The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suwaibatul, 2025-11-30 23:03:10

MODUL USAHAWAN

MODUL USAHAWAN

HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARANAMA KURSUS NILAI TERAS TAJUK MODUL KEUSAHAWANAN TAJUK SUB MODUL ASAS PENGURUSAN KEWANGAN TAJUK TEORI T8. MENGETAHUI KAEDAH MEREKOD ALIRAN TUNAI KELUAR DAN DAN MASUK HARIAN T9. KAEDAH MEMBUAT RINGKASAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN DAN UNTUNG RUGI T10 MENGENAL PASTI POLA DALAM ALIRAN TUNAI BULANAN T11. MENGENAL PASTI POLA DALAM ALIRAN KREDIT BULANAN T12. PENETAPAN HARGA JUALAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)Hasilkan profil syarikat yang mempunyai elemen asas dalam syarikat yang dijalankan mengikut standard Modul Keusahawanan GIATMARA Edisi Ke-2.KOD RUJUKAN GM/NT/05.03 MUKA: 1 DRPD: 7 NAMA NO. K/P TUJUAN : 1. Penggunaan borang wang masuk dan borang wang keluar dalam buku rekod harian dan Merekod jualan dan belian berdasarkan rekod dan invois 2. Mengetahui kaedah mengesan wang masuk dan keluar melalui ringkasan pendapatan dan perbelanjaan bulanan and Mengetahui kaedah merekod untung rugi 3. Mengetahui cara membina Carta Akaun Tunai Pelanggan dan Mengetahui cara membina Carta Akaun Kredit Pelanggan 4. Mengetahui pengiraan bagi menetapkan harga jualan produk dan perkhidmatan PENGENALAN : BUKU REKOD HARIAN & WANG KELUAR MASUK Pemilikan perniagaan yang berjaya memahami bagaimana perniagaan mereka berjalan setiap hari dengan menyediakan rekod harian urus niaga wang MASUK dan KELUAR. HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet)


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.03 MUKA: 2 DRP: 7 MENYEDIAKAN REKOD HARIAN Mulakan sistem ringkas yang mudah digunakan setiap hari. Perbaikinya melalui pengalaman setiap hari. REKOD HARIAN YANG PERLU DISIMPAN 1. Buku Rekod Harian 2. Buku Tunai Harian 3. Buku Kredit Harian 4. Resit 5. Invois PASTIKAN REKOD ANDA: 1. Dikemaskini setiap hari 2. Disimpan dengan kemas & rapi 3. Diperiksa tiada kesilapan 4. Difailkan bersama 5. Ditandakan dengan tarikh 6. Disimpan di tempat yang selama CONTOH BORANG WANG MASUK CONTOH BORANG WANG KELUAR Kegunaan borang ini bagi merekodkan wang hasil dari jualan dan pembayaran lain. Ia dapat memberi tahu anda jumlah wang yang anda peroleh, produk mana yang banyak dijual, berapa banyak kredit yang ada berikan kepada pelanggan. Kegunaan borang ini bagi merekodkan perbelanjaan harian yang dibayar dari Kotak Tunai anda. Ia memberitahu anda berapa kos harga bagi menjalankan perniagaan anda dan apa hutang anda kepada pemberi kredit (pembekal yang anda beli barang daripadanya dan berjanji membayar kemudian).


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.03 MUKA:3 DRP: 7 Invois Resit & Invois berguna apabila kita membuat jualan atau belian yang besar. Apabila kita mengeluarkan resit dan invois, kita juga memasukkan jumlah itu dalam Buku Rekod Harian.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.03 MUKA: 4 DRP7 MENGURUSKAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN MENGURUSKAN Pemilik Perniagaan yang berjaya menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka secara bulanan bagi membuat untung. Untung adalah wang yang tinggal selepas perbelanjaan dan cukai diambil dari pendapatan.REKODKAN RINGKASAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN ANDA Perniagaan yang berjaya BUKAN SEKADAR mengenai menjual barang; atau mendapatkan wang bagi menyara keluarga kita setiap hari. Perniagaan yang berjaya membuat keuntungan setiap bulan dan bertahan bertahun-tahun. Bagi membantu anda melakukannya, anda perlu mengesan wang MASUK (Pendapatan) dan wang KELUAR (Perbelanjaan) sebenar, menggunakan Ringkasan Bulanan ini. KIRA UNTUNG ATAU RUGI ANDA Untung adalah jumlah jualan tolak jumlah kos. Anda perlu mengira untung (atau rugi) setiap bulan. Setiap 3 bulan (atau suku tahunan) dan pada penghujung setiap tahun.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.03 MUKA: 5 DRP: 7 MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI DAN KREDIT Aliran tunai yang baik bermakna mempunyai tunai yang cukup setiap bulan bagi membayar perbelanjaan perniagaan dan menguruskan kredit. Sebab utama mengapa sesebuah perniagaan itu gagal adalah aliran tunai yang negatif - di mana lebih banyak KELUAR daripada yang MASUK. Dalam modul ini, kita akan membina Carta Aliran Tunai dan Akaun Kredit Pelanggan. REKODKAN RINGKASAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN ANDA Perniagaan yang berjaya BUKAN SEKADAR mengenai menjual barang; atau mendapatkan wang bagi menyara keluarga kita setiap hari. Perniagaan yang berjaya membuat keuntungan setiap bulan dan bertahan bertahun-tahun. Bagi membantu anda melakukannya, anda perlu mengesan wang MASUK (Pendapatan) dan wang KELUAR (Perbelanjaan) sebenar, menggunakan Ringkasan Bulanan ini. MENCIPTA CARTA ALIRAN BULANAN 1. Rekodkan pengerakan wang masuk dan keluar daripada perniagaan setiap bulan. 2. Carta Aliran Tunai merangkumi semua wang dari jualan, pinjaman, atau wang yang kita masukkan ke dalam perniagaan. 3. Jika kita baru bermula, kita boleh bertanya pada pekedai atau pembekal lain bagi membantu kita membuat anggaran yang munasabah. 4. Jika kita sudah berniaga sekurang-kurangnya setahun, kita akan mendapat idea daripada pola rekod kita yang sedia ada


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.03 MUKA: 6 DRP: 7 PENGIRAAN MENETAPKAN HARGA JUALAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN Penetapan harga jualan produk dan perkhidmatan amat penting kerana ia akan menjadi asas untuk merancang jumlah pendapatan yang bakal diterima dan amaun peruntukan perbelanjaan untuk pembelian stok dan kos operasi.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.03 MUKA: 7 DRP: 7


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARANAMA KURSUS NILAI TERAS TAJUK MODUL KEUSAHAWANAN TAJUK SUB MODUL ASAS PENGURUSAN PEMASARAN TAJUK TEORI T15. KAEDAH PEMASARAN KONVENSIONAL T16. KAEDAH PEMASARAN PENDIGITALAN OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)Menetap kaedah pemasaran produk dan perkhidmatan dengan efektif dan berkesan berdasarkan standard asas Modul Keusahawanan GIATMARA Edisi Ke-2.KOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 1 DRPD: 14 NAMA NO. K/P TUJUAN : 1. Mengenal pasti kaedah pemasaran yang sesuai untuk memasarkan produk/perkhidmatan 2. Kaedah memasarkan produk secara online PENGENALAN : ASAS PENGURUSAN PEMASARAN Pemasaran adalah aktiviti memperkenalkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. 7P's adalah kaedah pemasaran yang digunakan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan. HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet)


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 2 DRP: 14


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA` KOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 3 DRP: 1 4 (PRODUCT) PRODUK Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah dapat menarik perhatian pelanggan. Ciri-ciri produk yang berkualiti adalah : - 1. Pembungkusan - Tujuan utama pembungkusan adalah untuk melindungi produk daripada rosak ketika pengendalian dan pengedaran. Reka bentuk pembungkusan yang baik adalah:- i. Bersesuaian & menggunakan bahan yang selamat ii. Mudah dipegang iii. Mudah disimpan atau diletakkan di rak iv. Mudah diperiksa v. Mudah dibuka dan ditutup vi. Mudah dibuang dan boleh dikitar semula 2. Pelebelan - Label ialah reka bentuk grafik di atas bahan pembungkusan yang mengandungi maklumat terperinci sesuatu produk seperti nama pengeluar, nama produk, penggunaan dan penerangan produk dalam bentuk tulisan.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 4 DRP: 1 4 (PROMOTION) PROMOSI Promosi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap sesuatu jenama produk dan menjana jualan. Contoh aktiviti promosi ialah memberikan sampel percuma, kupon diskaun, rebat, pertandingan dan penajaan. Pengiklanan adalah strategi promosi, kaedah komunikasi satu hala untuk memberitahu pelanggan maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Contoh aktiviti pengiklanan adalah medium surat khabar, televisyen, radio, papan iklan dan media social.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 5 DRP: 14


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 6 DRP: 14 (PLACE) TEMPAT Tempat yang strategik akan membantu perniagaan menembusi pasaran yang lebih besar, meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan kerana produk atau perkhidmatan anda telah sampai kepada pengguna.Penjualan produk dan perkhidmatan boleh dibuat secara langsung kepada pelanggan dengan bersua muka dan “walk in customer” ke premis perniagaan.Penjualan produk dan perkhidmatan boleh dibuat melalui “third parties” seperti peruncit, pemborong dan agen


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 7 DRP: 14 (PEOPLE) ORANG Pelanggan merupakan orang yang penting dalam perniagaan kerana mereka telah menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kepuasan pelanggan perlu diberi perhatian kerana pembelian berulang (repeat purchases) akan berlaku, menjadi pelanggan yang setia (loyal customer), menyampaikan maklumat positif (positive word of mouth) kepada masyarakat. Peniaga yang berkualiti mampu meningkatkan kepuasan pelanggan dan membantu menjana keuntungan kepada syarikat.(PROCESS) PROSES Proses adalah sistem yang efektif dalam menguruskan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Sebuah perniagaan yang baik mempraktikkan penggunaan Prosedur Pengoperasian Standard (SOP) dalam menjalankan tugasan tertentu. SOP ialah arahan langkah demi langkah atau manual sebagai panduan untuk menguruskan produk dan perkhidmatan anda. (PHYSICAL) FIZIKAL Suasana fizikal perniagaan mampu menarik perhatian pelanggan. Susun atur dalaman bagi sebuah perniagaan runcit misalnya mempunyai ruangan yang luas untuk penggunaan troli, akan memberi keselesaan kepada pelanggan untuk membeli belah.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 8 DRP: 14 KAEDAH PEMASARAN PENDIGITAL Pemasaran digital adalah aktiviti promosi jenama produk melalui aplikasi media elektronik kepada pelanggan. Cara yang paling mudah untuk mencipta jaringan pemasaran atas talian ialah dengan menggunakan aplikasi atas talian berikut:- E- DAGANG Wetherbe (2008) mentafsir e-dagang sebagai suatu proses pembelian, penjualan, pemindahan, pelayanan, atau pertukaran produk, perkhidmatan, atau informasi menerusi rangkaian komputer, termasuklah internet. Selain itu, ungkapan e-dagang turut diterangkan sebagai aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilakukan dengan menggunakan pelantar internet dan dalam laman sesawang secara khususnya (Chaudhury & Kuiboer, 2002). Dengan adanya pelbagai laman sesawang e-dagangseperti Lelong.my, mudah.my, eBay, PayPal. Facebook, dan blog-blog personal pada masa kini, penggunaan e-dagang di Malaysia masih lagi berada pada tahap rendah dan di peringkat awal perkembangan(Hing, 2009; Hamisah & Samsudin, 2008; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 2006; Munirah, 2003; Mahamud, 2003; Amir, 2001) sedangkan kebanyakan negara lain telah mula menggunakan dan mengamalkan e-dagang dalam urusan kerja dan kehidupan seharian (Joseph, 2006; Karakaya & Chartol, 2001). FACEBOOK: MEDIUM PEMASARAN Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikenali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Individu yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 9 DRP: 14


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 10 DRP: 14


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 11 DRP: 14


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 112 DRP: 14


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 13 DRP: 14


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.05 MUKA: 14 DRP: 14


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARANAMA KURSUS NILAI TERAS TAJUK MODUL KEUSAHAWANAN TAJUK SUB MODUL ASAS PENGURUSAN SYARIKAT TAJUK TEORI T13 MENGENALPASTI SUMBER MANUSIA T14. MENGENALI OPERASI PERNIAGAAN OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)Menguruskan sumber manusia dan operasi syarikat secara tersusun mengikut standard asas Modul Keusahawanan GIATMARA Edisi Ke-2.KOD RUJUKAN GM/NT/05.04 MUKA: 1 DRPD: 4 NAMA NO. K/P TUJUAN : 1. Mengenal pasti kriteria sumber manusia yang baik 2. Mengetahui cara pengurusan premis, stok, bekalan dan perolehan PENGENALAN : Sumber Manusia Pengurusan sumber manusia adalah penting bagi semua perniagaan tanpa mengira saiz perniagaan Tersebut. KRITERIA SUMBER MANUSIA YANG BAIK 1. Gaji & Upah - Gaji atau upah pekerja adalah berbeza, bergantung kepada kelulusan akademik, kemahiran, pengalaman bekerja atau pengetahuan teknikal berkaitan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat. Di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012), majikan perlu membayar gaji tidak lewat daripada 7 haribulan bagi setiap bulan HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet)


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.04 MUKA: 2 DRP: 4


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.04 MUKA: 3 DRP: 4 `


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.04 MUKA: 4 DRP: 4 OPERASI PERNIAGAAN Operasi ialah aktiviti membeli, membina dan menyediakan produk atau perkhidmatan dengan tujuan menjana jualan. Operasi perniagaan yang utama ialah pengurusan premis perniagaan, pengurusan stok, pengurusan pembekalan, pengurusan inventori dan pengurusan perolehan. PENGURUSAN PREMIS PERNIAGAAN Pengurusan premis perniagaan menitikberatkan suasana, imej, hiasan dalaman, hiasan luaran yang mampu memberikan suasana positif kepada pelanggan. PENGURUSAN STOK 1. Membina jaringan pembekal dengan mengambilkira penghantaran “tepat pada waktu\". 2. Membuat jadual penghantaran bekalan berdasarkan masa. 3. Menggunakan sistem berkomputer untuk menerima dan memeriksa stok (perisian pengurusan boleh digunakan untuk mengakses rekod pembelian, penerimaan, jualan, inventori dan laporan stok). 4. Sistem pengurusan stok secara manual dengan menggunakan Kad Stok yang lebih terperinci di mana setiap kad mewakili maklumat setiap jenis stok. PENGURUSAN PEMBEKALAN 1. Mengenalpasti kaedah pembayaran samada tunai atau kredit. 2. Jika kredit, apakah syaratnya, 30 atau 60 hari yang dikenakan kepada pelanggan. 3. Syarat penghantaran stok. PENGURUSAN PELANGGAN 1. Pernyataan dasar perniagaan yang boleh dilihat termasuk kaedah pembayaran dan syarat pemulangan barang. 2. Menawarkan insentif yang menggalakkan pelanggan untuk membuat pembelian seterusnya dengan berkongsi maklumat terkini dengan peniaga. 3. Memaksimakan waktu operasi perniagaan untuk memenuhi keperluan pelanggan PENGURUSAN PEROLEHAN Perolehan adalah kaedah yang digunakan untuk membuat pembelian barangan dan perkhidmatan. Dokumen perolehan adalah: 1. Sebutharga ialah anggaran harga yang dikeluarkan oleh pengeluar atau penjual untuk ditawarkan kepada bakal pelanggan. 2. Pesanan Belian ialah dokumen pembelian barang daripada pembekal. 3. Pesanan Penghantaran ialah dokumen yang ditunjukkan ketika penghantaran produk atau perkhidmatan yang perlu ditandatangani ketika penerimaan. 4. Invois ialah dokumen yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar. 5. Resit ialah dokumen yang menyatakan jumlah yang telah dibayar oleh pelanggan.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARA NAMA KURSUS NILAI TERAS TAJUK MODUL KEUSAHAWANAN TAJUK SUB MODUL ASAS PENUBUHAN ENTITI PERNIAGAAN TAJUK TEORI T1 PENGENALAN PEMILIKAN SYARIKAT DAN KATEGORI PERNIAGAAN T2 MENERANGKAN JENIS MILIKAN ENTITI PERNIAGAAN T3 MENERANGKAN SYARAT & KELAYAKAN PENDAFTARAN ENTITI PERNIAGAAN T4 PENDAFTARAN ENTITI PERNIAGAAN T5 MENERANGKAN FUNGSI UTAMA PENDAFTARAN ENTITI PERNIAGAAN T6 MENERANGKAN KAEDAH PENDAFTARAN ENTITI PERNIAGAAN OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)Menentukan jenis perniagaan yang bersesuaian dengan syarikat yang ingin ditubuhkan, boleh menamakan perniagaan yangbersesuaian dengan jenis produk atau perkhidmatan yang akan dijalankan. KOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: DRPD: NAMA NO. K/P TUJUAN : 1. Menerangkan definisi perniagaan dan liabiliti 2. Definisi jenis milikan perniagaan dan liabiliti 3. Menerangkan Syarat & Kelayakan Pendaftaran Entiti Perniagaan 4. Mengetahui anggaran kos permulaan dan asas penubuhan syarikat 5. Mengenali agensi berkaitan untuk mendaftarkan perniagaan dan faedah mendaftarkan syarikat 6. Menerangkan Fungsi Utama Pendaftaran Entiti Perniagaan dan fungsi utama, faedah dan kepentingan pendaftaran syarikat 7. Menerangkan Kaedah Pendaftaran Entiti Perniagaan dan langkah-langkah mendaftarkan entiti perniagaan PENGENALAN : Kompetensi Keusahawanan Kompetensi adalah keupayaan untuk melaksanakan satu aktiviti untuk suatu tugasan dalam pekerjaan khususnya dalam dunia keusahawanan mencapai piawaian yang diharapkan. Kompetensi ini merangkumi juga ‘keupayaan da-lam kemahiran dan kefahaman’ serta ‘aspek keberkesanan personal’.HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet)


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: 2 DRP: Antara kompetensi yang ditegaskan dalam dunia keusahawanan adalah: 1. Inisiatif 2. Melihat dan merebut peluang 3. Kecekalan 4. Mencari maklumat 5. Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi. 6. Komitmen kepada perjanjian kerja 7. Orientasi ke arah kecekapan 8. Membuat perancangan yang sistematik 9. Penyelesaian masalah 10. Keyakinan diri 11. Ketegasan 12. Kemampuan meyakinkan orang lain 13. Mampu menggunakan strategi pengaruh ENTITI PERNIAGAAN Antara entiti perniagaan yang terdapat di Malaysia termasuklah:  Pemilikan tunggal  Perkongsian  Syarikat berhad  Syarikat sdn bhd  Koperasi  Konsortium  Holding company  Subsidiary company  Badan berkanun Tetapi yang paling popular adalah:  Pemilikan tunggal  Perkongsian  Syarikat Sdn Bhd  Syarikat Berhad SYARIKAT, PEMILIKAN TUNGGAL & PERKONGSIAN Ciri-ciri perbandingan umum: Pemilikan tunggal dimiliki oleh seorang tuan punya (tunggal) sahaja. Perkongsian pula mempunyai ahli tidak kurang daripada dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) orang. Syarikat pula perlu sekurang-kurangnya mempunyai dua (2) orang ahli dan boleh mempunyai bilangan ahli yang tidak terhad, kecuali anak syarikat milik penuh syarikat induknya, boleh mempunyai seorang ahli sahaja. Syarikat persendirian tidak boleh mempunyai bilangan ahli melebihi 50 orang.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: 2 DRP: Pemilikan tunggal dan perkongsian merupakan struktur perniagaan yang bersifat‘tertutup’ dan lebih ‘sentimental’ dengan pemunyanya. Dalam kedua-dua struktur perniagaan itu, anda melaburkan wang dalam perniagaan anda, yang hasilnya semua keuntungan daripada perniagaan itu adalah menjadi milik anda. Seiring dengan itu juga kesemua kerugian, hutang dan obligasi perniagaan itu adalah menjadi tanggungan anda. Sebaliknya syarikat merupakan suatu struktur perniagaan yang lebih ‘terbuka’ sifatnya,dan oleh itu adalah menjadi hak sesiapa sahaja yang memegang syer dalamnya dari masa. Pertimbangan Memilih Entiti Perniagaan  Jenis perniagaan yang akan dijalankan.  Saiz perniagaan itu.  Modal yang diperlukan perniagaan itu.  Rancangan jangka panjang perniagaan itu.  Kebaikan dan keburukan entiti perniagaan. Perniagaan Milik Tunggal Kebaikan:  Mudah untuk diuruskan  Mudah untuk dibubarkan  Kebebasan tuan punya untuk bertindak dan mengawal.  Keuntungan milik sendiri.  Tidak banyak karenah birokrasi, peraturan dan pe-rundangan. Keburukan:  Kerumitan mendapat modal perniagaan.  Tanggungan niaga yang tidak terhad.  Jangka hayat perniagaan bergantung kepada jangka hayat pemunya.Perniagaan Perkongsian Tertakluk kepada Akta Pendaftaran 1956 dan Akta Perkongsian 1961. Kebaikan:  Kemudahan mendapat kredit  Sumber modal yang lebih baik  Tanggungjawab diagihkan.  Kepelbagaian idea, kebolehan dan kemahiran. Keburukan:  Tanggungan tidak terhad walaupun terhadap rakan kongsi pasif.  Keuntungan terpaksa dibahagi.  Jangka hayat niaga bergantung kepada jangka hayat mana-mana rakan kongsi.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: 2 DRP: Syarikat Berhad Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965. Keahlian sekurang-kurangnya 2 orang dan tidak terhad untuk syarikat awam atau berhad tetapi hanya 50 orang untuk syarikat persendirian atau sdn bhd. Sifat-sifat Syarikat Berhad / Sdn Bhd:  Mempunyai nama sendiri.  Boleh didakwa dan mendakwa atas nama sendiri.  Boleh memiliki harta.  Tidak ada jangka hayat melainkan dibubarkan. Tidak tertakluk kepada jangka hayat pemegang saham / lembaga pengarah. Kebaikan  Tanggungan ahli terhad kepada sumbangan modal sahaja. Liabiliti syari-kat terasing daripada ahli.  Kemudahan untuk mendapatkan modal.  Kemudahan menukar milik saham dalam syarikat.  Potensi berkembang amat luas.  Boleh diurus oleh profesional tanpa campur tangan ahli melainkan lem-baga pengarah. Keburukan:  Terikat dengan karenah peraturan dalam Akta Syarikat 1965.  Maklumat terdedah kepada semakan awam  Ahli akan hilang penguasaan jika tidak menjadi ahli lembaga pengarah Pendaftaran Milik Tunggal Langkah-langkah Pendaftaran:- 1. Carian nama. Dapatkan borang pendaftaran di SSM untuk menentukan nama yang dipohon boleh digunakan, sama ada 100% dalam bahasa Malaysia atau 100% dalam bahasa Inggeris. Perhatikan nama-nama yang dilarang. 2. Dapatkan Borang A daripada SSM dan isikan. 3. Setelah diisi dan ditandatangani, hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. 4. Kemukakan Borang A bersama-sama dengan salinan kad pengenalan pemilik dan surat kelulusan nama. 5. Dapatkan sijil perakuan pendaftaran daripada SSM Fee yang dikenakan: 1. RM30 untuk nama perniagaan yang menggunakan nama sendiri sebagaimana dalam kad pengenalan. 2. RM60 untuk nama perniagaan selain nama sendiri. 3. RM10.00 Bayaran Untuk Cetakan Komputer. Pendaftaran adalah sah selama satu tahun. Setiap pembaharuan akan dikenakan fee RM30 setahun. Kelewatan akan dikenakan penalti dengan jumlah berdasarkan tempoh luput.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: 2 DRP: Perubahan: Sebarang perubahan kepada butir-butir perniagaan hendaklah dibuat melalui Borang B. Setelah diisi dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah bolehlah dikemukakan kepada SSM. Bayaran RM5 dikenakan untuk perubahan itu. Penamatan: Penamatan perniagaan boleh dibuat melalui Borang C dikemukakan dalam 2 salinan dengan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah. Tiada bayaran dikenakan untuk penamatan. Jatuh bangun milik tunggal adalah berseorangan “Memulakan pendaftaran milik tunggal amat mudah sekali. Begitu juga menamatkannya”Pendaftaran Milik Tunggal. PENDAFTARAN PERKONGSIAN Proses dan prosedur pendaftaran perniagaan sama seperti pendaftaran per-niagaan perseorangan, dengan menggunakan BORANG A. Rakan kongsi mestilah mengisi borang yang berasingan, BORANG P.N.A.-1A. Sebaiknya dirangka perjanjian antara rakan kongsi. Perjanjian itu hendaklah dimatikan setem dan didaftar sama semasa permohonan. Perjanjian per-kongsian hendaklah mengandungi maklumat berikut:  Tarikh perjanjian dibuat  Jenis perniagaan yang dijalankan  Jangka tempoh perkongsian itu  Sumbangan modal setiap ahli  Prosedur perakaunan  Sekatan ke atas ahli, sekiranya ada  Nama dan alamat rakan kongsi  Nama dan alamat perniagaan  Tanggungjawab setiap ahli  Cara pengagihan untung dan rugi  Gaji atau peraturan tertentu mengenai ambilan (drawing)  Cara perkongsian akan dibubarkanPERBELANJAAN PENDAFTARAN Jika modal dihadkan kepada RM40,000.00 setem di atas surat perjanjian yang pertama ialah RM50.00. Jumlah perbelanjaan bagi mendaftarkan perkongsian yang menggunakan surat perjanjian adalah seperti berikut: Bayaran pendaftaran:- RM 60 Bayaran setem (salinan pertama):- RM 50 Bayaran setem ( salinan 2 ,3 & 4):- RM 6 Jumlah:- RM 116 Sekiranya terdapat perubahan dalam perkongsian ini, hendaklah diberitahu kepada Pendaftar Perniagaan berdekatan.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: 2 DRP: PERBELANJAAN SETEM Modal Didaftar Bayaran setem RM 5,000 RM 6 RM 10,000 RM 20 RM 20,00 RM 30 RM 30,000 RM 40 RM 40,000 RM 50 RM 50,000 RM 60 Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd Pendaftaran syarikat Sdn. Berhad disempurnakan oleh Pendaftar Syarikat di SSM. PROSES PENDAFTARAN 1. PERINGKAT PERTAMA - Pemohon mencari nama syarikat: bayaran RM30 bagi satu nama dipohon 2. PERINGKAT KEDUA - Permohonan menyimpan nama syarikat dalam masa 30 hari dari Tarikh penggunaannya diluluskan dengan mengguna BORANG 14: Bayarannya RM153. PERINGKAT KETIGA - Dalam masa 2 bulan dari tarikh simpanan nama hendaklah menyediakan segala dokumen pendaftaran berikut: 1. Dua naskah buku Memorandum & Articles of Association 2. Dua Salinan Borang 7: Sijil Pengenalan Pengarah 3. Borang 45: Persetujuan menjadi Pengarah 4. Borang 48A: pengakuan status setiap pengarah sebelum dilantik 5. Borang 6: Pengakuan status bahawa semua syarat telahdipatuhi 6. Bayaran pendaftaran syarikat adalah mengikut modal


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: 2 DRP: Merujuk kepada diri usahawan itu sendiri, yang merangkumi:  Pendedahan Diri –Objektif  Faktor Penolak Keusahawanan – Wawasan : Nilai Diri, Imej Diri, Pemikiran, Cita-cita dan Harapan Masa Depan  Faktor Penolak Keusahawanan –  Kualiti : Pengetahuan, Kemahiran, Kometensi dan Kesihatan  Faktor Penolak Keusahawanan – Sumber : Peluang, Peralatan, Pekerja, Kewangan, Tanah, Masa, Bnagunan, Bahan Mentah, Keluarga, Rakan, Jaringan dan Pasaran Faktor Penarik Keusahawanan 1. Faktor Penarik : Status diri / social


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: 2 DRP: 2. Faktor Penarik : Politik & Dasar Kerajaan 3. Faktor Penarik : Peluang Ekonomi 4. Faktor Penarik : Program Sokongan Kerajaan  Pembiayaan  Dewan Perniagaan  Latihsn & Kursus  Permis Perniagaan


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.01 MUKA: 2 DRP:


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARANAMA KURSUS NILAI TERAS TAJUK MODUL KEUSAHAWANAN TAJUK SUB MODUL PEMBANGUNAN PROFIL SYARIKAT TAJUK TEORI T7. PENGENALAN PROFIL SYARIKAT OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)Hasilkan profil syarikat yang mempunyai elemen asas dalam syarikat yang dijalankan mengikut standard Modul Keusahawanan GIATMARA Edisi Ke-2.KOD RUJUKAN GM/NT/05.02 MUKA: 1 DRPD: 11 NAMA NO. K/P TUJUAN : 1. Definisi visi, misi, pengukuran objektif perniagaan serta mencipta logo dan tagline 2. Panduan mereka carta organisasi 3. Mengenal pasti jenis-jenis perniagaan 4. Mengenal pasti ciri-ciri kad perniagaan PENGENALAN : Tujuan utama penubuhan syarikat adalah untuk menghalalkan operasi perniagaan menurut perundangan yang disahkan oleh kerajaan Malaysia. Dengan cara ini, penaga dapat menawarkan produk dan perkhidmatan kepada masyarakat umum HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet)


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.02 MUKA: 2 DRP: 11PEMILIHAN NAMA SYARIKAT Nama sangat penting kepada setiap entiti perniagaan. Ia bukan sahaja menentukan identiti produk atau perkhidmatan anda, tetapi juga berfungsi sebagai magnet untuk menarik perhatian pelanggan kepada perniagaan anda. Nama perniagaan boleh dalam bentuk yang pendek atau panjang, bergantung kepada pilihan anda. Walaubagaimanapun, harus diambil perhatian untuk mengelakkan penggunaan nama yang menggambarkan sifat negatif atau tidak sah. 2 Jenis Kategori Nama Perniagaan 1. Nama sendiri 2. Nama perdagangan Buat Semakan Nama Syarikat Baru Anda Melalui Sistem Atas Talian SSM Sebelum Meneruskan Pendaftaran Syarikat. Log masuk ke SSM Sistem Atas Talian: 1. Lawat laman rasmi www.ssm-einfo.my2. Klik pada ikon \"Daftar sebagai Ahli e-Account!\" 3. Isi \"Borang e-Registration\", kemudian hantar 4. Anda akan menerima mesej \"Sila Log masuk Sekarang\" 5. Log Masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda 6. Setelah log masuk berjaya, klik pada ikon \"Carian\" 7. Masukkan nama yang diinginkan di ruang \"Mengikut Nama\" 8. SELESAI! Nama syarikat daripada carian di SSM akan disenaraikan! Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru anda, juga boleh mengenal pasti jika ada pihak lain juga telah menggunakan nama yang sama. AKTA SYARIKAT 2016 ARAHAN MENTERI DI BAWAH PERENGGAN 26(1)(d) DAN SEKSYEN 564 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh 26(1)(d) dan Seksyen 564 Akta Syarikat 2016, Menteri mengarahkan Pendaftar Syarikat supaya tidak menerima untuk pendaftaran sesuatu nama sesebuah syarikat atau syarikat asing sekiranya nama itu suatu nama ataupun nama daripada jenis yang disebutkan dalam jadual melainkan kelulusan Menteri telah diperolehi terlebih dahulu.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.JENIS PEMILIHAN SYARIKAT Apakah Pemilikan Tunggal Rakan Kongsi Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik menggunakan nama peribadi atau nama perdaganganSama seperti pemilikan tunggal, kecuali ia mempunyai lebih daripada seorang pemilik.Sesuai Untuk Perniagaan mikro dan kecil. Paling sesuai untuk pelaburan seorang individu tanpa melibatkan pekerja.Paling sesuai untuk firma profesional yang tidak memerlukan dana yang besar.Contoh umum Kedai runcit, salon rambut, tukang paip, kedai kraf, dan sebagainya. Firma perakaunan, firma guaman, dan sebagainya.


.02 MUKA: 3 DRP: 11Syarikat Sendirian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad Sama seperti pemilikan tunggal, kecuali ia mempunyai lebih daripada seorang pemilik.Gabungan antara syarikat Sendirian Berhad dan Rakan Kongsi.Entiti perniagaan yang paling banyak ditubuhkan di Malaysia. Sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana.Perniagaan permulaan dan kecilPerniagaan milik keluarga, syarikat kejuruteraan dan pengilangan kecil dan sebagainya. Perniagaan perkhidmatan profesional.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.0Liabiliti Pemilikan Tunggal Rakan Kongsi Liabiliti tidak terhad. Sekiranya anda tidak mampu untuk membayar hutang, penghutang boleh menuntut melalui aset peribadi anda.Liabiliti tidak terhad. Semua rakan kongsi adalah bertanggungjawab ke atas kerugian dan kegagalan perniagaan.Anggaran kos permulaan RM60 - RM100++ (~RM30) penyelenggaran tahunanRM100++ (~RM30) penyelenggaran tahunanTempoh masa pendaftaran 1 Jam di kaunter SSM 1 Jam di kaunter SSM


02 MUKA: 4 DRP: 11 Syarikat Sendirian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad Liabiliti terhad. Sekiranya syarikat gagal untuk memenuhi liabilitinya, perhutang tidak boleh menuntut melalui aset peribadi pemilik.Perlindungan liabiliti terhad kepada rakan kongsinya dengan peraturan dalam syarikat yang lebih fleksibel seperti perniagaan rakan kongsi.RM1,060++ (~RM2,500) penyelenggaran tahunanRM500++ (~RM200) penyelenggaran tahunan7 Hari bekerja 4-7 Hari bekerja


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.0Pematuhan cukai pendapatanPemilikan Tunggal Rakan Kongsi Keuntungan dicukai ke atas individu. Tidak boleh mendapat kelebihan potongan cukai yang diberi kepada syarikat kecil.Keuntungan cukai ke atas individu rakan kongsi. Tidak boleh mendapat kelebihan potongan cukai yang diberi kepada syarikat kecil.Kesinamb ungan perniagaa n Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan akan ditamatkan sekiranya pemilik telah bersara atau meninggal dunia.Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan akan ditamatkan sekiranya rakan kongsi telah bersara atau meninggal dunia.Peluang sumber dana Tidak mempunyai banyak pilihan. Dana diperolehi dalam bentuk pembiayaan mikro atau bergantung kepada kapasiti dan harta yang dimiliki oleh pemilik. Setiap rakan kongsi mungkin mempunyai kapasiti individu dan kekayaan yang berbeza. Pihak bank tidak boleh menerima perbezaan antara setiap individu


02 MUKA: 5 DRP: 11 Syarikat Sendirian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad Kadar cukai 18% untuk pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama. Perancangan cukai dan penjimatan yang lebih baik.Dianggap seperti syarikat Sdn. Bhd. dengan kadar cukai yang sama untuk pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama. Syarikat akan kekal wujud walaupun setelah pemilik asal meninggal dunia.Syarikat akan kekal wujud walaupun setelah pemilik asal meninggal dunia.Lebih mudah dan mempunyai kredibiliti untuk pembiayaan kerana syarikat dianggap lebih meyakinkan, stabil dan ada kesinambungan Masih baru di Malaysia dan mungkin kurang difahami oleh kebanyakan bank dan agensi-agensi kerajaan


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.02Dicadangkan kepadaPemilikan Tunggal Rakan Kongsi Pemilik yang mahukan formaliti yang minimum, lebih fleksibel dan tidak risau kepada liabiliti persendirian.Pemilik yang mahukan formaliti yang minimum, lebih fleksibel dan tidak risau kepada liabiliti persendirianPandangan kami Jenis ini adalah yang paling murah, mudah, dan senang untuk memulakan peniagaan. Walaupun begitu, jenis entiti ini hanya sesuai jika anda ingin mengekalkan saiz perniagaan yang kecil. Setelah mendapat pendapatan yang lebih stabil, anda perlu bertukar kepada syarikat Sendirian Berhad.Jenis entiti ini adalah lebih sesuai untuk firma profesional. Sekiranya perniagaan anda berkembang, anda perlu menukar kepada syarikat Sendirian Berhad.


2 MUKA: 6 DRP: 11 Syarikat Sendirian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad Pemilik yang mahukan pelindungan liabiliti daripada syarikat dengan kurang formaliti korporat dan mahu cukai pendapatan yang lebih rendah.Pemilik yang mahukan pelindungan liabiliti daripada syarikat dan berhasrat untuk menjalankan perniagaan berskala kecil.Pilihan terbaik untuk Perusahaan Kecil Sederhana kerana pelanggan lebih cenderung untuk berurusan niaga dengan syarikat Sendirian Berhad disebabkan faktor komitmen dan tanggungjawab dalam operasinya.Jenis entiti ini kurang keperluan pematuhan serta lebih mampu dimiliki. Walaupun begitu, jenis entiti ini kurang bersesuaian sekiranya skala operasi semakin bertambah dan memerlukan pertambahan pemilik saham


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.02 MUKA: 7 DRP: 11Syarat, Kelayakan & Yuran Pendaftaran Syarikat Syarat Untuk Pendaftaran Perniagaan Milik Tunggal di SSM 1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap dan berumur 18 tahun ke atas. 2. Perniagaan dijalankan di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Sekiranya syarat di atas dipenuhi, lengkapkan (Borang A) iaitu Permohonan Pendaftaran Perniagaan beserta wang mengikut tempoh. 3. RM30 setahun. Bayaran bagi menggunakan nama sendiri bagi nama perniagaan. 4. RM60 setahun. Bayaran bagi menggunakan selain nama sendiri bagi nama perniagaan PENDAFTARAN SYARIKAT Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ditubuhkan pada 16 April 2002. FUNGSI UTAMA 1. Membekalkan maklumat korporat syarikat, perniagaan dan perkongsian liability terhad kepada orang awam dan Agensi kerajaan/swasta. 2. Pendaftaran perniagaan, pemerbadanan syarikat sendirian berhad/berhad dan perkongsianliabiliti terhad. 3. Mengawalselia, penguatkuasa dan pemantauan undang-undang berkaitan perniagaan, syarikat, dan perkongsian 4. Liabiliti terhad. KEPENTINGAN & FAEDAH MENDAFTAR PERNIAGAAN 1. Bentuk perniagaan yang perlu didaftarkan di SSM 2. Perniagaan milikan tunggal yang dimiliki oleh seorang pemilik. 3. Perniagaan perkongsian yang dimiliki oleh 2 - 20 pemilik Selain itu, terdapat bentuk perniagaan seperti syarikat Sendirian Berhad/Berhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), masing-masing mengikut Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu didaftarkan di SSM.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.02 MUKA: 8 DRP: 11FAEDAH MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DI SSM Untuk mendapatkan entiti yang sah disisi undang-undang iaitu layak mengikut kontrak, perjanjian dengan pihak bank/agensi kerajaan dan membantu waris menuntut hak harta/wang daripada perniagaan berkenaan. Melayakkan untuk mendapat kemudahan perlindungan insuran yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil. Melayakkan untuk membuat pinjaman mikro yang diperkenalkan oleh pelbagai agensi kerajaan serta agensi perbankan seperti Bank Kerjasama Rakyat, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, MARA, dan sebagainya. Mendapat kemudahan menjalankan perniagaan seperti lesen premis dan permit. Untuk membolehkan kerajaan dan pihak berkuasa/agensi lain mendapatkan maklumat terkini dan tepat bagi menyediakan dasar dan kemudahan untuk meningkatkan taraf perniagaan dan kehidupan golongan berkenaan. Mendapatkan kemudahan menghadiri seminar dan latihan untuk meningkatkan kemahiran dalam menjalankan perniagaan secara lebih sistematik dan teratur. Kaedah Pendaftaran Syarikat 1. Hadir ke kaunter SSM termasuk Pusat Khidmat UTC, Kaunter Khidmat Pengguna di KPDNHEP serta di mana mana cawangan kaunter SSM berdekatan. 2. Kaunter Bergerak 3. Perkhidmatan e-Lodgement SSM (Layari portal rasmi di www.malaysia.gov.my atau www.ssm.com.my).4. Bank Simpanan Nasional (BSN) (Perkhidmatan pembaharuan pendaftaran sahaja) LESEN PERNIAGAAN DARIPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) VS SSM Semua peniaga perlu memastikan mereka mendaftarkan perniagaan di SSM terlebih dahulu untuk memperolehi Perakuan Pendaftaran Perniagaan. Manakala Lesen Perniagaan PBT adalah lesen premis perniagaan (di mana tempat perniagaan itu dijalankan) yang perlu dimohon oleh peniaga yang menjalankan perniagaan di premis-premis perniagaan berdaftar yang tertakluk di bawah bidang kuasa PBT tersebut. PEMBANGUNAN PROFIL SYARIKAT Tujuan utama pembangunan profil syarikat adalah untuk memberi keterangan terperinci perihal syarikat dengan memaparkan maklumat dalaman sesebuah organisasi atau syarikat. Profil syarikat penting untuk memberi maklumat kepada pelanggan utama, badan kerajaan, institusi kewangan dan pihak berkuasa tempatan. Elemen yang perlu ada pada profil syarikat adalah :- VISI, MISI, OBJEKTIF, LOGO & TAGLINE, CARTA ORGANISASI, JENIS PERNIAGAAN, PENGALAMAN & TESTIMONI AKTIVITI PERNIAGAAN, KAD PERNIAGAAN


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.02 MUKA: 9 DRP: 11 VISI - Visi menggambarkan matlamat yang ingin dicapai pada masa akan datang dalam tempoh masa panjang. MISI - Misi adalah aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa kini. Objektif - Objektif adalah sasaran yang boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi. Ciri-ciri objektif terbentuk berdasarkan konsep SMART. 5 Matlamat SMART Matlamat Perniagaan anda ialah mengukur kejayaan perniagaan anda dan jika pelannya berjaya, ia sepatutnya SMART. 1. SPECIFIC (KHUSUS) Nyatakan sebenar-benarnya yang mahu anda capai. 2. MEASURABLE (BOLEH DIUKUR) Masukkan nombor bagi mengukur perbandingan. 3. ATTAINABLE (BOLEH DICAPAI) Ia mampu dicapai 4. RELEVANT (BERKAITAN) Berkaitan dengan perniagaan anda 5. TIMELY (TEPAT MASA) Mempunyai tarikh akhir bila matlamat akan dicapai. MENCIPTA LOGO & TAGLINE Logo merupakan simbol yang melambangkan jenama perniagaan. Logo perlu menarik, unik dan mudah diingati. Ciri-ciri logo yang baik adalah: BENTUK Logo dalam bentuk segi empat tepat amat mudah dilihat dan lebih senang diingat. Ini kerana “visual angle” mata manusia dapat melihat dengan perspektif lebih jauh dan bukaan sudut pandangan lebih kurang 90%. WARNA Pemilihan warna amat penting kerana ia mempunyai maksud tersendiri dan memperkukuhkan reka bentuk logo. Setiap warna mempunyai maksud yang berbeza dan mampu mempengaruhi emosi dan persepsi seseorang. TAG LINE (SLOGAN) Slogan yang baik mempunyai 3 patah perkataan yang yang mengambarkan keseluruhan nilai dan misi perniagaan. Contohnya: KFC (“It’s finger lickin’ good) (‘Sehingga menjilat jari”).FONT RINGKAS Logo yang praktikal menggunakan typeface atau perkataan sebagai logo. Contohnya: MARYKAY, CETAPHIL, SK-II, CLEAR dan WATSONS.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.02 MUKA: 10 DRP: 11Carta organisasi Carta organisasi menunjukkan fungsi jabatan atau unit utama yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Carta organisasi menggambarkan beberapa aspek penting seperti pembahagian kerja, hubungan antara ketua dengan pekerja, jenis tugas yang dijalankan oleh pekerja dan hierarki pengurusan (tahap pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan). Jenis Perniagaan Produk (Barang) & Perkhidmatan (Servis) Jenis perniagaan adalah aktiviti perniagaan yang ditawarkan kepada orang awam seperti: Perniagaan teknologi rangkaian komputer, perniagaan elektrikal, perniagaan fabrik (jahitan), perkhidmatan gunting/dandanan rambut, perniagaan kulinari (masakan & pramusaji), perniagaan mekanikal (kimpalan), perniagaan pembuatan (perabot), perniagaan perkhidmatan baikpulih pengangkutan (kereta & motosikal), perniagaan percetakan (fotografi & reka bentuk grafik). Barang (Produk) & Perkhidmatan (Servis) Barang (Produk) ialah sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal dan objek yang dapat dilihat serta disentuh. Perkhidmatan (Servis) ialah aktiviti yang memberi faedah kepada pengguna dan peniaga. Perkhidmatan tidak mempunyai bentuk fizikal secara khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh peniaga yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Aktiviti PerniagaanAktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Aktiviti Berasaskan Barang Aktiviti berasaskan barang melibatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal. Contohnya, kilang perabot menghasilkan perabot seperti meja, kerusi, dan kabinet untuk dijual kepada individu, organisasi, dan kedai perabot. Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan Aktiviti berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barang tidak nyata (intangible) yang dapat memberi keselesaan, kepuasan dan kecekapan kepada pengguna. Contohnya, latihan kemahiran merupakan aktiviti perkhidmatan yang menawarkan pembangunan modal insan dari aspek mental dan fizikal. Pengalaman & Testimoni Aktiviti Perniagaan Penyenaraian kerja-kerja, projek dan tender yang telah dilaksanakan untuk pelanggan dan agensi kerajaan untuk membuktikan kepakaran dan keupayaan syarikat dalam menyiapkan sesuatu tugasan.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARAKOD RUJUKAN GM/NT/05.02 MUKA: 11 DRP: 11Kad Perniagaan Kad Perniagaan adalah medium yang digunakan ahli perniagaan bagi melampirkan maklumat perniagaan kepada rakan perniagaan dan pelanggan yang berpotensi. Ciri-ciri penting kad perniagaan adalah:- Maklumat :- Maklumat yang perlu ada dalam kad perniagaan adalah nama, jawatan, nombor telefon, e-mel, alamat premis, laman web, laman sosial, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Logo :- Logo perniagaan perlu diletakkan di kad perniagaan sebagai suatu penjenamaan. Reka bentuk logo perniagaan juga digunakan pada kepala surat (letterhead), sampul surat, invois dan resit. Font :- Saiz font tulisan tidak kurang dari 8 untuk memudahkan pelanggan membaca maklumat perniagaan. Warna: - Warna dan font tulisan perlu dikontrakan untuk tidak mengelirukan pelanggan membaca.


HakciptaTerpelihara © 2021 GIATMARANAMA KURSUS NILAI TERAS TAJUK MODUL KEUSAHAWANAN TAJUK SUB MODUL PROJEK PERNIAGAAN DI LAPANGAN TAJUK TEORI T17. MERANCANG DAN MENGENAL PASTI JENIS PERNIAGAAN/ PROGRAM KEUSAHAWANAN YANG AKAN DILAKSANAKAN T18. FORMAT PROJEK PERNIAGAAN DI LAPANGAN OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)Laksanakan projek perniagaan di lapangan berdasarkan standard asas Modul Keusahawanan GIATMARA Edisi Ke-2. KOD RUJUKAN GM/NT/05.06 MUKA: 1 DRP: 5 NAMA NO. K/P TUJUAN : 1. Pemilihan program/jenis perniagaan 2. Mengenal pasti maklumat-maklumat berkaitan dengan perniagaan yang bakal dijalankan. 3. Mengetahui anggaran kos yang terlibat berdasarkan kepada perniagaan yang bakal dijalankan 4. Mengetahui penggunaan format projek di lapangan PENGENALAN : PENGANJURAN PROGRAM KEUSAHAWAN FORUM KEUSAHAWANAN Penganjuran seminar atau forum keusahawanan di peringkat pusat GIATMARA dimana tokoh usahawan dari lepasan pelatih GIATMARA atau agensi sokongan keusahawanan seperti MARA diundang sebagai jurucakap atau anggota panel. Sesi ini memberi peluang kepada pelatih mendapat penjelasan daripada agensi dan tokoh usahawan secara serentak dalam satu masa. Pelatih diberi peluang untuk bersoal jawab bagi mendapatkan penjelasan atau memberi pandangan pada akhir sesi ini. HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet)


Click to View FlipBook Version