TARIKH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) KAPAR
MASA 42200 KAPAR, KLANG, SELANGOR
TEMPAT
KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1/2021
: 14 JANUARI 2021
: 12.00 TENGAH HARI
: PUSAT SUMBER SMK (P) KAPAR
: 11 ORANG
1. Pn Adibah binti Mohd Ishak 7. Pn Siti Shahizan binti Syed Abu Bakar
2. Pn Rahimat binti Mat Yusuf 8. Pn Syahar Wizawati binti Abdullah
3. Pn Mazayariza binti Zainudin 9. Pn Shah Rizul Ayuni binti Zulkiply
4. Pn Salmah binti Sudin 10. Pn Ruslizawati binti Ahmad
5. Pn Azlima binti Deraman 11. Pn Norsidah binti Osman
6. Pn Kavitha a/p Vijean
TIDAK HADIR
1. En. Jamil bin Maslan
URUS SETIA MESYUARAT: Pn Siti Shahizan binti Syed Abu Bakar
1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua guru
dalam mesyuarat Panitia Sains bil 1/2021
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas komitmen guru-guru menjayakan pdpr
sepanjang wabak covid 19 dan mengharapkan semuanya akan pulih seperti biasa kelak
Tindakan: Makluman
2.0 PERUTUSAN GKMP SAINS DAN MATEMATIK
2.1 Pn Adibah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama guru-guru dalam Panitia
Sains dan mengharapkan semua guru dapat meneruskan kecemerlangan demi anak-anak
murid di SMK(P) Kapar
2.2 Beliau memaklumkan perpindahan guru iaitu Pn Zuraidah ke SMK Meru. Semoga Pn
Zuraidah akan meneruskan kecemerlangan di sana kelak
2.3 Pn Adibah melantik penyelaras sains yang baru iaitu Pn Siti Shahizan menggantikan Pn Nur
Nazliah yang tidak lagi mengajar subjek sains
2.4 Beliau mengingatkan tentang tugasan berat bagi guru-guru tingkatan 5 2020 dan tingkatan 5
2021. Semoga semuanya berjalan lancar untuk mereka menghadapi SPM dalam keadaan
negara masih lagi berhadapan dengan virus Covid 19
2.5 penyediaan RPT adalah mengikut penjajaran 2.0. Terdapat beberapa kaedah yang guru-guru
boleh laksanakan iaitu sisipan isi kandungan bagi yang belum menghabiskan silibus
terdahulu atau terus ke silibus 2021 bagi yang telah selesai
Tindakan: Makluman
1
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Minit mesyuarat bil 4/2020 disahkan tanpa pindaan
Cadangan: Pn Syahar Wizawati binti Abdullah
Sokongan: Pn Azlima binti Deraman
4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara-perkara berbangkit
5.0 PERBINCANGAN/PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DAN LAPORAN UNIT
5.1 RPT yang dibuat perlu mengikut penjajaran 2.0. Guru- guru boleh mengubah RPT mengikut
kesesuaian berdasarkan penjajaran 2.0
Tindakan: Guru penyedia RPT
5.2 Penyemakan buku latihan akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada bulan April dan Julai.
Guru-guru boleh menghantar buku amali, buku latihan dan buku kemahiran proses sains
untuk semakan
Tindakan: semua guru sains
5.3 Penyediaan RPH adalah mengikut format yang lepas. Guru-guru boleh merujuk kembali
format yang telah dikongsi. Untuk pdpr perlu ada catatan untuk setiap waktu pengajaran
guru-guru
Tindakan: semua guru sains
5.4 Folder rekod mengajar yang lengkap perlu dihantar kepada pentadbir masing-masing pada 5
Februari 2021
Tindakan: semua guru sains
5.5 Makluman berkaitan pencerapan boleh dirujuk di dalam buku pengurusan sebagai
persediaan buat semua guru
Tindakan: semua guru sains
5.6 Untuk pelaksanaan PBS/PBD guru-guru perlu menyediakan rekod transit murid. Pelaporan
PBD akan direkodkan dua kali setahun. Setiap guru subjek perlu merekodkan pelaporan
masing-masing
Tindakan: semua guru sains
5.7 Aktiviti panitia 2021 perlu dilaksanakan mengikut perancangan. Antaranya ialah program
JAMPI (JANA MINDA PERKASA ILMU). Program ini perlu dimulakan seawal minggu pertama.
Pn Norsidah, Pn Kavitha dan Pn Rahimah akan menyediakan bahan untuk program ini
Tindakan: guru berkenaan
2
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Setiap ahli panitia perlu melengkapkan maklumat diri dalam borang maklumat ahli.
Maklumat ini perlu dikemaskini oleh setiap ahli
Tindakan: semua guru sains
6.2 Memandangkan buku teks belum lagi diagih kepada pelajar, guru-guru boleh memberikan
pautan buku teks digital kepada pelajar untuk kegunaan mereka di rumah
Tindakan: makluman
7.0 PENUTUP
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………….. …………………………………
(SITI SHAHIZAN BINTI SYED ABU BAKAR) (RAHIMAH BINTI MAT YUSUF)
3