The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin ini bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti, pencapaian dan kejayaan yang dicapai oleh Setakir. Matlamat utama kami adalah memberikan keyakinan kepada warga Setakir, komuniti dan masyarakat bahawa sekolah ini mampu menjana kejayaan setanding dengan sekolah-sekolah lain

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by setakirtba, 2024-04-19 06:53:46

LENSA SETAKIR (SIRI MAC 2024)

Buletin ini bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti, pencapaian dan kejayaan yang dicapai oleh Setakir. Matlamat utama kami adalah memberikan keyakinan kepada warga Setakir, komuniti dan masyarakat bahawa sekolah ini mampu menjana kejayaan setanding dengan sekolah-sekolah lain

Keywords: Buletin sekolah

LENSA SETAKIR SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG TAKIR, Kuala Nerus, Terengganu EDISI 1 /2024 Mac 2024 Sekapur Sirih… Assalamualaikum wbkth… Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, sekolah berjaya menerbitkan buletin pertamanya. Buletin ini bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti, pencapaian dan kejayaan yang dicapai oleh Setakir. Matlamat utama kami adalah memberikan keyakinan kepada warga Setakir, komuniti dan masyarakat bahawa sekolah ini mampu menjana kejayaan setanding dengan sekolah-sekolah lain. Tahniah kepada Jawatankuasa Lensa Setakir kerana telah berjaya merealisasikan penerbitan buletin Setakir. Cikgu Hajah Hayati binti Othman, Guru Besar Setakir. Pengerusi Timb. Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Penyelaras Setiausaha Ahli Jawatankuasa Pelapor bulanan Antara Menarik bulan ini


2 TARIKH : 6 MAC 2024 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN IBNU SINA Program ini juga memastikan semua ibu bapa murid Tahun 1 yang datangnya daripada latar belakang,pengalaman dan sosio ekonomi berbeza tentang proses pembelajaran di Tahun 1 melalui tahap pencapaian yang hampir sama. Pendedahan kepada ibu bapa sangat ditekankan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru Tahun 1 berjalan dengan lancar dan diikuti oleh murid –murid tersebut dalam keadaan yang gembira. Taklimat Dual Language Program(DLP) dan Bahasa Cina turut diberikan kepada semua ibu bapa yang hadir agar mereka benar-benar faham tentang pelaksanaan DLP dan Bahasa Cina. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua ibu bapa yang terlibat dalam menghadapi perubahan pendidikan tidak formal di rumah atau tadika ke pendidikan formal Tahun 1 sekolah rendah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cikgu Hajah Hayati binti Othman, Guru Besar Setakir. Beliau telah dibantu oleh Cikgu Norariza binti Mohamad, Penyelaras Transisi, Cikgu Rusydina Adani binti Mohd Salleh, Penyelaras Dua Language Program dan Cikgu Nuralia Afini binti Kamaruddin, Ketua Panitia Bahasa Cina. Program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Ibu bapa berpuashati dengan taklimat yang diberikan.


3 PROGRAM GURU PENYAYANG TARIKH : 10 MAC 2024 MASA : 6.45 PAGI— 7.45 PAGI TEMPAT : PAGAR SEKOLAH AKTIVITI Menyambut Kedatangan Murid: JK HEM, UBK & guru bertugas kumpulan A menyambut kehadiran murid-murid di pintu pagar utama sekolah . Murid-murid disambut dengan maskot dan barisan pengawas sekolah & Pembimbing Rakan Sebaya Memberi salam dan menyambut salam semasa datang ke sekolah pengenalan Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Guru Penyayang merupakan seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid- murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. OBJEKTIF Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. Menyedari bahawa setiap murid merupakan asset penting kepada sekolah. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat


4 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 TARIKH : 10 MAC 2024 MASA : 8.45 PAGI TEMPAT : PERSEKITARAN SEKOLAH AKTIVITI Guru kelas menyambut kedatangan murid-murid tahun 1 di pintu pagar utama sekolah Aktiviti bilik darjah bersama guru kelas dan guru mata pelajaran Murid beratur membeli makanan di kantin Murid-murid diperkenalkan dengan beberapa tempat dalam sekolah seperti pejabat guru, tandas, kantin, musolla dan lain-lain. Program transisi yang bermula pada tahun 2001 ini menekankan aspek sosio emosi, kognitif dan fizikal murid untuk menyediakan mereka kepada perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan di sekolah rendah. Salah satu hala tuju pelan peralihan ini adalah untuk persediaan secara holistik, termasuklah untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Selaras dengan kehendak KPM, pihak sekolah telah merangka dan menyusun pelbagai aktiviti untuk murid-murid tahun satu hadir dengan gembira dan penuh semangat. Tahniah kepada semua penyelaras dan guru-guru tahun 1 yang tetap cemerlang menguruskan meskipun menghadapi beberapa perubahan yang bergantung kepada situasi, tempoh dan keperluan semasa. OBJEKTIF Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di tahun 1. Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam pembelajaran seterusnya. Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya. pengenalan


5 PROGRAM Jom ke sekolah TARIKH : 10 MAC 2024 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN IBNU SINA, SETAKIR AKTIVITI PENGHARGAAN KEPADA MURID DAN GURU 1. Penyampaian cenderahati kepada murid yang paling awal datang ke sekolah. 2. Penyampaian cenderahati kepada guru yang paling awal datang ke sekolah. PENGENALAN Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Guru Penyayang merupakan seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid- murid dengan cara mengamalkan nilai kasih-sayang, bersikap mesra, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang selalu menjiwai bahawa murid itu aset yang perlu diberikan perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya, dan disayangi setiap masa. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. Menyedari bahawa setiap murid merupakan aset penting kepada sekolah. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti / masyarakat kepada sekolah. OBJEKTIF


6 pERHIMPUNAN PERTAMA PERSEKOLAHAN TARIKH : 10 MAC 2024 MASA : 7.45 PAGI TEMPAT : DEWAN IBNU SINA,SETAKIR AKTIVITI PERHIMPUNAN • Bacaan Asmal al-Husna, Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. • Ucapan Guru Penolong Kanan dan Tuan Guru Besar. • Penyampaian Cenderahati kepada murid-murid dan guru yang hadir awal ke sekolah. OBJEKTIF PERHIMPUNAN SEKOLAH • Membentuk disiplin murid • Mengasah bakat kepimpinan murid • Memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid • Memaklumkan isu semasa kepada murid • Memupuk pelajar untuk menepati masa • Melahirkan semangat cinta terhadap sekolah Perhimpunan sekolah merupakan satu majlis yang menggabungkan kehadiran guru serta pelajar di satu tempat dalam satu tempoh masa yang sesuai. Perkara ini sudah menjadi kelaziman di setiap sekolah di seluruh negara malah seluruh dunia kerana ia mempunyai kebaikan atau kepentingan yang banyak. Pelajar seharusnya berfikir dengan lebih kritis untuk memahami tujuan serta objektif mengadakan sebuah perhimpunan rasmi agar huraian yang tepat dan menarik dapat ditulis di dalam penulisan masing-masing.


7 TARIKH : 12 MAC 2024 MASA : 7.45 PAGI TEMPAT : DEWAN IBNU SINA,SETAKIR AKTIVITI • Ucapan alu-aluan • Bacaan Doa • Bacaan Al-Quran • Ucapan Perasmian Pelancaran Program Ihya Ramadan. • Gimik Pelancaran Program Ihya Ramadan. • Ceramah agama “Sinar Ambang Ramadan”. OBJEKTIF PROGRAM IHYA RAMADAN • Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam. • Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al -Quran. • Menyemaikan semangat suka bersedekah dan member bantuan kepada yang memerlukan. • Bersyukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. • Menghayati roh Ramadan Al -Mubarak sebagai pemangkin kejayaan umah. • Menjadikan amalan membaca al -Quran sebagai satu budaya. Panitia Agama Islam Setakir telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan Setakir. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Guru Besar Setakir, Cikgu Hajah Hayati binti Othman. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan, Ustaz Amir Syakirin bin Maznan. Majlis yang diadakan telah mendapat kerjasama daripada semua pihak. Murid-murid teruja dengan acara gimik pelancaran. Tahniah kepada Panitia Agama Islam yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zainuddin bin Ariffin.


8 Sesi 2024/2025 TARIKH : 13 MAC 2024 HARI: RABU TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER JAWATANKUASA PENGELOLA TETAMU JEMPUTAN Unit Disiplin telah mengadakan program Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Setakir sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian mereka Secara keseluruhan, program yang berlangsung selama tiga hari ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pelajar dan guru. Diharapkan usaha ini dapat membina sikap yang positif secara berterusan dalam diri pelajar dan mampu menjadi contoh kepada pelajar lain. Kehadiran Cikgu Ahmad Fathy bin Ibrahim telah memberikan suntikan semangat kepada semua peserta kursus. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Terima kasih cikgu........


9 MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SETAKIR OBJEKTIF PENGISIAN AKTIVITI TARIKH : 17 MAC 2024 MASA: 8.30 PAGI TEMPAT: DEWAN IBNU SINA JAWATANKUASA PENGELOLA TETAMU JEMPUTAN . . . .


10 Sesi 2024/2025 TARIKH : 21 MAC 2024 HARI: KHAMIS TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER JAWATANKUASA PENGELOLA K . . - . K . . R . .


11 TARIKH : 19 MAC 2024 HARI: SELASA TEMPAT: BILIK MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAF SETAKIR Patah tumbuh hilang berganti. Itu ada kehidupan. Yang bermula pasti berakhir jua. Tiada yang kekal di dunia ini. Setakir kehilangan permata yang berkilauan. Cikgu Maliza binti Mazlan, akhirnya pergi meninggalkan Setakir atas tuntutan kerja. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, Terengganu. Majlis ringkat tersebut dimulakan dengan ucapan barisan pentadbir diikuti dengan ucapan yang diraikan. Kemudian,sSesi penyerahan tugas dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata.


12 AKTIVITI SAINS & MATEMATIK (RESIS) TARIKH : 14 MAC 2024 HARI: KHAMIS MASA: 9.30 PAGI TEMPAT: PERSEKITARAN SEKOLAH JAWATANKUASA PENGELOLA Panitia Sains telah mengadakan aktiviti secara kolaboratif dengan Panitia Matematik. Antara satu aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti resis. Murid-murid berpeluang menggambar untuk menghasilkan sesuatu hasil karya dengan menggunakan medium warna basah dan gabungan contengan lilin dan juga bahan lain seperti krayon. Penggunaan bahan-bahan seperti lilin dan juga krayon lilin dapat bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan atau lakaran di atas kertas atau kain.Teknik ini akan membolehkan permukaan kertas yang disapu dengan lilin tidak akan menyerap warna dan bahagian ini akan diresiskan. Kegiatan ini membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada guru-guru Panitia Sains dan Panitia Matematik kerana mampu menjadikan aktiviti tersebut sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.


13 Majlis PenutupAN Minggu Orientasi Pembukaan Sekolah SESI 2024/2025 Selesai minggu orientasi pembukaan sekolah bagii sesi 2024/2025. Pada 14 Mac 2024, telah diadakan Majlis Penutupan Minggu Orientasi Sesi Persekolahan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Setakir, Cikgu Hajah Hayati binti Othman. Pelbagai aktiviti menarik telah disertai oleh semua murid di sekolah ini bagi menimbulkan rasa seronok kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah secara konsisten. Minggu berkenaan telah diisi dengan program dan aktiviti yang mampu mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah. Aktiviti dilaksanakan oleh semua guru di bawah panitia mata pelajaran yang terdapat di sekolah ini. Semoga murid-murid akan terus bersemangat untuk terus hadir ke sekolah. TARIKH : 14 MAC 2024 TEMPAT: DEWAN IBNU SINA PERASMIAN PENUTUPAN Puan Hajah Hayati binti Othman, Guru Besar Setakir


14 TARIKH : 11 MAC 2024 MASA: 7.45 PAGI TEMPAT: DEWAN IBNU SINA JAWATANKUASA PENGELOLA KUMPULAN SASARAN


15 OBJEKTIF Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran bau. Menggalakkan pelajar mencintai alam sekitar melalui aktiviti kitar semula sisa bahan buangan. Mewujudkan rasa tanggungjawab para murid untuk menjaga alam sekitar. Mengalakkan murid-murid khususnya memelihara kualiti alam sekitar melalui aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan TARIKH : 18 MAC 2024 MASA: 8.30 PAGI TEMPAT: DEWAN IBNU SINA JAWATANKUASA PENGELOLA KUMPULAN SASARAN FAEDAH PROJEK Menguntungkan alam semulajadi dengan mengitar semula bahan-bahan sumber organik yang bernilai. Menjimatkan wang daripada membeli baja dan bahan penggalak untuk tumbuhan. Memainkan peranan sebagai perawat tanah dan menambah isipadu tanah. Menjimatkan air dengan memegang dan menyimpan kelembapan dalam tanah.


16 MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN Ketua kelas dan penolong kelas SETAKIR OBJEKTIF PENGISIAN AKTIVITI TARIKH : 31 MAC 2024 MASA: 7.45 PAGI TEMPAT: DEWAN IBNU SINA JAWATANKUASA PENGELOLA . . .


Click to View FlipBook Version