INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP
-KERJA KURSUS -
KURSUS: KETERAMPILAN BERBAHASA
KOD KURSUS : BMMB1134
KANDUNGAN:
i. Bahagian A: Penulisan Esei
ii. Bahagian B: Pembentangan
iii. Bahagian C: Penghasilan Produk
Markah : Nama Guru Pelatih : Alvin anak Jantai
No. Kad Matrik : P21074367
Kumpulan : PPISMP BMSK1
Ambilan :JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Semester/Sesi : FEBRUARI 2022
: 0192840936
No. Telefon Bimbit : [email protected]
Alamat E-mel : PUAN ARBIAH BINTI HAJI MADDAHIRI
Nama Pensyarah Kursus
KRITERIA 45% 25% 30% Jumlah (100%)
Pemeriksa 1 Penulisan Esei Persembahan Penghasilan Produk
Pemeriksa 2
A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.
AlvinTanda tangan Pelajar: Tarikh: 26 APRIL 2022
B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya mengucapkan syukur kerana tugasan BMMB1134 ini dapat saya siapkan
mengikut masa yang telah ditetapkan.Tugasan kerja kursus kali ini memperincikan tentang
penghasilan produk berkaitan halangan dan komunikasi dan isu keterampilan berbahasa.
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini pelbagai dugaan dan juga cabaran yang
telah saya tempuhi untuk memastikan kerja kursus saya menjadi lebih mantap.Dengan
kesempatan ini,saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Arbiah Binti
Maddahiri kerana telah mengajar,membimbing dan tidak jemu mencurahkan ilmu kepada saya
sehinggalah saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini.Saya juga berterima kasih kepada ibu
bapa saya kerana telah mendorong dan memberikan kata-kata semangat kepada saya sepanjang
saya membuat kerja kursus ini.Tidak ketinggalan juga para rakan saya yang telah banyak
membantu saya dalam mengatasi kekeliruan yang telah saya buat semasa membuat ini.Sekian
terima kasih.
KANDUNGAN
1
1.0 PENGENALAN.....................................................................................................................2
2.0 Halangan dalam komunikasi ..............................................................................................3
2.1 Penyampai .......................................................................................................................3
3.0 Isu Keterampilan Berbahasa ..............................................................................................4
3.1 Bahasa Rojak...................................................................................................................4
3.2 Isu media Sosial ..............................................................................................................4
4.0 Rumusan .............................................................................................................................5
5.0 Rujukan ...............................................................................................................................5
1.0 PENGENALAN
Menurut kamus dewan keempat(2005) komunikasi didefinisikan sebagai satu perhubungan
secara lansung atau menggunakan perantaraan seperti radio,surat,telefon dan
sebagainya.Komunikasi juga bermaksud mengadakan perhubungan dengan
2
bercakap,berbincang,bertukar pendapat dan lain-lain.Manakala keterampilan pula didefinisikan
sebagai kecekapan dan juga kemampuan seseorang itu di mana seseorang itu mempunyai
keadaan dan juga sifat terampil yang tinggi.Pada masa dalam zaman yang serba canggih ini cara
berkomunikasi telahpun berubah dengan pesatnya.Misalnya,jika zaman dahulu orangorang telah
menggunakan burung merpati sebagai komunikasi perantaraan untuk menghantar pesanan
mereka ke tempat yang jauh.Pada zaman sekarang kita lebih mudah untuk berkomunikasi kerana
dengan peranti seperti telefon,labtop dan gajet yang lain.Namun begitu,di sebalik kompleksnya
dalam komunikasi kita seharian timbul beberapa masalah yang selalu menyebabkan seseorang
itu sukar untuk dia bercakap dan bertegur sapa dengan orang di sekeliling dia.Hal ini kerana
terdapat beberapa halangan dalam kita komunikasi.Justeru itu perkara ini juga secara tidak
lansung telah menimbulkan beberapa isu keterampilan bahasa yang menyebabkan perancangan
sesuatu perkara menjadi terganggu
2.0 Halangan dalam komunikasi
2.1 Penyampai
Menurut Maria Mansur et al.(2012) gangguan dari aspek utama iaitu penyampai didalangi oleh
beberapa faktor.Secara dasarnya penyampai boleh kita klafikasikan sebagai agen sosial yang
bertanggungjawab untuk menyampaikan pesanan dan juga memberitahu kepada umum
berdasarkan apa yang hendak mereka sampaikan.Lazimnya agen sosial iaitu seperti guru dan
juga pendidik kerana mereka menyampaikan pembelajaran dan juga pengajaran kepada anak
didik mereka.Oleh yang demikian pelbagai halangan yang dihadapi oleh pendidik dalam
menyampaikan maklumat kepada murid.Sebagai guru dan juga peranan sebagai penyampai guru
yang misalnya tinggal dalam lingkungan sosiobudaya masyarakat mereka sendiri seperti guru
melayu yang beragama Islam sudah pasti akan membawa budaya tersebut dalam dirinya.Hal ini
kerana telah dididik sejak dari kecil tentang adab,budaya,agama dan juga tradisi masyarakat
Melayu.Oleh itu,guru tersebut amat fasih dalam bahasa melayu dan arif tentang budaya
masyarakat mereka.Namun jika seseorang guru tersebut ditempatkan di kawasan di mana
sosiobudaya masyarakat setempat sangat berbeza dengan kehidupan di tempat tinggal
dia.Misalnya,seseorang guru tersebut ditempatkan di sekolah pedalaman Sarawak di mana
kebanyakkannya hampir 100% muridnya ialah penduduk asal iaitu orang Iban dan juga orang
Ulu.Hal di sini sedikit sebanyak akan mengganggu komunikasi antara guru.Punca berlakunya
kemelut seperti itu kerana seperti yang saya utarakan tadi ialah dari segi aspek sosiobudaya yang
berbeza .Misalnya guru tersebut telah menyampaikan maklumat yang boleh menimbulkan isu
yang boleh menguris hati murid-murid di sekolah tersebut.Tambahan pula kosa kata sesuatu
kaum itu boleh juga boleh menjadi halangan kepada guru-guru.Hal ini kerana ada beberapa
perkataan yang sama dengan bahasa Melayu tapi mempunyai tafsiran yang berbeza di setiap
3
kaum.misalnya perkataan ‘keting’.Dalam bahasa Melayu perkataan tersebut ialah urat kaki
kerbau ataupun lembu akan tetapi dalam bahasa Iban perkataan tersebut bermaksud alat sulit
Wanita.Hal ini seakan-akan memperli para murid dan mungkin menyinggung mereka walaupun
perkataan tersebut tidak sensitive dalam bahasa Melayu.Oleh itu,di sini perlunya para guru untuk
belajar sosiobudaya masyarakat setempat kerana melalui langkah tersebut ia dapat
menggelakkan kesalahanfahaman antara masyarakat setempat.Misalnya,selalu bertanya
kepada murid apa tradisi mereka agar guru tersebut tidak melanggar serta menguris perasaan
murid-murid.
3.0 Isu Keterampilan Berbahasa
3.1 Bahasa Rojak
Isu penggunaan bahasa Rojak sememangnya sejak dahulu lagi telah dicanangkan dalam
negara kita sama ada di parlimen dan juga masyarakat.Bahasa rojak ialah satu fenomena
kecelaruan bahasa di mana umumnya fenomena bahasa yang bercampur-baur antara bahasa
Melayu dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, daripada sudut pandangan
masyarakat di negara kita.Bahasa Rojak ini terhasil dalam penduduk di negara kita kerana
masyarakat ingin menggunakan perkataan yang mudah serta tidak menggunakan perkataan
yang panjang.Lazimnya,pada zaman sekarang kebanyakkan generasi terakhir Y dan generasi Z
yang kerap menggunakan bahasa rojak ini.Perkara ini menyebabkan sebahagian generasi pada
zaman sekarang agak sukar apabila ditanya maksud sesuatu perkataan bahasa asing ditukar
kepada bahasa Melayu kerana terbiasa dengan percampuran bahasa ketika bercakap.Hal ini
menyebabkan seseorang itu terpaksa mencari maksud di kamus ataupun bahan atas talian dan
hal ini semestinya menyusahkan mereka.
3.2 Isu media Sosial
Isu media sosial juga menjadi satu isu yang amat serius dalanm keterampilan berbahasa ini.Hal
ini kerana media sosial ini ialah satu isu yang amat besar dan kompleks kerana cabangnya yang
banyak.Isu yang kerap dilakukan dalam media sosial yang penggunaan bahasa yang tidak
sopan.Penggunaan bahasa yang tidak sopan dalam platform media sosial merupakan satu isu
yang sering diwarakan-warakan dalam masyarakat kita kerana hal ini membaurkan kepada fitnah
dan lebih parah lagi kepada pergaduhan akibat tidak bahasa yang tidak sopan.Misalnya
menggunakan perkataan ‘**tuh’ dalam platform facebook dan whatsapp.Kesannya,seseorang
yang terkesan dengan bahasa yang tidak sopan itu akan merespon dengan membalas juga
bahasa tidak sopan kepada kita.Dari hal tersebut,timbulah bibit-bibit permusuhan serta ingin
4
bergaduh sesama rakan dan orang lain.Seterusnya,isu yang kerap dibahaskan dalam isu media
sosial ini ialah penggunaan perkataan dengan singkatan ketika menaip.Meskipun hal ini tidak
menjadi isu yang besar ketika kita menggunakan aplikasi whatsapp dan Tik tok sudah semestinya
kita tidak menggunakan 100% perkataan asal tersebut kerana untuk menjimatkan masa dan
memudahkan kita berbual.Namun,isunya timbul apabila kita menggunakan perkataan singkat
dalam urusan rasmi.Misalnya menggunakan perkataan ‘TQ’ untuk menyingkatkan perkataan
‘terima kasih’ dalam e-mail kepada jabatan ataupun persatuan sudah semestilah kita akan
dimarah ataupun ditegur kerana perkataan singkat tidak dibenarkan dalam urusan rasmi
khususnya ketika kita menggunakan media sosial untuk membuat kerja.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya, halangan komunikasi dan juga isu keterampilan berbahasa ini menjadi satu isu
masalah yang amat membimbangkan negara kita kerana saban tahun hal begini semakin
menjadi-jadi.Oleh itu sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita hendaklah menyokong
usaha baik kerajaan dalam menangani perkara ini.Misalnya,melaporkan kepada pihak berkuasa
tentang penggunaan bahasa yang tidak sopan dalam media sosial yang menghina orang lain
agar boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat untuk berpada-pada ketika menggunakan
media sosial.Seterusnya sebagai guru,langkah yang ken akita ambil ialah mempelajari budaya
kaum lain agar kita dapat memudahkan lagi sesi pengajaran dan juga pembelajaran para
murid.Akhir sekali,kita perlulah mengamalkan keterampilan yang baik serta berkomunikasi
dengan bagus kerana banyak manfaatnya kepada kita.
5.0 Rujukan
Awang Sariyan. (2021, December 16). Isu Bahasa Rojak - Dewan Bahasa. Dewan Bahasa. Retrieved
May 5, 2022, from https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/12/16/isu-bahasa-rojak/
Dr. Awang Sariyan. (2004, July 19). Bahasa Rojak. Bahasa Rojak. - Artikel - PTS. Retrieved May 5,
2022, from https://pts.com.my/berita/bahasa-rojak/
Ibrahim bin Hj Ahmad, Azizah bt Supardi, Saidah bt Kamin, Tajudin, H. A. b., Jabbar, S. b., Mohd
Khalid, H. b., & Abdullah, R. b. (2005). Kamus Dewan. DBP.
Maria Mansur, Khairuddin Mohamad, Azmi Ayub, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Faiziah
Shamsudin, & Abd. Rahim Ismail (Eds.). (2012). Bahasa Melayu kontekstual. Oxford Fajar.
5
6