The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lnajwa0902, 2021-09-28 16:54:51

0-8837341015_20210929_000002_0000

0-8837341015_20210929_000002_0000

UNIT PLAN 4: SUMBER-SUMBER EKONOMI DI MALAYSIA

NAMA AHLI KUMPULAN:
NUR AYSHAH ATIQAH BINTI ALI OMAR
FATIN ADAWIYAH BINTI RAZMAN
NURUL LAILA NAJWA BINTI ZAIMAN

KELAS: 3 INQUIRER
TAJUK: PERINDUSTRIAN
GURU PEMBIMBING: PUAN SA'ADIAH BOHARI
SUBJEK: BAHASA MELAYU

MAKLUMAT TENTANG SUMBER EKONOMI

DEFINISI INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
MASALAH YAG DIHADAPI
POTENSI INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
HARAPAN

CONTOH SOALAN KARANGAN:

DALAM USAHA MEMPELBAGAIKAN KELUARAN INDUSTRI NEGARA, MALAYSIA BEGITU
PRIHATIN UNTUK TERUS MEMPERKEMBANGKAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS).
BINCANGKAN MASALAH DAN POTENSI YANG DIHADAPI INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
PADA MASA INI DI NEGARA KITA.

RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN: MENYATAKAN DEFINISI IKS
ISI 2: MASALAH KEKURANGAN MODAL DAN KESANNYA
ISI 3; POTENSI MEMBERI PELUANG PEKERJAAN
ISI 4: POTENSI MEMAKSIMUMKAN BAHAN MENTAH
PENUTUP: IKS DAPAT MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA

PENDAHULUAN

Industri kecil dan sederhana atau nama singkatannya IKS adalah perusahaan
perkilangan atau syarikat. IKS menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan
dengan ousing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta. IKS biasanya menggaji
pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Pelbagai potensi yang terdapat
dalam IKS untuk memajukan dan membangunkan ekonomi negara. Namun begitu,
IKS masih mengalami masalah yang biasa didengar dalam sektor perindustrian.

ISI 1

Masalah-masalah yang dihadapi industri kecil dan sederhana (IKS)
pada masa ini adalah masalah kekurangan modal perniagaan. Ini
kerana industri kecil dan sederhana menggunakan modal sendiri dan
susah untuk mendapat bantuan kredit daripada bank. Bukan itu sahaja,
masalah ini juga menyebabkan kesukaran mendapatkan bekalan bahan
mentah yang bermutu tinggi pada harga yang rendah. Oleh itu,
seseorang itu perlu membuat rancangan perniagaan yang betul supaya
anggaran pembiayaan juga bertepatan dengan model perniagaan yang
ingin diusahakan.

ISI 2

Selain itu, industri kecil dan sederhana mempunyai potensi untuk
membuka dan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat
terutamanya penduduk kampung. Sebagai contoh, kilang membuat
kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak,
membungkus serta memasarkan produk mereka. Oleh itu, sesebuah
kilang memerlukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 orang pekerja
untuk melaksanakan operasi. hal ini akan membuka peluang kepada
penduduk kampung malah mengurangkan masalah pengangguran
negara kita.

ISI 3
Seterusnya, industri kecil dan sederhana mampu untuk memaksimumkan
bahan-bahan mentah tempatan. Salah satu contoh adalah daripada
industri kecil dan sederhana yang berasaskan perabot. ia hanya
memerlukan buluh sebagai bahan mentah. pertambahan IKS di dalam
negara mampu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap
barangan import sekaligus dapat mengurangkan pengeluaran mata
wang negara

PENUTUP

Kesimpulannya, industri kecil dan sederhana mampu untuk memajukan
lagi ekonomi negara kita. Hal ini kerana IKS dapat mengukuhkan lagi
struktur asas ekonomi negara. Kewujudan IKS adalah pelengkap
kepada industri besar dan diharapkan dengan lebih banyak
pertubuhan IKS dapat membantu ekonomi negara untuk terus maju.
marilah kita bersama-sama memperkembangkan lagi industri kecil dan
sederhana kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan itu
cita-cita negara untuk menjadi negara perindustrian akan tercapai.

SUMBER RUJUKAN

http://diversitimalaysia.blogspot.com/p/perindustrian-di-
malaysia.html
http://gf2uplus.blogspot.com/p/25-perindustrian.html?m=1
http://businessblog3daa.blogspot.com/p/apa-itu-iks.html?m=1


Click to View FlipBook Version