi bin Adani 4 Ogos 2022


32 Majlis dimulakan dengan gimik pelancaran oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik. Majlis kemudiannya disambung dengan ceramah kemerdekaan & Maal Hijrah. Semua warga sekolah terlibat dalam majlis ini yang diadakan di Dewan Terbuka SMK Syed Saffi. Sambutan Bulan Kebangsaan ini memupuk semangat muhibbah dan kerjasama erat dikalangan murid dan warga SMK Syed Saffi yang pelbagai kaum melalui aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bulan kebangsaan. Sambutan ini juga mendidik semua warga sekolah menghayati kemerdekaan yang telah dicapai, menghargai dan mensyukuri nikmat kemerdekaan tersebut. Oleh: Sazlina binti Jaffar (JK Dokumentasi) MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KO-KURIKULUM 5 Ogos 2022 GOTONG ROYONG KELAS SEMPENA MERDEKA HAL-EHWAL MURID Lokasi: Kelas 4 Ogos 2022 KEJOHANAN CATUR MSSPS KO-KURIKULUM Oleh: Hashimah binti Mohd Radzi 4 Ogos 2022


33 UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET POLIS KO-KURIKULUM Oleh: Hasniza binti Hamdan 8 Ogos 2022 Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid perempuan tentang perkembangan awal fasa remaja serta tatacara pengurusan dan pembersihan haid. Program anjuran LPPKN, JPN dan Unit Kesihatan Sekolah ini melibatkan 67 murid perempuan tingkatan 1. Program ini berlangsung bermula dari 10.45 pagi dengan slot yang pertama disampaikan oleh LPPKN bertajuk “Pendedahan Tentang Perkembangan Awal Remaja” manakala slot yang kedua adalah slot ceramah bertajuk “Pengurusan dan Pembersihan Haid” yang disampaikan oleh Guru Kesihatan Sekolah. Program berakhir pada jam 1.00 petang. Oleh: Pn. Nor Athirah binti Ghazali (Ketua Guru Kesihatan Sekolah) PROGRAM KIT SERI HAL EHWAL MURID 8 Ogos 2022 Seramai 10 orang pesilat SMK Syed Saffi telah menyertai kejohanan ini yang diadakan di Dewan Belia dan Sukan, Kangar bermula jam 8.30 pagi hingga 7.00 petang. Kejohanan ini diadakan untuk memupuk sikap cintakan budaya tradisional di kalangan murid. Oleh: Siti Zainon bt Hussain (Guru Penasihat Silat Seni) KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA 1S1S 2022 (MSSPS) KO-KURIKULUM 5-7 Ogos 2022


34 PERTANDINGAN GAMIFIED: BATTLE OF THE SCHOOLS KO-KURIKULUM Lokasi: SM Sains Tuanku Syed Putra 10 Ogos 2022 PERTANDINGAN POSTER MERDEKA KO-KURIKULUM Tema: Keluarga Malaysia Teguh Bersama 10 Ogos 2022 MAJLIS PELANCARAN TASK FORCE SPM DAN APRESIASI SPM PERINGKAT NEGERI PERLIS KURIKULUM Oleh: Masitah binti Ismail 10 Ogos 2022


35 Dalam projek ini, 2 murid terpilih membangunkan reka bentuk dan atur cara projek micro:bit dengan bimbingan guru-guru Kelab Robotik dan Inovasi. Peserta terdiri daripada dua orang murid iaitu, Anas Aiman bin Anuar dan Alif Iman bin Ahmad daripada kelas 2 Akrab. Objektif aktiviti ini adalah untuk menghasilkan inovasi RBT bertemakan gamifikasi dalam PdP. Ia boleh memupuk minat murid dalam rekacipta dan pengaturcaraan. Oleh: Saharina binti Meh (Guru Penasihat Kelab Robotik dan Inovasi) INNOVATION, ROBOTIC AND CODING COMPETITION (IRCC) - RBT INNOVATION PROJECT WITH MICRO:BIT KO-KURIKULUM 6 Jun-13 Ogos 2022 GEMPUR DISIPLIN HAL-EHWAL MURID Oleh: Najwa binti Abu Bakar 10 Ogos 2022 PROGRAM MOTIVASI “DO NOT STOP YOUR JOURNEY” HAL-EHWAL MURID Oleh: Unit Kaunseling & Alumni KUIPs 11 Ogos 2022


36 Pertandingan tahunan ini diadakan bagi menggalakkan murid untuk menghayati makna kemerdekaan. Pertandingan diadakan mengikut badan beruniform masing-masing. Semua murid berkumpul untuk aktiviti ko-kurikulum pada jam 2.30 petang di Dewan Tertutup SMK Syed Saffi. Pertandingan dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis diikuti kata-kata semangat dari Pengetua kepada para peseta yang akan bertanding. Sebelum bersurai pada pukul 4.15 petang, semua guru dan pelajar menyanyikan lagu “Tanggal 31”. Oleh: Norhazita binti Hamil (Penyelaras Unit Beruniform & Penyelaras Pertandingan) PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KO-KURIKULUM 17 Ogos 2022 4 orang Kru TV PSS SMK Syed Saffi iaitu Putri Iffah Nabilla, Nur Nasuha Syafiqah, Muhammad Azzim Imran dan Muhammad Hazim telah dipilih untuk membuat liputan tersebut yang berlangsung di Stadiun Tuanku Syed Putra, Kangar. Pada 17 Ogos, Kru TV PSS SMK Syed Saffi telah ditugaskan untuk sesi pagi bermula jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari. 2 orang kru telah ditugaskan untuk membuat liputan dan temuramah pada sesi ini. Putri Iffah Nabilla telah ditugaskan untuk membuat pengenalan jadual acara pada hari kejadian secara langsung dari konti penyiaran. Seorang lagi kru, iaitu Muhammad Azzim Imran telah ditugaskan untuk menemuramah 2 orang atlet yang berjaya menjadi johan bagi acara yang dipertandingkan pada hari tersebut. Pada 19 Ogos, Kru TV PSS SMK Syed Saffi telah ditugaskan untuk sesi petang bermula jam 3.00 hingga 6.30 petang. Pada sesi ini, Putri Iffah Nabilla telah ditugaskan untuk menghebahkan tentang pungutan pingat semasa manakala Nur Nasuha telah ditugaskan untuk menemuramah olahragawan dan olahragawati tahun 2022. Aktiviti ini secara tidak langsung memberi pengalaman baru kepada kru dalam liputan secara langsung dan turut meningkatkan kemahiran mereka dalam berkomunikasi. Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) JEMPUTAN SEBAGAI PETUGAS KRU TV PSS NEGERI PERLIS KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSPS KURIKULUM 17-19 Ogos 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Day 2: Kejohanan Olahraga MSSPS” Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Day 4: Kejohanan Olahraga MSSPS” Tempat pertama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Tempat kedua Pasukan Kadet Polis Tempat ketiga Pasukan Tae Kwon Do


37 MAJLIS WATIKAH KEPIMPINAN MURID HAL-EHWAL MURID Oleh: Saiful Azzam bin Shahidan 22 Ogos 2022 DIALOG PRESTASI 5 AMAN & 5 AMANAH KURIKULUM Lokasi: Bilik Seroja 23 Ogos 2022 PERTANDINGAN DEKORASI SUDUT KOMIK PERINGKAT KEBANGSAAN KURIKULUM Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Guru Perpustakaan dan Media) 18 Ogos 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Sudut Komik Kadokawa Gempak Starz di Perpustakaan SMK Syed Saffi”


38 DIALOG PRESTASI 5 ASPIRASI KURIKULUM Lokasi: Bilik Seroja 24 Ogos 2022 PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK & MELAGUKAN SYAIR KO-KURIKULUM Tema: Patriotik 24 Ogos 2022 MEDIA JEMPUTAN KE KOLOKIUM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN AMALAN TERBAIK PENGETUA PERINGKAT NEGERI PERLIS KURIKULUM Lokasi: Hotel Putra Regency 25 Ogos 2022 3 orang Kru TV PSS SMK Syed Saffi telah dijemput untuk membuat liputan secara langsung bersama dengan SMK Abi. Kru tersebut ialah Muhammad Azzim, Nur Nasuha Syafiqah dan Muhammad Hazim. Selepas majlis, kru terlibat telah menemuramah beberapa figura penting iaitu Pengetua SMK Syed Saffi, Ustaz Mohd Sukor bin Yaacob, Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Jalil bin Ramli (Pengerusi PIBK Perlis) dan En. Hamidi bin Saad (Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN Perlis. Siaran langsung tersebut disiarkan di laman Facebook PSS SMK Syed Saffi.


39 DIALOG PRESTASI 5 AKRAB KURIKULUM Oleh: Nor Hazma binti Ahmad 26 Ogos 2022 GOTONG ROYONG PROJEK KAYAK KO-KURIKULUM Oleh: Norhayati binti Hashim 27 Ogos 2022 KURSUS PLATUN SARJAN KOR KADET POLIS KO-KURIKULUM Lokasi: Mess Pegawai Sungai Batu Pahat 27 Ogos 2022


40 Imbas Kod QR ini untuk menonton video-video Liputan Ekspo Transformasi Pendidikan JPN Perlis LIPUTAN EKSPO TRANSFORMASI PENDIDIKAN JPN PERLIS KURIKULUM Lokasi: Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 27 Ogos 2022 Kru TV PSS SMK Syed Saffi telah dijemput oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Negeri Perlis untuk mengadakan liputan secara langsung di ekspo ini. Kru yang terlibat adalah Muhammad Azzim Imran, Muhammad Hazim, Putri Iffah Nabilla, Zetty Allysa dan Nur Nasuha Syafiqah. Dalam ekspo ini, kru telah menemuramah para pempamer antaranya SK Padang Keria, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Askar Wataniah Bukit Keteri. Video temuramah ini boleh ditonton di laman Facebook PSS SMK Syed Saffi. DIALOG PRESTASI 5 AKTIF KURIKULUM Oleh: Nor Hazma binti Ahmad 29 Ogos 2022


41 PENILAIAN KAWAD KAKI MERDEKA, LALUAN MERDEKA DAN INOVASI STEAM MERDEKA KO-KURIKULUM Oleh: Sazlina binti Jaffar 30 Ogos 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Penjurian Kawad Kaki Merdeka, Laluan Merdeka dan Inovasi Merdeka”


42 RAKAMAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BABAK FILEM MAT KILAU KO-KURIKULUM Oleh: Faridatul Husna binti Edris (Penerbit) Sepanjang Ogos 2022 Seramai 23 murid dan 4 guru terlibat dalam projek ini. Rakaman dibuat di beberapa lokasi sekitar Perlis iaitu di padang sekolah, Taman Sakura dan Gua Kelam. Video ini berjaya menduduki 3 tempat teratas, Anugerah Platinum dan mendapat antara tontonan tertinggi kategori Sekolah Menengah. Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Mat Kilau Berjiwa Pahlawan” (Anugerah Platinum) Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Babak + Gimik Filem Mat Kilau”


43 KELAS MENGAJI ASRAMA HAL-EHWAL MURID Oleh: Siti Zainon binti Hussain 1 September 2022 AKTIVITI SEPTEMBER 2022 Bimbingan Ustaz Burhanudin Bimbingan Ustazah Hanim BENGKEL LITERASI KEWANGAN MURID TINGKATAN 1 KURIKULUM Lokasi: Makmal Komputer 2 September 2022 PROGRAM SAINS MASYARAKAT 2.0 (KEM BIODIVERSITI) KURIKULUM Anjuran FRIM dan JPN Perlis 2-3 September 2022


44 PEMBIKINAN DOKUMENTARI SEMPENA PERTANDINGAN VIDEO TV PSS SEKOLAH MENENGAH KO-KURIKULUM Lokasi: Homestay Paya Guring 8 September 2022 Seramai 3 Kru TV PSS terlibat dengan rakaman ini iaitu Muhammad Azzim Imran, Muhammad Hazim dan Putri Iffah Nabilla. Rakaman dilakukan di Bengkel Kraftangan OKU Penglihatan, Jalan Padang Melangit, Perlis melibatkan pemilik bengkel iaitu En. Roslan bin Bidin. Video ini berjaya merangkul Johan Video Terbaik TV PSS Peringkat Negeri Perlis dan tempat keempat di peringkat kebangsaan. Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Kraftangan Rotan OKU Penglihatan” CABARAN MEMANAH KELAB PELANCONGAN PERINGKAT NEGERI KO-KURIKULUM Lokasi: Homestay Paya Guring 12 September 2022 PENYERAHAN KUTIPAN SUMBANGAN PESAKIT KANSER LIMFOMA MUHAMMAD ZAFRI (4 AKRAB) HAL-EHWAL MURID Jumlah sumbangan: RM820 13 September 2022


45 MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN KO-KURIKULUM Lokasi: Dewan Tertutup SMK Syed Saffi 14 September 2022 PERTANDINGAN MARA LASAK KOR KADET POLIS KO-KURIKULUM Lokasi: Taman Anggur 14 September 2022 KARNIVAL KADET BOMBA NEGERI PERLIS KO-KURIKULUM Lokasi: Balai Bomba dan Penyelamat Arau 15 September 2022 Seramai 11 orang kadet bomba terlibat dalam karnival ini. Beberapa pertandingan diadakan iaitu kawad kaki, aspec challenge, ikatan dan simpulan serta bentangan hos.


46 SUDUT PIDATO ANTI RASUAH HAL-EHWAL MURID Oleh: Mat Nizam bin Pin 21 September 2022 BENGKEL INOVASI RC JET KO-KURIKULUM Lokasi: SMK Guar Nangka 21 September 2022 PERBINCANGAN KERJASAMA KRU TV PSS BERSAMA RTM PERLIS DAN UPSP JPN KURIKULUM Lokasi: RTM Perlis 22 September 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Liputan Sekitar Kunjungan Hormat dan Perbincangan Jalinan Kerjasama” Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Wawancara Bersama Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perlis”


47 MUTIARA DHUHA UMUM Penyampai: Ustaz Mohd Sukor bin Yaacob 23 September 2022 PROGRAM JALINAN UKHUWWAH PPIM PERLIS & KEDAH KO-KURIKULUM Lokasi: SMK Paya Kamunting, Jitra, Kedah 23 September 2022 PERTANDINGAN CABARAN KAWAD TANGAN KOR KADET POLIS KO-KURIKULUM Lokasi: SMK Tuanku Lailatul Shahreen 24 September 2022


48 KLINIK WOODBALL KO-KURIKULUM Lokasi: Dataran Dato’ Sheikh Ahmad 24 September 2022 KARNIVAL ASRAMA HAL-EHWAL MURID Lokasi: Dataran Dato’ Sheikh Ahmad 24 September 2022 Gaming corner Canvas thumb print Perkhemahan selama 7 hari ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Seramai 11 orang ahli kadet bomba SMK Syed Saffi telah terpilih untuk menyertainya bersama-sama dengan pasukan kadet bomba dari sekolah-sekolah di Negeri Perlis. Sepanjang perkhemahan, peserta diberi latihan dan tunjuk ajar oleh ahli bomba sebagai persediaan menghadapi pertandingan di peringkat kebangsaan. Dalam kem ini, Nur Hazwani Bidin telah terpilih sebagai ketua platun terbaik (perempuan), Muhammad Hafiz bin Yusri sebagai kadet terbaik keseluruhan dan Azan Fatihah Amin sebagai peserta ikatan dan simpulan terbaik (lelaki). Lokasi: Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT KEBANGSAAN KO-KURIKULUM 21-27 September 2022


49 Semua murid tingkatan 3 berpeluang mengenali Kolej Vokasional dengan lebih dekat lagi melalui taklimat dan ceramah serta video pengenalan KV yang disampaikan dalam program ini. Ia diadakan di dewan tertutup bermula jam 8.30 pagi gingga 10.20 pagi. Murid juga berpeluang mendapat informasi tentang kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional. Oleh: Nor Hazma binti Ahmad (GBKSM) MENDEPANI CABARAN KERJAYA KURIKULUM 28 September 2022 MAJLIS PERSARAAN CIKGU MAMNUN SHUKRI BINTI AWANG KECHIK UMUM Lokasi: Dewan Tertutup SMK Syed Saffi 30 September 2022


50 Program tahunan ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik seawal jam 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan SMK Syed Saffi dan diteruskan dengan aktiviti berjalan kaki 10,000 Langkah di sekitar Pekan Simpang Empat. Aktiviti ini disertai oleh semua warga sekolah bagi memupuk budaya bersukan di kalangan murid dan guru. Oleh: Tarmizi bin Shukeri (Setiausaha Sukan) HARI SUKAN NEGARA KO-KURIKULUM 7 Oktober 2022 AKTIVITI OKTOBER 2022 KELAS BAKA KEJORA SPM ENERGI 1 CEMERLANG KURIKULUM Subjek: Pendidikan Islam 7 Oktober 2022 Imbas Kod QR ini untuk menonton video “Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah”


Click to View FlipBook Version