The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danishalfi22, 2023-07-11 10:14:46

Kerja sejarah T2

Kerja sejarah T2

BAB 2: SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT ALAM MELAYU


SISTEM PEMERINTAHAN Pengenalan Sistem pemerintahaan yang diamalkan oleh kerajaan Alam Melayu yang masyhur ialah sistem beraja. Sistem beraja ini terbahagi kepada dua, iaitu pusat dan wilayah


Kerajaan Funan Gelaran Raja – Kurung Bnam, Rajadhiraja, Cakravatin Pemerintahan pusat dan wilayah Raja funan dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera. Funan terbahagi kepada 7 buah wilayah, ketua wilayah ini terdiri daripada putera-putera raja. Mereka digelar raja kecil 1 CONTOH PEMERINTAHAN KERAJAAN ALAM MELAYU


KEGIATAN EKONOMI KERAJAAN ALAM MELAYU 1) Pertanian 2) Perdagangan 3) Mengutip hasil hutan 4) Mengutip hasil laut 5) Perlombongan 6) Pembuatan


PERTANIAN Padi Kerajaan Funan dan Angkor yang terletak di lembah Sungai Mekong mendapat manfaat daripada kesuburan tanahnya. Hujan membekalkan air ke tasiktasik besar seperti Tasik Tonle Sap. Pemerintah Kerajaan Angkor pula membina sebuah kolam yang dikenali sebagai Baray untuk menyimpan air Pulau jawa mempunyai tanah yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas membekalkan air untuk pengairan padi sawah Kerajaan funan, Kerajaan Champa dan Kerajaan Angkor Kerajaan Majapahit


KOLAM TAKUNGAN AIR KERAJAAN ANGKOR [BARAY] Baray ialah kolam besar berbentuk segi empat tepat. Yang terbesar dibina berdekatan dengan Angkor Wat. Ia berkeupayaan menampung 30 juta meter padu air, dilengkapi dengan alatan untuk mengalirkan air ke saliran-saliran berhampiran dalam skala yang berguna kepada kerajaan Angkor kerana ia mampu menampung jumlah air yang banyak pada musim tengkujuh (hujan) dan apabila tiba musim kemarau, takungan air yang disimpan akan digunakan untuk mengairi kawasan pertanian kerana kegiatan pertanian merupakan punca utama kepada perkembangan ekonomi kerajaan Angkor. Ada juga ahli sejarah yang percaya baray ini dibina untuk tujuan rohaniah.


Pedagang luar yang sering berdagang dengan Alam Melayu adalah dari China, India, Arab dan Parsi. Pedagang-pedagang China membawa pelbagai barangan dari China seperti sutera, tembikar, pinggan dan mangkuk, payung, gula dan gendang untuk mendapatkan barangan terutama yang mempunyai nilai perubatan dari Alam Melayu. PERDAGANGAN


HASIL HUTAN Terdapat pelbagai hasil hutan yang ada di Alam Melayu dan mempunyai kegunaan yang tersendiri. Antaranya gaharu, rotan, sarang burung layang-layang, kapur barus dan lain-lain....


HASIL LAUT Gamat, mutiara dan rumpai laut mudah didapati di perairan Alam Melayu terutama di Selat Melaka dan Laut Sulu


PERLOMBONGAN DAN PEMBUATAN Masyarakat Alam Melayu turut menjalankan kegiatan perlombongan dan pembuatan. Perlombongan ialah kegiatan melombong emas, perak dan bijih besi. Pembuatan pula ialah kegiatan membuat barang harian dan mewah seperti perhiasan emas, cuka kelapa, pembuatan garam dan pembuatan tembikar Perlombongan Pembuatan


Click to View FlipBook Version