NAMA : MUHAMMAD ARIQ RAYYAN BIN MOHAMAD ZAMRI
KELAS : 1 WIBAWA
NAMA GURU : PUAN NORLIZA BT ABD GHANI
PENGENALAN
• Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh
menyebabkan kemudaratan, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma
hidup lain serta merosakkan alam apabila ia dibebaskan ke atmosfera.
• Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
klorofluorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan
radioaktif.
PUNCA PENCEMARAN UDARA
• Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke
udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,
pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi.
PENCEMAR UDARA
• Pencemar dikelaskan sebagai primer atau sekunder. Bahan Pencemar udara
adalah bahan di udara yang boleh memberi kesan buruk kepada manusia dan
ekosistem. Bahan tersebut boleh jadi zarah pepejal, titisan cecair, atau gas.
Pencemar boleh jadi semulajadi atau buatan manusia.
Pencemaran primer :
• Pencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksia dan
karbon monoksia hasil daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan
zarah-zarah halus terampai di udara.
• Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan,
kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan
penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal
• Gas metana - gas ini dilepasan oleh pelupusan sampah sarap. Gas
ini dapat memerangkap haba dalam atmosfera seperti karbon
dioksida dan ini meningkatkan suhu bumi.
• Sulfur oksida (SOx) - terutamanya sulfur dioksida, sebatian kimia
dengan formula SO2. SO2 dihasilkan oleh gunung berapi dan dalam
pelbagai proses industri.
• Nitrogen oksida (NOx) - terutamanya nitrogen dioksida, terhasil
akibat pembakaran pada suhu yang tinggi, dan turut juga dihasilkan
semasa ribut petir melalui pelepasan elektrik.
• Karbon monoksida (CO) - CO adalah gas tidak berwarna, tidak
berbau, toksik namun bukan menjengkelkan. Ia merupakan produk
akibat pembakaran tidak lengkap bahan api seperti gas asli, arang
batu atau kayu. Ekzos kenderaan adalah sumber utama karbon
monoksida.
• Sebatian organik meruap (VOC, volatile organic compounds) - Sejenis
pencemar udara luar yang terkenal. Ia dikategorikan sebagai metana
(CH4) atau bukan metana (NMVOCs). Metana adalah gas rumah hijau
yang amat berkesan yang menyumbang kepada peningkatan
pemanasan global.
• Zarahan, sebagai alternatif disebut sebagai jisim zarah
(PM, particulate matter), jisim zarah atmosfera, atau zarah halus,
adalah zarah kecil pepejal atau cecair terapung dalam gas.
• Radikal bebas yang berterusan berkaitan dengan partikel halus
bawaan udara dikaitkan dengan penyakit kardiopulmonari.
• Logam toksik, seperti plumbum dan merkuri, terutamanya
sebatiannya.
• Klorofluorokarbon (CFC) - Berbahaya kepada lapisan ozon;
dibebaskan daripada produk yang pada masa ini diharamkan
daripada penggunaannya. Ia adalah gas yang dibebaskan dari
pendingin hawa, peti sejuk, semburan aerosol, dan lain-lain jenis.
• Ammonia (NH3) - dibebaskan melalui proses pertanian. Ammonia
merupakan sebatian dengan formula NH3. Ia biasanya dijumpai
sebagai gas dengan ciri bau menyucuk.
• Bau seperti dari sampah, kumbahan, dan proses perindustrian.
• Pencemaran radioaktif yang dihasilkan oleh letupan nuklear, kejadian
nuklear, bahan letupan peperangan, dan proses semula jadi seperti
pereputan radioaktif radon.
Pencemaran sekunder :
Pencemaran udara sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak
balas sulfur dioksia yang bergabung dengan wap-wap air di udara.
• Butiran zarah yang terbentuk dari bahan pencemar gas utama dan
sebatian dalam kabut fotokimia.
• Ozon permukaan bumi (O3) terbentuk daripada NOx dan VOC. Ozon
(O3) ialah satu juzuk penting dalam troposfera. Peroksiasetil
nitrat (PAN) - juga terbentuk daripada NOx dan VOC.
KESAN PENCEMARAN UDARA
Kesihatan manusia
• Kesan utama kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas
seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas
manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu
mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-
paru.
Tumbuhan
• Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis
(keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan
terbantut. Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada
penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang
akhirnya menganggu kehidupan seharian.
Haiwan
• Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara.
Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan.
Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh
pencemaran udara.
Bahan
• Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada
pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran
pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini
berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan
logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat
kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
Penipisan lapisan ozon
• Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan
global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi
bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara
terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di
samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan
berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi.
Hujan asid
• Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur
dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya
menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam
awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun
bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di
dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan
air.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global
• Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada
pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu
bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang
terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat
dan persekitarannya menjadi panas. Kesannya adalah permukaan bumi akan
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
• Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah
mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.
CARA MENGATASI PENCEMARAN UDARA
Menghijaukan kawasan
• Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran
taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan
suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat
dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui
proses fotosintesisnya.
Penggunaan petrol tanpa plumbum
• Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah
ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di
waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti
batuk dan selsema daripada berlarutan.
Program kitar semula
• Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan
penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan
menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar
semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh
dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan
kotak kertas.
Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
• Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan
serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong
asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang
dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak
mencemarkan udara.
Penguatkuasaan undang-undang
• Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi
mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada
kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di
sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil
tindakan selanjutnya.
Kempen
• Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan
radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.
Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu
agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan
datang