The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ALYA SYAHIRA BINTI BAHARUDDIN IPG-Pelajar, 2024-03-20 22:20:07

BUKU LOG PANDU PUTERI 1

BUKU LOG PANDU PUTERI 1

Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: Kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan 1. Derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan 2. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan PPPM selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan Semua harta dan sumber ialah hak PPPM dan Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli PPPM Pemegang Amanah akan menguruskan harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan PPPM pula diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayai harta tersebut dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan Sukarelawan dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan tetapi tidak dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka.


Semua akaun bank milik PPPM perlu mempunyai dua penandatangan yang berkuasa untuk setiap transaksi iaitu salah seorang merupakan Bendahari Kehormat Bendahari Kehormat merupakan pengerusi bagi Jawantankuasa Kewangan berperanan mentadbir dan PPPM USUL 5 Penyata Kewangan Tahunan akan disediakan oleh Bendahari Kehormat tidak lewat dari tarikh 14 Mei, 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan. Tahun kewangan PPPM bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember


i) Cawangan Persatuan - Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya - Institusi Pengajian dengan kelulusan dari LEK ii) Penentuan cawangan persatuan dan isu-isu sokongan yang dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil diputuskan oleh LEK iii) Majlis Ketua Pesuruhjaya Cawangan (MPKC) terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan yang berperanan untuk - Menyebarkan maklumat serta memantau maklumat cawangan kepada PPPM - Menyediakan dan melaksanakan jadual aktiviti untuk cawangan selaras dengan perancangan strategik PPPM iv) Perlembagaan cawangan perlu ada dalam setiap cawangan persatuan. Jika tidak konsisten, maka perlembagaan ini akan mengatasi perlembagaan cawangan tetapi setiap cawangan diberi kuasa untuk mengkoordinasi peraturan cawangan yang berkait dengan komposisi LEC, tempoh jawatan ahli. - Setiap perlembagaan cawangan akan dimajukan kepada LEK untuk diluluskan - Setiap cawangan dibenarkan mencalonkan wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan dan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan ahli LEK


Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipida di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir USUL 6 Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Namun, pindaan ini perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan


Pembubaran berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini Dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan diperlukan bagi korum untuk mesyuarat serta cadangan untuk pembubaran perlu disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir Setelah PPPM dibubarkan, sekiranya masih ada dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, maka perlu diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut perlu mempunyai tujuan yang sama dengan PPPM. Perlembagaan ini juga berkuat kuasa pada 24 September 2005 dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007


Meneraju perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa Pandu Puteri: Selalu bersedia (Be Prepared) Pandu Puteri Tunas : Tolong Orang Selalu (TOS)


Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar dan lambang cita-cita Pandu Puteri Pada Januari 1962, rekabentuk lencana Pandu Puteri Malaysia mula diperkenalkan dan dicipita oleh seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat iaitu Cik Mary Bowers Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau cnatuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya


Lambang tiga persetiaan ada pada tiga rangkaian daun lebar dan cantuman tiga daun itu pula melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini Perpaduan antara 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan dapat dilihat pada simbol bintang pecah 14 yang terdapat di tengah cantuman daun. Perpaduan penting kerana negara Malaysia terdiri daripada pelbagai agama,bangsa dan budaya Pemimpin akan menyemat lencana ini pada skaf ahli semasa Upacara Pelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan


Trefoil = Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri Bintang pecah empat belas =13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar


Ketiga-tiga kelopak pepina (Trefoil) = Melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri Simbol Api pada bahagian pangkal = Melambangkan api kecintaan terhadap manusia Jalur atau urat menajam ke atas = Melambangkan jarum kompas yang sentiasa menjadi pedoman atau petunjuk ke jalan yang benar dalam kepanduan Dua bintang = Melambangkan Persetiaan dan Undang-undang yang menjadi pedoman hidup kita Bulatan mengelilingi logo = Melambangkan Persatuan Sedunia (WAGGGS)


Warna kuning emas Pepina yang berlatar-belakangkan warna biru = Melambangkan sinaran cahaya suria ke atas semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia


Tangan diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia semasa memberi isyarat hormat Maksud Hormat Pandu Puteri 3 jari: Tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri Ibu jari diletakkan di atas jari kelingking membawa maksud yang kuat membantu yang lemah Unity Always smile Younger respect elder To do my duty to God, King and Country To help other people at all time And to obey the Guild Law Elder help younger Silence Doing one goof turn a day


Hormat Pandu Puteri diberi semasa istiadat mengibarkan bendera, menerima hadiah dan kurniaan, bertemu dengan raja, sultan, pembesar-pembesar serta pemimpin pandu puteri Tegakkan tiga jari tangan kanan sambil meletakkan ibu jari di atas jari kelengkeng Angkat tangan sama paras dengan dahi Berdiri dalam keadaan sedia


Cara melakukan hormat kepanduan 1) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia 2) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (disisi) dirapatkan lurus ke badan 3) Kedudukan jari sama seperti dalam Hormat Kepanduan 4) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan 5) Kira masa 1, 2, 3 dan turun 3, 2, 1.


Berjabat tangan sesama ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kiri Berjabat tangan dengan orang lain selain daripada ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kanan Tujuan berjabat tangan Berjabat tangan merupakan tanda persahabatan bagi Pandu Puteri Berjabat tangan dengan tangan kiri mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell melawat Kenya Kaum ini sering memegang senjata dengan tangan kanan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain termasuklah berjabat tangan Maka, Lord Baden Powell telah mengambil perlakuan ini sebagai amalan dalam Pandu Puteri dan Pengakap Puteri


Kami puji, nikmat diberi, Matahari, bintang-bintang, Langit biru, Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi Thanks and praise, for the days, ‘Neath the sun, ‘Neath the stars, ‘Neath the sky, As we go, this we know, God is high Kam Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan Day is done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is high


Puteri Tunas bertujuan menolong dan berkawan Ahli baru suka hati Menjadi Puteri Tunas


Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melor taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga


Cempaka bersukaria Menolong orang duka Kami Kesidang datang Menolong pagi dan petang Teratai nama kami Bekerja setiap hari


Bintang Negeri Islam dan lima Rukun Islam sebagai pegangan utama Kuning Warna Diraja Lima bucu bintang Mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah Satu perempat berwarna kuning dan merah Bahagian benderi negeri Selangor


Putih Kedaulatan dan pemerintahan negeri meliputi perkara-perkara berkenaan adat resam, adat istiadat, undang-undang, tatasusila dan kuasa-kuasa seorang Sultan yang memerintah negeri ini Hitam Warna kebesaran Bendahara pada masa lampau yang memerintah negeri ini


Bulan sabit dsn bintang Agama Islam sebagai agama rasmi negeri Kelantan Latar belakang bendera yang berwarna merah Kejujuran Raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri Tombak dan keris Kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu negeri Kelantan Warna putih Kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan


Latar belakang bendera yang berwarna putih Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Terengganu Tanah hitam Rakyat Terengganu dinaugi oleh pemerintah DYMM Sultan Terengganu Anak bulan dan bintang Agama Islam ialah agama rasmi negeri


Kuning Simbol pemerintahan beraja iaitu Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Raja Perlis Biru Simbol rakyat jelata


Merah Warna tradisional negeri dan melambangkan kemewahan Bulan sabit berwarna hijau Agama Islam ialah agama rasmi negeri Perisai Sultan sentiasa menjaga dan melindungi rakyatnya


Kuning Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Raja Tiga segi berwarna merah Rakyat Tiga segi berwarna hitam Datuk-datuk Undang bagi luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini


Anak bulan dan bintang Raja yang berdaulat Merah Hulubalang yang mempertahankan negeri Biru tua Kerajaan negeri


Biru muda Warna laut yang indah di sekeliling pulau Putih Negeri Pulau Pinang yang aman damai Kuning Tanda kemakmuran Pohon pinang Pohon dari mana pulau itu mendapat namanya


Biru, kuning, merah dan putih Mencerminan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia Jalur Gemilang. Ini menandakan Melaka sebagai sebuah negeri di Malaysia Bulan sabit dan bintang Simbol kepada agama Islan, agama rasmi negeri dan negara


Putih Kebesaran Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Kuning Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Hitam Kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan


Biru muda Keamanan dan ketenteraman Merah Keberanian dan keyakinan Putih Kemurnian dan keadilan Biru cerah Perpaduan dan kemakmuran Biru tua Kekuatan dan semangat kerjasama Kelima-lima warna Mewakili lima buah bahagian pentadbiran negeri Sabah Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu Kerajaan Negeri Sabah


Merah Keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh Kuning Keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum Hitam Kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyat Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan Sembilan bahagian dimana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat Sarrawak untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka


Kuning Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan Biru Perpaduan, keihklasan, dimuliakan dan kedaulatan Merah Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga Jata Negara Lambang harimau berjuang melambangkan Wilayah Persekutuan Tiga (3) bintang Tiga (3) Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya


Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahupun sekolah Bendera ini juga dikibarkan di Rumah Pandu Puteri atau Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri


Melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri 1 1 2 2 Melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia 3 3 Membawa maksud matahari menyinari setiap kanakkanak


Bendera Dunia ialah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun itu Pepina dan Bendera Dunia yang baru ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian PAX LODGE


Click to View FlipBook Version