The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razinawaty, 2023-06-13 20:41:08

2a5-1

2a5-1

PERBEZAAN CIRICIRI ADAT RESAM DI MALAYSIA AHMAD FAEZ FAHMI BIN ALIAS (04DEE22F1028) MUHAMMAD AMIRUL AZIZI BIN ABDUL RAZAK (04DEE22F1049)


PENGENALAN • Adat resam (juga dikenali sebagai tradisi) adalah undang-undang atau hak yang tidak bertulis dalam sesebuah masyarakat dan diamalkan secara turun-temurun sejak sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang. Ia adalah sesuatu yang ramai orang lakukan, dan telah dilakukan untuk jangka masa yang lama. Biasanya, datang dari sesebuah negara, budaya, zaman atau agama sama. Jika ada sesuatu yang biasanya dilakukan dengan cara yang sama, ia mungkin boleh dikatakan sebagai "adat kebiasaan" dalam melakukan sesuatu. • Terdapat yang keliru secara khusus antara budaya dan asam keping. Asam keping adalah rempah yang diritualkan amalan kebiasaan manakala budaya adalah lebih lanjut idea atau sekumpulan adat secara keseluruhan dalam sesuatu kaum atau bangsa, adat ialah peraturan yang sudah lama diamalkan yang merangkumi selutuh aspek kehidupan seperti kelahiran , perkahwinan dan kematian. •


ADAT MASYARAKAT MELAYU • adat kelahiran • Mengandung • Melenggang Perut • Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. •


• Sewaktu Bersalin • Potong Tali Pusat • Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. • Azan/Qamat • Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.


• Membelah/Mulut • Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. • Berpantang • Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. • Tempoh Berpantang • Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. • Bertungku • Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal.


adat perkahwinan • ADAT MERISIK • Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik. • MEMINANG & BERTUNANG • Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu.


• ADAT BERINAI • Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manisdan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.


adat kematian • Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuaan.


ADAT RESAM KAUM CINA • adat kelahiran • Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir • Sewaktu Mengandung • Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. • Pantang Larang Semasa Mengandung • Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan


• adat perkahwinan • Perkahwinan adalah satu perkara yang dipandang berat oleh masyarakat Cina secara turun-menurun. Walaupun berada dalam zaman yang moden kini, banyak adat tradisional dalam perkahwinan tidak diamalkan oleh masyarakat cina lagi, tetapi juga mempunyai adat-adat yang kekal diamalkan dalam perkahwinan Cina. • Merisik • Proses pertama adalah keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan akan merisik latar belakang pasangan yang disukai oleh anaknya. Hal ini kerana keluarga kaum Cina terlalu ambil berat tentang nama, keturunan, latar belakang, peribadi atau tingkah laku pasangan anaknya.


• Meminang • Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing, adat meminanag akan dijalankan. Seorang wakil akan dipilih iaitu Moi-Ngin untuk berkunjung ke rumah pihak perempuan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Adat Bertunang • Hari pertunangan akan dipilih berdasarkan kalendar Cina dan hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran (Ba-Zhi) pasangan tersebut. Lazimnya, perkhidmatan tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh berpandukan kepada Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan.


• Majlis Perkahwinan • Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Hal ini kerana kepercayaan dalam masyarakat Cina adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.


adat kematian • Semasa Kematian • Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.


• Sebelum Upacara Pengebumian • Upacara sembahyang mayat bergantung kepada kepercayaan agama si mati. Bagi sesetengah masyarakat Cina, anak cucu si mati akan berbisik di tepi keranda untuk menasihati si mati agar melafazkan nama seorang Dewa atau Buddha secara berterusan dalam masa lapan jam selepas kematian. • Semasa Pengebumian • Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati.


• Upacara pengebumian • Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. • Selepas Kematian • Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.


ADAT RESAM KAUM INDIA • adat kelahiran • Sewaktu Mengandung • Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. • Selepas Kelahiran Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi. • Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil.


• Mandi Selepas Bersalin Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. • Mendodoi Bayi Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. • Memberi Nama Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.


• adat perkahwinan • Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. • Merisik • Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. • Kunjungan Ke Rumah Pengantin • Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.


• Ikat Janji Atau Niccayam • Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. • Parisam • Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam • Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakal Udan Parisa adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.


• Kad Jemputan • Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. • Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam) • Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya.


• Mukuurtta Kaal • Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. • Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan • Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. • Selepas Majlis Perkahwinan • Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.


adat kematian • Semasa Kematian • Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. • Upacara Menanggalkan Thaali • Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.


• Upacara Vaaikkarisi • Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. • Kollic Catti • Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. • Selepas Kematian • Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung.


RUMUSAN • Amalan-amalan tradisi masyarakat 3 kaum di malaysia iaitu melayu,cina dan india ini kebanyakan masih diamalkan sehingga kini, namun begitu adat resam mereka juga turut mengalami perubahan ,engikut kesesuaian peredaran masa. • Keunikkan masyarakat majmuk di negara ini perlu diperlihara untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh teladan kepada negara luar.


Click to View FlipBook Version