The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72115952, 2024-03-23 22:01:31

BUKU PROGRAM MAJLIS PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG & PROGRAM MINDA SIHAT 2024

buku program AGP&minda sihat 2024

Majlis Pelancaran AMALAN GURU PENYAYANG & PROGRAM MINDA SIHAT ISNIN 7.30 am - 8.20 am Dataran Kencana, SMK Bukit Katil 25 MAC 2024


Guru Penyayang menjiwai bahawa murid merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, Ibu bapa, komuniti, dan masyarakat. Diharapkan dengan adanya program ini dapat mendorong semua guru di SMK Bukit Katil menghayati dan mengamalkan sifat-sifat yang ada dalam konteks Amalan Guru Penyayang yang telah digariskan oleh KPM. Program Minda Sihat merupakan projek yang melibatkan intervensi Unit Bimbingan dan Kaunseling. bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Oleh itu, Pelancaran Program minda sihat merupakan salah satu platform guru untuk menyebarkan maklumat berkaitan betapa pentangnya murid-murid menjaga Kesihatan mental. P E N D A H U L U A N


O B J E K T I F Melalui program ini diharapkan semua guru: Menjiwai amalan guru penyayang dan menjadi budaya guru. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah. Melalui program ini diharapkan semua murid: Murid-murid mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal tentang Kesihatan minda. Murid-murid dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing-masing. Aktiviti membugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing-masing


BUTIR PELAKSANAAN AKTIVITI PROGRAM Pelancaran Program Guru Penyayang Program Jom Ke Sekolah Program Mentor-Mentee Ziarah Cakna Program Minda Sihat Penghargaan kepada murid TARIKH : 25 MAC 2024 ( ISNIN ) TEMPAT : SMK Bukit Katil SASARAN: 1505 murid SMK Bukit Katil


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Tuan Shahar bin Bakar (Pengetua SMK Bukit Katil ) Timb. Pengerusi : Pn. Norliza binti Jamil (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : En. Rahmat Sabri bin Azis (PK HEM) Naib Pengerusi 2 : Pn. Zuriyah binti Johari (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 : Datin Zaiton binti Yasin (PK PPKI) Setiausaha : Pn. Nor Syufiyana binti Abd Rahman Pen. Setiausaha : En. Iezwan bin Iesnordin Pn. Zurinawati binti Mustaf a Penyelaras : Cik Hjh. Hafni binti Othman En. Ab Ghafar bin Omar Tn. Hj. Abd. Razak bin Asri En. Zulkifli bin Lebai Bahar Bendahari : Pn. Robiah binti Abd Majid Pn. Nor Syufiyana binti Abd Rahman Pengacara Majlis : En. Iezwan bin Iesnordin (wakil murid) Banting : Pn. Nor Syufiyana binti Abd Rahman Gimik Pelancaran : Pn. Zurinawati binti Mustaf a Hadiah / Sijil : Pn. Nor Syufiyana binti Abd Rahman Siaraya : En. Shufizan bin Mohamed Persiapan Tempat : En. Mohd Irfan bin Mohd Nasir : En. Ahmad Saiful Fazli bin Mohd Yasin Buku Program : En. Abdul Latif bin Md. Hatta Juru Gambar : En. Zamre bin Abdullah Dokumentasi : Pn. Nor Syufiyana binti Abd Rahman Bacaan Sajak : Cik Hjh. Hafni binti Othman


ATURCARA MAJLIS 7.20 am : Murid dan Guru mengambil tempat 7.40 am : Kata alu-aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Patriotik : Bacaan Doa : Ikrar Rukun Negara / Ikrar PPDa : Bacaan Sajak oleh Cik Hjh. Hafni binti Othman : Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua : Gimik Pelancaran AGP & Minda Sihat : Gimik Pelancaran Mentor-mentee : Penyampaian cenderamata kepada murid 8.20 am : Bersurai


PENUTUP Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk mengembalikan semangat murid untuk hadir ke sekolah. Semoga melalui usaha ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap sosioemosi murid dari sudut yang positif dan mewujudkan suasana kasih sayang serta kerjasama antara murid - murid khasnya dan seluruh warga sekolah umumnya. Semoga program yang dilaksanakan dapat memberi impak yang baik kepada semua warga SMK Bukit Katil. Hasil daripada program ini menjadikan murid seorang anak yang baik lagi cerdik, sesuai dengan tema Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera.


Sekalung Penghargaan Seluruh warga SMK Bukit katil mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan Program Minda Sihat Tahun 2024.


Click to View FlipBook Version