The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG TBK KEMAS NUR CAHAYA KALI KE-12
2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSMARIAWATI CHE LAH, 2023-06-09 11:56:22

BUKU MESYUARAT AGUNG TBK KEMAS NUR CAHAYA

BUKU MESYUARAT AGUNG TBK KEMAS NUR CAHAYA KALI KE-12
2023

1 MESYUARAT AGUNG KALI KE -12 Tarikh: 10 Jun 2023 Hari:Sabtu Masa: 9 pagi Tempat : TABIKA KEMAS Nur Cahaya Dirasmikan oleh; EN. MOHD SAFRI BIN TAMBONG PEGAWAI KEMAS DAERAH PETALING TABIKA KEMAS NUR CAHAYA JLN TK 4/6B SEKSYEN 4, TAMAN KINRARA,47100 PUCHONG SELANGOR


2 PERKARA MUKA SURAT ATURCARA MAJLIS 3 SEKAPUR SIRIH 4 JAWATANKUASA TABIKA 2022/2024 6 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-11 7 LAPORAN AKITIVITI 20 LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 2022 22 ATURCARA MAJLIS


3 8.30 pagi - Kehadiran tetamu/Pendaftaran 9.00 pagi - Kehadiran tetamu VIP - Pegawai KEMAS Daerah Petaling - Penyelia Pelbagai Jurusan 9.30 pagi - Kata-kata aluan pengerusi Majlis - Nyanyian lagu Negaraku - Lagu KEMAS - Bacaan Ummul Kitab (Al-Fatihah) -Ucapan Pengerusi TABIKA KEMAS Nur Cahaya (En.Sahrum Bin Ismail) - Ucapan Pegawai KEMAS Daerah Petaling (En.Mohd Safri Bin Tambong) (Perasmian program) 10.00 pagi - Mesyuarat Agung TABIKA bermula - Ucapan Tuan Pengerusi Tabika KEMAS Nur Cahaya - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-11 - Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan - Pembentangan ,Penerimaaan dan Kelulusan Penyata Kewangan yang Berakhir 31 Disember 2022 - Membahaskan usul (jika ada) - Pemilihan jawatankuasa ( bagi mengantikan jawatan kekosongan AJK ) - Hal-hal lain - Ucapan penangguhan 12.00 T/hari - Jamuan berbungkus dan Bersurai ATURCARA MAJLIS


4 Sekapur Sirih KATA-KATA ALUAN PENGERUSI TABIKA KEMAS NUR CAHAYA Alhamdulillah ,Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T di atas limpah rahmatNya, dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung TABIKA KEMAS Nur Cahaya kali ke-12 ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak TABIKA dan barisan AJK serta ibubapa kerana kesungguhan menjayakan mesyuarat kita pada kali ini. Saya dan barisan Ahli Jawatankuasa TABIKA KEMAS Nur Cahaya berasa amat terharu di atas sokongan padu dan kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam setiap aktiviti yang diatur oleh pihak TABIKA. Sekalung ucapan syabas dan tahniah juga atas segala penglibatan dan pencapaian anak-anak TABIKA yang pernah mengharumkan nama TABIKA diperingkat Parlimen ,Daerah dan Negeri. Sesungguhnya kejayaan ini hasil kesungguhan dan pengorbanan yang tinggi dikalangan kanak-kanak dan guru serta sokongan padu daripada ibubapa dan penjaga. Semoga warga TABIKA KEMAS NUR CAHAYA akan melakar kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. Insya Allah. “Berkhidmat kerana Allah untuk Agama,Bangsa dan Negara” Yang Menjalankan Amanah, Sahrum Bin Ismail, Pengerusi TABIKA KEMAS Nur Cahaya.


5 Sekapur Sirih KATA-KATA ALUAN PENDIDIK MASYARAKAT TABIKA KEMAS NUR CAHAYA Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T atas keizinanNya dapat kita bersua lagi dalam Mesyuarat Agung TABIKA KEMAS Nur Cahaya kali ke-12 .Jutaan terima kasih kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk menitipkan sepatah dua kata di dalam Buku Aturcara Mesyuarat Agung kali ini. Dalam situasi hari ini, keselamatan warga TABIKA KEMAS menjadi keutamaan pihak TABIKA dan Jabatan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapa amatlah diharapkan agar anak-anak dapat hadir ke TABIKA dalam keadaan sihat dan selamat. Alhamdulillah ,walaupun kita semua diuji ketika ini dengan cuaca dan masalah kesihatan yang tidak menentu ,namun pihak TABIKA telah berusaha membuat sehabis baik dalam pembelajaran anak-anak. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan ibu bapa dan penjaga serta Ahli Jawatankuasa TABIKA sesi 2002/2004 yang bekerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti TABIKA ini. Semoga segala usaha dan kerja amal kita diberkati Allah S.W.T. Akhir kata,ribuan terima kasih kerana semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat kali ini.Komitmen anda semua amatlah saya hargai. Bersama kita Bersatu hati merealsasikan kecemerlangan TABIKA KEMAS NUR CAHAYA ini. Sekian,Terima Kasih Yang Menjalankan Amanah, Rosmariawati Binti Che Lah , Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS Nur Cahaya.


6 Pengerusi : Encik Mohd Sahrum Bin Ismail Naib Pengerusi : Encik Amirul Hafiz Bin Sukor Setiausaha 1 : Puan Noraslinda Binti Md.Nor Naib Setiausaha : Puan Rosmah Bin Marhamdan Bendahari : Puan Rosmariawati Binti Che Lah Pemeriksa kira-kira 1 : Puan Siti Nur Faizah Binti Ismail Pemeriksa kira-kira 2 : Puan Siti Hajar Binti Lop Ahli Jawatankuasa : i. Encik Muhammad Anas Bin Musa ii. Encik Syarikin Bin Ab.Razak iii. Encik Muhammad Waqiyuddin Bin Jamaludin iv. Encik Iswandey Bin Nori v. Encik Mazlan Bin Mat Arif vi. Puan Basariah Binti Mohamad vii. Puan Siti Arbiah Binti Miasil viii. Puan Nurziana Binti Elis ix. Puan Suhaida Binti Ahmad x. Puan Nik Norliza Bin Mohd Nor xi. Puan Noridayu Binti Mohamed xii. Puan Siti Norrodiah Binti Zulkifli xiii. Puan Umi Dzarifah Binti Ismail xiv. Puan Nor Jasrunanie Binti Mat Jusoh xv. Puan Nurul Wahiba Binti Mustafa xvi. Puan Siti Fatimah Binti Shaharudin xvii. Puan Nasiha Binti Mazelan Ahli Jawatankuasa TABIKA KEMAS NUR CAHAYA SESI 2022/2024


7 MINIT MESYUARAT AGUNG TABIKA KEMAS NUR CAHAYA KALI KE 12 TAHUN 2023


8 MINIT MESYUARAT TAHUNAN 2022 TABIKA KEMAS NUR CAHAYA TARIKH :28 MEI 2022 MASA :8.00 PAGI TEMPAT :TABIKA KEMAS NUR CAHAYA,SEKSYEN 4 BANDAR KINRARA KEHADIRAN :37 ORANG KEHADIRAN 1. Encik Sahrum Bin Ismail 2. Encik Amirul Hafiz Bin Sukor 3. Encik Muhammad Anas Bin Musa 4. Encik Muhammad Waqiyuddin Bin Jamaludin 5. Encik Iswandey Bin Nori 6. Encik Syarikin Bin Ab.Razak 7. Puan Susanti 8. Puan Noraslinda Binti Md.Nor 9. Puan Rosmariawati Binti Che Lah 10. Puan Ronah Bin Chemae 11. Puan Siti Hajar Binti Lop 12. Puan Basariah Binti Mohamad 13. Puan Siti Arbiah Binti Miasil 14. Puan Rosmah Bin Marhamdan 15. Puan Nurziana Binti Elis 16. Puan Nur Hidayah Binti Chua 17. Puan Nik Norliza Bin Mohd Nor 18. Puan Noridayu Binti Mohamed 19. Puan Siti Norrodiah Binti Zulkifli 20. Puan Umi Dzarifah Binti Ismail 21. Puan Nor Jasrunanie Binti Mat Jusoh 22. Puan Nurul Baizura Binti Naharudin 23. Puan Noridah Binti Harun 24. Encik Yusairi Bin Yusuff 25. Encik Abdul Muiz Bin Mohd Nazri 26. Puan Arniesuhaida Binti Abas 27. Puan Farah Adibah Binti Yahaya 28. Puan Fazlin Bin Sabtu 29. Puan Nur Ilmuna Bin Zainol 30. Puan Juraini Binti Jasman 31. Puan Hani Elda Binti Mohd Hanif 32. Encik Mohd Izwan Bin Abd.Rahman 33. Puan Siti Fatimah 34. Puan Nasiha Bin Mazlan 35. Puan Effa Lyana Binti Mohd Suhaimi 36. Puan Noradianti 37. Puan Nurul Wahiba Binti Mustafa AGENDA MESYUARAT AGUNG 2022


9 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Tabika sesi 2020/2022 2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat tahunan 2021 3. Membentangkan kewangan berakhir tahun 2021 4. Laporan aktiviti Tabika 2021 5. Perlantikan AJK Tabika sesi 2022/2024 6. 15 orang Ahli jawatankuasa 7. Hal –hal lain/isu/cadangan 8. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Tabika


10 NO PERKARA TINDAKAN 1 Ucapan Pengerusi Majlis • Ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis. • Menjemput Encik Sahrum Bin Ismail untuk menyampaikan ucapan. • Majlis dimulakan dengan ummul kitab Al fatihah Makluman 2 Ucapan Pengerusi 2.1 Encik Sahrum Bin Ismail, selaku Pengerusi Tabika terlebih dahulu memberi ucapan alu-aluan dan disusuli ucapan terima kasih atas kesudian AJK dan ibubapa menghadirkan diri ke mesyuarat ini. 2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua hadirin yang dapat hadir dan menjayakan mesyuarat Agung kali ini,walaupun negara masih belum bebas dengan wabak Covid-19. 2.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Pendidik Masyarakat iaitu Puan Rosmariawati dan PPMS Puan Basariah diatas didikan dan bimbingan yang diberikan kepada kanak-kanak. 2.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang membantu ketika TABIKA memerlukan bantuan. 2.5 Beliau juga meminta kepada ibu bapa supaya memberi kerjasama kepada guru sekaligus Tabika sekiranya anak-anak terlibat dalam setiap aktiviti yang di anjurkan oleh tabika dan juga aktiviti Parlimen. 2.6 Begitu juga dengan pembelajaran di dalam kelas, beliau meminta ibu bapa sentiasa memberi kerjasama ,supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah. 2.7 Beliau juga memohon agar ibubapa serta AJK dapat menyumbang dari segi kewangan,tenaga dan peralatan untuk menaik taraf TABIKA ini. 2.8 Boleh juga menjawab usul dan permasalahan yang berlaku di dalam dan persekitaran tabika antaranya masalah seperti : i. Masalah air ii. Masalah keselamatan bangunan iii. Banjir 2.9 Diakhir kata, beliau mengucapkan terima-kasih kepada semua AJK dan ibu-bapa yang hadir. Makluman 3 Pembentangkan dan Pengesahkan minit mesyuarat tahunan 2021 3.1 Puan Noraslinda selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. 3.2 Beliau meminta Puan Rosmariawati untuk merumuskan hal-hal dan situasi isu untuk diperjelaskan kepada hadirin yang hadir. 3.3 Puan Rosmariawati merumukan isu seperti berikut; i. Masalah air -Dua pucuk telah dihantar sekali lagi kepada Datuk Bandar Subang Jaya YBhg. Dato' Johary Bin Anuar serta Jabatan Perancang Bandar TPr. Ismail Bin Muhamad bagi tujuan memohon kebenaran pemasangan meter air. ii. Masalah keselamatan bangunan-pada ogos 2021 TABIKA telah mendapat baik pulih seperti: Makluman Pihak MBSJ telah membalas surat tersebut pada Tarikh 23hb Mei 2022 Surat dibahagian lampiran


11 ✓ Pemasangan siling dalam kelas ✓ Lampu ✓ Pintu sliding ✓ Tandas duduk(guru&kanak-kanak) iii. Isu longkang -Pada bulan April 2022 telah mendapat peruntukan dari KEMAS untuk membuat longkang 3.4 Pengerusi TABIKA diberi pujian dan tepukan atas usaha dan kerjasama yang sangat padu kepada TABIKA. 3.5 Puan Rosmariawati menjelaskan ada aktiviti yang telah dirancang melalui takwim TABIKA tidak dapat dilaksanakan kerana masalah Pandemik covid-19. 3.6 Selesai Puan Rosmariawati memberi penerangan ,Puan Noraslinda meminta agar minit tersebut disahkan. i. Disahkan oleh: Puan Noridah Binti Harun ii. Disokong oleh: Puan Nurul Wahiba Binti Mustafa Makluman 4 Pembentangan kewangan berakhir tahun 2021 4.1 Puan Rosmariawati membentangkan kewangan berakhir bagi tahun 2021 4.2 Beliau memohon agar minit mesyuarat ini dilampirkan bersama surat kebenaran pengerusi untuk pengeluaran sebanyak RM1000 bagi kegunaan pembelian makanan kanak-kanak dan perkara yang berkaitan termasuk aktiviti tabika sebagai ganti menggunakan duit sumbangan bulanan. 4.3 Beliau juga memaklumkan segala sumbangan yang diterima dari pihak yang ingin menyumbang akan melalui akaun TABIKA(BankRakyat). Makluman 5 Perlantikan AJK Tabika sesi 2022/2024 5.1 Pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2021 5.1.1 Puan Rosmah melantik Encik Sahrum sebagai pengerusi Sementara 5.1.2 Perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2022/2024 dimulakan oleh En Sahrum selaku pengerusi sementara 1. Pengerusi Calon Encik Sahrum menang tanpa bertanding Dicadangkan oleh: Puan Nurul Wahiba Bin Mustafa Disokong oleh: Puan Effa Lyana dan dipersetujui oleh semua yang hadir 2. Naib Pengerusi Calon Encik Amirul Hafiz menang tanpa bertanding Dicadangkan oleh : Encik Syarikin Bin Ab.Razak Disokong oleh : Encik Waqiyuddin Bin Jamaludin Mesyuarat sebulat suara bersetuju


12 3. Setiausaha Calon Puan Noraslinda Md.Nor Dicadangkan oleh: Puan Siti Norradiah Binti Zulkifli Disokong oleh: Puan Siti Arbiah Binti Miasil 4. Naib Setiausaha Calon Puan Rosmah Bin Marhamdan Dicadangkan oleh: Puan Ilmuna Binti Zainol Disokong oleh : Puan Nurul Amira Binti Rahim 5. Bendahari Tiada lantikan kerana Bendahari ialah Pendidik Masyarakat (Puan Rosmariawati Binti Che Lah) 6. Pemeriksa kira-kira 1 Calon Puan Siti Nur Faizah Binti Ismail,beliau menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua yang hadir untuk terus memegang jawatan tersebut kerana beliau sentiasa memberi komitmen dan bertanggungjawab terhadap jawatan yang digalas oleh beliau. 7. Pemeriksa kira-kira 2 Calon :Puan Siti Hajar Binti Lop Dicadangkan oleh : Puan Noraslinda Binti Md.Nor Disokong oleh: Puan Rosmah Bin Marhamdan 8. Ahli Jawatankuasa i. Encik Muhammad Anas Bin Musa ii. Encik Syarikin Bin Ab.Razak iii. Encik Muhammad Waqiyuddin Bin Jamaludin iv. Encik Iswandey Bin Nori v. Encik Mazlan Bin Mat Arif vi. Puan Basariah Binti Mohamad vii. Puan Siti Arbiah Binti Miasil viii. Puan Nurziana Binti Elis ix. Puan Suhaida Binti Ahmad x. Puan Nik Norliza Bin Mohd Nor xi. Puan Noridayu Binti Mohamed xii. Puan Siti Norrodiah Binti Zulkifli xiii. Puan Umi Dzarifah Binti Ismail xiv. Puan Nor Jasrunanie Binti Mat Jusoh xv. Puan Nurul Wahiba Binti Mustafa xvi. Puan Siti Fatimah Binti Shaharudin xvii. Puan Nasiha Binti Mazelan Mesyuarat sebulat suara bersetuju Mesyuarat sebulat suara bersetuju 6 Ucapan Perasmian Ucapan Perasmian oleh wakil KEMAS Daerah Petaling ,Puan Norfadilah Binti Mohd Tongsin


13 Pen. Peg Operasi Pembangunan Komuniti dan Kemahiran KEMAS Parlimen Subang. Antara ucapan beliau: i. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. ii. Beliau mengucapkan tahniah bagi Ahli jawatankuasa yang telah dilantik.Harapan beliau agar semua barisan AJK ini dapat menjalakan tugas sebaik mungkin begitu juga para ibubapa ,beliau mengharapkan semua dapat memberi sokongan ,berkongsi idea baru yang menarik serta sumbangan agar menjadikan TABIKA ini lebih menarik, menambahbaikan dan ber”alaf” baru. iii. Beliau menambah lagi,sepatutnya AJK adalah perlantikan baru,namun jika semua bersetuju mengekalkan AJK lama atas sebab mereka sentiasa memberi komitmen kepada TABIKA,ia tidak menjadi satu kesalahan.Beliau akui tidak semua AJK dapat memberi komitmen dan sokongan kepada TABIKA,ini kerana semua AJK adalah sukarelawan yang sentiasa membantu TABIKA tanpa mengharap apa-apa balasan. iv. Beliau juga memuji Pengerusi TABIKA ,En Sahrum atas tanggungjawab yang dipegang beliau banyak dan sentiasa membantu guru dan TABIKA ,sehingga TABIKA ini sekali lagi mendapat peruntukan pada tahun ini 2022. v. Akhir ucapan beliau menyeru sekali lagi agar semua ibubapa dan AJK sentiasa memberi kerjasama terhadap TABIKA dan Pendidik Masyarakat(Guru). vi. Kemudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung TABIKA KEMAS Nur cahaya bagi tahun 2022. 6.1 Sesi penyampaian cenderahati kepada Puan Fadilah dan Encik Sahrum Makluman 7 Hal-Hal Lain 7.1 Puan Rosmariawati Binti Che Lah membacakan takwim bagi sesi 2022 7.2 Antara aktiviti yang dirancang ialah: 7.2.1 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN i. Sambutan dan pertandingan hari kemerdekaan-hias TABIKA agar lebih meriah ii. Kibarkan bendera Jalur Gemilang iii. Pemasangan lampu berwarna warni diwaktu malam iv. Anggaran perbelanjaan dalam RM1000.00 7.2.2 PERTANDINGAN POTENSI i. Pada tahun ini antara acara yang dipertandingkan ialah Futsal,Bolajaring,Rounders,Gerak Kreatif,Kids Athletics Makluman Mesyuarat setuju sebulat suara


14 ii. Papan tanda TABIKA KEMAS Nur Cahaya menggunakan duit sumbangan Ahli Parlimen Subang Anggaran Perbelanjaan adalah : ✓ Papan Tanda 3D - Saiz 14' (P) x 4' (T), PVC Foamboard 10mm Thick. 25mm SHS as Frame with 2" CHS as Pole. =RM800.00 ✓ Transport Charges untuk penghantaran dan pemasangan di luar kawasan(dari Kuala Kubu Bahru)=RM200 Jumlah keseluruhan :RM1000.00 7.2.3 HARI SUKAN NEGARA -bulan oktober 7.2.4 LAWATAN PENDIDIKAN-dalam perancangan 7.2.5 HARI TERBUKA FASA 1 DAN 2- Akan diberitahu kelak 7.2.6 PROGRAM GOTONG ROYONG TABIKA- dijangka pada bulan jun,ogos,disember dan febuari 7.2.7 PERTANDINGAN PINTAR BOTANI Anggaran perbelanjaan: ➢ Permbelian tanah hitam =RM10.00 x 50 beg(1 beg/10kg) =RM500.00 ➢ Anak pokok terung= RM8.00 X 20 pokok = RM160.00 ➢ Cat minyak = RM12.00 X 10 Tin = RM 120.00 ➢ Batu bata = 1 pallet X RM400.00=RM400.00 ➢ Keperluan berkebun anggaran RM500.00 ➢ Makanan gotong royong (Sarapan/Tengah hari) anggaran RM10.00 X 20 orang = RM200.00 Jumlah keseluruhan ialah RM1880.00 7.2.8 SAMBUTAN HARI LAHIR/GURU/IBU/BAPA/KANAK-KANAK-ada diantaranya telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan 7.2.9 MAJLIS AKHIR TAHUN/APRESIASI-dijangka hujung bulan Febuari 2023 7.3 Puan Rosmariawati Binti Che Lah, memohon untuk mengeluarkan PBMT bagi bulan Mei dan Jun 2022 Mei: RM3.00 X 25 X 16= RM 1200.00 Jun RM3.00 X 25 X 17= RM 1275.00 Jumlah keseluruhan: RM2475.00 7.4 Puan Rosmariawati Binti Che Lah, memaklumkan pendaftaran akan dibuka pada bulan julai 2022 ,jika ada perubahan beliau akan maklumkan kelak. 7.5 Beliau membuka cadangan dan idea kepada ibubapa Mesyuarat setuju sebulat suara Mesyuarat setuju sebulat suara Mesyuarat setuju sebulat suara Makluman


15 7.5.1 Puan Fatimah mencadangkan diadakan hari usahawan 7.5.2 Puan Rosmariawati mencadangkan kanak-kanak menjual hasil kebun dipasar pagi bagi memberi didikan awal kanakkanak untuk mengenal sayur dan matawang.(Terdapat dalam Tunjang Awal Matematik/Awal sains) 7.5.3 Encik Sahrum memaklumkan jika ibubapa ingin berkebun di TABIKA pada hari minggu boleh memaklumkan untuk dibuka pintu pagar TABIKA. 7.5.4 Mengenai masalah air beliau meminta agar Puan Rosmariawati untuk mengeluarkan duit dari akaun TABIKA bagi pemasangan meter untuk TABIKA ,ini kerana surat kebenaran dari MBSJ telah diterima. 7.5.5 Puan Rosmariawati menerangkan antara butiran kos untuk pemasangan meter bagi tujuan permasangan meter.Antaranya ialah: i. Pengurusan dengan pihak air Selangor bagi permohonan bekalan air untuk 1 unit meter ii. Kerja-kerja korekkan potong jalan dan tapping main paip hingga ke stand meter. iii. Kerja-kerja pemasangan paip air 1” dari main paip hingga ke stand meter sejauh 10 meter. iv. Pemasangan meter stand menggunakan paip stainless lengkap sepenuhnya sepertimana yang diluluskan pihak mengguruskan air Selangor. v. Kerja-kerja turapan dan kemasan. vi. Bayaran Cagaran dan SKP Pengurusan Air Selangor SDN. BHD. vii. Pembelian salur paip dan pili. viii. Kerja-kerja pemasangan bekalan air paip air dari meter ke TABIKA. ix. Upah pemasangan. Jumlah keseluruhan ialah RM4500.00 7.6 Akhir kata ,selaku guru Puan Rosmariawati berharap ibubapa dapat bersama-sama membantu beliau dan memberi kerjasama serta berkongsi idea bagi meningkatkan mutu pendidikan anak-anak. 7.7 Encik Sahrum juga berharap ibubapa dapat memberi kerjasama yang padu bagi membantu guru untuk bersama-sama menaikkan taraf pendidikan dan memajukan tabika bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak. Mesyuarat sebulat suara bersetuju ini adalah kerana bekalan air yang diterima sejak sekian lama adalah atas belas ihsan salah seorang penduduk terdekat.Manakala bekalan air yang diterima sangat perlahan kerana berkongsi.Ini agak menyukarkan warga TABIKA. Anggaran perbelanjaan di Bahagia lampiran 8 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi


16 Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Noraslinda Binti Md.Nor) (Sahrum Bin Ismail) Setiausaha TABIKA KEMAS Nur Cahaya Pengerusi TABIKA KEMAS Nur Cahaya


17 Lampiran 1 Bil Perbelanjaan RM 1 i.Pengurusan dengan pihak air Selangor bagi permohonan bekalan air untuk 1 unit meter ii. Kerja-kerja mengorek, potong jalan dan tapping main paip hingga ke stand meter. iii. Kerja-kerja pemasangan paip air 1” dari main paip hingga ke stand meter sejauh 10 meter. iv. Pemasangan meter stand menggunakan paip stainless lengkap sepenuhnya sepertimana yang diluluskan pihak mengguruskan air Selangor. v. Kerja-kerja turapan dan kemasan. vi. Bayaran Cagaran dan SKP Pengurusan Air Selangor SDN. BHD. vii. Pembelian salur paip dan pili. viii. Kerja-kerja pemasangan bekalan air paip air dari meter ke TABIKA. ix. Upah pemasangan. RM4500.00 TOTAL RM 4500.00


18 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2022


19


20 PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


21


22 Sekalung penghargaan buat barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2022/2024 ,ibu bapa serta seluruh warga TABIKA KEMAS NUR CAHAYA atas segala usaha dan keringat dalam menjayakan segala aktiviti kecemerlangan TABIKA ini. Semoga kanak-kanak akan memperoleh kejayaan cemerlang dalam semua aspek sama ada bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Bersama-sama kita berganding bahu ,berkongsi idea dan bersatu hati dalam melahirkan generasi Rabbani yang diberkati Allah dunia dan akhirat. “SATU SEMANGAT SATU PASUKAN SATU KEMENANGAN” #imkemas #kemas4u #sentiasadihati # selangorthegreat


Click to View FlipBook Version