SJK(C) PENG BIN
Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pertandingan e-Buku Skrap
Sekolah Rendah
Peringkat Negeri Pulau Pinang
KANDUNGAN 2
3
1 Pengenalan 4-6
2 Keselamatan di Jalan Raya 7-8
3 Sikap Positif dan Bertanggungjawab ketika di Jalan Raya 9
4 Bahagian Jalan dan Persekitaran yang Selamat 10-11
5 Cara Melintas di Jalan Raya dengan Selamat 12
6 Konsep Keselamatan Jalan Raya 13-14
7 Kegunaan Alat Keselamatan 15
8 Kesimpulan/ Penutup
9 Sumber Rujukan
1
1. PENGENALAN
Peribahasa “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya” menonjolkan persepsi dan pemikiran
terhadap pendidikan awal kanak-kanak perlu diterapkan ketika anak-anak itu masih kecil.
Oleh itu, pendedahan kanak-kanak tentang kesedaran awal keselamatan jalan raya perlu
dipupuk.
E-Buku Skrap ini bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang
keselamatan di jalan raya kepada murid bermula dari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan
generasi baru pengguna jalan raya yang berhemah, bersikap positif, bertimbang rasa dan
bertanggungjawab ketika berada di jalan raya serta mewujudkan budaya mengutamakan
keselamatan dalam kalangan remaja serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.
Pengguna Jalan Raya
Pemandu kereta Pemandu lori Pejalan kaki
Pemandu bas Pemandu teksi PPeennuunnggang basikaall
2
2. KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Memakai topi keledar semasa Beratur dan berhati-hati ketika
di jalan raya menaiki bas
Melintas dengan Menggunakan lintasan belang
menggunakan jejantas untuk melintas jalan
Memandang ke kiri, ke kanan dan ke Memimpin tangan kanak-kanak
kiri semula sebelum melintas jalan semasa melintas jalan
Melintas jalan apabila lampu isyarat Pastikan kanak-kanak keluar dari
pejalan kaki berwarna hijau kenderaan dengan selamat
3
3. SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB KETIKA DI JALAN RAYA
Memandu kenderaan adalah aktiviti sosial. Setiap tingkah laku dan prestasi pemanduan
secara langsung akan menghasilkan akibat positif dan negatif bagi pengguna jalan raya.
Oleh itu, semasa memandu, anda tidak boleh ambil ringan. Anda mesti memahami
peraturan dan undang-undang jalan raya, sekatan jalan raya, isyarat lampu dan papan tanda
lalu lintas di jalan raya.
Selain bergerak dengan lancar di jalan raya, anda juga harus bertanggungjawab
terhadap isyarat di jalan raya dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Jangan
cederakan pengguna jalan raya yang lain atas kecuaian sendiri. Hanya sikap positif dan
bertanggungjawab dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya dan kematian.
Anda mesti mematuhi peraturan lalu lintas untuk memastikan keselamatan semua orang di
jalan raya.
4
3.1 SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB
KETIKA DI JALAN RAYA
Jangan menyalahgunakan Berhenti semasa lampu
lorong kecemasan. isyarat merah
Jangan gunakan telefon Elakkan mengganggu
bimbit semasa memandu. perhatian pemandu
Ikut had laju Elakkan tertidur
yang ditetapkan semasa memandu
5
3.2 SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB KETIKA DI JALAN RAYA
Kanak-kanak mesti
diajar agar tidak
bermain di lorong
kecemasan serta tidak
menyalahgunakan
lorong kecemasan.
Lorong kecemasan adalah
laluan untuk ambulans,
jentera bomba dan
kereta polis.
Jika laluan kecemasan
terhalang, kerja-kerja
penyelamat akan
menjadi sukar.
6
4. BAHAGIAN JALAN DAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT
Jalan utama ialah jalan yang Bahu jalan merupakan kawasan
menghubungkan satu kawasan rizab jalan di tepi jalan raya atau
dengan kawasan yang lain. lebuh raya.
PERABOT JALAN
Lampu jalan perlu Bebendul dan pembahagi
berfungsi dengan baik jalan perlu dicat dengan
pada waktu malam dan jelas. Ini bertujuan untuk
waktu hujan untuk memberi peringatan kepada
membantu penglihatan pengguna jalan raya supaya
pengguna di jalan raya. mengikut jalan yang betul.
Papan tanda mesti dinyata Pagar boleh melindung
dengan jelas untuk memberi pejalan kaki daripada
maklumat tentang sesuatu dilanggar oleh kenderaan.
tempat kepada pengguna di
jalan raya. 7
4.1 PERSEKITARAN YANG SELAMAT
Lampu isyarat sentiasa Papan tanda mesti dipasang di tempat
berfungsi dengan baik untuk yang jelas untuk meningkatkan
mengelakkan kekeliruan kewaspadaan pengguna di jalan raya.
pemandu serta kemalangan.
Pokok tanamam di tepi jalan perlu sentiasa Permukaan jalan yang tidak
dijaga supaya tidak mengganggu penglihatan berlubang membantu kenderaan
pengguna di jalan raya. berjalan dengan selamat.
Cermin cembung perlu dijaga dengan Air bertakung di jalan akan
baik supaya memberi pandangan yang menyebabkan berlakunya kemalangan,
luas dan membantu pemandu melihat Aliran air perlu sentiasa dipastikan
dari sudut terlindung. tidak tersekat semasa waktu hujan.
8
5. CARA MELINTAS DI JALAN RAYA DENGAN SELAMAT
Pejalan kaki yang berwaspada sentiasa mempraktikkan
lima (5) langkah supaya melintas jalan raya dengan selamat.
1. Berdiri di kaki 2. Pandang ke
lima atau tepi jalan kanan, kiri dan ke
dan bergerak satu kanan semula.
langkah ke belakang.
3. Mendengar arus 4. Jangan bermain
trafik. Berfikir dan semasa melintas jalan
berwaspada sama raya.
ada selamat untuk
melintas.
5. Melintas sambil mendengar
dan melihat arus trafik dan
pandang ke arah kenderaan
semasa melintas.
9
6. KONSEP KESELAMATAN JALAN RAYA
Menunjukkan kesedaran mengenai
keselamatan jalan raya.
Mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab
ketika berada di jalan raya.
Memahami bahagian jalan dan
persekitaran yang selamat.
Mampu untuk melintas di jalan raya
dengan selamat.
jalan raya
10
6.1 KONSEP KESELAMATAN JALAN RAYA
Mampu melintas di jalan raya dengan
selamat secara bersendirian.
Memahami kegunaan alat keselamatan
(topi keledar,tali pinggang keledar,
pemantul cahaya)dan kepentingan
penyelenggaraan basikal.
Memahami konsep keselamatan
jalan raya.
11
7. KEGUNAAN ALAT KESELAMATAN
Pengguna jalan raya berhemah sentiasa mengutamakan
penggunaan alat keselamatan semasa berada di jalan raya.
Penunggang basikal Penunggang/pembonceng motosikal
memakai topi keledar dan pad lutut memakai jaket pemantul cahaya
Pemandu/ penumpang kereta Pejalan kaki
memasang tali pinggang keledar menggunakan lintasan berisyarat
Pemandu kereta/ lori/ teksi/ bas Penunggang/ pembonceng motosikal
menggunakan segi tiga amaran memakai topi keledar
12
8. KESIMPULAN/ PENUTUP
Pandu ikut Pandu cermat
peraturan dan jiwa selamat
bukannya
perasaan
Ingatlah
orang yang
tersayang
Berhati-hati Tungganglah
di jalan raya dengan cermat
13
Jalan-jalan ke pasar raya,
Hendak membeli buah rambutan,
Berhati-hati di jalan raya,
Jangan lupa jaga keselamatan.
Bunga Kebangsaan Bunga Raya,
Rakyat bersatu penuh semangat,
Berhati-hati di jalan raya,
Pandu cermat jiwa selamat.
Pergi ke pasar beli rambutan,
Rambutan pulasan sedap rasanya,
Jangan lupa jaga keselamatan,
Keselamatan itu amat berharga.
Rambutan pulasan sedap rasanya,
Kulitnya tebal manis isinya,
Kalau kita selalu waspada,
Kita akan selamat selamanya.
14
9. SUMBER RUJUKAN
E-Buku Skrap bertemakan “Waspada Budaya Kita” ini dihasilkan oleh ahli-ahli kumpulan dengan
bantuan guru pembimbing. Maklumat yang diberikan adalah daripada sumber-sumber seperti berikut:-
Perpustakaan sekolah Buku rujukan mengenali Waspada Budaya Kita
dan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Guru pembimbing
memberi pandangan Kempen Keselamatan Jalan Raya tentang
dan memberi komen kepentingan fakta-fakta di jalan raya.
tentang maklumat
keselamatan di jalan
raya.
Buku-buku rujukan dari kedai buku.
https://www.malaysiakini.com/announcement/58424
http://www.pkjr.gov.my/index.php/ms/
https://www.miros.gov.my
Melalui laman web keselamatan
15