Unit Informasi
PSS SMK KOTA MASAI
membawakan anda…
PSS SMK Kota MAsai
1
Pameran Bertema
Pesta Kaamatan
&
Hari Gawai
PESTA KAAMATAN
3
“Pesta Kaamatan atau nama lainnya Tadau Kaamatan atau di dalam
bahasa Kadazan Magavau merupakan upacara perayaan khas untuk
menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi.
Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati semangat padi.
Pesta ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazandusun Murut dan
disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
4
Tarian Sumazau
Tarian unik dengan iringan paluan gong ini ditarikan dengan
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan
umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan
5
Unduk Ngadau Kaamatan
Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan
"tunduk tadau" atau “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya
matahari”.
Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau
muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga
dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga
sekarang.
Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan
budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan
Tadau Kaamatan.
6
Makanan dan Minuman
Kinomol Noonsom Nasi Linopot Ambuyat
Air Tapai yang diperbuat Jeruk buah Mambangan Nasi yang dibungkus Hidangan yang diambil
dari beras dengan daun dari bahagian batang sagu
sawit.
7
Pakaian Tradisi
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang.
Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung
toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita
memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju
tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju
fabrik baldu hitam berhias rendakuning keemasan.
Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar
dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus
bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri
gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
8
Ritual Keagamaan
Obolian Odu Miada Gumarang berkongsi bahawa Kaamatan mempunyai tujuh upacara iaitu:
⋄ Mamayayat/Mogkodim Pouli Bambarayon (Permulaan panggilan pulang untuk Bambarayon)
⋄ Magahau (Magavau), Mongondut/Mongombos (Humabot) om Modsoluhut do Bambarayon (Misi
mencari dan menyelamat)
⋄ Mamabas (Meredakan)
⋄ Momodsu (Pembersihan atau penyucian)
⋄ Monoguli (Pemulihan)
⋄ Monumad (Memberi makan)
⋄ Moginakan Kopiobpinaian om Karayahan doid Kinoingan (Hari raya perjumpaan dan kesyukuran
kepada Tuhan)
⋄
9
HARI GAWAI
“Hari Gawai, atau Festival Gawai Dayak, adalah festival penting
masyarakat Dayak di Malaysia yang terdiri daripada suku Bidayuh,
Kenyah, Iban, Murut, Kayan, dan Kelabit. Gawai bermaksud pesta.
Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak
merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan
berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam
padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi
dan social.
11
Asal Usul Hari Gawai
Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula
dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka mempunyai
beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama
perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan
tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil
menggulung atau ngiling tikar.
Penanaman padi adalah aktiviti utama kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi
kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi,
kaum Dayak akan memiliki banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk mereka
meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan
12
Sambutan Hari Gawai
Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula
dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka mempunyai
beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama
perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan
tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil
menggulung atau ngiling tikar.
13
Kumang Gawai
Kumang Gawai merujuk pada Pertandingan Ratu Cantik
yang dianjurkan semasa perayaan Hari Gawai. Pekit
Kumang merupakan satu pertanding di mana peserta akan
memakai pakaian tradisional perempuan kaum Iban,
Ngepan Iban.
Ngepan Indu Iban ini biasanya ada maksud yang tertentu
bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya,
pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia
boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian
tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara
permakaian yang salah boleh menyebabkan peserta gagal
dalam pertandingan tersebut..
14
Makanan dan Minuman
Nasi Merah Umai Ayam Pansoh Ikan Tempoyak
Diperbuat dari bears yang Ikan mentah yang Ayam yang dimasak dalam Ikan yang dimasak dengan
berbeza berbanding beras dibersihkan dan diperap buluh. tempoyak.
biasa. dengan limau, cili dan
bawang merah
15
Pakaian Tradisional - Perempuan
Pakaian tradisonal wanita Iban, terbahagi kepada tiga
jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong.
Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang
dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi
berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga
memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain
selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi
oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
16
Pakaian Tradisional - Perempuan
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain
Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat
merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara
melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini
dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan,
mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki
Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong
tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus
barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun
dengan cara ikat.
17
Ritual Keagamaan
Untuk memulakan upacara
⋄ Sajian akan dipersembahan kepada para dewa, seekor ayam akan dihayunkan di atas kepala semua
yang hadir.
⋄ Hanya orang-orang terhormat dijemput menyajikan bahan-bahan persembahan itu ke dalam pingan
tembikar atau bakul kulit buluh.
⋄ Mereka akan membuang separuh air tuak sebagai "pedara" dalam beberapa gelas dan separuh lagi
diminum oleh mereka sendiri.
⋄ Air tuak yang dibuang ke tanah itu adalah diberikan kepada para dewa, orang kenamaan kayangan dan
roh nenak-moyang untuk memberitahu upacara sajian akan dilakukan.
⋄ Rendai akan ditaburkan untuk memberitahu upacara sajian bermula.
18
Sumber Rujukan
⋄ https://www.pnonline.net/post/apa-itu-taadau-kaamatan
⋄ https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sabah.html
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pekit_Kumang
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai
⋄ https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-sambutan-gawai-bagi-masyarakat-dayak/
⋄ https://www.iloveborneo.my/sejarah-dan-info-menarik-mengenai-hari-gawai-dayak-di-
sarawak/
⋄ https://tvstv.my/2021/05/31/makanan-tradisi-hari-gawai/
⋄ https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/pakaian-tradisional-iban.html
19
Sumber Gambar
⋄ https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/348
⋄ http://evygurlz.blogspot.com/2011/07/tarian-sumazau-merupakan-sejenis-tarian.html
⋄ https://www.thepatriots.asia/tarian-sumazau-lambang-falsafah-etnik-kadazandusun-di-masa-silam/
⋄ https://www.facebook.com/ropuhanditanakwagu/photos/a.324512944594903/324513181261546/?type=3&is_lookaside
=1
⋄ https://www.reddit.com/r/MalaysianFood/comments/mohqii/nonsoom_bambangan_pickled_wild_mango_an_et
hnic/
⋄ https://www.mysabah.com/wordpress/linopot-of-sabah/
20
Terima kasih.
Pameran ini dibawakan khas oleh
Unit Informasi
PSS SMK Kota Masai
PSS SMK Kota Masai
21