SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN BULETIN EDISI KALI INI SIDANG REDAKSI
EDISI DISEMBER 2022 Penaung
YBrs. Puan Aduni Adlin binti Mohd Bee
Pengarah
LPP Negeri Selangor
Penasihat
YBrs. Encik Mohd Zaidi bin Mohamad Isa
Timbalan Pengarah
LPP Negeri Selangor
Pengarang
Puan Nor Saejah binti Mohamad Tahir
Pegawai Perhubungan Awam
LPP Negeri Selangor
Editor
Cik Arisya Farah Hezni binti Sukri
Pembantu Unit HEK/PMI
LPP Negeri Selangor
Dengan Kerjasama
Puan Azlindah binti Hasan
Ketua Cawangan Hal Ehwal Pendaftar
LPP Negeri Selangor
Puan Mimi Fauziah binti Ani
Ketua Cawangan Audit Pertubuhan
LPP Negeri Selangor
Encik Md. Hidzir bin Adam
Ketua Cawangan Teknologi Maklumat
LPP Negeri Selangor
Puan Ramlah binti Jupri
Ketua Cawangan Pentadbiran Kewangan
LPP Negeri Selangor
Encik Ramli bin Harun @ Sharifuddin
Ketua Cawangan Kejuruteraan
LPP Negeri Selangor
TINTA PENGARAH
SSegeumnaurnagk HImarpaiapnan
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT
atas limpah kurnia dan izin-NYA dapat kita menjayakan buletin Edisi Disember
Bil. 3/2022.
Syabas saya ucapkan kepada seluruh warga kerja Lembaga Pertubuhan
Peladang Negeri Selangor.
Semua peruntukan yang diterima pada tahun 2022 telah
diuruskan dan dibelanjakan dengan baik. Perancangan yang
telah dirangka dapat diterjemahkan kepada pelbagai program
dan projek pembangunan berimpak tinggi. Justeru,
peruntukan tersebut dapat disalurkan dan disampaikan
kepada ahli Pertubuhan Peladang melalui program dan projek
yang telah dilaksanakan.
Menjelang sambutan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
yang ke 50 tahun, LPP akan terus mengorak langkah,
memperkukuh fungsi, meluaskan perkhidmatan serta
mengatur strategi membantu kerajaan dalam usaha
menjamin kelestarian makanan rakyat Malaysia menjelang 50
tahun penubuhannya pada tahun hadapan.
Ayuh semua, kita mulakan langkah tahun 2023 menuju ke
arah yang lebih global menjelang ulangtahun LPP yang ke
50 tahun pada 14 Februari 2023.
Ikhlas daripada,
Puan Aduni Adlin binti Mohd Bee
Pengarah
Lembaga Pertubuhan Peladang
Negeri Selangor
PENCAPAIAN
AUDIT SIFAR
Audit adalah aktiviti pengumpulan dan pemeriksaan bukti informasi kerja bagi
menentukan dan membuat laporan tentang tingkat kesesuaian antara informasi
kerja dengan kriteria kerja yang ditetapkan. Umumnya pemeriksaan atau auditing
dilakukan terhadap laporan kewangan, pelbagai catatan perekodan serta bukti
sokongan yang dibuat oleh pihak pengurusan suatu organisasi.
Manakala, bagi Anugerah Audit Sifar pula merupakan suatu pencapaian di mana
tiada sebarang teguran iaitu tanpa bersyarat dan penekanan kepada perkara
penting. Semakan pengauditan dijalankan ke atas dokumen perakaunan, laporan
kewangan serta bukti-bukti sokongan ke atas urusniaga.
Pengauditan ke atas lima belas (15) Pertubuhan Peladang (PP) di bawah LPP Negeri
Selangor telah selesai dilaksanakan oleh Cawangan Audit Pertubuhan LPP Negeri
Selangor. Laporan audit dan Penyata Kewangan bagi tahun 2021 telah
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PP. Melalui penilaian audit yang
telah dilaksanakan, terdapat lima (5) buah PP yang berjaya memperoleh Audit Sifar
iaitu:
PPN Selangor
PPK Pasir Panjang
PPK Kuala Selangor
PPK Sepang
PPK Batu Laut
Syabas diucapkan kepada PP yang berjaya mengekalkan prestasi mereka
memperoleh Audit Sifar dari tahun 2020 hingga 2021. Semoga pencapaian Audit
Sifar ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
MUKA SURAT 3 | EDISI DIS 2022
Penentuan kategori Pertubuhan Peladang sama ada mendapat kategori A, B, dan C
adalah berdasarkan kepada jumlah markah keseluruhan Pertubuhan Peladang yang
diambilkira berdasarkan beberapa aspek iaitu:
Jumlah Nisbah Kecekapan Dan Keberkesanan
Penggunaan Wang Oleh Pertubuhan Peladang Dalam Penglibatan Aktiviti Sosial
Dan Kebajikan
Pencapaian Sebenar Perniagaan, Untung Rugi Pertubuhan Peladang Selepas
Ditolak Dengan Kos Dibantu
Jumlah Z-Score Yang Diperolehi Oleh Pertubuhan Peladang.
Indeks Penarafan Bintang merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan
mengukur prestasi Pertubuhan Peladang berdasarkan keputusan yang diperoleh dari
keseluruhan markah melalui prestasi Laporan Kewangan Beraudit dan Laporan
Kewangan berakhir 31 Oktober.
Bagi tahun 2021, melalui penilaian yang telah dibuat ke atas lima belas (15) PP,
terdapat 4 buah PP yang berjaya memperoleh Kategori A iaitu:
PPN Selangor
PPK Kuala Selangor
PPK Kuala Langat
PPK Hulu Selangor
MUKA SURAT 4 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
TURUN PADANG
LAWATAN PENGESAHAN DI PPK SEPANG
Antara fokus utama Program RMKe-12 adalah mengukuhkan pengeluaran
Agromakanan dan Industri Asas Tani (IAT) melalui rantaian nilai dan khidmat
sokongan. Disamping itu, program ini juga ingin menggalakkan ahli PP memiliki
jentera pertanian agar kebergantungan ahli kepada 'service provider' dapat
dikurangkan sekaligus menjimatkan kos pengeluaran perniagaan. Selain itu, skim
pembiayaan dibawah program ini menawarkan pembiayaan sebanyak 50% atau
maksimum RM20,000.00 kepada ahli PP dan RM100,000.00 kepada PP.
Pada 1 September 2022, lawatan Pengesahan Pembekalan Jentera dan Peralatan
Projek di bawah Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana Secara Geran Padanan (RP2)
telah diadakan.
Tujuan lawatan ini diadakan bertujuan menyemak dan mengesahkan pembekalan
peralatan pertanian bagi Projek RP2 di bawah RMKe-12 ini kepada penerima-
penerima bekalan tersebut.
Penerima:
1. Mohd Zulkifli bin Latif, Traktor (Kubota)
2. Mohammad Ariff bin Shamsul, Chopper Machine (SIMA)
3. Rizal bin Mohd Sairi, Power Engine Sprayer (Vmax)
Penerima terdiri daripada ahli PPK Sepang
MUKA SURAT 5 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
TPAENKALIMMBAATHBLAAIWKAANTAKNUATRATPEARKS
2 September 2022 - Taklimat Lawatan Tapak Bagi Penambahbaikan Rumah
Kakitangan PPK Tanjong Karang, Selangor telah diadakan. Taklimat ini dihadiri
seramai dua puluh (20) orang kontraktor yang berminat dalam penglibatan
penambahbaikan rumah kakitangan PPK.
Tujuan utama penambahbaikan ini adalah memastikan jangka hayat rumah
kakitangan ini berpanjangan bagi kemudahan kepada anggota yang berkhidmat di
PP.
Selain itu, penambahbaikan ini juga dilaksanakan agar dapat memberi kehidupan
yang selesa serta menjamin keselamatan kepada anggota agar produktiviti kerja
anggota dapat ditingkatkan.
Peruntukan sebanyak RM30,000.00 daripada Akaun Pembangunan Hartanah telah
diberikan bagi penambahbaikan bumbung, siling, elektrik dan lain-lain bagi sebuah
unit kuarters.
Taklimat spesifikasi dan teknikal
disampaikan oleh Encik Ramli bin
Harun @ Sharifuddin, Ketua Cawangan
Kejuruteraan LPP Selangor
Taklimat syarat-syarat dan tatacara
pengisian borang disampaikan oleh
Encik Mohamad Amir Bin Zainal
Mokharan, Ketua Unit Kewangan
LPP Selangor
MUKA SURAT 6 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
Pada 2 September 2022 (Jumaat), telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Anggota
LPP Negeri Selangor dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-65 di Menara PPNS,
Shah Alam, Selangor yang melibatkan anggota LPP Negeri Selangor.
Majlis dimulakan dengan Program ‘X-Break’ Merdeka dan diteruskan dengan
penyampaian amanat serta ucapan daripada YBrs. Puan Aduni Adlin Binti Mohd Bee,
Pengarah LPP Negeri Selangor. Amanat yang disampaikan oleh Pengarah kepada
warga kerja LPP Negeri Selangor pada kali ini adalah mengenai kepentingan
penjagaan kesihatan terutamanya penjagaan diet harian yang sihat. Puan Pengarah
sangat mengutamakan pengambilan makanan dan minuman yang seimbang, rendah
kandungan gula dan kalori agar dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit 3
serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Harapan Puan Pengarah terhadap semua warga kerja LPP Negeri Selangor adalah
untuk terus cemerlang dalam menyempurnakan tugas sebagai seorang penjawat
LPP dengan penuh semangat dan sihat!
Kerja Mantopp! Top!
Badan Tip
Kurangkan Pengambilan Kurangkan Pengambilan
"Air sedap" makanan berlemak
kerana kandungan gula yang tinggi. kerana kandungan kalori yang tinggi.
Air Kosong/ Nasi Lemak
644 kalori
DietTeh 'O' tanpa gula Nasi Goreng
Seimbang0 gram
333 kalori
Teh Tarik / Karipap
Kopi Ais 40 kalori
26 gram
MUKA SURAT 7 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
TTUURRUUNN PPAADDAANNGG
LLAAWWAATTAANNPPEENNGGEESSAAHHAANN
LPP Negeri Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM350,000.00 bagi
Program Khidmat Sokongan Mekanisasi Dan Teknologi Pertanian telah dilaksanakan
untuk membiayai peralatan teknologi pertanian iaitu Conveyor Tray Semaian kepada
PPK Pasir Panjang.
Melalui pembiayaan ini, kapasiti penghasilan benih padi dapat ditingkatkan sekaligus
meningkatkan hasil pengeluaran padi ke tahap yang optimum. Selain dapat
mempercepatkan penghasilan padi, ia juga dapat menjimatkan masa pemprosesan
padi dan menjimatkan tenaga kerja disamping memastikan kualiti benih dapat dijaga.
Pada 7 September 2022, kerja-kerja pengesahan bagi Projek Conveyor Tray
Semaian Padi, PPK Pasir Panjang bernilai RM350,000.00 telah dilakukan oleh Encik
Ramli bin Harun, Ketua Cawangan Kejuruteraan, LPP Negeri Selangor. Projek ini
merupakan Projek Pembangunan Rolling Plan 2 (RP2) RMKe-12 Tahun 2022, LPP
Negeri Selangor.
MUKA SURAT 8 | EDISI DIS 2022
Lawatan Kerja YB Dato’ Che Abdullah bin Mat Nawi, Pengerusi LPP telah diadakan
pada 23 September 2022 di PPK Kuala Langat bagi meninjau Tapak Projek Tanaman
Ubi Kayu Industri di Sungai Kelambu, Banting. Projek ini merupakan projek korporat
PPK yang telah bermula pada tahun 2021 dan melibatkan 90% petani muda di sekitar
daerah Kuala Langat.
Sesi penerangan berkaitan halatuju dan perancangan Projek Tanaman Ubi Kayu telah
disampaikan oleh Encik Ahmad Firdaus bin Abdull Halim, Pengurus Besar PPK Kuala
Langat. Encik Ahmad menjelaskan, PPK Kuala Langat mensasarkan keluasan tanaman
Ubi Kayu untuk Industri sebanyak 500 ekar secara berperingkat. Manakala bagi
sasaran pengeluaran pula, sebanyak 300mt sebulan. Dalam proses mencapai
matlamat ini, PPK Kuala Langat telah menjalinkan Usahasama bersama Permodalan
Nasional Berhad (PNB) dan Bousted Agro Plantations Sdn.Bhd.
Semoga hasrat PPK Kuala Langat untuk menjadikan tanaman Industri Ubi Kayu
berskala besar dan menjadi teras Agromakanan yang memenuhi pasaran tempatan
serta menggiatkan sektor GLC dan swasta akan berjaya dan mencapai sasaran.
Dalam lawatan kerja tersebut ,YB Dato’ Che Abdullah bin Mat Nawi, Pengerusi LPP
telah menyampaikan ‘mock cheque’ bantuan peralatan pertanian kepada usahawan
melalui Skim Bantuan Peralatan Kecil Pertanian (Matching Grant).
Beliau juga telah dibawa melawat ke Kilang Ros Kerepek untuk meninjau
pemprosesan ubi kayu.
MUKA SURAT 9 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
MANIS LETING!
NANAS PPK BATU LAUT
Lawatan kerja YBrs. Puan Aduni Adlin Binti Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri
Selangor telah diadakan pada 5 Oktober 2022 di TKPM Kundang, Selangor.
Tujuan utama lawatan diadakan adalah melawat perkembangan Projek Korporat
Nanas MD2 PPK Batu Laut dengan jumlah peruntukan sebanyak RM250,000.00.
NANAS MD2 (Ananas comosus) merupakan satu varieti nanas yang kini sangat
popular di Malaysia dan seluruh dunia kerana kualiti dan ciri lain kehebatannnya.
Nanas MD2 mempunyai tempoh matang yang sederhana iaitu 14 bulan sebelum
hasil dapat dituai. Projek ini adalah di bawah Peruntukan Peningkatan Produktiviti
Pertanian Buah-Buahan Tahun 2021- RP1, PPK Batu Laut.
Projek tersebut telah mengeluarkan hasil bermula Ogos 2022 secara
berperingkat. Keluasan Projek Korporat PPK Batu Laut ini ialah 10 ekar dengan
anggaran maksimum 144 tan nanas MD2. Keuntungan daripada hasil nanas MD2
ini dalam anggaran bagi satu (1) Kilogram adalah RM3.50 bagi Gred A, RM2.00
bagi Gred B, dan RM1.00 bagi Gred C.
Syabas dan tahniah kepada Pengurus Besar, Encik Lokman Hakim Bin Mohamed
Zain dan anggota PPK Batu Laut. Semoga terus berjaya menghasilkan nanas yang
berkualiti serta menjadi pusat pengeluaran nanas di kawasan Batu Laut dan
seluruh Selangor.
MUKA SURAT 10 | EDISI DIS 2022
BERITA BKdaINikIpaplkjuktuaawlaanlaanYgAaMt
Lawatan kerja YBrs. Puan Aduni Adlin Binti Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri Selangor
telah diadakan pada 5 Oktober 2022 di Tanjung Sepat, Selangor.
Tujuan utama lawatan diadakan adalah melawat perkembangan Projek Ayam Daging
Sistem Tertutup PPK Kuala Langat. yang terletak di dalam kawasan tanah milik PPK
Kuala Langat di Tanjung Sepat.
Projek Ayam Daging Sistem Tertutup, PPK Kuala Langat adalah Projek Korporat PPK
dibawah peruntukan RP2 Tahun 2022 - Pemerkasaan Ladang Satelit. Jumlah
Peruntukan bagi projek ini adalah sebanyak RM 1.0 Juta dengan keluasan 400' x 60'
kaki. Projek ini dijangkakan menghasilkan 30,000 ekor ayam setiap pusingan.
Tambahan lagi, sasaran projek ini adalah membina 7 reban yang boleh memuatkan
300,000 ribu ekor ayam. Terkini, PPK Kuala Langat telah menandatangani Pertanian
Kontrak (Farming Contract) bersama syarikat Ayam Penyet AP sebagai pembekal
ayam kepada syarikat tersebut. Dengan usahasama ini, pemasaran Agromakanan
dapat dipertingkatkan lagi.
Sesi penerangan sepanjang lawatan berlangsung di tapak projek telah disampaikan
oleh Encik Ahmad Firdaus Bin Abdull Halim, Pengurus Besar PPK Kuala Langat.
Syabas kepada PPK Kuala Langat, semoga terus berjaya di masa hadapan.
MUKA SURAT 11 | EDISI DIS 2022
BEMRITEANKPUINJPIUKIMKPIUANALPEALALDAANNGGAOUTTLET
Lawatan kerja YBrs. Puan Aduni Adlin Binti Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri Selangor
telah diadakan pada 5 Oktober 2022 ke Peladang Outlet (PO) PPK Kuala Langat.
Tujuan lawatan diadakan adalah melawat, memantau dan meninjau perjalanan
pembinaan PO PPK Kuala Langat yang terletak di Teluk Panglima Garang, Selangor.
Projek ini mendapat peruntukan daripada MAFI sebanyak RM5.0 juta. Dengan
pembinaan Peladang Outlet yang baru ini, sasaran baru PPK Kuala Langat adalah
memperoleh hasil 15% lebih tinggi daripada hasil sebelum ini. Bukan itu sahaja,
Peladang Outlet ini dibina bagi membantu para petani memasarkan hasil mereka
dengan lebih serius, sekaligus meningkatkan pendapatan dan peluang golongan
sasar ini. Semoga terbinanya Peladang Outlet PPK Kuala Langat ini menjadi mercu
tanda kejayaan PP sebagai peneraju pemasaran produk dan hasil pertanian.
Sesi penerangan turut diadakan di tapak pembinaan oleh Encik Ahmad Firdaus Bin
Abdull Halim, Pengurus Besar PPK Kuala Langat.
MUKA SURAT 12 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
PENYERAHAN FORKLIFT ELEKTRIK
PPK KUALA LANGAT
Pada 5 Oktober 2022, YBrs. Puan Aduni Adlin Binti Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri
Selangor telah hadir bagi Penyerahan dan Kick-Off Forklift kepada PPK Kuala Langat
di PPHP Kuala Langat, Jalan Waja, Selangor.
Forklift tersebut diperuntukkan di bawah Projek Pembangunan Pusat Pemprosesan
Berasaskan Agromakanan untuk kegunaan PPHP Kuala Langat. Pemberian Forkift ini
diberi atas tujuan meningkatkan produktiviti kerja di PPHP PPK Kuala Langat
sekaligus dapat meningkatkan hasil perniagaan PPHP. Sesi taklimat dan penerangan
mengenai penggunaan Forklift telah disampaikan oleh wakil UMW.
MUKA SURAT 13 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
Sentuhan Maulidurrasul
Majlis Sambutan Maulidurrasul 1444H/2022M anjuran bersama LPP Negeri Selangor
dan Surau At-Taqwa telah diadakan pada 7 Oktober 2022 bersempena dengan
Sambutan Maulidurrasul pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H.
Majlis telah dimulai dengan bacaan Yassin yang telah dipimpin oleh Ustaz Ibnu
Hubain Bin Abdul Aziz, Eksekutif dari Perbadanan Wakaf Selangor dan diteruskan
dengan ceramah agama yang bertajuk:
NABI MUHAMMAD SAW RAHMAT SEGALA ALAM
Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat ke
seluruh alam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Anbiya', ayat 107. Alam
bermaksud seluruh makhluk ciptaan Allah SWT. Dinamakan sebagai Alam kerana ia
adalah alamat atau tanda kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah SWT, Tuhan
Sekalian Alam.
Rahmat yang dibawa oleh Nabi SAW mengatasi segala pemikiran dan sempadan
berpandukan wahyu dan hidayah Allah SWT, bukan mengikut hawa nafsu dan logik
akal. Hanya dengan wahyu dan petunjuk Allah SWT sahajalah yang akan membawa
manusia kepada jalan kebenaran dan kejayaan.
Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Tidak Kami utuskan kamu (Muhammad)
melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam.”
(Surah al-Anbiya’ 21: ayat 107)
MUKA SURAT 14 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
'Check And Balance' Pengurusan
Gerak kerja Audit Dalaman dilakukan untuk membantu pihak pengurusan menentukan
keberkesanan pelaksaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di Bahagian / Unit / Cawangan di
Ibu Pejabat LPP dan LPP Negeri yang telah menerima penarafan persijilan MS ISO 9001 :
2015 sejajar dengan Objektif Kualiti yang telah ditetapkan di bawah Sistem Pengurusan
Kualiti MS ISO 9001 : 2015.
Audit Dalaman bagi LPP Negeri Selangor telah berjaya dilaksanakan pada 20 Oktober 2022
bagi semua cawangan dan unit.
Juru Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2015 yang telah dilantik bertanggungjawab meneliti dan
mengesahkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 yang diamalkan serta
perkara-perkara yang berkaitan dengan nya supaya menepati perancangan yang telah
ditetapkan.
Terdapat beberapa penemuan kecil ditemui dan pihak LPP Negeri Selangor telah
mengambil tindakan penambahbaikan segera selari dengan Objektif Kualiti yang
ditetapkan dibawah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015.
MUKA SURAT 15 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
FUN RUN 2022
“Sihat itu bukan suatu kemewahan. Sihat itu murah, tetapi menjadi mahal
ketika sihat telah berubah menjadi sakit”
27 Oktober 2022 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat LPP Negeri
Selangor telah diadakan disekitar kawasan Ruang Legar, Menara Pertubuhan
Peladang Negeri Selangor, Shah Alam dan kawasan-kawasan berdekatan.
Kelab Sukan dan Rekreasi KSR dan LPP Selangor telah berkolaberasi bagi
menganjurkan Program 'Fun Run' kepada ahli-ahli KSR Selangor bersempena dengan
Hari Sukan Negara. Majlis perasmian Sambutan Hari Sukan Negara telah dirasmikan
oleh YBrs. Puan Aduni Adlin Bt Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri Selangor.
Dalam majlis ini juga, beliau telah menyampaikan amanat kepada warga kerja LPP
Negeri Selangor mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan keterampilan diri
agar sentiasa segar, sihat dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat.
Tahniah dan Syabas kepada Barisan Jawatankuasa KSR-LPP Negeri Selangor di atas
penganjuran program tersebut.
AMANAT
MUKA SURAT 16 | EDISI DIS 2022
Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama
Islam kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat di
setiap negeri untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.
Pada 2 November 2022 Majlis Penyampaian Wakalah Zakat Perniagaan PPK
Pasir Panjang telah diadakan di Pusat Belian Padi, Tali Air 10, Pasir Panjang.
PPK Pasir Panjang mengagihkan zakat kepada 307 penerima-penerima
yang terdiri daripada golongan asnaf dan pelajar sekolah dari 26 Unit
Peladang dibawah penyeliaan PPK Pasir Panjang. Jumlah agihan zakat adalah
sebanyak RM 57,616.85 hasil daripada keuntungan PPK pada tahun 2021
yang berjumlah RM 972,048.00. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PPK
Pasir Panjang kerana telah menjayakan majlis ini.
Majlis Penyampaian Wakalah Zakat Perniagaan ini telah disempurnakan oleh
YBrs. Puan Aduni Adlin Binti Mohd. Bee, Pengarah LPP Negeri Selangor.
Semoga PPK Pasir Panjang terus cemerlang dalam perniagaan dan
seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
MUKA SURAT 17 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
PPRROOJJEEKK KKOORRPPOORRAATT PPPPNN
RRMM44..77 JJUUTTAA
Lawatan kerja YBrs. Puan Aduni Adlin bin Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri
Selangor telah diadakan pada 17 November 2022 di Sungai Burong, Selangor
bersempena dengan Majlis Penyerahan Tapak Projek kepada Pembekal
Alphamaster Industrial Supply SDN BHD.
Projek Loji Pemprosesan Benih Padi Sah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)
Selangor adalah Projek Korporat PPN dibawah peruntukan RP2 Tahun 2022.
Projek ini merupakan salah satu projek bagi Program Pembangunan Benih
Padi. Jumlah Peruntukan bagi Projek ini adalah sebanyak RM4.7 juta.
Lawatan ini diadakan bagi mengenalpasti peralatan Loji Benih yang perlu
dibuat penggantian untuk memastikan Loji Benih Padi ini dapat digunakan
dengan baik.
Tahniah kepada PPN Selangor, semoga projek ini dapat memantapkan lagi
rantaian aktiviti tanaman padi khususnya di Negeri Selangor.
MUKA SURAT 18 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
KUALA LANGAT TERUS MARA
Forward Agreement antara PPK Kuala Langat dengan Peserta Ladang Kontrak telah
diadakan semasa Program Jualan Peladang Outlet di perkarangan Melawati Mall pada
3 Disember 2022.
Forward Agreement antara PPK Kuala Langat dan peserta/usahawan peladang
adalah bertujuan untuk mengadakan kerjasama bagi mewujudkan jaminan
pemasaran melalui PPK Kuala Langat bagi hasil projek peserta Khidmat Pemasaran
Ladang Kontrak.
Bukan itu sahaja, melalui Forward Agreement ini juga ianya dapat meluaskan pasaran
cili di dalam aktiviti pemborongan, peruncitan dan industri pemprosesan bahan
makanan PPK Kuala Langat. Seterusnya, meningkatkan sumber pendapatan kepada
peserta/ usahawan peladang dengan jaminan harga dan saluran pasaran yang lebih
luas. Dan juga, menyediakan platform kepada peserta/ usahawan memasarkan
produk berasaskan agro makanan pada harga yang berpatutan kepada pengguna.
MUKA SURAT 19 | EDISI DIS 2022
BERITA KINI
Pada 3 & 4 Disember 2022, Program Jualan Peladang Outlet telah diadakan di
perkarangan Melawati Mall dalam usaha mempromosikan produk keluaran PPK
termasuk Produk Segar dari ladang dan produk Industri Asas Tani (IAT). Sebanyak
32 booth telah dibuka dan 3 daripadanya adalah booth dari PPK Gombak Petaling,
PPK Kuala Langat dan PPK Bernam Jaya. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan
Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Puan
Azah Hanim binti Ahmad.
Booth PPK Gombak Petaling telah diusahakan oleh Usahawan yang menjual pelbagai
jenis kerepek. Manakala, Booth PPK Kuala Langat dan PPK Bernam Jaya pula
diusahakan oleh anggota PPK sendiri yang menjual barangan tarikan PPK masing-
masing seperti sayur-sayuran bagi PPK Kuala Langat dan Rock Melon bagi PPK
Bernam Jaya.
Masing-masing mempunyai daya tarikan tersendiri dalam mempromosikan barangan
jualan masing-masing. Antara strategi yang digunakan adalah, Usahawan PPK
Gombak Petaling mengadakan jualan kerepek yang pelbagai. Justeru, memberi
peluang kepada pembeli untuk memilih kerepek kesukaan mereka. Bukan itu sahaja,
PPK Gombak Petaling juga membuat jualan ayam 'happy hour' sebagai salah satu
strategi bagi menarik minat pengunjung.
Seterusnya, jualan sayur-sayuran dari PPK Kuala Langat yang segar dari ladang,
menarik minat para pembeli kerana mereka boleh membelinya dengan harga yang
murah. Apa yang lebih menariknya lagi, pihak PPK Kuala Langat juga menyediakan set
sayur-sayuran kegunaan harian kepada para pengunjung agar dapat memudahkan
proses pembelian dengan harga yang rendah.
PPK Bernam Jaya yang terkenal dengan hasil 'rock-melon' mereka pula menyediakan
perkhidmatan jualan aiskrim yang berasaskan daripada buah 'rock-melon' mereka
sendiri. Aiskrim yang dijual dihidangkan dengan pelbagai cara termasuk buah 'rock-
melon' diisi dengan aiskrim vanilla yang disertakan dengan pelbagai 'topping' yang
menarik. Pihak PPK juga menjual buah 'rock-melon' dan sayur-sayuran lain seperti ubi
kayu.
MUKA SURAT 20 | EDISI DIS 2022
INTEGRITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN
Program Integriti Peringkat LPP Negeri Selangor telah diadakan pada 16 Disember
2022. Puan Haryani Binti Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Unit Integriti LPP Kuala
Lumpur telah dijemput untuk memberikan ceramah yang bertajuk ‘Integriti
Pemangkin Kecemerlangan’.
Integriti bermaksud kesempurnaan, kejujuran, keikhlasan dan keutuhan. Pengisian
taklimat yang disampaikan adalah pentingnya nilai, etika dan integriti dalam kalangan
masyarakat termasuk penjawat awam kepada negara kerana menjadi faktor
menentukan jatuh bangunnya sesebuah institusi pentadbiran, pemerintahan,
kerajaan dan ketamadunan negara. Pentingnya integriti kepada masyarakat pula
menentukan kewujudan sebuah masyarakat bertatasusila, ikatan hidup berdasarkan
kesopanan, saling menghormati dan lestari. Manakala, pentingnya integriti kepada
sesebuah organisasi pula adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang
terbaik, pengamalan tadbir urus terbaik, membina imej dan keyakinan 'stakeholders'
dan pelanggan.
Semoga ilmu yang dikongsikan kepada anggota LPP Negeri Selangor menjadi
pemangkin dan menanam nilai integriti dalam jiwa setiap individu serta dapat
menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan adil & saksama.
Contoh hukuman Pecah Amanah
AKTA 605 ASPRM AKTA 694 KANUN KESEKSAAN
Hukuman: Penjara tidak S. 163 - Penjara tidak
Amaran melebihi 20 tahun melebihi setahun
Denda dan denda 5 kali atau denda, atau
Lucut Hak ganda nilai suapan kedua-duanya
Emolumen atau RM 10,000.00,
Tangguh mengikut mana-mana S. 403 - Penjara tidak
Pergerakan Gaji yang lebih tinggi kurang 6 bulan dan
Turun Gaji tidak lebih 5 tahun
Turun Pangkat dan dengan sebat,
Buang Kerja dan bolehlah didenda
MUKA SURAT 21 | EDISI DIS 2022
Majlis Lambaian Kasih
Puan Hajah Ramlah Binti Jupri, dilahirkan pada 17 Disember 1962 di Selangor telah
berkahwin pada 27 Disember 1985 di usia 23 tahun dengan pilihan hatinya Encik
Abdul Ghafar bin Abdul Ghani dan telah dikurniakan tiga (3) orang cahayamata.
Beliau telah memulakan kerjayanya bersama Lembaga Pertubuhan Peladang pada
16 Mei 1983. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama 39 tahun, beliau telah
menerima beberapa anugerah. Antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
sebanyak empat (4) kali, Anugerah Tokoh Pekerja serta Pingat Pangkuan Mahkota
Wilayah Persekutuan.
17 Disember 2022, secara rasminya beliau telah menamatkan perkhidmatan (bersara
wajib) sebagai Penjawat Awam dan meninggalkan kerjaya terakhirnya sebagai Ketua
Pembantu Tadbir-N36 di Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Selangor pada usia
60 tahun.
Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, ‘easy-going’ dan sentiasa
berusaha mempermudah urusan serta tidak menyusahkan orang yang menghadapi
masalah adalah kualiti yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,
"yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang
tidak akan sama dengan yang berganti."
MUKA SURAT 22 | EDISI DIS 2022
Aplikasi LOYVERSE adalah suatu Sistem yang dapat merekodkan urusniaga tunai
atau kredit bagi sesuatu trasanksi secara telus. Ianya dikenali sebaga Sistem POS
(Point of Sales).
Aplikasi Loyverse hanya dapat digunapakai pada Sistem Operasi (OS) Android
ataupun IoS (Iphone & Tablet ).
Aplikasi Loyverse ini digunapakai di seluruh dunia disebabkan operasi sistem ini
berasaskan AwanRaya (CloudBase). Pengguna tidak perlu menyediakan sebarang
perkakasan khusus untuk mengakses Server Loyverse. Hanya dengan mewujudkan
suatu akaun email dan mendaftar email tersebut pada ‘Cloud’ Loyverse seseorang
pengguna boleh mengunapakai Sistem ini.
Pengunaan Sistem Loyverse ini terbahagi kepada dua iaitu penggunaan secara
percuma atau berbayar melalui langganan modul ‘Advance inventory’.
Dalam konteks pemahaman penggunaan Sistem Loverse Bersama Sistem Primari di
Pertubuhan Peladang, berikut merupakan penerangan yang lebih terperinci.
Sistem Loyverse bukan suatu sistem perakaunan yang dapat mengeluarkan P&L dan
Balance Sheet. Ianya hanya suatu modul yang dapat merekod hasil jualan dengan
menolak stok semasa berlaku transaksi jualan dan mengeluar resit jualan dengan
cepat.
Memandangkan Sistem Loyverse berasaskan cloud dan dapat dicapai melalui talian
internet segala transaksi dibuat secara ‘realtime’ dan pihak pengurusan akan dapat
memantau segala transaksi perniagaan secara langsung melalui handphone.
Proses migrasi data data stok daripada Sistem Primari pun amat mudah sekali.
Kesemua item jualan akan didaftarkan
didalam Sistem Loyverse dengan
memasukan beberapa perkara bagi setiap
item:
Kategori Barangan
Nama Barangan
Nilai Harga Kos
Nlai Harga Jualan
Bilangan Stok
Kod Barcode.
MUKA SURAT 23 | EDISI DIS 2022
Terminal POS berserta pencetak adalah suatu
perkakasan yang diperlukan untuk digunapakai bersama
Aplikasi Loyverse ini.
Lazimnya untuk merekodkan segala hasil jualan harian
melalui applikasi Loyverse ini adalah melalui penggunaan
tablet/terminal Android yang disambung pada internet.
Resit Rasmi Jualan dapat dikeluarkan semasa
pembayaran dibuat dan pada masa sama nilai stok akan
ditolak.
Diakhir urusniaga harian aplikasi loyverse akan mencetak
nilai jualan harian untuk proses penutupan ‘shift’ .
Aplikasi Loyverse juga dapat beroperasi (merekod
transaksi) secara offline sekiranya lokasi perniagaan tidak
mempunyai talian internet.
Faedah Aplikasi Loyverse
Analisis Produk Jualan: Pengurusan Pelanggan/Ahli
Rebate Langganan:
Handphone Android/IOS menjadi Terminal POS
Pelbagai Kaedah Penerimaan Pembayaran Rekod Keahlian
Kaedah Pemberian Diskaun Merujuk Rekod Jualan
Harga Jualan Pelbagai Peringkat Mencetak Rekod Jualan Pelanggan
Pengurusan Tunai Dapat Dipertentukan Program Pemberian Mata Keatas
Timbangan Menggunakan Barcode Langganan
Perkakasan Disambung Ke Pencetak Resit Pemberian Kad Ahlian (Loyalty
Screen Paparan Item Jualan Bersama Jumlah Card) ; Kad PeladangKu
Mencetak Resit Atau Dikirm Ke Emel Pelanggan
Kaedah Buka Tiket Bagi Transaksi Belum Selesai
Kaedah Pemulangan (Refund) Tunai/Barangan
Pembetulan Keatas Tempahan Yang Dibuat
Dapat Beroperasi Offline Tanpa Internet
Amat Mudah Menggunapakai Scanner Barcode
Dapat Operasi Secara Bersepadu Keatas
Pelbagai Rangkaian Cawangan
Kawalan Pencerahan Cahaya Di Dashboard
MUKA SURAT 24 | EDISI DIS 2022
MUTIARA KATA
Muafakamt embawaberkat
Ajaran Islam menganjurkan supaya umat manusia hidup secara muafakat,
bekerjasama dan bertolak ansur.
Allah berfirman dalam surah al-Ma’idah ayat 2 yang bermaksud:
“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah
menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan
hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya
(bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).
Al-Quran juga menganjurkan supaya manusia bersikap adil dan ihsan kepada sesama
manusia.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 90 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji
dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.”
Ajaran yang terkandung dalam al-Quran amat menekankan kepentingan manusia
menjalani kehidupan dengan memelihara hubungan persaudaraan, menjadi pendamai
bagi pihak yang bertelagah, menjaga tutur kata dan budi bicara supaya keharmonian
dan kemesraan hidup bermasyarakat sentiasa terpelihara.
MUKA SURAT 25 | EDISI DIS 2022
MUKA SURAT 26 | EDISI DIS 2022 IKHLAS DARIPADA:
Pengarah dan
Warga Kerja
Lembaga Pertubuhan Peladang
Negeri Selangor