PELAKSANAAN KAJIAN KES TINGKATAN 1
MARYAM QEISHA BT MOHD
HAROMA
1 EFISIEN
Penyelesaian Masalah
Istana Lama Seri Menanti ialah
istana yang unik diperbuat daripada
kayu tanpa sebarang paku. Ia dibina
pada 1902 dan siap pada tahun
1908 kerana Istana Pulih telah
dibakar oleh askar-askar Inggeris
semasa mengejar Yamtuan Antah
ketika berlakunya peperangan Bukit
Putus.
Objektif Kajian
Latar Belakang
Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri
Sembilanialah istana yang dirujuk lazimnya
dalam konteks ini adalah sebuah
binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi
diperbuat daripada kayu yang menjadi
kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.
Kini, memandangkan ia suatu warisan
sejarah, istana itu telah berubah
"peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini
didirikan mengikut senibina masyarakat
Minangkabau.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh
dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan
tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir
Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara
tersebut.Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi
pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini
dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992.Atas
kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul
Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium
Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992
bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah.
Ciri-Ciri
Istana ini mempunyai 99 batang tiang
termasuk empat batang tiang seri yang
panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang
ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu.
Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi
iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini
ialah ia tidak menggunakan sebarang paku
besi tetapi pakunya diperbuat daripada
kayu yang dipanggil pasak. [1]. Pasak kayu
keras digunakan bagi menyambungkan
papan. Atap istana ini mewakili tanduk
kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai
lambang keamanan.
Cara memelihara dah memulihara
seni bina
Memelihara
1.menjadikannya sebagai bangunan
muzium yang memaparkan peninggalan
dan sejarah tertentu
2.bangunan bersejarah dapat dijadikan
sebagai pusat perniagaan.
3.menggunakannya dalam filem atau
drama.
4.menghasilkan buku atau ensklopedia
Memulihara
1.Meningkat pembanggunan
komersial sekitar kawasan
struktur bersejarah
2.Mengubah, atau memberi nafas
baru pada fungsi struktur
bersejarah
3. Mempopularkan struktur
bersejarah sebagai destinasi
perlancongan
Iktibar
Mengajar tentang warisan sejarah
dan kepakaran orang melayu
dalam membina istana.
Kaedah Kajian
Melayari internet
Saya telah melayari
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Seri_Me
nanti
https://www.permohonan.my/cara-
memelihara-bangunan-bersejarah/
https://online.anyflip.com/yjgen/yspm/mo
bile/
Sumber Kajian
1.Internet
(Wikipedia)
2. Buku rujukan
3.Buku teks
(bab 6)
Laporan Kajian
Seri Menanti adalah bandar diraja bagi Negeri
Sembilan. Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari
ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer dari
pekan Kuala Pilah. Bandar ini terletak di dalam
daerah Kuala Pilah. Seri Menanti terletak di
suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit
bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini
adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.
Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh
orang-orang Minangkabau dari Rembau pada
sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita
lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ
telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur
menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi
Menanti.[2] Lama kelamaan tempat itu
bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'.
Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno
yang bermakna padi.