The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Lukisan Persembahan Senibina merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di dalam Program Teknologi Senibina Kolej Komuniti Malaysia. Ia juga merupakan satu pengetahuan asas yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar jurusan senibina. E-book ini mengandungi 4 topik utama. Pada bahagian pengenalan diterangkan berkenaan. Lukisan Persembahan Senibina yang mendedahkan pembaca
kepada fungsi dan kepentingan lukisan persembahan dalam bidang senibina.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZHARINA AZMAN (KKKUA), 2024-05-19 23:00:47

LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA

Lukisan Persembahan Senibina merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di dalam Program Teknologi Senibina Kolej Komuniti Malaysia. Ia juga merupakan satu pengetahuan asas yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar jurusan senibina. E-book ini mengandungi 4 topik utama. Pada bahagian pengenalan diterangkan berkenaan. Lukisan Persembahan Senibina yang mendedahkan pembaca
kepada fungsi dan kepentingan lukisan persembahan dalam bidang senibina.

Keywords: Lukisan Persembahan,Senibina,Architecture,Presentation Drawing,Presentation

NORJANNAH SANAPI. NORHADI MOHD NOOR LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA NOR FAZLINA HARUN . TS.AZHARINA AZMAN . SYURINA SAMSUDIN


LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA Perpustakaan Negara Malaysia Kolej Komuniti Kuantan Lukisan Persembahan Senibina eISBN 1234689200 -002-200 @Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini yang boleh disiar, diterbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada Penerbit dan Pemilik Hak Cipta Perpustakaan Negara Malaysia. LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA Diterbitkan oleh : KOLEJ KOMUNITI KUANTAN Kementerian Pendidikan Tinggi B-24, Jalan IM 3/13 Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur No. Tel. : 09-572 1313 No. Faks : 09-573 5000 NOR FAZLINA BT HARUN . TS.AZHARINA BT AZMAN . SYURINA BT SAMSUDIN . NORJANNAH BT SANAPI . NORHADI BIN MOHD NOOR


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 00 SIDANG REDAKSI PRAKATA 01 PENGENALAN 02 MEDIUM LUKISAN PERSEMBAHAN Perisian 3D Perisian Rendering Perisian Terbitan & Pencetakan 04 06 08 Perisian Persembahan 10 Jenis- jenis Kertas & Saiz 12 Jenis- jenis Printer 18 PRINSIP ASAS REKABENTUK SENIBINA Hierarki (Hierarchy) Keseimbangan(Balance) 24 26 Irama (Rhytm) 28 Kontras (Contrast) 29 Kesatuan (Unity) Perkadaran (Proportion) 33 31


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 00 LAYOUT & KOMPOSISI Orientasi Kertas 38 Tips Memilih Orientasi Kertas 39 KOMPILASI LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA 49 PENUTUP 72 71 Proses Menghasilkan Lukisan Persembahan Senibina 42 PELAJAR Jenis-jenis Lukisan Senibina 40 Hasil Kerja Pelajar Senibina Rujukan Rumusan


PENAUNG: TS.NADZRI BIN CHE KAMIS PENASIHAT 1: SR.NOR IDAYU BINTI NORDIN PENASIHAT 2: MOHAMED RUSHDAN BIN MOHAMED DEROS KETUA PENERBIT: Ts. NOR RIZAL BIN MD.NOAR SETIAUSAHA: ROHANA BINTI MOHD NOR KETUA EDITOR & PENULIS: NOR FAZLINA BINTI HARUN JK EDITOR & PENULIS: TS.AZHARINA BINTI AZMAN, SYURINA BINTI SAMSUDIN, NORJANNAH BINTI SANAPI & NORHADI BIN MOHD NOOR JK PEMBACA PRUF & KAWALAN MUTU: AZLIZA BINTI YUSOP & AFFENDI BIN DERIS JK REKABENTUK GRAFIK: SYAIZURA HANI BINTI ABD SAMAT JK PROMOSI: WAN MOHD MAZYAN BIN WAN ABDULLAH JK CETAKAN & SIJIL: MASITA BINTI HASSAN >>>Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang idea serta kepakaran dalam membangunkan buku Lukisan Persembahan Senibina terutamanya PROGRAM TEKNOLOGI SENIBINA, Kolej Komuniti Kuantan.<<< 00


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A Gambar dari kiri: SYURINA BINTI SAMSUDIN, NOR FAZLINA BINTI HARUN, NORHADI BIN MOHD NOOR, NOR JANNAH BINTI SANAPI & Ts.AZHARINA BINTI AZMAN (duduk) 00


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 00 01 Syukur ke hadrat Ilahi, e-book Lukisan Persembahan Senibina ini dapat dihasilkan dengan idea-idea dan perkongsian ilmu dari penulis-penulis di kalangan pensyarah Program Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Kuantan. Lukisan Persembahan Senibina merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di dalam Program Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Malaysia. Ia juga merupakan satu pengetahuan asas yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar jurusan senibina. E-book ini mengandungi 4 topik utama. Pada bahagian pengenalan diterangkan berkenaan Lukisan Persembahan Senibina yang mendedahkan pembaca kepada fungsi dan kepentingan lukisan persembahan dalam bidang senibina. Topik pertama adalah mengenai Medium Lukisan Persembahan. Topik ini menerangkan mengenai perisian yang digunakan untuk menghasilkan lukisan persembahan, jenis-jenis kertas, saiz kertas dan jenisjenis plotter atau pencetak yang digunakan untuk mencetak hasil lukisan persembahan. Topik kedua adalah Prinsip Asas Rekabentuk. Topik ini adalah asas pengetahuan dan pemahaman rekabentuk bidang senibina. Asas rekabentuk ini penting untuk pelajar dan pembaca mengetahui nilai dan prinsip setiap gayarupa dan susunatur dalam senibina. Topik ini merangkumi prinsip hirarki, simetri dan keseimbangan, rhythm, kontras, kesatuan dan keseimbangan (skala). Topik ketiga adalah mengenai susunatur dan komposisi dalam lukisan persembahan. Topik ini menerangkan mengenai jenis-jenis lukisan yang perlu ada dalam lukisan senibina, cara menyusunatur lukisan di dalam papan lukisan persembahan dan format lukisan persembahan. Topik kelima adalah contoh-contoh hasil kerja pelajar dalam Lukisan Persembahan Senibina. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penulispenulis yang telah meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan kepada semua yang terlibat dalam penghasilan ebook ini. Semoga e-book ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang membacanya.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 00 02 Lukisan persembahan senibina adalah lukisan yang digunakan oleh arkitek atau pereka (designer) untuk menggambarkan sesuatu rekabentuk yang dihasilkan. Bagi teknik lukisan persembahan berbantu komputer pula, papan lukisan persembahan dihasilkan dengan menggunakan perisian atau gabungan beberapa perisian komputer. Terdapat pelbagai medium untuk lukisan persembahan iaitu papan persembahan, persembahan menggunakan slaid dan persembahan animasi 3D bangunan. Medium lukisan persembahan ini digunakan bergantung kepada keperluan klien. Lukisan Persembahan adalah penting bagi tujuan memberi gambaran, maklumat dan idea pembangunan kepada masyarakat dalam bentuk yang mudah difahami. Dari sudut pelanggan pula, lukisan persembahan digunakan untuk memajukan idea dan menerangkan rekabentuk yang ingin diketengahkan bagi persetujuan pelanggan untuk membina bangunan tersebut. Lukisan persembahan juga dapat menarik perhatian pembeli dengan penerangan dan menyerlahkan rekabentuk dalam format yang mudah difahami umum.


Medium Lukisan Persembahan Medium Lukisan Persembahan Bab 01 L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A Oleh : SYURINA BINTI HJ. SAMSUDIN & NORHADI BIN MOHD NOOR


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 04 Medium Lukisan Persembahan PERISIAN 3D PERISIAN REVIT ARCHITECTURE Revit adalah software BIM yang banyak digunakan dalam Construction dan Architecture. BIM iaitu Building Information Modeling berfungsi membolehkan perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pengurusan bangunan menjadi lebih berkesan. Revit ialah perisian yang membantu dalam kerja pembinaan. Aplikasi ini digunakan secara meluas oleh arkitek, kontraktor dan pekerja binaan lain kerana mereka memerlukan penyelarasan kerja projek yang berkesan. Dengan perisian ini, proses menghasilkan kerja pemodelan imej 3D dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci. Arkitek boleh menggunakan Revit untuk menunjukkan komponen bangunan kelihatan sebenar seperti tingkap, pintu dan dinding dengan reka bentuk yang sesuai. Maklumat lain seperti pelan lantai, ketinggian, pembinaan bahan dan penjadualan boleh dilakukan melalui Revit. Dengan cara itu, tugas arkitek mencipta reka bentuk bangunan adalah lebih mudah dan berkesan. Revit mampu mengoptimumkan fungsi reka bentuk seni bina yang sedang diusahakan. Menentukan kos pengeluaran, memantau prestasi semasa projek boleh dilakukan dalam satu aplikasi. Revit mempunyai pelbagai add-on dan plugin untuk mencipta reka bentuk 3D dalam pemodelan BIM. Perisian 3D ialah perisian yang dapat menghasilkan model 3 dimensi yang mempunyai panjang, lebar dan kedalaman . Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung. 3D berasal dari lukisan 2D yang bergabung dari 3 pandangan. 3D boleh dilihat dari pandangan perspektif atau isometrik. Perisian 3D amat penting dalam memberi gambaran keseluruhan bangunan. Ia membantu untuk mengillustrasikan imej bangunan yang direka oleh pereka. Antara contoh perisian 3d ialah Revit Architecture, Sketchup dan 3d Autocad.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 05 Medium Lukisan Persembahan PERISIAN SKETCHUP PERISIAN AUTOCAD 3D SketchUp ialah program aplikasi berdasarkan reka bentuk lukisan pemodelan 3D yang mudah dan berkuasa, direka untuk arkitek, jurutera awam. Ia direka untuk menjadikan lebih mudah dan cepat, terutamanya jika dilengkapi dengan plug-in Vray, ia mempunyai keupayaan komunikasi grafik, yang tidak kurang menarik daripada program CAD 3D. Perisian yang dibangunkan oleh Google ini digunakan untuk mencipta pelbagai jenis model, reka bentuk rumah dan rekabentuk dalaman. Perisian ini sangat mudah digunakan dan model yang dibuat boleh diletakkan di Google Earth atau dipamerkan di Gudang 3D Google. Program ini adalah percuma, semua orang boleh memuat turun secara langsung tanpa perlu membayar, tetapi perisian Google SketchUp mempunyai dua versi, pertama versi biasa Google SketchUp dan versi Pro, untuk versi Pro, ia adalah versi berbayar. CAD 3D, atau reka bentuk bantuan komputer tiga dimensi, ialah teknologi untuk reka bentuk dan dokumentasi teknikal, yang menggantikan penggubalan manual dengan proses automatik. Digunakan oleh arkitek, jurutera dan profesional lain, perisian CAD 3D mewakili dan menggambarkan objek dengan tepat menggunakan koleksi mata dalam tiga dimensi pada komputer. Autodesk mempunyai portfolio luas program perisian CAD 3D untuk lukisan dan pemodelan untuk membantu orang ramai meneroka dan berkongsi idea, menggambarkan konsep dan mensimulasikan prestasi reka bentuk sebelum ia dibuat.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 06 Medium Lukisan Persembahan PERISIAN RENDERING Rendering ialah proses yang digunakan pada penghujung tugasan. Apabila design dan drawing telah siap dan objek telah disetkan kepada material yang ditetapkan, maka render adalah arahan terakhir sebelum proses menghasilkan lukisan persembahan. Ia menampakkan keadaan binaan yang real seperti bentuk asal atau original yang menampakkan cahaya dan bayang. Render boleh dibuat menggunakan beberapa perisian komputer dalam banyak software yang telah dicipta yang mengandungi pelbagai kaedah dan terdapat kelebihan dan kekurangan masing-masing. Antara perisian rendering yang biasa digunakan ialah Lumion 3D, Sketchup V-ray, 3D Max Studio, Revit Architecture dan Autocad 3D. AUTOCAD 3D PERISIAN RENDERING LUMION 3D SKETCHUP V-RAY 3D MAX STUDIO REVIT ARCHITECTURE


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 07 Medium Lukisan Persembahan Contoh hasil rendering menggunakan 3D Lumion Contoh hasil rendering menggunakan Revit Architecture Contoh hasil rendering menggunakan Sketchup V-ray Contoh hasil rendering menggunakan 3D-Max Studio


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 08 Medium Lukisan Persembahan PERISIAN TERBITAN & PENCETAKAN Pencetakan merupakan proses penghasilan semula teks dan imej yang lazimnya dilakukan dengan menggunakan mesin cetak yang mengenakan dakwat ke atas kertas. Pencetakan lazimnya dijalankan sebagai proses industri besar-besaran serta merupakan bahagian penting dalam bidang penerbitan dan persuratan urus niaga. Mengikut kamus dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbitan berasal dari perkataan 'terbit' yang bermaksud 'keluar' atau 'sebar'. Penerbitan membawa makna sebarang penyebaran dan pengeluaran maklumat untuk disampaikan kepada umum. Disini diingatkan bahawa penerbitan hanyalah merujuk kepada penyebaran maklumat sahaja dan bukannya perkara-perkara lain. JENIS-JENIS PENERBITAN 1. Penerbitan dalam Talian (Online Publishing) 2. POD (Print-On-Demand) 3. Penerbitan Web (Web Publishing) 4. Penerbitan Elektronik (e-Publishing) 5. Penerbitan Kendiri (Self-Publishing) 6. Penerbitan Desktop (Desktop Publishing) 7. Kewartawanan Rakyat (Citizen Journalism) Untuk mencetak, terdapat beberapa perisian yang biasa digunakan iaitu : 1. Adobe Photoshop 2. Adobe Illustrator 3. Coreldraw Senaraikan 3 jenis PERISIAN LUKISAN 3D? SCAN ME IMBAS UNTUK SEMAK JAWAPAN SOALAN BAB 01


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 09 Medium Lukisan Persembahan PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP PERISIAN ADOBE ILLUSTRATOR Adobe Photoshop atau biasa dipanggil photoshop, adalah perisian penyuntingan imej yang dibuat oleh Adobe sistem yang khusus untuk menyunting foto atau imej dan mencipta kesan. Imej yang terhasil yang diproses dengan Adobe Photoshop digunakan secara meluas bermula daripada pengiklanan, fotografi, laman web sehinggalah kepada multimedia pembelajaran. Adobe Illustrator ialah perisian grafik yang terkemuka dalam industri yang membolehkan anda merekabentuk apa sahaja. Kebanyakkan papan iklan dan logo dihasilkan dengan menggunakan Adobe Illustator. Antara kelebihan Adobe Illustrator ialah ia membolehkan pereka untuk mereka apa sahaja bentuk grafik yang diingini.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 10 Medium Lukisan Persembahan PERISIAN PERSEMBAHAN PERISIAN SKETCHUP LAYOUT Perisian persembahan ialah sebarang perisian yang digunakan untuk membantu menerangkan dan menggambarkan persembahan pembentangan melalui urutan seperti grafik, teks, audio atau video. Perisian Persembahan yang biasanya digunakan dalam bidang Senibina ialah Sketchup Layout. Sketchup Layout adalah sebahagian dari perisian Sketchup Pro. Ianya merupakan perisian untuk mendokumentasi model Sketchup. Antara kelebihan Sketchup Layout ialah keupayaan untuk integrate dengan perisian Sketchup. Dimana model 3d dari perisian Sketchup dapat diubah secara langsung dalam perisian Sketchup Layout kerana keduaduanya saling berhubung kait. Penggunaan Sketchp Layout amat memudahkan dalam penyediaan set lukisan persembahan dan sekaligus dapat menjimatkan masa.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 12 Medium Lukisan Persembahan JENIS-JENIS KERTAS Terdapat pelbagai jenis kertas di pasaran yang boleh digunakan untuk mencetak lukisan persembahan berbantu komputer. Pengetahuan berkaitan jenis-jenis kertas akan membantu dalam mendapatkan hasil lukisan persembahan yang lebih berkualiti kertas tidak semua jenis kertas sesuai digunakan untuk tujuan pencetakan. Dalam topik ini, kita akan membincangkan beberapa contoh jenis kertas yang terdapat di pasaran antaranya ialah: 1.) Kertas HVS (Houtvrij schrijfpapier) 2.) Kertas Bookpaper 3.) Kertas Art Paper 4.) Kertas Art Cartoon 5.) Kertas Matte Paper 6.) Fancy Paper 7.) Kertas Ivory 8.) Kertas Linen 9.) Kertas Mohawk Eggshell


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01Medium Lukisan Persembahan KERTAS HVS KERTAS BOOKPAPER KERTAS ART PAPER Kertas HVS tergolong sebagai salah satu jenis kertas yang kerap digunakan. Jenis yang paling mudah dikenali dari kertas HVS adalah warnanya yang putih dengan permukaan yang terasa cukup halus apabila disentuh. Ketebalannya sendiri cukup bervariasi mulai dari 60 gsm-100 gm. Semakin tebal kertas HVS, semakin berat juga kertasnya. Di kedai percetakan buku, biasanya orang lebih suka menggunakan kertas HVS 70 gm. Kertas HVS umumnya digunakan untuk isi buku. Namun karana cukup berat, kertas HVS kini semakin jarang digunakan untuk mencetak buku. Kertas bookpaper sering digunakan di percetakan buku. Salah satunya adalah karana kertasnya yang ringan. Jika dibandingkan dengan kertas HVS, berat kertas bookpaper masih jauh lebih ringan. Selain itu, warna kertas yang agak cream juga lebih lembut dan nyaman di mata. Kebiasaanya kertas bookpaper digunakan untuk pencetakan novel dan buku. Kertas bookpaper tersedia dalam beberapa ketebalan, mulai dari 55 gm, 57.5 gm hingga 70 gm. Untuk mencetak isi buku, percetakan buku biasanya menggunakan kertas bookpaper 55 gm atau 57.5 gm. Kertas konstruk atau art paper dapat dikenali dari permukaannya yang halus dan lebih licin. Ketebalan kertas ini terdiri daripada 85 gm, 100 gm, hingga 150 gm. Permukaan kertas ini agak licin dan lebih mudah luntur. Hal ini menyebabkan, kertas cetak buku jarang menggunakan jenis kertas yang satu ini, kecuali untuk keperluan tertentu. Kertas art paper biasanya digunakan untuk membuat katalog, brosur, poster atau flyer. Ada juga yang menggunakannya untuk mencetak tiket konsert. (Houtvrij schrijfpapier) 13


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 14 Medium Lukisan Persembahan KERTAS ART CARTON KERTAS MATTE FANCY PAPER Berbeza dengan jenis kertas yang biasa digunakan percetakan buku, kertas art carton adalah tebal. Ketebalan kertas art carton ada yang 190 gm dan ada juga yang 400 gm. Sama seperti art paper, kertas art carton punya permukaan yang halus dan licin. Secara estetika, kertas ini juga sesuai dan kerap digunakan untuk mencetak cover buku atau katalog. Itulah kenapa kertas art carton cukup diminati. Selain untuk cover buku, kertas art carton juga sering digunakan untuk mencetak poster, broser dan map folder. Dalam beberapa hal, kertas matte paper mempunyai beberapa kesamaan dengan kertas art paper. Permukaannya licin, ketebalannya juga sama Itulah kenapa cukup susah untuk membezakan antara keduanya. Namun jika dibandingkan dengan kertas art paper, kertas matte paper lebih redup dan tidak berkilat. Permukaan yang redup membuat kertas matte paper lebih mudah menyerap dakwat pen. Itulah sebabnya kertas ini biasa dan seringkali digunakan untuk mencetak majalah. Kertas matte paper tersedia dalam beberapa pilihan ketebalan. kertas yang paling sering digunakan percetakan buku biasanya matte paper 100 gm, 120 gm dan 150 gm. Fancy paper adalah dikategorikan sebagai jenis kertas yang paling mahal. Harga fancy paper agak mahal sebenarnya jika dibandingkan dengan kualiti kertas itu sendiri. Dari segi penampilan, kertas fancy memang kelihatan lebih elegan dan kerana itulah ia banyak digunakan pada buku-buku mahal dan premium. Fancy paper terbahagi kepada dua bahagian iaitu uncoated dan coated. Uncoated fancy paper mempunyai permukaan yang tidak berkilat tetapi sangat menyerap dakwat pen. Sedangkan untuk jenis coated, karakternya mirip seperti art paper, iaitu mempunyai permukaan halus dan berkilat.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 15 Medium Lukisan Persembahan KERTAS IVORY KERTAS MOHAWK EGGSHELL KERTAS LINEN Kertas ivory mempunyai permukaan yang halus dan lebih licin seperti kertas art carton. Ketebalannya juga sama. Hanya, permukaan kertas ivory cuma halus di satu sisi. Sedangkan untuk sisi lainnya,permukaan kertas ivory agak kasar dan tanpa coating. Kertas ivory umumnya digunakan untuk mencetak box kemasan atau paper bag. Kadang kala ada juga yang menggunakannya untuk mencetak undangan pernikahan. Antara ketebalan kertas ivory ialah 210 gm, 230 gm, 250 gm, 310 gm hingga 400 gm. Kertas mohawk eggshell merupakan kertas yang paling jarang digunakan. Tidak banyak percetakan buku yang menggunakannya. Meskipun demikian, kertas mohawk eggshell sebenarnya memiliki daya tarikan yang tersendiri. Warnanya yang putih dengan permukaan sedikit kasar mampu memancarkan kesan vintage. Kertas mohawk eggshell biasanya digunakan untuk membuat company profile, booklet, sijil atau photobook. Salah satu ciri khas kertas linen biasa dilihat dari permukaannya yang menyerupai simbol hashtag (#). Tekstur yang unik membuatkan kertas ini sering digunakan untuk mencetak sijil dan kad undangan. Biasanya kertas ini digunakan pada ketebalan 230 gm. Namun karana memiliki permukaan bertekstur, kertas linen tidak sesuai untuk di laminate


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 16 Medium Lukisan Persembahan SAIZ KERTAS Ukuran kertas bagi siri A biasanya digunakan bagi tujuan cetakan umum, penerbitan dan pesuratan. Saiz kertas terbesar dalam siri A dikenali sebagai A0. Saiz A0 ni sering digunakan dalam industri pembinaan seperti Seni bina & Kejuruteraan Awam. Perlu diketahui, setiap saiz international ini adalah separuh dari satu saiz sebelumnya. Contohnya, A1 adalah separuh dari saiz A0. A2 pula separuh dari saiz A1 dan begitulah seterusnya. Jika dibanding saiz kertas siri A dengan siri B, kertas siri B lebih lebar dan tinggi dibanding dengan siri A. Antara aplikasi saiz dari siri B dalam kehidupan harian kita ialah poster (B2), buku (B5), passport(B7) dan sampul surat(B4, B5, B6). Manakala bagi ukuran kertas siri C pula kebiasaannya digunakan bagi tujuan peta dan sampul surat. Terdapat beberap jenis kategori ukuran kertas iaitu siri A,B dan C. Topik dibawah akan membincangkan secra teperinci berkaitan siri-siri ini: SIRI A SIRI B SIRI C Ukuran kertas siri A


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 17 Medium Lukisan Persembahan Ukuran kertas siri B Perbezaan ukuran kerta s siri A dengan siri B. Ukuran kertas siri B adalah lebih besar berbanding siri A.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 18 Medium Lukisan Persembahan JENIS-JENIS PRINTER Perkembangan teknologi kini berjalan sangat cepat. Hampir semua produk elektronik memiliki varian terbaru setiap tahun. Hal ini juga terjadi pada printer, di mana sekarang terdapat terlalu banyak jenis-jenis printer yang tersedia di pasaran. Bagi anda yang ingin memiliki komputer dan printer atau di bidang percetakan ada baiknya anda mengetahui perbezaan dan fungsinya. Kebiasaanya printer ini memiliki kemampuannya masing-masing. Sementara jenis printer yang paling umum digunakan adalah printer kertas untuk kegunaan samada individu ataupun syarikat yang besar. Fungsi utama printer adalah mencetak hasil kerja seseorang ketika menggunakan komputer atau laptop seperti grafik mahupun penglibatan dokumen. Kegunaannya yang sangat penting ini membuat kita seringkali akan mengunakan printer. PRINTER Apa itu Plotter? Plotter adalah printer grafik yang menggunakan pen-pen dakwat. Plotter juga dapat mencetak gambar dengan ukuran besar seperti lukisan Senibina atau lukisan Kejuruteraan. Pengertian lain dari plotter adalah sebuah mesin yang secara atomatik akan menggambarkan grafik berdasarkan data yang dimasukkan. Plotter merupakan jenis printer khusus yang direka untuk menghasilkan output komputer yang berupa gambar ataupun grafik. Dengan menghubungkan plotter yang ada pada sistem komputer, maka berbagai bentuk gambar dapat ditampilkan secara prima. Cara kerja plotter sama saja dengan printer untuk mencetak gambar, hanya yang membezakan adalah dari segi ukuran saja yang jauh lebih lebar dan besar jika dibanding dengan printer. PLOTTER


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 19 Medium Lukisan Persembahan PRINTER LASER JET Printer Laser Jet merupakan antara jenis printer yang sangat dikenali dan sering digunakan. Kelebihan utama dari jenis ini iailah ia boleh mencetak dengan kartrij biasanya bertahan agak lama. Pencetak ini mempunyai beberapa warna CMYK iaitu Cyan, Magenta, Yellow, Black Cetakan dari pencetak laser jet agak kemas dan juga sangat menarik dan cantik. Pencetak ini sering dijumpai di kediaman, syarikat, kilang-kilang dan juga institusi kerajaan. Printer kedua yang sering digunakan adalah printer jenis inkjet di mana cara kerjanya adalah menghasilkan dakwat ke atas kertas sehingga terbentuk sebuah gambar cetakan. Secara amnya printer ini mampu memiliki hasil yang hampir sama dengan printer laser. Kekuatan cetaknya biasa mencapai kualiti gambar sebesar 300 dpi. Tahap dpi ini sudah cukup memberikan kejelasan luar biasa kepada hasil cetakan anda. Namun pencetak inkjet ini mempunyai dakwat yang sangat mahal karana warna yang dihasilkan jenis ini memang terang. Maka tidak hairanlah harga pencetak tersebut agak tinggi.. PRINTER INKJET PRINTER INK TANK Pencetak Ink Tank ialah sejenis pencetak yang diubah suai pengeluar yang membolehkan pengguna menggunakan lebih banyak dakwat. Pencetak jenis ini mempunyai takungan dakwat di luar badan pencetak. Bekas dakwat luaran memudahkan pengguna mengisi semula dakwat. Kelebihan pencetak Ink Tank ialah ia boleh mencetak lebih banyak dan kos mencetak juga murah. Reka bentuk unik takungan dakwat di luar badan juga memudahkan pengguna melihat baki kapasiti dakwat. Apabila dakwat kehabisan, anda boleh segera mengisinya.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 20 Medium Lukisan Persembahan PRINTER THERMAL PRINTER DOT MATRIX PRINTER DIRECT TO GARMENT Pencetak jenis ini sering dijumpai di beberapa pasaraya atau kedai serbaneka kerana fungsinya hanya untuk mencetak nota juruwang. Bentuk pencetak ini tidak sebesar inkjet atau laser. Keperluan untuk juruwang untuk menghantar pembelian pelanggan menjadikan pencetak haba sebagai tunjang utama. harga pencetak ini agak mahal, ini kerana pengeluar telah mencipta keupayaan dan reka bentuknya secara khusus. Pencetak dot matrix adalah sejenis pencetak yang biasa digunakan untuk mencetak pada kertas berganda. Pencetak ini biasanya digunakan untuk mencetak data yang berkaitan dengan bukti transaksi. Pencetak ini digunakan untuk mencetak resit yang terdiri dari dua salinan (satu untuk penjual, satu untuk pembeli). Pencetakan pendua juga berguna sebagai bukti laporan yang mesti dicetak dalam pendua. Kelebihan pencetak dot matrix ialah harganya yang murah. Harga reben lebih murah daripada toner atau dakwat untuk jenis pencetak laser jet. Pecetak ini juga direka bentuk untuk menduplikasi cetakan atau resit jualan. Saiz kertas pencetakan boleh lebih besar daripada kebanyakkan pencetak. Pencetak Direct To Garment atau sering dipendekkan kepada DGT adalah jenis yang sangat sesuai untuk keperluan rintangan. Pencetakan ini merupakan inovasi terkini dalam dunia percetakan. Orang ramai boleh menggunakan alat pencetak ini untuk mencetak pada permukaan selain daripada kertas, seperti kayu, tuala dan juga kain. Hasilnya cukup memuaskan. Komposisi warna dan lengkung boleh dipadankan dengan reka bentuk dalam perisian. Satu lagi kelebihan pencetak DTG ianya tahan lasak dan boleh bertahan lama, inilah yang menjadikan pencetak ini sebagai tunjang utama kepada peniaga seperti pakaian printing dan lain-lain.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 01 21 Medium Lukisan Persembahan PRINTER PLOTTER PRINTER DOT MATRIX Printer plotter merupakan pencetak yang mampu mencetak pada permukaan unik seperti vinyl, kertas, dan juga pelekat. Secara eksplisit anda akan sering menemui pencetak jenis ini dalam beberapa perkhidmatan percetakan untuk menghasilkan keduadua tujuan dalaman seperti sepanduk dan poster dan keperluan luaran. Secara amnya, pencetak plotter bersaiz yang sangat besar agar kelajuan pencetakan menjadi sangat tinggi. Selain itu, alat pencetak jenis ini mempunyai hasil yang tajam dan jelas yang sangat baik. Pengilang membuat pencetak plotter untuk keperluan komersial dan perniagaan. Sudah tentu harga pencetak ini agak mahal. Printer Dot Matrix merupakan pencetak sublimasi pewarna, di mana alat pencetak ini menggunakan gulungan panjang filem lutsinar dalam warna kuning, biru, kelabu dan merah. Ini ialah warna asas CMYK untuk pencetak sublimasi pewarna. Sementara itu, pencetak ini mempunyai komponen kepala cetak, di mana pengguna biasanya menggunakan elemen ini untuk memberikan suhu yang berbeza-beza semasa mewarna. Keadaan ini menyebabkan proses penyejatan dan penyerapan warna ke dalam kertas berlaku dengan cepat sehingga ia telah masuk sebelum ia menjadi pepejal semula.


Prinsip Asas Rekabentuk Senibina Prinsip Asas Rekabentuk Senibina Bab 02 L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A Oleh : Ts. AZHARINA BINTI AZMAN & NORJANNAH BINTI SANAPI


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 23 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina Senibina adalah seni dan amalan merancang dan membina struktur seperti bangunan. Sudah berabad-abad lamanya, tetapi hari ini ia berubah. Arkitek kini terlibat dalam lebih daripada sekadar reka bentuk struktur. Mereka juga mencipta semula bagaimana kita hidup dan berinteraksi dengan persekitaran kita. Prinsip asas rekabentuk ini akan mendedahkan kita dengan bagaimana untuk mendapatkan hasil ruang yang menyenangkan secara estetik dan persekitaran yang berfungsi dan lestari. Dengan prinsip asas seni bina ini (dan beberapa lagi aspek teknikal), kita boleh membina bangunan sendiri samaada kecil ataupun besar. Prinsip asas rekabentuk ialah Axis, Symmetry, Hierarchy, Rhytm, Datum dan Transformation. Penerapan prinsip asas rekabentuk ini bagi menghasilkan bangunan yang berfungsi serta menyenangkan secara estetiknya. Bangunan juga dapat digunakan dengan baik dimana setiap ruang tidak hanya berfungsi sahaja bahkan juga harus memiliki perasaan artistik. Rekabentuk ini juga membolehkan penghasilan ruang yang optimum dimana ianya mengambilkira faktor pencahayaan dan pengudaraan. Dessiney Hub, Barcalona The White Tower, Spain


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 24 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina HIERARKI (HIERACHY) Artikulasi kepentingan atau kepentingan sesuatu bentuk atau ruang mengikut saiz, bentuk, atau penempatannya berbanding dengan bentuk lain dan ruang organisasi Prinsip hierarki ini terdapat di kalangan bentuk dan ruang sesebuah binaan/bangunan. Perbezaan ini mencerminkan tahap kepentingan bentuk dan ruang serta peranan, fungsi formal, dan simbolik yang mereka mainkan dalam organisasi. Ianya mempunyai kepentingan relatif yang diukur kepada keadaan tertentu, keperluan dan keinginan pengguna serta keputusan Reka bentuk yang dipengaruhi secara peribadi ataupun budaya. Walau apa pun, susunan hierarki di antara bentuk dan ruangnya adalah penting. Antara ciri-ciri hierarki yang perlu diikuti adalah : ✓ Saiz luar biasa ✓ Bentuk yang unik ✓ Lokasi yang strategik Hierarki mengikut Saiz boleh dibuat dengan memberikan struktur yang lebih penting dari segi saiz atau struktur yang tinggi berbanding dengan ketinggian atau struktur yang kecil berbanding dengan saiz. Hierarki mengikut Bentuk boleh dicipta dengan memberikan struktur lebih atau bentuk komposit bentuk atau struktur yang tidak teratur dalam bentuk berbanding dengan borang. Hierarki mengikut Perletakan Satu bentuk atau ruang boleh diletakkan secara strategik untuk menarik perhatian kepada dirinya sendiri sebagai elemen yang paling penting dalam komposisi.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 25 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina CONTOH BANGUNAN PRINSIP HIERARKI (HEIRACHY) Humayun Tomb is in the Nizamuddin East, Delhi, India. Dome of Florence Cathedral, Italy Auditorio de Tenerife, Canary Islands, Spain Kauwi Interpretive Center, Lonsdale, History Faculty Building, Cambridge University Australia Auditorio de Tenerife, Canary Islands, Spain


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 26 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina KESEIMBANGAN (BALANCE) Prinsip penting ini mungkin yang paling mudah untuk dikenal pasti. Ia merujuk kepada keseimbangan visual, yang dalam bentuk yang paling asas boleh dikategorikan sebagai keseimbangan simetri atau keseimbangan asimetri. Manakala simetri pula terbahagi kepada dua iaitu Radial dan Bilateral. Pengagihan seimbang dan susunan setara bentuk dan ruang di sisi bertentangan garis pembahagi atau satah, atau kira-kira pusat atau paksi. Pengagihan seimbang dan susunan setara bentuk dan ruang di sisi bertentangan garis pembahagi atau satah, atau kira-kira pusat atau paksi. Simetri: Apa sahaja yang anda letakkan di sebelah kanan bangunan, anda juga meletakkan di sebelah kiri. Ia hampir seolah-olah satu sisi bangunan adalah pantulan cermin yang lain. Walaupun, perhatikan bahawa beberapa elemen reka bentuk boleh berbeza sedikit dari sisi ke sisi. Apabila bangunan adalah sama di sebelah kiri dan kanan, seperti pencakar langit biasa, ini dirujuk sebagai simetri dua hala. Anda juga boleh mempunyai bangunan simetri yang mencerminkan merentasi paksi mendatar di tengah-tengah bangunan di mana bahagian atas bangunan adalah sama dengan bahagian bawah. Asimetri: Kedua-dua belah bangunan tidak mencerminkan satu sama lain tetapi memegang berat visual yang sama untuk mewujudkan keseimbangan. Dalam kes ini, persekitaran semula jadi dan binaan di sekitarnya dapat membantu mencapai keseimbangan. Walau bagaimanapun, binaan asimetri lebih bergantung pada elemen reka bentuk lain untuk memastikan pengagihan berat visual yang sekata untuk mewujudkan rasa kestabilan dan perpaduan. BILATERAL SYMMETRY Headquaters of Yasha Group RADIAL SIMETRY Great Stupa at Sanchi, India,


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 27 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina CONTOH BANGUNAN PRINSIP KESEIMBANGAN (BALANCE) Baiturrahman Grand Mosque, Indonesia Walt Disney Concert Hall, Los Angeles Lotus Temple, New Delhi, India The United States Capitol Building, U.S Taj Mahal, India Gedung DPR di Jakarta, Indonesia


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 28 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina IRAMA (RHYTHM) Irama adalah kunci kepada aliran bangunan dan biasanya dicipta dengan unsur berulang. Contoh yang sangat asas ialah bagaimana rumah umumnya menggunakan bentuk tingkap yang sama di seluruh reka bentuk. Pengulangan menambah perpaduan pada struktur, tetapi ia juga boleh menambah pergerakan. Walaupun tidak semua pengulangan membentuk corak, semua corak mempunyai pengulangan kerana corak boleh diramalkan, mudah dan menarik untuk diikuti oleh mata bagi menarik mata ke bahagian tertentu reka bentuk, seperti titik fokus. Ruang antara elemen berulang boleh menyebabkan rasa irama terbentuk. Prinsip ini adalah tentang mewujudkan rasa pergerakan. Dalam reka bentuk, ini boleh dicapai dengan mengulangi elemen, seperti corak atau bentuk. Apabila digunakan dengan berkesan, irama boleh membantu membimbing mata di sekeliling reka bentuk dan mewujudkan rasa aliran juga boleh digunakan untuk menyampaikan perasaan atau mood. Rekabentuk yang menggunakan prinsip ini boleh menyampaikan perasaan tenang dan bersantai. Wave Building in Queensland, Australia CHK Central Boathouse in Oklahoma City, U.S


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 29 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina KONTRAS (CONTRAST) Kontras adalah perbezaan sedikit atau sepenuhnya dalam rekabentuk binaan. Kontras juga adalah sifat berlawanan yang khas atau unik dalam rekabentuk. Prinsip bagi kontras adalah perbezaan dari segi tona, warna, hira, saiz, perletakan, unsur dan bentuk. Lakaran pada permukaan lantai dalam rekabentuk pelan lantai memberikan efek kontras dari segi perbezaan jenis corak lantai. Perbezaan jenis hira pada permukaan lantai juga memberikan efek perbezaan ketinggian pada lantai. Di dalam lukisan persembahan senibina, lebih gelap tonanya, lebih rendah kedudukan lantai itu. Perbezaan ketebalan garisan juga memberi efek kontras kepada lukisan pelan di dalam sesebuah lukisan persembahan. Prinsip kontras ini digunakan untuk menunjukkan dominasi garisan pemotongan pada pelan lantai.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 30 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina Royal Ontario Museum, Toronto (Sumber : Google) Warna juga dapat meraikan perbezaan dalam rekabentuk senibina dan memeberikan efek kontras yang harmoni. Warna memainkan peranan penting dalam senibina untuk menunjukkan fungsi dan asas rekabentuk sesuatu ruang atau bangunan. Contoh prinsip kontras daripada perbezaan bentuk boleh dilihat pada bangunan Royal Ontario Museum. Kontras bentuk diadaptasi mengikut prinsip asas rekebantuk senibina tidak kelihatan janggal walaupun berbeza bentuk dan gayarupa senibina. Community Center for Patients With Cerebral Palsy


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 31 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina KESATUAN (UNITY) Kesatuan (Unity) didefinisi sebagai perpaduan, kesamaan, integrasi, keselarasan atau kerukunan segala unsur dalam rekabentuk. Prinsip kesatuan adalah sesuatu rekabentuk mempunyai bahagian atau unsur yang bergabung. GARISAN KESATUAN WARNA TEKSTUR BAHAN Pengulangan Kedekatan Penjajaran Kontras 4 PRINSIP KESATUAN yang digunakan untuk merekabentuk Senibina sesebuah bangunan adalah dengan cara menggunakan salah satu daripadanya atau menggabungkan semua prinsip dalam Kesatuan ini.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 32 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina KESATUAN adalah susunatur dalam pembentangan yang berkesan, tidak ada satu segmen yang tidak konsisten atau menjejaskan keseluruhannya. KESATUAN tidak sama dengan keseragaman, bergantung kepada: ➢ Susunan secara logik dan komprehensif dengan intergrasi maklumat grafik dan penyampaian secara lisan; ➢ Format, skala, medium dan teknik yang sesuai dengan rekabentuk serta tempat dan siapa yang menonton Kesatuan dalam kesinambungan Lotus Temple, Delhi Lotus Temple, Delhi – Kesatuan pada garisan menegak dan lengkungan yang menunjukkan prinsip pengulangan dalam rekabentuk bangunan selain memberi kesinambungan kepada rupabentuk simetri. Mosque-Cathedral of Cordoba, Spain Mosque-Cathedral of Cordoba, Spain – Prinsip pengulangan dalam kesatuan memberikan impak harmoni kepada rekabentuk bangunan. Selain itu, pengulangan garisan menegak dan melintang jugak memainkan peranan penting dalam senibina ini. Gayarupa senibina Moorish banyak mengadaptasikan siri pengulangan pada rekabentuk bangunan dan menjadikan ia satu ekspresi yang unik.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 33 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina PERKADARAN (PROPORTION) Perkadaran ditakrifkan sebagai nisbah antara ukuran sebenar dimensi ruang atau rekabentuk sesuatu bangunan. Perkadaran berkait rapat dengan skala. Perkadaran bukan hanya mengenai saiz; ia juga mengenai skala, imbangan, dan simetri. Perkadaran di dalam pembinaan bangunan, contohnya seperti elemen struktur seperti rasuk dan asas diperlukan untuk merentangi ruang dan menghantar bebannya melalui sokongan menegak. Perkadaran dalam material senibina merujuk kepada hubungan antara bahagian atau elemen yang berbeza dalam rekabentuk, seperti hubungan antara ketinggian dan lebar bangunan, saiz tingkap dan pintu, ketinggian bilik, dan sebagainya. FIGURA MANUSIA FIGURA KENDERAAN FIGURA LANSKAP FIGURA PERABOT PERKADARAAN dalam Lukisan Persembahan Hongkong Old Supreme Court Building, Hongkong


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 34 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina Perkadaran bagi figura manusia untuk menunjukkan perkadaran ruang, saiz dan aktiviti ruang dalam senibina. Figura manusia dapat menunjukkan skala ruang, kedalaman ruang dan perubahan ketinggian ruang. Dalam lukisan persembahan, lukisan perspektif menunjukkan figura manusia aktiviti di setiap ruang, kedalaman ruang dan ketinggian ruang yang direkabentuk. Perkadaran ruang boleh mengubah cara secara dramatik pelawat merasainya, dan perkadaran rekabentuk fasad boleh mempengaruhi sama ada bangunan kelihatan mesra, mengancam, atau mengagumkan. Ewha Womans University, South Korea Senaraikan 4 prinsip asas dalam KESATUAN (UNITY)? SCAN ME IMBAS UNTUK SEMAK JAWAPAN SOALAN BAB 02


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 35 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina Perkadaran dalam rekabentuk dan kedudukan perabot juga penting di dalam senibina. Asas rekabentuk senibina yang baik seharusnya mempunyai perkadaran dari segi fungsi, kegunaan, memenuhi kriteria struktur (dari sudut kekuatan) dan memberikan nilai estetik (kecantikan) terhadap perabot tersebut. Perkadaran sesuatu susunatur perabot dan fungsi perabot adalah berdasarkan antropometrik badan manusia supaya ia sesuai digunakan dan menunjukkan aktiviti ruang di dalam lukisan persembahan senibina. ‘Assembled Topology’ by Douglas Ho, SLHO & Associates Ltd. Di dalam perisian lukisan 3D terkini terdapat pelbagai rekabentuk perabot yang sesuai untuk setiap konsep rekabentuk senibina yang ingin dihasilkan namun perkadaran saiz perlu dititikberatkan. Kesesuaian susunatur perabot dalam sesuatu ruang juga perlu mengambilkira perkadaran antropometrik manusia supaya lebih selesa dan memenuhi fungsi sesuatu ruang.


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 02 36 Prinsip Asas Rekabentuk Senibina Perkadaran bagi lukisan figura lanskap dalam lukisan persembahan senibina amat penting untuk menunjukkan perkadaran antara binaan bangunan dan persekitaran tapak binaan. Pemilihan susunatur pokok, jenis dan saiz pokok perlu dititikberatkan supaya keharmonian di dalam rekabentuk sesuatu bangunan dapat diterapkan. Cara perletakan pokok dan lanskap kejur mengikut perkadaran yang betul dan sesuai boleh menunjukkan aras, kedalaman dan ketinggian bangunan. Susunatur figura lanskap untuk menunjukkan perkaadaran dan skala bangunan dengan tapak. TIPS : Dalam lukisan persembahan, kedudukan lanskap bagi lukisan pandangan seharusnya tidak menghalang pandangan bangunan yang direkabentuk dan pemilihan perkadaran saiz pokok mestilah sesuai dengan saiz bangunan.


Layout & Komposisi Layout & Komposisi Bab 03 L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A Oleh : NOR FAZLINA BINTI HARUN


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 03 38 Layout & Komposisi ORIENTASI KERTAS Dalam bab 1, kita telah membincangkan jenis-jenis kertas dan saiz yang biasa digunakan untuk menghasilkan lukisan persembahan. Perkara asas yang perlu diketahui sebelum menghasilkan lukisan persembahan ialah mengenalpasti orientasi kertas yang hendak digunakan. Terdapat 2 jenis orientasi kertas yang biasa digunakan iaitu orientasi secara LANDSCAPE dan orientasi secara POTRAIT. L A N D S C A P E Orientasi kertas secara Landscape bermaksud halaman kertas yang disusun secara melintang atau horizontal. P O T R A I T Orientasi kertas secara Potrait pula bermaksud halaman kertas yang disusun secara menegak atau vertikal. Orientasi Landscape Orientasi Potrait SCAN ME VIDEO TUTORIAL: PAGE SETUP


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 03 39 Layout & Komposisi TIPS MEMILIH ORIENTASI KERTAS Antara TIPS untuk menentukan orientasi kertas yang sesuai digunakan untuk menghasilkan lukisan persembahan Senibina ialah dengan melihat kepada layout pelan bangunan yang ingin dipersembahkan. Sekiranya layout pelan bangunan adalah cenderung melintang maka pilihan orientasi kertas yang sesuai ialah Landscape. Jika pelan bangunannya lebih kepada menegak maka pilihan yang sesuai ialah Potrait. Seandainya layout pelan bangunan adalah berbentuk tepat maka pilihan orientasi boleh dipilih samada Landscape atau Potrait. Layout pelan melintang Layout pelan menegak Layout pelan berbentuk tepat


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 03 40 Layout & Komposisi JENIS-JENIS LUKISAN SENIBINA Dalam proses menghasilkan lukisan persembahan Senibina, adalah sangat penting untuk mengetahui jenis-jenis lukisan yang biasa dipamerkan dalam papan pembentangan (presentation board). Terdapat pelbagai jenis lukisan bangunan. Namun tidak semuanya adalah sesuai untuk dipamerkan. Antara jenis-jenis lukisan bangunan yang jarang dipamerkan didalam lukisan persembahan ialah lukisan perincian seperti lukisan skematik sistem bekalan air, lukisan sistem perpaipan, lukisan elektrikal layout dan lukisan –lukisan lain yang lebih bersifat teknikal. Antara jenis-jenis lukisan bangunan yang biasa digunakan dalam menghasilkan lukisan persembahan Senibina ialah lukisan pelan, lukisan pandangan, lukisan keratan dan lukisan perspektif. JENIS-JENIS LUKISAN LUKISAN PELAN Pelan Kunci Pelan Lokasi Pelan Tapak Pelan Lantai Pelan Bumbung LUKISAN PANDANGAN Pandangan Hadapan Pandangan Belakang Pandangan Sisi Kanan Pandangan Sisi Kiri LUKISAN KERATAN Keratan X-X (melintang) Keratan Y-Y (menegak) LUKISAN PERSPEKTIF Perspektif Dalaman Perspektif Luaran


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 03 41 Layout & Komposisi Contoh lukisan bangunan Senibina


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 03 42 Kompilasi Lukisan Persembahan PROSES MENGHASILKAN LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA Dalam bab ini, kita akan memb bagaimana proses untuk menghasilkan lukisan persembahan Senibina. Proses yang akan diterangkan ini adalah secara umum dimana proses ini boleh diguna pakai bagi menghasilkan lukisan persembahan secara berbantu komputer atau secara manual. Terdapat 5 langkah yang boleh dijadikan panduan jika ingin menghasilkan lukisan persembahan Senibina. Langkah-Langkah ini akan memudahkan pereka dalam menghasilkan lukisan persembahan yang menarik. MENGENALPASTI GAYA/ 01 KONSEP 02 03 04 05 MENYENARAIKAN LUKISAN MELAKARKAN LAYOUT LUKISAN MEMBUAT TITLE BLOCK MENYUSUN KOMPOSISI LAYOUT 5 Proses menghasilkan lukisan persembahan Senibina


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 03 43 Kompilasi Lukisan Persembahan LANGKAH 1: MENGENALPASTI GAYA/KONSEP Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menghasilkan lukisan persembahan Senibina adalah mengenalpasti gaya atau konsep keseluruhan bangunan yang ingin dipersembahkan. Gaya atau konsep sesebuah bangunan akan mempengaruhi keseluruhan presentation board. Ini kerana lukisan persembahan yang dihasilkan haruslah seiring dengan gaya/konsep bangunan. Pengertian gaya dalam konteks Senibina bolehlah ditakrifkan sebagai ciri-ciri sesebuah bangunan. Aspek-aspek seperti sejarah, peredaran masa/ zaman, budaya, kepercayaan dan geografi memberi pengaruh besar kepada gaya Senibina. Antara contoh-contoh gaya Senibina ialah minimalis, industrial, moden, Tudor, Bauhaus dan banyak lagi. Konsep dalam Senibina pula merujuk kepada idea atau filosofi daripada pereka berkaitan sesuatu perkara dan diterjemahankan kepada reka bentuk bangunan. Gaya dan konsep yang digunakan dalam bangunan secara tidak langsung dapat memberi idea kepada pereka untuk menghasilkan keseluruhan hasil lukisan persembahan. Seperti contoh presentation board di sebelah bangunan bergaya minimalis dan keseluruhan board disusun dengan gaya yang seiring minimalis. Contoh lukisan persembahan Senibina – gaya minimalis (Hasil kerja pelajar : Wardah binti Azmiza)


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 03 44 Kompilasi Lukisan Persembahan LANGKAH 2: MENYENARAIKAN LUKISAN Langkah kedua dalam proses menghasilkan lukisan persembahan ialah dengan menyenaraikan semua lukisan dan info yang akan dimasukkan ke dalam presentation board. Langkah ini juga akan membantu pereka agar tidak tercicir apa-apa maklumat. Bagi lukisan persembahan Senibina yang standard senarai lukisan yang boleh disenaraikan antaranya ialah pelan tapak, pelan lantai, 4 pandangan sisi, lukisan perspektif dalam dan luaran. Selain itu info seperti nama projek, butiran syarikat/pereka, logo dan ringkasan info berkaitan projek juga boleh diletakkan didalam lukisan persembahan. Walaubagaimana pun, semua lukisan dan info adalah terpulang kepada pereka. Senarai yang dicadangkan adalah sebagai panduan bagi memudahkan proses menghasilkan lukisan persembahan. Contoh lukisan persembahan Senibina – senarai lukisan dan infografik (Hasil kerja pelajar: Muhammad Syahmi Aiman bin Shaukri) LOGO SYARIKAT & PELAN LANTAI PANDANGAN SISI BUTIRAN SYARIKAT/PEREKA PERSPEKTIF DALAMAN TAJUK PROJEK RINGKASAN INFO PROJEK PERSPEKTIF LUARAN


L U K I S A N P E R S E M B A H A N S E N I B I N A 03 45 Kompilasi Lukisan Persembahan LANGKAH 3: MELAKARKAN LAYOUT LUKISAN Setelah menyenaraikan lukisan dan info yang diingini, langkah seterusnya ialah melakarkan layout composition keseluruhan lukisan persembahan. Seperti yang telah dibincangkan pada bab sebelum ini, pereka perlu menentukan terlebih dahulu samada ingin menggunakan orientasi kertas secara portrait (vertical) atau landscape(horizontal). Dalam membuat lakaran layout, antara elemen yang boleh dititik beratkan ialah prnsip asas rekabentuk seperti focal point/hierarchy, balance dan proportion. Kebiasaanya lukisan perspektif luaran akan dijadikan sebagai focal point bagi menarik perhatian audien untuk melihat keseluruhan presentation board. Antara kaedah yang paling mudah untuk melakar layout ialah dengan menggunakan teknik grid. Pereka boleh melukis garis pembahagi iaitu secara berbentuk kotak/grid untuk membuat susunan lukisan. Setiap grid mewakili satu lukisan. Saiz kotak juga perlu dilakar dengan mengikut skala. Contohnya lukisan yang ingin dijadikan focal point, maka saiz kotaknya dilakarkan bersaiz lebih besar berbanding yang lain. Contoh lakaran layout lukisan


Click to View FlipBook Version