TAJUK : TOKOH PEMIMPIN JOHOR
NAMA PESERTA : LOH KENVY
KELAS : 1 INFINITY
ALAMAT EMEL : [email protected]
NAMA DAN
: SMK TUNKU PUTRA
ALAMAT SEKOLAH TONGKANG PECHAH,
83010 BATU PAHAT,
JOHOR.
BIODATA TOKOH
PEMIMPIN JOHOR
PERDANA MENTERI
KE 3 MALAYSIA
TUN HUSSEIN ONN
12 Februari 1922 - 29 Mei 1990
KEHIDUPAN AWAL
• Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak sulung kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Ibunya bernama Datin Halimah Hussein.
• Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981.
• Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.
• Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Pendidikan awalnya di Telok Kurau PENDIDIKAN TOKOH
School Singapura
Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau)
Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor
Johor sebagai kadet pada tahun 1940 Bahru
Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan
di Dehradun, India berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat
Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
KERJAYA TOKOH
Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia
Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau
kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera
Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.
KERJAYA TOKOH
Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan dilantik
sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan ketenteraan dengan
berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British.
Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau
juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.
POLITIK
• Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO
ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia
28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO.
• Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO
ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia
28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO
POLITIK
• Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan
Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya menyertai bapanya keluar dari UMNO
dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara.
• Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO).
KELUARGA
• beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah dan mempunyai enam orang anak.
• Berikut adalah anak-anak beliau:
• Hishammuddin Hussein ( Menteri Luar Negeri terkini)
• Haris Onn Hussein
• Datin Roquiya Hanim
• Puan Sri Dr Suraiya Hani
• Roziah Hanis
• Dr Rozita Halina
September 1970 8 Ogos 1973 PERANAN
Menteri Pelajaran Timbalan Presiden UMNO
13 Ogos 1973
Timbalan Perdana Menteri
15 Mei 1981 tahun 1978 15 Januari 1976
meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Presiden UMNO Perdana Menteri Malaysia yang ketiga
29 Mei 1990
Kematian -
68 tahun
Kementerian Pelajaran terus meningkat maju SUMBANGAN
Menggerakkan Dasar Ekonomi Baru
Arif tentang hal ehwal keselamatan Mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan
sosial
Penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman
dadah. Melancarkan Rancangan Malaysia Keempat
meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan dari segi
Membanteras pengganas komunis di hutan dan bandar
ekonomi
menegakkan tiang keamanan yang kukuh dari segi politik dan ekonomi
Menubuhkan pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS
TEMPAT-TEMPAT DIKENANGKAN
OLEH NAMA TUN HUSSEIN ONN:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja Johor Tun Hussein Onn Malaysia EyeHospital
TEMPAT-TEMPAT DIKENANGKAN
OLEH NAMA TUN HUSSEIN ONN:
Bandar Tun Hussein Onn SK Desa Tun Hussein Onn
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI
SEKARANG
• Tun Hussein Onn ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan
berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan
mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan
harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau
juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang
Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat
Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh
sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun
Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.