The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farizzul0307, 2021-11-08 11:55:45

test

test

NAMA PENSYARAH: PUAN NOORWATI BINTI MOHD DAWAM
NAMA AHLI KUMPULAN 9:
1.Farizzul Akmal Bin Zainal Asikin
2.SITI ZUHAIRAH
3.NURHALIYATUL
4.NUR FARRAH NAJWA
5.MUHAMMAD AMIR FARHAN

ISI KANDUNGAN

• Maksud Globalisasi

• Maksud Majmuk

• Peradaban Makanan

• Peradaban Pakaian

• Perkahwinan

• Adat Tradisi

• Perayaan

• Bahasa Pertuturan

• Penutup
PENDAHULUAN
• Peradaban Globalisasi dan Peradaban majmuk yang sedang melanda dunia hari ini, umpama ombak
Tsunami. Ia akandatang tanpa dapat dihalang. Hanya persediaan dan kemampuan kita menghadapinya
lah yang menjadi isu besar dan merupakan satu keperluan. Banyak aspek
kehidupan sedang dilanda gelombang globalisasi ini. Aspek ekonomi, politik, sosial, kekeluargaan
mahupun sekecil-kecil isu juga sedang menerima pengaruh globalisasi.
MAKSUD GLOBALISASI

Globalisasi adalah proses mendunianya suatu hal sehingga batas antara negara menjadi hilang.
Globalisasi didukung oleh berbagai faktor, seperti perkembangan teknologi, transportasi, ilmu
pengetahuan, telekomunikasi, dan sebagainya yang kemudian berpengaruh pada perubahan berbagai
aspek kehidupan dalam masyarakat.
Misalnya dalam aspek ekonomi, globalisasi menimbulkan terbentuknya pasar bebas yang membuat
perdagangan antar negara dapat dilakukan lebih bebas.
Globalisasi ekonomi pada intinya adalah suatu kegiatan ekonomi atau perdagangan internasional yang
terintegrasi dan terjadi tanpa batas batasan wilayah negara. Globalisasi perekonomian ini memudahkan

keluar masuknya barang dari dalam maupun luar negeri. Seiring berjalannya waktu, globalisasi
memberikan pengaruh yang besar terhadap kesejahteraan sosial dan ekonomi banyak negara.

MAKSUDD MAJMUK

• Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah,
satu
perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa.
Oleh itu pembinaan
bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Usaha membina
peradaban

beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

• Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral
yang dituntut oleh
islam dan agama- agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan
peradaban majmuk

MAKANAN

Kesan globalisasi dari sudut pemakanan

Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, kewujudan restoran serta francais makanan segera, seperti
KFC dan McDonald telah tumbuh bak cendawan di negara kita dan makanan segera ini semakin
popular di kalangan masyarakat Malaysia dan mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat
sama ada kanak-kanak, mahupun golongan dewasa. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu
daripada globalisasi yang melanda bidang pemakanan khususnya di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah,
perniagaan makanan segera tersebut dapat bertapak dengan kukuh serta berkembang hingga ke hari
ini.

Kemasukan perniagaan makanan segera daripada barat ini sebenarnya telah membuka banyak
peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini seterusnya akan mengurangkan kadar
pengangguran serta mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia. Selain itu, proses penyediaan
makanan yang disediakan juga telah mendapat pengesahan status halal daripada pihak berkuasa.
Namun begitu, terdapat juga kesan negatif daripada kemasukan produk asing tersebut. Contohnya,
golongan remaja tidak suka makan ulam dan mereka berpendapat bahawa ulam ialah makanan
golongan tua yang sudah ketinggalan zaman. Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa makanan
segera ini memudaratkan kesihatan mereka. Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna
Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 40% daripada remaja kita mengalami
obesiti, dan seterusnya akan membawa kepada penyakit serangan jantung, kencing manis, tekanan
darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Hal ini demikian kerana makanan segera ini
mengandungi bahan kimia seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang
menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang.

Selain itu, dengan peningkatan jumlah restoran tersebut, pengusaha-pengusaha makanan yang
berniaga samada melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan
perniagaan mereka. Walaupun ianya dilihat sebagai persaingan sihat, namun kerajaan juga harus
memberi peluang serta ruang kepada golongan ini untuk memajukan industri makanan tempatan. Jika
dilihat, ramai pengusaha-pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit
yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara tersebut.

Kesan globalisasi dari sudut pemakaian

Jika dilihat dari aspek pemakaian pula, ramai rakyat Malaysia terutama golongan remaja terikut-ikut
dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan dalam berfesyen tersebut
didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi masyarakat Malaysia. Ramai remaja sekarang
ini berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat serta budaya sebagai orang timur. Lebih parah lagi,
golongan ini langsung tidak menghiraukan suruhan agama agar setiap Muslim menutup aurat.
Disamping itu, cara berpakaian juga mencerminkan akhlak. Oleh itu, ia amat penting untuk
dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-
Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan
beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka
tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Jika diteliti dari ayat di atas, jelas pada kita bahawa sebilangan besar remaja kini berpakaian
bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Malah, mereka dengan perasaan bangga
mendedahkan aurat mereka asalkan mereka nampak bergaya, menarik, dan mengikut gaya fesyen
terkini.
PERKAHWINAN

ADAT PERKAHWINAN (KAUM MELAYU)
• Adat resam kahwin Melayu antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh
kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar
bandar mahupun di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, ia memerlukan perbelanjaan yang agak
besar, dan terdapat segolongan yang ini.
• Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya.
I. Merisik atau menengok
II. Meminang atau bertunang

III. Bersanding
IV. Sambut-menyambut
PERKAHWINAN

Merisik atau menengok

• Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin
perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti.
Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan
dengan menanya kawan-kawan dan
saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak
lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja
sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang
teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak
meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."
• Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara
keluarga kedua-dua pihak serta bersama-
sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.
PERKAHWINAN

Meminang atau bertunang

• Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk
bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat
persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat
pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding
dengan saudara-saudara mereka walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum
ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan. Ini
mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan
kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada
kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan.
Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat
perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya
dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan
merangkumi orang-orang lelaki.

• Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah
orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang
lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan
hadiah-hadiah iringan secara tradisi bermaksud
penerimaan syarat-syarat perkahwinan.
• Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa (baik secara
lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis).
Cara ini amat dihormati oleh orang-orang Melayu.

PERKAHWINAN

Bersanding

• Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini
dianggap sebagai kemuncak
majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Bersanding adalah acara terpenting dan sekali
seumur hidup bagi sepasang pengantin.
Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin. Di
atas pelamin itu ada kerusi yang dihias
cantik.

• Waktu paling sesuai untuk bersanding ialah waktu tengah hari, iaitu semasa tetamu ramai di bawah
khemah atau dewan. Biasanya majlis
persandingan diingati sampai bila-bila dan merupakan 'detik abadi' yang patut dikenang.

PERKAHWINAN

Perkahwinan Kaum India

• Masyarakat India merupakan antara etnik terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah
menyumbang ke arah pembentukan sebuah
masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India
mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga
masyarakat lain, masyarakat India terdiri
daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat
India secara umum.
PERKAHWINAN

Merisik

• Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu,
faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan
status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa
paras dan latar belakang keluarga juga
turut diambil kira.
PERKAHWINAN

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

• Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal
pengantin perempuan untuk melihat sendiri
paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa
Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri.
Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.
• Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk
kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa
sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima
hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai

tetamu dan tidak boleh mengambil barang-
barang tersebut.
PERKAHWINAN

Ikat Janji Atau Niccayam

• Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah
pihak perempuan dalam jumlah bilangan
yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk
diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini
bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin
akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.
PERKAHWINAN

Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan

• Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak
dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh
Pedanda dengan berdoa supaya pengantin
hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara
menyarung cincin. Pengantin lelaki akan
mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat
dengan seketul kunyit kepada pengantin
perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan
menukar dulang berisi buah-buahan dan
menyapu debu suci pada dahi pengantin.
PERKAHWINAN

ADAT PERKAHWINAN (KAUM CINA)

• Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting
untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan
daripada satu generasi kepada generasi yang
lain.
• Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut
kepercayaan mereka juga, pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
PERKAHWINAN

Merisik

• Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu
mengambil berat tentang nama , keturunan,
peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang
berkekalan. Cara merisik terpulang kepada
ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang
kenal dengan keluarga si gadis.
Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran
dengan disertai saudara mara lain. Tradisi
makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di
antara kedua belah keluarga. Perbincangan
ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan
asal keturunan.
PERKAHWINAN

Meminang

• Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang
akan dijalankan. Seorang wakil dipilih
untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu
pengantin pengantin perempuan pula akan

berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan
makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan
yang telah dipersetujui, diberitahu kepada
kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibubapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan
segala permintaan daripada pihak
perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah
adat bertunang dijalankan.

PERKAHWINAN

Bertunang

• Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang
kelahiran kedua pasangan tersebut.
Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu
Toong-Su. Ini penting kerana
jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan
menghalami kegagalan. Pada masa
inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara
bertukar cincin dilakukan

mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin
sehingga hari perkahwinan. Bagi
membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang
yang tertulis nama gadis, umur
dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa
yang sesuai berdasarkan kedua-dua
nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Hantaran dan mas kahwin
lazimnya diberi semasa upacara
bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di
antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Beserta
dengan penghantaran mas kahwin,
keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan
pengantin perempuan. Dalam
masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan
pihak lelaki.

PERKAHWINAN

Majlis Perkahwinan

• Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua
belah pihak. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat
Cina pada masa
dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas dan
setiap pakaian
dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning.
Adalah dilarang
memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan
kesedihan. Seterusnya
pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin
lelaki dan perempuan
akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya
pasangan
pengantin akan didudukkan diatas pelamin yang telah disediakan diruang tamu. Selepas acara
bersanding, pasangan
pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin memperkenalkan keluarga
dan sauadara mara

masing-masing. Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua
masing-masing.
Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia
merupakan tradisi
masyarakat Cina. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam
keluarga si suami
di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kemuncak upacara perkahwinan
masyarakat Cina
ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran
samada di rumah,
dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah kepada
pasangan pengantin.

• Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu
Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi

PERAYAAN

Krismas

• Perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian disambut setiap tahun memperingati kelahiran
Yesus dari Nazareth, pengasas ajaran
Kristian.Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agama
Yahudi mengenai kedatangan seorang
penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus
manusia dari dosa-dosa dilakukan Adam.Adat
resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan
pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas,
lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Yesus (Anunciation).

PERAYAAN

Lunar New Year

• Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum
hari tahun baru bermula, sanak saudara yang
jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun
baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok
limau.Tahun Baru Cina diraikan dengan
jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti
daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan
limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib
baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan
tarian naga atau singa akan diadakan,

dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
PERAYAAN

Deepavali

• Perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan
terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya
ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan.Hari Deepavali bermula dengan menyapu
minyak bijan di atas kepala dan badan untuk
menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu
daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke
kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk
Deepavali serta mengunjungi rumah sanak-
saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun
memeriahkan lagi sambutan.
PERAYAAN
Hallowen

• Halloween atau Hallowe'en (penguncupan "All Hallows' evening"), juga dikenali sebagai Allhalloween,
All Hallows' Eve, atau All Saints' Eve,
ialah perayaan yang disambut di banyak negara pada 31 Oktober, malam sebelum penganut Kristian
Barat. hari raya All Hallows' Day. Ia
memulakan pemeliharaan Allhallowtide, masa dalam tahun liturgi yang didedikasikan untuk mengingati
orang mati, termasuk orang-orang kudus
(hallows), martir, dan semua yang telah meninggal dunia.

• Aktiviti Halloween termasuk menipu atau merawat (atau penyamaran dan jiwa yang berkaitan),
menghadiri pesta kostum Halloween, mengukir
labu menjadi tanglung jack-o'-, menyalakan api unggun, mengepal epal, permainan ramalan, bermain
gurauan, melawat tarikan berhantu,
menceritakan menakutkan cerita, serta menonton filem seram. Bagi sesetengah orang, perayaan
agama Kristian di All Hallows' Eve, termasuk
menghadiri kebaktian gereja dan menyalakan lilin di kubur orang mati, tetap popular, walaupun bagi
yang lain ia adalah perayaan sekular.
Sesetengah orang Kristian secara sejarah tidak makan daging di All Hallows' Hawa, tradisi yang
dicerminkan dalam makan makanan vegetarian
tertentu pada hari berjaga-jaga ini, termasuk epal, penkek kentang dan kek jiwa.

PERAYAAN

Hari Raya

ʿ
• Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ‫ديع طفال‬Īd al-Fiṭr; "perayaan buka puasa") disambut pada 1 Syawal
tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga
;
dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan
perayaan yang disambut oleh umat Islam
di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina- Muslim dan
lain-lain bangsa di seluruh dunia yang
beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan
antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban. Hari Raya Puasa bermula
melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat
anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini
menandakan bermulanya bulan Syawal,
iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai
bertugas pada sebelah petang hingga
waktu maghrib di beberapa tempat strategik
PERAYAAN
Valentine

• Hari Valentine, juga dipanggil Hari St. Valentine, cuti (14 Februari) apabila kekasih meluahkan rasa
sayang mereka dengan ucapan dan hadiah.
Memandangkan persamaan mereka, telah dicadangkan bahawa cuti itu berasal dari perayaan Rom
Lupercalia, yang diadakan pada pertengahan
Februari. Perayaan itu, yang meraikan kedatangan musim bunga, termasuk upacara kesuburan dan
pasangan wanita dengan lelaki melalui loteri.
Pada penghujung abad ke-5, Pope Gelasius I melarang perayaan Lupercalia dan kadangkala dikaitkan
dengan menggantikannya dengan Hari St.
Valentine, tetapi asal usul sebenar percutian itu adalah samar-samar. Hari Valentine tidak datang untuk
disambut sebagai hari percintaan sehingga
kira-kira abad ke-14.

• Walaupun terdapat beberapa martir Kristian bernama Valentine, hari itu mungkin mengambil namanya
daripada seorang paderi yang syahid kira-
kira 270 CE oleh maharaja Claudius II Gothicus. Menurut legenda, imam itu menandatangani surat
"daripada Valentine anda" kepada anak
perempuan penjaga penjaranya, yang dia telah berkawan dan, menurut beberapa akaun, sembuh
daripada buta. Akaun lain berpendapat bahawa ia
adalah St. Valentine of Terni, seorang uskup, untuk siapa percutian itu dinamakan, walaupun mungkin
dua orang kudus itu sebenarnya adalah
seorang. Satu lagi legenda biasa menyatakan bahawa St. Valentine mengingkari perintah maharaja dan
pasangan yang berkahwin secara rahsia
untuk menyelamatkan suami daripada peperangan. Atas sebab inilah hari rayanya dikaitkan dengan
cinta.
PERAYAAN

Thanksgiving

• Kesyukuran ialah cuti kebangsaan yang disambut pada pelbagai tarikh di Amerika Syarikat, Kanada,
Grenada, Saint Lucia, dan Liberia. Ia
bermula sebagai hari bersyukur dan berkorban untuk berkat tuaian dan tahun sebelumnya. Cuti
perayaan yang dinamakan serupa berlaku di
Jerman dan Jepun. Kesyukuran disambut pada hari Isnin kedua bulan Oktober di Kanada dan pada hari
Khamis keempat bulan November di
Amerika Syarikat dan sekitar bahagian yang sama tahun itu di tempat lain. Walaupun Kesyukuran
mempunyai akar sejarah dalam tradisi agama
dan budaya, ia telah lama disambut sebagai cuti sekular juga.
BAHASA PERTUTURAN

Bahasa Tamil


• Tamil (teks Tamil: தமி lit. tamiḻ) ialah bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga
bahasa Dravida. Bahasa Tamil dituturkan
secara meluas di selatan India dan Sri Lanka, dan bahasa Tamil juga dituturkan dalam komuniti kecil di
negara lain. Sehingga 1996, ia adalah
bahasa ke-18 yang paling banyak dituturkan di dunia, dengan lebih daripada 74 juta pengguna. Sebagai
salah satu daripada beberapa bahasa
klasik di dunia, Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar untuk pudar, dan sejarahnya boleh
dikesan kembali ke lebih daripada dua ribu

tahun. Dalam tempoh ini, tulisan Tamil hampir tidak berubah. Oleh itu, kesusasteraan klasik digunakan
dalam pertuturan seharian sama seperti
kesusasteraan moden. Sebagai contoh, murid sekolah Tamil masih mempelajari aksara Tamil melalui
kaedah átticúdi, kaedah huruf berima yang
direka sekitar abad pertama Masihi.

BAHASA PERTUTURAN

Bahasa Cina

• Secara umumnya, semua varian bahasa Cina adalah bersifat tonal dan analitikal. Walau
bagaimanapun, bahasa ini mempunyai keistimewaannya
kerana kepelbagaian dalaman yang luas. Perbezaan serantau antara varian atau dialek yang berbeza
boleh dibandingkan dengan kumpulan bahasa
Romantik (Latino); kebanyakan varian bahasa Cina adalah sangat berbeza sehingga mereka tidak
dapat memahami satu sama lain. Terdapat 6-12
kumpulan serantau utama (bergantung kepada skema klasifikasi), di mana Mandarin, Wu Cina
(Shanghai) dan Kantonis adalah yang paling
banyak digunakan. Adalah kontroversi untuk mengenal pasti varian Cina ini sebagai "bahasa" atau
"dialek"

BAHASA PERTUTURAN

Bahasa Melayu

• Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Brunei, Indonesia (sebagai bahasa Indonesia), Malaysia
dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu
baku dikembangkan dan diseragamkan sebagai bahasa Indonesia. Kerajaan Malaysia telah merancang
untuk menamakan bahasa kebangsaan
"Bahasa Malaysia" sebagai bahasa yang dicadangkan untuk menentang bahasa Indonesia. Bahasa
Indonesia sebenarnya adalah bahasa Melayu
standard. Ia telah diseragamkan dan digunakan secara rasmi sebagai bahasa kebangsaan Indonesia.
Namun, konsep ini adalah selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Huraian bahasa kebangsaan yang terkandung dalam Perkara 152.
Selain empat negara ini, bahasa Melayu
juga dituturkan oleh orang Melayu di selatan Thailand, selatan Filipina, Kemboja, selatan Vietnam, Sri
Lanka dan Afrika Selatan.

• Penggunaan Malay di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa
Kebangsaan menjadi bahasa rasmi di Malaysia
pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan
masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei.
Berbeza di Indonesia, Indonesian berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau language untuk
rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha
gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa. Di Timor Leste, meski telah
terlepas dari Indonesia, Indonesian masih tetap
dikekalkan sebagai bahasa rasmi utamanya sebagai "bahasa bekerja". Di Singapura, Bahasa Malaysia
dikekalkan statusnya sebagai Bahasa
Malaysia walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan
Melayu.) Di selatan Thailand, Bahasa
Malaysia digunakan oleh orang-orang dari Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi
tidak memperolehi sebarang pengiktirafan
daripada kerajaan.

(KESIMPULAN)

Sama ada globalisasi mahupun majmuk, setiap negara mempunyai identiti yang tersendiri dalam
kehidupan adat berbeza. Meskipun negara malaysia merdeka dengan berbagai etnik suku kaum, masih
kita dapat kekalkan kesepaduan sosial dan berdiri sebagai suatu negara. Dimana-mana pun pengaruh
globalisasi kepada peradaban majmuk memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti
sesebuah negara.

(CADANGAN)
Oleh itu, haruslah kita merujuk sejarah lama dan menerapkan dalam minda generasi muda agar

mereka dapat kekal menghidupkan semula adat - adat dan budaya ini. Bukan itu sahaja, memberikan
pengaruh budaya dan identiti negara kita kepada orang luar agar mereka turut juga dapat mengenali
nilai budaya di negara malaysia.


Click to View FlipBook Version