The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Aktiviti Seni Tahun 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-18278549, 2021-10-20 13:07:05

PSV Tahun 4

Nota Aktiviti Seni Tahun 4

Catan Senja Nan Indah (BT ms 6)
Catan merupakan
proses sapuan
warna menggunakan
bahantara pada
sesuatu permukaan.
Terdapat pelbagai
teknik dalam
penghasilan catan.
Teknik basah atas
basah merupakan
salah satu daripada
catan cat air.

Teknik Mozek
(BT ms 14)

Teknik mozek ialah
proses menyusun dan
menampal bahan
secara
bersebelahan, tidak
bertindih dan masih
menampakkan ruang
latar. Teknik mozek
boleh digunakan
dalam aktiviti
mengambar.

Stensilan (BT ms 22)
Stensilan merupakan salah satu teknik
menghasilkan corak dengan
menggunakan blok stensil pada
permukaan rata. Terdapat pelbagai
cara mewarnakan corak teknik
stensilan antaranya termasuklah
sapuan dan semburan. Aktiviti
mencorak dilakukan dengan
pengulanngan motif.

Arca (BT ms 34)
Arca boleh dikategorikan kepada
dua, iaitu arca berfungsi dan arca
estetika. Arca berfungsi ialah arca
yang mempunyai kegunaan tertentu,
manakala arca estetika ialah arca
yang dijadikan bahan peragaan yang
mempunyai niali keindahan.

Papier mache (BT ms 47)

Papier mache ialah lapisan
kertas yang disapu dengan air
dan bahan pelekat untuk
membentuk sesuatu objek.

Poster (BT ms 56-57)
Poster merupakan reka bentuk grafik yang
berfungsi sebagai medium komunikasi bagi
menyebarkan maklumat kepada orang ramai.
Penghasilan poster menggunakan teknik lukisan
dan montaj.

Cetakan Kolograf (BT ms 66)
Cetakan ialah proses
pemindahan imej daripada
blok cetakan berdakwat
ke atas suatu permukaan
lain seperti kertas dan
kain. Terdapat pelbagai
teknik cetakan seperti
teknik timbulan, teknik
benaman dan teknik saring
sutera. Teknik Kolograf
ialah salah satu jenis
cetakan timbulan.

Pualaman BT ms 72)
Pualaman ialah teknik
menghasilkan corak secara
tidak terancang. Pualaman
dihasilkan daripada proses
pengasingancat berasaskan
minyak dan air.

Diorama (BT ms 84)

Diorama ialah binaan objek
miniatur tiga dimensi (3D)
untuk mengambarkan sesuatu
tema dan situasi yang
sebenar.

(BT ms 96)

Seni ukiran merupakan proses mengukir dan
menggores sesuatu permukaan mengikut corak
tertentu dengan menggunakan alat ukiran.
Teknik ukiran timbul ialah ukiran yang tidak
tembus pada bahagian belakang bahan yang
diukir.


Click to View FlipBook Version