The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-modul pembelajaran perisian pembuatan berbantu komputer (CAM) menggunakan mastercam mesin kisar CNC.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ikmal Mahfuz, 2023-01-18 13:04:31

e-Modul Pembelajaran Subjek Pembuatan Berbantu Komputer (CAM)

e-modul pembelajaran perisian pembuatan berbantu komputer (CAM) menggunakan mastercam mesin kisar CNC.

Keywords: e-Modul CAM

25 13 17 2629 33 39


1


Panduan QR kod Cari halaman yang mengandungi ikon berikut 2 Langkah 2 Penerangan melalui video? Imbas kod QR ini Panduan Elemen AR Muat turun aplikasi pembaca QR secara percuma sama ada dari App Store atau Play Store 1 Langkah 1 Panduan Kod QR Kemudian, imbas imej pada halaman tersebut dengan telefon pintar atau tablet anda untuk mengetahui kandungan kod QR 3 Langkah 3 Muat turun aplikasi Ativive secara percuma sama ada dari App Store atau Play Store 1 Langkah 1 Cari halaman yang mengandungi ikon seperti contoh dibawah 2 Langkah 2 Kemudian, imbas imej pada halaman tersebut dengan telefon pintar atau tablet anda untuk menikmati animasi Argumented Reality (AR) 3 Langkah 3 Imbas untuk video pendek Create Rectangle 2


Info tambahan Jawapan Latihan disediakan pada akhir setiap bab Latihan disediakan pada akhir setiap bab dan jawapan boleh disemak menggunakan QR kod Kemudian, imbas imej pada halaman tersebut dengan telefon pintar atau tablet anda dan semak jawapan yang diberikan selepas menjawab. 2 Langkah 2 Cari bahagian yang mempunyai ikon berikut. 1 Langkah 1 Imbas untuk info tambahan Kemudian, imbas imej pada halaman tersebut dengan telefon pintar atau tablet anda untuk info tambahan 2 Langkah 2 Cari bahagian yang mempunyai ikon berikut pada bahagian latihan Langkah 1 Jawapan akan diberikan dalam bentuk kod QR dan penilaian akan dijalankan. 1 3


4


UNIT 1 PENGENALAN KEPADA CAM Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dalam unit 1, pelajar dapat; i. Menjelaskan sistem CAM dalam MasterCAM. ii. Menjelaskan aplikasi CAM dalam Mastercam seperti program NC, CNC dan robot industri. iii. Menerapkan pemahaman sistem-sistem CAM dalam Mastercam. iv. Menerapkan pemahaman aplikasi CAM dalam Mastercam pada bidang pembuatan. 5


1.1 NOTA RINGKAS Sistem CAM ❖ Digunakan secara meluas dalam bidang reka bentuk. ❖ Mastercam merupakan salah satu software yang dikembangkan oleh sebuah perusahaan bernama CNC software Inc, di Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1983. ❖ Software ini adalah perusahaan pertama yang mengembangkan Computer Aided Design/Computer Aided Manufacturing (CAD/CAM) yang dapat dioperasikan menggunakan Personal Computer (PC) ❖ CAD merupakan software yang dipergunakan untuk mereka sebuah lakaran produk ❖ CAM merupakan software untuk membantu proses pembuatan terhadap sebuah produk. Aplikasi CAM ❖ CAD/CAM menimbulkan impak pada bidang pembuatan dengan standard pengembangan produk. ❖ CAM juga dapat mengurangi usaha rekabentuk dan prototaip juga telah mengurangi biaya secara signifikan serta produktiviti dipertingkatkan Perisian Sistem CAM ➢ Terbahagi kepada dua iaitu Software dan Hardware. ➢ Sistem CAD/CAM memiliki komunikasi antara satu sama lain untuk memungkinkan transmisi data sehingga memungkinkan beberapa manfaat intergerasi komputer ➢ Media penyimpanan sekunder dalam CAD/CAM adalah hard disk, server data atau kombinasi keduanya. Perancangan Berbentuk Komputer (CAPP) ➢ Sistem pembuatan adalah susunan elemen fizikal yang kompleks yang dicirikan oleh parameter yang dapat diukur. ➢ parameter sistem yang boleh diukur mungkin a. Kadar pengeluaran b. Bekerja dalam inventori proses c. Peratusan kecacatan d. Jumlah pengeluaran e. Jumlah kos 6


1.2 SISTEM CAM Pendahuluan Mastercam merupakan salah satu software yang dikembangkan oleh sebuah perusahaan bernama CNC software Inc, di Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1983. Software ini adalah perusahaan pertama yang mengembangkan Computer Aided Design/Computer Aided Manufacturing (CAD/CAM) yang dapat dioperasikan menggunakan Personal Computer (PC). CAD merupakan software yang dipergunakan untuk mereka sebuah produk manakala CAM merupakan software untuk membantu proses pembuatan terhadap sebuah produk. Computer Aided sistem adalah alat mekanik dan pemodelan geometrik produk dan komponen. Perbezaan CAD dan CAM CAD CAM Computer Aided Design (CAD) adalah suatu program komputer untuk melakarkan (melukis). Computer Aided Manufacturing (CAM) merujuk kepada integrasi komputer dalam proses pembuatan untuk meningkatkan produktiviti serta digunakan untuk mereka bentuk. Sistem CAD yang interaktif akan mempercepatkan proses pembuatan gambar atau model. Sistem tersebut boleh menghasilkan gambar lengkap dengan keterangannya dalam masa relatif cepat. Maklumat disimpan secara elektronik, maka pengeluaran mesin dapat ditentukan semula bagi rekabentuk yang seterusnya perubahan kecil dalam rekabentuk dapat diubah dengan mudah pengeluaran lebih tinggi. 7


1.3 APLIKASI CAM Pendahuluan CAD/CAM menimbulkan impak pada bidang pembuatan dengan standard pengembangan produk dan dengan mengurangi usaha rekabentuk dan prototaip juga telah mengurangi biaya secara signifikan serta produktiviti dipertingkatkan. Beberapa aplikasi khas CAD/CAM adalah program untuk NC, CNC dan robot industri. G kod dan M kod Dalam programing mesin CNC ( Computer Numerically Controlled ). G-code, M-code, dan T-code. Berikut merupakan bahasa yang digunakan untuk mesin menerima arahan daripada pengguna untuk memindahkan maklumat. Berikut merupakan ulasan ringkas berkaitan G-code dan M-code pada mesin CNC. Kod G :menyatakan gerakan pada paksi. G00 Rapid positioning G01 Linear interpolation G02 Circular interpolation clockwise (CW) G03 Circular interpolation counterclockwise (CCW) G20 Inch input (in.) G21 Metric input (mm) G24 Radius programming G28 Return to reference point G29 Return from reference point G32 Thread cutting G40 Cutter compensation cancel G41 Cutter compensation left G42 Cutter compensation right G43 Tool length compensation positive (+) direction G44 Tool length compensation minus (-) direction G49 Tool length compensation cancels G 53 Zero offset or M/c reference G54 Settable zero offset G84 canned turn cycle G90 Absolute programming G91 Incremental programming Kod M :menyatakan fungsi mesin. M00 Program stop M01 Optional stop: Operatoor selected to enable M02 End of program M03 Spindle start (forward CW) M04 Spindle start (reverse CCW) M05 Spindle stop M06 Tool change M08 Coolant on M09 Coolant off M10 Chuck - clamping M11 Chuck - unclamping M12 Tailstock spindle out M13 Tailstock spindle in M17 Tool post rotation normal M18 Tool post rotation reverse M30 End of tape and rewind or main program end M98 Transfer to subprogram M99 End of subprogram Imbas untuk info tambahan 8


1.4 PERISIAN SISTEM CAM Pendahuluan Industri pembuatan moden dapat dicapai dengan pelbagai kemudahan yang berada diseluruh dunia. Hal ini kerana setiap negara mempunyai peralatan penyeluaran tersendiri. Bagi memberikan sebuah kemudahan kerja mereka bentuk CAM dijalankan, keupayaan dari segi alatan (hardware) dan perisian (software) sangat dititikberatkan. Untuk bahagian mekanikal pembuatan. Peralihan data produk hendaklah diseragamkan oleh ISO 10202 atau STEP dalam bentuk yang boleh ditukar kepada fail, antara muka pengaturcaraan aplikasi dan pengkalan data pelaksanaan. Oleh itu, setiap alatan dan perisian yang digunakan untuk mereka cipta reka bentuk CAM perlulah mempunyai standard yang sama. Alatan (Hardware) ➢ Satu atau lebih workstation. ➢ Computer digital. ➢ Plotters dan lain-lain device output. ➢ Penyimpan device. Hubungkait antara komponen di workstation Sistem CAD/CAM memiliki komunikasi antara satu sama lain untuk memungkinkan transmisi data sehingga memungkinkan beberapa manfaat integrase computer.Setiap peranti yang berada di workstation dapat menerima maklumat berkaitan reka bentuk yang sedang dibangunkan dengan pantas. Rajah simbolnjukkan hubungan antara komponen: 9


Perisian (Software) Untuk mengubah konfigurasi hardware ke dalam reka bentuk dan system pembuatan. Software CAD/CAM terdiri daripada 2 kategori iaitu 2D dan 3D. Software akan menyelesaikan masalah kerana ketidakmampuan manual pembuatan untuk membaca dengan betul dan mentafsirkan objek 2D dan menggantikan ke objek 3D. ➢ Software 3D memungkinkan bahagian produk yang dilihat dari tinggi, lebar dan kedalaman terlihat dengan jelas. ➢ Bentuk dan lukisan produk seperti gambaran sebenar lebih mudah untuk difahami. 1.5 PERANCANGAN BERBANTUKAN KOMPUTER (CAPP) Pendahuluan Perancangan proses berbantukan komputer (CAPP) adalah hubungan antara CAD dan CAM kerana ia menyediakan perancangan proses yang akan digunakan dalam menghasilkan bahagian yang dirancang. CAPP telah berkembang untuk mempermudah dan mencapai perancangan proses dan mencapai penggunaan sumber pembuatan yang lebih berkesan. Perancangan proses terdiri daripada dua jenis iaitu : 1. Perancangan proses berbantukan komputer jenis generatif 2. Perancangan proses jenis capaian (Retrievel) Penjanaan idea Produk Aliran bahan mentah ke proses pembuatan CAD CAPP CAM CNC Perancangan proses Fahamkan lukisan Pilih data daripada machinability data handbook Semak sama ada alat serta fixtures ada Pilih bahan Pilih operasi pemotongan yang sesuai Pemasangan bahan 10


Perbezaan prinsip antara CAPP generatif dan capaian Generatif Capaian (Retrievel) Sistem generatif ini membina perancangan proses berdasarkan prosedur logik tanpa bantuan manusia serta perancangan piawai. Capaian maklumat daripada data yang mengandungi perancangan proses yang telah disediakan secara manual. Menggunakan sistem pakar iaitu satu pengatucaraan komputer yang terbina daripada kepakaran seseorang atau lebih. Perancangan piawai disimpan ke dalam data dengan kekunci ID Family. Pengetahuan teknikal serta logik berkenaan pembuatan daripada perancangan yang berjaya telah dikodkan ke dalam pengaturcaraan (Knowledge-base). Sesuatu komponen yang baru diberi kod Family , kemudian diikuti rutin carian Part-family untuk dapatkan Family yang sesuai. Knowledge base digunakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan pengetahuan pakar dan logik. Perancangan piawai dicapai kemudian buat pengubahsuaian dengan masa perancangan proses dikurangkan sebanyak 50%. Generatif VS Retrievel Imbas untuk info tambahan 11


1.6 LATIHAN Arahan: Selesaikan soalan yang disediakan dengan pilihan jawapan yang diberikan. Kemudian, semak jawapan dengan mengimbas kod QR. Soalan: Pilih jawapan yang betul bagi setiap soalan dibawah. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan CAD? A. Computer Analysis Design B. Computer Analog Drawing C. Computer Aided Design D. Computer Aided Drawing 2. MasterCAM mula diperkenalkan di United Stated pada awal tahun? A. 1983 B. 1930 C. 1977 D. 1999 3. Apakah yang dimaksudkan dengan CAM? A. Computer Aided Manufacturing B. Computer Analysis Milling C. Computer Analysis Manufacturing D. Computer Analog Machining 4. Perisian CAD/CAM dapat membantu manusia dalam menyelesaikan masalah berkaitan reka bentuk. Pilih kenyataan yang salah berkaitan perisian CAD/CAM. A. Mentafsirkan objek 2D dan menggantikan ke objek 3D. B. Menyelesaikan masalah kerana ketidakmampuan manual pembuatan. C. Tidak dapat memindahkan file antara perisian. D. Terdiri daripada 2 kategori iaitu 2D dan 3D. Imbas untuk jawapan 12


Unit 2 Unit 2 Pengenalan kepada mesin kisar Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dalam unit 2, pelajar dapat; i. Menjelaskan maksud mesin kisar dengan jelas. ii. Mengenalpasti jenis-jenis mesin kisar dengan jelas. iii. Mengenalpasti keselamatan semasa menggunakan. iv. Menghubungkaitkan jenis mesin kisar dan jenis sistem kawalan berangka. 13


2.1 MESIN KISAR Pendahuluan Terdapat pelbagai jenis mesin kawalan berangka berkomputer (CNC) dan ia digunakan dalam pelbagai proses seperti pemotongan kayu, kimpalan, pembentukan kepingan logam dan banyak lagi .walaubagaimana pun, dalam unit ini hanya dua mesin pemotongan logam yang akan dibincangkan , iaitu mesin kisar kawalan berangka berkomputer (CNC). Kerja pemesinan pada mesin kisar kawalan berangka berkomputer (CNC) memerlukan kaedah pemotngan yang betul. Walaubagaimanapun, kebanyakkan kaedah pemotongannya adalah kaedah sama dengan kaedah pemesinan konvensional seperti proses menggerudi, menggerek balas dan melulas. Kaedah pemotongan pada mesin kawalan berangka telah dipermudah dengan menggunakan canned cycle. Mesin kisar jenis kawalan berangka berkomputer (CNC) merupakan mesin yang dilengkapi dengan computer untuk memprogramkan operasinya. Tujuan penggunaannya adalah untuk menghasilkan komponen atau bahan kerja yang sama bentuk dan saiz pada kadar yang banyak dalam satu masa. Mesin kisar selalu digunakan dalam kerja-kerja mekanikal seperti: • Precise drilling • Squaring • Profiling • Pocketing • Slots Keselamatan Keselamatan merupakan perkara penting dalam kerja CNC. Perkara- penting yang perlu diberi perhatian ialah : • Pastikan persekitaran kawasan kerja bersih daripada serpihan, tumpahan minyak dan sisa bahan. • Pertimbangan titik pertukaran mata alat supaya selamat dari perlanggaran dengan bahan kerja atau bahagian mesin yang lain. • Pastikan penyediaan mata alat dilakukan dengan betul supaya tidak berlaku perlanggaran. • Pastikan penyediaan bahan kerja selaras dengan titik sifar yang telah ditetapkan. • Pastikan pemesinan dilakukan dengan menggunakan perkakasan yang sesuai dengan proses kerja mesin CNC. 2.2 JENIS-JENIS MESIN KISAR CNC Mesin kisar secara amnya dapat dikelaskan kepada dua iaitu mesin kisar turus berlutut (Convensional) dan mesin kisar pengeluaran (CNC). Walaupun berlainan kelas tetapi mesin kisar tetap berkongsi jenis-jenis paksi yang sama iaitu: 1. Mesin kisar mendatar (Horizontal mill) 2. Mesin kisar tegak (Turret mill) 3. Mesin kisar katil (Bed mill) 4. Mesin kisar ruangan (Column) 5. Mesin kisar bingkai bentuk c (C-frame mill) Imbas untuk info tambahan 14


Jenis-jenis sistem kawalan mesin kisar CNC Sistem kawalan adalah berbeza bagi setiap jenama dan jenis mesin kisar CNC yang digunakan. Setiap sistem kawalan mempunyai keistemewaan yang tersendiri yang menjadikan sistem kawalan itu berguna untuk mengawal mesin CNC dengan mudah dan selamat. Sistem kawalan CNC yang popular ialah seperti: • ECS • LECS • NUM • SELCA • MARPOSS • Z-16 • FANUC • FIDIA • DECKEL • SUNUMRIC • HUNUMRIC • HEIDENHAIN • GILDEMEISTER • FAGOR 15


2.3 LATIHAN Arahan: Selesaikan soalan yang disediakan dengan pilihan jawapan yang diberikan. Kemudian, semak jawapan dengan mengimbas kod QR. Soalan: Diberi pilihan jawapan untuk latihan dibawah. Pilih jawapan yang betul bagi setiap soalan. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan CNC dalam bahasa Melayu? A. Kawalan berangka berkomputer B. Kawalan kod berkomputer C. Penjanaan kod berkomputer D. Penjanaan berangka berkomputer 2. Apakah langkah keselamatan sebelum menggunakan mesin kisar CNC? A. Perhatikan sekeliling untuk mengelakkan kecelakaan B. Tidak menekan tombol emergency stop ketika berlaku perlanggaran. C. Pastikan penyediaan bahan kerja selaras dengan titik sifar yang telah ditetapkan D. Pastikan mesin dalam keadaan bersih selepas digunakan 3. Apakah kebaikan menggunakan mesin kisar CNC? I. Kerja memesin cepat. II. Produk yang sama boleh dihasilkan. III. Kurang tenaga kerja mahir. IV. Menghasilkan produk yang banyak. V. Ketepatan pemotongan. A. I, II dan III SAHAJA B. I, II, III dan IV SAHAJA C. III, IV dan V SAHAJA D. I, II, III, IV dan V 4. Mesin kisar CNC mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tetapi memiliki fungsi yang sama. Apakah bukan jenis mesin kisar CNC. A. Mesin kisar mendatar (Horizontal mill) B. Mesin kisar tegak (Turret mill) C. Mesin kisar bingkai bentuk D (D-frame mill) D. Mesin kisar ruangan (Column). Imbas untuk jawapan 16


Simbol dan fungsi UNIT 3 Pada akhir pembelajaran dalam unit 3, pelajar dapat; i. Menjelaskan simbol dan fungsi dengan tepat. ii. Mengenalpasti kegunaan simbol dalam perisian MasterCAM dengan baik. 17


3.1 PENGENALAN KEPADA SIMBOL Pendahuluan Ikon-ikon simbol yang terdapat pada paparan baris simbol di bahagian atas perisian MasterCAM mempunyai pelbagai maksud dan fungsi untuk mengoptimumkan penggunaan perisian MasterCAM itu sendiri. Hasil daripada pembelajaran berkaitan simbol-simbol yang terdapat pada baris simbol MasterCAM dapat memberikan pengguna keupayaan untuk melakar lukisan 2D, simulasi pemotongan 3D sehinggalah penjaan kod yang akan berguna untuk memindahkan idea daripada reka bentuk dan idea untuk direalisasikan menggunakan mesin kisar CNC. Simbol-simbol dalam bar simbol perisian MasterCAM a. Simbol File New : Simbol untuk membuat file Mastercam baru. Open : Simbol untuk membuka file Mastercam yang sudah ada. Save : Simbol untuk menyimpan file yang sedang dibuat. Print : Simbol untuk mencetak file ke pencetak. Print Preview : Simbol untuk memperlihatkan file sebelum dicetak. Communications : Simbol untuk menghubung file antara peringkat lain. b. Simbol Undo dan Redo Undo : Simbol untuk membatalkan arahan-arahan yang sudah dilaksanakan. Redo : Simbol untuk membatalkan arahan undo (mengembalikan arahan-arahan yang dibatalkan). 18


c. Simbol View Manipulation Fit : Simbol untuk menampilkan semua geometri yang aktif disesuaikan dengan tampilan layar. Arahan ini juga boleh digunakan dengan menekan Alt + F1. Repaint : Simbol untuk membersihkan layar, atau menekan F3. Zoom target : Simbol untuk membesarkan bahagian objek tertentu berdasarkan bahagian yang dipilih dengan acuan titik tengah dari bahagian yang ditentukan pertama kali. Zoom windows : Simbol untuk menampilkan objek berdasarkan bahagian yang dipilih dengan dikawal menggunakan tetikus. Zoom selected : Simbol untuk menampilkan objek tanpa dikawal oleh tetikus. Un-zoom/.5 : Simbol untuk memperkecil objek dengan ukuran setengah (0.5) dari ukuran objek sebelumnya. Un-zoom.8 : Simbol untuk memperkecil objek dengan ukuran 0.8 dari ukuran objek sebelumnya. Dynamic rotation : Simbol untuk rotasi objek secara dinamik. Previous view : Simbol untuk memperlihatkan objek berdasarkan tampilan sebelumnya. Named view : Simbol untuk memperlihatkan objek dengan mendefinsikan terlebih dahulu tampilan yang dikehendaki. d. Simbol Graphic View Top : Simbol untuk menampilkan pandangan atas objek. Front : Simbol untuk menampilkan pandangan depan objek. Right : Simbol untuk menampilkan pandangan sisi kanan objek. Isometric : Simbol untuk menampilkan pandangan isometrik objek. 19


e. Simbol 3D objek Wireframe :Simbol untuk menampilkan objek tiga dimensi dalam bentuk wireframe. Shaded :Simbol untuk menampilkan objek tiga dimensi dalam bentuk solid. Turn stock shading on or off :Simbol untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan efek bayangan objek. Show/Hide shading :Simbol untuk menampilkan/menyembunyikan efek bayangan objek. f. Simbol Delete Delete Entities :Simbol untuk menghapus bahagian-bahagian dari objek. Delete Duplicates :Simbol untuk menghapus beberapa bahagian dari objek dalam satu arahan. Delete Duplicates – Advance :Simbol untuk menghapus beberapa bahagian dari objek yang lebih kompleks dalam satu arahan. g. Simbol Analyze Analyze Entities Properties :Simbol untuk menampilkan informasi terkait dengan objek yang dipilih. Clear Colors :Simbol untuk menampilkan warna objek keadaan awal. Run User Application :Simbol untuk menampilkan aplikasi yang sedang digunakan. 20


Regenerate Display List :Simbol untuk mengembalikan tampilan objek seperti semula. Screen Statistic :Simbol untuk menampilkan bentuk-bentuk geometri dari objek yang sedang digambar. Hide Entity :Simbol untuk menyembunyikan bahagian-bahagian dari objek. h. Simbol Sketcher (Video) Create Point Position : Simbol untuk melakar titik (point) berdasarkan pada posisi tertentu. Simbol ini dikembangkan dalam beberapa simbol antara lain: Create Point Dynamics (melakar point secara bebas tanpa terikat posisi tertentu), Create Point Node Point (melakar point berdasarkan point-point tertentu yang merupakan bahagian dari objek), Create Point Segment (melakar point yang merupakan bahagian dari objek), Create End Point (melakar point yang merupakan hujung dari objek tertentu), Create Point Small Arc (Melakar point beridentiti dari sebuah lengkung). Create Line End Point : Simbol untuk melakar garis (Line) dengan titik tolak hujung sebuah objek. Simbol ini dikembangkan dalam beberapa simbol iaitu: Create Line Closest (melakar garis tapak dari objek terdekat), Create Line Bisect (melakar beberapa garis dengan membentuk sudut tertentu) Create Line Perpendicular (melakar garis tegak lurus terhadap garis lain), Create Line Parallel (melakar garis sejajar), Create Line Tangent through point (melakar garis membentuk sudut tertentu melepasi objek titik yang dikehendaki). Imbas untuk video pendek Imbas untuk video pendek Create Line 21


Create Circle Center Point : Simbol untuk melakar lingkaran (Circle) berdasarkan titik pusat yang ditentukan. Simbol ini dikembangkan menjadi beberapa simbol iaitu: Create Arc Polar (melakar lengkung berdasarkan titik pusat, titik awal, dan titik akhir secara polar (incremental)), Create Circle Edge Point (melakar lengkung/lingkaran berdasarkan tiga titik yang ditentukan), Create Arc Polar Endpoints (melakar lengkung berdasarkan titik awal dan titik akhir secara polar (incremental)), Create Arc Tangent (melakar lengkungan/lingkaran berdasarkan titik singgung dari lengkungan/lingkaran). Create Rectangle : Simbol untuk melakar segi empat sama. Simbol ini dikembangkan menjadibeberapa simbol iaitu: Create Rectangle Shapes (melakar empat segi sama dengan ketentuan-ketentuan yang diatur terlebih dahulu), Create Polygon (melakar segi berbilang penjuru, contoh segi 6 atau segi 8), Create Ellipse (melakar elip), Create Bounding Box (melakar kubus solid), Create Letters (melakarkan huruf), Create Spiral (melakar spiral), Create Helix (melakar heliks). Fillet Entities : Simbol untuk melakar fillet, iaitu profil geometri pada sudut dari suatu objek berbentuk lengkung dengan radius tertentu. Simbol ini dikembangkan untuk mengambar Chamfer, iaitu profil geometri pada sudut dari suatu objek berbentuk tirus dengan sudut kemiringan tertentu Create Manual Spline : Simbol untuk melakar garis bebas Create Cylinder : Simbol untuk melakar silinder, simbol ini dikembangkan untuk melakar Cone (kerucut), Block (balok), Sphere (bola), dan Torus (donat) Imbas untuk video pendek Create Circle Center Point Imbas untuk video pendek Create Rectangle Imbas untuk video pendek Fillet Entities Imbas untuk video pendek Manual Spline 22


i. Simbol Trim/Break/Extend Trim :Simbol untuk memotong bahagian dari suatu objek Break :Simbol untuk membagi objek menjadi beberapa bahagian Extend :Simbol untuk memperpanjang bahagian dari suatu objek Break Two Pieces :Simbol untuk membagi objek menjadi dua bahagian Pengembangan simbol-simbol dari Trim/Break/Extend antara lain: Trim Many (memotong lebih dari satu bahagian dari sebuah objek), Joint Entities (menggabungkan beberapa bahagian dari suatu objek), Close Arc (menyempurnakan lengkung menjadi lingkaran), Break at Intersection (memotong bahagian yang saling berpotongan), Break Many Pieces (memotong lebih dari satu bahagian), Break Circles (memotong lingkaran menjadi beberapa bahagian). j. Simbol Xform Dynamics Xform :Simbol untuk menggandakan (copy) atau memindahkan (move) objek berdasarkan titik koordinat tertentu. Xform Translate :Simbol menggandakan (copy), memindahkan (move), atau menggabungkan suatu objek berdasarkan jarak pada paksi X, paksi Y, paksi Z, atau sudut tertentu. Xform Rotate : Simbol untuk memutar objek berdasarkan acuan titik tertentu. Xform Mirror :Simbol untuk menggandakan objek melaluipantulan pada paksi. Imbas untuk video pendek Trim/Break/ Extend 23


Xform Scale :Simbol untuk memperbesar ataumengecilkan objek dengan skala tertentu. Xform Move to Origin :Simbol untuk memindahkan objek pada koordinat awal. Xform Translate 3D :Simbol untuk memindahkan kawasan suatu objek secara 3 dimensi (contoh dari posisi TOP ke posisi FRONT). Xform Offset Contour :Simbol untuk menggandakan objek sejajar dengan kontur dengan jarak tertentu dariobjek semula. Xform Rectangular Array :Simbol untuk menggandakan dalam jumlah tertentu dalam arah baris dan kolum. Xform Stretch :Simbol untuk merenggangkan objek. k. Simbol Dimension Smart Dimension : Simbol untuk menambahkan ukuran pada objek. Simbol ini dapat dikembangkan dalam beberapa simbol antara lain: Horizontal Dimension (membuat ukuran arah horizontal), Vertical Dimension (membuat ukuran arah vertical), Parallel Dimension (membuat ukuran parallel dengan objek yang diukur), Baseline Dimension (membuat ukuran dari beberapa bidang dengan menggunakan satu titik awal), Chained Dimension (membuat ukuran berantai), Angular Dimension (membuat ukuran sudut), Circular Dimension (membuat ukuran radius/diameter), Perpendicular Dimension (membuat ukuran objek-objek yang tegak lurus), Tangent Dimension (membuat ukuran panjang suatu lengkung), Point Dimension (membuat ukuran suatutitik) Create Note : Simbol untuk menggambarkan atau menambahkan informasi objek tertentu melalui teks. Imbas untuk video pendek Xform 24


3.2 LATIHAN Arahan: Selesaikan soalan pengiraan mengikut formula yang betul dalamruangan yang disediakan. Kemudian, semak jawapan dengan mengimbas kod QR. Soalan Padankan semua soalan dengan betul. Simbol. Fungsi. 1. 1. Circle center points 2. 2. Spline manual 3. 3.Bolt circle 4. 4.Line endpoints Imbas untuk jawapan 25


Simulasi lakaran 2D Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dalam unit 4, pelajar dapat; i. Menghasilkan semula lakaran 2D menggunakan MASTERCAM dengan betul ii. Membina lukisan geometri 2D menggunakan perisian MASTERCAM dengan baik. UNIT 4 26


4.1 OPERASI LAKARAN PROJEK Pendahuluan Mastercam merupakan satu perisian yang berfungsi untuk melukis benda kerja dalam bentuk 2D dan 3D serta simbolnjukkan animasi pergerakkan mesin pada benda kerja. Mastercam juga menyediakan banyak fungsi untuk membina dan menyunting benda kerja dalam bentuk 2D mahupun ke benda kerja kompleks dalam bentuk 3D. Antara fungsi yang dapat digunakan ialah seperti fungsi lines, circle, rectangle, fillet dan sebagainya. Fungsi ini juga dapat dijumpai pada perisian AutoCad. Panduan kerja simulasi lakaran 2D Lakaran 2D dalam MasterCAM menggabungkan semua fungsi simbol yang telah dipelajar pada unit sebelumnya dengan dimulakan dengan mewujudkan detum point sehingga ke dimensi pada lakaran. Rajah dibawah simbolnjukkan sebuah blok besi yang harus dilukis semula bagi memindahkan data lukisan ke perisian MasterCAM. Sebuah video simulasi bakal dilampirkan bagi simbolnjukkan langkah kerja untuk melukis kembali lukisan menggunakan perisian MasterCAM Imbas untuk langkah kerja 27


4.2 LATIHAN Arahan: Selesaikan soalan mengikut lakaran yang betul dalam ruangan yang disediakan. Kemudian, semak jawapan dengan mengimbas kod QR. Soalan 1) Rajah simbolnjukkan bahagian rim motosikal yang akan dipotong mesin kisar. a. Lakar semula rajah dengan menggunakan MasterCAM. (5 markah) b. Menggunakan data yang data terkumpul pada rajah untuk memberi dimensi seperti di dalam rajah. (5 markah) Imbas untuk semak langkah kerja 28


Objektif Pembelajaran Simulasi projek 3D UNIT 5 Pada akhir pembelajaran dalam unit 4, pelajar dapat; i. Melakukan pengaturcaraan mudah mesin kisar kawalan berangka komputer (CNC) dengan baik. ii. Memahami bagaimana proses penghasilan operasi pemotongan yang dilakukan pada mesin kisar berangka berbantu komputer (CNC) menggunakan perisian MasterCam dengan baik. 29


5.1 OPERASI PEMOTONGAN Pendahuluan Kerja pemesinan pada mesin kisar kawalan berangka berkomputer memerlukan kaedah pemotngan yang betul. Walaubagaimanapun, kebanyakkan kaedah pemotongannya adalah kaedah sama dengan kaedah pemesinan konvensional seperti proses menggerudi, menggerek balas dan melulas. Kaedah pemotongan pada mesin kawalan berangka telah dipermudah dengan menggunakan canned cycle. Jika proses ini menggunakan kaedah kod yang standart dalam pengaturcaraan, ia akan menjadi Panjang dan rumit. Dengan menggunakan kaedah pemotongan canned cycle, pengaturcaraan akan menjadi lebih mudah dan masa akan dapat dijimatkan. Panduan kerja simulasi projek 3D Proses untuk melakukan projek 3D hendaklah melalui proses lukisan 2D terlebih dahulu dan diikuti dengan gerak kerja toolpath untuk proses pemotongan bagi membentuk sebuah reka bentuk yang dikehendaki. Antara proses yang penting yang hendik dilakukan sebelum melakukan gerak kerja toolpath iailah stock setup yang mana ketebalan dan bentuk bongkah besi kerja hendaklah ditetapkan. Pemilihan mata alat juga dibuat pada fungsi toolpath untuk menentukan mata alat yang sesuai untuk digunakan dalam proses pemotongan Rajah dibawah simbolnjukkan sebuah blok besi yang harus dilukis semula bagi memindahkan data lukisan ke perisian MasterCAM. Sebuah video simulasi bakal dilampirkan bagi simbolnjukkan langkah kerja untuk melukis kembali lukisan rajah dibawah menggunakan perisian MasterCAM seterusnya proses pemotongan dijalankan bagi menjadikan reka bentuk 3D. Imbas untuk semak langkah kerja 30


5.2 LATIHAN Arahan: Selesaikan soalan yang disediakan. Kemudian, hantar jawapan dengan mengimbas kod QR. Soalan 1) Pelajar dikehendaki untuk mencipta sebuah fidget spinner dengan kretiviti sendiri dengan kreteria yang telah ditetapkan. a. Hendak melibatkan proses facing, countour, drill dan pocket. b. Hendak memiliki sekurang-kurang 2 bucu pada hujung. c. Hendak memiliki ciri-ciri yang menarik. Imbas untuk melihat contoh 31


32


TERBUKA NAMA : NOMBOR MATRIK : PROGRAM : PENILAIAN KENDIRI PEMBATAN BERBANTU KOMPUTER (CAM) Jun 1 ¼ jam Satu jam 15 minit 1. Kertas soalan ini mengandungi dua soalan: Soalan 1 dan Soalan 2. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan Soalan 1 hendaklah ditanda pada kertas jawapan yang disediakan pada halaman terakhir dalam kertas soalan ini. 4. Jawapan Soalan 2 hendaklah disiapkan dan dihantar pada waktu disediakan dalam bentuk file MCX melalui QR kod. 5. Pelajar dikehendaki untuk menulis nama dan no matrik pada file MCX. Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman Soalan Bahagian Markah Penuh Markah Diperoleh 1 20 2 A 30 B 50 Jumlah 33


TERBUKA DEB1133 BAHAGIAN A [20 markah] Jawab semua soalan. 1) Apakah kekunci yang perlu ditekan untuk show/hide paksi koordinat dan sistem asalan A. F10 B. F9 C. F8 D. F2 2) Perubahan kepada stocksetup mempunyai pengaruh pada pengesahan laluan alat (Toolpath). Kenyataan diatas salah atau benar A. Salah B. Benar 3) Pada parameter Mill "Machine Group Properties". Apakah fungsi penting untuk menetapkan saiz produk sebelum melakukan proses laluan mata alat? A. Files B. Tool setting C. Stock setup D. Safety zone 4) Laluan mata alat yang manakah merupakan pilihan yang baik untuk mengisar lubang besar? A. Pocket B. Coutour C. Drill D. Engraving 34


5) Apa perkara langkah yang perlu dilakukan apabila memulakan perisian mastercam anda. A. Mulakan lakaran 2D B. Semak configuration C. Pilih machine setup D. Semak setting option 6) Apakah yang dimaksudkan dengan Stock? A. Stock market B. Bahan/blok C. Mata alat D. Jenis mesin 7) Apakah simbol untuk menampilkan semua geometri yang berada pada skrin disebut ? A. Fit B. Zoom Target C. Zoom Window D. Un Zoom.8 8) Apakah perkataan penuh bagi singkatan WCS ? A. Windows Color System B. World Coordinate System C. Wireless Control System D. Worst Case Scenario 9) Apakah fungsi wireframe pada MasterCAM A. Untuk mencipta reka bentuk B. Untuk menyediakan lapisan C. Untuk memberikan gambaran D. Untuk proses pemesinan 35


5. Apakah kelebihan membuat reka bentuk menggunakan perisian MasterCAM? I. Proses mereka cipta reka bentuk menjadi lebih pantas. II. Dapat membuat model 3D tanpa memerlukan perisian berasingan . III. Kurang penggunaan tenaga kerja mahir untuk membuat sebuah reka bentuk. IV. Penjanaan kod dapat dipindahkan secara terus kepada mesin CNC. V. Ketepatan simulasi pemotongan dapat mengurangkan kerugian. A. I, II dan III SAHAJA B. I, II, III dan IV SAHAJA C. III, IV dan V SAHAJA D. I, II, III, IV dan V Imbas untuk jawapan 36


TERBUKA DEB1133 BAHAGIAN B [80 markah] Selesaikan semua soalan. 1) Pelajar dikehendaki untuk melakar semula lakaran dibawah menggunakan dimensi yang diberikan. (30 markah) Imbas penghantaran jawapan 37


2) Pelajar dikehendaki untuk mencipta sebuah congkak dengan kretiviti sendiri dengan kreteria yang telah ditetapkan. a. Hendak melibatkan proses facing, countour, drill dan pocket. (30 markah) b. Hendak memiliki 14 lubang guli pada dua baris dan 2 besar pada hujung. (10 markah) c. Hendak memiliki seni tradisional dengan kretiviti yang tersendiri. (10 markah) Imbas penghantaran jawapan 38


LAMPIRAN E-MODUL PEMBELAJARAN PERISIAN PEMBUATAN BERBANTU KOMPUTER (CAM) MENGGUNAKAN MASTERCAM MESIN KISAR CNC Modul yang dibangunkan bagi melengkapkan Projek Sarjana Muda yang dikhaskan kepada pelajar yang ingin mempelajari subjek Perisian Pembuatan Berbantu Komputer (CAM) di institusi pembelajaran tinggi. Penulis mendapat idea untuk menghasilkan modul ini selepas membuat kajian awal dan mendapati subjek CAM ini sangat sukar untuk dipelajari secara konvensional berbanding pembelajaran sendiri menggunakan talian internet. Penulis juga memilih multimedia yang berunsur interaktif sebagai medium penyampaian untuk mengatasi masalah lambakan modul yang kurang menarik perhatian pelajar. Kemudian, modul ini juga dibangunkan berasaskan Project Based Learning (PBL) yang memberikan pelajar lebih banyak masa dan peluang untuk meneroka sendiri kebolehan dan keupayaan pelajar dalam membangunkan sebuah reka bentuk dalam industri pemesinan. Modul ini juga dilengkapi dengan manual pengguna untuk membantu pelajar untuk mengetahui ciri-ciri khas dan cara penggunaan e-modul ini. Akhir sekali, bagi mengukur kognitif dan afektif pelajar setelah melengkapi kesemua unit pembelajaran, penilaian kendiri disediakan dengan memberikan pelajar peluang untuk memcuba sendiri melakukan sesuatu projek dalam mereka bentuk. Penulis bernama Muhammad Ikmal Bin Mahfuz lahir di Alor Setar, Kedah pada tanggal 2 December 2000. Penulis menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah pada tahun 2018. Kini, penulis merupakan pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan AM) di UTHM Batu Pahat, Johor. Sebagai seorang bakal guru pada masa yang akan datang, penulis berhasrat untuk berkongsi segala ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada pelajar Kolej Vokasional yang mengambil khusus Pemesinan AM. Penulis juga berharap agar dapat membangunkan lebih banyak modul yang memberikan maafaat pada masa hadapan 39


Click to View FlipBook Version