PEMANTAPAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
DI SEKOLAH
PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
DI SEKOLAH
Penjaminan kualiti
merupakan suatu
piawaian dalam
menentukan kualiti
pelaksanaan Jabatan Pendidikan
Pentaksiran Bilik Negeri Perlis sedang Penyelarasan Skor
menambah baik
Darjah (PBD). pelaksanaan PBD di PBD di peringkat
PENJAMINAN Ia bagi memastikan sekolah dengan panita
kesahan dan
KUALITI kebolehpercayaan menekankan proses
Tahap Penguasaan penjaminan kualiti Dialog Prestasi PBD
bagi memastikan
(TP) yang diberikan kesahan skor PBD di peringkat sekolah
oleh guru pentaksir adalah tinggi
berada di tahap
tertinggi dan calon
mendapat keadilan
yang sewajarnya.
PENYELARASAN SKOR PBD
Proses penjaminan kualiti bagi memastikan keseragaman pelaksanaan
pentaksiran (PBD) dan pemberian skor/tahap penguasaan demi keadilan
kepada murid serta kesahan dan kebolehpercayaan skor/tahap penguasaan
yang diberikan.
Dicadangkan dilaksanakan sebanyak dua kali setahun (Jun dan November)
sebelum skor TP dibentangkan dalam Dialog Prestasi sekolah. Ia juga boleh
dilaksanakan secara berterusan@berkala sepanjang proses PBD berjalan.
Proses penyelarasan bertujuan menyeragamkan skor TP murid yang diberikan
oleh guru mata pelajaran serta mendapatkan pandangan profesionalisme
dari guru lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang sama.
Guru mata pelajaran akan membentangkan analisis terperinci pencapaian TP
murid berdasarkan standard pembelajaran/konteks/tajuk serta cadangan
pelan intervensi terhadap murid yang belum menguasai sesuatu tahap
penguasaan
Penyelarasan boleh dilaksanakan oleh Ketua Bidang/Ketua Panitia sesuatu
mata pelajaran bersama guru pentaksir/mata pelajaran serta ahli di kalangan
guru mata pelajaran yang sama atau guru yang merupakan pakar
kandungan mata pelajaran tersebut di peringkat panitia mata pelajaran.
PENYELARASAN SKOR PBD
2 KOMPONEN PENYELARASAN
ANALISIS TP/SKOR INTERVENSI
CONTOH ANALISIS SKOR TAHAP PENGUASAAN PBD
DIALOG PRESTASI
Pembentangan skor TP perlu dilaksanakan di peringkat
sekolah oleh semua guru mata pelajaran melalui satu sesi
Dialog Prestasi PBD sekolah. Semua skor TP yang telah
diselaraskan oleh guru pentaksir/mata pelajaran bersama
Ketua Bidang/Ketua Panitia di peringkat panitia perlu
dibentangkan kepada Jawatankuasa Penjaminan Kualiti
sekolah yang terdiri daripada pentadbir sekolah.
Dialog prestasi ini juga bagi membentangkan cadangan
intervensi guru dan panitia bagi membantu meningkatkan
tahap penguasaan murid kepada pentadbiran sekolah
(SLT). Pentadbir perlu merancang program/pelan bagi
membantu guru melaksanakan cadangan intervensi yang
telah dibentangkan.
Ia bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan setiap
skor TP yang diberikan melalui proses penjaminan kualiti di
peringkat pengurusan tertinggi sekolah berada di tahap
terbaik sebelum skor tersebut diserahkan kepada
murid/waris.
DIALOG PRESTASI
2 KOMPONEN DIALOG PRESTASI
ANALISIS TP/SKOR INTERVENSI
CONTOH PEMBENTANGAN ANALISIS DAN INTERVENSI PBD
MENGIKUT MATA PELAJARAN PERINGKAT SEKOLAH
https://anyflip.com/qsknz/evxg/
Terima Kasih
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis