1 Sekapur Sirih Seulas Pinang Sekalung Budi Awal bismillah pembuka bicara pemanis kata mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat sama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, iaitu Majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke 15 serta Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2022 Sekolah Agama Lepau. Bagi pihak jawatankuasa sambutan majlis ini, kami mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini. Kami turut memohon maaf seandainya terdapat kekurangan yang tidak disengajakan di dalam majlis ini. Jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Dengan penuh takzim, kami turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar. Semoga segala usaha, kerjasama dan komitmen di dalam melakukan penambahbaikan di kalangan warga pendidik dan ibu bapa mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi pendidikan dan juga sahsiah peribadi.
2 Rujukan tuan : Rujukan kami : BKSANJ.KT.07066/110/23-2 Tarikh : 2 Muharram 1445h/ 20 Julai 2023 Kepada: Ibubapa/Penjaga Murid Sekolah Agama Lepau السالم عليکم ورمحة اهلل وبراکته Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH KALI KE 15 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJARAN 2022 Perkara diatas adalah dirujuk pada ketetapan berikut: Tarikh : 06 Ogos 2023 (Ahad) Masa : 2.00 petang Tempat : Balai Raya Kg Lepau 2. Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan tuan/puan hadir ke Mesyuarat Agung BKSA Kali ke 15 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajaran 2022. Kehadiran tuan/puan amatlah diperlukan bagi menjayakan perjalanan majlis itu nanti. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah. ……………………………......... (NORSIAH BINTI YUSOF) Guru Besar, Merangkap Setiausaha BKSA Sekolah Agama Lepau BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA LEPAU 81600 PENGERANG, KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM.
3 UCAPAN ALUAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA LEPAU بسم هللا الرمحن الرح ي السالم عليمك ورمحة هللا وبراكت ه Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya sekali lagi kita diberikan kesempatan untuk bersua dan berkumpul lagi dalam Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Lepau pada tahun ini. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada barisan kepimpinan sekolah dan ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama Lepau serta semua ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profession perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari segi sahsiah mahupun akademik. Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa dedikasi dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa diatas galakkan didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperolehi kecemerlangan dan berdaya saing. Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus mencapai kecemerlangan di masa akan datang. Sambutan Majlis kecemerlangan pada hari ini, adalah selari dengan matlamat memotivasikan anakanak agar terus berusaha untuk mencipta lebih banyak kejayaan. Semoga di masa akan datang peningkatan pelajar yang cemerlang adalah lebih ramai sekaligus dapat menaikkan dan mengharumkan nama SA Lepau itu sendiri. Sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak yang akan menerima hadiah diatas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian tersebut tidak berakhir di sini. Teruskanlah berusaha untuk menempa kecemerlangan itu sampai bila-bila. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Ustazah Norsiah, Guru Besar SA Lepau, GPK1 Ustazah Suhana Binti Ab Japar, Ahli Jawatankuasa BKS, Ibu bapa/ dan hadirin yang dihormati sekalian, diatas kesudian bersama-sama menjayakan majlis kita pada hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Setiap apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita bersama dengan lebih cemerlang dimasa akan datang. Yang Baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Mudah-mudahan segala usaha yang dibuat akan diberkati Allah S.W.T Sekian, terima kasih ..................................................... (MD RAZIFF BIN ZAINAL ABIDIN) Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Lepau
4 UCAPAN ALUAN GURU BESAR SEKOLAH AGAMA LEPAU بسم هللا الرمحن الرح ي السالم عليمك ورمحة هللا وبراكت ه Segala puji bagi Allah, Tuhan pemelihara sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata dalam ruangan ini. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada semua AJK BKSAL dan guru-guru sekolah di atas kejayaan mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Dan Anugerah Cemerlang 2022 pada tahun ini. Kedua-dua majlis ini di adakan serentak pada setiap tahun bertujuan mendekatkan jarak di antara guru-guru dan ibu bapa di samping pihak sekolah dapat menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat berkenaan dengan apa-apa juga yang berkaitan dengan persekolahan serta memberi penghargaan kepada semua pelajar yang memperolehi kejayaan yang cemerlang. Di dalam majlis ini juga kami berbesar hati untuk meraikan seramai tiga orang guru yang telah berpindah, jasa yang dicurahkan di sekolah ini tetap di kenang hingga akhir hayat hanya Allah yang membalasnya. Saya bagi pihak sekolah ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pengerusi dan AJK BKSAL, guru serta ibu bapa yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan moral sama ada dari segi tenaga, wang ringgit mahupun buah fikiran bagi membangunkan dan memajukan sekolah ini . Harapan kami, semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang. Kehadiran ibu-bapa ke majlis seperti ini membuktikan sikap keprihatinan yang tinggi untuk menyempurnakan sebahagian daripada tanggungjawab demi untuk kemajuan anak-anak di sekolah. Jutaan tahniah juga di ucapkan kepada pelajarpelajar yang telah berjaya menerima anugerah kecemerlangan di dalam majlis pada hari ini. Akhir kata, marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anakanak kita agar kehidupan mereka sentiasa terpelihara di dunia dan di akhirat. ……………………………………….. (NORSIAH BINTI YUSOF) Guru besar Sekolah Agama Lepau
5 TENTATIF SENARAI AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN 2.00 petang : Pendaftaran 2.30 petang : Mesyuarat Agung Badan Kebajikan kali ke-15 dimulakan. Agenda I : Ucapan alu-aluan Pengerusi Badan kebajikan. Agenda II : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung kali Ke-14. Agenda III : Perkara berbangkit. Agenda IV : Membentang dan mengesahkan laporan kewangan BKS 2022. Agenda V : Membentang dan membahaskan usul-usul. Agenda VI : Hal-hal lain. Agenda VII : Ucapan penangguhan Pengerusi. 3.30 petang : Sesi bergambar. 3.45 petang : Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dimulakan. :Nyanyian Selawat Tafrijiyyah, Asma’ Ulhusna, Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku. : Bacaan doa : Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Agama Lepau : Ucapan Pengerusi BKS Sekolah Agama Lepau : Ucapan Lambaian Budi Kenangan Jasa: 1. Ustaz NorHisham Bin Bunawan 2. Ustazah Nor Asyidah Binti Sulaiman 3. Ustazah Norhalidah Binti Abd Halid : Persembahan murid : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung BKS Sekolah Agama Lepau : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar : Penyampaian cenderahati persembahan murid : Penyampaian cenderahati Kenangan Jasa : Penyampaian cenderahati Perasmi 5.00 petang : Jamuan dan bersurai
6 SENARAI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA LEPAU TAHUN 2023 Penaung : Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi Pengerusi : En. Md Raziff Bin Zainal Abidin N. Pengerusi : Pn. Rosnah Binti Ismail Setiausaha : Ustazah Norsiah Binti Yusof Bendahari : Ustazah Suhana Binti Ab Japar AJK: 1. En. Othman Bin Hj Hanapi 2. Ustazah NorHalidah Binti Halid 3. Pn. Noor Hasyimah Binti Bachok 4. Pn. Siti Nakiah Binti Ali 5. Pn. Rosnah Binti Ismail 6. Pn. Norshaidah Binti Yacob 7. Pn. Noriza Binti Yaacob 8. Pn. Rosnani Binti Abd Jalil 9. Pn. Paridah Binti Hussein Pemeriksa kira-kira : Pn. Kamisah Binti Jaafar :Pn. Norazlin Binti Abdul Rahim Pemegang amanah : En. Md Raziff Bin Zainal Abidin : Ustazah Norsiah Binti Yusof
7 LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA LEPAU KALI KE-14 TARIKH :12 SEPTEMBER 2022 HARI :ISNIN MASA :2.00 PETANG TEMPAT :DEWAN BALAIRAYA KG LEPAU DIRASMIKAN OLEH : YB TUAN AZNAN BIN TAMIN (ADUN TANJUNG SURAT) KEHADIRAN :90% (Ibubapa/Penjaga KEHADIRAN AJK : 1. Mohd Tahir Bin Abdullah 2. Rohaizi Bin Ismail 3. Ustaz NorHisham Bin Bunawan 4. Nor Asyidah Binti Sulaiman 5. Nor Halidah Binti Halid 6. Suhana Binti Ab Japar 7. Hj Johar Bin Abdullah 8. Hasnah Binti Mahmod 9. NurSalina Binti Mohd Salleh 10. Rosnah Binti Abd Jalil 11. Haniah Binti Nasah 12. Noralina Binti Mohd Tahir 13. Halijah Binti Mohd Amin TIDAK HADIR : 1. Rasidah Binti Taslim 2. Wan Noraini Binti Abd Malik CATATAN MESYUARAT 1. BACAAN DOA Dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Ridhaudin Bin Abd Rahman. 2. UCAPAN PENGERUSI 2.1 Pengerusi Badan Kebajikan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibubapa/penjaga dalam Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Lepau kali ke-14. 2.2 Pengerusi memaklumkan akan ada pemilihan jawatankuasa yang baru untuk tahun ini setelah hampir dua tahun ditangguhkan. 2.3 Pengerusi juga turut membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Kebajikan Sekolah.
8 2.4 Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa BKS yang telah memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang walaupun dalam keadaan norma yang baharu. 3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-15 yang lalu bagi sesi 2019. Disahkan Oleh : Pn. Halijah Binti Md Amin Disokong Oleh : Pn. Hasnah Binti Mahmud 4. PERKARA BERBANGKIT - Tiada 5. PEMBENTANGAN KEWANGAN Ustazah Nor Asyidah Binti Sulaiman selaku bendahari membentangkan laporan kewangan Badan Kabjikan Sekolah Agama Lepau. PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2022 Disahkan Oleh :Pn. Paridah Binti Hussein Disokong Oleh :Pn. Hasnah Binti Mahmud 6. PEMBUBARAN JAWATANKUASA SESI 2018-2021 6.1 Pengerusi membubarkan jawatankuasa BKS bagi sesi 2018-2021. 6.2 Jawatan setiausaha akan diisi oleh Guru Besar sekolah. 6.3 Pihak sekolah diberi mandat untuk melantik jawatankuasa secara dalaman bagi dua jawatankuasa induk iaitu Naib Setiausaha dan Bendahari. PENERIMAAN PEMBAYARAN BIL WANG MASUK JUMLAH BIL WANG KELUAR JUMLAH 01 Baki Pada 01.12.2021 14224.29 01 Caj Bank 18.50 02 Sumbangan (Pejabat Pembangunan) 5000.00 02 Piala Anugerah Cemerlang 215.00 03 Sumbangan (Bendahari Negeri Johor) 3000.00 03 Hadiah Ustazah Masliha Binti Sugimin 300.00 04 Badan Kebajikan (Suwa) 400.00 04 Hadiah Iringan 420.00 - - 05 Jamuan Majlis Anugerah Cemerlang Dan Perpisahan Ustazah Masliha Binti Sugimin 1000.00 - - 06 Buku Nota Padat Dan Bank Soalan Upkk 65.00 JUMLAH PENERIMAAN 8400.00 JUMLAH PEMBAYARAN 2018.50 BAKI DI BANK PADA 30.06.2022 20605.79 JUMLAH BESAR 22624.29 JUMLAH BESAR 22624.29
9 6.4 Jawatakuasa induk dan ahli jawatankuasa yang lain akan dipilih daripada wakil ibubapa. Pengerusi : (lantikan dikalangan ibubapa) Naib Pengerusi : (lantikan dikalangan ibubapa) Setiausaha : Guru Besar SA Lepau Naib Setiausaha : (lantikan sekolah) Bendahari : (lantikan sekolah) AJK : (lantikan dikalangan ibubapa) Pemeriksa Kira-kira : (lantikan dikalangan ibubapa) 7. MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA 7.1 Pengerusi meminta untuk melantik pengerusi sementara bagi menjalankan proses pemilihan ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2022-2024. 7.2 Ustaz NorHisham Bin Bunawan mencadangkan supaya En. Mohd Tahir Bin Abdullah dilantik menjadi pengerusi sementara bagi sesi pemilihan dijalankan. Disokong oleh Ustazah Nor Asyidah Binti Sulaiman. 7.3 Pengerusi sementara mengucapkan terima kasih di atas lantikkan sementara ini. 7.4 Pengerusi berharap agar lantikkan bagi jawatan Pengerusi dan Naib pengerusi yang dijalankan pada hari ini di buka peluangnya kepada generasi yang muda dan lebih berwibawa untuk menerajui pucuk pimpinan jawatankuasa BKS agar dapat sama-sama berkhidmat dalam usaha meningkatkan kecemerlangan Sekolah Agama Lepau di masa akan datang. 8. PEMILIHAN AHLI JAWATAKUASA BKS SESI 2022-2024 8.1 En. Mohd Tahir Bin Abdullah mencadangkan En. Muzairi Bin Musa sebagai Pengerusi BKS dan diterima sebulat suara. 8.2 En. Mohd Tahir Bin Abdullah mencadangkan En. Md Raziff Bin Zainal Abidin sebagai Naib Pengerusi BKS dan diterima sebulat suara. 8.3 Pn. Paridah Binti Md Amin mencadangkan 10 nama untuk barisan AJK BKS yang baru dan disokong oleh Pn. Hasnah Binti Mahmud. 8.4 Nama-nama yang dicadangkan ialah En. Othman Bin Hj Hanapi, Pn. Noor Hasyimah Binti Bachok, Pn. Siti Nakiah Binti Ali, Pn. Rosnah Binti Ismail, Pn. Norshaidah Binti Yacob, Pn. Noriza Binti Yaacob, Pn. Rosnani Binti Abd Jalil dan Pn. Paridah Binti Hussein. 8.5 10 jawatankuasa baru dilantik pada hari ini, mengekalkan 2 jawatankuasa lama dan 4 lagi jawatankuasa lantikan dalaman sekolah oleh Guru Besar. AJK BKS LANTIKAN 2022-2024 Pengerusi : En. Mohd Muzairi Bin Musa N. Pengerusi : En. Md Raziff Bin Zainal Abidin Setiausaha : Ustaz NorHisham Bin Bunawan N. Setiasusaha : Ustazah Suhana Binti Ab Japar Bendahari : Ustazah NorAsyidah Binti Sulaiman
10 AJK: 10. En. Othman Bin Hj Hanapi 11. Ustazah NorHalidah Binti Halid 12. Pn. Noor Hasyimah Binti Bachok 13. Pn. Siti Nakiah Binti Ali 14. Pn. Rosnah Binti Ismail 15. Pn. Norshaidah Binti Yacob 16. Pn. Noriza Binti Yaacob 17. Pn. Rosnani Binti Abd Jalil 18. Pn. Paridah Binti Hussein 19. Pn. Kamisah Binti Jaafar 20. Pn. Norazlin Binti Abdul Rahim 9. MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL - Tiada 10. HAL-HAL LAIN 10.1 Ustaz NorHisham Bin Bunawan memberi penerangan berkaitan sistem Albayen yang telah diwar-warkan kepada semua ibu bapa murid Sekolah Agama Lepau. 10.2 Pihak sekolah berharap pihak ibubapa bersama-sama dapat melibatkan diri dalam program Albayen ini. 10.3 Pihak sekolah telah memperkenalkan program ini kepada murid-murid juga ibubapa dengan melayari laman web Albayen. 10.4 Segala aktiviti dan pembelajaran murid-murid di sekolah ibubapa boleh melihat terus melalui laman web Albayen. 11. UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT SESI 2022-2024 11.1 Mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran ibubapa pada hari ini. 11.2 Merakamkam ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada semua barisan AJK BKS bagi penggal yang baru. 11.3 Mengucapkan tahniah di atas lantikan semua AJK BKS sesi 2022-2024. 11.4 Semoga jawatankuasa yang baru dapat sama-sama berganding bahu memajukan Sekolah Agama Lepau. 11.5 Mesyuarat ditangguh pada jam 5.05 petang.
11 MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA LEPAU KALI KE-14 UCAPAN GURU BESAR 1. Mengucapkan selamat datang kepada En. Aminuddin Bin Dol wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Aznan Bin Tamin Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Surat. 2. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat pada hari ini. 3. Merakamkan rasa syukur setelah dua tahun mesyuarat agung ditangguhkan. 4. Pada hari ini terlaksana juga hasrat untuk menjalankan mesyuarat agung dan dapat membuat pemilihan jawatankuasa baru untuk sesi 2022-2024. 5. Merakamkan rasa syukur kerana Sekolah Agama Lepau telah mendapat dua orang guru baru dan mengharapkan agar semua guru dapat bekerjasama dalam memastikan kemenjadian murid-murid Kg Lepau dan terus mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. 6. Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat pada kali ini akan ada sesi pemilihan jawatankuasa yang baru bagi Badan Kebajikan Sekolah Agama Lepau. 7. Beliau juga berharap dengan pemilihan jawatankuasa baru nanti akan dapat bersamasama berganding bahu dengan pihak sekolah dalam menjayakan segala aktiviti sekolah juga kemasyarakatan yang telah dan akan dirancang dengan cemerlang. 8. Pada hari ini juga akan diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi murid UPKK dari tahun 2019-2021. Anugerah Kecemerlangan ini tidak dapat dijalankan selama tiga tahun kerana negara berdepan dengan virus covid19. 9. Akhir kata Guru Besar berharap majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna sehingga selesai. UCAPAN ALUAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA LEPAU 1. Mengucapkan selamat datang kepada En. Aminuddin Bin Dol wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Aznan Bin Tamin Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Surat. 2. Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua para jemputan yang hadir pada hari ini. 3. Pengerusi juga merakamkan ucapan tahniah buat guru besar juga warga Sekolah Agama Lepau diatas kehadiran dua orang guru baru iaitu Ustazah Norhalidah Binti Halid dan Ustazah Suhana Binti Ab Japar. 4. Pengerusi juga berharap dengan bertambahnya tenaga pengajar di Kg Lepau ini dapat memberi sumbangan bakti buat anak-anak murid di sini. 5. Pengerusi juga merakamkan penghargaan buat Sekolah Agama Lepau di mana sebelum ini hanya dua orang guru sahaja yang bertugas di sini namun begitu dapat membuktikan dengan lahirnya pelajar cemerlang dari sudut akademik juga kokurikulum sehingga keperingkat Negeri dalam acara Tilawah al-Quran. 6. Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat agung ini telah lama dirancang namun terpaksa ditangguhkan kerana negara pada waktu itu berdepan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).
12 UCAPAN PERASMIAN WAKIL RASMI YANG BERHORMAT TUAN AZNAN BIN TAMIN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TANJUNG SURAT 1. Mengucapkan selamat datang kepada semua yang hadir pada hari ini. 2. Menyampaikan salam takzim Yang Berhormat Tuan Aznan Bin Tamin Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Surat yang tidak dapat bersama-sama pada majlis hari ini. 3. Mengucapkan syabas dan tahniah di atas kehadiran ibu bapa pada hari ini setelah hampir 2 tahun tidak mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah. 4. Badan kebajikan merupakan satu organisasi yang amat penting dalam membantu sekolah. 5. Untuk makluman semua peruntukan kerajaan kepada Sekolah Agama memang terhad, untuk menambahbaik, membaik pulih prasarana sekolah untuk lebih ceria dan lebih selesa memerlukan sokongan daripada Badan Kebajikan, dan Badan kebajikan berfungsi untuk menyalurkan sumbangan dan mencari dana bagi merealisasikan semua perkara tersebut. 6. Pendidikan hari ini memang penuh dengan cabaran, cabaran paling penting adalah dari segi pergaulan sosial dan persekitaran, jadi sama-samalah kita memantau pergaulan anak-anak supaya mereka tidak terjebak dengan salah laku. 7. Hari ini dengan pengaruh media sosial yang begitu hebat tanpa pemantauan ibubapa kita bimbang akan memberikan kesan negatif kepada anak-anak. 8. Berharap agar pihak ibubapa memberi perhatian kepada anak-anak, mengambil berat terhadap aktiviti dan pembelajaran mereka terutama sekali dalam aspek agama. 9. Yang Berhormat Tuan Aznan Bin Tamin memberi pesanan kepada semua ibubapa dan guru-guru agar sentiasa bersabar dengan situasi yang melanda di Kg Lepau dengan suasana gangguan dari projek yang dijalankan berhampiran dengan Kg Lepau. 10. Beliau juga telah memajukan kemaslahatan yang dihadapi oleh penduduk Kg Lepau ke peringkat Kerajaan Negeri dengan berjumpa sendiri dengan MB Johor dan didalam makluman YB MB. 11. YB juga berpesan jika terdapat sebarang masalah boleh terus datang ke pejabat beliau untuk berurusan secara bersemuka juga melalui surat. 12. Akhir kata beliau mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan AJK dan warga Sekolah Agama Lepau di atas penganjuran Majlis Mesyuarat Agung kali ke-14 dan memohon kemaafan andai ada salah silap. 13. Dengan ini En. Aminuddin Bin Dol merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Lepau kali ke-14. Disediakan oleh: Disemak oleh: ___________________ __________________________ (Suhana Binti Ab Japar) (En. Md Raziff Bin Zainal Abidin) Naib Setiausaha Pengerusi Badan Kebajikan Badan kebajikan Sekolah Agama Lepau Sekolah Agama Lepau
13 LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 BIL TARIKH PENERIMAAN RM SEN BIL TARIKH PEMBAYARAN RM SEN Baki pada 1.1.2022 22211 29 1. 15.6.22 Anugerah kecemerlangan 2021 & majlis perpisahan GB 2000 00 1. 15.6.22 Yuran murid 2021 400 00 2. 25.7.22 Banting Albayen (PPIDKT) 150 00 2. 13.12.22 Yuran murid 2022 360 00 3. 4.9.22 Partition pejabat 1000 00 3. 21.12.22 Sumbangan (Bendahari Negeri Johor) 3000 00 4. 12.9.22 Jamuan Mesyuarat Agung Kali Ke-14 670 00 - - - - - Cenderahati AJK 500 00 - - - - - Hadiah kecemerlangan 478 00 - - - - - Cabutan bertuah 200 00 - - - - - Saguhati murid tilawah 300 00 - - - - - Saguhati Guru tilawah 200 00 - - - - - 5 13.11.22 Maulidur Rasul 200 00 - - - - - 6. Maybank (Caj Bank Jan-Dis) 14 00 - - Jumlah Penerimaan 3760 00 - - Jumlah Pembayaran 5712 00 - - - - Baki Pada 31/12/2022 20259 20 - - Jumlah Besar 25971 29 - - Jumlah Besar 25971 29 LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2023 BIL TARIKH PENERIMAAN RM SEN BIL TARIKH PEMBAYARAN RM SEN Baki pada 1.1.2023 20259 29 1. 2.2.23 Kem Bestari Solat 200 00 - - - - - 2. 16.2.23 Jamuan Akhir Persekolahan 22/23 500 00 - - - - - 3. 15.3.23 Sampul Meja Murid 155 00 - - - - - 4. 18.4.23 Ihya’ Ramadan dan Khatam Al-Quran 400 00 - - - - - 5. 15.5.23 Jamuan Hari Raya 300 00 - - - - - 6. 16.5.23 Yuran Hari Guru (PPIDKT) 100 00 - - - - - 7. 21.5.23 Sambutan Hari Guru 500 00 - - - - - 8. 21.6.23 Banner Pendaftran D1 45 00 - - - - - 9. 30.6.23 Maybank (Caj Bank Jan-Dis) 6 00 - - Jumlah Penerimaan - - - - Jumlah Pembayaran 2206 00 - - - - Baki Pada 31/12/2022 18053 29 - - Jumlah Besar 20259 29 - - Jumlah Besar 20259 29 DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISEMAK OLEH: ………………………………………………….. ……………………………………… …………………………………………….. (Ust. Nor Asyidah Binti Sulaiman) (Pn. Kamisah Binti Jaafar) (Pn. Norazlin Binti Abd Rahim) Bendahari Pemeriksa Kira-Kira I Pemeriksa Kira-Kira II
14 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA/ PENJAGA SEMASA MAJLIS MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KALI KE 14 (2022) BIL Nama BIL Nama 1. NORSHAIDAH BINTI YACOB 27 ABD HALID 2. AMINAH BINTI MOHAMED 28 PETAH NUR ALIFAH ILYANA BINTI ABD HALID 3. HASNAH BINTI MAHMOD 29 SAMSIAH CHUKEK 4. BECHIK NAYAK 30 SITI ZAINAB BINTI JALIL 5. ROHAIZI ISMAIL 31 ROSNANI BINTI ABD JALIL 6. KHAIRUL ADABIA 32 NOR ASYIDAH BINTI SULAIMAN 7. NURUL SHARMILA IZZATI BINTI ROHAIZI 33 SUHANA BINTI AB JAPAR 8. NOOR HASHIMAH BINTI BACHOK 34 HANIAH BINTI ABDULLAH 9. PARIDAH BINTI HUSSEIN 35 MOHD TAHIR BIN ABDULLAH 10. KAMISAH BINTI JAAFAR 36 MASLIHA BINTI SUGIMAN 11. SITI NAKIAH BINTI ALI 37 NOR ALISAH NAJIHA 12. NORAZLIN BINTI ABD RAHIM 38 NORAZLIN BINTI ZULKEFELI 13. SABARIAH 39 NOR SUHADA BINTI RAMLI 14. NORIZA BINTI YAACOB 40 NOR HALIDAH BINTI ABD HALID 15. HANIAH BINTI NASAH 41 MD RAZIFF BIN ZAINAL ABIDIN 16. NORIZAH BINTI JOHAR 42 NOOR HALIZAH 17. HAFIZAH BINTI MD SALIM 43 MOHD SUHAIMI BIN SUPARMAN 18. NURIN JAZNI EZZETY 44 OSMAN BIN HANAFI 19. NOR SALINA BINTI MOHD SALLEH 45 ZAINAL ABIDIN 20. ND RIDHAUDDIN BIN AB RAHMAN 46 NOR HISHAM BIN BUNAWAN 21. NOR HIDAYU MD YUNOS 22. MOHD MUZAIRI BIN MUSA 23. HALIJAH BINTI AMIN 24. JOHAR BIN ABDULLAH 25. NORHASHIMAH BINTI MD TAHIR 26. NOR ASYIKIN BINTI MD TAHIR
15 KEJAYAAN SEKOLAH AGAMA LEPAU BAGI TAHUN 2023 LULUS 100% UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS (UKDK) 2022 KEJAYAAN KO KURIKULUM PERINGKAT ZON 3 JOHAN PERTANDINGAN TILAWAH ALQURAN PUTERI (ZON 3) FIRUZ HAZIQAH BINTI DAUD NAIB JOHAN PERTANDINGAN TILAWAH ALQURAN PUTERI (ZON 3) ABDUL HAZIQ BIN ABD RAHMAN LULUS 100% UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2022
16 SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH AGAMA LEPAU TAHUN 2022 DARJAH 1 SYAFIE 1 MARISSA NURQHALISYA BINTI ADY 2 ASMAA ZARITH BINTI MD RAZIFF 3 AISYAH MAISARA BINTI MOHD HAIRUL AZLAN DARJAH 2 HANAFI 1 MARSYA NURMELYSSA BINTI ADY 2 NUR ZARA QISTINA BINTI MOHD SYAIFOEL 3 NUR ATIRAH BATRISYA BINTI ZULADRI DARJAH 4 SYAFIE 1 AMNI ZARA BINTI MD RAZIFF 2 MUHAMMAD SYAH RIFQI BITI AHMAD FADZLI 3 ARMADHAN BIN ARMAN DARJAH 5 HANAFI 1 MUHAMMAD AFIQ BIN ROSDI 2 MEISYA NURELYSSA BINTI ADY 3 AMIRUL DANISH BIN AZMI
17 SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN UPKK 2022 1 MUHAMMAD AFIQ BIN ROSDI 2 MEISYA NURELYSSA BINTI ADY 3 AMIRUL DANISH BIN AZMI 4 ABDUL HAZIQ BIN ABD RAHMAN SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN UKDK 2022 1 NUR ALIYATUL HAZIQAH BINTI MOHD SUFIAN 2 MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD HAIRUL AZLAN 3 NURALISYA HANA BINTI ROMIZAMBRY 4 MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN MOHD SUFIAN 5 MUHAMMAD FIRDAUS ASWAD BIN MOHD NOR KHAIRUL AZWADI SENARAI PENERIMA ANUGERAH TERBAIK MATAPELAJARAN 2022 AL-QURAN DARJAH NAMA PELAJAR 1 SYAFIE AISYAH MAISARA BINTI MOHD HAIRUL AZLAN 2 HANAFI MARSYA NURMELYSSA BINTI ADY 4 SYAFIE AMNI ZARA BINTI MD RAZIFF 5 HANAFI MEISYA NURELYSSA BINTI ADY TAUHID DARJAH NAMA PELAJAR 1 SYAFIE MARISSA NURQHALISYA BINTI ADY 2 HANAFI MARSYA NURMELYSSA BINTI ADY 4 SYAFIE AMNI ZARA BINTI MD RAZIFF 5 HANAFI MUHAMMAD AFIQ BIN ROSDI
18 IBADAT DARJAH NAMA PELAJAR 1 SYAFIE MARISSA NURQHALISYA BINTI ADY 2 HANAFI MUHAMMAD ANIQ SUFI BIN MOHAMAD ARIFF 4 SYAFIE ROZANA BINTI OTHMAN 5 HANAFI MUHAMMAD AFIQ BIN ROSDI SENARAI PENERIMA ANUGERAH TERBAIK KEHADIRAN 2022 DARJAH NAMA PELAJAR 1 SYAFIE AISYAH MAISARA BINTI MOHD HAIRUL AZLAN 2 HANAFI MARSYA NURMELYSSA BINTI ADY 4 SYAFIE AMNI ZARA BINTI MD RAZIFF 5 HANAFI MUHAMMAD AFIQ BIN ROSDI 6 MALIKI MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD HAIRUL AZLAN PENERIMA ANUGERAH TOKOH PELAJAR TAHUN 2022 1 NUR ALIYATUL HAZIQAH BINTI MOHD SUFIAN CENDERAHATI IMAM & BILAL 2022-2023 1 MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD HAIRUL AZLAN 2 ABDUL HAZIQ BIN ABD RAHMAN 3 MUHAMMAD AFIQ BIN ROSDI
19 SENARAI USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG BKSA KALI KE-15 SEKOLAH AGAMA LEPAU BIL NAMA PENGUSUL PERKARA YANG DIUSUL / DICADANG 1 NOOR HALIZAH 1. MENGADAKAN KELAS TAMBAHAN DAN GERAK GEMPUR UNTUK PELAJAR YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPKK & SDEA. 2. MAJLIS SOLAT HAJAT PERINGKAT SEKOLAH (QIAMULAIL) UNTUK IBUBAPA DAN PELAJAR YANG AKAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPKK & SDEA.
20 SekalungPenghargaan ❖ Ketua Kampung Lepau ❖ Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Lepau ❖ Timbalan Pengerusi Badan Sekolah Agama Lepau ❖ Semua Ahli Jawatankuasa Badan Sekolah Agama Lepau ❖ Semua guru Sekolah Agama Lepau ❖ Ibu Bapa / Penjaga murid Sekolah Agama Lepau ❖ Para Dermawan ❖ Dan Semua Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung Dalam Menjayakan Majlis Ini. ج ز ُُ ري اك خْ ا ك ث ريا