ARAHAN: KUMPULKAN SEMUA JAWAPAN. SOALAN AKAN DIBERIKAN SEKALI LAGI DI AKHIR PROGRAM
DALAM BENTUK QUIZIZZ.
Soalan 1
Siapakah penulis artikel bertajuk Kepentingan Menguasai Pelbagai Bahasa ini?
A. Mahani Mohsin, Pegawai Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, USM
B. Sarhan Ismail, Pegawai Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
C. Fais Awae, mantan pensyarah Bahasa Melayu, Prince of Songkhla University, Thailand.
D. Tsuraiya Abdullah, pensyarah Sosiolinguistik, Universiti Malaya.
Soalan 2
Siapakah tokoh lampau yang mampu menguasai paling banyak bahasa (poliglot)?
A. Giuseppe Gaspardo Mezzofanti
B. Ziad Fazah
C. Emil Krebs
D. Sir John Bowring
Soalan 3
Berdasarkan petikan, berikut merupakan manfaat menguasai pelbagai bahasa KECUALI
A. Mudah berhubung atau berkomunikasi dengan masyarakat pelbagai kaum.
B. Memiliki daya konsentrasi yang tinggi.
C. Mampu memenuhi permintaan pasaran.
D. Memudahkan komunikasi ketika melancong.
Soalan 4 Pilih
Berikut merupakan perkataan yang digunakan untuk "hello" dalam pelbagai bahasa.
jawapan yang tepat.
A. Hola (Sepanyol), Konnichiwa (Jepun), Selam (Turki)
B. Merhaba (Turki), Ni Hao (Bahasa Cina), Annyong ha shimnikka (Korea)
C. Aloha (Hawaii), Helo (Rusia), Hello (Jerman)
D. Privet (Ukraine), Assalamualaikum (Bahasa Arab), Hallo (Perancis)
Soalan 5
Seorang pelajar Sarjana Muda Lulusan Undang-undang dari University of London iaitu Lew Voon Khong telah
membuktikan kelebihannya dalam menguasai pelbagai bahasa dapat ...
A. menjadikannya sebagai platform untuk memulakan perniagaan.
B. memberi peluang pekerjaan kepadanya dengan lebih mudah.
C. membina hubungan persahabatan di seluruh dunia.
D. meyakinkan orang lain akan kebolehannya untuk menjadi seorang peguam.