Pengaruh
Globalisasi
Terhadap
Masyarakat Islam
NAMA PENSYARAH : WAHIDAH BINTI MAT SAID
KOD KURSUS : (MPU23012) PENGAJIAN ISLAM
Ahli Kumpulan
o AISYAH IZZATI BINTI MOHD ANUAR
(02DSK21F1035)
o SYAZA QAISARA BINTI MOHD RABI
(02DSK21F1011)
o AFIFAH KHAIRIAH BT MOHD RASHIDI
(02DSK21F1009)
o IMAN KHAIRUNNISA BINTI MOHD ADNAN
(02DSK21F1041)
o NURUL BATRISYIA BINTI BASRI
(02DSK21F1043)
2
Isi Kandungan
⊳ Definisi Globalisasi
⊳ Ciri-ciri Globalisasi
⊳ Faktor Globalisasi
⊳ Cabaran Globalisasi
⊳ Kesan Globalisasi
⊳ Langkah Menangani Globalisasi
⊳ Rujukan
⊳ Lampiran
⊳ Kesimpulan
3
Apa itu Globalisasi?
4
Definisi Globalisasi
Globalisasi dapat didefinasikan sebagai dunia tanpa sempadan akibat kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi. Ia secara langsung mengarah kepada
perkembangan kapitalisme. Globalisasi ekonomi pada asasnya adalah aktiviti ekonomi
bersepadu atau perdagangan antarabangsa yang berlaku tanpa sempadan negara.
Globalisasi ekonomi memudahkan keluar masuk barangan dari dalam dan luar negara.
Hasilnya, proses globalisasi telah mengubah cara negara dan subjek berinteraksi dan
memberikan dampak besar pada ekonomi sama ada dari aspek pasar tenaga kerja,
perdagangan internasional, politik iaitu membangun demokrasi, menghormati hak asasi
manusia, dan akses ke pendidikan, teknologi dan lain-lain.
5
Ciri-Ciri Globalisasi
6
Ciri – Ciri Globalisasi
1 Terjadinya perubahan berkenaan kemajuan dan pembangunan
teknologi dalam semua aspek sebagai contoh dengan terjadinya
perkembangan barangan seperti telefon bimbit, televisyen satelit,
dan internet, ia menunjukkan bahawa komunikasi global berlaku
begitu pantas. Globalisasi juga boleh dilihat melalui perkembangan
pesat sains dan teknologi sehingga mampu mengubah dunia
secara fundamental, contohnya dengan kemajuan teknologi
semasa yang mampu menjadikan kita lebih cekap.
7
2 Pasaran dan ekonomi pengeluaran negara yang saling
bergantung. Kerjasama ekonomi antara negara di dunia atau boleh
dipanggil sebagai perjanjian perdagangan antarabangsa ini
mengakibatkan proses globalisasi berlaku secara berterusan tanpa
henti. Pasaran dan pengeluaran ekonomi di setiap negara menjadi
saling bergantung hasil daripada pertumbuhan perdagangan
antarabangsa, peningkatan pengaruh syarikat multinasional, dan
penguasaan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
8
3 Terdapat aktiviti interaksi dan pertukaran budaya tanpa disedari.
Kemajuan teknologi ini menjadikan interaksi antara masyarakat
dunia pada umumnya, yang akhirnya akan mempengaruhi satu
sama lain. Malangnya, interaksi pertukaran budaya ini tanpa kita
sedari membuatkan budaya tempatan semakin luntur. Jika
diterokai lebih lanjut, kebanyakan generasi muda lebih
mengutamakan budaya asing berbanding budaya tempatan. Hal
ini mengakibatkan budaya dalam negara hanya diketahui oleh
golongan tertentu sahaja.
9
Faktor Globalisasi
10
1 Faktor Globalisasi
Terpengaruh Dengan Hiburan Yang Melampau.
Dengan seiring perkembangan zaman dan pengaruh globalisasi yang masuk ke
Malaysia, budaya-budaya asing mula mempengaruhi dan menyaingi negara ini.
Salah satunya budaya yang datang dari Korea Selatan, negara ginseng ini
telah meluaskan dan menyebarkan arus budaya yang disebut Korean Wave.
Kuatnya arus globalisasi hiburan ini, menjadi penyebab utama maraknya idolalisasi
terhadap produk-produk import. Tawaran yang sangat menghiburkan generasi
muda ini, ibarat menemukan air di gurun pasir yang tandus. Sehinggakan tanpa
berfikir panjang, hiburan khas Korea Selatan ini menjadi makanan seharian di
Malaysia. Antara trend yang menjadi ikutan ialah lagu, drama, makanan dan
bahasa pertuturan. Trend yang menjadi ikutan ini telah membuatkan sebagian
masyarakat geleng tak percaya. Ini kerana remaja pada hari ini telah jauh
tersimpang daripada budaya yang selalu nenek moyang kita amalkan.
11
2 Proses Pembangunan Sosial
Proses pembangunan sosial juga menjadi punca kepada isu globalisasi ini. Antaranya ialah cara
mentadbir kerajaan. Seperti yang kita semua tahu, negara Malaysiai ialah negara yang berteraskan
Islam dan menggunakan agama islam sebagai agama rasmi negara. Malaysia telah terlihat
mula mengikuti cara pebtadbiran yang telah di guna pakai negara-negara barat seperti Amerika. Ia
telah mengubah sedikit sebanyak cara pentadbiran di Malaysia. Dengan berkonsepkan raja
perlembagaan, kuasa raja-raja Melayu mula terhakis sehinggakan mereka hanya perlu bersetuju dan
menolak jika di ajukan dan berkait dengan agama islam sahaja. Perdana menteri negara yang
membuat keputusan untuk pembagunan negara tanpa perlu rujuk kepada para Raja-Raja Melayu
untuk mendapat persetujuan. Disebabkan pentadbiran tersebut, banyak perkara yang melalaikan
terjadi. Ramai pemuda-pemudi islam telah terpesong lau melakukan maksiat. Pemimpin islam yang
betul akan memerintah berpandukan al-quran dan sunnah.
12
Cabaran Globalisasi
13
Cabaran Globalisasi
1 Budaya hedonisme yang semakin meluas.
Hedonisme bermaksud pegangan hidup yang mementingkan kesenangan dan
keseronokan hidup. Pegangan seperti ini yang semakin menular dalam
kalangan umat Islam di seluruh dunia. Ini menyebabkan masyarakat semakin
lalai dan lupa pegangan sebenar Islam. Hedonisme merupakan satu ancaman
yang bahaya yang menyerang umat Islam dari segi gaya hidup.Hedonisme
meninggalkan kesan ke atas umat Islam di dalam dua perkara yang dianggap
teras agama Islam yang sepatutnya boleh bertindak sebagai pelindung umat
Islam iaitu akidah. Contoh yang paling dekat ialah wujudnya kelab malam yang
merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.
14
Cabaran Globalisasi
2 Penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W
Terdapat beberapa pihak yang terdiri daripada musuh-musuh Islam yang
melontarkan hinaan kepada keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang
dianggap insan yang berhawa nafsu tinggi kerana memiliki isteri yang ramai.
Contohnya penerbitan filem-filem yang memburukkan keperibadian Nabi
Muhammad S.A.W. Sebagai contoh, Presiden Perancis yang meyebarkan
karikatur yang menghina Nabi dan ahli politik India yang menghina NAbi
Muhammad S.A.W dan Isteri baginda Aisyah. R.A .Ini adalah hal yang sangat
serius dan berat. Seluruh umat Islam perlu bersatu mempertahankan Nabi
dan bersama-sama memboikot musuh-musuh Islam ini.
15
Cabaran Globalisasi
3 Fahaman Barat dalam Menentang Islam
Fahaman liberalisme bermaksud kebebasan. Liberalisme adalah satu bentuk
fahaman sekularisme, iaitu memisahkan aspek agama dan membolehkan
sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama. Oleh sebab itu
pemikiran mereka berbeza-beza, sesuai dengan pengetahuan mereka
terhadap modenisasi Barat. Golongan ini terus menjadikan akal sebagai
sumber hukum dan asas kepada fahaman liberal. Golongan ini juga
bersepakat mengutamakan logik akal daripada menggunakan al-Quran dan
al-Hadis dalam hujah. Sebagai contoh, mereka mengajak umat Islam
menerima LGBTQ. Sedangkan itu adalah terang-terang melanggar syariat
Islam. Jadi umat Islam seharusnya menolak ajaran liberalisme ini dan kekal
teguh dengan akidah Islam.
12
Kesan Globalisasi
17
Kesan Globalisasi
KESAN NEGATIF
⊳ Globalisasi telah memaksakan budaya hidup masyarakat Barat ke atas masyarakat Timur. Sebagai
contoh, masyarakat Melayu-Islam di Malaysia mempunyai adat budaya yang tersendiri. Namun oleh
kerana pengaruh globalisasi, cara hidup dan berfikir masyarakat Barat ditonjolkan dengan
berleluasa, maka wujudlah budaya hidup dan cara berfikir masyarakat Barat dan perkara ini telah
mengatasi cara hidup dan berfikir masyarakat Melayu-Islam di Malaysia.
⊳ Pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi dan politik telah membawa sistem politik dan ekonomi
Barat menggantikan sistem politik dan ekonomi tradisional masyarakat lain. Hal ini telah mengubah
sistem demokrasi tempatan kepada demokrasi Barat. Sekiranya ada golongan yang menentang
mereka akan dianggap sebagai masyarakat yang kejam, zalim dan tidak bertamadun. Hal ini telah
mempengaruhi warga-warga negara lain dalam menilai. Semua yang datang dan berasal dari
Eropah dan Amerika dianggap baik, maju dan bertamadun, manakala semua yang berasal dari Timur
dianggap kejam, zalim dan mundur.
18
KESAN POSITIF
➢ Prasarana dalam menyebarkan dan memperluaskan ilmu menjadi lebih mudah, cekap dan murah.
Hal ini kerana pemangkin penting dalam era globalisasi masa kini ialah Internet. Dengan ini,
segala ilmu dan maklumat yang dihasilkan dapat dipindahkan dan diketahui oleh masyarakat lain.
Keadaan ini dapat merapatkan jurang ilmu pengetahuan dan tamadun antara penghuni dunia.
➢ Globalisasi juga kaya dengan kemajuan perhubungan fizikal seperti kereta api dan perhubungan
udara yang canggih. Hal ini juga dapat merapatkan perhubungan silaturrahim dan mewujudkan
suasana saling memahami antara masyarakat. Perkara ini dapat membantu ke arah keharmonian
dan keamanan dunia sejagat.
➢ Keperluan penduduk dari segi makanan dan keperluan-keperluan lain dapat dipenuhi dengan
murah dan mudah. Hal ini kerana sesuatu makanan, hasil perkilangan atau perkhidmatan yang
dikeluarkan di sesuatu tempat di dunia dapat diperolehi di bahagian dunia yang lain melalui
perkhidmatan pengangkutan yang cepat, cekap dan murah.
19
Langkah Menangani
Globalisasi
20
Langkah Menangani Globalisasi
1. Membangkitkan kesedaran
Masyarakat Islam perlu dikembalikan kesedarannya tentang identiti serta peranan yang
perlu dimainkan, iaitu sebagai hamba dan khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan
dunia ini. Masyarakat Islam perlu bangkit memperbaiki kelemahan diri dan seterusnya
menyumbang kepada masyarakat luar dengan cara yang ditetapkan oleh syariat.
2. Memantapkan akidah
Umat Islam tidak seharusnya leka dan alpa kerana dapat meruntuhkan umat Islam sendiri.
Oleh itu, umat Islam seharusnya saling mengingati antara satu dengan yang lain dan
menyedarkan saudara seagama betapa pentingnya mempertahankan akidah, pemikiran dan
budaya Islam agaar tidak terpesong dan terpedaya dengan arus globalisasi yang
boleh menghilangkan keistimewaan dan jati diri setiap individu Islam.
21
Langkah menangani globalisasi
3. Menguasai aspek ekonomi
Masyarakat Islam perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan
dengan ekonomi seperti sistem perbankan, pelaburan dan pasaran saham dengan syarat tidak
bertentangan dengan syariat Islam. Masyarakat Islam ditekankan agar membuka mata dan
minda supaya tidak lagi bergantung pada suber ekonomi Barat terutama dalam aspek ubat-
ubatan, makanan, persenjataan dan keperluan harian.
4. Menguasai ilmu pengetahuan
Masyarakat Islam hendaklah memajukan ilmu pengetahuan dan menguasainya
sesuai dengan tuntutan zaman agar dapat menguasai sumber pendapatan dalam sektor
pertanian, industri, pentadbiran dan pengurusan. Masyarakat Islam juga perlu bijak mengambil
peluang globalisasi dengan menguasai pengetahuan pelbagai bidang sains, teknologi dan
TMK untuk menambah nilai dan berjaya membina jenama sendiri yang lebih baik.
22
Langkah menangani globalisasi
5. Menggunakan sepenuhnya kemudahan dan kemajuan teknologi
Masyarakat Islam juga perlu memanfaatkan bahan cetak, komputer,
radio, televisyen, saluran satelit dan sebagainya dalam usaha
menyampaikan dakwah Islam dan memberikan kesedaran tentang
agama. Penggunaan media sosial untuk menyampaikan dakwah
dapat memberikanimpak yang lebih baik, khususnya
terhadap golongan muda yang mudah terdedah dengan teknologi
sebegini
23
Rujukan
https://kamus.tokopedia.com/g/globalisasi/
https://www.liputan6.com/citizen6/read/3919594/4-ciri-ciri-globalisasi-yang-tanpa-
disadari-mengubah-kehidupa
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/globalisasi/
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyanggah-
fahaman-liberalisme
https://www.academia.edu/31845950/Pendidikan_Islam_Menghadapi_Cabaran_Global
isasi
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM - Membalik Buku
Halaman 1-26 | AnyFlip
24
Lampiran
25
Lampiran
26
Lampiran
27
Lampiran
28
Jadi, apa yang dapat kita simpulkan
berkenaan dengan Pengaruh Globalisasi
Terhadap Masyarakat Islam ini?
29
Kesimpulan
Globalisasi telah membawa impak yang sangat besar kepada umat Islam
seantero dunia. Ia adalah perubahan yang sangat holistik dan mengancam
keamanan umat Islam. Kebanyakan agama dunia mempunyai
persamaan tetapi agama islam tidak akan sama dengan agama lain kerana
agama Islam adalah agama fitrah dan agama dari Rabbul Alamin. Jadi,
walau bagaimana sekalipun cabaran yang kita hadapi, Allah akan beri
kekuatan kepada umat Islam untuk mempertahankan agama benar dan
suci ini. Oleh itu, setiap dari individu umat Islam perlu mempunyai
kesedaran dan tekad dalam hati untuk mempertahankan kesucian agama
walaupun dengan nyawa sekalipun.
30
SEKIAN, TERIMA
KASIH !!
31