12
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
_______________________________________________________________________________________________________________________
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)
__________________________________________________________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NUR IZZATI BINTI MOHD SURDI
NO. KAD PENGENALAN 000617-03-0972
2020192340227
ANGKA GILIRAN PISMP F12
KUMPULAN/ KELAS
NAMA PENSYARAH TN. HJ. OMAR BIN CHEK MAN
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
TARIKH PENYERAHAN 04 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS DARIPADA
PENSYARAH
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL
1.0 Pengenalan 1
2.0 Teori Perkembangan Kognitif Lev 2
3.0 Vygotsky (1934-1986)
Kepentingan Guru Menguasai Peringkat 3
3.1 Perkembangan Kanak-Kanak Berdasarkan 3
3.2 Teori Perkembangan Lev Vygotsky 4
3.3 Membantu Guru Merancang
Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Baik 5
3.4 Guru Dapat Membuat Intervensi Bagi 6
3.5 Mengatasi Masalah Pembelajaran Pelajar 7
4.0 Guru Dapat Menjadikan Aktiviti 7
Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) 8
Dalam Bilik Darjah Dengan Lebih Sistematik
Guru Dapat Mewujudkan Suasana Interaksi
Yang Positif
Guru Dapat Meningkatkan Pengetahuan
Dan Kemahiranberbahasa Dalam Kalangan Murid
Kesimpulan
Rujukan
1
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak permata berharga,
Jika dinilai pasti berjaya,
Umpama benih disemai baja,
Kecenderungannya usah dipersia.
Itulah antara seni kata yang terdapat dalam lirik lagu ‘Permata’ yang dicipta oleh Habsah Hassan yang berkait rapat dengan insan yang bergelar kanak-kanak
iaitu merupakan aset dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan dalam mentadbir serta memajukan negara ke peringkat yang lebih tinggi.
Perkembangan kanak-kanak yang baik adalah bermula dengan didikan yang berkesan daripada ibu bapa dan guru. Menurut Wong Kiet Wah et al. (2013),
perkembangan merupakan suatu proses perubahan kualitatif dalam diri setiap individu dari satu peringkat ke peringkat yang lain namun sukar untuk dikenal pasti pada
seseorang individu seperti penguasaan kemahiran berfikir atau kemahiran bersosial kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat berlaku secara beransur-
ansur dan berterusan serta melibatkan proses kematangan dan pembelajaran kanak-kanak dengan persekitaran. Kognitf didefinisikan sebagai kebolehan seorang kanak-
kanak dalam berfikir, memberikan pandangan, memahami dan mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku di persekitaran mereka. Secara keseluruhannya,
perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan salah satu perkembangan mental yang meliputi kematangan aktiviti mental seperti keupayaan intelektual dan
pemprosesan maklumat serta perkembangan pertuturan dan pemerolehan bahasa.
2
2.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEV VYGOTSKY (1934-1986)
Teori perkembangan kognitif adalah saling berkait dengan konstruktivisme iaitu satu fahaman di mana pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada dalam diri. Justeru itu, pelajar akan mengimbangkan pengetahuan yang baru diperoleh dengan
pengetahuan yang sedia ada. Teori Konstruktivisme juga menyatakan manusia dapat membina pengetahuan dan pemahaman sendiri tentang perkara di sekelilingnya
dengan mengalami sendiri atau membuat refleksi ke atas pengalaman tersebut. Teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky lebih menekankan peranan sosial dan
budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Bahasa merupakan simbol yang paling penting dalam mendukung perkembangan kognitif kanak-kanak. Perkembangan
bahasa terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan orang dewasa. Terdapat tiga idea penting yang disarankan oleh Vygotsky
yang berkaitan dengan perkembangan kognitif iaitu internalization, scaffolding dan zon perkembangan proksimal. Proses internalization adalah di mana seseorang
beransur-ansur menyesuaikan aktiviti-aktiviti sosial yang dilaluinya ke dalam proses kognitifnya. Scaffolding pula merupakan kerangka yang menyokong proses
pembelajaran individu. Seterusnya, zon perkembangan adalah perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dipertingkat dan diperkukuh melalui hubungan interaksi
mereka dengan individu lain yang berkebolehan.
3
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN LEV VYGOTSKY
Pengetahuan guru terhadap Teori Lev Vygotsky adalah penting untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Guru pada
abad ke-21 ini perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi mencapai matlamat dan objektif pembelajaran. Guru perlu menyusun persekitaran pembelajaran kanak-kanak
berpandukan teori yang diketengahkan ini. Justeru, terdapat pelbagai kepentingan pengetahuan tentang peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada guru.
3.1 MEMBANTU GURU MERANCANG SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BAIK
Pengetahuan terhadap peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan Teori Lev Vygotsky dapat membantu guru dalam merancang sesi pengajaran. Guru
memainkan peranan dalam merancang satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti perbincangan yang mendorong kepada perkongsian
idea dalam kalangan murid. Hal ini bagi memastikan murid-murid akan memperoleh pemahaman yang lebih jelas serta berpeluang untuk melontarkan buah fikiran masing-
masing. Sebagai contoh aktiviti yang melibatkan perbincangan adalah guru akan menyediakan beberapa soalan aras tinggi berkaitan subjek bahasa secara berkumpulan
bagi menguji murid-murid pada tahap analisa, sintesis dan penilaian. Murid-murid dikehendaki menyelesaikan soalan tersebut melalui pendekatan kolaboratif serta
perkongsian idea. Hal ini menyebabkan murid yang lebih pandai akan membantu rakan-rakan yang lain yang lemah dalam meyelesaikan masalah. Murid-murid juga dapat
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain serta menjadikan mereka lebih aktif dalam bilik darjah. Dengan ini, keyakinan diri setiap murid dapat dipertingkatkan.
Guru dapat menggalakkan mereka untuk lebih berani menonjolkan diri dan bersaing secara sihat dalam meluahkan segala maklumat baru yang diketahui mereka dalam
sesuatu pembelajaran. Jelaslah bahawa, pengaplikasian Teori Vygotsky dalam bilik darjah dapat membantu guru dalam menguruskan serta merancang sesi pengajaran
dan pembelajaran yang lebih baik serta mendatangkan pelbagai manfaat kepada murid-murid.
4
3.2 GURU DAPAT MEMBUAT INTERVENSI BAGI MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR
Selain itu, kepentingan menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan Teori Lev Vygotsky terhadap guru termasuklah guru dapat membuat
intervensi bagi menangani masalah pembelajaran murid-murid berpandukan kepada teori perkembangan kognitif tersebut. Intervensi ditakrifkan sebagai penglibatan
individu yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang dalam konteks pengajaran dan pembelajaran serta bertujuan untuk meningkatkan daya kognitif murid-murid
(Mark Soon Sang, 2009). Berdasarkan kepada teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky, seseorang murid yang bermasalah perlulah berbincang mengenai sesuatu
pelajaran secara aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan guru atau didedahkan kepada individu yang mahir dalam perkara tersebut. Sebagai
contoh, jika terdapat murid yang menghadapi masalah dalam penggunaan bahasa yang betul seperti masalah komunikasi, menulis dan sebagainya, maka guru berperanan
dalam memberi tunjuk ajar kepada murid tersebut atau memberi pendedahan kepada mereka secara lebih mendalam terhadap penggunaan bahasa melalui individu yang
mahir dalam aspek penggunaan bahasa. Hal ini menyebabkan murid-murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dari satu tahap ke tahap yang lain. Murid-murid
akan berusaha menggunakan bahasa yang betul sebagaimana yang telah didedahkan oleh guru atau individu yang mahir berbahasa tersebut. Oleh yang demikian, melalui
bantuan serta bimbingan yang diberikan oleh guru secara tidak langsung dapat meningkatkan potensi murid dalam sesuatu perkara. Interaksi antara murid dengan individu
yang berkebolehan akan menyebabkan Zon Perkembangan Proksimal murid tersebut akan mencapai satu tahap yang maksimun dan akan mengalami perubahan ke aras
yang lebih tinggi apabila murid mempelajari kemahiran yang baharu. Justeru itu, penguasaan teori kognitif Lev Vygotsky adalah penting kepada guru dalam membuat
intervensi bagi meningkatkan daya kognitif murid dari semasa ke semasa.
5
3.3 GURU DAPAT MENJADIKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) DALAM BILIK DARJAH DENGAN LEBIH SISTEMATIK
Seterusnya, penguasaan guru dalam teori Vygotsky dapat menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah lebih sistematik. Guru berperanan
dalam meningkatkan pengetahuan murid terhadap sesuatu konsep. Hal ini kerana guru akan memberi arahan dan memberi penerangan terhadap sesuatu konsep agar
murid-murid lebih memahami tentang apa yang hendak disampaikan oleh guru mereka. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberi penerangan yang
jelas dan tepat mengenai sesuatu konsep yang akan diajarkan kepada murid-murid serta disertai dengan contoh-contoh yang relevan. Sebagai contoh, guru membacakan
buku cerita bahasa Melayu yang menarik serta merangkumi pelbagai tema dengan jelas dari segi sebutan dan susunan ayat iaitu penggunaan ayat tunggal, ayat majmuk dan
seterusnya penggunaan ayat yang lebih kompleks. Seterusnya, murid-murid dikehendaki membuat rumusan berdasarkan kefahaman mereka terhadap cerita tersebut bagi
membiasakan mereka dengan jalan cerita tersebut serta dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang konsep penggunaan ayat yang betul. Guru
perlu membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid ketika berbahasa agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Penggunaan bahasa yang mudah
difahami amat ditekankan dalam teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky kerana berfungsi sebagai alat untuk mengembangkan daya kognitif murid-murid. Konklusinya,
teori Lev Vygotsky begitu signifikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran disebabkan teori ini lebih menekankan peranan bahasa dalam meningkatkan kemahiran
kognitif murid-murid.
6
3.4 GURU DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA INTERAKSI YANG POSITIF
Kepentingan penguasaan guru terhadap perkembangan kanak-kanak berdasarkan Teori Lev Vygotsky termasuklah dapat mewujudkan suasana interaksi yang
positif. Berdasarkan idea internalization, kanak-kanak akan meyebatikan diri dengan aktiviti sosial secara beransur-ansur. Suasana interaksi yang positif dapat diwujudkan
melalui penerapan unsur pedagogi yang betul dan berkesan kepada murid-murid. Interaksi yang positif amat penting terhadap murid-murid dalam mengawal diri dan
berinteraksi dengan guru atau murid-murid yang lain. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan boneka sebagai salah satu alat dalam pengajaran yang dapat membantu
pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah. Guru boleh menyediakan pelbagai boneka dan memberi suara serta pergerakan yang sesuai kepada boneka tersebut
mengikut perwatakannya. Penggunaan boneka boleh diaplikasikan sewaktu menjalankan aktiviti berdialog, soal jawab, lakonan, perbincangan, bercerita dan sebagainya.
Boneka merupakan salah satu alat pedagogi yang sangat unik dan mendatangkan manfaat kepada murid-murid. Aktiviti melibatkan penggunaan boneka dapat
mempertingkatan kemahiran intrapersonal dan interpersonal murid-murid dalam proses pedagogi. Hal ini kerana setiap murid berpeluang meniru cara guru dan kawan-
kawan mereka untuk menyelesaikan tugasan masing-masing dan seterusnya membuat persembahan di depan kelas. Persekitaran yang sesuai dan lengkap perlu diberi
perhatian oleh guru bagi membolehkan murid-murid menerokai ilmu disebabkan proses pembelajaran bagi murid-murid memerlukan persekitaran sosial agar mereka dapat
berinteraksi antara satu sama lain. Justeru itu, pelaksanaan pedagogi berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak Lev Vygotsy amat penting dalam mewujudkan
suasana interaksi yang positif dan perlu dirancang dengan teliti agar bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran kanak-kanak.
7
3.5 GURU DAPAT MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERBAHASA DALAM KALANGAN MURID
Pengetahuan dan pemahaman yang jelas tentang Teori Perkembangan Lev Vygotsky menyebabkan guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa
dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa adalah berkait rapat dengan perkembangan kognitif kanak-kanak yang merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Guru
boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat sekali gus dapat memupuk perkembangan bahasa, sosial, kognitif,
emosi dan fizikal. Sebagai contoh, guru melakukan permainan bahasa yang melibatkan binaan ayat tunggal menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf-huruf tertentu.
Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki menyelesaikan tugasan bersama-sama pada masa yang telah ditetapkan. Guru berperanan dalam
membantu para pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan baharu dengan berfikir secara kritis. Sharifah Nor et al. (2009) menyatakan bahawa perkembangan kognitif murid-
murid dapat dilihat melalui pendekatan terhadap aktiviti permainan bahasa iaitu murid-murid akan lebih teruja dan seronok dengan aktiviti permainan bahasa dan terlibat secara
aktif. Melalui permainan bahasa, murid-murid bukan sahaja terdedah kepada pengetahuan dan kemahiran berbahasa bahkan dapat berinteraksi antara satu sama lain serta
dapat memupuk kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerjasama dan berkongsi sesuatu (Smidt, 2010). Tuntasnya, guru dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran
berbahasa dalam kalangan murid melalui permainan bahasa yang selaras dengan Teori Perkembangan Lev Vygotsky.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan pengetahuan yang diperoleh oleh guru berkaitan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan Teori Lev
Vygotsky ini. Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak perlulah dikuasai oleh setiap pendidik di Malaysia bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah menjadi lebih efektif. Dengan ini, matlamat pendidikan negara dapat dicapai dengan jayanya. Kini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam
memastikan pencapaian objektif pengajaran adalah berkesan. Oleh itu, setiap pendidik perlulah menguasai pelbagai kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah bagi melahirkan generasi yang cemerlang setanding dengan negara-negara maju yang lain.
8
RUJUKAN
Asmawati Desa. (2004). Psikologi Untuk Golongan Profesional. McGrow. Hill.
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(1), 1-12. https://core.ac.uk/download/pdf/11491577.pdf.
Abdullah Hassan. (2005). Liguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia.
Nor Hashimah Ibrahim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 1-15.
http://www.ukm.my/jpbm/current.aspx.
Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias. (2009). Penggunaan dan Pengurusan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kurikulum
Permainan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Laporan Teknikal Projek Penyelidikan UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Smidt, S. (2010). Playing to Learn: The Role of Play In Early Years. Routledge.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhaini. (2016). Perkembangan Kanak-kanak (2nd ed.). Oxford Fajar Sdn. Bhd.