The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DARANNYASHNE CHANDRAN
TINGKATAN 1 BERLIAN
SMK DATO' PENGGAWA TIMUR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DARANNYASHNE CHANDRAN, 2021-12-21 06:34:38

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 2021

DARANNYASHNE CHANDRAN
TINGKATAN 1 BERLIAN
SMK DATO' PENGGAWA TIMUR

SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR,
KM. 24, JALAN BESAR,
81750 MASAI, JOHOR DARUL TA’ZIM.

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1 2021

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK
DI TAMAN BUKIT DAHLIA, PASIR GUDANG,

JOHOR.

NAMA: DARANNYASHNE CHANDRAN
KELAS: 1 BERLIAN
NAMA GURU: CIKGU AHMAD UBAIDILLAH BIN AHMAD RASTON

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur, Puan Hajah
Hasnah binti Yussoff kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya
kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini.

Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 1
Berlian, Cikgu Ahmad Ubaidillah bin Ahmad Raston, yang sentiasa
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat
kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, Encik
Chandran A/L Raman dan Puan S. Sugunavathy A/P Subramaniam yang
telah memberikan banyak dorongan dan nasihat kepada saya bagi
menyiapkan kerja khusus Geografi ini. Jasa mereka tidak dapat saya
lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas saya tanpa mengira bangsa
dan agama kerana sudi mendorong saya bagi melengkapkan kerja khusus
ini dengan sempurna dan memberi pertolongan semasa diperlukan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden
yang telah sudi meluangkan masa bagi menjawab beberapa soalan
berkenaan dengan tajuk ini.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan sisa
domestik. Saya membuat kerja tentang jenis-jenis sisa domestik dan
kesan pembuangan sisa domestik yang dihadapi oleh penduduk di
kawasan taman tersebut. Antara sebab pemilihan kawasan kajian
adalah kawasan ini berhampiran dengan rumah saya, iaitu Pasir
Gudang, jadi memudahkan saya menjalankan kajian. Tambahan pula,
Pasir Gudang merupakan bandar paling tercemar di Johor sejak telah
berlakunya bencana alam seperti pencemaran Sungai Kim Kim,
jerebu daripada asap kilang dan sebagainya yang memudahkan saya
mendapat pelbagai sumber idea.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian di sekitar Taman Bukit Dahlia,
bertujuan untuk:

1. Menyatakan konsep, jenis dan contoh sisa
domestik yang terdapat di Taman Bukit Dahlia.

2. Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik
yang terdapat di Taman Bukit Dahlia.

3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa secara bijaksana di kawasan
sasaran.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya terletak di Taman Bukit Dahlia, Pasir
Gudang, Johor. Taman Bukit Dahlia merupakan sebuah taman
perumahan yang terletak di dalam daerah Pasir Gudang iaitu
berdekatan dengan kawasan kajian saya.

Kawasan ini terletak kira-kira 2 km daripada Taman Bukit
Dahlia dan mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sana jika
menaiki kereta.

Bentuk muka bumi yang terdapat di Taman Bukit Dahlia
adalah tanah pamah dan saliran. Terdapat banyak infrastruktur
yang dibangunkan di tanah pamah seperti tempat beristiadat,
sekolah, petempatan, pasaraya dan sebagainya. Terdapat juga
sungai-sungai seperti Sungai Kim Kim, Sungai Masai, Sungai
Perembi dan sebagainya.

KAEDAH KAJIAN

Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan perindustrian Pasir
Gudang yang merangkumi kilang-kilang. Kilang-kilang tersebut
melibatkan penggunaan bahan kimia. Pada 7 Mac 2019, sebuah pihak
kilang telah membuang bahan kimia ke dalam sungai yang telah
menyebabkan pencemaran Sungai Kim Kim. Kejadian ini telah memberi
kesan yang negatif kepada murid-murid dan penduduk sekitarnya.

Soal Selidik

Merujuk kepada kaedah ini pula, saya telah menyediakan satu Google
Form yang merangkumi soalan-soalan berkaitan beberapa punca, kesan
dan langkah-langkah mengatasi pencemaran yang disebabkan oleh
pembuangan sisa domestik yang tidak terkawal.

Rujukan

Saya telah membuat rujukan untuk kajian saya di laman web yang
tertentu, buku, majalah, keratan akhbar serta maklumat yang dikumpul
daripada ibu bapa dan rakan-rakan. Kaedah ini sangat berguna bagi saya
yang baru menjalankan kajian lapangan.

HASIL KAJIAN

Konsep Sisa Domestik
Menurut Wikipedia, sisa domestik merupakan bahan-bahan
buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa
makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa
domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa
domestik juga dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bukan
organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada aktiviti
harian manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak
balas semula jadi alam sekitar.

Punca-punca Pembuangan Sisa Domestik

I) Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut
jadual

Masalah pembuangan sisa domestik juga berlaku kerana pihak
berkuasa tidak bertanggungjawab ke atas jadual pungutan
sampah. Sekiranya sampah dipungut mengikut jadual, masalah
lambakan dan timbunan sampah-sarap di hadapan rumah atau
kawasan membuang sampah tidak akan berlaku.

II) Sikap pentingkan diri sendiri

Masalah pembuangan sisa domestik juga berpunca dari sikap
pentingkan diri sesetengah pihak. Ada yang berfikir bahawa
mereka tidak kisah jika kawasan persekitaran kotor dan
bersepah, asalkan dalam rumah mereka bersih dan terjaga.

III) Kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam sekitar

Pembuangan sisa domestik di merata-rata tempat juga adalah
berpunca daripada kurangnya pendidikan tentang kesan
pembuangan sampah pada alam sekitar.

Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik

I) Penularan wabak penyakit yang buruk

Masalah pembuangan sisa domestik boleh menyebabkan
ketinggian risiko penularan wabak penyakit yang buruk. Sebagai
contoh, nyamuk Aedes menyumbang kepada penyakit Denggi.
Pada masa kini pula, wabak COVID-19 dipercayai bahawa
berpunca daripada kelawar yang dijual di sebuah pasar di Wuhan,
China. Kelawar tersebut mungkin membiak di kawasan sisa
domestik. Keseluruhannya, penyakit boleh merebak melalui sisa
domestik.

II) Pembiakan lalat, tikus dan nyamuk

Selain itu, sebagai dinyatakan di atas, pembiakan serangga
seperti lalat, tikus dan nyamuk turut berkembang, yang
mengancam nyawa manusia. Lalat yang telah dikaitkan sebagai
pembawa kuman penyakit menyebabkan cirit-birit, keracunan
makanan dan sebagainya. Lalat tertarik kepada najis serta
berbagai tempat lain seperti tanaman/buah-buahan, sampah
sarap, sampah kebun dan sisa makanan. Tikus pula membuat
sarang dan membiak di tempat yang terdapat makanan dan di
tempat yang terlindung, seperti sampah-sarap yang tidak diurus
dengan sempurna yang akan meningkatkan masalah tikus.

III) Peningkatan kos penyelenggaraan

Selain itu, peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan
kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan
khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT). Kos
penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh PBT melibatkan kos
penyelenggaraan tapak pelupusan, baik pulih kemusnahan,
perawatan air tercemar dan gaji pekerja pembersihan.

Langkah-langkah Mencegah Pencemaran

I) Mengamalkan konsep 3R, iaitu Reduce, Reuse dan Recycle

Pada dasarnya konsep atau prinsip 3R (Reduce-Reuse-Recycle)
adalah urutan langkah untuk mengelola sampah dengan baik.
Langkah utama adalah Reduce, iaitu mengurangi timbulan
sampah. Seterusnya Reuse, menggunakan kembali, dan diikuti
oleh Recycle, mengitar semula untuk memberikan bahan
tersebut kesempatan kedua.

II) Memastikan jadual pungutan sampah di kawasan tempat
tinggal adalah teratur

Para penduduk perlu memastikan sampah diasingkan mengikut
sampah yang boleh dikitar semula dan sampah yang tidak boleh
dikitar semula. Sampah yang dikitar semula harus dimasukkan
dalam apa-apa bekas atau beg plastik yang bersesuaian seperti
yang ditetapkan dan diletakkan untuk dipungut di luar rumah
pada hari pungutan. Pada masa yang sama, mereka perlu
memastikan bahawa jadual pungutan sampah di taman
perumahan mereka adalah teratur supaya dapat mengelakkan
bau busuk dan pembiakan serangga.

III) Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak
berkuasa

Penguatkuasaan tegas perlu diambil oleh semua agensi yang
berkaitan bagi melindungi alam sekitar dalam negara kita. Ini
susulan pendedahan pelbagai isu yang berkaitan dengan
beberapa insiden pencemaran yang telah berlaku di Malaysia
seperti di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Pahang sehingga
mencemarkan keadaan sungai di sana.

RUMUSAN

Keseluruhannya melalui kajian ini, saya berpeluang
mengenal pasti kesan-kesan pembuangan sisa domestik yang
berlebihan. Saya juga telah sedar bahawa isu alam sekitar ini
tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak kerana kesan
negatif yang berpanjangan yang boleh dibawa melaluinya
seperti kesan buruk terhadap tahap kesihatan manusia sekeliling,
keadaan tanah, udara, kualiti air dan lain-lain lagi.

Sekiranya, kegiatan pencemaran tidak dibendung dari
sekarang, pencemaran yang berlaku ini boleh juga menjejaskan
reputasi negara kita di hadapan mata masyarakat antarabangsa
yang turut melibatkan kerosotan pada kegiatan ekonomi negara.

Adalah penting supaya proses penguatkuasaan terhadap
undang-undang sedia ada diambil terhadap mana-mana pihak
yang didapati bersalah melakukan sebarang aktiviti yang boleh
menjemurus kepada proses pencemaran sama ada pencemaran
tanah, udara ataupun pencemaran air.

RUJUKAN

1. Punca, kesan dan langkah-langkah mencegah pembuangan sisa domestik

https://ilabur.com/punca-pembuangan-sisa-domestik/

2. Buku teks Geografi Tingkatan 1

https://anyflip.com/opsf/xrbs/

3. Konsep 3R, Reuse, Reduce, Recycle

https://waste4change.com/blog/konsep-prinsip-3r-reduce-reuse-recycle/

4. Pungutan sampah yang teratur

https://www.pgc.com.my/2020/wp-content/uploads/2020/11/Kategori-
Taman-Perumahan.pdf

5. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penguatkuasaan-tegas-perlu-
diambil-lindungi-alam-sekitar-201101

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version