The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harkesh_subramaniam, 2021-06-02 13:19:11

rukun negara-merged-converted_organized

rukun negara-merged-converted_organized

01 JUNE 2021

RUKUN

NEGARA

VERSION 2021

BY: HARKESH SUBRAMANIAM
RANJIT SEGARAN
STEVE O'NIELL DING WILSON
JAYAPRASAD SIVA

rukun negara:wadah membentuk
masyarakat berpandangan jauh
Kumpulan 6

1PENDAHULUAN
Prinsip dalam Rukun Negara jelas
kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kestabilan
Malaysia, bertujuan menyemai nilai
murni dalam kalangan masyarakat,
nilai keagamaan, kesetiaan kepada
Raja dan negara, kepatuhan kepada
Perlembagaan dan undang-undang
serta masyarakat yang sopan dan
bertatasusila.

OBJEKTIVE

Antara objektifnya untuk memberi
pendedahan kepada generasi muda agar
dapat menghayati prinsip Rukun
Negara, menyemarakkan semangat
patriotisme dalam diri dan membentuk
keperibadian sebagai satu bangsa
Malaysia yang bersatu padu.

SEJARAH RUKUN NEGARA

Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta
ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti berlakunya
permusuhan kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu.

Permusuhan dan berbalahan ini berlaku akibat ketidakadilan
layanan yang diterima oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Perkara ini berakar umbi sejak pemerintahan British, kemudian
diteruskan dengan penjajahan Jepun yang ternyata memberi
layanan istimewa kepada kaum Melayu. Keadaan demikian telah
menjadi ‘barah’ sehingga tercetusnya peristiwa ini.

Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan
pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 supaya negara terus
dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu, masyarakat Malaysia
perlu berpegang kepada prinsip – prinsip Rukun Negara yang telah
ditetapkan

PRINSIP RUKUN NEGARA

Lima prinsip Rukun Negara yang
diwujudkan ini adalah dibentuk

berdasarkan acuan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan juga

agama. Prinsip-prinsip yang terbina ini
adalah bagi memperkukuhkan

perpaduan kaum.

a) Kepercayaan kepada Tuhan

Agama dijadikan pegangan utama
rakyat Malaysia kerana

ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang,

sesuatu bangsa dan juga negara.
Pegangan yang kukuh terhadap

agama akan dapat menahan seseorang
itu daripada melakukan

jenayah dan juga kejahatan.
Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama rasmi Persekutuan,

tetapi agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan

dengan aman. Menyedari betapa
pentingnya keteguhan

pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-

masing,prinsipinitelahdipilih sebagai
prinsip pertama dalam

Rukun Negara.

b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem
Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan

Agong sebagai Ketua Negara dan sistem
beraja juga diamalkan

di setiap negeri, dan Yang di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri

yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang

di-Pertua Negeri adalah merupakan
lambang perpaduan rakyat.

Maka setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh

taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong. Di peringkat negeri
pula, rakyat dikehendaki

menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah negeri

tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia

kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat
menerima, mematuhi dan

mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan

Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan

yang tertinggi. Fungsinya untuk
memberi perlindungan kepada

setiap rakyatnegara iniakan hak dan
keistimewaan merekasebagai
warganegara. Setiap warga negara
Malaysia dikehendaki

menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan

kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan

Perlembagaan Negara.

d) Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan
undang-undang di mana

setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara.

Undang-undang negara berasaskan
kepada Perlembagaan. Oleh

itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Tanpa

undang-undang, hidup bermasyarakat
dan bernegara tidak aman

dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh

institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Tuntutan kepada

prinsip keempat ini adalah supaya kita
sama-sama menghormati

undang-undang dan berusaha
menyokong penguatkuasaannya

serta memelihara kedaulatannya.

e) Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsipkesopanan dan kesusilaan ini
bertujuan untuk membentuk

warga negarayang bersopan santun
dan bersusila. Sifat indi idu

yang bersopan santun dan bersusila
adalah amat penting dalam

konteks perhubungan antara satu sama
lain dalam masyarakat

pelbagai kaum di negara ini. prinsip ini
menjadi panduan supaya

perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai

dengan keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni.

PERANAN TOKOH PEJUANG

Apa yang penting, sekiranya
ketidakstabilan perpaduan wujud,
Peristiwa 13 Mei 1969 mungkin
berulang.

Dalam hal ini, peranan tokoh sebelum
kemerdekaan boleh dijadikan rujukan
seperti Sheikh Abdullah Ibrahim atau
Sheikh Abdullah Fahim, ulama dan ahli
falak terkemuka yang menasihati
Tunku Abdul Rahman Putra menaiki
kapal laut ke London agar mempunyai
masa panjang untuk berbincang.

Tokoh pejuang masyarakat India, Tun
VT Sambanthan berganding bahu
membebaskan tanah air daripada
penjajahan, begitu juga sumbangan Tok
Gajah, Mat Kilau, Antanom dan Datuk
Maharaja Lela yang asas perjuangan
mereka mewujudkan rasa permulaan
fasa kemerdekaan. Timbalan Perdana
Menteri kedua, Tun Dr Ismail Abdul
Rahman, juga menyumbang usaha
mengekalkan kemerdekaan melalui
kepakaran hal ehwal dalam negeri serta
hubungan antarabangsa.

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

Prinsip Rukun Negara sesungguhnya
menjadi wadah utama yang akan
menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum dan agama di
Malaysia.Kita sudah mencapai
kemerdekaan selama 62 tahun dan
matang serta mampu bertolak ansur
dengan mengutamakan kepentingan
juga perpaduan negara.Dalam pada itu,
kita perlu sentiasa berpegang teguh
kepada ajaran agama masing-
masing.Perpaduan bermula daripada
sanubari kita sendiri. Justeru,
semailah semangat penyatupaduan itu
dalam keluarga dan komuniti, nescaya
ia akan mewujudkan sebuah
masyarakat yang bersatu padu dan
cintakan negara.

Kemakmuran bersama adalah usaha
menjadikan Malaysia sebagai negara
yang terus-menerus membangun secara
mampan.Pembangunan itu pula seiring
denganpengagihan ekonomiyang adil
dan inklusif di setiap rangkaian nilai,
kelas, kaum dan geografi menjelang
2030.

Perkara ini juga digariskan di bawah
Teras 3, Manifesto Pakatan Harapan
iaitu merancak pertumbuhan ekonomi
yang adil dan saksama.

Rakyat yang bersatu tanpa prasangka
dengan meraikan kepelbagaian bangsa
dan budaya adalah asas kepada
penyatuan negara.

Kesimpulan

Bagi mewujudkan perpaduan

generasi kita kini seharusnya peka
dengan Rukun Negara dan menghayati

erti yang sebenarnya kewujudan
Rukun Negara. Ini kerana Rukun

Negara bukan hanya untuk dihafal atau
diikrarkan dan diterapkan dalam

kehidupan seharian warga negara
Malaysia. Semangat Rukun Negara ini

perlu diteruskan kerana ia sangat
rele an dalam menangani krisis negara

tidak kira ancaman daripada dalam dan
luar negara. Dengan berpegang

teguh kepada prinsip Rukun Negara
mampu menjadi rakyat Malaysia

yang bersatu padu, kukuh dan
berwibawabagi menghadapi apa saja

cabaran.


Click to View FlipBook Version