KAJIAN TENTANG SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM DI KAWASAN PILIHAN
TARIKH 27.7.2021 3.8.2021 17.8.2021 24.8.2021
PERKARA 1. Membuat 1. Menulis 1. Menulis 1. Menulis
tajuk dan penghargaan hasil kajian kesan negatif
Kawasan kajian 2. Menulis 2. Menulis terhadap alam
2. Perancangan Pendahuluan jenis sekitar dan
Tugasan 3. pengangkutan manusia
3.Objektif Memaparkan 3. Menulis 2. Menulis
kajian peta kawasan faktor yang cadangan untuk
kajian. mempengaruhi mengatasi kesan
4. Menulis jenis negatif
tafsiran pengangkutan 3. Menulis
peta. 4. Menulis rumusan.
kepentingan
pengangkutan.
OBJEKTIF KAJIAN :
• Menerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam.
• Menjelaskan latar belakang kawasan Alor Setar.
• Menghuraikan kepentingan perkembangan sistem pengangkutan awam di Alor
Setar.
• Menghuraikan kesan perkembangan sistem pengangkutan awam terhadap alam
sekitar dan manusia di Alor Setar.
• Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan perkembangan sistem
pengangkutan awam di Alor Setar.
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat illahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
kerja lapangan geografi yang telah diberikan. Saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak
membantu saya bagi menyiapkan tugasan kajian lapangan geografi ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru Geografi saya Puan Ruzianah
binti Abdul Hamid yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada saya untuk menyiapkan kerja lapangan geografi ini. Seterusnya, tidak
dilupakan juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa
memberi dorongan dan galakkan sepanjang menjalankan kajian ini. Akhir
sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rarakan-rakankan saya
iaitu Nur Syazwani , Nurul Iman , Ain Hawani dan rakan-rakan lain yang
banyak membantu saya hingga berjaya menyiapkan kajian lapangan geografi
ini.
PENDAHULUAN
Saya Anis Liyana Binti Sazali pelajar dari kelas 2 Irsyad telah menyiapkan
tugasan kajian lapangan yang diberikan oleh guru yang bertajuk kajian
tentang pengangkutan awam di kawasan pilihan. Saya telah memilih
untuk menjalankan kajian di kawasan Alor Setar, Kedah.
Saya memilih kawasan Alor Setar, Kedah kerana kawasan ini
merupakan ibu negeri Kedah dan merupakan bandar kedua terbesar
setelah Sungai Petani. Seterusnya, kawasan ini juga mempunyai pelbagai
pengangkutan awam kerana ia merupakan pusat pengangkutan di
kawasan utara Semenanjung Malaysia yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar.
PETA LAKAR DI KAWASAN ALOR SETAR PETUNJUK :
TAFSIRAN
Peta topografi menunjukkan kawasan di Alor Setar, Kedah. Ciri pandang darat
fizikal yang terdapat di kawasan peta ialah sungai dan hutan. Manakala, ciri
pandang darat budaya di kawasan peta pula adalah jalan kereta api, jalan raya,
jambatan, petempatan dan sawah.
Sebahagian besar bentuk muka bumi terdiri daripada kawasan tanah
pamah yang rata. Oleh itu, kawasan tanah pamah digunakan untuk
petempatan, pengangkutan dan pertanian. Berdasarkan peta, kegiatan
ekonomi utama penduduk ialah pertanian. Tanaman yang diusahakan ialah
padi sawah.
HASIL KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian berkaitan sistem pengangkutan awam di
kawasan Alor Setar, Kedah. Antara maklumat yang saya perolehi ialah
kebanyakkan penduduk di kawasan ini menggunakan kenderaan sendiri seperti
pelajar sekolah yang dihantar oleh ibu bapa mereka , juga dari kalangan
pekerja-pekerja di sekitar itu.
Terdapat juga penduduk yang menggunakan pengangkutan awam sebagai
pengangkutan harian seperti bas yang dinaiki oleh segelintir pelajar yang
menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang ditubuhkan oleh pihak sekolah.
Pengangkutan udara seperti lapangan terbang juga turut ditubuhkan di
kawasan ini bagi industri pelancongan.
JENIS PENGANGKUTAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan di Alor Setar, Kedah. Saya dapati
bahawa di kawasan ini kebanyakkannya menggunakan pengangkutan darat
dan tertumpu kepada pengangkutan awam seperti bas, teksi, KTM dan
sebagainya.
Hal ini dapat dilihat kerana jaringan pengangkutan darat di Malaysia lebih
cekap dan maju serta lebih banyak digunakan di kawasan seperti jalan raya
dan landasan kereta api yang terdapat di kebanyakkan kawasan. Contohnya,
Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Utara-Selatan dan banyak lagi.
FAKTOR
Berdasarkan rujukan saya di pautan Internet dan buku rujukan. Saya telah
dapati bahawa faktor yang mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan
tersebut ialah bentuk muka bumi.
Hal ini disebabkan, kawasan di Alor Setar merupakan kawasan tanah
pamah yang rata dan sesuai untuk pengangkutan darat dan udara. Sebagai
contoh, pengangkutan darat ialah Stesen Kereta Api Anak Bukit, KTM Alor
Setar dan sebagainya. Kawasan tanah pamah juga membolehkan salah satu
pengangkutan awam iaitu lapangan terbang diwujudkan. Sebagai contoh,
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang diwujudkan bagi memudahkan
industri pelancongan.
KEPENTINGAN
Berdasarkan pemerhatian di kawasan Alor Setar. Saya dapati kepentingan
terhadap pengangkutan darat yang terdapat di kawasan tersebut ialah
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana penggunaan sistem
pengangkutan awam bersepadu. Sebagai contoh, bilangan kenderaan di
jalan raya semakin berkurang.
Seterusnya, kepentingan pengangkutan udara ialah dapat
meningkatkan darjah ketersampaian. Hal ini kerana pengangkutan awam
memudahkan kita sampai ke destinasi yang dituju serta menjimatkan
masa perjalanan.
KESAN NEGATIF
Berlakunya pencemaran udara disebabkan oleh penambahan kenderaan di
kawasan bandar yang boleh menghasilkan pencemaran udara. Hal ini kerana,
karbon monoksida yang keluar dari kenderaan menyebabkan udara tercemar.
Sebagai contoh, kejadian jerebu yang berlaku pada 18 September 2019.
Seterusnya, berlakunya kemusnahan hutan. Hal ini kerana, penebangan
hutan yang semakin meningkat. Sebagai contoh, pembinaan lebuh raya,
jaringan kereta api dan lapangan terbang telah memusnahkan kawasan
tadahan air.
CADANGAN UNTUK MENGATASI KESAN NEGATIF
Penanaman semula tumbuh-tumbuhan di persekitaran rumah dapat
mengurangkan masalah pencemaran pencemaran udara. Hal ini kerana,
tumbuhan dapat membebaskan oksigen dengan lebih banyak. Misalnya
dapat mengurangkan kandungan karbon monoksida.
Selain itu, penggunaan kereta elektrik dan hidbrid dapat
menjimatkan penggunaan bahan api. Hal ini menyebabkan pengurangan
pemanasan global kerana pembebasan karbon monoksida dapat
dikurangkan.
RUMUSAN
Kajian yang dilakukan kira-kira 4 minggu ini secara tidak langsung
dapat mengulangkaji kembali tentang sistem pengangkutan awam.
Kajian ini juga telah memberi saya maklumat tentang faktor – faktor
yang mempengaruhi jaringan pengangkutan seperti bentuk muka
bumi, kemajuan teknologi, dasar kerajaan dan kegiatan ekonomi.
Selain itu, tentang kepentingan pengangkutan darat, udara dan air
serta kesan negatif terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh
pengangkutan. Seterusnya, tentang cadangan untuk mengelakkan
kesan negatif tersebut. Saya juga telah mempelajari tentang cara
untuk menulis kajian lapangan geografi.