The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sriarraudhahresources, 2021-09-26 12:43:05

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Keywords: MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN,MANUAL GURU SETIA,SETIA AR RAUDHAH,PERATURAN GURU

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Page 1

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

KELAKUAN DAN TATATERTIB 2020

1. KEHADIRAN

1.1 Guru dikehendaki tiba ke sekolah selewat-lewatnya lima minit sebelum waktu rasmi bermula
iaitu jam 7.25 pagi. Manakala guru yang bertugas perlu hadir sebelum jam 7.00 pagi.

1.2 Semua guru dikehendaki merakam waktu kehadiran (Punch Card) bertugas sebaik sahaja tiba
dan sebelum meninggalkan sekolah. Tidak Dibenarkan untuk merakam waktu bagi pihak orang
lain. Jika guru berkursus sila catat dalam kad tersebut.

1.3 Guru yang lewat tiba ke sekolah dikehendaki bertemu Pihak pengurusan atau Guru Besar.
Sekiranya lewat melebihi 3 kali, surat amaran akan dikeluarkan.

1.4 Guru yang tidak hadir hendaklah memaklumkan dengan segera selewat-lewatnya dua hari
kepada Pengurusan Sekolah atau Guru Besar. Sila serahkan surat sakit klinik / hospital Kerajaan /
Tunjuk Sebab jika diberi cuti.

2. PAKAIAN GURU

2.1 Guru hendaklah sentiasa mematuhi pekeliling dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak
pengurusan sekolah berhubung dengan pakaian semasa bertugas / mengajar.

2.2 Semua guru lelaki dikehendaki sentiasa berpakaian kemas, berkemeja, bertali leher, berkasut
dan berkopiah. Bagi semua guru perempuan hendaklah memakai pakaian menutup aurat seperti
baju kurung, bertudung labuh, berstoking serta hand sock.

2.3 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan
mengikut syariat semasa melakukan pengajaran didalam dan diluar kelas.

2.4 Semua guru dikehendaki memakai baju badan beruniform / baju sukan sekolah / baju KRMJ
pada setiap hari Rabu dan Jubah serta serban bagi lelaki pada setiap hari khamis.

2.5 Tanda nama perlu dipakai pada setiap hari persekolahan di dalam atau di luar sekolah.

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Page 2

3. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

3.1 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah
dianggap ’non –teaching period’ dan bukannya ’free period’. Masa tersebut sepatutnya
digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau
berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.

3.2 Seseorang guru yang meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan, sama ada
untuk tempoh tertentu atau tidak akan kembali lagi ke sekolah pada hari itu, dikehendaki
memohon kebenaran daripada Guru Besar.

3.3 Sekiranya guru tersebut mempunyai kelas, pastikan kelas tersebut telah pun mempunyai guru
ganti dan menyediakan tugasan kepada murid kelas yang ditinggalkan.

3.4 Guru hendaklah menggunakan perakam waktu untuk keluar dan masuk. Sila rakamkan
waktu keluar dan pulang semula ke sekolah.

3.5 Semua guru dan kakitangan adalah tidak dibenarkan untuk keluar makan di luar kawasan
sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar.

4. BUKU REKOD PENGAJARAN

4.1 Semua guru dikehendaki menyempurnakan Buku Rekod Pengajaran Harian dan sentiasa
membawa buku tersebut semasa pengajaran di kelas.

4.2 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada Guru Besar setiap hari Khamis atau hari
sebelumnya jika cuti jatuh pada hari khamis.

4.3 Rancangan harian serta butir-butir pengajaran untuk hari pertama minggu berikutnya hendaklah
disempurnakan sebelum penyerahan. Sekiranya guru tidak menghantar RPH sebanyak 2 kali ,
surat amaran akan dikeluarkan.

4.4 Perkara-perkara berikut hendaklah dilengkapkan di dalam Buku Rekod Pengajaran Harian :

4.4.1 Jadual waktu persendirian dan kelas.
4.4.2 Huraian Sukatan Pelajaran.
4.4.3 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).
4.4.4 Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
4.4.5 Nama Pelajar dan No Tel Kecemasan

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Page 3

5. INTERAKSI DENGAN PELAJAR

5.1 Panggilan murid kepada guru adalah Ustaz dan Ustazah.

5.2 Semua guru hendaklah menunjukkan teladan dan akhlak yang baik untuk dicontohi oleh murid.

5.3 Semua guru adalah pembimbing. Sebarang masalah murid hendaklah diberi perhatian yang
bersungguh-sungguh dan membantu sedaya yang mungkin.

5.4 Semua guru hendaklah sentiasa menggunakan setiap kesempatan untuk menyedarkan anak
didik tentang tanggungjawab mereka. Menggalakkan mereka menggunakan masa dengan betul,
mendorong mereka berfikir dan mengeluarkan pendapat-pendapat dan membimbing mereka
dalam pelbagai perkara yang berguna.

5.5 Batas pergaulan antara guru dengan murid hendaklah dijaga dengan baik mengikut syariat.

5.6 Semua guru hanya dibenarkan bersentuhan atau bersalaman dengan murid yang sejantina
dengan guru.

5.7 Guru-guru adalah dilarang sama sekali menggunakan bahasa-bahasa kesat, lucah, menghina
atau memalukan tidak kira semasa berada di dalam kelas mahupun di luar waktu PdP.

6. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS (BERSEMUKA)

6.1 Guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu pengajaran yang ditetapkan dan mengajar di kelas
tanpa melengahkan masa. Kelewatan boleh dibenarkan tidak lebih dari lima minit untuk masa
perjalanan jika waktu sebelumnya guru berkenaan mengajar di kelas lain.

6.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal sebelum waktu pengajaran tamat. Guru
juga tidak dibenarkan melepaskan murid lewat kerana dikhuatiri tertinggal van sekolah.

6.3 Guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas untuk suatu tempoh tertentu dalam waktu
pengajaran walaupun murid telah diberikan kerja tertentu.

6.4 Guru dikehendaki menggunakan sepenuhnya waktu pengajaran untuk menyampaikan
pengajaran dan mengendalikan gerakerja pelajaran serta melibatkan diri bersama murid hingga
ke akhir waktu pengajaran.

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Page 4

7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (ONLINE)

7.1 Guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu pengajaran yang ditetapkan melalui atas talian
menggunakan aplikasi yang ditetapkan.

7.2 Guru perlu memastikan berada 10 minit lebih awal sebelum kelas bermula dan berhenti 10
minit terakhir sebelum kelas berakhir.

7.3 Pastikan kehadiran diambil sebelum kelas berakhir.

7.4 Guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas untuk suatu tempoh tertentu dalam waktu
pengajaran walaupun murid telah diberikan kerja tertentu.

7.5 Guru dikehendaki menggunakan sepenuhnya waktu pengajaran untuk menyampaikan
pengajaran dengan lebih kreatif mengikut kesesuian murid.

8. PERHIMPUNAN RASMI

8.1 Perhimpunan Rasmi akan diadakan setiap hari Ahad.
8.2 Perhimpunan rasmi adalah majlis rasmi sekolah yang wajib dihadiri oleh semua guru dan murid.

Oleh itu amat wajarlah setiap orang menghormati majlis tersebut. Hadir tepat pada masanya.
8.3 Guru bertugas mestilah sentiasa bersedia dan akan menguruskan perjalanan majlis semasa

perhimpunan dan merekodkannya di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan. Buku Laporan
Bertugas Mingguan hendaklah dihantar setiap hari khamis kepada Guru Besar untuk
ditandatangani.

9. KEGIATAN KOKURIKULUM

9.1 Semua guru adalah guru penasihat kegiatan kokurikulum.

9.2 Tugas ini hendaklah dijalankan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.

9.3 Kehadiran murid perlu diambil.

9.4 Pastikan guru telah merencana aktiviti dan menyediakan fail laporan khas setiap aktiviti yang
dijalankan.

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Page 5

10. PENGLIBATAN AKTIVITI LUAR SEKOLAH

10.1 Semua guru wajib turut serta sebarang aktiviti yang dijalankan diluar mengikut
ketetapan pihak sekolah.

10.2 Sekiranya guru tidak melibatkan diri tanpa sebab yang munasabah, pihak pengurusan boleh
mengenakan tindakkan tatatertib sewajarnya atau pemotongan gaji daripada pihak
pengurusan.

10.3 Ketidakhadiran guru perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan
sekolah.

11. PUNGUTAN WANG DAN PEMBELIAN BARANG-BARANG

11.1 Sebelum kutipan wang daripada murid untuk maksud selain daripada yang telah diluluskan
seperti derma, pembelian buku, risalah dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran daripada Guru Besar.

11.2 Semua guru hendaklah berurusan dengan GPK Pentadbiran untuk membeli sesuatu barang
keperluan mata pelajaran dan GPK Pentadbiran akan berbincang terlebih dahulu dengan Guru
Besar sebelum sesuatu pembelian dilakukan.

11.3 Resit Pembelian hendaklah disimpan dan difailkan.

11.4 Pembelian barang tanpa pengetahuan dan tanpa resit tidak boleh dituntut dengan pihak
sekolah.

12. CUTI DISEDIAKAN

12.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember
1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi
guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

12.2 Cuti Rehat Khas (CRK)

Konsep Cuti : Cuti adalah kelayakan tetapi bukan hak.

Cuti sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada semua guru. Cuti ini
hanya layak kepada semua guru tetap sahaja. Kelulusan diberikan oleh Guru dengan syarat tidak
menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Page 6

12.3 Cuti Sakit

Bagi guru yang menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan, sila dapatkan sijil sakit
daripada doktor kerajaan. Hanya sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital atau klinik kerajaan
sahaja diterima.

12.4 Cuti Khas – Isteri bersalin

Diberikan selama 90 hari sebagai cuti tanpa rekod kepada guru perempuan dan selama 3 hari
sebagai cuti tanpa rekod kepada guru lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan
pelepasan am. Cuti ini hanya diberikan kepada guru yang tetap sahaja.

12.5 Cuti Peristiwa – Ditentukan pihak sekolah

Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela, menghadiri latihan atau perkhemahan tahunan pertubuhan / persatuan,
latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat wakil sekolah, mengambil
bahagian sukan.

12.6 Cuti Tanpa Gaji

Guru boleh memohon cuti ini sekiranya Cuti Rehat telah habis digunakan. Cuti ini tertakluk
kepada keizinan pihak pengurusan bergantung pada sebab yang tidak dapat dielakkan. Cuti ini
hanya diberikan kepada guru yang tetap sahaja.

12.7 Cuti Kahwin – 3 hari

Cuti kahwin hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam tempoh setahun. Guru yang berkahwin
hendaklah memaklumkan awal untuk memohon cuti tersebut. Cuti ini hanya diberikan kepada
guru yang tetap sahaja.

12.8 Cuti Umrah / Haji

Guru boleh menggunakan cuti ini hanya setahun sekali sahaja dan perlu menyediakan salinan
surat rasmi khas daripada agensi pelancongan atau Agensi Tabung Haji. Cuti ini hanya diberikan
kepada guru yang tetap sahaja.

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Page 7

13. JENIS-JENIS HUKUMAN
13.1 Amaran Pertama

Amaran Pertama akan diberikan dalam bentuk lisan.

13.2 Amaran Kedua

Surat Amaran Kedua akan diberikan dan guru perlu mengemukakan surat tunjuk sebab serta
diserahkan kembali dalam tempoh 7 hari.

13.3 Amaran Ketiga
Surat Amaran Kedua akan diberikan dan guru perlu mengemukakan surat tunjuk sebab serta
diserahkan kembali dalam tempoh 14 hari. Guru perlu menghadiri sesi kaunseling yang
disediakan oleh pihak pengurusan.

13.4 Pemotongan Gaji
Pihak pengurusan boleh mengenakan tindakan dengan memotong gaji sekiranya didapati
melanggar mana-mana arahan.

13.5 Penurunan Jawatan
Jika didapati bersalah, jawatan akan diturunkan atau digugurkan mengikut budi bicara pihak
pengurusan.

13.6 Pemberhentian Serta Merta

Sekiranya didapati bersalah dan mengulangi kesalahan tersebut, guru boleh dikenakan tindakan
pemberhentian serta merta.

MANUAL PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Page 8


Click to View FlipBook Version