SEKOLAH KEBANGSAAN BETING LINTANG
22200 BESUT, TERENGGANU
Email: [email protected]
Tel: 011-65751766
MINIT MESYUARAT LIBAT URUS PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI 2022/
2023
Tarikh : 17 Mac 2022
Hari : Khamis
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat As-Syura
Kehadiran :
1. Cikgu Engku Rohani binti Engku Ismail (Guru Besar)
2. Cikgu Abdullah bin Che Su (PK Pentadbiran)
3. Cikgu Mohd Zaki bin Awang (PK Hal Ehwal Murid)
4. Cikgu Hasrolaffendi bin Johari (PK Kokurikulum)
5. Cikgu Mohd Ridhuan bin Ibrahim
6. Cikgu Rashidee bin Ab.Rashid
7. Cikgu Mohd Amiruddin bin Abdul Ghani
8. Cikgu Ahmad Ruzaizi bin Mahmood
9. Cikgu Siti Fakitah binti Idris@Omar
10. Cikgu Norhaidayu binti Harun
11. Cikgu Noorreha binti Mohd Ali
12. Cikgu Hamidah binti Ibrahim
13. Cikgu Norul Ain bin Muhammad
14. Cikgu Mashithah binti Ismail
15. Cikgu Zabidah binti Hamzah
16. Cikgu Nur Ilyani binti Mohamed@Ghazali
17. Cikgu Atiqah Azuanis binti Abdul Hamed
18. Cikgu Norzaihan binti Muhammad Arifin
19. Cikgu Suhamizah binti Che Yusof Shafiin
20. Cikgu Zema binti Yaakub
21. Cikgu Suzanin binti Mohamed@Sulaiman
Tidak Hadir :
1. Cikgu Abdul Halim bin Mohamed@Shafie – Cuti rehat
2. Cikgu Sanusi bin Said – Urusan Keluarga
3. Cikgu Hasmah binti Mat Ail – Cuti Sakit
4. Cikgu Rohana binti Mat Salleh@Sallehuddin – Cuti Sakit
5. Cikgu Aizam binti Arifin – Cuti Sakit
6. Cikgu Muhaini binti Ibrahim-Cuti Sakit
1. Ucapan Guru Besar – Cikgu Engku Rohani binti Engku Ismail
1.1 Alhamdulillah Mesyuarat Libat Urus sesi 2022/2023 dapat dilaksanakan .
1.2 Hala tuju sekolah “Sekolah Berkualiti ,Kemenjadian Murid Direaliti“
1.3 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh cikgu Abdullah B.Chesu.
1.4 Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua guru yang dapat
hadir mesyuarat guru pada hari ini.
1.5 Moga sesi 2022/2023 akan berjalan lancar dengan gabungan kekuatan
bersama dari semua untuk memajukan sekolah
1.6 Perjumpaan Guru Besar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Antara amanat yang disampaikan adalah:
1.6.1 Tuan Haji Abdul Muie B.Ngah -Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan
Sekolah:
1.6.1.1.Syorkan bacaan ikrar penjawat awam pada setiap mesyuarat.
Bacaan ikrar penjawat awam telah dibaca dengan diketuai oleh cikgu
Rashidee B Abdul Rashid.
1.6.1.2.Perlu ada pelarasan bagi setiap daerah.
1.6.1.3.Lagu “Sekolahku Sejahtera “ perlu dinyanyikan atau dimainkan
dalam semua acara rasmi sekolah.
1.6.1.4.Satu konsep yang memberi penekanan kepada 14 elemen
berteras nilai murni yang diterapkan secara semulajadi dalam
kehidupan harian warga sekolah ,khususnya murid. 14 Elemen
tersebut adalah:
S - Selamat,Seronok dan Sihat.
E - Etika dan Empati.
J - Jati Diri
A - Adab Sopan
H - Harmoni
T - Tekun,Teliti dan Terampil
E - Eksplorasi
R - Rasional
A – Artikulasi
1.6.1.5.Sesi persekolahan 2022/2023 selama 43 minggu.
1.6.1.6.Murid perlu hadir ke sekolah dengan memakai pakaian
seragam yang kemas dan sopan tetapi kelonggaran diberi kepada
murid yang kurang berkemampuan untuk menyediakan pakaian yang
lengkap.
1.6.1.7.Ibubapa yang tidak menghantar anak kesekolah tidak boleh di
ambil sebarang tindakan.
1.6.1.8.10% murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan covid
di rumah.
1.6.1.9.Guru data diberikan masa mengajar 12 masa sahaja dan tidak
boleh bertukar atau pindah selama 3 tahun.
1.6.1.10.Penyata perjawatan perlu dipaparkan.
1.6.1.11.AKP –rujuk kepada Sektor Sumber Manusia
1.6.1.12.Guru –rujuk kepada Sektor Pengurusan Sekolah.
1.6.1.13.Bayaran bantuan RM100 akan dibayar pada 22 mei 2022.
1.6.1.14.Pengurusan pertukaran guru adalah sebanyak 4 kali setahun
(Mac,Jun,Sep dan Dec)
1.6.1.15.Guru Besar yang bertukar kena isi eg-Tukar.
1.6.2 -Timbalan Pembelajaran unit kurikulum:
1.6.2.1.MYSG (Malaysian School Governance) perlu dijadikan panduan
atau rujukan untuk pastikan pengoperasian sekolah adalah seragam.
1.6.2.2.DSKP-Semakan 2017 guna sepenuhnya
1.6.2.3.JKS-Mesyuarat 4 kali setahun
1.6.2.4.Ketua Panitia adalah guru kanan.
1.6.3.5.Program Transisi tahun 1 dilaksanakan selama 4 minggu
(bertema)
1.6.4.5.Bimbingan dan pemulihan rujuk pada MYSG
1.6.2.6.PBD-rujuk standard prestasi dalam membuat pentaksiran sama
ada melalui ujian bertulis ,pemerhatian atau secara lisan.
-PBD perlu mantap,buat 2 kali pentaksiran bertulis,iaitu 2 kali
setahun(Pertengahan tahun dan akhir tahun) ini sebagai eviden
bertulis.
-Murid ditaksir secara holistik :
Sahsiah,kepimpinan,berani bercakap
-Eviden-perlu wujudkan fail dan buat borang transit.
Contoh boleh rujuk cikgu Norehha yang menggunakan borang
transit mengikut kemahiran.
-Pelaporan Pentaksiran PBD perlu buat 2 kali setahun:
Sumatif-akhir tahun
Formatif-Harian
1.6.2.7.Penyusunan Jadual Waktu
-3 hingga 4 matapelajaran sehari bagi mengatasi masalah beg
berat.
-Sk Beting Lintang tidak termasuk dalam senarai sekolah yang
mengalami masalah isu beg berat. Beg yang paling berat 6.5 kg
1.6.3 -Tuan Haji Mohd Syariff –Sektor Perancangan:
1.6.4.-Unit Ko:
1.6.4.1-Kegiatan ko kurikulum dan sukan akan dijalankan secara dalam
talian.
1.6.4.2-3.0 diguna pakai
1.6.4.3-Aktiviti luar sekolah-Ibubapa yang urus
1.6.4.4-Pakaian unit beruniform ikut keselesaan.
1.6.4.5-Pusat ko bole booking untuk buat program Team Building.
1.6.4.6-Tiada isu timbul bila sekolah buka nanti -1set buku teks,1
kerusi,1 meja.
1.6.4.7-Konsep sekolah ceria,sekolah selamat.
1.6.5.Unit Sahsiah:
1.6.5.1.Pengisian amalan baik perlu isi –SSDM
1.6.5.2.Kelab Pencegahan Jenayah wajib ditubuhkan di sekolah.
1.6.6.Unit Kaunseling:
1.6.6.1.Saringan minda sihat
1.6.6.2.Makanan RMT di sekolah
1.6.6.3.Kit ujian covid 19-10% murid ujian saringan dirumah pada
setiap hari rabu .
1.6.6.4.KWAMP-yang hantar borang lewat tidak akan dilayan.
1.6.6.5.Kemaskini pendapatan keluarga. Pendapatan keluarga adalah
berdasarkan penyata gaji /pengesahan JPKK.
2. Pembentangan Kewangan-Puan fatihah Bt Che Ya (Pembantu Tadbir)
2.1.Peruntukan PCG 2022/2023 dan lain-lain :
-Rujuk Pembantu Tadbir
2.2.Cara berbelanja- tanya Guru Besar dan buat nota minta.
2.3.Pemulihan Khas boleh guna peruntukan perbelanjaan panitia Bahasa
Melayu dan Matematik.
2.4.Duit kerajaan khusus untuk kegunaan murid-murid sahaja
2.5.Permintaan dan saranan Guru Besar:
2.5.1.Semua Ketua Panitia boleh ambil barang yang di tempah dan
rancang perbelanjaan panitia masing-masing.
2.5.2.Panitia Pendidikan Islam rancang dalam masa terdekat ,buat
pengisian untuk guru dan murid.
3. Tanggungjawab Guru dan AKP
3.1.Semua Guru perlu punch card semasa hadir dan pulang.
3.2.Semua guru dan AKP perlu hadir ke sekolah selewat-lewatnya jam7.30
pagi.
3.3.Jika tak dapat hadir perlu hubungi Guru Besar atau GPKP.
3.4.Sekiranya MC guru atau AKP perlu berehat dirumah atau berada ditempat
rawatan sahaja,jangan merayau-rayau.
3.5.Sijil cuti sakit(MC) perlu serah pada PT untuk direkod.
3.6.Patuhi etika berpakaian- Pakai tanda nama.
3.7.Guru tidak boleh duduk masa mengajar,kawal murid dan sentiasa
pastikan keselamatan murid “In Loco Parentis“
3.8.Penyemakan buku tulis atau lembaran kerja-
3.8.1.Perlu tanda atau periksa latihan murid dalam masa 3 hari.
3.8.2.Jangan buat tanda ? dalam buku latihan murid kerana akan
mengganggu emosi murid.
3.9.Penulisan di whiteboard –guna marker warna biru dan hitam sahaja
,jangan guna warna merah.
3.10.Tidak boleh keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran semasa waktu
bekerja. Sekiranya perlu keluar pastikan minta kebenaran dan catat dalam
buku rekod keluar masuk.
4. Tanggungjawab Guru
4.1.Peraturan pekeliling perkhidmatan awam-rujuk
4.2.Buat RPH dahulu baru mengajar
4.2.1-Sediakan rekod RPH,cetak dan failkan.
4.2.3-Hantar pada setiap hari khamis dan RPH untuk hari ahad juga
perlu disediakan dan hantar bersama.
Tindakan:Semua guru
4.3.Prinsip etika Perkhidmatan awam:
4.3.1.Kewarganegaraan.
4.3.2.Etika kerja
4.3.3.Nilai-nilai murni.
4.4.Guru masa pertama perlu berada didalam kelas pada jam 7.40 pagi untuk
memulakan sesi pembelajaran.
4.5.Saling lengkap melengkapi.
4.6.Pelan Pembangunan Pendidikan.
Gelombang ke 3-(2021-2025)
4.7. 5 Aspirasi Sistem Pendidikan
▪ Akses kepada kejayaan
▪ Kualiti standard antarabangsa yang tinggi
▪ Ekuiti untuk semua murid
▪ Memupuk perpaduan dalam kalangan murid
▪ Pelaksanaan berkecekapan tinggi
4.8. 6 Ciri Utama Aspirasi Murid
▪ Pengetahuan
▪ Kemahiran berfikir
▪ Kemahiran memimpin
▪ Kemahiran dwibahasa
▪ Etika dan kerohanian
▪ Identiti nasional
4.9.11 Anjakan Transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan2013-2025
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisiensi dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian
kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti secara langsung.
4.10.Etika berpakaian:
4.10.1.Pakaian Pejabat
4.10.2.Baju Ko-Hari selasa
4.10.3.Tanda Nama
Tindakan:Semua guru
5. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran – Cikgu Abdullah bin Che Su
5.1. Buku pengurusan.
Bahagian pengurusan kurikulum semak dan ada sedikit pembetulan.
5.2.Jadual waktu bil 1, boleh dapatkan di pejabat.
5.3.Jadual ganti ( relief) akan diberi kepada guru untuk ditampal dalam buku
rekod pdp.Guru yang dapat jadual relief paling banyak akan diberi
penghargaan akhir tahun nanti.
Tindakan:Semua guru.
5.4.DSKP
Semua ketua panitia hendaklah pastikan setiap ahli memiliki dskp sendiri.
Fail panitia perlu disimpan didalam bilik mesyuarat
Tindakan: Setiausaha JKS
5.5.Tahun ini pbd lebih diperkasakan lagi. Pentaksiran akan lebih telus dan
tepat
Tindakan: Setiausaha JKS
5.6.CUP 3
5.6.1.Pelaksanaan 21 mac -15 april 2022
5.6.2.Fokus kepada kemahiran asas.
5.6.3.Linus dan Stem
5.6.4.Subjek terlibat ialah Bahasa Melayu,English dan Matematik.
5.6.5.Sasaran kepada murid yang mendapat TP 1,TP 2 dan TP 3.
5.6.7.Sekolah rendah fokus kepada murid tahun 2,3 dan 4 sahaja.
5.6.8.Murid pemulihan dan MBK tidak terlibat.
5.6.9.Tahun 1 tiada (transisi)
5.6.10Tahun 5 dan 6 Pdp macam biasa.
5.6.11.Apa yang sekolah perlu buat ialah:
Analisis CUP
Rancang gerak kerja.
Laksanakan CUP
Sediakan laporan dan hantar pada 15 april 2022
Pendekatan adalah menggunakan pendekatan terbeza ( Murid
beza ikut kemahiran)
5.7.Penyeliaan dan pencerapan PDPC 2022/2023
Rujuk jadual sepertimana lampiran m/s 57 dalam buku pengurusan. Mula
bulan april.
5.8.Jadual penyelian buku latihan murid 2022/2023
Rujuk jadual dalam buku pengurusan m/s 58 . Buku latihan perlu di semak
dua kali setahun.
6. Ucapan Penolong Kanan Hem – Cikgu Mohd Zaki bin Awang
6.1.Rujuk buku pengurusan 2022/2023 dan mohon maaf atas kesilapan
6.2 Target HEM 2022 ialah memperkasakan :
Sekolah penyayang (Bimbingan dan kaunseling)
Program 3K-(Kantin,bilik darjah dan padang)
6.3.RMT dan Susu
RMT 2022 guna PNGK 2019
Pendapatan Rm 1169 kebawah (purata RM311 sahaja layak
dapat RMT
Sekolah tak boleh ubah atau pinda borang yang telah diisi dan
dihantar oleh ibubapa/penjaga tapi boleh beri borang baru.
Susu akan dibekalkan oleh KPM kepada semua murid Rmt.
Pihak sekolah perlu menyediakan bilik khas
Susu perlu diagihkan setiap hari iaitu pada waktu pagi sebelum
masuk kelas
Murid yang sakit atau tidak hadir ,susu mereka perlu disimpan
untuk bagi keesokan hari.
Semasa bulan ramadan nanti murid akan membawa balik susu
yang diterima.
Apabila bekalan susu sampai ,Penyelaras perlu semak bilangan
dan periksa susu ,sebelum invois ditandatangan.
Detail akan diperincikan dalam mesyuarat HEM nanti
Tindakan: Penyelaras RMT ,susu dan Guru kelas
6.4.Kantin
Perlu perubahan 360 darjah dari segi:
Keceriaan
Penyediaan makanan dan minuman
6.5.SPBT
Rujuk Buku Panduan Pengurusan SPBT
Buku teks tahun 1 dan 6 akan diagihkan pada hari ahad nanti
(20/3/2022)
6.6.Kesihatan.
Bilik isolasi – kemas untuk mula operasi
Laporan covid- perlu buat tapi saringan hendaklah dibuat
dirumah.
6.7.DATA /APDM.
Penyelaras ialah cikgu Rashidee
Kehadiran perlu isi sebelum jam 9.00 pagi setiap hari
Boleh mula key in data selepas 21/3/2022
6.8.Program Ziarah Cakna-Sekolah penyayang
6.9.Pelancaran Program Ihya‘ Ramadan
6.10.Penarafan kantin
6.11.Lawatan Penanda Aras-Jawatankuasa kantin bawa pengusaha kantin
melawat kantin sekolah lain, untuk melihat dan menjana idea bagi
menjadikan kantin lebih ceria dan cantik,
6.10.Pertandingan kebersihan kelas akan berlangsung sepanjang tahun.
6.11.Pelancaran Kempen Tandas bersih.
6.12.Bacaan yasin dan tazkirah setiap hari khamis (Guru dan Murid)
6.13.Tabung kongsi rezeki (Sumbangan guru kepada murid)
6.14.SPBT buat spot check sekurang-kurangnya sekali setahun
Tindakan: Semua Guru dan penyelaras terlibat
6.15.Kelas
Siapkan kelas untuk sesi persekolahan bagi sesi 2022/2023
Ceriakan kelas
Pastikan segala peralatan ,kerusi dan meja dalam keadaan baik.
6.16.setiap unit HEM perlu sediakan satu fail yang mengandungi:
Minit mesyuarat/ catatan
Perancangan tahunan
Pelan strategik dan pelan operasi.
6.17.Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2022/2023 adalah pada hari ahad
20/3/2022 pada jam 8.30-12.00 tengahari.
6.18.Setiap bayaran perlu keluarkan resit.
7. Ucapan Penolong Kanan kokurikulum – Cikgu Hasrolaffendi B Johari.
7.1.Rujuk buku pengurusan m/s 72
Perubahan penyelaras
Sukan dan permainan digabungkan dengan 1M1S
Kelab dan persatuan:
-Bahasa
-Seni dan kebudayaan
-Kelab pencegahan jenayah
-Persatuan Agama Islam.
Rumah Sukan
7.2.Imbauan kejayaan dan pencapaian unit kokurikulum 2021:
Pertandingan Festival Kesenian Islam FKISS peringkat Zon Kota
Putera – Johan Pertandingan Khat siber.
Pendidikan kesihatan pergigian -17 orang telah mendapat sijil.
Kuiz Enggang
Unit beruniform –PBSM-Kuiz pendidikan palang merah(Pingat
Gangsa)
Pertandingan badan beruniform peringkat negeri
Pengakap- sijil penyertaan
Pengakap - Mendirikan khemah (No 5 peringkat negeri)
PPIM - Kuiz negeri (Sijil penyertaan)
-masakan rimba (tempat ke 5 negeri )
Program My Walk My Ride:
-Berbasikal – 6 orang
-Berbasikal-20 penyertaa kebangsaan.
Ko akedemik –Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tiada
penyertaan.
Tahniah atas kejayaan ,moga unit ko terus bersemangat dan
sertailah apa saja aktiviti terutama sijil antarabangsa kerana
ianya memberi markah penyertaan yang banyak kepada murid.
8. Hal-hal lain
8.1Jadual guru bertugas mingguan penggal 2022/2023.
akan di murnikan semula .
8.2.cadangan Ustazah Suhamizah agar Ibrah mingguan dibaca mengikut teks
dibekalkan .
8.3 Surah yasin perlu diperbanyakkan lagi bagi melancarkan program bacaan
yasin pada setiap khamis.
Tindakan: Panitia Pendidikan Islam
8.4 Pendaftaran sesi persekolahan 2022/2023 akan berlangsung di Dewan
Beting Samudera.
8.5.Kedai sekolah akan beroperasi pada hari pendaftaran dengan bantuan Ajk
Pibg.
8.6.Cikgu Hamidah mencadangkan setiap guru kelas diberi pembantu guru
untuk membantu semasa urusan pendaftaran.Jadual akan dibuat oleh PK
HEM.
8.7.Ustazah Nur haidayu memaklumkan bahawa:
kelas kafa bermula pada jam 2.30 -4.30 ptg.
Baju rumah sukan tahun satu akan diambil ukuran apabila murid
hadir nanti.
8.8.Pra Sekolah –Pendaftaran juga pada hari ahad (20/3/2022)
8.9.Cikgu Norreha:
Buku transisi
Jadual transisi
Surat taklimat transisi-22/3/2022
Murid tahun satu seramai 41 orang
Buku Phonic (BI) tahun 1,2 dan 3 ,pihak pejabat akan fotostat
dan guru kelas perlu binding.
8.10.Ustazah Zema:
RMT tahun 1 hingga 6. Borang akan diagihkan kepada ibubapa
pada hari pendaftaran 21/3/2022.
8.11.Ingatan daripada Guru Besar:
Isnin –Kerusi dan meja perlu ada didalam kelas.
Jadual waktu kelas perlu tampal awal,agar apabila murid hadir
hari pertama semuanya sudah bertampal di papan kenyataan.
Sumbangan baju sekolah sebanyak 50 pasang akan diagihkan
Apa yang dibincang kita akan sama-sama laksanakan.
Moga visi kita dapat dilaksanakan.
9. Penangguhan mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.24 tengahari dengan ucapan terima kasih.
Mesyuarat seterusnya untuk sesi 2022/2023 akan dimaklumkan nanti.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
....................................... ..........................................................
(ENGKU ROHANI BINTI ENGKU ISMAIL)
(SITI FAKITAH BT IDRIS @OMAR) Guru Besar,
Sk Beting Lintang.
Pen.Setiausaha,
Mesyuarat Guru dan Kakitangan,
Sk Beting Lintang.
Tarikh: 26 Mac 2022