HARI GURU SK JONGOK BATU GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI 16 MEI 2024 DISEMPURNAKAN OLEH EN. MOHAMMAD AZRI BIN HAJI EMBONG GURU BESAR SK JB SAMBUTAN
PENDAHULUAN MATLAMAT PROGRAM Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan untuk menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru. Semangat dan kerjasama yang amat tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Matlamat utama Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah adalah untuk meraikan dan membalas jasa guru-guru Sekolah Kebangsaan Jongok Batu di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru , pekerja dan murid-murid. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan pada masa akan datang kepada agama,bangsa dan negara.
Bahawasanya kami guru-guru Negara Malaysia dengan ini berikrar mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami kami akan berbakti kepada masyarakat dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara. Kami mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara pada setiap masa. IKRAR GURU
LAGU GURU Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera puteri negara kita. Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukunegara kita Panduan hidup kami semua. Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu membina Negara yang tercinta. Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai,tetap kami tunaikan Lagu dan lirik : Hashim Ahmad
JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM BACAAN DOA AKTIVITI/SUKAN DALAMAN PENGACARA MAJLIS GIMIK PELANCARAN/E-BANNER PERSIAPAN TEMPAT/KEBERSIHAN HADIAH BUKU PROGRAM PERARAKAN GURU/KAWALAN MURID SIARAYA/TEKNIKAL MAKANAN/DOKUMENTASI Norhamizah binti Ab Hamid Zaari bin Mohamad Ahmad Muzir bin Aripin Noorhana binti Tukiran Muhammad Ehsan bin Embong Engku Mohd Fakhri bin Engku Alwi Norhafizah binti Ab Ghani Mohamad Fairudin bin Zakaria Nor Aida binti Nordin Muhammad Ariff Fadillah bin Muhammad Muhammad Naimuddin bin Mahadi
TENTATIF MAJLIS PENGHARGAAN 7.50 pagi Murid berkumpul di dewan al-Qamar 8.00 pagi Perarakan guru Acara sambutan hari guru dimulakan Nyanyian lagu negaraku Bacaan doa Ucapan Guru Besar SKJB Bacaan perutusan Bacaan ikrar guru Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia 9.00 pagi Gimik pelancaran Hari Guru 2024 9.15 pagi 9.30 pagi Sesi fotografii Sesi penyampaian hadiah Penyampaian hadiah anugerah guru Penyampaian hadiah daripada KISS Penyampaian hadiah pakaian tema terbaik lelaki dan perempuan Pertukaran hadiah Pemberian hadiah daripada murid kepada guru Rehat Permainan mini Bersurai 10.00 pagi 11.30 pagi 12.00 pagi Seluruh jawatankuasa hari guru SK Jongok Batu dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. 8.10 pagi Jamuan makan
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. Usman Awang 1979