The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummi zue, 2020-12-12 20:56:09

nota bumi dan mesin sains tahun 4

nota bumi dan mesin sains tahun 4

1. Graviti atau gravitas dalam Bahasa latin bermaksud berat. Daya tarikan
gravity ada pada semua objek.

2. Graviti bumi bermaksud daya yang menarik objek ke arah pusat Bumi.
3. Kesan daya tarikan gravity bumi ialah:

a) objek jatuh ke bawah.
b) objek berada pada kedudukannnya.
4. Bumi berputar pada paksinya dan masa yang sama beredar mengelilingi
Matahari.
5. Arah dan tempoh semasa Bumi berputar dan beredar adalah seperti
berikut:

Putaran bumi pada paksinya

Arah Barat ke Timur
Tempoh 24 jam atau 1 hari

Peredaran bumi mengelilingi Matahari pada orbitnya

Arah Mengikut arah lawan jam
Tempoh 1 tahun atau 365 ΒΌ hari

6. Kesan putaran Bumi pada paksinya ialah:
a) kejadian siang dam malam
b) kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah
c) perubahan panjang dan arah bayang-bayang



1. Tuas ialah satu contoh mesin ringkas yang teridiri daripada tiga
bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.

2. Fulkrum yang diletakkan berdekatan dengan beban memerlukan
sedikit daya untuk mengangkat beban.

3. Mesin ringkas ialah alat yang membolehkan kita melakukan kerja
dengan lebih cepat dan mudah.

4. Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas seperti
a) Tuas
b) Gear
c) Takal
d) Baji
e) Skru
f) Satah condong
g) Roda dan gandar

5. Mesin kompleks terdiri daripada gabungan lebih daripada satu jenis
mesin ringkas.

6. Ciri-ciri mesin lestari ialah:
a) Tahan lama
b) Tidak mudah rosak
c) Menguntungkan
d) Tidak memberikan kesan buruk pada alam sekitar
e) Mudah
f) Selamat digunakan


Click to View FlipBook Version