The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by soffiashamimi, 2021-08-22 21:59:35

Modul Sejarah Siri 2

Overall Topic F4

MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI ILMI

Modul Sejarah
Siri 2

Keseluruhan Bab Tingkatan 4

Soffia shamimi binti mohamad soffi

SULIT 1249/2

Bahagian B

[30 markah]

Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.
Pilih satu jawapan yang paling sesuai. Hitamkan di ruangan yang disediakan.

1 Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan
Melayu Melaka? [B1M5]
A Kerajaan Srivijaya
B Kerajaan Majapahit
C Kerajaan Johor-Riau
D Kerajaan Kedah Tua

2 Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
[B1M8]
A Sistem Pembesar Berpusat
B Sistem Pembesar Empat Lipatan
C Sistem Pentadbiran Melayu Melaka
D Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

3 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat
dan adat istiadat.
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut? [B1M7]
A Membuktikan keturunan raja
B Menunjukkan kedaulatan raja
C Menggambarkan kemewahan raja
D Menandakan kawasan pemerintahan

4 Kedaulatan

Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan konsep di atas? [B1M6]
I Perluasan jajahan takluk
II Mengukuhkan hubungan persahabatan
III Pengiktirafan daripada kerajaan lain
IV Bebas daripada campur tangan kuasa asing
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5 Kawasan Pegangan

Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada kawasan pegangan?
[B1M8-9]
A Kawasan yang dikhaskan bagi aktiviti jual beli
B Kawasan larangan bagi rakyat biasa
C Kawasan pentadbiran pembesar berempat
D Kawasan pentadbiran pembesar jajahan

2

SULIT 1249/2

6 Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian.
Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini? [B1M10]

I Memastikan keharmonian dalam keluarga
II Memastikan ketua keluarga memainkan peranannya

III Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak
IV Menyelesaikan masalah dalam perkahwinan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Jadual yang berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad
ke-17 dan abad ke-18.

Tahun Revolusi
1688 Revolusi Keagungan di England
1789
Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?
A Kuasa rakyat terjejas

B Ideologi komunis terhalang
C Kuasa raja mutlak diperkukuh

D Kerajaan berperlembagaan ditegakkan

8 Rakyat Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada [B1M6]
I pedagang asing

II orang Melayu
III orang Laut

IV orang Jawa

A I dan II
B I dan IV

C II dan III
D III dan IV

9 Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan.

Antara berikut, yang manakah lambang kebesaran sultan dalam Kesultanan Melayu
Melaka? [B1M7]

I Alat regalia
II Cap mohor

III Wilayah pengaruh
IV Agama Islam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3

SULIT 1249/2

10 Dalam kalangan Pembesar Berempat, Bendahara memainkan peranan paling penting
dalam pentadbiran.
Antara berikut, yang manakah bidang tugas bendahara? [B1M9]
I Ketua turus angkatan tentera
II Menjaga keharmonian rakyat
III Menguruskan hal ehwal kewangan
IV Pemangku sultan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11 Hubungan erat antara pemerintah dengan rakyat dapat memastikan kestabilan
sesebuah kerajaan.
Antara berikut, yang manakah peranan sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
[B1M12]
I Bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyatnya
II Bertanggungjawab dalam peluasan jajahan takluk
III Bertanggungjawab dalam penyebaran agama Islam
IV Bertanggungjawab terhadap perpaduan rakyat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12

• Ibrahim Haji Yaakob
• Ishak Haji Muhammad
• Ahmad Boestamam

Apakah persamaan antara tokoh-tokoh nasionalis di atas? [B2M33]
A Merupakan golongan intelektual berpendidikan Inggeris

B Menyatupadukan orang Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
C Melanjutkan pelajaran mereka di Mesir dan Turki

D Mendokong perjuangan nasionalisme bersifat radikal

4

SULIT 1249/2

13 Gerakan nasionalisme tempatan pada peringkat awal digerakkan oleh golongan
berpendidikan agama atau dikenali sebagai Kaum Muda.

Siapakah pendorong golongan ini? [B2M36]
I Syed Syeikh al-Hadi

II Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
III Raja Chulan Raja Abdullah

IV Eunos Abdullah

A I dan II
B I dan IV

C II dan III
D III dan IV

14 Pada tahun 1936, Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya

(CIAM).
Antara berikut, yang manakah perjuangan CIAM? [B2M41]

I Memperjuangkan kemerdekaan India di Tanah Melayu
II Menjaga kebajikan orang India di Tanah Melayu

III Menggerakkan kesedaran nasionalisme orang India tempatan
IV Menuntut supaya memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang India

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Jadual berikut berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand.

Pemerintah Thailand Tindakan
Raja Mongkut Memperkenalkan sistem birokrasi Barat di

Raja Chulalongkorn Thailand.

Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut? [B2M31]

A Menyaingi kuasa besar
B Mengukuhkan kuasa rakyat

C Mengekalkan kedaulatan negara
D Memantapkan kedudukan parlimen

16 Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.

“Rumah Besar Tiang Sebatang”

“Cerita Awang Putat”
“Di sini Kita Bukannya Orang Dagang”

Apakah tema cerpen tersebut? [B2M39]

A Menyekat pengaruh komunis
B Mewujudkan perpaduan kaum

C Memperjuangkan nasib bangsa
D Mengurangkan pengaruh golongan radikal

5

SULIT 1249/2

17 Mahatma Gandhi menjadikan konsep satyagraha sebagai asas perjuangan
nasionalisme di India.
Antara berikut, yang manakah perjuangan berlandaskan satyagraha? [B2M26]
A Perjuangan bersenjata
B Perjuangan berasaskan sabotaj dan mogok
C Perjuangan tanpa keganasan
D Perjuangan berdasarkan pemulauan barangan British

18 Antara berikut, yang manakah matlamat nasionalisme di China? [B2M26]
I Mempertahankan tradisi dan peradaban China
II Menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu
III Melahirkan sebuah negara komunis
IV Menyokong penjajahan Barat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19 Kebangkitan nasionalisme di Burma turut dipengaruhi oleh Revolusi Pelajar.
Apakah faktor tercetusnya revolusi ini? [B2M29]
A Membebaskan tanah air
B Mempertahankan agama Buddha
C Menentang pengaruh Barat
D Menuntut penubuhan sebuah universiti

20 Mengapakah perjuangan Dol Said menentang British dianggap sebagai satu gerakan
nasionalisme?
I Merupakan satu perjuangan menuntut kemerdekaan
II Merupakan perjuangan menentang pengaruh luar
III Merupakan perjuangan mendaulatkan wilayah mereka
IV Merupakan perjuangan mempertahankan kekayaan negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21 Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914

Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut? [B3M54]

A Pearl Harbour diserang
B Wilayah Jerman diceroboh

C Perancis bersekutu dengan Rusia
D Bakal raja Austria-Hungary dibunuh

6

SULIT 1249/2

22 Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas
Perang Dunia Pertama? [B3M59]

Pemimpin Negara
Benito Mussolini Itali

Adolf Hitler Jerman

A Mengadakan referendum
B Memulihkan sistem monarki

C Mengukuhkan angkatan tentera
D Membangunkan industri baharu

23 Senarai yang berikut merujuk slogan yang digunakan oleh pihak Jepun.

Semangat Asia

Asia untuk orang Asia
Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya

Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut? [B3M68]

A Meluaskan kuasa
B Menyatukan wilayah

C Menyebarkan ideologi
D Menamatkan penjajahan

24 Enakmen Undang-Undang Islam 1904

Mengapakah British memperkenalkan undang-undang di atas? [B3M52]
A Menyekat perkembangan Islam di negeri-negeri Selat
B Menyekat pengaruh idea politik dari Timur Tengah
C Menyekat pengaruh ulama terhadap orang Melayu
D Menyekat penyebaran karya-karya Islam di Tanah Melayu

25 Berikut merupakan pakatan ketenteraan di Eropah.

Pakatan Kuasa Tengah
Pakatan Bertiga

Antara berikut, yang manakah kesan pembentukan pakatan tersebut? [B3M54]
I Mencetuskan perjuangan membentuk negara bangsa masing-masing
II Mencetuskan Revolusi Perindustrian di Eropah
III Mencetuskan ketidakstabilan politik di Eropah
IV Mencetuskan perlumbaan menghasilkan senjata dalam kalangan kuasa Eropah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7

SULIT 1249/2

26 Mengapakah Tanah Melayu menjadi sasaran awal dasar perluasan kuasa Jepun
terhadap Asia Tenggara? [B3M68]
I Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British
II Mendapat sokongan dan bantuan daripada orang tempatan
III Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah
IV Kedudukan Tanah Melayu yang strategik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27 Pendudukan Jepun telah membawa kepada kemelesetan ekonomi.
Bagaimanakah tentera Jepun menangani keadaan ini?
A Mengimport makanan dan barangan pengguna dari Jepun
B Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan
C Mencetak wang kertas sendiri
D Memperkenalkan kad catuan makanan

28 Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk
menawan Rusia.
Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman? [B3M60]
A Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia
B Untuk menghapuskan fahaman komunisme
C Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah
D Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China

29 Apakah tujuan Jepun mewujudkan institut “Koa Kunrenjo” di Tanah Melayu?
[B3M71]
I Mengatasi masalah kekurangan pegawai kerajaan
II Menyokong cita-cita politik Jepun di Tanah Melayu
III Melatih tentera sukarela untuk menentang penjajah British
IV Menyatupadukan penduduk Tanah Melayu di bawah sebuah pertubuhan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

30 Bekas anggota Kesatuan Melayu Malaya menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS) dengan bantuan tentera Jepun.
Apakah matlamat pembentukan KRIS? [B3M81]
A Menentang kehadiran semula penjajah Barat
B Menyatupadukan penduduk Indonesia di Tanah Melayu
C Mencapai kemerdekaan bersama-sama dengan Indonesia
D Mewujudkan kawasan Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya

8

SULIT 1249/2

Bahagian B

[20 markah]

Jawab semua soalan.

1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan dan masyarakat
yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.

(a) Senaraikan Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka.

..…………………………………………………………………………………
…..………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………
………..…………………………………………………………………………
…………..………………………………………………………………………

[2 markah]

(b) Apakah peranan yang dimainkan oleh Pembesar Berempat?

..…………………………………………………………………………………
…..………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………
………..…………………………………………………………………………
…………..………………………………………………………………………

[4 markah]

(c) Sistem pentadbiran yang tersusun dan berhierarki dapat mengukuhkan politik
sesebuah negara.
Berikan ulasan anda.

..…………………………………………………………………………………
…..………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………
………..…………………………………………………………………………
…………..………………………………………………………………………

[4 markah]

10

SULIT 1249/2

2. Peta berikut menunjukkan lokasi Perang Dunia Pertama antara Kuasa Tengah dengan
Pakatan Bertiga.

(a) Mengapakah Perang Dunia Pertama tercetus?

..…………………………………………………………………………………
…..………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………
………..…………………………………………………………………………
…………..………………………………………………………………………

[3 markah]

(b) Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara Eropah?

..…………………………………………………………………………………
…..………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………
………..…………………………………………………………………………
…………..………………………………………………………………………

[3 markah]

11

SULIT 1249/2

(c) Peperangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, pergolakan politik
dan kehilangan nyawa.
Berikan pandangan anda.

..…………………………………………………………………………………
…..………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………
………..…………………………………………………………………………
…………..………………………………………………………………………

[4 markah]

12

SULIT 1249/2

Bahagian C
[20 markah]
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

3. Maka titah Sang Sapurba, “Hendaklah segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya

sekalipun, atau zalim dan jahat pekertinya, janganlah segala hamba Melayu itu derhaka
dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga

ditakluk negerinya juga…” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi
anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku”.

Maka titah Sang Sapurba. “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu”. Titah
baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya,

dibalikkan Allah bumbungan rumah ke bawah kaki ke atas”. Maka sembah Demang
Lebar Daun. “Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian hamba Melayu,

dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya”.
Waadat antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun

(a) Hubungan antara golongan pemerintah dan rakyat membawa kepada
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah peranan mereka?
[8 markah]

(b) Sejauhmanakah tulah dapat memastikan rakyat tidak menderhaka kepada raja?
[6 markah]

(c) Mengapakah institusi beraja di negara kita perlu dipertahankan?
[8 markah]

4. Nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara yang
memperjuangkan hak bangsa dan mendapatkan kemerdekaan.

(a) Bagaimanakah nasionalisme dalam kalangan rakyat Thailand berlaku?
[6 markah]

(b) Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn membawa masuk penasihat Barat
dalam pentadbiran kerajaan.

Wajarkah tindakan kedua-dua Raja Thailand ini?
[6 markah]

(c) Perjuangan mendapatkan kemerdekaan patut dihargai.
Berikan ulasan anda.

[8 markah]

13

SULIT 1249/2

5. Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di Eropah dan Asia Pasifik yang turu
melibatkan Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.

(a) Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah?
[6 markah]

(b) Sekatan ekonomi ke atas Jepun menyebabkan tentera mereka menyerang
Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Jelaskan.
[8 markah]

(c) Bagaimanakah cara mengelakkan peperangan daripada berlaku pada masa
kini?
[6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

14


Click to View FlipBook Version