The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SMKSB, 2022-01-23 21:55:09

Kuiz CNY 2022

TAHUN BARU CINA

SMK SULTANAH
BAHIYAH

CAPSULE 5 MINIT
TAHUN BARU CINA

2022

TAHUN
BARU CINA

2022

新年快乐

2022

YEAR OF
THE TIGER

TABLE OF CONTENTS

Pengenalan Persiapan Sambutan
Tahun Baru Tahun Baru Cina
Cina

Ang Pau Mercun & Bunga Api
Hidangan & Makanan

01

PENGENALAN
SAMBUTAN TAHUN

BARU CINA

• Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh
dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

• Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
zodiak Cina (nama haiwan).

• 12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga,
ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap haiwan
membawa signifikasi yang tersendiri.

• Tahun ini adalah Tahun HARIMAU, haiwan ke-3 dalam kitaran kalendar lunar.

• Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai
untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

• Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada
saudara mara dan sahabat masih muda. Tradisi ini bermaksud kebahagian yang
berpanjangan.

• Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk
memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.

Larangan Apabila Menyambut Tahun Baru Cina

Masyarakat cina percaya beberapa larangan perlu diamalkan ketika sambutan perayaan
Tahun Baru Cina. Antaranya ialah;

1. Mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami
kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.

2. Bubur tidak boleh dimakan, kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu
makan bubur untuk sarapan.Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baharu
dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ini dianggap sebagai satu petanda yang tidak
baik.

3. Masyarakat Cina tidak akan mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan,
kerana kedua-dua hari dirayakan sebagai hari lahir Shui shen (Tuhan Air).

02

Persiapan
Sambutan
Tahun Baru Cina

PERSIAPAN SEBELUM TAHUN BARU CINA

• Sebelum perayaan pada hari-hari sebelum Tahun Baru, kaum keluarga Cina
membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa
pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun
yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.

• Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari
pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat
rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas
yang ditulis pepatah mengucapkan kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

• Selain itu, acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan
semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan, buah limau mandarin yang terdapat di
atas meja makan menambahkan lagi kemeriahan sempena sambutan malam Tahun
Baru Cina ini.

PERSIAPAN SEMASA TAHUN BARU CINA

• Pada hari pertama bagi perayaan Tahun Baru Cina, semua masyarakat akan memakai
pakaian baru yang berwarna merah dan mengunjungi saudara mara dengan membawa
buah tangan seperti limau mandarin yang melambangkan nasib yang baik atau
kebahagiaan untuk dihadiahkan kepada saudara mara sebagai suatu restu.

• Semasa Tahun Baru Cina ini juga, mereka akan mengadakan persiapan untuk
menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai
mereka. Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi
keluarga yang lebih tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang.

• Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang
ditempel tulisan perkataan FU yang bermaksud “nasib baik”. Biasanya perkataan “FU”
mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan
“datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”.

PERSIAPAN SELEPAS TAHUN BARU CINA

• Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan bersama-sama mengemaskan
kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meninggalkan sanak-saudara mereka.
Pada hari kelima belas mereka akan meraikan Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien,
versi Cina bagi Hari Valentine.

• Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah
sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur
dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam
air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.

03

ANG PAU

ANG PAU

• Secara tradisi, ANG PAU atau pun HONG PAO yang bermaksud sampul merah diedarkan
sepanjang sambutan Tahun Baru Cina oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada
muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi
sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang,
sama ada dua atau pun seratus ringgit.

• Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,
kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian . Oleh sebab angka 4 dianggap membawa malang, kerana perkataan untuk
empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4
ringgit.

ANG PAU

• Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya") ,maka 8
ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam ang
pau. . Tradisi ini membawa makna memberi nasib baik kepada kanak-kanak untuk
menjalani kehidupan yang baik.

• Bagi mereka yang masih belum berkahwin, pemberian 'ang pau' merupakan sejenis tradisi
untuk memberi nasib baik ataupun kebahagiaan kepada mereka supaya menemui teman
hidupnya untuk membina keluarga sendiri yang bahagia. ANG PAU atau pun HONG PAO
yang bermaksud sampul merah ini mesti bersampul merah kerana membawa tuah dan
meriah bersamaan dengan tema tahun baru mereka.

04

MERCUN
&

BUNGA API

MERCUN & BUNGA API

• Bila kedengaran bunyi mercun serta bunga api sudah tentu ianya menjadi tanda kepada
kita semua bahawa sesuatu perayaan kaum akan menjengah di dalam sedikit masa lagi.
Dan tiada yang lebih sinonim dengan mercun dan bunga api melainkan masyarakat Cina.
Di dalam penghidupan mereka banyak makna simbolik daripada pembakaran mercun dan
bunga api ini.

• Bila berbicara mengenai membakar mercun dan bunga api ini sebenarnya untuk
masyarakat Cina ianya tidak terhad ketika menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Ini
kerana ianya juga turut dilakukan ketika pembukaan rasmi sebuah kilang, sekolah atau apa
sahaja yang membawa kepada kemakmuran dan rezeki.

• Jika mengimbau sejarah asal-usul membakar mercun dan bunga api bagi masyarakat Cina
ini terdapat beberapa cerita yang mana ianya menjadi rujukan seluruh dunia di dalam
memperkatakan sejarah adat ini.

MERCUN & BUNGA API

• Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk
ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan
manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.

• Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk tersebut. Akhirnya mereka berjaya
menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun
dan membakar bunga api siang dan malam. Jadi orang Cina akan membakar mercun dan
bunga api untuk menakutkan dan mengusir ‘Nian’.

• Selain itu, pada hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘Chap Goh Mei‘ tidak kurang
pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan
ini. Pada penghujung malam ini Chap Goh Mei ini juga, masyarakat Cina akan
menghabiskan kesemua stok mercun dan bunga api mereka bagi menandakan bahawa
sambutan Tahun Baru Cina sudah selesai. Inilah sedikit pencerahan di dalam kita cuba
memahami sinonimnya adat membakar mercun dan bunga api di dalam masyarakat Cina di
seluruh dunia.

05

HIDANGAN
&

MAKANAN

HIDANGAN & MAKANAN

• Hari ini kita akan mempelajari tentang makanan serta hidangan yang ada semasa perayaan
Tahun Baru Cina. Untuk memastikan bahawa tahun baru yang menjelang membawa seribu
satu makna kebaikan lagi positif, pelbagai langkah diambil untuk menjamin semua yang
diharapkan dapat dicapai. Antara langkah yang diambil adalah melalui makanan.

• Dalam budaya Cina, terdapat beberapa jenis makanan yang dilihat sebagai simbol pada
kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Memang cukup menarik untuk melihat
kepercayaan ini menjadi sebahagian daripada pilihan makanan yang akan dihidang pada hari
perayaan, khususnya semasa jamuan pertemuan semula antara ahli keluarga yang dekat dan
jauh.

• Yang pertama ialah IKAN, Ikan ataupun Yú merupakan antara makanan yang wajib ada di
atas meja makan semasa makan malam keluarga sebelum Tahun Baru Cina menjelang.Hal ini
demikian kerana sebutan ‘ikan’ dalam Mandarin mempunyai sebutan yang sama dengan
perkataan Mandarin yang merujuk pada maksud ‘lebihan’. Oleh itu, masyarakat Cina percaya
bahawa jika mereka makan ikan, khususnya spesies ikan tertentu pada malam sebelum
sambutan Tahun Baru Cina, mereka akan ada simpanan (lebihan) pada penghujung tahun
agar mereka dapat lebih banyak lagi pada tahun seterusnya.

HIDANGAN & MAKANAN

• Yang ke-2 ialah Kek Pulut atau Nian Gao. Kek pulut merupakan satu sajian tradisional wajib
setiap kali sambutan Tahun Baru Cina menjelang. Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan
malam adalah cukup penting bagi golongan peniaga kerana hidangan ini menandakan
peningkatan dan pengembangan perniagaan mereka ataupun terdapat peningkatan dalam
kehidupan mereka. Nian Gao lazimnya manis dan disediakan menggunakan bahan-bahan
seperti pulut beras, gula, buah berangan, kurma cina dan daun bunga teratai.

• Yang terakhir, Untuk sambutan Tahun Baru Cina, buah-buahan merupakan salah satu
makanan wajib untuk dihidangkan semasa perayaan tersebut. Antara buah-buahan yang
dilihat sebagai membawa tuah ialah buah oren dan limau, Buah-buahan ini dipilih kerana
bentuk bulat dan warna keemasan yang menandakan kemewahan dan kekayaan. Makan atau
mempamerkan buah oren dan limau dilihat sebagai tanda tuah dan kekayaan kerana sebutan
dan ejaan buah-buahan tersebut yang mempunyai bunyi yang sama seperti sebutan perkataan
‘kejayaan’ dalam bahasa mandarin.




Click to View FlipBook Version