The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by libraryptsbcrew02, 2022-08-06 09:57:17

TVet Penjenamaan Logo

TVet Penjenamaan Logo

i

PENJENAMAAN TVET NEGARA – TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA
Edisi Pertama (Jun 2022) ©Majlis TVET Negara

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Pengajian Tinggi.
ISBN: 978-967-26960-2-5

PENERBITAN
Kementerian Pengajian Tinggi
Majlis TVET Negara
Aras 7, Galeria PjH, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.
www.mtvet.gov.my

ii

KANDUNGAN

Kata Alu-aluan YAB Perdana Menteri iv
Kata Alu-aluan YB Menteri Pengajian Tinggi v

Prolog: 1
Pengenalan 2
Pelan Penjenamaan TVET Negara 3
Panduan Penjenamaan TVET Negara: TVET Pilihan Utama Kerjaya 3

Bahagian Satu: Penjenamaan TVET Negara 4
Penjenamaan TVET Negara 6
Logo TVET Negara: Konsep dan Maksud 7
Logo TVET Negara: Konsep dan Maksud Warna 8
Slogan TVET Negara: Konsep dan Maksud 10
Visi dan Misi Jenama TVET Negara 11
Nilai Jenama TVET Negara 12
Janji, Persepsi dan Emosi Jenama TVET Negara 13

Bahagian Dua: Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan Logo TVET Negara 14

Muka Taip 16

Warna 17

Tiga Variasi Logo 18

Penggunaan Logo Hitam Putih 19

Penggunaan Logo Skala Kelabu 20

Zon Eksklusif 21

Penggunaan Betul dan Salah 22

Penggunaan Logo TVET Negara bersama Logo-logo Lain 23

Bahagian Tiga: Galeri TVET 26

Penghargaan 40

iii

PENJENAMAAN TVET NEGARA

KATA ALU-ALUAN

YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
PERDANA MENTERI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,

Graduan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET) merupakan antara penyumbang utama tenaga kerja mahir yang
menyokong pembangunan ekonomi negara yang mampan. Usaha
penjenamaan TVET adalah sama penting dengan pembangunan dan
pelaksanaan program pengajian TVET dalam menyediakan bakat dan
tenaga mahir yang diperlukan industri.

Justeru, usaha penjenamaan perlu diperkasa agar bidang TVET
menjadi pilihan utama Keluarga Malaysia, sekaligus membangunkan
laluan kerjaya yang cemerlang bagi pelajar. TVET juga berperanan sebagai
akses utama latihan kepada komuniti setempat dan pekerja untuk
mempertingkat kemahiran dan memenuhi permintaan majikan.

Kerajaan berharap agar semua pihak berkepentingan berkongsi
kepakaran, sumber dan fasiliti TVET dalam mempertingkat kolaborasi
bersama industri agar graduan TVET bersedia mendepani pasaran
pekerjaan dalam era teknologi termaju masa kini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
Kementerian yang menawarkan program TVET atas kerjasama
melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif yang diselaraskan oleh Majlis
TVET Negara (MTVET).

Ucapan tahniah di atas penerbitan buku Penjenamaan TVET Negara
yang memperkenal logo TVET Malaysia. Adalah menjadi harapan saya
agar logo yang dilancarkan ini akan menyatupadukan semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan agenda pemerkasaan TVET Negara.

Semoga usaha ini akan merealisasikan hasrat melahirkan modal insan
yang berkemahiran tinggi sejajar dengan slogan “TVET Pilihan Utama
Kerjaya”.

Sekian, terima kasih.

iv

PENJENAMAAN TVET NEGARA

KATA ALU-ALUAN

YB DATUK SERI DR. NORAINI BINTI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Assalamualaikum dan salam hormat,

Alhamdullilah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T dengan izin dan kurnia-Nya atas penerbitan buku
Penjenamaan TVET Negara. Buku ini merupakan inisiatif kerajaan
untuk menzahirkan matlamat menjadikan Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama dalam
kalangan pelajar lepasan sekolah sebelum menceburi medan
pekerjaan.

Melalui buku ini, hasrat dan fokus penjenamaan TVET dapat
difahami dengan jelas dan tepat terutama mengutarakan aspirasi
penjenamaan yang merangkumi tatacara penggunaan logo dan
slogan.

Rekaan logo yang dihasilkan mengambil kira imej dan peranan
TVET Malaysia yang sentiasa relevan dengan perubahan masa.
Maksud dan intipati logo ini perlu diterjemahkan dalam strategi
dan aktiviti TVET akan datang.

Saya percaya penerangan yang terkandung dalam buku ini
menekankan kepentingan kolaborasi bersinergi antara
Kementerian dan penglibatan aktif industri serta pelbagai pihak
berkepentingan yang lain dalam agenda pemerkasaan TVET.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua Kementerian yang menawarkan program TVET, ahli
kumpulan Fokus Penjenamaan MTVET dan semua pihak yang
terlibat dalam usaha menerajui Penjenamaan TVET Negara.

Syabas dan Tahniah!
Sekian.

v

PENJENAMAAN TVET NEGARA

PROLOG

Penjenamaan TVET Negara

vi

PENJENAMAAN TVET NEGARA
1

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Penjenamaan TVET Negara

…sudah tiba masanya TVET menjadi pilihan utama para belia dalam
mempersiapkan diri untuk masa depan kerana TVET telah terbukti
mampu melahirkan individu berkemahiran, terlatih dan berbudaya
usahawan…

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, 3 Februari 2021.

PENGENALAN

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah laluan pengajian yang memberi peluang kepada
mereka yang mempunyai kecenderungan terhadap kerjaya yang berteraskan kemahiran berstruktur dan
kepintaran amali dalam pelbagai lapangan.

Mendepani gelombang Revolusi Industri ke-4 menuntut kecekalan dan keteguhan sumber manusia sesebuah
negara. Dalam konteks Malaysia, keperluan bagi mempertingkatkan tenaga teknikal yang lebih mahir dan
kompeten, yang mampu bersaing bukan sahaja di rantau Asia, tapi juga di arena dunia, menjadi imperatif utama.
Bidang TVET menjadi keutamaan bagi negara seperti Malaysia memandangkan kerjaya TVET merupakan asas
membangunkan kemampanan ekonomi negara. Bagi memastikan negara terus berupaya menarik lebih banyak
pelaburan asing, indeks kompetitif negara juga perlu terlihat kukuh dan terus meningkat.

Kebolehupayaan mendepani era teknologi termaju bergantung khususnya kepada sumber tenaga manusia
berkemahiran tinggi yang berjaya dihasilkan oleh negara. Dalam merealisasikan hasrat ini, Majlis TVET Negara
(MTVET) telah ditubuhkan pada tahun 2021 bagi menambahbaik penyelarasan ekosistem TVET negara sebagai
agenda nasional.

Sehubungan dengan itu, penjenamaan semula TVET adalah signifikan dalam menganjak paradigma para
pemegang taruh, khususnya ibu bapa dan pelajar untuk memilih TVET sebagai cabang pengajian dan kerjaya masa
depan.

Pemerkasaan penjenamaan TVET juga akan menjadi faktor pemangkin kepada kerjasama dan kolaborasi
bersama pihak industri. Inisiatif penjenamaan akan melonjakkan nama Malaysia dalam bidang TVET di peringkat
antarabangsa.

2

PENJENAMAAN TVET NEGARA

PELAN PENJENAMAAN TVET NEGARA

Penjenamaan semula TVET merupakan langkah yang penting untuk melahirkan rasa yakin dan bangga dalam
kalangan semua pihak berkepentingan terhadap jenama TVET Negara.
Pelan Penjenamaan TVET Negara merupakan salah satu daripada enam teras strategik pemerkasaan TVET Negara
yang telah diumumkan oleh Kerajaan. Pelan ini telah dimandatkan untuk memberi nafas baru kepada
penjenamaan semula dan mempertingkatkan imej TVET sebagai pilihan utama pengajian dan kerjaya di Malaysia.
Selain itu, identiti jenama TVET Negara diwujudkan bagi memperkasakan dan menyatupadukan kesemua
Kementerian dan penyedia TVET di Malaysia dalam satu gagasan TVET Negara yang unggul dan holistik.
Pengukuhan jenama tunggal bagi sektor TVET Negara amat penting dalam memastikan segala urusan promosi
dan publisiti berkenaan keupayaan TVET Negara adalah konsisten antara kesemua Kementerian dan penyedia
TVET di Malaysia. Ini juga memastikan pemegang taruh khususnya ibu bapa, pelajar, agensi serta pihak industri
dapat mengenalpasti serta merujuk kepada jenama TVET Negara dengan lebih mudah dan tepat.

PENJENAMAAN TVET NEGARA: TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA

Buku Penjenamaan TVET Negara ini diterbitkan bagi menzahirkan jenama TVET Negara secara jelas dan jitu.
Melalui buku ini, adalah dihasratkan agar para pemegang taruh, khususnya ibu bapa, pelajar, agensi serta pihak
industri termaklum berkenaan aspirasi penjenamaan TVET Negara yang merangkumi tatacara penggunaan logo
dan slogan TVET Negara yang tepat.
Buku penjenamaan TVET Negara ini terbahagi kepada TIGA (3) bahagian iaitu:
(i) Prolog Penjenamaan TVET Negara;
(ii) Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan Logo TVET Negara; dan
(iii) Galeri TVET.

3

PENJENAMAAN TVET NEGARA

BAHAGIAN SATU

Penjenamaan TVET Negara

4

PENJENAMAAN TVET NEGARA
5

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Penjenamaan TVET Negara

6

Logo TVET Negara: PENJENAMAAN TVET NEGARA
Konsep dan Maksud 1
2

3

Reka bentuk logo TVET Negara dinamakan sebagai “TVET MEMPERKASA NEGARA” atau “TVET POWERING-UP
THE NATION”. Logo ini direka berasaskan konsep kuasa tujahan dinamik sebuah enjin pesawat jet bersaluran
tinggi. Konsep enjin pesawat kuasa tinggi ini diibaratkan sebagai punca kuasa tujahan yang diperlukan Negara
bagi bergerak pantas menuju status negara maju yang diimpikan melalui kecemerlangan TVET.

Reka bentuk turbin kipas yang mempunyai pergerakan yang dinamik merupakan inspirasi utama bagi reka
bentuk logo ini (Komponen 1). Lukisan tampak depan (front elevation) turbin kipas mewakili kuasa dan tenaga
baharu TVET dalam memperkasakan Negara. Seterusnya, bilah kipas turbin (fin blades) melambangkan
dinamisme ekosistem TVET negara yang terdiri daripada pelbagai Kementerian, agensi dan penyedia TVET yang
bersatu bergerak ke arah mencapai misi dan visi TVET Negara.

Akronim TVET (Komponen 2) di tengah-tengah logo yang menggunakan muka taip moden dan futuristik
melambangkan aspek keterhadapan TVET Negara selari dengan agenda Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR).

Pemilihan warna bendera Malaysia menjadi inspirasi kepada skim warna logo ini. Namun, intensiti atau
keamatan warna yang asal dipudarkan bagi melambangkan momentum kitaran kipas yang sentiasa berputar.
Corak ini juga melambangkan kepelbagaian dan keunikan kursus dan program TVET yang tersedia - daripada
kategori soft TVET ke hard TVET.

Perkataan MALAYSIA (Komponen 3) diperlihatkan dengan jelas dan yakin bagi melambangkan kesungguhan
Kerajaan dalam memastikan TVET sentiasa mendapat perhatian yang diperlukan.

7

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Logo TVET Negara:
Konsep dan Maksud Warna

WARNA PUTIH
Putih merupakan warna neutral yang melambangkan kesucian,
ketulusan dan kejayaan yang tiada batas atau had. Adalah menjadi
hasrat Negara untuk memperkasa TVET sebagai cabang kerjaya
yang tiada terbatas dari sudut peluang kerjaya masa hadapan dan
kemahiran hidup (life skills). Putih juga melambangkan kelestarian
ilmu.
WARNA HITAM
Hitam melambangkan kecerdasan, kejituan dan kekuatan.
Membawa aspirasi negara maju, bakat TVET dibekalkan dengan
ilmu serta kemahiran yang relevan dengan corak kerjaya masa
depan.

8

PENJENAMAAN TVET NEGARA

WARNA PERIWINKLE
Periwinkle adalah gabungan warna biru dan ungu. Ianya
melambangkan semangat perubahan atau transformasi. Dalam
mendepani cabaran yang mendatang, TVET membawa misi dan
harapan yang menjulang, khususnya sebagai wadah kemakmuran
ekonomi Negara.

WARNA MERAH JAMBU
Merah jambu melambangkan sifat ihsan, keikhlasan, kecanggihan dan
cinta. Dinamisme TVET kini semakin luas dan mencakupi pelbagai
bidang soft TVET dan hard TVET. Kemahiran holistik yang dibekalkan
melalui program TVET mampu memberikan masa hadapan yang
mampan kepada bakat TVET.

WARNA KUNING LEMON
Kuning melambangkan kekuatan, dinamisme, kreativiti dan inovasi.
Bidang TVET merupakan pemangkin kepada idea-idea baharu yang
mampu membawa Malaysia ke persada antarabangsa. Kekuatan
berasaskan ilmu dan inovasi menjadi nilai tambah yang dapat
memberikan kekuatan dan aspirasi untuk Negara terus maju.

WARNA BIRU SENJA
Biru melambangkan kecekapan kemahiran khususnya dalam bidang
teknikal dan teknologi. Biru juga membawa konotasi profesionalisme
yang tinggi serta kecekalan dan iltizam dalam ruang kerja dan
tanggungjawab yang diberikan.

9

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Slogan TVET Negara:
Konsep dan Maksud

SLOGAN TVET NEGARA DIPILIH BERASASKAN HASRAT UNTUK:
1) Menjadikan TVET sebagai pilihan utama dalam kalangan orang muda
2) Memastikan TVET sebagai kerjaya pilihan utama dalam kalangan orang muda
3) Mempromosikan kerjaya dalam industri TVET mampu menjana pendapatan tinggi, mencipta peluang

pekerjaan baharu dan seterusnya memupuk budaya keusahawanan yang lestari
4) Melonjakkan imej TVET negara ke peringkat antarabangsa

10

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Visi dan Misi Jenama TVET Negara

Visi

Menjenamakan TVET Negara sebagai penjana tenaga kerja dan usahawan (berkemahiran
teras dan terkehadapan) yang berdaya saing, mampan dan bertaraf antarabangsa.

Misi

1. Mengarusperdanakan TVET sebagai pilihan utama kumpulan sasar (pelajar, ibu bapa dan
industri).

2. Menjadikan penjenamaan TVET sebagai agenda nasional dan penjana ekonomi
berkemahiran.

3. Memperkasakan kerjasama dan meningkatkan komunikasi
dan perkongsian data serta usaha penjenamaan secara
kolektif di antara Kerajaan, industri dan institusi penyedia
TVET.

4. Mengharmonikan ekosistem TVET melalui inisiatif-
inisiatif penjenamaan pelbagai saluran.

5. Menarik perhatian bakat TVET global (pelajar, tenaga
pengajar, pelabur dan usahawan) melalui
perkongsian kisah kejayaan (success stories),
produk dan ekosistem TVET negara yang
mampan dan dinamik.

11 11

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Nilai Jenama TVET Negara

Berpacu Masa Hadapan

Menjana pelan strategik yang relevan pada masa kini dan masa depan

Inovatif & Antarabangsa

Sentiasa menghasilkan idea dan pengalaman baharu selaras dengan standard global,
keusahawanan dan penjanaan peluang pekerjaan TVET.

Relevan

Menawarkan produk dan aktiviti yang relevan, sesuai dan
memenuhi keperluan industri

Unggul

Melahiran bakat TVET yang adaptif, yakin, anjal dan mampu
menggunakan kreativiti dalam mencipta solusi bagi
kemakmuran negara.

Mampan

Menggunakan kemahiran yang dipunyai untuk mencipta
kelestarian kendiri, persekitaran, pembangunan dan ekonomi.

1122

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Janji, Persepsi dan Emosi Jenama
TVET Negara

Janji Jenama

i. Membekalkan kemahiran global yang diperlukan oleh industri dan kehidupan;
ii. Membuka peluang kerjaya yang lebih dinamik;
iii. Melahirkan bakat yang kalis masa depan.

Persepsi Jenama

i. Setaraf
ii. Setanding
iii. Permintaan tinggi

Emosi Jenama

i. Bangga
ii. Berjaya
iii. Diperkasa

11 33

PENJENAMAAN TVET NEGARA

BAHAGIAN DUA

Spesifikasi dan Tatacara
Penggunaan Logo TVET Negara

14

PENJENAMAAN TVET NEGARA
15

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

MUKA TAIP Font Researcher

Font weights

Regular
Bold

Blackpast

Font weights

Regular
Bold

16

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

WARNA

RGB - R: 255 G: 255 B: 255 RGB - R: 0 G: 0 B: 0
CYMK - C: 0 M: 0 Y: 0 K: 0 CYMK - C: 0 M: 0 Y: 0 K: 100

WHITE - PUTIH BLACK - HITAM

RGB - R: 239 G: 216 B: 26 RGB - R: 234 G: 108 B: 119
CMYK - C: 0 M: 10 Y: 89 K: 6 CMYK - C: 0 M: 50 Y: 53 K: 8

RIPE LEMON - KUNING LIMAU ROSY PINK - MERAH JAMBU

RGB - R: 136 G: 136 B: 250 RGB - R: 77 G:77 B: 129
CMYK - C: 46 M: 46 Y: 0 K: 2 CYMK - C: 40 M: 40 Y: 0 K: 49

PERIWINKLE - PERIWINKLE DUSK - SENJA

17

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

TIGA VARIASI LOGO

Warna penuh (full colour) Skala kelabu (grayscale) Hitam putih (black and white)

Terdapat tiga variasi logo TVET Negara. Penggunaan setiap logo perlu memastikan aspek ketepatan rupa
bentuknya. Dengan erti kata lain, ketiga-tiga komponen logo wajib kelihatan tepat dan nyata.

Ketiga-tiga logo ini boleh digunakan mengikut kesesuaian latar belakang yang diperlukan.

Pengunaan ketiga-tiga variasi logo ini MESTI dipatuhi bagi memastikan penggunaan yang konsisten dan
seragam antara kesemua kementerian dan penyedia TVET Malaysia.

Logo-logo ini juga boleh digunapakai pada sebarang permukaan melalui cetakan, sulaman, ukiran dan
sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab pengguna logo untuk mengenal pasti pilihan yang paling sesuai mengikut
konteks penggunaan.

18

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

PENGGUNAAN LOGO HITAM PUTIH

Gunakan Logo TVET Negara berwarna hitam putih dengan latar belakang yang berwarna gelap.
Kombinasi ini juga boleh digunakan pada latar belakang bergambar yang mempunyai kontras yang cukup.
Contohnya, logo TVET Negara yang berwarna hitam putih boleh diletakkan pada gambar daun hijau yang
merimbun.

19

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

PENGGUNAAN LOGO SKALA KELABU

Gunakan Logo TVET Malaysia yang berwarna
skala kelabu (grayscale ) untuk diletakkan
dengan latar belakang yang berwarna cerah
seperti yang ditunjukkan.

20

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

ZON EKSKLUSIF

1.0 cm

1.0 cm 1.0 cm

1.0 cm

Zon Eksklusif merujuk kepada ruang putih antara peletakan logo dengan imej atau kandungan visual lain pada
bahan promosi atau komunikasi.
Zon Eksklusif adalah untuk memastikan logo tampak nyata dan jelas terpampang pada bahan promosi
berkenaan.

21

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

PENGGUNAAN BETUL DAN SALAH

Ai

PDF

PNG Elakkan daripada mengeluarkan sebarang
elemen logo daripada logo asal.
Gunakan fail logo daripada sumber
rasmi yang telah disediakan. Elakkan
daripada menghasilkan semula logo
berdasarkan panduan.

Elakkan daripada memutarkan logo. Elakkan daripada membesarkan/
mengecilkan logo dengan tidak sekata.

Elakkan daripada menambah elemen Elakkan daripada mengecilkan logo
lain pada logo. sehingga menjadi kabur.

22

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

PENGGUNAAN LOGO BERSAMA LOGO-LOGO LAIN

Sekiranya Logo TVET Malaysia digunakan bersama dengan logo-logo lain, pastikan ketinggian kedua-dua logo
adalah sama. Mohon gunakan kelaziman di bawah:

KEDUDUKAN DUA (2) LOGO BERSAMA JATA NEGARA

KEDUDUKAN DUA (2) LOGO TANPA JATA NEGARA

KEDUDUKAN TIGA (3) ATAU GANJIL BILANGAN LOGO BERSAMA JATA NEGARA

Susunan logo tertakluk kepada protokol negeri jika program dijalankan di Negeri.
Susunan kekananan Kementerian adalah berdasarkan kekananan Jemaah Menteri.
Begitu juga dengan kekananan Agensi di bawah Kementerian adalah berdasarkan gred Jawatan Ketua Jabatan
bagi Agensi tersebut.
Walau bagaimanapun, kekananan susunan logo Kementerian/Jabatan/Agensi adalah bergantung kepada
penglibatan Kementerian/Jabatan/Agensi dalam majlis yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan/Kerajaan.

23

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Spesifikasi dan Tatacara Penggunaan
Logo TVET Negara

PENGGUNAAN LOGO TVET NEGARA BERSAMA LOGO-LOGO LAIN

KEDUDUKAN EMPAT (4) ATAU GENAP BILANGAN LOGO

LOGO LAIN LOGO LAIN
(3) (4)

SUSUNAN MENGIKUT KEKANANAN SESUATU MAJLIS

LOGO LAIN LOGO LAIN Susunan Genap:
(1) (2) <1><2>

<3><1><2><4>

LOGO LAIN LOGO LAIN LOGO LAIN Susunan Ganjil:
(2) (1) (3) <2><1><3>

<4><2><1><3><5>

Susunan logo tertakluk kepada protokol negeri jika program dijalankan di Negeri.

Susunan kekananan Kementerian adalah berdasarkan kekananan Jemaah Menteri.

Begitu juga dengan kekananan Agensi di bawah Kementerian adalah berdasarkan gred Jawatan Ketua Jabatan
bagi Agensi tersebut.

Walau bagaimanapun, kekananan susunan logo Kementerian/Jabatan/Agensi adalah bergantung kepada
penglibatan Kementerian/Jabatan/Agensi dalam majlis yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan/Kerajaan.

24

PENJENAMAAN TVET NEGARA
25

PENJENAMAAN TVET NEGARA

BAHAGIAN TIGA

Galeri TVET

26

PENJENAMAAN TVET NEGARA
27

PENJENAMAAN TVET NEGARA
28

PENJENAMAAN TVET NEGARA
29

PENJENAMAAN TVET NEGARA
30

PENJENAMAAN TVET NEGARA
31

PENJENAMAAN TVET NEGARA
32

PENJENAMAAN TVET NEGARA
33

PENJENAMAAN TVET NEGARA
34

PENJENAMAAN TVET NEGARA
35

PENJENAMAAN TVET NEGARA
36

PENJENAMAAN TVET NEGARA
37

PENJENAMAAN TVET NEGARA
38

PENJENAMAAN TVET NEGARA
39

PENJENAMAAN TVET NEGARA

Penghargaan

KETUA EDITOR
Dr. Zainal Azhar Zainal Abidin

EDITOR
Dr. Umawathy Techanamurthy
Fazidah Ithnin

PENULIS UTAMA
Dr. Zainal Azhar Zainal Abidin
Dr. Umawathy Techanamurthy
Fazidah Ithnin
Mohan Kumar Manikam
Danial Abd Rahman
Nadya Subramaniam

TURUT MENYUMBANG
Ts. Zainab Ahmad
Dr. Zubaidah Aman
Dr. Shamsuri Abdullah
Norhanom Awang
Mohd Sahran Mohidin
Dr. Kamsidi @ Abd Malek Sidek
Dr. Siti Nor Afzan Buyadi
Pradeeb Kumar Velayutham
Mohd Hanafiah Moktar
Hafiz Marzukhi
Umi Syahidah Anuari

PEREKA GRAFIK
Dr. Zainal Azhar Zainal Abidin
Kameelia Noor
Saiful Azli Saaidin
Nurfazilah Mohd Isa

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menyumbangkan idea serta kepakaran dalam menyediakan buku ini terutamanya ahli Kumpulan Fokus
Penjenamaan, Majlis TVET Negara, Sekretariat Majlis TVET Negara dan Bahagian Istiadat dan Urusetia
Persidangan Antarabangsa. Semoga buku ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada Kementerian/Jabatan/
Agensi, syarikat korporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan individu dalam penggunaan logo
dan slogan TVET Negara yang tepat.

40


Click to View FlipBook Version