Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah e-Buletin SDEJA SELAMAT HARI GURU GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI Sambutan Hari Guru Pada 16 Mei 2024, seluruh warga pendidikan di Malaysia meraikan Hari Guru dengan tema “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani.” Tema ini mencerminkan penghargaan terhadap guru sebagai pemandu utama dalam pendidikan digital yang semakin pesat, seiring dengan visi negara untuk membina masyarakat madani yang berasaskan ilmu dan teknologi. Pada pagi 16 Mei 2024, telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru secara ringkas di peringkat SKTDJ. Sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang disempurnakan oleh Pn. Rafazilah binti Abd. Rahim, GPK1 SKTDJ dan diikuti dengan bacaan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia yang disempurnakan oleh Pn Guru Besar SK TDJ, Pn. Norzilla binti Adam. Seusai tamat bacaan perutusan, majlis diteruskan lagi dengan bacaan lafaz Ikrar Guru Malaysia, yang dipimpin oleh Cikgu Rozamudin dan nyayian lagu Kami Guru Malaysia oleh semua warga guru SKTDJ. Pada 19 Mei 2024, sambutan Hari Guru telah berlangsung dengan penuh meriah di SK Taman Desa Jaya. Kali ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil inisiatif untuk mengurus dan menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti bagi memperingati jasa dan pengorbanan guru. PIBG memainkan peranan penting dalam menjayakan sambutan Hari Guru tahun ini, dengan tujuan untuk menghargai sumbangan guru dalam mendidik anak-anak bangsa. Ketua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya, En. Azrul Khairul bin Rameli, menyampaikan penghargaanya kepada warga guru SDEJA kerana tidak lelah dalam mendidik dan memberi ilmu kepada anak-anak SDEJA. Sambutan Hari Guru 2024 yang dikelolakan oleh PIBG bukan sahaja memperlihatkan kerjasama erat antara guru, ibu bapa, dan komuniti, tetapi juga menonjolkan penghargaan ibu bapa kepada guru-guru yang telah mendidik anak -anak SDEJA. Puan Norzilla Binti Adam, Pn Guru Besar SKTDJ mezahirkan rasa terharunya atas sambutan yang diberikan. 16 Mei 2024, Khamis 19 Mei 2024, Ahad Bil 1,Mei/2024
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengambil inisiatif untuk mengelola acara penyampaian anugerah dan sukaneka. Majlis penyampaian anugerah bertujuan untuk mengiktiraf guru-guru yang telah memenangi undi murid-murid. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah: Anugerah Guru Paling Penyayang Anugerah Guru Paling Tegas Anugerah Guru Paling Ceria Anugerah Guru Paling Rajin Anugerah Guru Paling Lucu Anugerah Guru Paling Sopan Anugerah Guru Paling Bergaya Anugerah Guru Paling Kreatif Anugerah Guru Paling Baik Hati Sambutan diteruskan lagi dengan acara sukaneka guru. Acara sukaneka ini bukan sahaja bertujuan untuk merapatkan hubungan antara semua pihak, tetapi juga untuk memberikan kegembiraan dan mewujudkan suasana ceria. Antara acara sukaneka yang diadakan termasuk: Bawa bola pingppong dalam sudu. Gelung Kasih Sayang Tema Sambutan Hari Guru SDEJA ialah Pakaian Tradisonal Asia. Pelbagai busana tradisional daripada seluruh pelosok Asia telah diperagakan oleh warga guru SDEJA. e-Buletin SDEJA SAMBUTAN HARI GURU SDEJA Busana paling bergaya bagi kategori perempuan telah dimenangi oleh Pn Guru Besar SKTDJ Pn. Norzilla binti Adam yang memperagakan busana Tradisional Jepun, Yukata. . Kategori lelaki pula dimenangi oleh GPK KO SKTDJ, En. Mohd Harid bin Sharon yang turut memperagakan busana Tradisional Jepun, Hakama. Sambutan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang acara sukaneka dan saguhati penghargaan kepada semua warga guru SDEJA yang ditaja oleh pihak PIBG. 19 Mei 2024 Bil 1,Mei/2024
GALERI SAMBUTAN HARI GURU SDEJA e-Buletin SDEJA Memori SDEJABil 1,Mei/2024
e-Buletin SDEJA KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA Bil 1,Mei/2024 Pada 21 Mei 2024, SK Taman Desa Jaya telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda di dewan tertutup pada pukul 11 pagi sehingga 1.20 tengah hari. Kursus ini diadakan bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dalam menegakkan peraturan sekolah supaya dapat melahirkan murid yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan membanggakan. Penceramah jemputan, Puan Nurul Izzati Binti Mukhali (Guru Bimbingan kaunseling dari SK Taman Puteri Wangsa) telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada para peserta. Para peserta kursus ini terdiri daripada Students Leader Board (SLB), Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas, Pengawas Buku Teks dan Pengawas Bilik Sukan. Kursus kepemimpinan untuk pemimpin muda di sekolah-sekolah adalah langkah penting dalam mempersiapkan generasi mendatang untuk mengambil peranan kepemimpinan dengan percaya diri dan efektif. Programprogram ini, dirancang untuk membantu murid mengembangkan bakat kepimpinan seperti komunikasi, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Murid yang terlibat dalam kursus kepemimpinan ini akan mendapat peluang untuk belajar secara langsung, simulasi, dan perbincangan dalam kumpulan. Mereka juga sering kali terlibat dalam projek-projek sekolah yang memberi peluang kepada mereka untuk melatih kepemimpinan mereka dalam realiti. Dengan demikian, kursus kepemimpinan ini tidak hanya mempersiapkan murid untuk masa depan, tetapi juga membantu mereka menjadi individu yang lebih baik dalam kehidupan seharian mereka.
SKTDJ, 21 Mei 2024 - SK Taman Desa Jaya telah dipilih bagi penempatan pelajar PISMP Jun 2021/2026 dan PISMP Jun 2022/2027 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor untuk pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS I dan PBS II) bermula 9 Jun 2024 hingga 20 Jun 2024 (2 minggu). Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS, pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Sehubungan dengan itu, Guru Besar SKTDJ, Puan Norzilla binti Adam telah menyambut baik berita ini. Pelaksanaan ini sememangnya berkait rapat dengan amalan profesional yang merupakan komponen penting dalam kurikulum perguruan berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan visi misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). e-Buletin SDEJA PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMBil 1,Mei/2024 Oleh itu, warga SKTDJ amat mengalu-alukan kedatangan kedua orang pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor bagi pelaksanaan PBS ini iaitu Nur Ain Najihah binti Ismail dan Nurul Allyyah binti Zulkifle. Semoga SKTDJ dapat membantu mereka merasai sendiri pengalaman bergelar seorang guru dan semoga menjadi pengalaman yang berharga buat mereka berdua. Diharapkan SKTDJ dapat menjadi tempat bagi pelajar ini mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam pengajaran dan pembelajaran (Pdp) mereka.
e-Buletin SDEJA HARI WESAK Bil 1,Mei/2024 Cuti Hari Wesak: Peluang Emas Luangkan Masa Bersama Keluarga. SKTDJ, 22 Mei 2024 - Sambutan Hari Wesak yang diraikan pada hari ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengambil cuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Hari Wesak yang disambut oleh penganut agama Buddha ini bukan sahaja memperingati kelahiran, pencerahan, dan kemangkatan Buddha Gautama, tetapi juga menjadi hari untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan. Merapatkan Hubungan Kekeluargaan. Dalam dunia yang serba pantas dan penuh dengan komitmen harian, cuti umum seperti Hari Wesak adalah waktu yang amat dinantinantikan untuk berehat dan berkumpul bersama orang tersayang. Cik Azrin, Guru SKTDJ berkata “Mengambil kesempatan dengan adanya cuti Hari Wesak, saya juga ingin memberi cuti kepada badan dan minda saya dari segala kerja hakiki dengan melakukan hobi dan minat saya”. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Antara aktiviti yang popular termasuk: Memasak dan Makan Bersama: Menyediakan hidangan istimewa bersamasama ahli keluarga bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi juga memberi ruang untuk berinteraksi dan berkongsi cerita. 1. Aktiviti Luar Rumah: Berkelah di taman, berjalan-jalan di pantai, atau melakukan aktiviti sukan ringan seperti berbasikal dan berjoging dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. 2. Dalam menghadapi tekanan kerja dan kehidupan seharian, keseimbangan antara kerja dan masa bersama keluarga adalah sangat penting. Pakar psikologi keluarga, Dr. Faridah Hassan, menyatakan, “Mengambil masa untuk berehat dan berinteraksi dengan keluarga dapat mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental. Ini juga memberi peluang untuk menguatkan ikatan emosi antara ahli keluarga.”
SKTDJ, 23 Mei 2024 - Majlis Pelancaran Logo Disiplin dan Pengawas telah dilaksanakan dengan jayanya di dewan terbuka SK Taman Desa Jaya. Majlis ini dihadiri oleh semua barisan pentadbir, guru-guru dan murid-murid SKTDJ. Seperti yang semua sedia maklum, Unit Disiplin dan Pengawas sekolah sentiasa bekerjasama dalam usaha mencapai matlamat untuk sentiasa meningkatkan kesedaran murid tentang kepatuhan pada peraturan dan undangundang demi melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai sahsiah yang baik di samping melahirkan suasana sekolah yang kondusif. Disiplin membawa maksud latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. Manakala, Lembaga Pengawas pula merupakan satu badan disiplin sekolah yang terdiri daripada muridmurid yang terpilih dan dibimbing oleh guruguru penasihat. Matlamat utama ialah menjadi satu badan bertindak untuk memartabat, melindungi dan melaksanakan peraturanperaturan. Justeru, logo yang dilancarkan akan menjadi simbolik utuh dalam memastikan kedua-dua unit dapat sentiasa bergerak seiring dalam memercu kecemerlangan sekolah dari aspek sahsiah khasnya. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Norzilla Binti Adam dan beliau terus menyempurnakan gimik perasmian yang disediakan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyerahan surat lantikan kepada guru-guru penyelaras dan AJK Pengawas. Guru-guru yang terpilih sebagai penyelaras termasuklah Ustaz Mohd Ridhwan Bin Adnan, Cikgu Kirubah A/P Rajendran, Cikgu Anbarasi A/P Thiagaran, Ustaz Mohd Badrul Hisyam Bin Borhan, Cikgu Nor Azlina Binti Mohd Zawawi dan Cikgu Md Rozamudin Bin Roslan. Guruguru yang terpilih sebagai AJK Pengawas (peringkat guru) termasuklah Ustaz Jamaluddin Bin Hashim, Cikgu Siti Rubiah Binti Ali dan Cikgu Muhammad Khairul Amirin Bin Mohd Fadhil. Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi penyematan button badge kepada wakil pengawas juga students leader board oleh Puan Norzilla Binti Adam diriringi oleh Puan Hajah Dara (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). Button badge ini hendaklah sentiasa dipakai oleh semua pengawas sepanjang menjalankan tugas di sekolah. Diharapkan dengan pelancaran logo ini, kesemua warga sekolah akan lebih bersemangat dalam memastikan tahap disiplin murid berada dalam tahap terbaik. e-Buletin SDEJA PELANCARANLOGODISIPLINDANPENGAWASBil 1,Mei/2024
e-Buletin SDEJA MAJLIS SANJUNGAN BUDI,LAMBAIAN KASIH PUAN RAFADZILAH Bil 1,Mei/2024 SKTDJ 23 Mei, 2024 - Pada hari Khamis telah berlangsungnya Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih buat Puan Rafadzilah yang merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Desa Jaya. Puan Rafadzilah binti Abdul Rahim akan menerima tanggungjawab yang baharu iaitu sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Permatang Rengas, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Puan Rafadzilah atau mesra dipanggil Puan Zie telah berkhidmat di Sk Taman Desa Jaya selama 4 tahun iaitu bermula pada 1 Disember 2020. Puan Rafadzilah telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sudah selama 27 tahun dan Sk Seri Permatang Rengas merupakan sekolah ke-6 beliau. Kehilangan seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang sangat komited, rajin dan selalu memberikan tunjuk ajar kepada anak didik beliau semestinya merupakan kehilangan yang besar dan berat bagi setiap warga SDeJa. Sebelum memulakan tugasan baru beliau di tempat yang baharu, beliau sempat menitipkan harapan untuk warga dan para pelajar. “Kepada warga guru dan AKP SDeJa, semoga terus cemerlang pada masa akan datang di bawah pimpinan Pn. Norzilla Adam bersama pasukan pentadbiran yang baharu.” “Buat anak-anak SDeJa, semoga kemenjadian dan keperibadianmu terserlah. Jadilah anak baik lagi cerdik yang beradab mulia kerana tanpa adab, pincanglah ilmu yang diperolehi,” pesan beliau lagi dengan sebak. Warga dan anak didik SDeJa sentiasa mendoakan yang terbaik buat Puan Rafadzilah pada masa akan datang. Kami berharap Puan Rafadzilah dapat menjalankan tanggungjawab yang baharu di sekolah baharu dengan penuh cemerlang. Akhir kata, kami warga SDeJa ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan budi yang telah dicurahkan dan selamat maju jaya.
e-Buletin SDEJA GALERI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Bil 1,Mei/2024
e-Buletin SDEJA KOMITMEN BARU DI SDEJA: PN AIDA MEMULAKAN TUGAS SEBAGAI GPK PENTADBIRAN Bil 1,Mei/2024 SKTDJ, 19 Mei 2024, Guru Besar SK Perigi Acheh, En Zairul Izhwan Bin Ahmad Termizi, telah mengadakan Kunjungan Hormat ke SK Taman Desa Jaya, bertujuan untuk mengiringi Pn. Zaharah Aida binti MD. Yunus, yang bakal menyandang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran SK Taman Desa Jaya yang baharu. Puan Zaharah Aida telah datang melapor diri di SK Taman Desa Jaya pada 15 Mei 2024 dan akan bertugas secara rasmi bermula 23 Mei 2023. Selama 10 tahun beliau berkhidmat dalam bidang pendidikan, ini merupakan pengalaman pertama beliau menyandang jawatan sebagai GPK Pentadbiran. Sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zaharah Aida bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam pengurusan sekolah. Puan Zaharah Aida dijangka membawa pengalaman dan kepakaran beliau dari sekolah lama untuk membantu dalam pengurusan pentadbiran dan akademik di sekolah baru ini. SKTDJ 23 Mei 2024, SK Taman Desa Jaya dengan bangganya mengalukan-alukan kedatangan Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran yang baharu, Pn. Zaharah Aida binti MD. Yunus yang memulakan tugasnya secara rasmi pada hari ini. Pn. Zaharah Aida yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan selama 10 tahun, membawa bersama beliau visi dan komitmen untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan pentadbiran sekolah. Kedatangan Pn. Aida ke Dewan Terbuka SDEJA diiringi oleh Naib Pengerusi KEGAS, Ustazah Rohaiza. Alunan kompang yang dimainkan oleh pasukan kompang sekolah turut dimainkan sepanjang perjalanan Pn. Aida ke pentas. Beliau juga disambut secara baik oleh para guru dan kakitangan sekolah yang mengharapkan perubahan positif dalam pengurusan dan pembangunan sekolah. Dalam ucapan sulungnya, Pn. Aida sangat menekankan konsep Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC). Beliau juga menekankan betapa pentingya adab dan sahsiah yang baik dalam mencapai kecermelangan dalam semua bidang. Dengan kehadiran GPK Pentadbiran yang baharu ini, SDEJA berharap dapat melangkah ke hadapan dengan lebih mantap dan berdaya saing dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.
e-Buletin SDEJA Bil 1,Mei/2024 LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) SKTDJ, 23 Mei 2024 - SK Taman Desa Jaya telah menerima kunjungan dua orang Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu Encik Yusry dan anggota yang lain. Lawatan ke sekolah perlulah dijalankan sekurang-kurangnya dua kali sebulan demi memberi kesedaran terhadap ancaman jenayah kepada pihak sekolah. Mereka juga akan membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah disiplin dan salah laku murid-murid. Objektif lawatan PPS adalah untuk meningkatkan amalan disiplin dalam kalangan murid di SKTDJ, mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan pihak polis seta mencegah pelanggaran disiplin oleh murid-murid. Dengan adanya lawatan seperti ini, murid akan lebih sedar tentang amalan baik yang sepatutnya dilakukan serta mereka juga akan dapat mengetahui tentang akibat daripada pelanggaran disiplin. Perkara ini akan dapat memudahkan guru-guru serta ibu bapa dalam mangawal murid-murid ketika di sekolah mahupun di rumah. Hal ini kerana, murid-murid akan sedar tentang wujudnya hubungan antara pihak sekolah dan pihak polis. Konklusinya, lawatan rutin PPS ke SK Taman Desa Jaya dilihat dapat memberikan impak yang baik terhadap disiplin murid-murid dan pihak sekolah amatlah berbesar hati untuk berganding bahu dengan pihak polis dalam meningkatkan tahap disiplin murid-murid.
e-Buletin SDEJA Bil 1,Mei/2024 SUMBANGAN IHSAN JOHOR : SKTDJ TERIMA MEJA DAN KABINET SKTDJ, 23 Mei 2024 - SK Taman Desa Jaya telah menerima sumbangan daripada Pertubuhan Ihsan Johor dengan usahasama Unit Psikiatrik Hospital Sultan Ismail dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sumbangan yang telah disumbangkan oleh badan organisasi ini ialah lima buah meja dan juga kabinet. Sumbangan ini juga difahamkan telah diberikan melalui Dr. Faizah iaitu ketua jabatan unit psikiatrik Hospital Sultan Ismail dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diketuai oleh Encik Azrul Khairul bin Rameli sebagai NYDP PIBG SDeJa. Pertubuhan Ihsan Johor atau Johor Relief Organisation merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang secara rasminya telah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) pada 31 Mei 2016. Pertubuhan ini berperanan sebagai pertubuhan (NGO) untuk menggalakkan budaya sukarelawan dalam kalangan rakyat negeri Johor. Organisasi ini merupakan inisiatif untuk bangsa Johor dengan semangat Muafakat Johor bagi membudayakan aktiviti kemanusiaan, semangat kesukarelawan dan kebajikan sebagai usaha kerajaan negeri untuk membantu masyarakat khususnya di negeri Johor. Oleh itu, warga SDeJa mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan ini. Semoga dengan sumbangan baru ini dapat membantu serta mengurangkan kos perbelanjaan sekolah untuk membeli meja dan kabinet yang baru.
e-Buletin SDEJA SIDANG REDAKSI Bil 1,Mei/2024 PENASIHAT : Puan NorzillaBinti Adam KETUAEDITOR: Encik Nahrul KhairBin Othman EDITORBULETIN1 : Cik SaniahBintiRahmat EDITORBULETIN2 : Cik NurAzrin Hanim BintiAziz EDITORBULETIN3 : Cik Nazatul Nadhiha Binti Zulkifli JURUFOTO : Encik Nahrul KhairBin Othman SUNTINGAN: Puan NurAthirahBinti ZainalAbidin