The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thamyuheng61, 2022-10-20 19:44:56

KAJIAN KES MORAL KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN WM001 SEM 1 2022/23

Kajian Kes PM (2) (1)

KOLEJ
MATRIKULASI

NEGERI
SEMBILAN
KAJIAN KES
PENDIDIKAN

MORAL

T E MPAT: T. 1. 2. 2

TAJUK:

NILAI UNIVERSAL
MAS YAR AK AT

M A L AY S I A D A N
GLOBAL

Bil. Senarai nama No. Matri Praktikum
1. LOH WEN YU MA2212103416 A5P1
2. CHEW KAI YONG MA2212201007 A5P1
3. KON ZHAO QUAN MA2212201013 A5P2
4. THAM YU HENG MA2212201009 A5P3
5. SOH LE XUAN MA2212103371 A5P2
6. ANGEL ONG SIN YEE MA2212103361 A5P3
7. KIRTIGEN A/L VIJAYAKUMAR MS2212103124 F1P6
8. LINCOLN LINGOH PRITLER LAWRENCE MS2112171350 F1P6
9. PHILONA OCTIVA ANAK VALENTINE MA2212103590 A5P1

OBJEKTIF
KAJIAN

• Dalam pentaksiran kerja
kursus-Projek Pengenalan
kepada Nilai Universal
Masyarakat Malaysia dan
Global Pendidikan Moral ini,
objektif adalah untuk
menunjukkan kefahaman
konsep asa moral dan konsep
asas nilai melalui pemetaan
konsep-konsep utama serta
menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni

DEFINISI NILAI-NILAI UNIVERSAL

Menurut kamus dewan, nilai bermaksud Nilai universal bermaksud, suatu nilai atau
kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian. sifat yang boleh didapati dalam semua
Identiti dan nilai berkait rapat antara satu
dengan yang lain dan ini kerana nilai-nilai tamadun. Ini termasuklah nilai kepercaaan,
yang dihayati oleh mana-mana kumpulan nilai ekonomi dan kebendaan, nilai kerja,
manusia membentuk identiti kumpulan
manusia ataupun seluruh tamadun tersebut. nilai kemanusiaan, nilai keilmuan, nilai
akhlak, nilai keadilan, nilai kekeluargaaan
dan nilai alam sekitar. Nilai-nilai ini boleh
didapati dalam setiap tamadun dan ianya
diterima secara umum. Tambahan lagi, nilai

universal juga digunakan untuk
mendapatkan persamaan dan perbezaan
antara satu tamadun ke tamadun yang lain.

Contoh- Nilai universal negara
contoh nilai
universal Nilai patriotisme- Kita sebagai rakyat Malaysia
negara : perlu menjaga imej dan nama negara pada
bila-bila masa dan mana-mana tempat.

Nilai toleransi- Malaysia terdiri daripada rakyat
pelbagai kaum dan bangsa dan setiap rakyat
Malaysia mengamalkan nilai toleransi supaya
bersikap terbuka dan hidup dengan harmoni
dalam pelbagai keadaan.

Contoh-contoh nilai universal
global

• Nilai rasional- Setiap keputusan yang dibuat oleh setiap
pemimpin negara perlu mengamalkan nilai rasional kerana setiap
keputusan akan menyebabkan perubahan keadaan
antarabangsa.

• Nilai baik hati- Negara-negara Eropah telah memberikan
kebenaran kemasukan pelarian dari Ukraine kerana mereka
berasa simpati terhadap mereka.

Kepentingan Melahirkan insan yang berakhlak mulia.
nilai-nilai Dituntut dari sudut budaya, peradaban
universal dan agama kita.

membentuk insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

membentuk masyarakat yang berpegang
teguh kepada ajaran agama.

membentuk masyarakat yang bersatu
padu.

Bangunan bersejarah
yang menimbulkan nilai-

nilai universal

BANGUNAN KELLIE’S CASTLE

Sejarah
• Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas yang bertempat di

Batu Gajah,Kinta District,Perak,Malaysia telah dibina pada
tahun 1905 oleh seorang
peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie
Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk
sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang
binaan bangunan tersebut dibawa khas William Kellie Smith
adalah dari sebuah kampung didari Madras.
• Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba
sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu,
beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama
Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah
negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan
keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan
bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula
menanam pohon getah dan menceburi industri
perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi
pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin
Dredging Company.

KELLIE’S CASTLE

• Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan
orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu
pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak
perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas
itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu
mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih
kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu,
akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony,
pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi
keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan
kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas
rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar
yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House),
sempena rumahnya di Scotland.

• Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia
di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada
11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina'
telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Pengajaran • Tanpa kita sedari atau tidak, di sebalik peristiwa sejarah yang berlaku di
negara terdapat nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk kita jadikan
pengajaran dan sempadan juga baik untuk kita praktikkan dalam
kehidupan seharian kita. Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan
lebih dari 50 tahun telah menyimpan banyak peristiwa sejarah yang
perlu dihayati dan dipelajari oleh generasi masa kini. Sesungguhnya nilai-
nilai murni memainkan peranan penting dalam pembangunan modal
insan pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan
kesejahteraan negara, agama dan bangsa. Berdasarkan sejarah Kellie’s
Castle ini, antara nilai universal yang boleh kita pelajari ialah kasih
sayang ibu bapa yang mendalam terhadap anak. Selain itu, keberanian
dan kesanggupan untuk menempuhi cabaran kehidupan dengan yakin
dan tabah. Di samping itu, berdikari dalam melakukan sesuatu perkara
tanpa bergantung pada orang lain. Nilai-nilai di atas tersebut perlulah
diterapkan dalam jati diri remaja pada era globalisasi ini. Hal ini demikian
kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.

Stadthuys • Stadthuys ("dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda) ialah
sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja
Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini
dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan
rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana
struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda
yang halus.

• Stadthuys terletak dalam tembok kubu Melaka, bertentangan
dengan pintu masuk utara ke bandar berkubu, di seberang
sungai. Kubu itu sendiri meliputi kawasan yang besar sekitar
bukit St. Paul, yang menempatkan pejabat-pejabat dan gudang
bagi VOC dan semua kemudahan yang diperlukan oleh
koloninya. Dinding kubu tidak lagi wujud pada hari ini
disebabkan tindakan British mengarahkan kemusnahannya
sewaktu diamanahkan melindungi harta benda Belanda di Asia
dari Perancis semasa Perang Napoleon.

• Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang
pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika
pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh
golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di
perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah
diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan
pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak
golongan Cina yang miskin.

• Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan
Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium
Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang
Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian
pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan
Melaka.

PENGAJARAN

• Berdasarkan sejarah dan latar belakang Stadthuys kita boleh mendapat nilai universal iaitu nilai
baik hati.Sebagai contoh, pada abad-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang
dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan
Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris.
Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang
miskin.Tindakan dan hal ini menunjukkan kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri,dan
orang lain dengan memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.Orang yang
berpendapatan rendah dan miskin juga boleh mendapat pendidikan yang sama dengan orang kaya
dan boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan orang kaya.

• Selain itu,pembinaan ini juga membawa nilai universal hemah tinggi iaitu beradab sopan dan
berbudi pekerti mulia.Merujuk kepada pembinaan ini boleh mengekalkan bentuk asalnya sampai
masa sekarang menunjukkan negara kita berhemah tinggi kerana mereka pernah menjajah negara
kita tetapi kita tidak membalas dendam.Hal ini menunjukkan negara kita adalah negara yang sopan
dan meningkatkan imej negara kerana tanpa memusnahkan bangunan penjajah dan bagunan
bersejarah.

Kota Cornwalis

• Kota lama berbentuk bintang 4 bucu yang terletak di timur laut Pulau
Pinang. Ia dibina pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor
Jeneral India masa itu - Charles Earl Cornwallis.

• Ia didirikan di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang.

• Dibina oleh Kapten Francis Light

• Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari
serangan Perancis.

• Kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau
Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai
cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang
merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh
Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.

Pengajaran

Nilai patriotisme. Kita harus Nilai rasional. Kita harus
bersyukur atas pengorbanan memikir kesan sebelum kita
tokoh-tokoh dan askar negara menjalankan perancangan.
kita yang rela mengorbankan
Contohnya, kita harus
nyawa mereka mengelakkan peperangan yang
akan mengancam kesejahteraan

negara.

Memorial • Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Melaka,
Pengisytiharan Melaka, Malaysia. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan.
Kemerdekaan Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini
dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk
kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan
pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka
kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini
dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang
kemerdekaan. Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen
tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini
meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang
dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan,
pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan
bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk
mencapai kemerdekaan

Pengajaran

Pengajaran Memorial ini diwujudkan dalam
usaha untuk mengenang kembali lembaran
sejarah detik-detik perjuangan ke arah
mencapai kemerdekaan. Dengan kewujudan
memorial ini diharap dapat memberi
pengajaran kepada generasi masa kini dan
akan datang untuk memahami sejarah
perjuangan bangsa menuntut kemerdekaan
negara dalam perspektif yang sebenarnya.
Dengan cara ini para generasi muda akan
dapat menghargai, menghormati dan
seterusnya meneladani pengorbanan datuk
nenek mereka dalam perjuangan
membebaskan negara. Ini secara tidak
langsung akan dapat memupuk semangat
kenegaraan, rasa hormat dan cintakan
negara. Maka nilai-nilai universal yang
didapati daripada latar belakang bangunan
bersejarah ini ialah nilai patriotisme

Istana Seri • Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri
Menanti Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam
konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama
yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang
menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini,
memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu
telah berubah "peranannya" menjadi muzium.
Bangunan ini didirikan mengikut senibina
masyarakat Minangkabau.

• Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik
diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku pun.
Ia dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908
kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar
Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika
berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat
perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM
Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum
Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di
istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda
berpindah pula ke istana baru yang dibina
berhampiran dengan istana lama.

• Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan
Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun
1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini
dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada
tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku
Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman,
istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai
'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan
pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413
Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah
pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri
Sembilan.m

• Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri
Menanti telah bertukar wajah dengan
mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja.
Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk
asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang
tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium
dilakukan dari semasa ke semasa dengan
kerjasama pihak istana.

Pengajaran

• Istana Lama Seri Menanti ini yang menjadi kediaman
rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah
berubah peranannya menjadi muzium pada masa
terkini.Pada pendapat saya,muzium ini telah memberikan
remaja-remaja di negara kita lebih memahami sejarah
pada masa dahulu.Hal ini berlaku demikian kerana tak
kena maka tak cinta, remaja yang mengkaji dalam sejarah
akan menghargai jasa tokoh-tokoh yang sanggup
memperjuangkan untuk kemerdekaan negara kita.Dengan
ini,perjuangan kemerdekaan negara kita bukan satu
perkara yang mudah, setiap orang pada masa dahulu telah
menyumbangkan tenaga sama ada bangsawan atau orang
yang miskin.Dengan pengetahuan dalam sejarah, akan
memupuk semangat patriotisme dalam sanubari
mereka.Maka,nilai-nilai universal yang telah didapati dari
latar belakang bangunan sejarah ini ialah nilai
patriotisme.Bukan itu sahaja,nilai hormat juga nilai yang
akan diterapkan dalam kalangan remaja.Impaknya,mereka
akan menghormati wira-wira yang berkorban untuk negara
dan mendapatkan pengajaran dari perkara-perkara
tersebut.

Permainan yang
menimbulkan
nilai-nilai universal

GALAH PANJANG

• Galah panjang adalah sejenis
permainan tradisional yang dimainkan
di atas gelanggang yang dilakar di atas
tanah kosong. Gelanggang yang dibuat
mengandungi 2 lajur dan beberapa
baris bergantung kepada bilangan
pemain.

• Gelanggang galah panjang dibuat
mengikut bilangan pemain yang
bermain galah panjang. Contohnya jika
pemain ada 10 orang, gelanggang yang
dibuat mengandungi 4 baris. Jika
bilangan pemain sebanyak lapan
orang, gelanggang mengandungi 3
baris.

Pengajaran

• Permainan ini menunjukkan nilai kepimpinan
melibatkan kepakaran seorang ketua untuk
mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang
mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan
kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh
gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang
mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang,
maka mereka boleh menang dengan mudah

Catur

• sejenis permainan berpapan, rekreasi dan
berdayasaing yang dimainkan diantara dua
pemain.

• Bentuk permainan terkini timbul di Eropah
semasa separuh abad kedua

• Pada abad yang ke-15 selepas ianya berubah
daripada permainan asal lamanya di India yang
sama. Sekarang, permainan catur merupakan
permainan yang paling popular di dunia,

• Dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh
dunia semada di rumah, di kelab-kelab catur,
dalam talian, surat menyurat, dan di dalam
pertandingan.

Pengajaran

Catur dapat berkaitkan dengan nilai
rasional kerana setiap keputusan yang
dibuat perlu melalui pemikiran secara
keseluruhan supaya tidak dapat dikalahkan
oleh pesaing.

Pemikiran secara rasional juga dapat
membantu kita membuat keputusan
dengan mengambil kira setiap faktor yang
akan mempengaruhi kejayaan keputusan
yang telah dibuat.

Membantu kita mempraktikkan pemikiran
yang menyeluruh semasa membuat
keputusan supaya tidak menyesal apabila
keputusan tersebut telah dilaksanakan.

Teng-teng Dikenali sebagai Ketinting
merupakan suatu permainan tradisional yang
dimainkan oleh generasi dahulu dan kian dilupakan
pada masa kini.
sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah
lompatan satu kaki dan dua kaki.
Terdapat satu teori tidak kukuh yang menyatakan Teng-
teng dicipta oleh askar Rom bagi melatih askar-askar
mereka.Gelanggang latihan dikatakan bersaiz kira-kira100 kaki,
dan askar Rom berlatih di gelanggang tersebut dengan
memakai perisai penuh bagi melatih kekuatan fizikal,
kelincahan dan mental. Jika diamati, ianya mirip
kepada sesi latihan ragbi Amerika masa kini. Kanak-
kanak pada ketika itu meniru sesi latihan mereka
dengan skala yang lebih kecil, dan melompat pada
petak-petak tertentu, sehinggalah berevolusi menjadi
permainan Teng-teng yang kita kenali kini.
Teori kedua menyatakan permainan ini berasal dari negara
China, dan ianya lebih mirip kepada Teng-teng moden.
Batu yang digunakan merupakan simbolik “nyawa” pemain.
Petak permulaan dipanggil “Earth” dan petak terakhir
dipanggil “Heaven”. Permainan merekaini melambangkan
simbolik perjalanan kehidupan dari alam hidup (Bumi) hingga
ke syurga. Masyarakat Malaysia secara umumnya
beranggapan bahawa permainan Teng-teng ini berasal dari
Melayu dan Nusantara. Justeru wujud percanggahan
fakta yang mungkin ramai yang tidak menyedari hakikat dan
fakta sebenar.

Pengajaran

Nilai hormat. Pemain atau peserta perlu menghormati dan mengikuti peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan apabila bermain Teng-teng. Contohnya, kaki peserta tidak
boleh memijak garisan kotak.

Nilai toleransi . Peserta perlulah bertolak ansur semasa bermain Teng-teng dan sabar
menghadapi keputusan sama ada menang atau kalah. Contohnya, peserta yang kalah
tidak boleh hilang sabar dan memarahi orang lain.

Nilai patriotisme. Bak kata peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Jadi, perkenalan
dengan permainan Teng-teng yang merupakan salah satu warisan negara Malaysia
membolehkan rakyat Malaysia menjadi bangga dan taat setia kepada negara sendiri.

Congkak sejenis permainan tradisional Hindu yang sering dimainkan oleh Burbank.

menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan
kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan
negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Nama “congkak” dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu “congak”
yang bermaksud pengiraan mental.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan
papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia
sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah

Pengajaran Nilai keadilan di mana Nilai hormat-
pemain bermain secara menghormati yang boleh
Nilai rasional,di mana adil dan saksama tanpa
pemain perlu berfikir ditunjukkan apabila
sebelum melakukan melakukan sebarang seseorang permain
sebarang tindakan yang helah bagi memperoleh menghormati keputusan
hendak dibuat. Sebagai bilangan guli yang lebih lawan tanpa membantah
atau membangkang
contoh, sebelum banyak. walaupun dalam keadaan
melakukan pergerakan, pemain hampir tewas
pemain perlu berfikir atau
mencongak langkah yang dengan lawan.
boleh dilakukan dengan
bilangan guli yang dipilih.

Aplikasi Nilai-nilai
Murni dalam
Kehidupan

Aplikasi Nilai-nilai Murni
dalam Kehidupan

• Penerapan nilai-nilai murni mampu
melahirkan masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain. Nilai
hormat-menghormati amat penting dan
merupakan satu perkara yang patut
diteladani oleh masyarakat Malaysia,
sekiranya masyarakat Malaysia saling
bertegur sapa tanpa mengira usia, jantina
mahupun warna kulit maka secara
automatik mereka dapat menzahirkan
rasa hormat dalam diri masing-masing.

Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan
masyarakat sangat penting sebagai satu
prakarsa untuk mewujudkan masyarakat yang
hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera.
Sebagai contoh, aktiviti bergotong-royong
yang diadakan akan berjalan dengan lancar
dan harmoni berkat kerjasama serta muafakat
dalam kalangan jiran tetangga. Situasi ini
sesuai dengan peribahasa “bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana
muafakat”.

Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan wajar diamalkan oleh
setiap insan bagi membentuk masyarakat yang berpegang teguh
kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk
insan mulia dalam diri seseorang di samping memberi kebaikan
kepada negara. Oleh hal yang demikian, ibu apa perlu menerapkan
nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama masing-masing selaras
dengan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan anak-anak.
Masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni juga akan dapat
menyemai rasa cinta akan negara. Hasrat agar masyarakat lebih
berjiwa murni di samping tidak dengki antara satu sama lain akan
tercapai melalui penerapan nilai-nilai murni


Click to View FlipBook Version