Disempurnakan oleh : PN. IBTISAM BT MOHAMMAD Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu 25MEI 2023 | KHAMIS | 2.30PETANG DEWANAL-FATEH S K ( F E L D A ) P A L O N G 1 2 K A L I K E - 3 7
1 HALIM BIN ABD AZIZ YDP PIBG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK (Felda) Palong 12 sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih.
Assalammualaikum Syukur ke hadrat Allah kerana dengan kurniaNya kita dapat bersama-sama dalam satu majlis besar di sekolah iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK (FELDA) Palong 12 kali 37. Mesyuarat ini menjadi medan untuk kita berkumpul dan berbincang bersama-sama bagi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak SK (FELDA) Palong 12 khususnya. SK (FELDA) Palong 12 buat masa kini mempunyai murid seramai 214 orang daripada Prasekolah hingga tahun 6. Angka atau bilangan murid ini menunjukkan pertambahan selepas covid 19 melanda negara kita Malaysia. Ramai anakanak yang dahulu bekerja di luar kembali semula ke Palong ini untuk memulakan penghidupan yang baharu. Ini memberi kesan kepada peningkatan bilangan murid. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pejaga dan komuniti FELDA Palong 12 dan 13 atas sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah sehingga terlaksananya beberapa perkara. Antaranya sekolah berjaya menyediakan Smart TV untuk 6 kelas, 1 kelas pemulihan, 1 kelas Prasekolah, 1 Bilik J-Qaf dan 1 di surau serta 1 untuk bilik gerakan atau billik mesyuarat. Saya percaya dengan adanya smart TV ini menjadi pemangkin kepada guru-guru dan murid-murid untuk meningkatkat kualiti pengajaran dan sekaligus meningkatkan kecemerlangan murid-murid. Sumbangan daripada tuan puan juga telah berjaya menyediakan sebuah surau yang hampir sempurna atau lengkap termasuk menyediakan tempat wuduk yang lebih selesa untuk kegunaan murid, guru dan warga SK (FELDA) Palong 12. Sekolah juga dapat menyediakan bangku murid untuk perhimpunan pagi. Pentaksiran murid secara Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang telah bermula sejak tahun 2021 memberi ruang yang lebih luas untuk guru mentafsir perkembangan akademik anak-anak. Ini kerana pentaksiran dibuat sewaktu berlakunya proses pengajaran dan pembejaran guru di kelas dan bukannya ditafsir semasa satu hari peperiksaan seperti sebelum ini. Justeru, pihak sekolah juga memohon perhatian ibu bapa supaya sama-sama boleh membantu pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak. Pihak sekolah juga memohon ibu bapa penjaga untuk membantu bagi memastikan anak-anak mengaji Al-Quran di rumah. Ini kerana masih terdapat anak-anak tahun 6 yang masih mengaji Iqra 2/ Iqra 3 yang mana sepatutnya anak-anak telah naik Al-Quran. Di sekolah para guru tidak mampu untuk memberikan seluruh perhatian untuk setiap murid kerana kekangan masa dan bilangah murid yang agak ramai. Perkembangan teknologi sekarang yang semakin cepat juga, memaksa untuk system pendidikan bergerak seiring dengan perkembangan. Buat makluman ibu bapa penjaga, pihak sekolah baharu sahaja menerima laptop sebanyak 21 buah dan diucapkan terima kasih kepada pihak PPDJJ atas usaha menyenaraikan sekolah SKP12 sebagai penerima laptop. Insya Allah kita akan cuba memastikan anak-anak dapat menggunakan laptop ini sebaiknya walaupun terpaksa berkongsi demi memastikan anak-anak SKP12 boleh seiring dengan anak-anak di luar sana daripada segi penggunaan teknologi. Saya berharap semoga majlis ini dapat dilaksanakan dengan penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua. Bak kata pepatah melayu. “bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”. Maka, pertemuan kita pada hari ini sudah pasti tujuannya untuk mempertingkatkan dan memperteguh kefahaman, mencapai kesepakatan, ke arah membantu pihak sekolah meningkatkan potensi anak-anak kita menempa kejayaan dalam pelbagai bidang khususnya bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan modal insan, seterusnya menjulang nama SKP12 di persada dunia pendidikan. Kejayaan anak-anak tuan puan dalam akademik, kokurikulum dan HEM kita raikan. Pada tahun lepas, saya telah meminta guru kelas untuk memasukkan video aktiviti anak-anak kita dalam whatsapp kelas. Ini supaya pihak sekolah berkongsi dengan ibu bapa penjaga tentang pelibatan anak-anak mereka di peringkat sekolah. Tahniah dan syabas kepada anak-anak yang berjaya manakala yang tidak berjaya syabas atas penyertaan dan kita perbaiki pada masa hadapan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua barisan guru SKP12 atas gerak kerja yang dilakukan selama ini. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas kehadiran, sokongan dan sumbangan ibu bapa penjaga dan komuniti Palong 12 dan 13 kepada pihak sekolah selama ini. Tanpa sokongan daripada pihak ibu bapa penjaga dan komuniti saya percaya segala apa yang pihak sekolah rancang tidak akan berlaku seperti sebaik ini. Bak kata pepatah, “Derap Bersama, Cemerlang Bersama”. Sekian, terima kasih. 2 NORHANA BT ABU BAKAR GURU BESAR
2.00 petang :Pendaftaran ibu bapa/penjaga/AJK 2.30 petang :Ketibaan tetamu jemputan :Nyanyian Negaraku Ucapan aluan pengacara majlis Bacaan Doa Ucapan Yang di Pertua PIBG Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung oleh: PN. IBTISAM BT MOHAMMAD (PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JEMPOL JELEBU) Cabutan bertuah Penyampaian cenderahati AJK PIBG sesi 2021/2022 Penyampaian cenderahati kepada perasmi (Tetamu jemputan dijemput menikmati jamuan) Taklimat Takaful Pelajar Sekolah Malaysia & sistem idme oleh GPK HEM. 3.30 petang : Mesyuarat Agung dimulakan Cabutan bertuah 5.30 Petang : Minum petang dan bersurai 3
NAMA PENCADANG HALIM BIN ABDUL AZIZ (YDP PIBG) CADANGAN Sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM30 bagi setiap keluarga murid (Pra sekolah - Tahun 6). Bagi murid-murid tahun1 - 6 setiap murid membuat sumbangan untuk sukan dan hari kecemerlangan sebanyak RM15, ICT RM5, Program NILAM RM3, Keceriaan kelas RM5, dan kebajikan RM3, bersamaan RM31 seorang murid. KEPUTUSAN 4 NAMA PENCADANG HASIMAH BT MASROM CADANGAN Pembahagian kelas kepada 2 kelas supaya : a) memudahkan guru dalam memantau murid semasa pnp dijalankan. b) mengenal pasti masalah pembelajaran setiap murid dengan lebih mudah. c) Murid tidak selesa dalam kelas yang terlalu ramai. KEPUTUSAN Pembahagian kelas tidak dapat dilaksanakan kerana Kebenaran untuk 'pecah kelas' hanya apabila bilangan murid sesebuah kelas melebihi 42 orang.
NAMA PENCADANG HUNIZA BINTI HUSSIN CADANGAN Cadangan saya untuk budak tahap 2. Waktu balik sek diselaraskan pada pukul 1.30 setiap Hari isnin sampai Hari khamis.ini kerana masa sangat singkat untuk anak2 bersiap ke sekolah agama.budak balik nak mandi.nak solat,nak makan Lepas tue bersiap untuk ke sekolah agama.paling cepat pun 30 minit untuk 2orang anak. niekan plak yang ada anak ramai.terkejar2 masa sebab sekolah agama Bermula pada pukul 2.30 petang. datang lambat akan dimarah sebab kelas dah bermula.jadi saya berharap pihak atasan dapat pertimbangkan masalah ini.cadangan ini bertujuan dapat meringankan beban Ibu bapa terutama Yang bekerja jauh nak kene ulang alik kesekolah atas sebab jadual balik pelajar Yang tidak selaras .Saya harap pihak sekolah dapat manage masa dengan lebih profesional dan tidak memandang remeh masa ibubapa dan juga anak anak .ini saje cadangan saya.terima kasih. KEPUTUSAN 4 NAMA PENCADANG ROZANA BINTI ABDULLAH CADANGAN Cadangan saya, pembayaran yuran PIBG bagi prasekolah mestilah berpatutan seperti tahun sebelum ini kerana majoriti pekerjaan ibubapa adalah bekerja sendiri dan pendapatan tidak tetap. KEPUTUSAN
NAMA PENCADANG Hasimah binti Masrom Saidatul Syima binti Abd Razak CADANGAN Saya mencadangan untuk anugerah kecemerlangan akedemik akan datang cikgu menyediakan sijil untuk murid yg cemerlang kerana sijil itu dapat membantu menggalakkan murid-murid untuk berusaha lebih cemerlang apabila mereka mengumpul sijil yang mereka terima. KEPUTUSAN Jawatankuasa kurikulum menerima baik cadangan ini dan akan diadakan untuk majlis seterusnya. -S/U Kurikulum4 NAMA PENCADANG Azmin bin Baderi CADANGAN Mohon mempercepatkan pembelian baju sukan sekolah. KEPUTUSAN Baju sukan telah dihantar oleh pembekal pada isnin (25 Mei) yang lalu. Urusan penyerahan akan diuruskan oleh kedai buku selepas cuti persekolahan penggal pertama. - GPK Kokurikulum-
5
BIL N A M A P R O G R A M KEJAYAAN 1 Muhammad Alif Rafiqi bin Mohamad Khairul Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Jempol Tahun 2022 Tempat Kelapan peringkat daerah 2 4 x 200M Perempuan Bawah 12, Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD Jempol Tahun 2022. Tempat ketiga 3 Pertandingan Bento Sihat Hepili Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Sembilan Johan 4 TOKOH NILAM (BI) Peringkat Daerah Naib Johan (Peringkat PKG) 5 TOKOH NILAM (BM) Peringkat PKG Ketiga (Peringkat PKG) 6 English Singing Competition District Level Naib Johan 7 BACATON PANDU PUTERI TUNAS Peringkat Negeri 8 Hafazan dan Doa Ibu Bapa (Lelaki & Perempuan) - TKRS Peringkat Negeri 9 Pertandingan Memasak (Perempuan) - TKRS Peringkat Negeri 10 Pertandingan Memasak (Lelaki) - TKRS Peringkat Daerah 11 Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Rambu Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Negeri 5
Penasihat : Norhana bt Abu Bakar Yang Dipertua : Abd Halim bin Abd Aziz Naib Yang Dipertua : Kairul Akmar bin Amran Setiausaha : Siti Suraya bt Abd Rahman Pen. Setiausaha : Ainnur Mardhiah bt Maniran Bendahari : Mohd Al-Hafidz bin Abd Rahman AJK Ibu Bapa : Siti Nur Ain bt Md Naser AJK Ibu Bapa : Jamilah bt Abd Shukor AJK Ibu Bapa : Asiah bt Daud AJK Ibu Bapa : Normah AJK Guru : Mohd Zahzee Shah bin Zakaria AJK Guru : Noriza bt Mamat AJK Guru : Noor Aiman bin Mohd Nor AJK Guru : Siti Fatimah bt Abu Bakar Juru Audit 1 :Wan Nur diyana bt Wan Aziz Juru Audit 2 :En Rasuhaizal bin Abd Rahman J A W A T A N K U A S A P I B G S K ( F E L D A ) P A L O N G 1 2 TAHUN 2021 – 2022 6
Ucapan Yang Dipertua PIBG Mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu. Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. Pembubaran AJK 2021 dan memilih jawatankuasa 2022/2023 Perbahasan dan penerimaan usul-usul Ucapan Penangguhan 7
8 TARIKH: 23 JUN 2022 MASA: 2.30 PETANG DIRASMIKAN OLEH: YB TN. HJ MUSTAPHA BIN NAGOOR KEHADIRAN: 92 orang 1.0 Ucapan 1.1 Ucapan YDP PIBG Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan. Yang Berhormat Tuan Hj. Mustapha bin Nagoor, Ahli Dewan Undangan Negeri N06 Palong,Yang Dihormati, En. Abdul Halim bin Abdul Aziz ,Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sk Palong 12, Yang Berusaha ,En Shamsudin Bin Salleh, Guru Besar Sk Palong 12. Yang Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Palong 12, barisan Pentadbiran dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Seterusnya Pemimpin2 Masyarakat, Guru-guru dan Para Ibu Bapa yang dihormati sekalian. Hadirin sekalian, Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana pada petang ini dapat kita berkumpul bagi meneruskan agenda pembangunan sekolah. Saya mewakili seluruh warga kerja PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan hadirin yang dapat hadir pada hari ini. Hadirin yang dihormati sekalian, Untuk pengetahuan semua, bermulanya sesi persekolahan secara bersemuka ini, pelbagai aktiviti akan diadakan. Justeru itu, bersamalah kita bekerjasama agar murid kita dapat menyertai semua aktiviti yang dijalankan. Selain itu, pihak sekolah juga dalam proses pembangunan dan penambahbaikan kemudahan yang terdapat disekolah ini. Projek yang bakal digerakkan bersama oleh PIBG dan pihak sekolah seterusnya ialah Projek Pembangunan Keceriaan Sekolah. Fokus utama projek ini ialah untuk menceriakan koridor aras 3 bangunan 3 tingkat yang menempatkan pusat sumber yang menjadi gedung ilmu sekolah. Seterusnya, menaik taraf dewan sekolah yang menjadi nadi utama penggerak program di sekolah ini. Diharap pihak yang berhormat dapat menyumbangkan dana bagi kami memulakan projek ini. Anggaran belanjawan awal yang diperlukan ialah RM 10 000. Hadirin sekalian, Diakhir ucapan saya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menyokong aktiviti PIBG yang dirancang dan dilaksanakan. Semoga dengan usaha kita semua ini dapat membantu perkembangan pendidikan di sekolah. Sekian terima kasih,. Assalamualaikum warahmarullahi wabarakatuh.
1.2 Ucapan Guru Besar Guru besar mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana Yang Berhormat Tuan Hj. Mustapha bin Nagoor, Ahli Dewan Undangan Negeri N06 Palong dapat bersama-sama dengan kita dalam petang ini. Guru beliau memaklumkan mesyuarat kali ini merupakan penampilan terakhirnya dalam majlis di sekolah ini kerana beliau telah berpindah atas kepentingan perkhidmatan ke sekolah lain. Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang berhormat kerana telah banyak membantu sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini. Guru besar merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama YDP PIBG yang telah membantu dalam membangunkan sistem siaraya sekolah, serta menaik taraf bilik gerakan. Menyediakan kemudahan ‘Smart TV dan pendingin hawa’ dalam bilik tersebut. PSS juga telah dicalonkan untuk APSSNS untuk tahun 2024. Usaha perlu digerakkan bermula tahun ini. Guru besar berharap segala perancangan dapat diteruskan, dan semua pihak dapat memberi kerjasama kepada GPM. Selain itu, pihak sekolah juga dalam proses menyediakan 1 kelas 1 smart tv. Beliau memohon sokongan daripada ahli PIBG untuk turut sama menjayakan hasrat ini. Akhir kata, guru besar merakamkan uapan terima kasih kepada semua pihak. Semoga berjumpa lagi. 1.3 Ucapan Perasmi (YB Tn. Hj Mustapha bin Nagoor) Yang berhormat memaklumkan beliau mewakili ahli parlimen Jempol, kerana Dato’ seri Hj Salim tidak dapa hadir atas urusan lain. Beliau mengucapkan tahniah kepada guru besar diatas hubungan baik yang terjalin antara guru besar dengan warga sekolah serta komuniti. Beliau menyatakan, sejak mendapat mandat pada tahun 2018, beliau telah melawat ke semua sekolah dalam jajahannya bagi melengkapkan kekurangan infrastuktur di sekolah. Beliau telah membantu memohon pagar baharu yang menggunakan konkrit bagi mengelakkan masalah pencerobohan haiwan liar terutamanya babi hutan. Oleh itu, yang berhormat sangat berharap agar segala kekurangan dapat disuarakan agar beliau dapat memanjangkannya kepada ahli perlimen. Beliau memaklumkan, akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah pada bulan julai-ogos bagi melihat kekurangan infrastruktur di sekolah. Yang berhormat merakamkan ucapan tahniah kepada guru besar, YDP PIBG, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG pada tahun ini. Beliau mengumumkan peruntukan sumbangan sebanyak RM3000.00 kepada PIBG SK (Felda) Palong 12 bagi memenuhi keperluan projek sepertimana kertas kerja yang dilampirkan. Seterusnya, yang berhormat merasmikan majlis dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. 9
10 2.0 Pengesahan minit mesyuarat PIBG kali ke-35 Pencadang: Pn. Siti Nor Ain bt Md Naser Penyokong: Pn. Zawana bt Md Sahak Pengesahan laporan kewangan PIBG 1 Januari – 31 Disember 2021 Pencadang: Pn Jamilah binti Shukor Penyokong: Pn Asiah binti Daud. Baki kewangan PIBG pada 31 Disember 2021 ialah sebanyak RM 17 597.54 3.0 Perkara berbangkit Rujuk perkara 4.2 – Pertukaran beberapa orang AJK dalam kalangan guru kerana berlaku perpindahan. Setiausaha : Pn. Siti Nadzira bt Mustaffa – Pn. Siti Suraya bt Abd Rahman Naib setiausaha: En. Mohd Zahari bin Ahmad – Pn. Ainnur Mardhiah bt Maniran Bendahari : Cik Afiqah bt Mahmad – En. Alhafidz bin Abd Rahman 4.0 Pembentangan cadangan/ laporan projek 4.1 Cadangan 1: Permohonan membuka perbankan atas talian bagi akaun PIBG Pencadang: Bendahari PIBG Permohonan mendaftar perbankan atas talian bagi akaun PIBG, dan melantik Bendahari PIBG (Mohd AlHafidz bin Abdul Rahman) sebagai pengendali. Perbankan atas talian ini hanya membenarkan urusan menyemak pengeluaran masuk dan keluar wang dalam akaun PIBG, serta menyemak baki semasa dengan lebih pantas. Keputusan ahli mesyuarat sepakat sebulat suara melantik Mohd Alhafidz bin Abd Rahman, no. KP: 870525-04-5199 sebagai viewer akaun PIBG SEK KEB PALONG 12(F), 005073212934 di cawangan Maybank Gemas, Negeri Sembilan.
4.3: Laporan Projek Bumi Hijau Penyelaras: Cikgu Siti Suraya binti Abd Rahman Sumbangan PIBG: RM500 Sumbangan yang digunakan: RM350 Baki sumbangan: RM150 Sumbangan ini telah digunakan sebanyak RM350 untuk menempah banner papan tanda setiap taman, tanah hitam, dan juga polybag untuk tanaman. Untuk meneruskan projek ini, pada tahun 2022 jawatankuasa projek ingin memohon sumbangan daripada ibu bapa untuk menyumbangkan satu pokok bagi setiap murid. Pokok-pokok tersebut boleh terdiri daripada pokok-pokok bunga, cili api, tumbuhan herba, dan pokok buah-buahan. Pokok-pokok bunga boleh terus dihantar dalam pasu, manakala tumbuhan lain boleh dihantar dalam polybag. Semua tumbuhan yang akan disumbangkan, dihantar di taman berhadapan pondok pengawal. Semua ibu-bapa dan penjaga boleh menyerahkan sumbangan tumbuhan ini bermula 27 Jun 2022. Ibu bapa yang berkelapangan diharap dapat membantu dalam usaha menanam tumbuhantumbuhan bagi menjayakan projek ini. Ibu bapa boleh menghubungi NYDP PIBG En. Kairul Akmar bin Amran atau penyelaras projek Cikgu Siti Suraya bagi tujuan ini. 11 4.2 Cadangan 2: Projek Pembangunan Keceriaan Sekolah Pencadang: Guru Perpustakaan Media. Misi utama projek ini ialah untuk menceriakan kembali dinding bangunan blok D dan E (terutamanya aras 3 bangunan blok E). Ini kerana, aras ini menempatkan perpustakaan yang merupakan gedung ilmu sekolah. PSS sekolah juga sedang menuju kearah APSSC 2024. Seterusnya keceriaan dewan sekolah yang menjadi nadi utama program-program sekolah. Selain itu, kedua-dua blok ini juga menempatkan kelas-kelas yang digunakan untuk pdpc. Oleh itu, pihak sekolah sangat berharap agar keceriaan blok ini dapat meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Namun, sokongon dan kerjasama daripada PIBG merupakan penggerak utama projek ini. Oleh itu, kami mengharapkan sumbangan dana dan tenaga agar projek ini dapat dijayakan.
11 5.0 Hal-hal lain 5.1 Pn. Siti Nor Ain bt Md Naser mencadangkan agar sumbangan PIBG kekal RM30.00 satu keluarga, dan sumbangan hari sukan dan apresiasi kekal RM15 seorang murid. Pn Jamilah binti Shukor menyokong cadangan tersebut. Semua ahli mesyuarat yang hadir juga bersetuju untuk mengekalkan nilai sumbangan tersebut dan bersetuju membayarnya. 5.2 Pn Zawana mencadangkan agar trek merentas desa ditukar ke jalan tar kerana pada tahun ini, laluan merentas desa perlu melalui kebun dan banyak risiko. -En Mohd Najib selaku GPK Kokurikulum menjawab, akan mencuba untuk mencari laluan yang lain pada masa hadapan. Namun begitu, laluan merentas desa peringkat daerah perlu melalui kawasan kebun dan sebagainya sejauh 4 kilometer. 5.3 En Azmin mengutarakan pandangan mengenai pemantauan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid-murid SK (Felda) Palong 12 kerana terdapat murid yang menggunakan telefon bimbit berkenaan untuk menonton perkara-perkara yang tidak baik. 5.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang. Disediakan oleh: suraya .................................................. (Siti Suraya bt Abd Rahman) Setiausaha PIBG 4.4 :Laporan Projek Smart TV Penyelaras: Cikgu Noriza binti Mamat Sumbangan terkumpul: RM 5385.00 Pembelian 1 set Smart TV: RM 3390.00 Baki sumbangan: RM 1995.00 4.5 : Pembentangan Projek Pembangunan Sistem Siaraya Sekolah Penyelaras: Cikgu Mohd Zahzee Shah bin Zakaria Sumbangan diterima dan digunakan: RM 5000.00 4.6 : Pembentangan Projek Naik Taraf Bilik Gerakan Penyelaras: Cikgu Mohd Najib bin Ismail Sumbangan diterima dan digunakan: RM 6000.00
P I B G 2 0 2 2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK (FELDA) PALONG 12 Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 12
12
13 P ENAS I HAT : PN. NOR HANA B T ABU BAKAR (GURU B E SAR ) P ENGE RUS I : EN. ABDUL HAL IM B IN ABDUL AZ I Z (YDP P I BG) T IMBALAN P ENGE RUS I : EN. KAI RUL AKMAR B IN AMRAN (NYDP P I BG) NAI B P ENGE RUS I I : PN. AZ I ZAH B INT I SANIN (GP K H EM) NAI B P ENGE RUS I I I : PN. ROS IDAH B INT I SAID (GP K P ENTADB I RAN) NAI B P ENGE RUS I I I I : EN. MOHD NAJI B B IN I SMAI L (GP K KOKUR I KULUM) S E T IAUSAHA : PN. S I T I SURAYA B INT I ABD RAHMAN N. S E T IAUSAHA : PN. AINNUR MARDH IAH B INT I MANI RAN B ENDAHAR I : EN. MOHD AL HAF IDZ B IN ABD RAHMAN SAMBUTAN PN. NOR HANA B T ABU BAKAR EN. ABDUL HAL IM B IN ABDUL AZ I Z EN. KAI RUL AKMAR B IN AMRAN PN. ROS IDAH B T SAID PN. AZ I ZAH B T SANIN EN. MOHD NAJI B B IN I SMAI L URUSE T IA PN. S I T I SURAYA B T ABD RAHMAN PN. AINNUR MARDH IAH B T MANI RAN JURUGEGAS EN. MOHD KAMAL RUL L AZMEY EN. KAI RUL AKMAR B IN AMRAN P ROTOKOL & P ENGA C ARA MAJ L IS EN. NOOR AIMAN B IN MOHD NOR ( K ) PN. AINNUR MARDH IAH B T MANI RAN BA C AAN DOA EN. AL HAF IDZ B IN ABD RAHMAN T EKNIKAL & HIASAN P ENTAS EN. MOHD ZAH Z E E S HAH B IN ZAKAR IA ( K ) EN. AL HAF IDZ B IN ABD RAHMAN PN. S I T I SURAYA B T ABD RAHMAN EN. MUHAMAD F I T R I B IN NORAI Z I PN. S I T I NUR AIN B T MD NAS E R KESE LAMATAN EN. MOHD FAZ L I L I B IN S HAAR I P E RSIAPAN DEWAN EN. NOOR AIMAN B . MOHD NOR ( K ) EN. MOHD FAZ L I L I B . SAAR I EN. KAI RUL AKMAR B . AMRAN PN. JAS L INA B T IMAM MOH TARAM PN. HAS ROHA B T AHMAD P ENDAF TARAN PN. WAN NUR DIYANA B T WAN AZ I Z ( K ) PN. S I T I FAT IMAH B T MD ZAHAR PN. ZULYNA ADI L LA B T ZAINUDDIN C ENDE RAHAT I C I K NUR AR IANI B T RAZAL I PN. NOR L E LA B T AMINUDDIN C ABUTAN B E R TUAH PN. RAF IDAH B T I B RAH IM ( K ) PN. WAN NUR DIYANA B T WAN AZ I Z PN. RATNA S E R I DEWI B T ABD KUDUS JAMUAN VI P , GURU & I BU BAPA PN. NOR I ZA B T MAMAT ( K ) PN. NOR ’AS I K IN B T MOHAMAD NAI B PN. NOR HAF I ZAH B T HAT TA PN. JAMI LAH B T ABD S HUKOR PN. AS IAH B T DAUD P EN C ATAT PN. WAN NUR DIYANA B T WAN AZ I Z ( K ) C I K NUR AR IANI B T RAZAL I PN. FAT IMAH B T S HAF I E
Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-37 SK (Felda) Pa.long 12 dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.