The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azharabirin, 2021-05-26 11:44:22

Assignment Booklet Ssf1033

Baca dan Fahami

SEJARAH SOSIAL MALAYSIA

BAB 1
1.0 Pengertian Sejarah

Sejarah ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan
manusia, tetapi juga tentang dunia semulajadi. Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu
selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah
dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu
naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan
kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang
menilai peristiwa-peristiwa. Ia juga menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada masa
lalu namun diceritakan kembali pada masa sekarang. Sejarah melalui pendekatan
metodologi dalam sains sosial dilihat sebagai alat latar belakang dan analisis.

1

Sejarah juga mempunyai beberapa bidang pengajian di dalam sains sosial antaranya
 Antropologi
 Sosiologi
 Politik
 Ekonomi
 Falsafah

2.0 Historiografi
Historiografi ialah kajian yang dilakukan terhadap sejarah dengan merakam sesuatu

peristiwa yang telah berlaku dengan kaedah menulis dan mencatat dalam sudut perspektif,
pandangan, pendapat dan tafsiran. Konsep historiografi juga digunakan untuk menamakan
kumpulan yang dibentuk oleh kerja-kerja bersejarah dan kajian kritikal dan bibliografi
teks yang berputar di sekitar sejarah. Konsep lain yang berkaitan dengan istilah ini ialah
historiologi.

2
Walaupun historiologi berkait rapat dengan historiografi, antara disiplin lain, fungsinya
adalah untuk menganalisis dan menggambarkan peristiwa sejarah menggunakan teknik
tertentu yang direka khusus untuk mengumpul dan mengkaji rekod, data dan sampel.

3.0 Sejarah dan Bukti
Sejarah ditulis berasaskan kajian tehadap sumber sejarah. Sumber sejarah memberikan

maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Untuk
menulis dan mengkaji sejarah, ia memerlukan bukti untuk mengesahkan wujudnya
sesuatu peristiwa yang telah berlaku.Tanpa bukti yang kukuh, tiada sejarah namun tidak
bermakna ia tidak pernah wujud dan berlaku tetapi tidak boleh merakam dan mengkajinya.
Sebelum sesuatu sejarah dibongkarkan, perlu melalui beberapa proses dimana bukti-bukti
yang ditemui untuk mengesahkan seseuatu peristiwa sejarah mesti disemak, diteliti dan

disahkan oleh pihak-pihak tertentu dan pakar-pakar sejarahwan sebelum diisyhtiharkan
sebagai sejarah yang sah dan wujud.

Antara jenis-jenis bukti yang dapat dikaitkan dengan kewujudan sejarah ialah
 Perkataan bertulis

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini
merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi
pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu
sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di
tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu
Terengganu pada tahun 1887. Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang
seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama
rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala
kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di
Terengganu pada tahun 1303. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks
pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat
dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama
rasmi di Terengganu.
 Artifak

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai
di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua
Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak.

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik hampir
sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang
mempunyai “congenital deformity” yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak
Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah
dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan
beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai. Melihat kepada kedudukan
cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai
bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya. Perak Man adalah lelaki
berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat,
memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan
kiri yang lemah "atrophied "dan satu jari cacat. Penemuan rangka tulang Perak Man
yang berumur antara 10,000-11,000 tahun ini adalah hasil dari penyelidikan yang
dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.
 Seni Gua

Lukisan ini dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah
ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Ianya berkisar
tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia
lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.
Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej
binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi
yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai
binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman
dahulu.

Sejarah sosial memberi penekanan terhadap bukti tentang manusia atau dikaitkan
dengan masyarakat manusia terutamanya manusia biasa. Sebagai contoh, data alam
sekitar mempengaruhi perubahan iklim seterusnya memberi kesan ke atas kehidupan
masyarakat bumi dan manusia. Sejarah sosial adalah kaedah untuk melihat
masyarakat dalam semua bentuknya sepanjang sejarah. Masyarakat adalah
sekumpulan orang yang berkumpul untuk beberapa tujuan, sama ada untuk
mewujudkan keluarga, untuk keuntungan ekonomi, untuk perlindungan bersama,
kerana usia, lokasi atau jantina bersama dan sebagainya. Kajian sejarah sosial adalah
bagaimana kumpulan sosial, kecil dan besar, telah menjalani kehidupan seharian
sepanjang masa, dan bagaimana peristiwa telah membentuk kehidupan seharian.
Bagaimana kehidupan harian masyarakat mempengaruhi acara global juga penting.

4.0 Sejarah dan Pelakon
Sejarah tidak hanya melibatkan ke atas seseorang individu sahaja tetapi melibatkan

kepada kumpulan dan seluruh masyarakat. Ianya juga berlaku di tempat dan masa yang
tertentu sahaja. Apabila sesuatu peristiwa yang mengaitkan sejarah, ia akan melibatkan
lelaki dan wanita, tua atau muda, sihat mahupun sakit malah agama yang dianuti dan
sebagainya. Selain itu, realiti atau fakta sejarah adalah dalam pelbagai dimensi bahkan
merentasi ruang dan masa sesuatu peristiwa yang berlalu. Peristiwa bersejarah
mencerminkan pilihan orang yang berkuasa dan tidak berdaya.

5.0 Jenis Sejarah

Sejarah nasionalis lebih kepada pembangunan sesebuah negara. Ia sering melibatkan
propaganda yang mencipta 'kehebatan' dan 'keunikan' masyarakat itu sendiri. Nasionalis
bertujuan membuka minda rakyat menuju ke arah perpaduan, tidak mengira agama atau
bangsa. Nasionalis untuk semua, bangsa Malaysia. Ia juga memujuk stereotaip dan naratif
politik dominan. Contohnya, Umno dan Melayu, Islam dan Melaka malah Sultan sebagai

penaung dan pelindung bagi sesebuah negeri dan kerajaan. Namun demikian, ia tiada
kaitan dengan sejarah luar kecuali melawan penjajahan dan penguasaan asing. Secara
asasnya, adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada
tempat yang tinggi atau yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara
dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

BAB 2

1.0 Kegunaan Sejarah

Sejarah secara keseluruhannya adalah tentang kajian perubahan dari semasa ke
semasa terhadap sesuatu peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Mempelajari dan
mengkaji sesuatu sejarah amat penting kerana dapat melahirkan jati diri yang tinggi
serta membentuk keperibadian bangsa dengan menghapus rasa rendah diri dengan
bangsa lain. Ia juga banyak mengajar masyarakat tentang sikap berhati-hati supaya
kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi dan menjadikan masyarakat agar lebih
menghargai jasa dan usaha pemimpin negara sama ada pemimpin masa lalu atau masa
kini.

Namun pandangan Wang Gungwu (1968) menyatakan bahawa keinginan untuk
mengingati dan kesedaran bahawa memori mengurniakan kuasa kepada mereka yang
ingat. Ia juga sebagai pengetahuan berguna di mana pengalaman dan contoh masa lalu
boleh membantu meningkatkan dan memajukan manusia. Selain itu, ia menerokai erti
kehidupan dan kematian dengan cara memahami tempat kemanusiaan di bumi dan
apakah takdir mereka seterusnya.

Yong Mun Cheong (2000) pula berpendapat bahawa penggunaan sejarah dapat
membantu masyarakat untuk lebih memahami masa kini tentang kepercayaan, amalan,
pengetahuan dan juga cara hidup berakar umbi pada masa lalu. Memberi pengajaran
dari masa lalu tentang pencapaian dan kegagalan tamadun masyarakat yang lalu.
Sejarah berguna dalam memberi kesedaran tentang warisan agar masyarakat
menghargai warisan budaya, adat resam dan amalan sebagai asas untuk identiti
peribadi. Memahami bagaimana masyarakat berfikir dan merasa selain tindak balas
masyarakat dalam budaya, tempat dan masa yang berbeza tentang apa yang mereka
nilai dan sebagainya. Ia mampu membangunkan kemahiran kritikal dan analisis
terhadap manusia dan menjadikan manusia lebih berfikir dan menyelidik jawapan
seterusnya membangunkan rasa identiti kebangsaan dalam setiap jiwa mereka.

2.0 Kepentingan Perspektif
Sesuatu tafsiran dapat dibuat setelah adanya bukti dalam pelbagai sudut perspektif.
Perspektif bergantung kepada kedudukan dan kepentingan pelakon tersebut dalam
sesuatu peristiwa sejarah. Ia juga bersifat berubah dan tidak tetap contohnya, tujuan
penjajahan melaksanakan misi ketamadunan melawan eksploitasi. Namun, sejarah
sangat penting dan berperanan dalam membina etos bangsa generasi muda dalam
sesebuah negara. Peranan sejarah juga terbahagi kepada dua bahagian.

 Peranan sejarah pertama adalah untuk memberitahu tantang masa lalu kerana ia
benar-benar wujud dan berlaku terutamanya isu-isu politik, diplomasi, dan
peperangan tetapi hanya dalam sempadan negara tidak melibatkan peperangan
antarabangsa.

 Peranan sejarah kedua adalah untuk menceritakan kisah harian rakyat biasa tentang
sesuatu peristiwa dan perkara, sejarah ekonomi, sejarah sikap manusia dan sejarah
yang merentasi sempadan negara.

Semasa Pasca Perang Dunia II telah terbina sebuah negara bangsa. Ia lebih kepada
keinginan untuk mempunyai identiti kebangsaan dan perpaduan nasional. Penciptaan
identiti "identiti yang dibayangkan" tentang apa yang dimaksudkan untuk menjadi
warganegara sesebuah negara. Justeru, sejarah biasa hanya sekadar untuk ingatan
negara yang dikongsi bersama. Namun, sejarah biasa yang akan menolak sejarah
penjajah
Tetapi selalunya, sejarah biasa terlalu sempit. Bagi sejarah Kebangsaan Konvensional
pula, ia tidak mencerminkan kehidupan dan perjuangan rakyat biasa dan terlalu
menfokuskan golongan elit. Oleh itu, bukan hanya menjadi arbiter neutral fakta, kini
ahli sejarah menjadi orang-orang yang cuba memahami bahasa dan amalan masa lalu

untuk memahami kepercayaan dan struktur yang dominan dan menentang yang
mengelilingi peristiwa sejarah. Sejarah orang miskin, ditindas dan dilabelkan sebagai
tidak bermotif, terpinggir samada kanak-kanak, wanita dan lain-lain. Oleh itu,
kebangkitan sejarah sosial bermula daripada sejarah di bawah.

Justeru, peralihan dalam perspektif sejarah adalah tumpuan kepada fakta yang
berkaitan tentang sejarah elit kepada sejarah dari bawah. Namun pelbagai sejarah dan
serpihan pada masa lalu yang saling berkaitan. Sejarah juga tidak bersifat neutral.
Setiap individu, peristiwa, situasi tertanam di dalam kelas, bangsa dan jantina. Begitu
juga kepada setiap ahli sejarah tertanam dalam kelas, bangsa dan jantina mereka.

3.0 Berat Sebelah Dalam Sejarah

Pada dasarnya, berat sebelah bermaksud mempunyai pendapat yang tidak adil atau tidak
seimbang. Oleh kerana sejarah adalah subjek di mana orang mengemukakan pendapat, ini
bermakna harus berhati-hati dan penting juga untuk menyedari bahawa bias tidak hanya
terdapat pada sumber sekunder tetapi sumber utama juga boleh berat sebelah. Sejarah
merungkaikan sesuatu peristiwa yang benar dan sahih pada masa lalu dan diselaraskan untuk
membuktikan sesuatu peristiwa tersebut benar berlaku dan bukan bersifat palsu.

Terdapat satu sisi yang mengaitkan sejarah sebagai berat sebelah iaitu:-

 Lelaki dikuasai
 Fokus lama vs baru
 Berkuasa vs lemah
 Pemenang vs kalah
 Artikulasi vs senyap
 Benci vs cinta
 Peperangan vs keamanan
 Pengganas atau pejuang kebebasan

Sejarah sebagai tafsiran fakta yang mana sesuatu sejarah ditulis dan dicatat berasaskan
kepada sumber sejarah yang memberikan bukti dan maklumat yang benar mengenai sesuatu
peristiwa yang telah berlaku. Terdapat dua sumber sejarah iaitu sumber pertama (primer).
Sumber pertama ini lebih bersifat asli, belum di tafsir, di olah dan di cetak. Bahan berbentuk
fosil, artifak dan lisan, contohnya manuskrip, batu bersurat, diari, fail jabatan, fail peribadi
dan sebagainya. Sumber kedua (sekunder) iaitu bahan yang telah di olah, di cetak dan
disebarkan kepada umum malah bahan tersebut dikaji melalui pembacaan bahan bertulis
seperti buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah dan laporan tahunan jabatan.
Sumber kedua ini ditulis sendiri oleh sejarawan atau pengkaji sejarah. Menurut perspektif,
sesuatu tafsiran dan makna menggunakan logik akal juga tidak mencukupi dengan sendirinya.

4.0 Sejarah Disambungkan

Peristiwa bersejarah tidak hanya berlaku di sesuatu tempat sahaja. Ini kerana sejarah
mempunyai pautan dan rangkaian yang luas untuk mengaitkan antara satu sama lain.
Ia juga berkaitan dengan peristiwa dan keputusan yang dibuat. Contohnya
Kemerdekaan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Pembentukan Malaysia serta kerangka
demokrasi negara dan lain-lain. Pilihan yang dibuat adalah secara dalaman dan luaran

PRASEJARAH KEPULAUAN
INDO-MALAYSIA

Teori Prasejarah Indo-
Malaysia

Migrasi Out of Africa Out of Taiwan dan
Teori Nusantara Express Train
(Bellwood)

Teori Persamaan
Ciri-ciri
Dongsong

Teori Yunnan

Migrasi Out of Africa
 Homo erectus terawal ditemui di lembah Rift, Africa

dan selatan sekitar 2 juta tahun dahulu
 Alat batu dan tapak bertaburan di afrika, termasuklah

tapak di gurun sahara sekitar 1 juta tahun dahulu, H
erectus migrasi ke Asia dan Europe

Out of Taiwan dan Express Train( Bellwood)

 Teori express Train dan Out of Taiwan bahawa
penduduk Autronesia berasal dari Taiwan Sekitar
6000-4000 tahun dahulu berdasarkan aktiviti
pertanian padi dan alat Neolitik

Teori Nusantara

 Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai
tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini
hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya
yang lama. Perkara ini menunjukkan orang melayu
tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan
berkembang di Nusantara

Teori Yunnan

 Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H
Gelden,J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen

 Kapak tua y serupa dengan kapak tua di Asia Tengah
ditemui di kepulauan melayu.Perkara ini menunjukkan
adanya migrasi penduduk daripada asia tengah ke
kepulauan Melayu

Persamaan ciri-ciri Dongsong

 Kaum Penghijrah pertama -terdiri daripada nenek moyang
orang asli yang berlaku 2500 tahun dan diberikan nama
kumpulan etnik sebagai melayu-Proto yang meliputi orang
semang(negrito), Temiar(Senoi),Jakum, Sakai

 Kaum Penghijrah Kedua- terdiri daripada nenek moyang
orang melayu. Menurutnya nenek moyang orang melayu
berhijrah ke Asia Tenggara kira-kira 1500 tahun dahulu
seperti yang dijelaskan dengan berasaskan kitab Yahudi
(Desteronomy)

MALAYSIA : PRASEJARAH DAN
SEJARAH RASMI MALAYSIA

ZAMAN PRASEJARAH
DI MALAYSIA

Tarikh prasejarah di Malaysia
Paleolitik 200 000-300 000 tahun dahulu
Neolitik 10 000-4 000 tahun dahulu
Logam 4 000-1 000

Ciri-ciri penempatan zaman Ciri-ciri penempatan zaman
paleolitik : Neolitik :

Mengamalkan hidup secara Wujud sistem bermasyarakat seperti
berpindah randah mencari kawasan ketua dan membuat pembahagian
baru atau dikenali hidup nomad. kerja.

Kegiatan dan Peralatan : Kegiatan dan Peralatan :

Memburu binatang, memungut hasil Mencipta peralatan tembikar, seperti
hutan. Mereka menggunakan alat periuk dan belanga. Mereka juga
batu sebagai alat utaman dalam mencipta alat seperti beliung yang
seharian digunakan untuk menggali tanah dan
alat mengetam kayu

Ciri-ciri penempatan zaman Logam :

Hidup menetap disesuatu tempat dan
sebilangan tinggal berhampiran sungai dan
gua.

Kegiatan dan Peralatan :

Mereka menghasilkan alat logam daripada
gangsa dan besi. Alat yang digunakan
kapak,sabit, pisau.

Mereka menangkap ikan, memburu binatang

Lokasi
Paleolitik :
Kota Tampan, Perak
Bukit Jawa, Perak
Bukit Bunuh, Perak
Gua Nia, Sarawak
Tingkayu, Sabah

Neolitik :
Gua Badak, Perak
Gua Cha, Kelantan
Bukit Tengkorak, Sabah
Gua Cha, Sarawak

Logam :
Sungai Tembeling, Pahang
Gua Harimau, Perak
Changkat Menteri, Perak
Lembah Bernam, Selangor
SungaI Muar, Johor

Faktor- Faktor
Pembentukan Malaysia

Mengelakkan Memberi
ancaman dan kemerdekaan kepada
pengaruh komunis Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura

Faktor-Faktor pembentukan
Malaysia

Perkongsian faedah Pembelaan Hak
ekonomi masyarakat
bumiputera di sabah
dan sarawak

Menjaga kepentingan
dan hak kaum
bumiputera

Perkongsian Faedah Bersama
Persekutuan Malaysia membolehkan wilayah-wilayah

anggotanya berada dalam posisi di mana mereka harus mengadakan
kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk mendapatkan
keuntungan bersama. Bukan itu saja, wilayah-wilayah anggota yang
kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara
anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia
dapat meningkatkan pembangunan ekonomi terutama di Sabah dan

Memberi Kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura

Tubuhnya persekutuan Malaysia dapat memberikan negeri-
negeri seperi Sabah,Sarawak, Brunei dan Singapura kemerdekaan
yang lebih awal daripada yang dijangkakan daripada jajahan British.
Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut masih lagi dibawah jajahan
pihak British semasa cadangan ini ditimbulkan dan diketengahkan
oleh pihak Tuanku Abdul Rahman Al-Haj

Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh British
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bimbang akan pengaruh

komunis yang semakin bertapak dan juga berkembang di Asia
Tenggara.Tuanku Abdul Rahman Al-Haj khuatir akan
perkembangan fahaman komunis bilamana pada satu tahap, ia akan
menguasai pentadbiran Singapura dan boleh mengancam Tanah
Melayu. Oleh itu, beliau berpendapat penubuhan negara Malaysia
akan menjadi rintangan perkembangan fahaman komunis daripada
semakin merebak di Singapura

Pembelaan Hak Masyarakat Bumiputera di Sabah dan
Sarawak

Keadaan Sabah dan Sarawak sebelum penyertaan ke
dalam Malaysia ialah penduduk di wilayah ini tidak mempunyai
tawaran hak yang sama penduduk di Semenanjung Tanah Melayu
terutamanya golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan
kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dikawal dan
dijawat oleh warga asing. Sekiranya, kedua-dua wilayah ini
menyertai ke dalam Persekutuan Malaysia, keberangkalian
penduduk Bumiputera Sabah dan sarawak untuk mendapat
layanan istimewa adalah lebih tinggi

Menjaga Kepentingan dan Hak kaum Bumiputera

Tuanku Abdul Rahman juga pernah menyatakan
kepentingan pembentukan Malaysia untuk memggabungkan
wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei dan
bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.
Sekiranya Tanah Melayu dan Singapura sahaja
bercantum,kedudukan penduduk Melayu sebagai warga majoriti
akan hilang kerana warga singapura kebanyakannya ialah
penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan
penduduk Persekutuan Tanah Melayu,warga bukan Melayu akan
menjadi golongan majoriti menggantikan warga melayu

JawatanKuasa Perundingan Suruhanjaya Cobbold
Perpaduan Kaum (JPPK)

Proses Pembentukan
Malaysia

Jawatankuasa Antara Referendum Singapura
Kerajaan

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum(JPPK)

Satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel(PKK) cawangan Tanah
Melayu dan Sabah telah diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Selain itu
semasa mesyuarat ini berlangsung pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah
Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan
Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mestuarat tersebut dan tujuan utama
penerangan dijalankan adalah untuk mengurangkan dan mengelakkan salah faham
tentang konsep

Penerangan itu penting kerana ia melibatkan kalangan pemimpin tiga
wilayah tentang penubuhan Malaysia.Ekoran daripada langkah ini, ia telah
menyebabkan persefahaman yang kukuh yang mana mesyuarat telah bersetuju
untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum

Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold
ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu dengan kerajaan British pada bulan november 1961. Tujuan utama
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan adalah untuk mengumpul serta
mengenalpasti pendapat rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan pembentukan
Malaysia dari sepanjang Februari hingga April 1962. Suruhanjaya ini telah
berjaya menemui lebih 4000 orang serta menerima 2200 memorandum
daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-parti politik,ahli-ahli
mesyuarat kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan
sebagainya.

Jawatankuasa Antara Kerajaan

Setelah Suruhanjaya Cobbold berjaya memberikan
laporannya yang agak memuaskan, Hal ini disambung dengan merangka
syarat-syarat Persekutuan secara terperinci. Hal ini telah dilaksanakan oleh
sebuah Jawatankuasa yang lain iaitu Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)
yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun
Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan pengerusi, wakil-wakil kerajaan
British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.

Jawatankuasa ini berjaya mereka satu perlembagaan yang melibatkan
hasrat rakyat Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima
oleh parti politik di kedua-dua wilayah tersebut

Referendum Singapura

Singapura turut mengadakan satu pungutan suara yang
dipanggil Referendum Singapura yang mana fungsinya adalah
untuk mendapatkan pandangan rakyat Singapura berkaitan isi
Penubuhan Malaysia. Pungutan suara ini diadakan walaupun
dengan majoriti parti politik menyokong penubuhan Malaysia
supaya supaya suara majoriti yang tidak bersetuju juga akan di
ambil kira



Kemunculan Teori
golongan Kolonisasi
Brahma
Teori
Pembudayaan

TEORI-TEORI PENGARUH INDIA
TERHADAP SEJARAH KUNO DI

MALAYSIA

Wujudnya Peranan
hubungan Rahib India
budaya antara
India dan Asia
Tenggara

 Kebudayaan Melayu menerima pelbagai pengaruh daripada pelbagai kebudayaan lain
yang datang ke rantau ini seperti Hindu, Arab, Barat, dan China. Proses perkembangan
Melayu telah bergerak selaras dengan pembangunan fizikal dalam tamadun bangsa
Melayu. Berikut merupakan teori-teori pengaruh kedatangan India terhadap Sejarah
Kuno Melaysia.

1. Wujudnya hubungan budaya antara India dan Asia Tenggara sejak abad era Kristian.

Hubungan ini dapat dikesan melalui hubungan perdagangan antara kedua-dua buah negera
tersebut. Sebahagian daripada unsur kebudayaan India berkemungkinan telah diterima oleh penduduk
Asia Tenggara melalui perhubungan sosial, perhubungan eknomi seperti menjalankan aktiviti
perdangangan dengan para pedagang dari India. Aktviti yang melibatan ekonomi perdagangan secara
tidak langsung telah mengeratkan hubungan yang kuat antara dunia Melayu dan India dalam konteks
kuasa beli dan ekonomi dan sekaligus telah memperkenalkan budaya India ke Tanah Melayu.

2. Peranan para pemerintah dan Rahib.

Teori ini menerangkan tenteang peranan yang dimainkan oleh pemerintah dan para rahib
India yang mengembara serta menubuhkan kerajaan seperti Kerajaan Funan. Usaha tersebut secara
tidak langsung telah memperkenalkan unsur kebudayaan India terhadap kehidupan dan norma sosial
kerajaan tempatan. Malah, kebudayaan dan adat resam orang Melayu yang wujud pada hari ini adalah
hasil daripada campuran unsur-unsur Hindu dan Islam Hal ini kerana orang Melayu telah mengamalkan
kebudayaan Hindu serta telah menerima budaya Islam sejak tahun 1414. Sebelum kedatangan Islam,
ajaran agama Hindu dan Buddha telah bertapak terlebih dahulu di Tanah Melayu. Ajaran agama Hindu
dan Buddha secara amnya hanya menekankan aspek-aspek upacara kepada dewa-dewi demi
kepentingan golongan masyarakat atasan sahaja.

3.Kemunculan golongan Brahma.

Terdapat juga teori yang mengetengahkan peranan golongan Brahma yang terpelajar
dan alim telah dijemput oleh pemerintah-pemerintah negara di Asia Tenggara untuk diberi
tanggungjawab sebagai sami, petunjuk dan penyair di istana. Selain darip penduduk tempatan
sendiri yang menyebarkan unsur-unsur Hindu setelah melawat ke India. Hal ini demikian kerana
golongan Brahma mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam aspek pemerintahan,
keagamaan, dan bahasa. Malah, golongan ini juga memberi pengesahan kepada golongan raja
atau pemerintah dalam kerajaan awal di Asia Tenggara. Secara tidak langsung, pengesahan
daripada golongan ini dapat meningkatakan status raja terhadap pandangan rakyat biasa.

4.Teori Pembudayaan

Teori ini menyatakan bahawa penduduk tempatan suma menerima aspek-aspek tertentu
kebudayaan India yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian tempatan. Masyarakat Kedah Tua menerima
pengaruh India melalui proses Akulturasi budaya melampau. Kedatangan pendatang-pendatang dari India
secara berterusan ke Kedah Tua telah menyebabkan kebudayaan India menjadi lebih dominan di kawasan
tersebut. Hal ini telah menyebabkan kehakisan unsur-unsur ataupun budaya tempatan yang sedia ada. Secara
amnya, hampir kesemua aspek kebudayaan India telah diserap masuk ke kawasan Kedah Tua bermula dari
aspek kebendaan sehingga ke peringkat pemerintahan sehinggakan artifak-artifak yang tidak ternilai dari
India telah dijumpai oleh para Arkeologi sehingga ke hari ini.

5.Teori Kolonisasi

Teori kolonisasi pula menyatakan bahawa penduduk di Tanah Melayu
khususnya Kedah Tua telah menerima kebudayaan India secara sepenuhnya tanpa
sebarang pengubahsuaian. Teori ini telah dicadangkan berdasarkan kepada
penyelidikan yang telah dijalankan oleh arkeologi pada tahun 1930-an. Oleh H.G.
Quaritch-Wales. Beliau telah menemukan pelbagai artifak di kawasan tersebut
melalui pelbagai pendedahan serta kaedah yang efektif dan bernas. Malah, teori
tersebut telah memainkan peranan dalam faktor pengaruh India sebagai salah satu
elemen utama dalam proses pembentukan identiti kebudayaan tamdun Asia
Tenggara. Wales turut menyatakan bahawa kota-kota yang terdapat di Asia
Tenggara telah ditakluk oleh kuasa-kuasa India dari peringkat awal terutamanya
kawasan Semenanjung dan Sumatera.



Faktor geografi,
iklim, dan

persekitarannya.

Cara hidup
masyarakat
tempatan dan
sistem agama.

Kawasan Malaysia
yang strategik.

Konsep kuasa dan
pengaruh.

Budaya Politik
Melayu (Tataurus

negara).

 Ciri fizikal serta lokasi geografi pasti mempengaruhi cara masayarakat hidp
bertinteraksi antara satu dengan yang lain. Begitu juga dengan organisasi sosial
dan konsep kuasa merupakan ciri budaya individu yang mendasari bentuknya
yang tersendiri. Kelima konsep, tema dan budaya politik Melayu turut
memainkan peranan dalam aspek sejarah ekonomi Malaysia. Berikut merupakan
konsep-konsep sejarah ekonomi perdagangan serta kesannya.

1. Faktor Geografi, iklim dan persekitarannya.

Pada peringkat makro atau wilayah, wilayah Malaysia di Tanah Melayu, Sabah, dan
Sarawak terletak di selatan dan tenggara masing-masing di daratan benua Asia. Gugusan
kepulauan Melayu-Indonesia terletak di persimpangan perjalanan perdangangan yang sibuk di
antara benua kecil India dan tanah besar China. Bahagian semulajadi pula dibentuk oleh sungai
yang mengalir ke bahagian selatan, kawasan pergunungan dan laut. Hal demikian telah
membentuk orientasi budaya serta aktiviti komersil penduduk seperti menjalankan aktiviti
perdagangan melalui pelbagai kaedah. Dengan adanya kawasan geografi serta iklim yang sesuai,
masyarakat tempatan mempunyai pelbagai peluang untuk menjalainkan hubungan dengan para
pedagang dari luar. Sebagai contoh, iklim yang sesuai dapat meningkatkan aktiviti tanaman
komersil serta penghasilannya yang bermutu tinggi.

2. Cara hidup dan sistem agama masyarakat tempatan.

Pada zaman pra-moden, persekitaran dan cara hidup telah mempengaruhi setiap
jenis organisasi sosial yang membentuk cara individu yang berkaitan dengan satu dengan
yang lain. Kepercayaan yang sama dengan sistem kebiasaannya berasal dari wilayah
Malaysia. Antaranya ialah fahaman bahawa semua perkara mempunyai unsur spiritualnya
yang tersendiri, intipati serta kesejahteraan. Istilah umumnya ia dikenali sebagai animisme
serta mempunyai pakar yang dapat mengawal serta menguasai kekuatan rohani. Secara
amnya, mereka dikenali sebagai Tok Bomoh/dukun ataupun ketua upacara ritual. Sementara
kepercayaan lain yang diamalkan telah mengalami perubahan agar sesuai dengan kepercayaan
yang sedia ada. Terdapat pelbgai kaedah yang dapat digunakan untuk membandingkan jenis
organisasi sosial dan gaya hidup. Hal ini telah mewujudkan pelbagau corak sosio-budaya
yang terdiri daripada bangsa Melayu, India, China, Senoi, Semang, dan sebagainya yang telah
menetap di Tanah Melayu ekoran daripada aktiviti perdagangan yang telah berlaku sekian lama di
rantau ini.

3. Kawasan Malaysia yang strategik.

Kedudukan geografi Selat Melaka terletak di di tengah-tengah jalan perdangangan
tersebut yang amat strategik di benua Asia. Kebanyakkan bandar pealbuhan terletak di tempat yang
strategik, iaitu di muara sungai yang dapt menguasai serta menentukan aliran dan arah perdagangan
di kawasan pendalaman dan luarannya. Pada zaman ini, kawasan perdagangan maritim Selat
Melaka merangkumi satu jaringan yang merangkumi kepulauan Dunia Melayu yang mempunyai
hubungan dalam lingkungan perdangangan dunia yang merangkumi wilayah di sepanjang Lautan
Hindia dan Laut China Selatan. Sebagai contoh, Selat Melaka memainkan peranan penting sebagai
penyebar dan penerimaan barangan dari wialayah-wilayah ke gugusan kepulauan Asia Tenggara.
Malah ia merupakan kawasan yang selamat kepada para pedagang sebagai perhentian terutamanya
apabila berlakunya perubahan tiupan angin dari timur ke barat.

4. Konsep kuasa dan pengaruh.

Penduduk di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai barat Borneo adalah terletak di lokasi
yang strategik untuk mengambil bahagian dalam perdagangan antarabangsa yang mengalir antara
Timur dan Barat. Pemimpin banyak memperoleh dari segi kuasa dan pengaruh serta kemakmuran
terhadap kebendaan jika dapat mengawal titk pertukaran dalam rangkaian perdagangan yang
merangkumi wilayah tersebut. Namun begitu, tidak semua orang berminat untuk terlibat sepenuhnya
kehidupan komersial, dan mereka juga tidak ingin menukar gaya hidup dengan tahap autonomi yang
tinggi seperti mencari makanan dan berburu dan sebagai sistem yang lebih terkawal dan autokratik.
Bagi kumpulan yang tidak perlu terlibat sepenuhnya dalam perdagangan, konsep kepimpinan dan kuasa
barat berbeza dengan masyarakat yang bergantung pada sistem yang disusun secara hierarki untuk
mengarahkan buruh serta menyokong golongan elit yang berkuasa. Seperti yang telah dinyatakan,
Semenanjung dan Borneo masih memiliki, kepadatan penduduk yang agak rendah dengan kekurangan

5. Budaya Politik Melayu

Kuasa politik merupakan atuu berkonsepkan kuasa/pengaruh serta kepimpinan salam sesebuah
negara. Pada zaman pra-moden moden, Tanah Melayu turut mengamalkan politik namun secara tradisional.
Semasa menjalani pendidikan kolonial dari zaman akhir pada abad ke-19, orang-orang Melayu ini telah
diperkenalka dengan karya-karya terpilih dan sastera tradisional Melayu yang sebahagiannnya telah
digunakan sebagai teks-teks dalam sejarah Melayu di peringkat sekolah. Kisah Sejarah Melayu dan Hikayat
Hang Tuah masingmasing menggambarkan kesultanan Melayu Melaka pada zaman kegemilangan sebeluk
penaklukan kuasa barat iaitu portugis pada tahun 1511. Setiap karya ditekankan khususnya di istana raja
Melayu dan kemudianya disesuaikan untuk penggunaan di peringkat sekolah-sekolah Melayu. Hal ini
demikian kerana para pemimpin nasionalis menggunakan kisah dan sistem nilai mereka untuk menyatakan
visi untuk negara yang merdeka. Fokus karya tradisional Melayu sangat menintikberatkan orang Melayu

Rujukan

C.C Berg, Hoofdlijnen den Javaansche Litteratuur - geschiedenis. Groningen. J.B. Wolters, 1992,
hlm. 12

J.C, Van Lear, Indonesian trade and Society : Essay in Social and Economic History
(diterjemahkan oleh J.S Holmes dan A. Van Marle). The hague : W. Van Hoevwe, 1955, hlm. 23)

N.J. Krom. Hindeo -Javaansche Geschiedenis. S - Gravenhage : J.B. Wolters, hlm. 12

Dr. Adibah binti Yusuf (2021). Ancient history. [PowerPoint Slides]. Universiti Malaysia Sarawak.
Retreived 18 May, from http://eleap.unimas.my/

Dr. Adibah binti Yusuf (2021). Economy History : Trade and Its Consequences [PowerPoint
Slides]. Universiti Malaysia Sarawak. Retreived 19 May, from http://eleap.unimas.my/

Hooker, V., & Osborne, M. (2004). A short history of Malaysia (p. 34-55). Allen & Unwin.
Iqbal, U., Hussin, N., & Seman, A. (2015). Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah

Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-kolonial [Ebook] (p. 5-9). Institut
Alam dan Tamadun Melayu, UKM. Retrieved 17 May 2021, from
http://journalarticle.ukm.my/8942/.
Smith, M. (1999). "Indianization" from the Indian Point of View: Trade and Cultural Contacts
with Southeast Asia in the Early First Millennium C.E. JSTOR. Retrieved 17 May 2021,
from https://www.jstor.org/stable/3632296?origin=JSTOR-pdf&seq=1.
Zainun, N., & Khaw, N. (2017). Fakta dan Persepsi tentang Kebudayaan India Kedah Tua [Ebook]
(p.2-4). Universiti Sains Malaysia. Retrieved 19 May 2021, from
http://eprints.usm.my/44959/1/17.%20Fakta%20dan%20Persepsi%20tentang%20kebudayaa
n%20India%20di%20Kedah%20Tua.pdf.

TAJUK 7 : Penciptaan
Asia Tenggara Moden,
1819-1900 an

[Document subtitle]

ABDUL MAJIID [Date] [Course title]

Penciptaan Asia Tenggara Moden

Kehadiran Eropah menyebabkan kehancuran Dunia Melayu Lama dan penciptaan yang Baru. Tetapi bukan
hanya disebabkan oleh ekspansiisme / Imperialisme Eropah tetapi juga disebabkan oleh politik tempatan dan
perubahan global. Selalunya, tidak melibatkan perang tetapi perjanjian.

Konteks penciptaan Asia Tenggara Huraian

Konteks 1  Orang Eropah ingin berdagang dan ketua tempatan
Konteks 2 mempunyai akses / kawalan ke sumber.

Konteks 3  Pengendalian tempatan terhadap sumber bendalir dan
sentiasa berubah; sering kali berlaku konflik dan
orang

 Melayu tempatan mencari kekuatan yang lebih kuat
untuk mendapatkan bantuan dalam konflik tempatan,
mis. China, Siam, Eropah

 Dunia yang cepat berubah didorong oleh revolusi
industri - pasaran baru, sumber baru, penemuan
saintifik baru

Gambar 2: Suasana di perlabuhan

Perjanjian 1824 dan Pemisahan Dunia Melayu
 Sementara itu, persaingan perdagangan antara EIC dan Syarikat Hindia Belanda (VOC)

 Kepentingan perdagangan dan tekanan persaingan mendorong EIC mengembangkan idea
konsep 'Spheres of Influence' dalam diplomasi Britain.

 Perjanjian Anglo-Belanda 1824 - membahagi Asia Tenggara antara sfera British dan sfera
Belanda.

 Dokumen yang sangat penting yang akhirnya membentuk Malaysia / Indonesia moden

Gambar 3: persaingan perdagangan
antara EIC dan
Syarikat Hindia Belanda (VOC

Gambar4: Perjanjian Anglo-
 Semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura) dikhaskan untukBkeleapnednati1n8g2a4n Inggeris sementara pulau-

pulau di selatan Singapura dikhaskan untuk kepentingan Belanda.
 Melaka ditukar dengan Bengkulen (Sumatera)
 Memberi isyarat kepada kuasa Eropah lain untuk tidak campur tangan dalam bidang perdagangan ini,

terutamanya. Perancis
 Pada tahun 1826, EIC membuat perjanjian dengan Siam - Siam bersetuju untuk tidak menyerang Perak atau

Selangor.

 Kedah diakui sebagai 'wilayah yang tertakluk kepada Siam' sementara status Kelantan-Terengganu tidak
jelas.

 EIC merundingkan hak untuk berdagang di Kelantan & Terengganu kerana kepentingan perniagaan
Singapura mempunyai hubungan komersial di sana



-Siam menyebabkan 1909 Perjanjian Anglo-Siam: Pembahagian kedaulatan dan tanah secara rasmi
 Pembahagian Negeri-negeri Melayu Utara antara Siam dan Britain
 Pattani, Narathiwat, Songkhla, Satun, Yala: Ke Siam
 Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu: Ke Britain
 Tanah Melayu & Thailand moden terbentuk

Perjanjian
1824,1826,1909 dan

Pemisahan Alam
Melayu

Pembahagian politik kini 1826- Pulau Pinang,
mempengaruhi segalanya- Province Wellesley,
Eksploitasi sumber,kawalan Melaka & singapura
perdagangan, keluarga Riau- dibentuk menjadi Negeri
Johor Temenggung menjadi
sultan Johor, pergerakan Selat
masyarakat, kajian akademik,
bahkan identiti dan nasionalisme
(sehingga hari ini)

Tajuk 8 : PENDUDUK, IMIGRAN DAN IDENTITI ETNIK

Populasi &imegresen (‘000)

Jadual 1: Pertumbuhan Populasi

Jadual 2: Populasi Kelahiran Asing
Malaysia
1991: Penduduk Kelahiran Asing Rasmi: 1 juta (43% orang Indonesia)
2005: Penduduk Lahir Asing Rasmi: 1.64 juta (6.4% daripada jumlah penduduk)
REALITI: 2005: Imigran & Haram: 3 juta (kelahiran asing adalah 10-12% daripada jumlah penduduk)

Komuniti Jepun Pra-Perang di Tanah Melayu

Negeri atau petempatan Peratusan lelaki Jepun Peratusan wanita Jepun

Tahun 1911 1921 1911 1921
Singapura
Penang 36 61 64 39
Melaka
Petempatan Selat 16 49 84 51
Perak
Selangor 12 38 88 62
Negeri Sembilan
Pahang 32 60 66 40
Negeri Melayu Bersekutu
Johor 17 34 83 66

17 35 83 65

21 44 79 56

10 22 80 78

17 36 83 64

66 68 34 32

Jadual 3: Peningkatan Jepun Lelaki dan Wanita di Tanah Melayu, 1911-1921

MIGRASI ARAB DAN KEPENPENTINGNYA DALAM PEMBANGUNAN SEJARAH AKHIR
ABAD 19 DAN AWAL ABAD 20 MALAYA

SUMBANGAN SEJARAH UNTUK ISLAMISASI

 Kedatangan Islam (622 MasIhi) mendorong orang-orang Arab menjadi lebih berani,
 didorong oleh motif menyebarkan kepercayaan baru selain aktiviti perdagangan, dan oleh mereka (651

MasIhi) telah menghantar kedutaan pertama mereka ke China.33 Kebangkitan dua orang kuatdinasti,
Khilafah Umayyah di Barat (660-749 M) dan Dinasti Tang di
 Timur (618-907 A.D.) juga mendorong perdagangan laut antara timur dan barat bahagian Asia dan
membolehkan perdagangan orang Arab berkembang dengan pesat.34 Berikutan dengan
pemberontakan abortif pada tahun 878 Masehi terhadap Kaisar Tang, sebilangan besar Muslim
pedagang, termasuk orang Arab berhijrah dalam jumlah besar ke Alam Melayu.35
 Para pendatang ini berlindung di Kalah di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu, yang dipercayai
oleh beberapa ahli sejarah adalah Kedah masa kini.
 Melihat tradisi Melayu, jelas kelihatan bahawa orang Islam awal mubaligh yang memeluk nenek
moyang mereka menjadi Islam adalah orang Arab yang datang secara langsung dari Arab.
 Sebilangan besar mereka berkahwin dengan wanita asli setelah memeluk agama mereka dan peranan
menyebarkan agama baru kemudian diteruskan oleh keturunan mereka.
 Beberapa mereka menukar raja asli dan berkahwin dengan keluarga mereka dan kemudian diwarisi dan
menjadi sultan atau penguasa negeri-negeri tertentu; masih ada yang memegang jawatan agama seperti
Qadis, MuftiS dan guru agama.45 Ketika Kerajaan Perlak Muslim didirikan pada awal abad kedua
belas.
 Ada tradisi yang mengatakan bahawa itu ditubuhkan oleh Sayyid Abdul Aziz (memerintah 1161-1188),
seorang Arab yang berasal dari Suku Quraisy.
 Keturunannya juga dikatakan mempunyai kepemimpinan yang kuat pengaruh dalam kerajaan sehingga
diambil alih oleh keluarga keturunan pembesar tempatan.

Salah seoorang Arab terpenting yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan beberapa sekolah
Arab di Tanah Melayu ialah Habib (Sayyid) Hassan al_C Attas. Pada tahun 1914. Beliau mengasaskan
Madrasah al-CAttas di Johor Bahru dan satu lagi pada tahun 1923, Madrasah al-CAttas Ketapang, Pekan,
menjadi sekolah agama Arab pertama di Pahang.

 Di Singapura, Sayyid Omar al-Sagoff (1850-1927) menubuhkan Madrasah al-Sagoff padaMac 1913.87
Selain sekolah Arab ini, sekolah agama lain yang ditubuhkan oleh mereka adalah al-Mashhor di Pulau
Pinang dan al-Junayd di Singapura. Penubuhan

 sekolah-sekolah ini di Tanah Melayu, juga dikenali sebagai sekolah Arab atau madrasah oleh golongan
kaya Orang Arab, adalah sebahagian dari keinginan mereka untuk membangun tradisi Arab di negeri
ini dan juga melahirkan guru yang lebih cekap berpendidikan bahasa Arab.

 Dari sekolah-sekolah ini pelajar memperoleh kemahiran berbahasa Arab yang membolehkan mereka
memahami bahasa Arab dengan baik, sehingga menjadi "penguasa" yang lebih baik dalam masalah
agama dan diperluas dengan lebih baik.

Gambar 1: Ilustrasi umat Islam membaca Al-Quran

 Penghijrahan orang Arab ke wilayah ini pada akhir abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh
Tanah Melayu telah menyumbang kepada perkembangan sejarah Tanah Melayu yang dapat dirasakan
sehingga hari ini.

 Salah satu kesan yang paling penting ialah Islamisasi. Jika tidak kerana peranan aktif yang dimainkan
oleh orang Arab, perjalanan sejarah Tanah Melayu dan Bahasa Melayu populasi mungkin berbeza
dengan apa yang berlaku hari ini. Menjadi orang Arab dan sebagai bangsa Islam yang diturunkan,
mereka dipandang tinggi oleh orang Melayu yang semakin jauh memudahkan proses mengislamkan
mereka.

 Pengislaman orang Melayu tidak berlaku hanya agama mereka yang sama dengan orang Arab, tetapi
juga dari aspek aspek lain seperti budaya dan pandangan dunia mereka yang mempunyai hubungan
kuat dengan mereka.

KESAN KEDATANGAN ARAB DI TANAH MELAYU

PENCIPTAAN ETNIK ‘MELAYU’

 Sebelum ini, masyarakat Asia Tenggara - bertutur dalam bahasa ibunda.
 Kepelbagaian hebat di Asia Tenggara.
 Bahasa Melayu - bahasa perdagangan serantau.
 Kategori etnik didorong oleh keperluan ideologi.

Gambar 2: Masyarakat Melayu Pada zaman dahulu

 Amalan penjajahan British = tahap penghijrahan tinggi = mewujudkan masyarakat majmuk / majmuk
Malaya / Malaysia.

 1850-1920: Penghijrahan dalam skala besar (Cina, India, Jawa & Sumatera).
 Data banci diperlukan bagi tujuan perdagangan / pelaburan.
 Memberi kesan untuk membezakan penduduk asli dari populasi pendatang;
 Juga perlu untuk menjaga batas antara penjajah dan penjajah - menentukan batas untuk menjadi orang

Eropah adalah mustahak.
 Hirschman (1987: 559): Pihak berkuasa kolonial Britain merumuskan sekumpulan kategori etnik yang

saling eksklusif dan lengkap untuk mengklasifikasikan penduduk, mengubahnya sebagai keadaan
berubah - Dasar kerajaan melalui kerajaan.

Bancian:

 Kategori: ‘Race’ pertama kali muncul (banci Selat 1891)
 Banci tahun 1891 menggunakan istilah 'Kewarganegaraan' ketika menggambarkan pelbagai

bahagian penduduk dan 'suku' ketika membincangkan pelbagai kumpulan dialek Cina
(Merewether 1892): 11)

ORANG ASLI

 Banci Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1911: ‘Sakai’ diiktiraf sebagai kategori.
 Sikap kolonial terhadap penduduk bukan Kristian, frasa seperti ‘semi-beradab’, ‘liar’ dan

‘sangat beradab’ digunakan untuk menggambarkan penduduk pribumi (Nathan 1922: 16,

Vlieland 1932: 103).
 Jakun diiktiraf dalam bancian tahun 1921
 Banci tahun 1931 mengiktiraf etnik tambahan - Semang, Jakun dan Orang Mantra, tetapi

menghitungnya bersama sebagai "Orang Asli Nomadik" (Nathan 1922: 2, Vlieland 1932: 102).
 Perbezaan linguistik digunakan untuk menentukan perbezaan antara kumpulan.
 Banci 1947 mempunyai senarai etnik Orang Asli yang lebih panjang, iaitu Negrito, Jakun, Semai

(aka Semak, Senoi), Sisek (Besisi), Semelai dan Temiar.

TAJUK 9: ORANG
ASLI (SEJARAH

SOSIAL)

PENGENALAN PRIBUMI (ORANG ASLI)

Orang asli merupakan perkataan generik Bahasa Melayu yang digunakan secara rasmi di Malaysia bagi
merujuk kewujudan orang asal yang menduduki tanah Semenanjung sejak azali lagi. Secara rasmi, terdapat
sekurang-kurangnya 18 suku etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka dikategorikan kepada
tiga (3) kumpulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama
lain.

Konsep Huraian

Konsep 1 Orang Asli adalah penduduk yang
paling awal berada di tanah
Konsep 2 Semenanjung Tanah Melayu.
Konsep 3
Mempunyai adat dan cara bercakap
mereka yang tersendiri.

Terdiri daripada 3 kelompok yang
masih wujud.

Gambar 1: tempat tinggal Orang asli

KUMPULAN PRIBUMI (ORANG ASLI)

• Terdapat kira-kira 150,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakanya bertumpu di
Semenanjung Malaysia.
• Istilah "Orang Asli" adalah istilah kolektif untuk 19 sub-etnik yang secara rasmi dikelaskan
untuk tujuan pentadbiran di bawah tiga kategori utama; Senoi, Negrito dan Melayu Asli.

Terdapat 3 kumpulan utama iaitu: Negrito, Malayu Proto dan Senoi.

Berikut merupakan 18 suku etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Malayu.

Negrito

Gambar 2: Orang Negrito
• Nama lain bagi Negrito adalah Semang, biasanya boleh
diketemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara
semenanjung.
 Kategori Orang Asli terkecil, mengikut populasi
• Sebanyak lebih daripada 3 peratus daripada jumlah
penduduk Orang Asli dan mereka dipercayai kumpulan
pribumi tertua di Semenanjung Tanah Melayu.

Gambar 3: Kawasan penempatan Orang Asli (Negrito)

Melayu Proto

Gambar 4: Orang Melayu Proto
• Proto Malay atau melayu asli.
• Menetap di wlayah selatan semenanjung.
• Menetap di wlayah selatan semenanjung.
• Hidup di kawasan yang paling mudah diakses, cara
hidup umumnya serupa dengan orang Melayu luar bandar

Gambar 5: Kawasan penempatan orang asli (Proto-Malay)

Senoi

Gambar 6: Orang Senoi
• kumpulan Orang Asli terbesar, kira-kira 54 peratus
penduduk Orang Asli.
• Menetap dibahagian tengah semenanjung.
• Secara tradisinya lebih tidak aktif berbanding dengan
orang Negrito.

Gambar 4: Kawasan penempatan orang asli (Senoi)


Click to View FlipBook Version