JURNAL REFLEKSI MORAL TUGASAN INDIVIDU LHE3312 NURUL HANAN MOHD SHAH 209800
JURNAL REFLEKSI MORAL Biodata Diri 3 - 4 Teori Pembelajaran Tingkah Laku 12 - 16 Slogan Falsafah Moral 5 - 6 Teori Psikoanalisis 17 - 20 Konsep Insan Matang 7 - 11 Teori Isbat Moral 21 - 25 LHE3312 Isi Kandungan Teori Moral Kognitif Kohlberg. Kesimpulan 26 - 32 33 - 34
BIODATA DIRI B A B 1
Kemudian, disebabkan minat saya untuk meneroka dengan lebih mendalam perlakuan dan cara minda manusia berfungsi, saya memilih Program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling sebagai pilihan pertama. Tahun ini ialah tahun kedua saya sebagai pelajar Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Fakulti Pengajian Pendidikan. Saya banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk meminjam buku-buku yang saya minati dan belajar di luar waktu kelas. Nama diberi Nurul Hanan Mohd Shah. Saya merupakan anak ke-6 dari 6 adik-beradik. Saya dilahirkan di Selangor dan menetap di Seremban sehingga sekarang. Saya mempunyai 3 sekolah menengah dan mendapat keputusan yang sangat baik bagi setiap peperiksaan di setiap sekolah. Selepas membuat kajian tentang universiti awam yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan saya melalui kaunselor dan mencari maklumat di internet, saya membuat keputusan untuk sambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia dengan mengambil pilihan Asasi Sains Pertanian. Banyak perkara saya pelajari walaupun kebanyakan masa, saya belajar secara dalam talian. Hai! Nama saya Hanan. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 4
SLOGAN FALSAFAH MORAL B A B 2
Pegangan moral Slogan falsafah moral yang saya pegang ialah “selagi mana mampu untuk melakukan kebaikan, lakukannya dengan terbaik.” Dalam banyak perkara dalam hidup saya, saya cuba melakukannya dengan terbaik iaitu dengan sepenuh kemampuan saya. Termasuk juga prinsip dan falsafah moral yang saya percayai iaitu kelebihan yang diberikan kepada saya mempunyai sebabnya. Iaitu saya perlu menyumbangkan tenaga dan masa kepada orang yang memerlukan pertolongan tersebut. Sebagai contoh, saya banyak melihat kawankawan saya mempunyai serba kekurangan dari segi kewangan jadi saya akan cuba sehabis baik untuk belanja mereka makan apabila kami keluar makan tengahari bersama. Atau jika mereka jatuh sakit, saya akan belikan ubat atau makanan sekiranya mereka tidak larat untuk keluar. Sejak kecil saya merasakan, kehidupan saya perlu didedikasikan kepada orang yang lebih memerlukan. Tetapi tidak bermaksud saya mengabaikan diri saya sendiri, saya melakukan sesuatu tindakan moral dengan kebolehan dan kesanggupan yang saya miliki. Maka, itu ialah slogan falsafah moral yang saya pegang sehingga kini. Slogan ini akan berubah kerana kehidupan akan sentiasa datang dengan cabaran dan pengalaman baru tetapi ini ialah pegangan saya pada waktu sekarang. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 6
KONSEP INSAN MATANG B A B 3
Konsep Insan Matang Konsep insan yg matang dari segi moral itu adalah apabila seseorang telah boleh membezakan betul dan salah apabila berhadapan dengan pelbagai situasi moral. Pada masa yang sama juga perbuatan, pemikiran dan perasaan orang tersebut selari antara satu sama lain. Seseorang itu juga sentiasa berusaha untuk memperibaiki diri apabila situasi atau pengalaman yang dihadapi itu terdapat dilema pada dirinya dan orang sekeliling seperti keluarga, kawan atau masyarakat setempat. Sebagai contoh, Alia tidak menolong menyusun kerusi setelah selesai kelas pada hari pertama persekolahan tetapi pada keesokan hari dan hari-hari yang seterusnya Alia belajar menyusun kerusi dengan rapi dan kemas apabila dia dinasihati oleh gurunya dan juga melihat gurunya sendiri menyusun kerusi apabila kelas selesai digunakan. Alia belajar dan memperbaiki dirinya ke arah lebih baik. Hal ini kerana, perbuatan tersebut merupakan tindakan yang bermoral dan sepatutnya dilakukan oleh semua orang. Di sini menunjukkan bahawa Alia seorang pelajar yang masih dalam proses menjadi insan matang dari segi moral tetapi usahanya itu sama penting dengan hasil akhirnya kerana dia berfikir apabila dia dinasihati dan melihat gurunya, dia juga merasakan menyusun kerusi ialah suatu perkara yang betul dan akhirnya Alia melakukan tindakan tersebut. Ketiga-tiga moral dimensi iaitu kognitif, afektif dan perlakuan selari antara satu sama lain. 8 JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 Mari kita samasama menyusun meja ini, Alia Baik cikgu!
Konsep Insan Matang Amat penting bagi seseorang itu sentiasa memperbaiki dirinya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi moral walaupun tindakan yang dilakukan pada waktu itu dianggap “betul” di pandangan matanya dan masyarakat setempat. Insan matang ialah manusia yang akan teruskan memperbaiki diri dalam 3 aspek di atas walaupun orang sekeliling sudah melihat dirinya “baik”. Insan matang dari segi moral juga bermaksud seseorang itu menyedari kesilapan dirinya apabila ditegur. Sebagai contoh, Abu rapat dengan jirannya pada waktu kecil tetapi selepas jirannya pindah mereka tidak terlalu rapat. Pada suatu hari ayah kawannya jatuh sakit dan sudah berada di ambang kematian. Ayahnya hanya menunggu masa sahaja. Abu menziarahi rumah keluarga jirannya untuk mengucapkan ucapan takziah dan kerap mesej kawannya tentang keadaan ayahnya. Memberi juga cadangan supaya dia akan datang menolong sekiranya ingin ke mana-mana apabila selesai ziarah. Abu merasakan tindakan ini bermoral dan seharus dilakukan olehnya. Tetapi rakannya menegur Abu bahawa tindakannya sudah melepasi batasan, kerana mereka sudah tidak lagi terlampau rapat dan kawannya kurang selesa dengan perlakuan Abu. Maka, Abu mengambil teguran itu sebagai pengajaran bagi dirinya iaitu memberi bantuan juga mempunyai peraturannya dan perlu memikirkan keadaan orang yang dibantu. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 9
Kes Positif Bagi Memberi Gambaran Tahap Konsep Insan Matang Dari Segi Moral Berdasarkan pengalaman saya sendiri, sepanjang saya bersekolah rendah saya mempunyai isu dalam menguruskan emosi terutamanya mengawal emosi marah terhadap kakak saya. Hal ini kerana, terdapat banyak perkara berlaku dalam keluarga pada waktu tersebut sehingga saya berasa sedemikian. Sepanjang fasa itu ibu ayah saya terutamanya ayah telah banyak membantu saya dalam mengawal perasaan tersebut. Pada suatu hari, saya telah memarahi kakak dengan nada suara, perkataan digunakan dan perbuatan yang kurang baik maka saya telah dibawa keluar berjalan bersama ayah menaiki kereta. Ayah saya berkata, “apa kata kita keluar jalan naik kereta”. Dan ayah memberitahu perkara yang selalu diberitahunya iaitu “kita perlu tenangkan diri apabila kita rasa nak bertindak dengan kemarahan tersebut, iaitu dengan cara tenangkan diri dan jauhkan diri dari orang atau situasi yang menyebabkan kita marah.” Saya membesar dengan idea tersebut dan sentiasa cuba memperbaiki diri apabila kemarahan telah melanda diri pada waktu tertentu kerana hakikatnya perbuatan mencederakan diri orang lain atau penggunaan kata-kata yang kesat itu salah. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 10
LHE3312 Kes Positif Bagi Memberi Gambaran Tahap Konsep Insan Matang Dari Segi Moral Sehingga kini saya menganggap diri saya sebagai seorang yang penyabar dan tidak cepat kalah dengan kemarahan melampau. Saya akan lebih merasionalkan semula perasaan melampau tersebut sekiranya saya dapat merasakan ia akan mengawal diri. Itu ialah pendapat saya mengenai konsep insan yang matang secara moral kerana untuk menjadi seorang insan matang itu ia memerlukan satu perjalanan dan perkembangan dari semasa ke semasa. Tetapi ia juga tidak mengapa jika saya bertindak ke arah kemarahan tersebut dengan syarat saya tahu cara untuk membaiki sikap tersebut dan mengakui ianya kurang baik untuk marah dengan sangat teruk. JURNAL REFLEKSI MORAL 11
B A B 4 TEORI P E M B E L A J A R A N T I N G K A H L A K U
Perkaitan Teori Dan Perkembangan Moral Teori tingkah laku berfokus untuk meningkatkan atau mengurangkan sesuatu perbuatan. Iaitu dengan cara ganjaran iaitu dengan memberi hadiah fizikal, pujian atau perkara yang mendatangkan perasaan positif, hukuman iaitu hukuman fizikal atau perbuatan yang mendatangkan kerisauan dan contoh teladan iaitu dari kawan-kawan, keluarga atau ibu bapa. Teori ini dapat memberikan kesan perubahan kepada perlakuan seseorang dengan pantas kerana ianya tidak mementingkan pemikiran dan perasaan moral. Terdapat beberapa aspek kehidupan yang sesuai untuk teori tingkah laku ini digunakan tetapi perlu diaplikasikannya dengan bijak. Hal ini disebabkan, prinsip moral seseorang perlu ditanam melalui dalaman iaitu cara dia berfikir dan bukan sekadar tingkah laku luaran sahaja. Jika hanya tingkah laku ditekankan, perbuatan moral seseorang akan bersifat instrumental dan bukan intrinsik dan autonomi. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 13
Perkaitan Teori Dan Perkembangan Moral Di samping itu, pengalaman saya dengan contoh teladan ialah kakak saya setiap kali ke pasar raya atau ke kedai untuk membeli barang akan membawa begnya sendiri maka dia tidak akan menggunakan beg plastik apabila membeli. Perbuatan ini telah saya lihat banyak kali apabila saya keluar bersamanya maka saya juga setiap kali keluar, saya akan cuba pastikan untuk membawa beg sendiri atau bekas sendiri untuk membungkus makanan. Kerana amat penting untuk menjaga alam sekitar dalam keadaan iklim dan cuaca yang tidak stabil ini. Walaupun bagi sesetengah masyarakat perbuatan tersebut kelihatan mudah dan remeh tetapi ia memberi impak yang besar kepada bumi. Perbuatan kakak saya itu telah memberi contoh yang baik kepada perkembangan moral saya kerana ianya menjadi suatu kebiasaan untuk saya dalam aspek melakukan perkara yang memelihara persekitaran. Saya juga semakin berhatihati apabila membuang sampah yang perlu dikitarsemula dan tidak dikitarsemula. Kerana saya membesar melihat kedua ibu bapa saya mempraktikkan gaya hidup hijau di rumah dengan mereka menyediakan bakul untuk barang yang boleh dikitarsemula. Contoh teladan seperti ini membina moral yang saya miliki sekarang kerana ianya mencipta suatu idea “kita perlu bersama menjaga bumi dengan cara yang terbaik”. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 14
Refleksi Diri Teori tingkah laku ini bagi saya merupakan kaedah yang amat membantu dalam meningkatkan perlakuan positif sekiranya menggunakan ketiga-tiga aspek iaitu hukuman, hadiah dan contoh teladan dengan efektif. Guru di sekolah dan ibu bapa di rumah harus bijak dalam menggunakan ketiga kaedah ini kerana ianya akan membantu anak-anak dalam proses perkembangan moral mereka secara keseluruhan. Keluarga dan ibu bapa amat memainkan peranan penting dalam perkembangan moral anak-anak kerana mereka ialah golongan pertama dalam kehidupan anak tersebut. Segala perbuatan yang dilakukan di rumah oleh ibu bapa akan dilihat oleh anak dan ianya akan dijadikan contoh apabila mereka berinteraksi dengan kawan, guru dan masyarakat setempat. Kerana contoh yang dilihat merupakan sumber utama didikan moral dan adab mereka. Bagi memastikan teori ini digunakan dengan cara yang berkesan, ibu bapa perlu mempunyai ilmu pengetahuan dalam mendidik anak. Hal ini kerana segala perbuatan dan cara percakapan yang ditunjukkan kepada anak-anak akan secara tidak langsung dipelajari dan ditanam dalam diri mereka. Contohnya, ibu bapa yang bercakap sopan santun dengan anak mereka akan membentuk anak yang apabila berinteraksi dengan orang ramai akan menjadi seorang yang sopan dan menghormati orang lain. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 15
Refleksi Diri Saya sendiri sebagai bakal kaunselor dan guru hendaklah mempersiapkan diri dengan pengetahuan melibatkan teori tingkah laku ini supaya pelajar di sekolah mampu mempelajarinya dan baiki diri dengan konsep moral mereka sendiri. Teori ini juga penting dalam pengajaran dan cara mereka memproses maklumat dengan baik. Contonya, apabila saya bertanyakan soalan semasa kelas, terdapat pelajar yang menjawab soalan dengan betul dan salah. Saya perlu menghargai kedua-dua golongan pelajar tersebut dengan memberi ganjaran atau kata-kata semangat positif seperti “kamu berani menjawab” kepada mereka kerana berusaha menjawab soalan. Dengan itu, mereka secara tidak langsung akan terbina sifat-sifat moral seperti berani dan suka akan pelajaran semasa mereka di sekolah. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 16
B A B 5 TEORI P S I K O A N A L I S I S
Perkaitan Teori Dan Perkembangan Moral Bagi saya teori psikoanalisis ini amat menarik kerana Freud mengatakan pada usia 0-5 tahun seseorang itu sudah terbina personaliti, sikap termasuk sifat kemoralannya. Sejajar dengan konsep yang diperkenalkan iaitu id, ego dan supergo dalam personaliti seorang manusia. Freud merasakan bahawa manusia melakukan sesuatu tindakan itu kerana dia berada dalam keadaan tidak sedar dan tindakan tersebut hanya untuk memenuhi kehendak dirinya. Contohnya beli makanan mengikut kata “naluri” di pasar malam dengan banyak kerana pada waktu tersebut teringin untuk makan. Superego ialah bahagian personaliti yang mempunyai sifat kemoralan dan meredakan id apabila id ingin bertindak. Seperti tidak boleh beli makanan terlalu banyak di pasar kerana ianya akan membawa kepada keborosan. Manakala ego pula ialah jalan tengah kepada kedua-dua konsep tersebut, iaitu ianya akan manifestasikan tindakan tersebut dengan jalan tengah. Contohnya, masih beli makanan di pasar malam tetapi dengan kadar yang secukupnya. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 18
Perkaitan Teori Dan Perkembangan Moral Pengalaman saya dengan teori Psikonanalisis ini ialah ketika saya sangat malas untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah pada beberapa hari sebelum raya puasa. Saya tidak banyak menggunakan masa pada hari tersebut untuk melaksanakan tugasan-tugasan tersebut, sekadar melakukannya sedikit kemudian sambung dengan masa bersama gajet, tidur atau tidak fokus sepenuhnya. Perkara ini amat membimbangkan kerana saya telah meletakkan satu matlamat iaitu saya perlu selesaikan semua tugasan sebelum balik ke rumah untuk bercuti supaya masa terluang bersama keluarga lebih berkualiti. Maka, id saya di sini ialah kemalasan untuk melakukan kerja dan banyak terleka dengan perkara lain sewaktu itu kerana perkara itu yang memberi kepuasan pada diri. Dan supergo saya mengatakan untuk selesaikan juga tugasan kerana jika tidak siap, matlamat tidak tercapai dan masa keluarga kurang kualiti. Dengan itu, ego atau perkara yang saya lakukan waktu itu, saya melawan sifat malas dan meneruskan juga kerja yang diberikan. Walaupun tugasan yang diberikan tidak selesai sepenuhnya, tetapi saya belajar untuk laksanakan tanggungjawab diri sebagai seorang pelajar. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 19
Refleksi Diri Teori Psikoanalisis bagi saya unik kerana ia menyentuh pemikiran “tidak sedar” seseorang dalam membuat keputusan atau tindakan seharian. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu tahu bahawa anak-anak muda akan lebih cenderung untuk mengikuti id mereka kerana perkara itu akan memberi suatu kepuasan dan keseronokan. Saya perlu mendorong mereka supaya mereka mampu membuat keputusan yang baik dalam pelbagai situasi yang mendatang. Contohnya, terdapat sekumpulan pelajar amat suka dengan kumpulan nyanyian pop ini. Mereka sanggup mengabaikan kerja rumah yang diberi guru hanya kerana mereka tidak tidur malam menonton video muzik kumpulan tersebut sehingga larut malam. Perkara ini harus diketengahkan oleh saya dengan membimbing semula para pelajar ini mengenal pasti adakah aktiviti yang dilakukan itu memberi kepuasan tahap maksima atau tidak. Dan membuat mereka berfikir, adakah berbaloi mereka tidak melakukan kerja rumah yang diberi. Soalansoalan seperti ini harus ditanya oleh guru kelas supaya para pelajar dapat dibimbing dengan baik. Kemudian, bagi diri saya sendiri, saya perlu meningkatkan ketahanan diri dalam aspek belajar dan meneroka perkara bermanfaat. Supaya saya kurang mengalah dengan id dan supergo memenangi keputusan tindakan tersebut. Dengan saya rajin belajar dan menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar kaunseling di universiti. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 20
B A B 6 TEORI I S B A T M O R A L
Perkaitan Teori Dan Perkembangan Moral Teori Isbat Moral ialah teori perkembangan moral yang menekankan motif atau sebab seseorang melakukan tingkah laku mereka. Ianya adalah satu sistem kawalan yang mengawal perlakuan moral sama ada bagi kumpulan atau peringkat umur yang berbeza. Terdapat 8 kategori dalam teori isbat moral iaitu kepentingan diri, autoritarian, timbal balik, suara batin, sosial, konsep diri, personal dan agama. Kesemua kategori ini berbeza antara satu sama lain. Kategori yang paling dekat dengan diri saya semasa membesar ialah suara batin. Di mana jika saya melakukan suatu kesilapan, saya akan merasakan “perkara ini salah untuk dilakukan kerana ia saya rasa ia salah di hati”. Contohnya, saya perlu untuk tolong ibu masak di dapur kerana jika saya tidak menolongnya, ianya akan timbul rasa perbuatan tersebut salah untuk dilakukan. Maka saya akan terus menolong kerana itu ialah perkara yang betul. . JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 22
Perkaitan Teori Dan Perkembangan Moral Kategori seterusnya ialah agama dan konsep diri. Saya berpendapat bahawa kategori ini berkait rapat dengan konsep diri dan ia berlaku seiringan semasa saya membesar. Contohnya, saya menolong ayah membersihkan halaman rumah dengan mengangkat pasu, menanam pokok dan menyapu daun kering. Dengan motif konsep diri “saya ialah jenis orang yang suka menolong orang dan ianya merupakan tanggungjawab saya” dan motif agama “amalan ini akan menambah pahala untuk diri saya di akhirat kelak kerana telah membantu ayah”. Kedua-dua kategori ini berlaku serentak dan ianya masih berlaku dalam banyak perkara yang saya lakukan seharian. Di samping itu, amat penting untuk saya mengenal pasti motif sebenar saya melakukan sesuatu tindakan supaya ianya motif yang benar ikhlas dan bukan berpura-pura. Ianya akan menjadikan saya sukar untuk menjadi orang bermoral jika motif sesuatu perlakuan adalah tidak ikhlas dan hanya bergantung kepada manusia lain. Seperti kategori timbal balik atau kepentingan diri. JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 23
Refleksi Diri Bagi pendapat saya, kategori isbat moral yang tertinggi ialah konsep diri. Hal ini kerana, dengan konsep diri, seseorang itu sudah mengenali diri mereka dengan mendalam sehingga boleh membuat keputusan moral yang terbaik dalam pelbagai situasi. Golongan ini juga mempunyai prinsip moral yang dipegang dan mereka percaya kepada prinsip tersebut. Sebagai contoh, prinsip moral seseorang itu dia akan menolong mereka yang memerlukan bantuan dengan sepenuh usahanya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Maka orang tersebut akan memegang prinsip ini dan boleh membuat keputusan moral dengan cekap apabila keluarga, kawan atau masyarakat meminta bantuan daripadanya. . JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 24
Refleksi Diri Kemudian, saya merasakan saya belum lagi mencapai konsep diri kerana terdapat masanya saya akan mengharapkan balasan orang lain iaitu timbal balik. Contohnya, saya akan membelanja rakan-rakan makan tengahari atau pembelian barang sekiranya saya mampu. Tetapi dalam diam pada waktuwaktu tertentu, saya akan mengharapkan mereka membuat perkara yang sama atau berbeza kepada saya. Iaitu sama ada membelanja atau memberi saya bantuan semasa saya memerlukannya. Kerana terdapat masanya saya tidak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa, maka saya berharap terdapat orang yang peka dan menghulurkan bantuan mereka. Seterusnya, sebagai seorang pelajar saya mempunyai masa yang banyak untuk meneroka diri bagi meneguhkan lagi prinsip moral yang dipegang. Penting bagi saya untuk mempunyai prinsip iaitu konsep diri kerana semua tindakan akan berbalik semula kepada prinsip tersebut. . JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 25
B A B 7 TEORI M O R A L K O G N I T I F K O H L B E R G
Pengalaman Bagi Setiap Tahap Dan Peringkat Teori Terdapat 3 tahap bagi Teori Kohlberg dan setiap tahap mempunyai 2 peringkat. Bagi tahap pertama ialah prakonvensional, peringkat satu ialah orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat kedua ialah orientasi ganjaran peribadi. Tahap kedua ialah konvensional, peringkat ketiga ialah orientasi perlakuan baik dan peringkat keempat ialah akur kepada sistem sosial dan etika peraturan. Tahap ketiga ialah pasca-konvensional iaitu peringkat kelima ialah etika kontrak sosial dan hak individu dan peringkat keenam ialah etika prinsip sejagat. . PASCAKOVENSIONAL JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 27 KONVENSIONAL PRAKONVENSIONAL
Tahap Pertama: Pra-Konvensional Bagi tahap pertama pra-konvensional, peringkat pertama orientasi kepatuhan dan hukuman. Sewaktu saya berumur 5 tahun, saya akan takut untuk membuat bising atau mengganggu ibu di dapur kerana takut dimarahi olehnya. Maka saya akan sentiasa berhatihati apabila saya menolongnya di dapur kerana takut membuat kesilapan. Sehingga sekarang juga saya masih lagi berhati-hati tapi bukan kerana perasaan takut tetapi tanggungjawab saya sendiri untuk peka dengan keadaan. Seterusnya, peringkat kedua orientasi ganjaran peribadi ialah semasa saya bersekolah rendah saya akan berbuat baik dengan adik-beradik kerana saya mengharapkan pujian daripada ibu bapa bahawa saya walaupun masih kecil tetapi matang. . JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 28
Tahap Kedua: Konvensional Bagi tahap kedua konvensional, peringkat ketiga ialah orientasi perlakuan baik dimana semasa saya darjah 6, saya akan sentiasa memastikan keadaan bilik tidur dan sekeliling dalam keadaan kemas. Kerana “kemas” itu merupakan satu tindakan yang baik jika dilakukan di rumah. Ibu sudah menetapkan bahawa kekemasan itu satu tindakan yang mulia apabila dilakukan di rumah. Maka, saya sudah terbiasa sehingga sekarang dengan keadaan bersih dan kemas bagi sesuatu tempat seperti asrama atau meja belajar. Di samping itu, peringkat keempat akur kepada sistem sosial dan etika peraturan iaitu ketika saya sekolah menengah, saya akan takut untuk tertinggal kelas atau lambat masuk ke kelas kerana peraturan sekolah ialah menepati masa. Jadi saya akan pastikan susunan masa dan pergerakan saya teratur supaya saya tidak pernah terlambat ke sebarang kelas. Saya masih lagi menepati masa sehingga kini dengan sebab ia telah menjadi rutin dan kebiasaan buat saya. . JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 29
Tahap Ketiga: Pasca-Konvensional Tahap terakhir iaitu pasca-konvensional, peringkat kelima etika kontrak sosial. Di mana semasa saya sekolah menengah juga, saya akan banyak mempertahankan rakan-rakan yang kurang bernasib baik dari segi kewangan jika sekolah akan membuat satu program yang memerlukan dana yang banyak dari pelajar. Saya akan cuba mempertahankan hak dan nilai mereka kerana perkara tersebut yang dipersetujui. Peringkat keenam etika prinsip sejagat. Iaitu kini saya di universiti, saya mempunyai prinsip tersendiri iaitu saya akan cuba membantu orang yang memerlukan pertolongan tapi dengan hanya ianya masih dalam kemampuan dan kebolehan saya. Saya tidak akan memaksa diri walaupun orang tersebut memerlukan saya dan saya akan cuba serahkan perkara tersebut dengan orang yang lebih berkemampuan. . JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 30
Refleksi Diri Setiap tahap dan peringkat moral kohlberg berbeza mengikut kematangan dan umur seseorang. Sebagai contoh pada usia kecil, kebanyakannya akan berada di peringkat pertama atau kedua tetapi setelah meningkat usia akan meningkat juga peringkat moral. Tetapi dapat dilihat bahawa peringkat moral ini menekankan keadaan dan persekitaran sekeliling memberi pengaruh kepada perkembangan moral seseorang kerana peraturan dan etika sosial ditekankan. Maka, sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran, masyarakat dan keluarga yang kukuh prinsip moralnya, maka mudah untuk mereka dibentuk menjadi insan yang bermoral. Tetapi jika mereka dibesarkan dalam keadaan rumah yang kurang nilai murni dan penuh dengan pengaruh rakan sebaya yang kurang baik, perkembangan moral mereka dari satu peringkat ke satu peringkat itu akan terkesan. . JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 31
Refleksi Diri Di samping itu, saya berasa bersyukur kerana suasana dan tempat saya membesar membolehkan saya membina diri dengan baik dari segi adab dan moral. Hal ini kerana, kehadiran ibu bapa dan adik-beradik telah memberi saya ruang untuk meneroka pelbagai situasi dan secara tidak langsung menanam perasaan, pemikiran dan tindakan moral dalam diri saya. Sebagai seorang bakal kaunselor, penting bagi saya untuk mengenal pasti tahap dan peringkat kemoralan klien supaya saya boleh menerokai dengan lebih mendalam nilai yang dipegang oleh mereka. Dengan itu proses penerokaan dan teknik kaunseling yang saya gunakan akan berjalan lebih lancar kerana saya dapat mengenalpasti mereka berada di tahap teori kohlberg yang ke berapa. Contohnya, jika klien berada di tahap ketiga dan peringkat terakhir iaitu etika prinsip sejagat, kaunselor mampu memberi peluang kepada klien sebab dan apa konsep diri yang dipegang. Supaya dengan ini kaunselor dapat lebih mengenali klien dan isu yang dibawa ke sesi kaunseling. . JURNAL REFLEKSI MORAL LHE3312 32
B A B 8 KESIMPULAN
LHE3312 Kesimpulannya, perkembangan moral pada diri setiap orang adalah berbeza termasuk diri saya sendiri. Semua peringkat masyarakat tua dan muda tidak akan terlepas daripada situasi moral yang dihadapi. Cara mereka mengatasi isu tersebut juga berbeza kerana setiap daripada mereka berpegang kepada prinsip moral yang berbeza. Perkara tersebut sekiranya dipandang dari sudut positif, ia memberi maksud masyarakat kini bervariasi dan kita boleh saling tukar pendapat walaupun mengenai isu atau situasi yang sama. Tetapi jika kita melihat perkara ini dari sudut negatif, ia seperti semua orang akan berpendapat berlainan dan boleh menyebabkan banyak kesalahfahaman dan boleh berlarutan menjadi konflik moral yang parah. Disebabkan itu, terdapat beberapa nilai universal yang tidak boleh disangkal oleh sebarang pihak kerana semua orang akan menggunakannya. Seperti, nilai keadilan, baik hati dan pemurah. Daripada refleksi kes ini juga saya pelajari bahawa, setiap teori moral yang diajar walaupun berbeza ianya ada persamaan iaitu setiap teori berfokus kepada cara seseorang bertindak dalam situasi moral. JURNAL REFLEKSI MORAL 34
TERIMA KASIH! T U G A S A N I N D I V I D U L H E 3 3 1 2