The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tanyikang192088, 2021-04-18 07:25:44

TUN HUSSEIN BIN DATO ' ONN

TUN HUSSEIN BIN DATO ' ONN

i

kandungan

Muka surat
• Pendahulun…………………………………………………….. 1
• Biodata………………………………………………………… 2
• Pendidikan……………………………………………………..3
• Kerjaya…………………………………………………………4-5
• Sumbangan……………………………………………………..6-7
• Nilai kepimpiman………………………………………………8
• Penutup / kesimpulan…………………………………………..9
• Sumber rujukan…………………………………………………10

Pendahuluan
Terima kasih atas sokongan ibubapa , guru -guru dan kawan – kawan yang bantuan
kepada saya semasa saya menghasilkan buku skrap ini . saya bermat dalam tajuk ini dan
saya akan menjadikan tokoh ini sebagai contoh kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan
saya .

1

Biodata
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Feruari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak
sulung Datuk Onn bin Ja’afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan
orang anak. Beliau telah menamatkan zaman bujang dengan menikahi Toh Puan Suhaila
Binti Tan Sri Mohammad Noah dan hasil perkahwinan beliau telah dikurniakan enam
orang cahaya mata .

Pendidikan
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di telak kurau school singapura,kini Telok
Kurau Primary School dan di English college ,Johor Bahru. Selepas persekolahannya,
Hussein Onn menyertai pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun
kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas
ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 dan berkhidmat di Timur
Tengah sewaktu peperangan,kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di Pusat
Perekrutan dan Latihan Polis Malaya di Rawalpindi.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, England
dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.

3

Kerjaya

Pada 15 Januari 1976, beliau menganagkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati
apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat
tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya . Pengalaman dalam bidang
ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan mementingkan
ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk
melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan
meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang
disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta
jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai ‘Penyambung
Warisan Yang Terbilang’. Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan
antara berbilang kaum telah Berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia.
Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya
serta program pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya
dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran
kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr.Mahathir dalam keadaan yang stabil dan
begitu kukuh pada ketika itu.

4

5

Sumbangan
Dibawah pentabiran beliau , Kementerian Pelajaran terus meningkat meningkat
maju. Beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973 sekaligus
Merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Beliau telah disahkan
sebagai pemangku presiden UMNO. Beliau telah meneruskan agenda
pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak Khususnya dalam
menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Beliau juga memberi penekanan kepada
Konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancamandadah. Amanah
negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi.
Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.
Beliau adalah juga Pengerusi Institut Kajian Antarabangsa dan strategik, penasihat
Petronas dan President Persatuan Orang-orang Buta Malaysia. Kini sebuah
Hospital Mata telah mengabadikan Namanya dan dikenali sebagai Hospital Mata

6

Tun Hussein Onn.
7

Nilai Kepimpinan
Pada pandangan beliau, setiap individu yang mengiktiraf diri mereka sebagai
Warganegara Malaysia perlu memelihara kesejahteraan dan kedamaian bagi
memastikan keharmonian hidup bernegara dapat dipertahankan. Ketegasan
dan sifat kepimpinan semulajadi yang dimiliki, membuka ruang kepada Tun
menerajui pucuk pimpinan negara dengan menerapkan nilai murni yang
diperlukan untuk membina sebuah negara yang teguh dan tidak terdedah
kepada sebarang anasir yang boleh menggugat kedudukannya.

8

Penutup/Kesimpulan
Kita dapati beliau mempunyai keistimewaan & Kelebihan-,tegas dan berpegang teguh
dengan prinsip hidupnya. “ Bapa perpaduan” berjaya memupuk semangat
perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat.

\

9

Sumber rujukan
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-bin-dato-onn.html?m=1
https://www.wikiwand.com/ms/Hussein_Onn
http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-tun-hussein-onn.html?m=1
https://umno-online.my/presiden/tunhussein/

10


Click to View FlipBook Version