The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN POTENSI PEMBANGUNAN KAWASAN JEJAK WARISAN (HERITAGE TRAIL) DI BANDAR PENGGARAM, BATU PAHAT, JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Indera Syahrul Mat Radzuan, 2022-10-28 10:27:40

Laporan Teknikal

KAJIAN POTENSI PEMBANGUNAN KAWASAN JEJAK WARISAN (HERITAGE TRAIL) DI BANDAR PENGGARAM, BATU PAHAT, JOHOR

Keywords: Batu Pahat,Jejak Warisan,Bandar Penggaram,Heritage Trail,Jejak Warisan Batu Pahat,Batu Pahat Heritage Trail

LTAEPKONIRKAANL Jejak Warisan

KAJIAN POTENSI PEMBANGUNAN KAWASAN BATU
JEJAK WARISAN (HERITAGE TRAIL) DI PAHAT
BANDAR PENGGARAM, BATU PAHAT,
JOHOR Heritage Trail

DISEDIAKAN OLEH:

JULAI 2022

www.bpyok1894.com

KAJIAN POTENSI

PEMBANGUNAN KAWASAN JEJAK WARISAN
(HERITAGE TRAIL) DI BANDAR PENGGARAM,

BATU PAHAT, JOHOR

Ahli Penyelidik:



Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Indera Syahrul Mat Radzuan (Ed.)
Chandrashekar a/l Ramasamy
Masfaliza Mohsen
Md Asrul Nasid Masrom
Mohd Akmal Rohiat

Raden Mohd Farhan Helmy Raden Ismail
Seow Ta Wee

Sulzakimin Bin Mohamed
Yusmarwati Yusof
Zarina Shamsudin

Mohammad Faris Salihin Md Noor*



Universiti Teknologi Mara
Nor Hisham Md Saman




*Pembantu Kerja Lapangan (PKL)

Penafian

Dilarang untuk menerbitkan semula apa-apa imej dan penulisan termasuk salinan, penghasilan semula,
terjemahan, ringkasan atau parafrasa daripada laporan ini bagi tujuan komersial tanpa persetujuan bertulis

daripada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Bangunan Kelab Jepun Lama

KANDUNGAN I. PENGENALAN 1
2
Ahli Penyelidik 3
Ringkasan Eksekutif 6
Latar Belakang Projek 7
Objektif
Logo Jejak Warisan Batu Pahat 8
9
II. LITERATUR
11
Apakah itu Jejak Warisan? 12
Contoh-contoh Jejak Warisan 14
16
III. METODOLOGI 18

Metodologi Kajian 20
Carta Gantt & Aktiviti 21
Mesyuarat Kumpulan Fokus (FGD1) 22
Mesyuarat Kumpulan Fokus (FGD2) 22
Nota Soal-Jawab Sesi FGD


IV. DAPATAN & ANALISIS 23

25 Tapak Sejarah dan Budaya di Bandar
Batu Pahat

1. Kelab Jepun Lama
2. Pasar Awam Batu Pahat
3. Pasar Pagi Jalan Ibrahim
4. Pasar Melayu & Deretan Kedai Jalan

Ibrahim

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KANDUNGAN 5. Tinggalan Balai Bomba Lama 23
6. Jalan Penggaram 24
7. Deretan Rumah Kedai Jalan Pasar 24
8. Surau India Muslim Selatan 25
9. Tokong Tien How 26
10. Dewan Perniagaan Cina 26
11. Balai Bomba & Penyelamat 27
12 Pejabat Pos Batu Pahat 27
13. Rumah Gaya Melayu-Anglo 28
14. Kelab Batu Pahat 28
15. Tugu Batu Pahat & Dataran Penggaram 29
16. Balai Polis Trafik 29
17. Wisma Sejarah 30
18. Bangunan Majlis Perbandaran B. Pahat 30
19. Sekolah Tinggi Batu Pahat 31
20. Masjid Dato' Bentara Luar 31
21. Tinggalan Rumah Agam Tan Swee Hoe 32
22. Galeri Dato' Onn 32
23. Rumah Api Bukit Segenting 33
24. Pantai Minyak Beku 33
25. Perigi Batu Pahat 34
Profil Responden 35
Persepsi Tentang Sejarah/Warisan di Bandar
Penggaram

Potensi Pembangunan Kawasan Jejak 35
Warisan di Bandar Penggaram
Peta Jejak Warisan Batu Pahat

Bibliografi 37
38
40

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGENALAN |1

Ringkasan
Eksekutif

Mengenali Jejak Warisan Batu Pahat

Bandar Batu Pahat atau Bandar Penggaram masih belum
mempunyai pelan pelancongan atau kawasan jejak warisan
(heritage trail) yang komprehensif seperti yang terdapat di
bandar-bandar bersejarah yang lain di Malaysia. Hal ini
secara tidak langsung menyukarkan pengenalpastian aset-
aset sejarah dan warisan yang ada di daerah ini untuk
dikongsi kepada masyarakat luar. Rasional projek adalah
seperti berikut:

Kajian awalan adalah perlu bagi meninjau potensi Batu
Pahat sebagai destinasi pelancongan baharu.
Sejajar dengan matlamat Rancangan Struktur Negeri Johor
2030 iaitu untuk mengarus perdanakan aset warisan
budaya Johor.
Selari dengan keperluan Rancangan Tempatan Daerah
Batu Pahat 2030 (Penggantian) iaitu untuk mewujudkan
pakej pelancongan bersepadu melalui "tourist trail".

www.bpyok1894.com

PENGENALAN |2

AHLI PENYELIDIK

PROF. MADYA DR. MD ASRUL NASID MASROM
Proses Pembinaan / Perolehan (UTHM)

PROF. MADYA TS. DR. SEOW TA WEE
Pengurusan Alam Sekitar / Geografi (UTHM)

DR. INDERA SYAHRUL MAT RADZUAN
Perancangan Bandar & Pemuliharaan

Warisan (UTHM)

PROF. MADYA GS. TS. DR. SULZAKIMIN
MOHAMED

Ukur Tanah & Pembinaan (UTHM)
SR. ZARINA SHAMSUDIN
Pengurusan Harta Tanah (UTHM)

GS. DR. NOR HISHAM MD SAMAN
Perancangan Bandar & Wilayah (UiTM)

SR. MASFALIZA MOHSEN DR. CHANDRASHEKAR A/L RAMASAMY
Penilaian Harta Tanah (UTHM)
Matematik Gunaan / Pemetaan
Geometrik (UTHM)

EN. MOHD AKMAL BIN ROHIAT
Pelancongan Berasaskan Komuniti

(UTHM)

EN. RADEN MOHD FARHAN TS. DR. YUSMARWATI YUSOF
HELMY RADEN ISMAIL Pendidikan dan Latihan (UTHM)

Kulinari & Pelancongan (UTHM)

SDR. MOHAMMAD FARIS SALIHIN MD NOOR
Pembantu Kerja Lapangan (PKL)

PENGENALAN |3

Latar Belakang
Projek

Rumah Api Bukit Segenting Projek Jejak Warisan Batu Pahat
diperkenalkan oleh Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) di
bawah Program Impak Sosial
Masyarakat (PRISM) Batu Pahat. Di
bawah program ini, UTHM telah
berjaya menghasilkan program
yang membawa kesan langsung
kepada masyarakat tempatan
khususnya di daerah Batu Pahat.
Projek ini adalah di bawah
penyelarasan bersama Pusat
Hubungan Industri dan Masyarakat
(ICRC) serta Pusat Pengurusan
Penyelidikan (RMC) dengan dana
penyelidikan yang diperuntukan oleh
pihak universiti.

Projek impak sosial ini telah
dimulakan sejak Julai 2021 untuk
mendokumentasi sejarah dan
warisan yang terdapat di Bandar
Penggaram, Batu Pahat. Idea projek
ini dicetuskan oleh pasukan gerak
kerja (taskforce) yang dikenali
sebagai Edutourism@UTHM yang
telah dibentuk di UTHM sejak tahun
2020.

PENGENALAN |4

Bandar Penggaram mempunyai sejarah dan warisan budaya yang unik dan bandar
ini telah berkembang sebagai sebuah bandar pelabuhan dan kini menjadi bandar
kedua terbesar di negeri Johor. Bandar Penggaram atau Bandar Batu Pahat
mempunyai kira-kira 430 buah bangunan sebelum perang dengan reka bentuk
fasad yang berciri gaya senibina (i) Electic, (ii) Gaya Awal Kolonial/Anglo India, dan
(iii) Gaya Art Deco. Untuk memastikan Bandar Penggaram dikenali sebagai salah
sebuah destinasi pelancongan yang mampu menjana pulangan ekonomi, satu
pendekatan baharu perlu dijelmakan melalui program jejak warisan.

Justeru, usaha untuk mendokumentasi sejarah sesebuah bandar adalah merupakan
satu usaha berterusan bagi mendidik generasi muda mengenai jalur budaya
kawasan tersebut. Inisiatif untuk memulihara bangunan-bangunan lama di Bandar
Batu Pahat juga didapati kurang memberangsangkan berbanding daerah-daerah
lain di negeri Johor. Tambahan pula, terdapat bangunan-bangunan era kolonial
yang usang tanpa penjagaan dan aset-aset warisan berharga ini seharusnya
dipulihara oleh pihak berkuasa sebelum ia terus lenyap ditelan zaman. Keperluan
pemuliharaan warisan dan budaya ini telah digariskan di dalam matlamat
Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 iaitu M` engarus perdanakan kelestarian negeri
melalui pemeliharaan aset semulajadi dan warisan tradisi budaya rakyat Johor yang
tidak ternilai, berdaya tahan mendepani cabaran perubahan global.

Matlamat ini dilihat dapat dicapai sekiranya langkah-langkah pengawalan diambil
bagi merancakkan usaha-usaha pemuliharaan aset-aset warisan yang terdapat di
Bandar Penggaram. Selain itu, di dalam dokumen Rancangan Tempatan Daerah
Batu Pahat 2030 (Penggantian) pelan strategi 2.7 telah menggariskan cadangan
untuk mewujudkan pakej pelancongan bersepadu ¿tourist trail¿ yang meliputi
cadangan jejak warisan dan budaya di daerah Batu Pahat. Cadangan kajian ini
boleh dianggap selari dengan dasar yang telah digariskan oleh kerajaan negeri
Johor untuk menaikkan potensi Batu Pahat sebagai kawasan tumpuan bagi produk
pelancongan warisan budaya selain mampu untuk mewujudkan kesinambungan
antara produk-produk tersebut.

PENGENALAN |5

Nama Batu Pahat disusur kembali melalui
sejarah abad ke-15 apabila angkatan
tentera Siam singgah di kuala Sg. Batu
Pahat iaitu di Pantai Minyak Beku bagi
mendapatkan bekalan air minuman
sewaktu hendak menyerang Melaka

PENGENALAN |6

Objektif

1.Mengenalpasti potensi Bandar
Penggaram sebagai pusat tarikan
pelancongan berasaskan pemetaan
jejak warisan.

2.Mengkaji struktur dan profil sejarah
Bandar Penggaram sebagai kawasan
yang unik daripada aspek ekonomi,
sosio-budaya dan alam sekitar.

3.Menjalin kerjasama di antara pihak-
pihak berkepentingan bagi
pembangunan konsep kawasan jejak
warisan yang berorientasikan
komuniti.

4.Mencadangkan kerangka konsep
pemetaan jejak warisan yang
bersesuaian dengan imej dan identiti
Bandar Penggaram melalui proses
libat urus komuniti.

PENGENALAN |7

Jejak Warisan

BATU
PAHAT

Heritage Trail

Logo Jejak Warisan
Batu Pahat

Reka bentuk logo program Jejak Warisan The Batu Pahat Heritage Trail logo
Batu Pahat diinspirasikan daripada design takes the silhouette of an
bayangan gazebo ikonik yang iconic gazebo that sits on the
berkedudukan di sudut atas bumbung rooftop-corner of the Old Japanese
bangunan Kelab Jepun Lama yang terletak Club building at Jalan Shahbandar.
di Jalan Shahbandar. Ia dibina pada tahun Built in 1925, the eclectic architectural
1925 dengan gaya seni bina eklektik dan gem was for a long time a landmark
telah sekian lama menjadi mercu tanda for ferry and jetty services crossing
untuk perkhidmatan feri dan jeti yang the Batu Pahat River. The logo
menyeberangi Sungai Batu Pahat. Logo ini features retro elements with a black
juga menampilkan elemen retro dengan typeset combining the Marcellus and
tulisan hitam yang menggabungkan fon Cormorant fonts at the right side of
Marcellus dan Cormorant di sebelah the monument icon. The horizontal
kanan ikon monumen. Garisan mendatar bar underneath the logo represents
di bawah logo mewakili kempen the community-based campaign
berasaskan komuniti yang bertujuan intended to empower Batu Pahat
untuk memperkasa warga Batu Pahat bagi citizens to appreciate the old port
menghargai warisan budaya dan keunikan town's unique cultural heritage.
bandar pelabuhan lama itu.

LITERATUR |8

Apakah itu Persimpangan Jalan Shahbandar - Jalan Engan
Jejak Warisan?

Jejak warisan telah menjadi cara yang
mudah dan diterima secara meluas
untuk mempromosikan kawasan
sejarah, warisan semula jadi dan
budaya, dan untuk meningkatkan
pembangunan pelancongan atau
ekonomi tempatan. Ia biasanya
dibentuk oleh pihak berkuasa,
organisasi bukan berasaskan
keuntungan, pihak kerajaan tempatan,
komuniti atau pelajar sekolah.

Dari perspektif masyarakat, Beaver
(2005) mengenal pasti jejak warisan
sebagai salah satu produk
pelancongan yang menawarkan
perkhidmatan untuk kawasan
sekitarnya. Sekiranya dirancang dan
diurus dengan berkesan, laluan
pelancongan ini merupakan elemen
berkesan dalam proses pelancongan.

Menurut Hayes dan MacLeod (2008)
jejak warisan atau heritage trails ialah
suatu kaedah menguruskan
pengalaman pengunjung dengan
penyediaan laluan yang bertujuan dan
diterjemahkan melalui laluan siar kaki,
berkereta atau berbasikal.

LITERATUR |9

Contoh-contoh
Jejak Warisan

LITERATUR | 10

METODOLOGI | 11

Mesyuarat Kaji-
Kumpulan selidik
Fokus (FGD) (Online)

Temu- Tinjauan
bual di Tapak

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan empat (4) pendekatan iaitu:

Mesyuarat Kumpulan Fokus Temu-bual
Diadakan bersama pihak-pihak Dijalankan bersama dengan
berkepentingan seperti berikut: di responden-reponden di kawasan
peringkat daerah, negeri dan zon warisan Batu Pahat melibatkan
persekutuan seperti Pejabat Daerah ahli profesional, wakil komuniti dan
Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu orang awam.
Pahat (MPBP), Tourism Johor,
ICOMOS Malaysia, Think City, Tinjauan di Tapak
Persatuan Sejarah Kaw, Batu Pahat, Dilakukan sejak bermulanya projek di
wakil komuniti dan sekolah. mana kerja-kerja tinjuan dilakukan
bagi melihat sendiri senario semasa
Kaji-selidik (Online) dan potensi kawasan kajian dari
Dijalankan bermula Januari sehingga perspektif penyelidik.
Mac 2022 melalui medium Google Kerja-kerja mengambil foto-foto
Meet. terkini termasuk bangunan, tapak,
Seramai 172 responden terlibat di monumen, tinggalan sejarah dan
dalam soal-selidik ini. sebagainya juga dilakukan.

METODOLOGI | 12

CARTA GANTT

AKTIVITI

METODOLOGI | 13
Kawasan kajian ini meliputi keluasan sekitar
15 km radius dari pusat bandar Batu Pahat
yang merangkumi kawasan zon warisan
Bandar Penggaram sehingga ke kawasan
Minyak Beku di bahagian barat daya dan
Jalan Kluang menghala ke kawasan timur
laut.

METODOLOGI | 14

Mesyuarat Kump.
Fokus (FGD1)

30 September 2021 | 10.00 pg - 12.30 tgh

BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI
NEGERI JOHOR

Mesyuarat Kumpulan Fokus (FGD) pertama telah dijalankan
pada 30 September 2021 dan berjaya mengumpulkan seramai
20 peserta yang terdiri daripada agensi di peringkat persekutuan,
negeri, daerah, agensi swasta serta NGO. Antaranya termasuk
Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Majlis Daerah Yong Peng,
Pejabat Daerah Batu Pahat, Persatuan Sejarah Kawasan Batu
Pahat, Bahagian perancangan Ekonomi Negeri Johor, PLAN
Malaysia, Tourism Johor, Think City Bhd dan Majlis Pemandu-
pemandu Pelancong Malaysia (MTGC).

METODOLOGI | 15

Mesyuarat Kump. Fokus (FGD1)
30 September 2021 | 10.00 pg - 12.30 tgh

METODOLOGI | 16

Mesyuarat Kump.
Fokus (FGD2)

28 Okt 2021 | 10.00 pg - 12.30 tgh

PUSAT KEBUDAYAAN
UNIVERSITI

Mesyuarat Kumpulan Fokus (FGD) kedua telah dijalankan pada
28 Oktober 2021 dan berjaya mengumpulkan seramai 18 peserta
yang terdiri daripada responden di peringkat komuniti termasuk
Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Pejabat Daerah Batu
Pahat, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Pusat Kebudayaan
Universiti, Jabatan Pengairan dan Saliran, Sekolah Menengah
Tinggi Batu Pahat, Sekolah Kebangsaan Bandar, Sekolah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim Penggaram dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Convent.

METODOLOGI | 17

Mesyuarat Kump. Fokus (FGD2)

28 Oktober 2021 | 10.00 pg - 12.30 tgh

METODOLOGI | 18

Nota Soal-Jawab
Sesi FGD

METODOLOGI | 19

DAPATAN & ANALISIS | 20

Perigi Batu Pahat

25 Tapak Sejarah dan
Budaya di Bandar Batu Pahat

Profil sejarah dan budaya yang dijalankan selama 9 bulan telah berjaya
mengenal pasti 25 tapak sejarah dan budaya sebagai aset warisan di Bandar
Penggaram. Projek yang berorientasikan masyarakat ini juga telah berjaya
mendokumentasi dan memprofil setiap aset-aset sejarah tersebut melalui
penghasilan peta kawasan jejak warisan (heritage trail) yang mengandungi
diskripsi bagi setiap tapak sejarah dan budaya yang signifikan di Bandar Batu
Pahat.

DAPATAN & ANALISIS | 21

1 Kelab Jepun Lama
Bangunan tiga tingkat ini telah dibina pada Lokasi kelab ini yang berhampiran dengan
tahun 1925 dan ia berkait rapat dengan sungai sangat mudah diakses oleh pekerja
kepentingan negara Jepun di Tanah Melayu Jepun yang tinggal di pinggir bandar (Sri
sebelum perang dunia kedua (1941-45). Medan) untuk datang berkunjung melalui jalan
Ruang di lantai dua bangunan ini telah sungai menjadikannya sangat popular. Ia
disewakan kepada Kelab Jepun (Japanese menyediakan bilik permainan dan bilik bacaan
Club) dan ia menjadi tempat tumpuan yang dilengkapi dengan surat khabar dan
orang Jepun yang bekerja di dalam dan majalah dari Jepun. Kelab ini juga menyediakan
sekitar Batu Pahat untuk bersosial. penginapan kepada pelawat-pelawat dari
Bangunan ini pernah dihuni oleh penyajak negara Jepun. Pelawat yang paling terkenal di
Jepun terkenal iaitu Kaneko Mitsuharu kelab ini ialah Kaneko Mitsuharu yang
(1895-1975). Rekod kehadiran Kaneko menjadikan pengalamannya selama beberapa
Mitsuharu ke 'Japanese Club' ini dicatat oleh bulan di Batu Pahat pada tahun 1930 apabila
Junko Tomaru dalam bukunya bertajuk 'The beliau berkesempatan melawat lombong besi
Postwar Rapprochement of Malaya and dan ladang milik orang Jepun.
Japan, 1945-61: The Roles of Britain and Dalam bukunya, 'Malay and Dutch East Indies
Japan in South-East Asia' yang diterbitkan Travelog' yang diterbitkan pada tahun 1940,
pada tahun 2000. Dalam buku tersebut ada beliau terpukau dengan keindahan Batu Pahat
mencatatkan seramai kira-kira 450 warga pada ketika menjelang senja dengan kelip-kelip
Jepun di Batu Pahat pada ketika itu. yang berterbangan di sepanjang Sungai Batu
Orang Jepun mempunyai kehadiran yang Pahat serta terpesona dengan sifat kelembutan
besar di Batu Pahat kerana mereka terlibat penduduknya.
dalam perlombongan bijih besi dan bauksit
di Sri Medan dan ladang getah di sekitar
Batu Pahat.

DAPATAN & ANALISIS | 22

2 Pasar Awam Batu Pahat
Pasar baharu ini dibuka secara rasmi pada
15 Oktober 2019. Ia menggantikan
bangunan pasar lama Batu Pahat di tapak
yang sama. Bangunan pasar lama telah
dirobohkan pada tahun 2013 yang
dahulunya mempunyai rekabentuk yang
unik di mana ia mempunyai menara jam
setinggi kira-kira 150 meter yang dibina
pada tahun 1960an. Menara ini boleh
dilihat dari setiap posisi berhampiran
pasar sehingga dari kejauhan. Bangunan
tapak pasar ini juga dahulunya
merupakan laluan anak sungai yang
dikenali sebagai Sungai Penggaram.
Namun sungai lama ini tidak lagi dapat
dilihat (yang tinggal hanyalah laluan
saliran longkang menghala ke Sungai
Batu Pahat) kerana ia telahpun dikambus
bagi membolehkan pembinaan pasar di
sepanjang laluannya. Kini pasar awam
Batu Pahat menjadi titik tumpuan bagi
aktiviti perdagangan borong dan runcit
bagi memenuhi permintaan penduduk di
seluruh daerah ini.
3
Pasar Pagi
Jalan Ibrahim

Pasar pagi Jalan Ibrahim ini sangat popular bagi mereka
yang ingin mencari bahan-bahan mentah untuk masakan
seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, tempe, pisang, ubi kayu,
keledek, telur dan pelbagai barangan runcit. Terdapat
peniaga di bahagian pasar lambak yang menjual snek
seperti kerepek, kuih bahulu dan kuih-kuih tradisional, tapai,
pakaian, sehinggalah kepada haiwan peliharaan seperti ikan
akuarium, burung, ayam katek, serta tikus putih. Bagi
mereka yang membesar di bandar ini, pasar pagi Jalan
Ibrahim sudah cukup mengembalikan nostalgia apabila
anda menelusuri laluan ke pasar ini dengan deretan kaki
lima kedai-kedai yang terdapat di sini. Kebanyakan kedai di
sini telahpun wujud sebelum Perang Dunia Ke-2 lagi di
mana salah sebuah kedai di penjuru jalan ini telah tercatat
tahun pembinaan pada 1916. Generasi peniaga di sini adalah
pewaris kepada perniagaan yang diturunkan daripada
nenek-moyang mereka.

DAPATAN & ANALISIS | 23

4Pasar Melayu &
Deretan Kedai
Jalan Ibrahim

Pasar Melayu asalnya tidak berbumbung dan
berlantaikan tanah merah serta pintu kedai-
kedainya hanya ditutup dengan kepingan
papan kayu. Mulai tahun 1947, barulah usaha-
usaha untuk membina bumbung pada laluan
masuk ke pasar ini dilakukan. Kini ia
merupakan satu-satunya pasar yang masih lagi
ada peniaga yang menjual songkok buatan
tangan yang diwarisi. Tukang pembuat
songkok di sini masih lagi menjalankan
perniagaan tersebut hasil daripada
peninggalan kemahiran tukang songkok
Melayu yang terdahulu. Selain itu, pasar ini juga
menjual pelbagai jenis kitab-kitab agama dan
al-Quran dan amat popular sekitar zaman 60an
sehingga 90an. Banyak sejarah dan kenangan
yang disimpan oleh pasar ini khususnya oleh
penduduk Batu Pahat. Kini, seiring dengan
pemodenan zaman, pasar ini telah diberi nafas
5 Tinggalan Balai Bomba Lamabaru dengan penambahbaikan fasad,
pengecatan lantai serta hiasan dinding (street
art) yang berwarna-warni.

Tinggalan Balai Bomba lama ini dikatakan telah berada di
tapak ini sejak dari zaman sebelum Perang Dunia ke-2
lagi, namun tiada sebarang rekod yang mencatatkan
tahun pembinaannya. Ia pernah digunakan sebagai Balai
Bomba pertama di bandar ini yang kedudukannya
terletak di Jalan Rugayah. Tinggalan rangka bangunan
dua tingkat ini menampilkan empat buah pintu gerbang
utama dengan perincian hiasan (ornamentation) fasad
luaran yang sangat indah. Ia dilihat mempunyai tiang-
tiang Roman 'doric' dan 'ionic' di aras bawah dan atas
muka bangunan ini yang memiliki nilai senibina kolonial
yang mengagumkan. Selepas berlakunya satu kejadian
kebakaran yang dahsyat pada bangunan ini, operasinya
telah dipindahkan ke bangunan Balai Bomba sekarang
yang berada di Jalan Mohd. Khalid. Namun, disebabkan
oleh faktor usia dan pengabaian, struktur bangunan ini
didapati telah dituntut oleh hukum alam dan fasad
hadapan bangunan ini dilihat sedikit condong ke
hadapan.

DAPATAN & ANALISIS | 24

6Jalan Penggaram
Pada suatu ketika, jalan ini secara tidak rasmi digelar
sebagai Jalan Tekstil kerana ramai pedagang
daripada tanah besar China berniaga di kawasan ini.
Jalan Penggaram merupakan di antara jalan tertua
di bandar Batu Pahat, sejak bandar ini ditubuhkan
pada 1894. Di jalan ini masih lagi berdiri deretan
kedai-kedai yang dibina sekitar tahun 1930an
dengan gaya seni bina electic dan art deco selain
mempunyai kaki lima yang bebas halangan.
Sehingga kini kedai-kedai di sini kebanyakannya
masih lagi beroperasi dengan menjual barangan
keperluan isi rumah seperti seragam dan
kelengkapan sekolah, peralatan menjahit, kedai jam,
kedai kain langsir dan cadar serta beberapa buah
kedai emas dan pajak gadai yang masih beroperasi.
Terdapat juga kedai-kedai yang telah membuat
pengubahsuaian fasad namun kebanyakan kedai di
sini masih mengekalkan penampilan rekabentuk
fasad asal. Dahulunya, Jalan Penggaram pernah
menjadi pusat membeli-belah utama di bandar ini
sebelum peranan tersebut diambil alih oleh pasaraya
yang mula didirikan di bandar ini di awal tahun

7 Deretan Rumah1980an.
Kedai Jalan Pasar
Deretan rumah kedai di bahagian kanan Jalan Pasar,
Batu Pahat ini akan memukau sesiapa sahaja yang
melalui jalan ini. Ia mempunyai ciri-ciri rekabentuk gaya
electic dan gaya oriental manakala di hadapannya
terdapat beberapa bangunan yang bergaya art deco.
Deretan rumah kedai ini jelas memaparkan ukiran
plaster timbul istimewa yang bermotifkan binatang
pada dinding di permukaan fasad bangunan. Antara
binatang yang terdapat pada ukiran timbul ini
termasuklah harimau, burung, naga, merak, ikan, ayam,
monyet, singa, gajah serta motif flora yang
mengagumkan. Motif berbentuk haiwan ini tidak sama
di antara satu unit dengan unit rumah kedai yang
bersebelahan. Motif arca dinding (wall sculpture)
berbentuk haiwan pada deretan bangunan di sini dan
juga bangunan-bangunan lain yang terdapat di Bandar
Penggaram boleh dianggap sebagai 'genius loci'
(genius of a place) hasil kebijaksanaan pengukir dan
jurubina bangunan pada zaman itu yang amat menitik
beratkan keunikan imej dan identiti bandar ini.

DAPATAN & ANALISIS | 25

8 Surau India
Muslim Selatan

Di Bandar Penggaram, pengaruh senibina India
tidak banyak mempengaruhi reka bentuk
bangunan di sini. Namun, Surau India Muslim
Selatan merupakan salah satu binaan yang
mempunyai pengaruh senibina Selatan India
yang agak kuat. Ia telah dibina pada sekitar
tahun 1943 (atau 1363 hijrah) seperti yang
tertera di pintu gerbang surau ini. Pembinaan
surau ini adalah atas usaha masyarakat India
Muslim yang berasal dari Tamil Nadu di selatan
India. Komuniti India Muslim ini bermazhab
Hanafi dan bertutur dalam bahasa Tamil yang
masih menjadi bahasa utama dalam
penyampaian ceramah dan khutbah di surau
ini. Masyarakat India Muslim pada ketika itu
menguasai aktiviti ekonomi dengan membuka
kedai-kedai di bandar ini khususnya perniagaan
berkaitan rempah-ratus. Senibina Surau India
Muslim Selatan ini jelas kelihatan pada 4 tiang
menara (minaret) dengan kubah berbentuk
potong bawang. Masyarakat India Muslim di
bandar ini bergiat aktif sebagai golongan
peniaga dan masih mengekalkan adat, bahasa
dan corak hidup yang telah diasimilasi dengan
corak kehidupan masyarakat setempat.

DAPATAN & ANALISIS | 26

9 Tokong Tien How
Tokong Tien How pada asalnya didirikan
Bangunan putih dengan senibina berhampiran Sungai Batu Pahat iaitu
yang mengagumkan ini telah berdekatan dengan pasar basah Batu
dibina pada tahun 1931 untuk Pahat, sebelum ia dipindahkan ke lokasi
menempatkan Dewan Perniagaan sekarang. Di tokong ini terdapat Patung
Cina Batu Pahat. Beranda yang Dewa Mazu yang dibawa khas dari Wilayah
lebar dan panjang membantu Fujian, China oleh seorang yang bernama
menyejukkan bangunan sambil Lin Heng. Reputasi kuil ini begitu kukuh
sehingga ada para penganut Dewa Mazu
ini sanggup sampai ke pintu tokong ini
seawal jam 12 tengah malam pada hari
pertama Tahun Baru Cina untuk
menyalakan batang kemenyan di dalam
balang pendupa. Penganut dewa ini
percaya bahawa mereka akan diberkati
dengan rezeki yang melimpah-ruah. Kuil ini
dimiliki oleh puak Lim melalui
persatuannya, Lim Sz Chong Su yang
terletak bersebelahan dengan tokong ini.
Plak peringatan nama keluarga Lim juga
ada ditempatkan di dalam tokong
bersejarah ini.

10 Dewan
Perniagaan Cina

masih membenarkan cahaya
menapis. Motif matahari 12
pancaran pada gazebo adalah
motif Tongmenghui dari China,
sebuah gerakan penentangan
yang diasaskan oleh Sun Yat Sen.
Bangunan itu dibina oleh Chew
Kee, seorang kontraktor terkenal
yang turut membina banyak
rumah kedai sebelum perang di
Batu Pahat. Pada tahun 1945, di
bangunan inilah menyaksikan
gencatan senjata antara Kiai Salleh
Selempang Merah (yang
kemudiannya dilantik Penghulu
Simpang Kiri) bersama-sama
Penghulu lain dan pihak bintang
tiga yang diusahakan oleh Dato
Onn. Kini, banyak acara awam
termasuk kuliah, pameran dan
pertandingan diadakan di
bangunan ini yang melibatkan
masyarakat Cina di Batu Pahat.

DAPATAN & ANALISIS | 27

11 Balai Bomba & Penyelamat
Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat
merupakan di antara balai bomba yang
terawal dibina di negeri Johor. Ia telah
dibina pada tahun 1935. Rekabentuk
bangunan bersejarah ini adalah bercirikan
gaya art deco dan masih berdiri teguh
sehingga kini. Mengikut catatan sejarah,
bajet untuk pembinaan balai bomba di
Bandar Penggaram ini telah diluluskan
sebagai sebahagian daripada bajet
perkhidmatan khas untuk tahun 1936 yang
juga termasuk pembinaan lain yang
diperlukan di Johor pada ketika itu.
Sebanyak $77,000 (Straits Dollar) telah
diperuntukan untuk pembinaan bangunan
balai bomba ini yang telah dirasmikan pada
tahun 1937.

12Pejabat Pos Batu Pahat
Bangunan Pejabat Pos ini telah
dibina pada tahun 1930 yang
menyediakan khidmat pos dan
logistik ke seluruh Malaya.
Bangunan ini mempunyai
rekabentuk bumbung gaya limas
Johor dengan sentuhan gaya
kolonial. Bangunan yang berdiri
megah ini telah menyaksikan
bagaimana bandar ini telah dibom
oleh tentera Jepun pada Perang
Dunia Kedua iaitu di antara tahun
1939 sehingga 1945. Kedudukannya
yang strategik di tengah-tengah
Bandar Penggaram iaitu di Jalan
Rahmat menjadikannya antara
salah sebuah bangunan bersejarah
sebelum perang yang amat
penting bagi Bandar Penggaram.

DAPATAN & ANALISIS | 28

13 Rumah Gaya Melayu-Anglo
Masih tidak terdapat banyak maklumat
yang mencatatkan sejarah binaan dan
pemilik rumah agam ini secara jelas. Ia
terletak di Jalan Mohd Khalid dan
merupakan sebuah binaan rumah agam
lama yang mempunyai nilai arkitektur
dengan gabungan gaya Melayu-Anglo.
Bangunan ini mempunyai keluasan tapak
seluas 0.6170 ekar. Rekaan verandah, tiang,
hiasan bumbung serta tangga di bahagian
hadapan dan tepi bangunan menonjolkan
lagi gaya senibinanya dengan perincian
gerbang tingkap kaca berwarna yang
menarik. Bangunan ini sedang di dalam
proses pengubahsuaian dan bakal menjadi
sebuah projek komersial yang bersepadu
menggabungkan kafe, kiosk dan kedai

14butik.
Kelab Batu Pahat
Bangunan Kelab Batu Pahat
terletak berhadapan dengan
kawasan padang di Dataran
Penggaram, Batu Pahat.
Bangunan bersejarah ini telah
dibina pada tahun 1912 dengan
struktur kayu yang masih utuh
sehingga kini. Rekabentuk
bangunan kelab ini jelas
menunjukkan ciri-ciri senibina
Melayu dengan serambi
bertangga di pintu masuk utama
bangunan ini. Di bahagian
dalaman, terdapat beberapa
buah bilik dengan ruang
utamanya berfungsi sebagai
dewan yang agak luas. Bangunan
kelab ini pernah disewa untuk
kegunaan majlis khas, contohnya
pada 27 Disember 1920, Nayo
Kogyo Koshi iaitu sebuah syarikat
perlombongan besi Jepun telah
mengadakan majlis makan
malam sempena perasmian
syarikat tersebut di kelab ini.

DAPATAN & ANALISIS | 29

15 Tugu Batu Pahat & Dataran
Penggaram
Tugu Batu Pahat menjadi salah satu mercu tanda
16 ikonik bagi penduduk daerah ini di mana
rekabentuknya diilhamkan daripada arca tangan
yang sedang memahat batu. Tugu ini terletak di
Dataran Penggaram di Jalan Rahmat dan telah
dibangunkan pada tahun sekitar 1994 bersempena
sambutan ulangtahun ke-100 bandar Batu Pahat
yang dibuka oleh Dato' Mohd Salleh Bin Perang (Dato'
Bentara Luar). Pada mulanya, kawasan ini hanyalah
merupakan sebuah kawasan padang yang terdapat
sebuah kolam air pancut yang penduduk di sini
menggelarkannya sebagai 'fountain'. Ia menjadi
tempat utama untuk sambutan acara yang besar
seperti Hari Kebangsaan peringkat daerah Batu Pahat
dan peringkat negeri Johor, Hari Raya, Tahun Baru
Cina, konsert-konsert hiburan dan pertunjukan motor
dan kereta. Ketika hari biasa, ia menjadi tarikan utama
untuk bersiar-siar, berjoging dan berehat ketika
waktu petang dan malam.

Balai Polis Trafik

Balai Polis Trafik ini telah didirikan pada tahun
1930an yang dahulunya merupakan Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. IPD ini telah
dipindahkan operasinya ke balai yang baru yang
terletak di Jalan Bakau Condong pada tahun 2011
dengan bangunan yang lebih moden dan futuristik.
Balai Polis ini menyimpan satu peristiwa hitam bagi
masyarakat di sini iaitu pada 16 Oktober 1980 pada
jam 9.30 pagi, di mana berlakunya tragedi serangan
ke atas Balai Polis Batu Pahat oleh pengikut ajaran
sesat. Mereka mengamuk dan melibas Pegawai-
pegawai Polis yang bertugas ketika itu dengan
pedang. Seramai 3 Sarjan, 2 Koperal, 8 Konstabel, 6
kakitangan awam, seorang staf pejabat dan 2 orang
awam tercedera. Seramai 6 orang pengikut ajaran
sesat itu berjaya ditembak mati oleh pihak polis.
Sejumlah 23 orang termasuk 14 anggota polis
cedera parah. Salah seorang daripada mereka ialah
seorang wanita yang sarat mengandung, 6
kakitangan awam Balai Polis Batu Pahat, seorang
staf pejabat dan 2 orang awam yang sedang
membuat laporan turut ditetak. Manakala seorang
anggota polis ditetak di bahagian kepala, lengan
dan juga jari. Bangunan Balai Polis Trafik kini
dijadikan sebagai pusat pentadbiran Bahagian
Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah IPD
Batu Pahat.

DAPATAN & ANALISIS | 30

17 Wisma Sejarah
Bangunan kecil setingkat yang dikenali sebagai
Wisma Sejarah adalah pusat kegiatan bagi ahli
Persatuan Sejarah Kawasan Batu Pahat yang
asalnya menempatkan Balai Polis Bandar
Penggaram. Balai polis tersebut telah dipindahkan
pada tahun 1937 ke lokasi Balai Polis Trafik sedia
ada yang berada di hadapan bangunan ini.
Merujuk kepada peta Johor 1893 yang
bersumberkan State Library of New South Wales,
terdapat dua balai polis atau juga dikenali sebagai
'rumah pasung' di kawasan ini iaitu di Tanjung
Telaga, Minyak Beku (berhadapan Pulau Sialu) dan
Bandar Penggaram (kini dijadikan Wisma Sejarah)
yang dicatatkan bertarikh 1913. Balai Polis Bandar
Penggaram 1893 tersebut telah diganti dengan
balai polis baru yang dibina bertarikh 1913 . Hari ini
bangunan berkenaan telah diubah suai menjadi
Wisma Sejarah yang diurus oleh Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Batu Pahat. Maka jelaslah
bahawa 'police station' Batu Pahat seperti yang
tercatat pada peta lama 1893 benar-benar wujud
yang telah berubah fungsi sepertimana sekarang.

18 Bangunan Majlis
Perbandaran Batu Pahat
Bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat ini
dibina dan mula beroperasi sebagai Lembaga
Perbandaran pada tahun 1912 hingga 1951 dan
kemudian bertukar nama menjadi Majlis
Bandaran Bandar Penggaram dari tahun 1952
hingga 1975.Pada tahun 1976 hingga 2000,
bangunan tersebut beroperasi sebagai Majlis
Daerah Batu Pahat Barat dan pada tahun 2001
hingga sekarang sebagai Majlis Perbandaran
Batu Pahat (MPBP). Setelah memenuhi kriteria
yang ditetapkan oleh Kerajaan Tempatan
Malaysia dan dengan persetujuan Setiausaha
Pesuruhjaya Pilihanraya, maka Majlis Mesyuarat
Kerajaan Johor telah bersetuju menaik taraf
Majlis Daerah Batu Pahat Barat kepada Majlis
Perbandaran Batu Pahat pada 1 Januari 2001.

DAPATAN & ANALISIS | 31

19 Sekolah Tinggi Batu Pahat

Sekolah Tinggi Batu Pahat telah diasaskan
pada tahun 1914 di lokasi berhampiran yang
terletak di Jalan Pejabat. Pada waktu itu,
sekolah tersebut adalah sebuah sekolah
yang merupakan sekolah Inggeris pertama
di negeri Johor yang telah didirikan dengan
nama Government English School (GES)
terletak di kaki Bukit Bendera, yang kini
menjadi tapak bangunan Jabatan Kerja Raya
(JKR) dan gelanggang tenis di Jalan Pejabat.
Bangunan sekolah itu hanyalah merupakan
sebuah pondok papan yang
berbumbungkan atap. Bangunan di tapak
semasa mula dibina pada tahun 1918 dengan
tahun persekolahan pertama bermula pada
tahun 1919. Bangunan utama sekolah ini
menempatkan pejabat pentadbiran sekolah
yang juga dikenali sebagai 'white house' bagi
20warga sekolah ini.
Masjid Dato' Bentara Luar
Masjid Dato' Bentara Luar ini telah
didirikan pada tahun 1936 dan terletak
di Jalan Ampuan. Masjid ini pernah
dijadikan Masjid Daerah yang utama
sebelum pembinaan masjid baru
selesai pada 1996 iaitu Masjid Sultan
Ismail yang terletak di Taman
Kenangan Dato' Onn (Pesta). Ruang
utama masjid ini masih berdiri kukuh
iaitu ruang solat utama di bahagian
tengah masjid dengan menara yang
masih digunakan sehingga kini. Reka
bentuk masjid ini mencampurkan seni
bina Moghul dan Inggeris, iaitu hasil
pengaruh rekaan bangunan-bangunan
yang dibina sezaman dengannya.
Kesan-kesan reka bentuk asal masjid ini
masih dapat dilihat sehingga ke hari ini
terutama kubah dan menara masjid.
Tingkap-tingkap dan hiasan di
dalamnya jelas menampilkan rekaan di
zaman kolonial.

DAPATAN & ANALISIS | 32

21 Tinggalan Rumah Agam
Tan Swee Hoe
Tan Swee Hoe mempunyai kepentingan
perniagaan dan hartanah di Batu Pahat dan
rumah agamnya yang tersergam di Jalan Kluang
adalah antara rumah terbaik di bandar ini. Kini
rumah agam tersebut hanya tinggal struktur
tinggalan tanpa bumbung. Dahulunya, Tan Swee
Hoe pernah berkhidmat sebagai Presiden Dewan
Perniagaan Cina Batu Pahat selama dua penggal
dan beliau merupakan pengarah Bank Ho Hong,
Batu Pahat. Beliau merupakan ahli Majlis Negeri
Johor dan dianugerahkan darjah S. M. J. (Setia
Makhota Johor) pada Disember 1929 sempena hari
keputeraan Sultan Johor. Dalam sambutan
tersebut, baginda telah mengadakan majlis
makan malam mewah di rumah agam ini, ia telah
dihadiri oleh Pemangku Raja Johor, Tengku
Makhota. Tan Swee Hoe juga merupakan penaung
kuil kecil Datuk Gong yang terletak di sisi jalan
rumah agamnya. Jalan yang bercabang keluar dari
Jalan Kluang yang bertentangan dengan kuil ini
dinamakan sebagai Jalan Tan Swee Hoe,

22 mengambil sempena namanya.
Galeri Dato' Onn
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1938,
asalnya sebagai kuarters kerajaan. Ia telah
diduduki oleh Onn Jaafar antara 1945 dan
1947 semasa beliau berkhidmat sebagai
Pegawai Daerah Batu Pahat. Kemudian, ia
digunakan oleh Rejimen Askar Wataniah
ke-501, sebuah pasukan simpanan tentera
Tentera Darat Malaysia, sebagai pangkalan
latihan mereka. Ia akhirnya telah diubah
suai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan
diserahkan secara rasmi kepada Yayasan
Warisan Johor pada 6 Ogos 2007. Yayasan
mengekalkan rekabentuk bangunan ini dan
mengadaptasi fungsinya sebagai galeri
khusus untuk memaparkan sejarah
kehidupan Dato’ Onn Jaafar. Walau
bagaimanapun, ia bukan sahaja
menyimpan sejarah tokoh ulung Onn Jaafar
semata-mata , malah ia juga menyimpan
artifak budaya yang bersumber dari Johor
seperti koleksi tepak sirih, barang kemas
perak dan seramik yang mengagumkan.

DAPATAN & ANALISIS | 33

23 Rumah Api Bukit Segenting

Rumah api Bukit Segenting telah dibina
pada tahun 1976 dan beroperasi pada tahun
1978. Ia telah dibina dengan sokongan
kewangan daripada Yayasan Nippon (The
Nippon Foundation) dan The Malacca Straits
Council Japan di bawah kerangka kerjasama
di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan
Jepun. Rumah api ini dibina bagi tujuan
keselamatan pelayar di Selat Melaka iaitu di
sepanjang jajaran pantai Batu Pahat. Ia
menggantikan rumah api Pulau Sialu yang
telah beroperasi sejak tahun 1894.

24 Pantai Minyak Beku

Pantai Minyak Beku terletak kira-kira 8
kilometer dari bandar Batu Pahat
dengan kedudukannya berhampiran
dengan muara Sungai Batu Pahat.
Kampung Minyak Beku yang terletak
berhampiran Telaga Kuala ini dibuka
pada tahun 1818 oleh Daeng Ahmad
yang berasal dari Sulawesi, Indonesia.
Oleh kerana Daend Ahmad kerap
berulang-alik bertemu saudara-mara di
muara ini, beliau menyedari kawasan itu
sesuai untuk dibangunkan sebagai
kampung dan beliau mendapat
kebenaran daripada kerajaan di
Temasek (Singapura) untuk membuka
kawasan itu. Pada masa itu, terdapat
banyak pokok keruing (dipterocarpus
crinitus) di kawasan ini dan penduduk
menggunakan damar daripada pokok
ini untuk melapisi dinding rumah
mereka. Bagaimanapun, perubahan
cuaca menyebabkan resin membeku di
dinding dan sukar untuk dikeluarkan.
Justeru, Daeng Ahmad mencadangkan
‘Minyak Beku’ sebagai nama kampung
tersebut, dan nama ini kekal sehingga
ke hari ini.

DAPATAN & ANALISIS | 34

25 Perigi Batu Pahat

Menurut Sejarah Melayu, asal
usul nama Batu Pahat berasal
dari sebuah perigi batu yang
dipahat oleh tentera Siam
setelah tewas dalam
peperangan menyerang Melaka
semasa pemerintahan Sultan
Mansur Shah III (1446-1459).
Askar-askar Siam ini melarikan
diri dan mereka dikejar oleh
Bendahara Tun Perak
(Bendahara Melaka) dan
pengikut-pengikutnya hingga
ke Muar. Setibanya di Batu
Pahat askar-askar Siam ini telah
memahat batu di kawasan
yang mengalirkan air sehingga
menjadi sebuah perigi.
Tujuannya ialah untuk
mengumpul air tawar untuk
keperluan mereka semasa
belayar. Selepas mendapat
bekalan air, askar-askar itu
meneruskan perjalanan mereka
melalui Singapura dan kembali
ke Siam melalui Laut China
Selatan. Perigi inilah yang
dinamakan Perigi Batu Pahat
yang terletak di Kuala Sungai
Batu Pahat, iaitu di Kampung
Minyak Beku. Nama bandar
Batu Pahat adalah bersempena
daripada peristiwa tersebut.

DAPATAN & ANALISIS | 35

Analisis Kajian

Profil Responden

Persepsi Tentang Sejarah/Warisan di Bandar Penggaram

DAPATAN & ANALISIS | 36

DAPATAN & ANALISIS | 37

Potensi Pembangunan Kawasan Jejak Warisan di Bandar
Penggaram

| 38

| 39

| 40

BIBLIOGRAFI

Beaver, A. (2005). Dictionary of Travel and Tourism Terminology. USA: CABI
Publishing. pp. 313.

Hayes, Deborah & MacLeod, Nicola. (2008). Putting down routes: An
examination of local government cultural policy shaping the development
of heritage trails. Managing Leisure. Vol. 13. pp. 57-73.

Ismail, M. H. (2013). Local community involvement in cultural heritage
management: a case study of Melaka Heritage Trail. Malaysia (Doctoral
dissertation, University of Portsmouth).

Johari, M. H. Y. (2010). Satisfaction of site visit along the heritage trail in
Melaka Town. Tourism Research in Malaysia, what, which way and so what.
pp. 275-292.

Lai Sin Yee (2009), Heritage Trail Planning in Melaka Historic City: Its
Potential Objective, Themes and Target Users, Thesis Master of Science
(Urban Design), Universiti Teknologi Malaysia.

Sidney C.H Cheung (1999), The meanings of a heritage trail in Hong Kong,
Annals of Tourism Research, Vol. 26, Issue 3, pp. 570-588.

Jejak Warisan Hakcipta Terpelihara (2022)

BATU
PAHAT

Heritage Trail

Penafian

Dilarang untuk menerbitkan semula apa-apa imej dan penulisan termasuk salinan, penghasilan semula,
terjemahan, ringkasan atau parafrasa daripada laporan ini bagi tujuan komersial tanpa persetujuan bertulis

daripada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Click to View FlipBook Version