MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
E-FOLIO
TAJUK : SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
NAMA NO.
PENDAFTARAN
MUHAMMAD AIMEER HAZIQ BIN SUHAIMI 06DEP21F1050
ANIS SOFIA BINTI HASANUDDIN 06DEP21F1060
NUR RAZLINA MARINA BINTI ZAINAL 06DEP21F1068
NAMA PENSYARAH : PN. RIBHAN BINTI IBRAHIM
ISI KANDUNGAN
NO. PERKARA MUKA
SURAT
1.0 Penghargaan
2.0 Pengenalan 3
3.0 Pengasas dan Pengasasan 4
5
Melaka
6
3.1 Perkembangan Politik Melaka 7-8
3.2 Pemerintahan Kerajaan
9
Melaka
10-11
3.3 Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka 12
13
3.4 Faktor-faktor Kegemilangan
Melaka
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan
1.0 Penghargaan
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah rahmatnya dapat
kamimenyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan
penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan
kepada Puan Ribhan Binti Ibrahim , Pensyarah
matapelajaran penghayatan Etika dan Peradaban
[MPU21032] , di atas kesudian beliau memberi tugasan
ini kepada kami. Beli juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlangsung. Selain itu juga, tidak lupa penghargaan
buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan
dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang
penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini
berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap
kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata
membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan
tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua
pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja
kursus ini dalam tempoh yang diberi.
2.0 Pengenalan
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan
Melayu yang berpusat di negeri Melaka, Malaysia zaman moden.
Tesis sejarah konvensional menandakan tahun 1400 sebagai
tahun penubuhan kesultanan Melaka oleh Raja Singapura,
Parameswara, juga dikenali sebagai Iskandar Shah yang berasal
dari Palembang. Namun, tahun penubuhan Melaka telah disemak
semua baru-baru ini dan diubah menjadi tahun 1262. Pada
kemuncak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15, ibu
kotanya berkembang menjadi salah satu pelabuhan pindah kapal
yang paling penting, dengan wilayah kesultanan yang meliputi
sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau
dan sebahagian besar utara Sumatera, Indonesia zaman moden.
Sebagai sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang
pesat, Melaka muncul sebagai pusat pendidikan dan penyebaran
Islam, dan memangkin perkembangan bahasa, kesusasteraan dan
kesenian Melayu. Kesultanan Melaka manandakan zaman
kegemilangan kesultanan Melayu di Nusantara, dimana Bahasa
Melayu Klasik menjadi lingua franca Maritim Asia Tenggara dan
tulisan Jawi menjadi medium
utama pertukaran budaya,
agama dan intelektual. Melalui
perkembangan intelek, rohani
dan budaya ini, zaman Melaka
telah menyaksikan penubuhan
identiti Melayu, Malaysia rantau
ini dan seterusnya pembentukan
Alam Melayu.
3.0 Pengasas dan
Pengasasan Melaka
Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada
tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang
oleh kerajaan Majapahit. Ini menyebabkan
Putera Raja Palembang yang bernama
Parameswara dan para pengikutnya
mengundurkan diri hingga ke Temasik. Setelah
menewaskan penguasa pulau tersebut iaitu
Sang Aji Singapura yang merupakan menantu
kepada Raja Siam, Parameswara telah
bertakhta di Singapura. Namun pada tahun
1398, Ayudhya telah membuat serangan balas
ke atas Singapura dan membuatkan
Parameswara serta pengikutnya
mengundurkan diri ke semenanjung Tanah
Melayu. Ketika Parameswara sampai di Melaka,
di situ telah pun wujud sebuah perkampungan
nelayan. Parameswara menamakan kawasan
tersebut “Melaka” iaitu bersempena dengan
nama sebatang pohong yang bernama
“Malaka”.
3.1 Perkembangan Politik
Melaka
Parameswara membuka petempatan di Melaka,
dengan menyediakan kelengkapan perahu dan
pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul
sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.
Pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari
negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah
untuk Parameswara sebagai bukti pengiktirafan.
Maharaja Yung Lo iaitu maharaja negara China dari
Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang
kedudukan Melaka daripada utusan dan
saudagar-saudagar yang datang dari timur tengah
seperti Arab dan Parsi. Pada tahun 1405, utusan dari
Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara
China. Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan
Parameswara ditabalkan sebagai raja. Pada tahun
1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah
menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di
samping sebuah prasasti kepada Parameswara.
3.2 Pemerintahan
Kerajaan Melaka
Bil. Nama Pemerintah Tahun Pemerintahan
1 Parameswara / Iskandar Syah 1400-1414
2 Sultan Megat / Mahkota Iskandar Syah 1414-1424
3 Sultan Muhammad Syah 1424-1444
4 Sultan Abu Syahid 1444-1446
5 Sultan Muzaffar Syah 1446-1459
6 Sultan Mansur Syah 1459-1477
7 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488
8 Sultan Mahmud Syah 1488-1511
● Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang
mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun.
● Sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem
pembesar.
● Sistem pembesar utama yang membantu sultan dalam mentadbir
Melaka ialah sistem pembesar empat lipatan yang terdiri dari pada
bendahara, penghulu bendahari, temenggung dan laksamana.
● Selain pembesar utama, sistem pemerintahan Melaka dibantu oleh
pembesar 8, 16 dan 32.
● Pembesar empat dibantu oleh pembesar 8 manakala pembesar 8
dibantu oleh pembesar 16 dan 32.
● Pembesar 8 adalah golongan pentadbir yang penting dalam sistem
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu syahbandar dan hulu
balang besar.
Sistem pemerintahan Melayu Melaka :
3.3 Hukum Kanun Melaka
dan Undang-Undang Laut
Melaka
Hukum Kanun Undang-undang
Melaka Laut Melaka
44 fasal yang Memperuntukkan
menyentuh bidang perkara yang
kuasa raja dan berkaitan dengan
pembesar serta tatacara pelayaran di
pantang larang. laut seperti
tenggungjawab
Hukuman terhadap pengawal kapal, atur
kesalahan jenayah cara pelayaran,
awam, undang-undang perniagaan, budang
keluarga dan kuasa nahkoda kapal
sebagainya. dan hukuman bagi
kesalahan jenayah.
3.4 Faktor-faktor
Kegemilangan Melaka
i. Faktor Semulajadi atau Geografi
● Kedudukan geografinya yang terletak di
tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa
dan berperanan sebagai penyambung pasaran
perdagangan utama, di benua India dan benua China.
● Memiliki kelebihan dari segi kedudukan di pertemuan
angin monsun iaitu Angin Monsun Timur dan Angin
Monsun Barat Daya.
● Kedudukan Melaka di Selat Melaka kerana selat ini
ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh
semua pedagang luar untuk kemana-mana destinasi.
● Kekayaan sumber asli hasil persekitaran hasil hutan.
● Orang Melayu Pesisir memainkan peranan penting
sebagai penjual dan pengedar hasil hutan.
● Emas dan bijih timah menjadi hasil utama di Melaka.
● Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang
terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan
pertumbuhan plankton.
ii. Faktor Ekonomi
● Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan
dari negara luar.
● Kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan,
kayu dan damar sebagai barang dagangan yang penting
ketika itu.
● Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan
utama dengan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang
maju.
iii. Faktor Politik dan Pentadbiran
● Hubungan rapat antara Melaka dengan China memberi
peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan
politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka dari ancaman
Siam yang kuat ketika itu.
● Melaka mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan
yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut
dan tokoh-tokoh kerajaan.
● Melaka juga mempunyai tokoh perbendaharaan yang
tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya.
● Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan
membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan
lancar.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka pada kurun ke-15 bukan sahaja disebabkan
kepentingannya sebagai pusat perdagangan. Di
samping kegiatan perdagangan, terdapat beberapa
faktor lain yang berpengaruh dan menyumbang kepada
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya
ialah faktor politik, faktor ekonomi dan faktor
pendidikan. Faktor ini merupakan tiga faktor utama
yang merangkumi kesemua faktor kegemilangan
Melayu Melaka seperti sistem pemerintahan dan
pentadbiran yang sistematik, hubungan antara kelas
Melayu dengan orang laut, kekayaan hasil bumi,
penggunaan lingua franca, sistem masyarakat,
penyebaran agama Islam dan sebagainya. Kesemua
faktor tersebut amat bertetapan dalam semua aspek
yang diperlukan dalam membentuk kerajaan Melaka
seterusnya dijadikan asas dalam mengukuhkan
Kesultanan Melayu Melaka. Dengan menggunakan
panduan yang diberikan oleh orang pada zaman
dahulu, kita rakyat Malaysia masa kini hendaklah
bersama-sama menjaga
adat resam dan warisan
dari turun temurun agar
dapat bersaing dengan
negara luar.
5.0 Rujukan
https://ms.wikipedia.org/wik
i/Kesultanan_Melayu_Melaka
http://myprojectpm12.blogspo
t.com/2018/01/pengasasan-ke
sultanan-melaka-melaka.html
https://drive.google.com/file/
d/1PqYVkdvVs3Od8m4zDK
V1iE9EeBOtN5O0/view
Sejarah Dunia Sem 1 (Ace
STPM), Subang Jaya :
Penerbit Ehsan