The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10368233, 2021-04-27 01:28:51

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

SK KG DATO IBRAHIM

TOKOH
PEMIMPIN

JOHOR



MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh : Syafiuzzaman bin Ahmad Rashidi
Nombor Kad Pengenalan : 090123-01-0201
Tarikh Lahir : 23 Januari 2009
Tempat Lahir : Hospital Kluang
Bilangan adik-beradik : 4 Orang
Cita-cita : Pemain bola sepak

Alamat : No.17, Jalan Bayu 11, Taman Sri Bayu, 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor

MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan KG Dato Ibrahim Majid
Alamat Sekolah : KM8. Jalan Benut, 86200 Simpang Renggam, Johor.
Nombor Telefon : 07-7550595
Nama Guru Besar : Pn. Rohani binti Md Dean

MAKLUMAT KELUARGA

Nama Bapa : Ahmad Rashidi bin Kamil
Pekerjaan Bapa : Pemandu Lori
Nama ibu : Nor Azah binti Safar
Pekerjaan Ibu : Pekerja Kilang



PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinanNya, maka
saya telah dapat menyiapkan tugasan buku skrap digital dengan jayanya. InsyaaAllah,
tugasan buku skrap digital ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa menyiapkannya. Saya, Syafiuzzaman bin Ahmad
Rashidi ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pihak Sekolah terutamanya buat guru pembimbing saya iaitu Cik Pungkodi selaku guru
sejarah kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan dan membantu menyemak
bahan-bahan serta membuat teguran agar saya memperoleh hasil yang baik.

Saya juga ingin mnegucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
iaitu ayahanda Ahmad Rashidi bin Kamil dan bonda Nor Azah binti Safar yang turut
memberi dorongan dan semangat untuk saya selesaikan tugasan ini. Hal ini kerana, proses
untuk menyiapkan buku skrap digital ini memerlukan motivasi, usaha dan buah fikiran.

ISI KANDUNGAN M/S
1
BIL ISI KANDUNGAN 2-6
1 PENDAHULUAN 7-8
2 BIODATA TOKOH PEMIMPIN
3 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 9-11
4 KERJAYA TOKOH PEMIMPIN 12-17
5 SUMBANGAN TOKOH PEMIMPIN
6 NILAI KEPIMPINAN TOKOH PEMIMPIN 18
7 KESIMPULAN 19
8 RUJUKAN 20

PENDAHULUAN

Buku Skrap Sejarah ini dihasilkan agar dapat memberikan pengalaman serta
menambah pengetahuan kepada semua. Dengan adanya buku skrap digital ini, diharapkan
ianya mampu memberikan contoh nilai tokoh pemimpin dalam membentuk jati diri yang
mantap dan menjurus kepada pemikiran yang lebih terbuka.

Tokoh mempunyai peranan-peranan yang besar pada zaman ini dan zaman-zaman
yang akan datang. Penglibatan tokoh dalam pentadbiran telah membawa kepada era
kegemilangan satu generasi.

1

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Nama : Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Tarikh Lahir : 15 Mei 1947 (Berumur 73 Tahun)

Isteri : Pn Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman
Jawatan : Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Lantikan : 29 Februari 2020
2

Kehidupan Awal

Asal Usul : Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim
Nama Bapa : Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad

Nama Ibu : Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim
3

AYAH KEPADA YAB TAN SRI DATO' (DR) HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI
MUHAMMAD YASSIN

Ayah : Tuan Haji Muhammad Yassin bin
Haji Muhammad (Ulama)
4

GAMBAR KELUARGA DAN ADIK BERADIK
5

6

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani

Sekolah Kebangsaan Ismail Satu

Sekolah Tinggi Muar

7

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970).
8

KERJAYA TOKOH PEMIMPIN

Kerjaya Awal :
Sektor Swasta

 Pengalaman pertama beliau bekerja ialah sebagai guru sambilan yang mengajar
Bahasa Melayu di sebuah sekolah swasta milik persendirian ayahanda beliau iaitu,
Sekolah Menengah (Persendirian) Md. Yassin pada tahun 1967 lalu.

Sektor Awam
 Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
(Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970)
 Kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).

9

Sektor Korporat
Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor
Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ);
kini Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin
telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus
Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah
Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978
• 1970 - Memulakan kerjaya sebagai
Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul
Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
• 1971 - Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
• 1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
• 1978 - Ahli Parlimen Pagoh.
• 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
• 1986 - Menteri Besar Johor ke-13
• 1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
• 1993 - Menang Naib Presiden UMNO
• 1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
• 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Suka

10

• 2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
• 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
• 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 19 Mac 2008 – 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO

• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional
• 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 - Menteri Pelajaran
• 2009 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional
• 10 April 2009 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
• 2016 - Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO
berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
• Jun 2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
• September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
dan dilantik sebagai Presiden.
• 13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden
Pakatan Harapan.
• 22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
• 2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
• 29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan

11

SUMBANGAN TOKOH PEMIMPIN
Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim

 Johor Darul Ta'zim mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi
Menteri Besar dari tahun 1986 sehingga tahun 1995.

 Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor
Darul Ta'zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima tahun berturut-
turut.

 Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta'zim mengalami
guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia.

 Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan
kedudukan pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf.

 Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-masjid baharu dibina.
 Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus

Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta'zim.

12

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
 Menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul
Ghani Othman, dan mendapat sambutan di luar dugaan
 Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan
sebahagian daripada blueprint pembangunan Wawasan 2020.
 Ketegasan Tan Sri Muhyiddin membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang
pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah serta dikenakan tindakan.
 Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris dengan
acara sukan peringkat dunia yang lain.
 Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia
berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel
1998

13

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak
perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.

 Memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan pada
musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan
sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

 Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999
(Akta 599) bagi mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan
kepada para pengguna.

14

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

 Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan
mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’.

 Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan
konsep baharu sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan
perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.

 Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan
menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan
merumuskan formula untuk memajukan
industri pertanian negara.

 Taman Pertanian Malaysia juga telah
dinaik taraf menjadi Taman Botani
Negara Shah Alam di zaman beliau
menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

 Tan Sri Muhyiddin memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

 Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat,
seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan
perindustrian Malaysia.
15

Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan 1 Malaysia
Pemansuhan PPSMI
Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains
yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas permintaan orang ramai
di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
Sekolah Dalam Hospital
Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan
ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman yang juga
penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan
Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia

 Beliau telah mengumumkan komitmen
kerajaan bagi menanggani masalah
lambakan pendatang asing tanpa izin.

 Beliau telah mengumumkan bahawa
tarikh penamatan Program Penggajian
dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun
2018.

 Selain daripada itu, satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai
Program 3+1 telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk
dihantar pulang ke negara asal mereka.
16

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 Rencana utama: Banjir 2014- 2015 di Asia Tenggara dan Asia Selatan & Kontroversi
 Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara
(National Disaster Management).

17

NILAI KEPIMPINAN
YAB TAN SRI DATO’ (DR) HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MUHAMMAD YASSIN

1. Keperibadian YAB Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
yang ringkas dan sederhana walaupun selepas dilantik menjadi Perdana Menteri
Kelapan.

2. YAB Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin seorang
pemimpin yang baik.

3. YAB Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin seorang yang
merendah diri malah tidak cerewet dalam segala hal.

4. YAB Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin merupakan
seorang yang peramah apabila bersama rakyat serta orang disekelilingnya.

5. YAB Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin antara
pemimpin yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi. Hal ini dikuatkan lagi
dengan hakikat bapanya seorang ulama yang terkenal di negeri Johor.

18

KESIMPULAN

Perdana Menteri Malaysia Kelapan
YAB Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
merupakan seorang tokoh politik berpengalaman yang telah melalui pelbagai ranjau dan duri
dalam perjalanan politiknya. Anak kepada tokoh ulama terkenal negeri Muar ini telah

berkhidmat lebih dari 40 tahun dalam kerajaan dengan pelbagai
jawatan yang telah disandang.

Semoga pengalaman luas yang dimiliki ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh
YAB Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin dalam mengemudi

Malaysia ke arah yang lebih gemilang.

19

SUMBER RUJUKAN

Portal: Muhyiddin Yassin/Biografi dicapai pada 23 April 2021 di
https://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Muhyiddin_Yassin/Biografi

Tan Sri Muhyiddin Yassin pemimpin berpengalaman luas dicapai pada 23 April 2021 di
https://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin-yassin-pemimpin-berpengalaman-luas-
175294

Sifat suka membaca beliau menjadikan beliau seorang yang mempunyai pengetahuan luas,
dicapai pada 24 April 2021 di http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/01/tan-sri-dato-hj-
muhyiddin-yasin-kini.html

Salasilah keluarga Tuan Guru Haji Muhammad Yassin, dicapai pada 24 April 2021 di
https://www.geni.com/people/Tuan-Guru-Haji-Mohd-Yassin-
Mohammad/6000000000592103529

20


Click to View FlipBook Version