PANDU PUTERI BUKU LOG MPU2441 KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI
NAMA: FATIN NASUHA BT MAHALIL TARIKH LAHIR: 03 JUN 2003 ALAMAT RUMAH: NO.53 C KAMPUNG KERANGAI, 71600, KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN NO. TELEFON: 011-16651848 KAMPUS: IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU BIODATA DIRI
PERKARA HALAMAN ASAS PANDU PUTERI Sejarah dan penubuhan persatuan pandu puteri malaysia Perlembagaan pandu puteri malaysia Persetiaan dan undang undang pandu puteri Cogan kata dan lambang pandu puteri Isyarat dan hormat pandu puteri Berjabat tangan pandu puteri malaysia Pakaian seragam Lagu pandu puteri (lagu dunia, tap siang, tap malam) lagu pandu puteri tunas (lagu kumpulan berenam) Bendera malaysia dan maksudnya Bendera persatuan pandu puteri malaysia dan maksud Bendera dunia dan maksud Istiadat pandu puteri tunas Istiadat ladam kuda SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur orhanisasi Pandu Puteri Malaysia cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia cawangan IPGM Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI TUNAS ISI KANDUNGAN
ASAS PANDU PUTERI
1972 Pasukan Pandu Puteri Malaysia Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik Kung dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillermard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERIMALAYSIA 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri di Pulau Pinang. 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri di Pulau Perak. 1920an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang.
1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan. 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang, Puan P.M Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerjaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak RM2000. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama dan mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1934
1937 - 1946 Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaysia mula di perintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli Pandu Puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948 - 1960 Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1957 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece
1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslle Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu hasil dari pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. 1969 Perletakan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS, Majlis Kebnagsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada Tunas Puteri. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1977 - 1986
1986 Persatuan Pandu Puteri Selangor dipecahkan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan dan Persekutuan Pandu Puteri Selangor. 1987 - 1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori Pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia dimana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri, gur-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak Sedunia. Tema yang ditepkan ialah “Kami Membawa Keringan”. Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).
2008 19 JANUARI - Pelancaran “Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan” di Sungai Petani, Kedah. 6 - 12 JULAI - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan persediaan untuk Persidangan Dunia ke-34, tahun 2011. 17 - 22 OGOS - Perkhemahan Angtarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara,Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom. KINI PPPM telah merancang, melaksan dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti-aktiviti tempatan dan antarabangsa.
PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan yang berteraskan Persetiaan dan Undang-undang Asal seperti yang diilhamkan oleh pengasasya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah
organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia iaitu seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 2.1 KAEDAH Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: 1. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar vill. Simbolisme
2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Bahagian Kepanduan 5-25 tahun Pandu Puteri Pra-tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6-12 tahun Pandu Puteri Remaja 12-15 tahun Pandu Puteri Renjer 15-18 tahun
Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri Siswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tiadak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimpin +18 tahun Pemimpin 21 tahun Jurulatih +24 tahun Pesuruhjaya +24 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +24 tahun
Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projekprojek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.
Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap- Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.
Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan manamana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu "Court of Honour' akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada 'Court of Honour adalah muktamad.
PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-prinsip Asas: b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluangpeluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; c) menggalakkan persahabatan antara kanakkanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia;
d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 4 - LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keah lian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa
kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 5 - PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 KEAHLIAN LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa. 6.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir. Calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya.
Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya. Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun.
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.
Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. 6.3 KEKERAPAN MESYUARAT Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahliahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut
6.4 KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
6.5 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, system kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia: mencalonkan Ketua Pesuruhjaya
PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18- 35 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:
Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Yang Dipertua, Timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa Tiada hak untuk mengundi Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 16 15 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160 150 ) undi
USUL:10 Kejurulatihan Majlis 10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan. Guild Pandu Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi
Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan Tiada hak untuk mengundi 7.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.
7.3 KEKERAPAN MESYUARAT Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 7.4 KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi.
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
7.5 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS KEBANGSAAN Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 8 - KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan.
Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember. PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam UndangUndang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (14 21 ) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.
PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.
ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak Setia/Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Ahli persatuan akan membentuk lingkungan secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas. LAGU LONCENG PANDU PUTERI TUNAS Oh Tuhanku Seruan hambamu Beri kami nikmat Sepanjang hayat Selamattinggal/Malam (3x) LAGU PANDU PUTERI TUNAS Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan LAGU AHLI BAHARU Ahli baharu Suka hati Menjadi Puteri Tunas
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajiban saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang kepanduan. PERSETIAAN PANDU PUTERI 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 3. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 4. Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun. 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI
LAMBANG PANDU PUTERI TREFOIL 3 bahagian ikrar pandu puter BINTANG PECAH 14 13 negeri di Malaysia dan 1 pecahan ke atas melambangkan kompas yang bermaksud pentunjuk jalan yang benar COGAN KATA PANDU PUTERI “SELALU SEDIA” (BE PREPARED)
ISYARAT DAN TABIK HORMAT PANDU PUTERI Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima dan menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa membaharui ikrar. Melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri dan dunia Hormat Pandu Puteri merupakan simbol menghormati seseorang di dalam acara atau hal yang membabitkan kepanduan Ia diberikan kepada pegawaipegawai pandu puteri seperti pemimpin, ahli kumpulan, tetamu kehormat etc.
BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat dengan orang lain selain ahli Pandu Puteri menggunakan tangan kanan Berjabat sesama ahli Pandu Puteri menggunakan tangan kiri
PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI Pandu Puteri Kadet memakai skaf berwarna royal blue yang dilipat selebar 3 jari sebanyak 4 atau 5 kali dan dipakai dengan wogel. Tanda nama dipakai disebelah kiri baju selari dengan lencana dunia Lencana pelantikan untuk Kadet berwarna putih
Shoulder flashes dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak ketat Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan Princess cut. 1 bahagian berbelah di belakang baju ialah jenis belah bertindih.
Kasut berwarna hitam dan bertutup Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju Lencana Dunia dipakai pada bahagian dada kanan