The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 549-10-nasreen, 2023-07-17 10:02:00

MPU3081_T2

MPU3081_T2

Keywords: PERSATUAN,KAJIAN KES,IPG,TUGASAN 2,SKSR

LAPORAN KAJIAN KES PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS DI SK LKTP (F) SUNGAI RETANG, JERANTUT, PAHANG 1.0 PENGENALAN Kajian Kes di SK LKTP (F) Sungai Retang dijalankan untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh Persatuan Bahasa Inggeris di sekolah ini. Teknik yang digunakan ialah Temubual dan Analisis SWOT. Berdasarkan keputusan analisis, cadangan dan konklusi dapat dijana bagi menambahbaik kualiti persatuan. 2.0 SEJARAH PENUBUHAN Persatuan Bahasa Inggeris SK LKTP (F) Sungai Retang (SKSR) mula ditubuhkan pada 2019. Persatuan ini dimohon oleh Puan Normuniyati binti Abdul Mubin selaku pihak jawatankuasa penaja kelab dan persatuan SKSR yang ditubuhkan pada 2015 bagi menyemarakkan lagi aktiviti kelab dalam kalangan warga SKSR. Beliau juga dilantik sebagai guru penasihat pertama Persatuan Bahasa Inggeris SKSR (Lampiran 1). Sejak itu, persatuan ini bergiat aktif sehingga sekarang dengan purata ahli 18 orang setiap tahun (Lampiran 2) beserta 3 orang guru penasihat. Sebagai sokongan, Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (lampiran 3) telah dikeluarkan sebagai panduan pihak-pihak yang terlibat.


3.0 CIRI-CIRI PERSATUAN 3.1 NAMA PERSATUAN Persatuan Bahasa Inggeris (English Language Society) 3.2 LOGO PERSATUAN 3.3 VISI, DAN MISI Visi: Mendorong minat murid dalam bahasa Inggeris dengan cara yang seronok. Misi: Mendedahkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di samping memupuk minat mereka. 3.3 AHLI PERSATUAN DAN GURU PENASIHAT • Murid: 18 orang (rujuk lampiran 2) • Guru penasihat: 3 orang o Pn. Normuniyati, Pn. Norumiza, Pn. Nur Syamimi


4.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN 5.0 AKTIVITI DAN KHIDMAT Persatuan Bahasa Inggeris SKSR telah melaksanakan berbagai jenis aktiviti (lampiran 4) sepertimana yang dikongsikan oleh Pn. Normuniyati (Rajah 1). Sebagai contoh, aktiviti ‘Explorace’ (lampiran 5). Selain itu, aktiviti ini diadakan sempena Karnival Bahasa dan Pelancaran Highly Immersive Programme (HIP). Tujuan aktiviti ini adalah menggabungjalinkan kemahiran asas hidup, semangat berkumpulan dan bahasa Inggeris. Menurut Qaseh Ramadania dalam temuduga yang dilakukan (Rajah 2), aktiviti explorace ini amat menarik kerana ia mengajar cara membaca kompas, dan bahasa Inggeris di samping mengeratkan lagi hubungan persahabatan dengan rakan-rakannya. Rajah 1 Rajah 2 Temuduga bersama guru penasihat Temuduga bersama ahli (murid)


Seterusnya, terdapat juga aktiviti seperti jualan sempena Kejohanan Bola Sepak MSS Zon Tahan 2023 (Lampiran 6). Melalui aktiviti ini, ahli dapat belajar cara-cara menguruskan kewangan. Semasa aktiviti, terdapat beberapa cabaran seperti kecekapan mengira. Namun, isu ini dapat diatasi dengan sokongan dan latihan yang berterusan. Hasil jualan yang dikumpul kemudiannya disimpan dalam akaun persatuan atau akaun SUWA sekolah dan bakal digunakan untuk aktiviti-aktiviti persatuan pada masa hadapan. Oleh itu, aktiviti jualan seperti ini menjadi salah satu sumber kewangan persatuan (rujuk 6.0). 6.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN • Peruntukan Kokurikulum Sekolah • Sumbangan PIBG • Sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) • Yuran keahlian • Aktiviti Jualan 7.0 ANALISIS SWOT 7.1 KEKUATAN (STRENGTH) Penyertaan ahli-ahli persatuan secara aktif merupakan satu kekuatan Persatuan Bahasa Inggeris SKSR. Walaupun kurang daripada 20 ahli (Lampiran 2), persatuan ini tetap menjadi salah satu persatuan yang sentiasa bergiat melaksanakan aktiviti setanding dengan persatuan lain dengan adanya sokongan ahli. Menurut Pn. Norsaraihan (Rajah 3), guru-guru persatuan ini banyak memberikan sumbangan idea dan kreativiti masing-masing. Mereka sering kompeten dalam melaksanakan tugasantugasan yang diberikan. Rajah 3 Temubual bersama Penyelaras Kelab & Persatuan


7.2 KEKURANGAN (WEAKNESS) Jenis-jenis aktiviti yang dijalankan perlu diperbaiki. Sebagaimana yang ditekankan di dalam surat pekeliling (lampiran 3), aktiviti-aktiviti yang dijalankan mestilah menggunakan bahan-bahan visual, auditori, dan kinestetik serta mengambil kira variasi gaya pembelajaran. Ini dapat disokong dengan teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) oleh Howard Gardner (2023). Sebaliknya, tidak banyak aktiviti dapat dilakukan seperti debate dan action song kerana kurang kemahiran daripada murid dan guru sendiri. Dalam pada itu, aktiviti mingguan seperti ‘A Vocab A Week’ juga tidak dapat dilakukan kerana kekangan masa. 7.3 PELUANG (OPPORTUNITY) Pada masa kini, budaya professional learning community (PLC) dan sokongan komuniti setempat amat digalakkan. Oleh itu, nasihat dan bantuan daripada warga sekolah serta luar sekolah dapat menyelesaikan masalah yang timbul; malah meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan program yang dijalankan. Hal ini setanding dengan anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2023-2025 iaitu ‘bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas’. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan Internet di sekolah, kemampuan untuk mendapatkan sokongan ramai dipermudah. 7.4 ANCAMAN (THREATS) Persatuan Bahasa Inggeris SKSR perlu bersaing dengan persatuan-persatuan lain di sekolah terutamanya daripada aspek kewangan. Ini bermaksud, peruntukan yang diberi kepada sekolah perlu dikongsi dengan kelab, persatuan, badan beruniform, serta sukan dan permainan. Kemudian, ahli-ahli persatuan ini hanya terdiri daripada murid yang mencapai tahap rendah dan memuaskan dalam subjek bahasa Inggeris. Kesannya, tahap aktiviti yang dilakukan adalah terhad kerana perlu sesuai dengan tahap murid.


8.0 CADANGAN DAN PENUTUP Berdasarkan input dan maklumat yang diperoleh, terdapat beberapa cadangan untuk menyelesaikan isu yang berbangkit. Pertama sekali, persatuan bahasa Inggeris boleh mengadakan aktiviti yang mampu menjana kewangan. Sebagai contoh, mengadakan pertandingan English Skits peringkat Negeri yang dapat mengumpul dana melalui jualan tiket atau yuran penyertaan. Secara tidak langsung, bakat dan minat murid dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, persatuan ini juga boleh menggunakan inovasi dan teknologi terkini bagi membiasakan murid untuk mengaplikasikan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Ini bertujuan untuk, meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid. Sebagai contoh, persatuan ini boleh berkolaborasi dengan persatuan Bahasa Inggeris di sekolah lain dengan cara memberi setiap ahli seorang kawan ‘pena’ yang akan berkomunikasi melalui internet contohnya emel untuk berkongsi pengalaman. Kesimpulannya, inisiatif guru dan ahli persatuan secara aktif amatlah penting bagi mengekalkan serta melonjakkan prestasi dan potensi Persatuan Bahasa Inggeris SKSR.


9.0 LAMPIRAN LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2


LAMPIRAN 3 LAMPIRAN 4 BIL. AKTIVITI 1 MESYUARAT AGUNG PERSATUAN 2 EXPLORACE 3 JUALAN SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS ZON TAHAN 2023 4 CROSSWORD PUZZLE 5 JUMBLE RACE 6 COMIC STRIPS 7 SCHOOL SWEET HOME 8 PAPER ORIGAMI 9 COLOURING AND HIDDEN ITEM COMPETITION 10 DRESS UP! 11 ENGLISH QUIZ (YEAR 5 AND 6) 12 JAMUAN KECIL AKHIR TAHUN


LAMPIRAN 5 Aktiviti Explorace LAMPIRAN 6 Jualan sempena Kejohanan Bola Sepak MSS Zon Tahan 2023


RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2023- 2025. https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelanpembangunan-pendidikan-2013-2025 Marenus M. (2023). Howard Gardner’s Theory Of Multiple Intelligences. Simply Psychology. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. (1999). Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah. Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1).


Click to View FlipBook Version